Sabtu, 8 Mac 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Pesawat MH370 Hilang: Dua Tumpahan Minyak Dikesan di Luar Pantai Vietnam

Posted: 08 Mar 2014 05:49 AM PST


Peta menunjukkan lokasi terakhir pesawat MH370 dikesan pada awal pagi Sabtu.

[Mstar] KUALA LUMPUR: Pesawat Jabatan Penerbangan Awam Vietnam mengesan dua tumpahan minyak yang besar dipercayai daripada pesawat MH370 yang hilang pada Sabtu.

Menurut satu kenyataan, tumpahan minyak itu dengan masing-masing sepanjang 10 kilometer (km) dan 15 km, dengan jarak 500 meter, ditemui kira-kira 140 meter dari pulau Tho Cu, selatan Vietnam.

Kenyataan itu berkata, tumpahan itu dilihat seperti yang ditinggalkan oleh bahan api daripada pesawat yang terhempas.

Pesawat Boeing 777-222 hilang dari radar dengan 239 orang berada di atas kapal dalam penerbangan ke Beijing selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi.

Ia kemudiannya hilang dari radar pada pukul 1.30 pagi. - 8/3/14


[Laporan Tidak Rasmi] Pesawat MH370 Dikatakan Terhempas di Laut China Selatan

Posted: 08 Mar 2014 01:28 AM PST



[Mstar] PETALING JAYA: Laporan tidak rasmi Vietnam dan China menyatakan bahawa Tentera Laut Vietnam mengesahkan pesawat MH370 dari KL - Beijing terhempas ke dalam laut.

Laporan tersebut turut dipetik 'Yahoo News'.

Akhbar harian Vietnam, Tuoi Tre dan agensi berita China Xinhua memetik Laksamana Tentera Laut Vietnam Ngo Van Phat sebagai berkata rekod radar tentera menunjukkan bahawa pesawat terhempas ke dalam laut, di kawasan 153 batu ke Selatan pulau Phu Quoc.

Sementara itu, Al Jazeera melaporkan bahawa China telah menghantar dua kapal menyelamat maritim untuk membantu mengesan pesawat yang hilang. -8/3/14


P/s: Moga berita ini tidak benar. Doakan keselamatan penumpang MH370.



Berkaitan:

Vietnam Sahkan Pesawat MAS Terjunam ke dalam Laut


[TMI] Pihak berkuasa di Vietnam mengesahkan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dilaporkan hilang dalam perjalanan ke Beijing pagi tadi telah terhempas di Laut Cina Selatan, menurut sebuah akhbar Vietnam.

Laporan akhbar Tuoi Tre memetik admiral tentera laut Ngo Van Phat sebagai berkata radar tentera mengesan pesawat yang membawa 239 penumpang itu terhempas ke dalam laut, 153 batu selatan Pulau Phu Quok.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Malaysian Airlines, Ahmad Jauhari Yahya dalam sidang media pagi tadi berkata penumpang dan anak kapal dalam pesawat malang itu terdiri daripada 14 warganegara berbeza.


Mereka termasuk warganegara 152 orang rakyat China, Malaysia (38), Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), U.S (3), New Zealand (2), Kanada (2), Ukraine (2), Russia (1), Itali (1), Belanda (1), Taiwan (1) dan Austria (1).


Sebahagian daripada ahli keluarga yang sampai ke Bangunan Sokongan Kemudahan di Zon Sokongan Selatan KLIA hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 8 Mac, 2014.Bercakap pada pemberita di sidang media di Sama-Sama Hotel di Sepang, Ahmad berkata kenyataan rasmi hanya dikeluarkan pada 8.30 pagi memandangkan pesawat tersebut masih mempunyai baki minyak mencukupi untuk terbang sehingga waktu ini.

"MAS sahkan pesawat MH370 hilang perhubungan dengan pusat kawalan udara Subang pada 2.40 pagi. Bagaimanapun, ia memiliki baki minyak mencukupi untuk terbang ke Beijing," kata Ahmad.

Beliau juga berkata spekulasi mengatakan pesawat yang berkongsi kod bersama China Southern Airlines telah mendarat di Nanning masih belum dapat disahkan.

Pesawat Boeing 777-200 tersebut berlepas dari Malaysia pada 12.41 pagi dan sepatutnya di Beijing pada 6.30 pagi tadi (waktu China), tetapi hilang pada 2.40 pagi.

"Pesawat MH370 dikendalikan oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah berusia 53 tahun yang mempunyai jumlah jam penerbangan lebih 18,365 jam.

"Pegawai pertama adalah Fariq Ab Rahman berusia 27 tahun yang mempunyai jumlah penerbangan 2,763 jam," kata Ahmad.

Beliau berkata Zaharie sudah berkhidmat dengan MAS pada 1981 dan Fariq pula pada 2007.

Ahmad mengesahkan sudah menghubungi pihak berkuasa Vietnam untuk meminta bantuan bagi mencari pesawat MH370, yang berusia 11 tahun dan 10 bulan itu.

Ketika ditanya sama ada MAS akan menyekat penerbangan pesawat Boeing 777-200, Ahmad berkata ia bergantung jika terdapat bukti kegagalan teknikal.

Malah, pengeluar pesawat tersebut masih belum membuat sebarang cadangan, tambah beliau.

Sebelum itu, MAS menghubungi ahli keluarga terdekat dan anak kapal pesawat MH370 selepas ia terputus hubungan dengan menara kawalan udara awal pagi ini.

Sementara itu, Pemangku Menteri Pengangkuan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menerusi akaun Twitter, menggesa ahli keluarga penumpang dan anak kapal bertenang.

"Kepada ahli keluarga penumpang dalam pesawat, bertenang dan dapatkan maklumat yang sahih. Kami akan maklumkan. Doa untuk semua," tulis beliau.

MAS berkata ia akan menyediakan laporan terkini dari masa ke semasa. Orang ramai boleh menghubungi 03-7884 1234 untuk sebarang maklumat.

Ahli keluarga penumpang dan anak kapal disarankan berkumpul di Bangunan Sokongan Kemudahan di Zon Sokongan Selatan KLIA. Untuk maklumat, hubungi 03-8787 1269.

Orang ramai juga boleh menghubungi 03-7884 1234 untuk maklumat lanjut. – 8 Mac, 2014.



* Pesawat MH370 Masih Belum Dapat Dikesan - MAS




[Mstar] PETALING JAYA: Malaysia Airlines (MAS) masih belum dapat mengesan kedudukan atau berhubung dengan pesawat MH370 yang hilang dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu.

Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan pada petang Sabtu berkata, ia sedang berusaha mengesan kedudukan terakhir pesawat di dalam radar sebelum terputus hubungan pada pukul 2.40 pagi Sabtu ialah 065515 Utara (longitud) adan 1033443 Timur (latitud).

"Kami masih cuba untuk mengesan lokasi semasa pesawat itu berdasarkan kedudukan terakhirnya.

"Kami sedang bekerjasama dengan pasukan mencari dan menyelamat antarabangsa untuk mencari pesawat ini," kata kenyataan MAS.

Menurut kenyataan itu lagi, sehingga kini mereka masih belum menerima sebarang isyarat atau mesej kecemasan daripada MH370.

"Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dan memberi jaminan bahawa semua sumber dikerahkan untuk membantu misi mencari dan menyelamat ini," demikian menurut kenyataan itu.

Penerbangan itu membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal yang terdiri daripada 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal.

Terdapat 38 rakyat Malaysia dalam pesawat MAS yang hilang itu.

Selain itu, seramai 154 penumpang warga China termasuk seorang bayi, India (5), Indonesia (7), Australia (6), Perancis (4), Amerika Syarikat (3 termasuk 1 bayi), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Belanda (1) dan Austria (1). - IWAN SHU-ASWAD SHUAIB/8/3/14



Pengadil Bola Sepak BERTUDUNG

Posted: 07 Mar 2014 07:41 PM PST



[HM] Milan: Kebebasan bertudung di negara yang majoriti penduduknya bukan beragama Islam semakin dapat dilihat dengan contoh terbaru di Itali.

Buat kali pertama dalam sejarah bola sepak negara itu, perlawanan diadili pengadil perempuan bertudung. 

Chahida Chekkafi remaja Itali berketurunan Maghribi - menjadi pengadil bagi perlawanan pasukan lelaki antara San Luigi dan Karimou Stradevar, baru-baru ini. 

Berdasarkan laporan Marocco World News, Chekkafi lahir dan membesar di Itali, namun ibunya pemain bola sepak di Maghribi.

Aksinya mengadili perlawanan bola sepak itu menjadi berita media setempat.

Chahida yang baru berusia 16 tahun mengadili perlawanan bagi liga junior. 

Akhbar harian Corriere Della Sera membahas perkara itu malah mengandungi komentar Presiden Persatuan Pengadil Itali Marcello Nicchi yang menggambarkan gadis itu sebagai pemalu namun berbakat dan kuat semangat. - Agensi/8/3/14

Kapal Terbang MAS dari KL ke BEIJING Dilaporkan Hilang

Posted: 07 Mar 2014 05:15 PM PST


[AA] KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.

Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

"Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan," kata kenyataan itu.

Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa.
Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut. - 8/3/14



Tiada ulasan: