Tukar Tiub |
- APA KHABAR
- YA AMPOOOON
- KENYATAAN BERSAMA PAKATAN
- AL-FATIHAH SEMOGA SELAMAT
- SABTU 8 MAC 2014
- BALING 1974-2014
- SEMOGA SEMUA SELAMAT
Posted: 08 Mar 2014 07:00 PM PST |
Posted: 08 Mar 2014 06:30 PM PST YA AMPOONN makan tanggung berak canggkung kah kah kong 'Hidupkan roh tautan raja, rakyat'Kuala Kangsar: Institusi Kesultanan Melayu berdepan cabaran lebih besar untuk diletakkan sebagai institusi yang diterima secara positif, disokong, dihormati serta kekal relevan dan berfungsi kepada rakyat akibat perbuatan pihak tertentu mempersendakannya. Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah bertitah, kebelakangan ini semakin terdengar suara yang secara terbuka mencabar peruntukan tertentu dalam undang-undang negara, bersikap melanggar adat dan adab serta mempersendakan institusi berkenaan. KAH KAH KAH KAH KAH --------- |
Posted: 08 Mar 2014 06:07 AM PST KENYATAAN BERSAMA PAKATAN RAKYAT 8 Mac 2014 Enam tahun selepas berlakunya gelombang 8 Mac 2008, UMNO-Barisan Nasional telah kehilangan sokongan rakyat. Pakatan Rakyat pula jelas muncul sebagai kuasa yang terus mengancam hegemoni UMNO-Barisan Nasional. Walaupun UMNO-Barisan Nasional terus hilang sokongan, namun keangkuhan dan kedegilan mereka berterusan, yang ditunjukkan melalui keengganan melakukan reformasi tulen ke atas institusi-institusi penting negara termasuklah institusi kehakiman. Hal ini kerana ianya satu-satunya jalan yang menjamin kelangsungan UMNO-Barisan Nasional untuk kekal berkuasa. Tindakan mahkamah mengenakan hukuman penjara lima tahun ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim, dan keputusan yang bakal dikenakan terhadap sdr Karpal Singh di bawah Akta Hasutan merupakan bukti terang bagaimana UMNO-Barisan Nasional terus menyalah guna institusi kehakiman. UMNO-Barisan Nasional tidak pernah belajar daripada hukuman rakyat bermula sejak peristiwa 1998, justeru mereka mengulangi kesilapan tersebut ke atas kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat ini. Kami yakin pengorbanan Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak akan sia-sia. Pengorbanan ini akan membuka mata rakyat, menyemarakkan semangat dan melonjakkan sokongan segenap lapisan masyarakat untuk bersama Pakatan Rakyat demi melakukan perubahan. Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini telah membuat ketetapan bahawa: 1) 1) Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan hadir untuk Pembukaan Parlimen dan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang akan berlangsung pada 10hb Mac 2014; 2) 2) Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak akan hadir di Parlimen pada 11hb Mac 2014 sebagai tanda bantahan terhadap salah guna badan kehakiman, solidariti untuk sdr Karpal Singh, dan untuk bersama calon Pakatan Rakyat pada penamaan calon Pilihanraya Kecil DUN Kajang. Dato' Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS Loke Siew Fook, Setiausaha Organisasi DAP ----------- |
Posted: 08 Mar 2014 04:11 AM PST |
Posted: 07 Mar 2014 10:38 PM PST TIDAK ADA APA YANG INGIN AKU KATAKAN kau bertanya apa telah terjadi kau menghantar text itu kau ingin tahu kau sedang mencari jawapan tapi kenapa kau bertanya pada aku kenapa kau tak tanya pada diri kau sendiri apa yang telah berlaku setiap kali text itu sampai pada aku aku kehilangan nafas panjang setiap kali text itu sampai pada aku umur aku pendek lima jam bila text itu sampai sekali lagi aku menjadi amarah dada aku berdebar bergoncang kerana kau perlu bertanya pada aku telah berapa lama aku katakan telah berapa ratus ribu kali aku terangkan kau masih tidak faham faham jari aku telah kontot mengetik komputer rambut aku telah berduyun duyun gugur kasut aku telah rabak kering gusi aku telah cair saku aku semakin berat diisi dengan soalan dari kamu sekali lagi jika kau timbulkan soalan itu jika kau tanya apa yang berlaku aku akan menangis hingga bumi ini tenggelam aku akan gali kubur datuk nenek moyang aku akan hadiahkan kepada kau kerana kau anak muda masih tidak tahu apa yang telah berlaku 8 mac 2014 hari perempuan sedunia ---------- |
Posted: 07 Mar 2014 08:30 PM PST |
Posted: 07 Mar 2014 07:30 PM PST SEMOGA SEMUA SELAMAT! Pesawat MAS bawa 239 penumpang ke Beijing dilapor hilangOperasi menyelamat dilancarkan sebentar tadi selepas sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 227 penumpang menuju ke Beijing dilaporkan-- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan