Isnin, 17 Mac 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Bas Ekspres Jatuh ke dalam Gaung

Posted: 17 Mar 2014 06:22 AM PDT



[HM] Gopeng: Seorang pemandu bas maut manakala dua lagi penumpang parah apabila bas dinaiki terbabas lalu jatuh ke dalam gaung sedalam lebih 9 meter dalam kejadian di KM 301.5 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara berhampiran Gua Tempurung, di sini, kira-kira jam 4 petang tadi.

Kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres. Identiti mangsa belum dikenal pasti. -17/3/14


Kemas Kini:

Pemandu Maut, Duan Parah Bas Terjunam ke dalam Gaung

[AA] KAMPAR: Seorang maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres Konsortium di Kilometer 301.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Gua Tempurung dekat Kampar. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.25 petang Isnin, bas tersebut dipercayai terjunam ke dalam gaung sedalam 30 kaki. 

Mangsa yang maut adalah pemandu bas ekspres, Hasmil Arshad, 43 dari Indonesia yang berstatus penduduk tetap manakala dua mangsa yang cedera adalah penumpang masing-masing seorang lelaki, Mong Ming Chai, 48 dan seorang wanita yang dikenali sebagai Farahzela, 26. Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk mendapatkan rawatan susulan. 

Ketika kejadian, bas tersebut dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh. Siasatan awal polis mendapati pemandu bas tersebut hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah lagi kenderaan. 

Polis difahamkan, ketika kejadian, hanya tiga orang berada di dalam bas tersebut.  -17/3/14



Tiada ulasan: