Kelab Greenboc |
- Papagomo Akan Terus Ditimpa Kehinaan Selagi Dia Tidak Bertaubat & Minta Maaf
- [WASPADA] Isu Air Selangor: Tiba-tiba Pemimpin BN Puji Khalid Ibrahim...
- Muhyiddin, Nama Saja TPM... Tetapi Jahil Apa Itu MOU...
- [VIDEO] Air Terpancar Keluar Dari Batu Di Padang Pasir
Papagomo Akan Terus Ditimpa Kehinaan Selagi Dia Tidak Bertaubat & Minta Maaf Posted: 01 Mar 2014 01:01 AM PST Papagomo dinasihat bertaubat, dosa tak terampun jika tak minta maaf Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty menasihatkan Wan Mohd Azri Wan Deris yang disahkan mahkamah sebagai pemilik blog Papagomo supaya segera bertaubat dan meminta maaf atas tindakanya memfitnah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Muhammad ketika dihubungi menyatakan, walaupun mahkamah telah mengarahkan Wan Mohd Azri membayar RM800,000 sebagai ganti rugi atas tindakanya, namun hukuman itu hanya berlandaskan hukuman sivil. Menurut Muhammad Nur, dosa yang dilakukan dengan memfitnah individu lain masih belum dikira selesai selagi individu tersebut tidak memohon maaf. " Dosa fitnah ini berat, kesannya sangat besar lebih dari membunuh,' kata Muhammad, Ketua Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama KEADILAN (BIPPA) "Selagi individu tersebut belum minta maaf kepada orang yang difitnahnya, dosanya dianggap sebagai masih belum selesai. "Menurut hukum Islam, dia perlu minta maaf dengan segera bagi melunaskan dosanya," ujar bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu lagi. Muhammad Nur dalam pada itu melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan keputusan mahkamah yang akhirnya menyebelahi Anwar dan menasihatkan kepada orang ramai untuk mengambil iktibar. "Alhamdullilah dengan keputusan tersebut. "Semoga orang ramai mengambil iktibar bahawa budaya fitnah-memfitnah ini tidak sama sekali mendatangkan keuntungan, malah ianya hanya mendatangkan kerugian," ujarnya. -KD ULASAN GB Papagomo setakat ini telah kalah dua kes di mahkamah, pertama dengan seorang ahli perniagaan, Abdul Razak Mohd Nor dan diperintahkan untuk membayar RM500,000 kepada ahli perniagaan tersebut. Baca SINI. Semalam papagomo kalah lagi dan diperintahkan membayar RM800,000 kepada DS Anwar Ibrahim. Baca SINI. Banyak lagi kes mahkamah sedang menunggu untuk menghukum papagomo. Sebelum ini GB ada mengulas dan "jangkaan" GB menjadi kenyataan di mana "precedent" yang ada memudahkan saman-saman lain terhadap papagomo. GB sudah tulis sebelum ini bahawa: "papagomo pasti binasa". Hukum Kebenaran dan Keadilan sendiri akan menghukum orang yang memfitnah. Diantara kes-kes yang menunggu ialah saman dari Husam Musa, Rafizi Ramli, Lim Guan Eng, AJK Pemuda MCA, Chong Sin Woon, bekas isterinya Bellina Omar Sharifuddin Chin dan banyak lagi. Sekalipun beliau cuba untuk mendapat perlindungan dari para menteri dan polis sendiri, namun ia sesekali tidak akan dapat menyelamatkan beliau dari dihukum dengan Hukum Kebenaran dan Keadilan. Ulasan GB sebelum ini: Enggang sama enggang, pipit sama pipit - "seorang penjenayah saja yang akan bersama penjenayah yang lain"..Selagi beliau tidak bertaubat dan meminta maaf terhadap orang-orang yang menjadi mangsa fitnahnya beliau akan terus ditimpa kehinaan. Begitulah juga untuk sekalian macai UMNO yang mengikuti jejak langkah beliau. |
[WASPADA] Isu Air Selangor: Tiba-tiba Pemimpin BN Puji Khalid Ibrahim... Posted: 28 Feb 2014 09:30 PM PST Ada yang tidak kena dengan perjanjian air Selangor Persetujuan persefahaman (MoU) Putrajaya-Selangor bagi pengambilalihan aset air negeri dan pembinaan loji rawatan air nampaknya ada yang tidak kena. Dan apabila kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak kena, mesti ada sesuatu tidak kena. Pertama, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengatakan MoU yang ditandatangani Rabu lepas sebagai perjanjian yang mengikat, walaupun Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Dzukefly Ahmad mengatakan ia tidak begitu, bukan seperti memorandum perjanjian (MOA). Para peguam juga turut serta dalam isu ini, mengatakan MoU bukanlah sebuah perjanjian yang mengikat, kerana ia bertujuan menampakkan keinginan pihak yang ingin berusaha menuju ke matlamat yang sama. "Kebiasaannya (MoU) ditandatangani apabila dua pihak hendak bekerjasama tetapi tidak mahu perjanjian yang mengikat antara satu sama lain," peguam Syahredzan Johan memberitahu The Malaysian Insider. "Bagaimanapun saya katakan ini sebagai seorang yang masih belum melihat kandungan MoU yang ditandatangani kerajaan negeri Selangor dan Putrajaya." "Apa yang penting sekarang adalah kandungan dokumen tersebut, bukannya labelnya. Kita boleh sahaja memiliki dokumen perjanjian yang terikat, dan masih memanggil dokumen itu MoU," kata Syahredzan. Peguam itu meneliti kandungan utama MoU tersebut dan mengatakan, "Saya rasa MoU yang ditandatangani Selangor dan Putrajaya ini lebih berkait kepada pengambilalihan konsesi air dan kelulusan pembinaan loji rawatan air Langat 2." Untuk memastikan dua komponen tersebut berjaya, Syahredzan berkata perlu ada perjanjian undang-undang untuk mengambil alih konsesi air tersebut dan untuk membina loji rawatan air RM1.2 bilion di Langat, Selangor. Adakah MoU itu akan luput jika salah satu komponen tersebut tidak berjaya? Dan adakah MoU ini punyai jangka masa untuk siap bagi setiap komponen? Hanya satu perkara yang jelas kepada rakyat, bahawa kerajaan Selangor perlu meluluskan Langat 2 sebaik tender pembinaan dikeluarkan. Akhirnya adakah ini hanya tentang siapa yang akan bermanfaat daripada kontrak pembinaan tersebut? Sementara ahli perniagaan boleh bergembira dengan pampasan RM9.65 bilion yang mereka perolehi daripada empat pemegang konsesi, yang lain pula dapat bergembira kerana terdapat satu lagi projek infrastruktur yang dapat memberi manfaat selepas lima tahun tawar-menawar. Laporan media tahun lepas mengatakan ketiga syarikat ini – Salcon Bhd, MMC Corp Bhd dan Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) – terpilih dalam senarai untuk membina loji rawatan air Langat 2 yang bernilai RM1.2 bilion itu. Terowong pemindahan air Pahang-Selangor sudahpun dibina menggunakan pinjaman faedah rendah RM2 bilion daripada Japanese International Cooperation Agency (JICA) yang mempunyai pelan pembayaran 40 tahun bagi terowong yang melalui pergunungan Titiwangsa sepanjang 45km itu. Selain itu, seluruh projek itu juga melibatkan pembinaan empangan dan rumah pam di Pahang, dan loji rawatan air di Selangor dengan jumlah keseluruhan RM7 bilion. Sementara mereka yang tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur akan bermanfaat daripada projek ini apabila ia siap pada tahun 2007, para pengkritik berkata loji rawatan air Langat 2 hanya boleh membekalkan kapasiti air sehingga 2025 dan kemudian kerajaan akan memerlukan lebih banyak loji dan empangan di kawasan yang paling padat dalam negara ini. Ini juga bermakna lebih banyak lagi projek pada masa akan datang, dan lebih kos. Melainkan Putrajaya dan Selangor juga bersetuju dan bertegas konsesi air patut ambil langkah memotong kobocoran yang mengakibatkan lebih banyak bahagian air tidak terhasil (NRW). Memanglah ada keperluan untuk air terawat untuk memenuhi permintaan populasi yang semakin meningkat, tetapi dalam tergesa-gesa memenuhi permintaan itu, kerajaan juga patut mencari jalan memulihara air kerana lebih banyak projek hanya bermakna pembayar cukai perlu menanggung bebannya manakala syarikat pula dapat menikmati keuntungannya. Muhyiddin juga berkata hari ini, "MoU antara kerajaan negeri dan persekutuan adalah bagi manfaat rakyat untuk mengatasi krisis air di Lembah Klang dengan pembinaan loji rawatan air Langat 2." Ini akan mengambil masa lagi 3 tahun. Dan kita tidak dapat lihat di mana-mana dalam MoU itu tentang bagaimana untuk menghentikan kebocoran dan NRW. Jika ahli politik PKR dan Barisan Nasional (BN) fikir mereka sedang membantu Selangor dengan perjanjian ini, fikirkan semula. Yang untung dalam hal ini hanyalah para kontraktor. –TMI ULASAN GB Nampaknya beberapa orang pemimpin BN telah memberikan pujian mereka kepada MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Apabila "musuh politik" memberikan pujian kepada kita maka sudah sampai masanya untuk kita membuka mata... pasti ada sesuatu yang tida kena di sana. Jika tidak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah. Apakah MOU itu sebagai satu platform empuk untuk Kerajaan Pusat "menipu" kerajaan Selangor? Apa kata jika di tengah perjalanan, Kerajaan Pusat membatalkan MOU berkenaan lantaran ia bukan satu perjanjian yang mengikat untuk dipatuhi? Sepertimana yang kita sedia maklum, Tan Sri Khalid adalah seorang ahli korporat dan pentadbir cemerlang tetapi bukan ahli politik yang matang. GB pernah ulas dahulu. Petikan: TS Khalid mengurus negeri sebagai seorang ahli korporat kerana beliau bekas seorang tokoh korporat yang berjaya. Beliau tidak pandai sangat berpolitik. Ini pernah diakuinya sendiri. Baca: MB Selangor akui kelemahan dalam politik, tubuh 'political liaison' UMNO BN juga tahu tentang hal ini dan apakah lantarannya maka diaturkan "penipuan" melalui MOU supaya kerajaan Selangor mampu ditawan semula oleh mereka dengan isu air setelah gagal untuk menawannya melalui PRU13 yang lalu? Berita terbaru menyatakan Khalid sah bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PKR untuk melawan Azmin. Ada yang melihat ia melengkapkan sebahagian plot UMNO BN untuk melawan Anwar-Azmin untuk meranapkan PR Selangor. Dalam politik semua boleh jadi. Dan ada asas untuk meragui kenapa tiba-tiba pemimpin-pemimpin BN mengeluarkan kenyataan yang meyokong MB Selangor tersebut. Kebenaran akan zahir juga akhirnya. Hubaya hubaya! |
Muhyiddin, Nama Saja TPM... Tetapi Jahil Apa Itu MOU... Posted: 28 Feb 2014 04:25 PM PST MoU tidak terikat di sisi undang-undang, kata pakar perundangan Pakar perundangan menolak dakwaan timbalan perdana menteri mengatakan perjanjian air yang dimeterai dalam Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Putrajaya dengan Selangor tidak boleh terbatal. Pakar perundangan menegaskan MoU bukan sebuah dokumen yang mengikat secara sah di sisi undang-undang dan menyatakan pihak yang menandatangani mungkin masih diperingkat perbincangan. Peguam, Syahredzan Johan memberitahu The Malaysian Insider bahawa MoU hanya mencerminkan niat pihak tertentu untuk bekerjasama ke arah matlamat yang sama. "Ia biasanya ditandatangani apabila mahu bekerjasama tetapi tidak sah mengikat di sisi undang-undang antara satu sama lain," kata Syahredzan. Merujuk kepada MoU antara Selangor dengan Putrajaya, Syahredzan berkata ia tidak mengikat secara sah disisi undang-undang, maka ia boleh terbatal. "Bagaimanapun, saya bercakap daripada sudut tidak melihat kandungan MoU yang ditandatangani antara kerajaan negeri Selangor dan kerajaan pusat. "Apa yang penting ialah kandungan dokumen itu, bukan labelnya. Sebuah dokumen boleh jadi mengikat disisi undang-undang dan ia boleh lagi dipanggil MoU," kata Syahredzan lagi. Bagaimanapun, Syahredzan berkata jika dokumen yang ditandatangani diungkapkan sebagai MoU, maka ia tidak mengikat secara sah di sisi undang-undang. "Jika kedua-dua pihak memutuskan untuk membatalkan MoU atas apa jua alasan, maka satu pihak lagi tidak boleh mengambil tindakan kerana melanggar MoU itu." "Saya rasa sebagai contoh MoU yang ditandatangani oleh Selangor dan Putrajaya, ia berkaitan dengan membeli syarikat konsesi air dan mendapatkan kelulusan bagi loji rawatan air Langat 2." Syahredzan berkata MoU tidak semestinya membolehkan perjanjian tersebut dilaksanakan, memandangkan perjanjian yang lebih mengikut prosedur masih lagi diperlukan. "Perjanjian mengikut prosedur diperlukan kerajaan negeri Selangor untuk mengambil alih empat syarikat konsesi air, seperti yang dilaporkan," kata Syahredzan. Satu perjanjian lain juga diperlukan bagi pembinaan projek rawatan air Langat 2. Seorang hakim bersara juga bersetuju dengan komen Syahredzan yang menegaskan MoU sekadar menunjukkan pihak yang terlibat mungkin masih di peringkat rundingan. "Kontrak ini diwujudkan apabila terdapat pertemuan secara bersemuka atau ada persetujuan bersama," kata hakim itu kepada The Malaysian Insider, yang mahu namanya dirahsiakan. "Dalam kes tertentu, pihak yang terlibat mungkin bersetuju mengenai isu-isu utama dan menekankan setiap maklumat," katanya. Hakim tersebut berkata, dalam kes perjanjian tersebut yang ditandatangani antara Selangor dan Putrajaya, kandungan tersebut perlu dibaca terlebih dahulu sebelum mengetahui tujuan kedua belah pihak. Awal hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata MoU tidak boleh terbatal walaupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor. Muhyiddin itu berkata MoU yang ditandatangani dengan kerajaan negeri Selangor itu adalah bersifat tetap, di mana Khalid sendiri bersetuju dengan syarat berkenaan dalam perbincangan bersama. "Perjanjian antara kerajaan pusat dan negeri adalah demi kepentingan rakyat sebagai usaha menangani krisis air dengan pembinaan empangan Langat 2. "Dan perjanjian itu sudah dipersetujui di mana segala kandungannya diperbincangkan dan tidak akan berubah," katanya. Rabu lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani MoU dengan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bagi menyelesaikan isu air di Selangor. Bagaimanapun, beberapa pemimpin tertinggi PKR tidak diberitahu tentang perjanjian tersebut, dan Anwar sendiri tidak mengetahuinya. "Mereka ini mahu menetapkan harga dan mahu penilaian untuk mewajarkan harga mereka," kata Khalid lagi. Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin PR akan membenarkan Putrajaya meneruskan Loji Rawatan Air Langat 2. Selain itu, kerajaan negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor. Ekoran pengambilalihan itu, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor yang akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB). Kerajaan Selangor menjangkakan pengambilalihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan. – 28 Februari, 2014. -TMI
ULASAN GB Ingatkan macai UMNO ajer yang bangang, rupanya dari atas sampai ke bawah jahil-jahil belaka. Daripada PM yang dah dikangkungkan, kini TPM. Tak tahu apa itu MOU. MOU bukan "perjanjian" yang mengikat. Ia hanyalah "persefahaman" dan boleh diubah-ubah bila-bila masa dan oleh mana-mana pihak yang terlibat. TPM tak reti rupanya selama ini walaupun dah tandatangan berpuluh atau mungkin beratus MOU. Isk isk Nak tuduh Anwar jahil, kini tuduhan itu kembali kepada dirinya sendiri. |
[VIDEO] Air Terpancar Keluar Dari Batu Di Padang Pasir Posted: 28 Feb 2014 05:02 AM PST Air terpancar keluar dari batu di Tanah Arab pada hari sabtu 22/2/2014 jam 7.17 pagi. 14 belas abad yang lalu Rasulullah saw pernah menyatakan bahawa negara Arab akan menjadi padang rumput dan sungai. وحَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْقَارِيُّ، عَنْ سُهَيْلٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: " لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَكْثُرَ الْمَالُ وَيَفِيضَ، حَتَّى يَخْرُجَ الرَّجُلُ بِزَكَاةِ مَالِهِ، فَلَا يَجِدُ أَحَدًا يَقْبَلُهَا مِنْهُ، وَحَتَّى تَعُودَ أَرْضُ الْعَرَبِ مُرُوجًا وَأَنْهَارًا " Dan Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id Telah menceritakan kepada kami Ya'qub bin Abdurrahman Al Qari dari Suhail dari bapaknya dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak akan terjadi hari kiamat, sebelum harta kekayaan telah tertumpuk dan melimpah ruah, hingga seorang laki-laki pergi ke mana-mana sambil membawa harta zakatnya, tetapi dia tidak mendapatkan seorang pun yang bersedia menerima zakatnya itu. Dan sehingga tanah Arab menjadi subur Makmur kembali dengan padang-padang rumput dan sungai-sungai." Hadis dari kitab sohih Muslim. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan