Khamis, 6 Mac 2014

.

.


Ahmad Yaakub sanggup berhenti MB asalkan hudud dilaksanakan

Posted: 05 Mar 2014 09:36 PM PST

SIDANG DUN KEL                                                                            

Ahmad, tak jadi MB tak pa asal hudud dilaksana.
Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakub sanggup kehilangan jawatan Menteri Besar Kelantan asalkan hudud dilaksanakan di negeri itu.

Beliau membuat penegasan itu dalam sidang DUN Kelantan tengah hari ini semasa menggulung perbahasan titah ucapan di Raja.

Katanya; "saya tak apa kalau tak jadi MB asalkan hudud dilaksanakan," disambut dengan tepukan meja oleh ahli Dewan.

Penegasan dan pengakuan Ahmad itu menggambarkan beliau tulus dan serius untuk melihat hudud dilaksanakan di Kelantan sehingga sanggup mengorbankan kedudukan dan pangkat.

Ahmad juga memberi tahu dewan mengenai hasrat kerajaan berhubung hudud itu turut dibangkitkan semasa pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, Najib Razak bersama beberapa Exco pertengahan November tahun lalu dalam rangka kunjungan hormat kepada orang nombor satu negara itu.

"Semasa jumpa Perdana Menteri saya ada bangkitkan sedikit perkara ini (hudud) kepadanya," jelasnya.

Bagi merealisasikan cita-cita lama kerajaan Kelantan itu, kerajaan jelasnya, mencadankgan agar diadakan muzakarah bagi mencari titik pertemuan mengatasi masalah teknikal yang menyebabkan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan seperti mana diharapkan.

Kelantan telah meluluskan Kanun Jenayah Syariah II (termasuk hudud) pada tahun 2003 tetapi tidak dapat dilaksnakaan kerana masalah percanggahan dengan Perlembagaan negara serta disebabkan masalah teknikal-teknikal lain.

Ahmad juga menjelaskan sebagai mengatasi masalah itu bagi ianya dapat dilaksanakan, pihaknya mencadangkan agar Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) mengadakan muzakarah dengan kerajaan negeri Kelantan bagi mencari titik persamaan.

Penjelasan Ahmad itu juga menolak tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan kerajaan Kelantan 'main-main' degan hukum hudud.

Sebelum itu Ahmad yang kelihatan tenang dalam menggulung perbahasan itu membuat lawak kecil diawal penggulungannya dengan menarik perhatian kepada telatah beberapa Adun pembangkang yang kerap memujinya sebagai baik.

"Saya ucapkan terima kepada pembangkang yang memuji saya sebagai MB baik, iya.. baik, baik ada makna tu," katanya disambut dengan gelak tawa anggota Dewan termasuk anggota pembangkang.

Dalam perkembangan lain, ketika memberi respon kepada cadangan dibangkitkan oleh Adun Melor, Dr Yusnan Yusof berhubung pegawai kerajaan yang kurang efeksyen dan perlu diadakan motivasi menjelaskan dasar dan polisi kerajaan, Ahmad menjelaskan pihak kerajaan ada kaedah tertentu dalam menentukan atau memastikan akan keberkesanan pegawai kerajaan menjalankan tugas untuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan.

Menurutnya tanggungjawab berhubung pergawai kerajaan ini terletak atas tanggungjawab TSU, timbalan Setiausaha Kerajaan yang bertanggung jawab mengenai pengurusan. Keadah yang dipakai pada masa ini ialah memantau keberadaan pegawai kerajaan di pejabat.

Ahmad sekan kesal dengan tingkah laku pegawai kerajaan yang tidak berada di pejabat sebaik sahaja selepas mereka mengetik kad perakam waktu. Manakala, katanya ada ketikanya pejabat kelihatan penuh tetapi malangnya yang ada hanya kakitangan bukan pegawai atau pelanggan atau pun mereka yang menjalankan praktikal.

Sehubungan itu beliau berharap agar pemantauan mengenai keberadaan pegawai di pejabat ini dibuat dalam tempoh setiap dua jam sekali oleh ketua-ketua jabatan. [wm.kl.1:35 t/hari 06/03/14]

Apa jadi kepada Kajang Move kalau Anwar tak layak tanding?

Posted: 05 Mar 2014 07:29 PM PST

SPEKULASI                                                                                       

Rayuan pihak pendakwaan raya terhadap pembebasan Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat 'pembacuh kopinya' bermula hari ini sehingga esok. Rayuan berjalan selepas Anwar gagal untuk mengenepikan Shafei Abdullah daripada mengepalai barisan pendakwa.

Perbicaraan berlangsung di hadapan tiga hakim Mahkamah Rayuah, Balliah Yusof, Aziah Ali dan Mohd Zawawi Salleh. Rayuan ini berjalan penuh debaran dan teka teki. Nasib Anwar akan ditentukan dalam perbicaraan ini, bukan saja apakah dia layak menjadi calon pilihan raya kecil Dun Kajang ataupun dia akan dihantar ke penjara.

Untuk menilai perkembangan ini agak sukar kerana keadilan dalam perbicaraan ini bukan menjadi tanda asas untuk menentukan nasib Anwar. Sekiranya mahkamah tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak, kepercayaan kepada mahkamah boleh diletak. Sebaliknya kalau mahkamah dipengaruhi mana-mana pengaruh dan kepentingan, keadilan diharapkan itu sia-sia saja.


Pokok pangkal kini apakah Anwar terus dianggap musuh oleh pihak tertentu yang boleh mengusasi mahkamah? Kalau iya, dan orang itu masih mempunyai sisa kuasa maka mahkamah tidak akan berjalan menurut prinsip-prinsipnya. Jadilah perbicaraan rayuan itu sebagai formaliti saja.

Kenapa dikatakan begitu, kerana terdapat kes-kes berat yang dibebaskan tetapi tidak dirayu oleh pihak pendakwa. Petunjuk ini menjelaskan bahawa dalam proses keadilan dan kesaksamaan yang diuruskan manusia ada kepincangannya.

Meneliti kepada perkembangan dan simpang siur kes ketua pembangkang ini, elok kalau PKR menyediakan pelan alternatif untuk pilihan raya kecil Kajang. Walaupun sekirang berlaku apa-apa kepada Anwar, Kajang Move tidak bermakna lagi, tetapi kerana kerusi itu telah kosong, Pakatan Rakyat harus bertanding.

Zaid Ibrahim tidak akan bertanding di Kajang sekiranya Anwar tidak dapat bertanding. "Saya tidak akan bertanding, kalau Anwar tidak boleh bertanding," begitulah akuinya yang terdengar ke telinga saya.

Dalam konteks politik mengenai Anwar ia menjadi masalah kedua, tetapi yang penting Kajang harus disertai oleh Pakatan Rakyat.

Mengenai natijah rayuan pendakwa ke atas kes Anwar itu, saya boleh baca begini, mungkin keputusan terhadap rayuan itu ditangguhkan. Penangguhan itu sekiranya Anwar didapati bersalah memberi laluan kepada Anwar untuk tururt bertanding. Tetapi ia memberi kesan buruk kepada politik negara ini sekiranya Anwar bertanding menang kemudian keputusan mahkamah didapati dia bersalah menyebabkan satu lagi pilihan raya terpaksa diadakan?

Kajang Move nampaknya melangkah bukan saja untuk Anwar tetapi ia boleh melangkah jauh terutamanya ke dalam Pakatan Rakyat. Saya berani mengatakan kalau Anwar sekali lagi dirihatkan dalam penjara ia akan mengucar kacirkan Pakatan Rakyat. [wm.kl.11:28 am 06/03/14]

Tiada ulasan: