Biaqpila |
- PASANGAN SUAMI ISTERI DARI BOGOR DAKWA TAHU DI MANA MH370 BERADA
- BAS JATUH GAUNG DI KM301.5 LEBUHRAYA PLUS
- MH370 TERBANG RENDAH ELAK DIKESAN RADAR
PASANGAN SUAMI ISTERI DARI BOGOR DAKWA TAHU DI MANA MH370 BERADA Posted: 17 Mar 2014 10:32 AM PDT Bogor - Sudah lebih dari seminggu sejak pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang hubungan pada Sabtu (8/3/2014) lalu. Pencarian pun terus dilakukan, namun sampai dengan saat ini belum ada titik terang dimana kedudukan pesawat yang membawa 239 penumpang dan kru pesawat itu. Pasangan suami isteri Fajar Sahri (58) dan Winarti (52) i Bogor, Indonesia turut mengikuti perkembangan proses pencarian pesawat yang juga berpenumpang warga negara Indonesia tersebut. Keduanya, yang mengaku diberi anugerah mampu berkomunikasi dengan alam ghaib, merasa prihatin dengan musibah tersebut dan bermaksud membantu dengan cara yang mereka dapat. "Ya kita hanya memberikan maklumat, sebagai sesama harus saling membantu. Kami tidak mengharapkan apa-apa," ujar Fajar saat ditemui Tribun di kediamannya di Jalan Batara Nombor 93, Kampung Parikolot, Ciluar, Bogor, Ahad (16/3/2014). Menurut Fajar maklumat yang mereka peroleh menyebutkan pesawat berada di titik berikut (Latitud Utara 7 darjah 47'47.90" Longitud Timur 105 darjah 13'39.59" Elev -30m. Ketinggian mata 5 m. Atau berada di sekitar selatan ibukota Vietnam, Ho Chi Minh. Keduanya kemudian menuturkan bagaimana proses mereka mendapatkan maklumat terkait kedudukan pesawat sampai dengan titik koordinatnya. Menurut Fajar, sang isteri mengetahui lokasi pesawat setelah melakukan komunikasi dengan kru pesawat nahas tersebut. Winarti menyatakan memang memiliki kemampuan khusus untuk berkomunikasi dengan hal-hal ghaib dan sudah beberapa kali terjadi dan terbukti. Fajar menuturkan, pada hari Khamis (13/3/2014) siang, selesai melaksanakan solat Zuhur, Winarti memohon doa agar dapat diberi petunjuk mengenai kedudukan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH370. Tiba-tiba muncul sosok seorang lelaki dengan pakaian layaknya seorang kru pesawat datang dan berkomunikasi dengan Winarti. "Mungkin co-pilot atau siapa, yang jelas pakai seragam," tuturnya. Lelaki itu kemudian menuturkan kepada Winarti bagaimana pesawat tersebut tiba-tiba mati seluruh perangkatnya ketika melintas di Laut China Selatan, tepatnya sebelah selatan Vietnam. Pesawat yang tiba-tiba kehilangan kuasa secara total itu kemudian jatuh dan tenggelam ke dasar laut, lengkap dengan para penumpang dan kru kapal di dalamnya. Jeritan teriakan takbir pun terdengar ketika pesawat mula jatuh ke laut. "Pesawatnya utuh, tidak meledak, tidak ada serpihan apa-apa. Penumpang masih duduk di kerusi masing-masing dengan tali pinggang keselamatan terpasang," ujar Winarti yang mengaku sempat diberi penglihatan keadaan pesawat di dasar laut. Winarti menuturkan semua penumpang sudah dalam keadaan meninggal dunia di kerusi masing-masing, dengan tali pinggang masih terpasang. Ia mengaku ketika diberi penglihatan itu tak sanggup menahan air matanya yang tumpah melihat pemandangan memilukan tersebut, apalagi Winarti sempat melihat dua orang anak kecil di antara penumpang yang terbunuh. Terlebih lagi si lelaki berpakaian awak kapal itu kemudian sempat menitipkan pesanan kepadanya untuk disampaikan kepada anak perempuannya yang masih kecil. "Dia kirim salam buat anakku sambil tersenyum. Anaknya itu rambutnya keriting-keriting, anak perempuan sekitar umur 7-9 tahun," tambahnya. Menurut Winarti, pada saat berkomunikasi yang pertama itu, ia tidak sempat mendapatkan lokasi jatuhnya pesawat. Titik koordinat lokasi baru ia dapatkan pada Jumaat dinihari, ketika ia kembali melakukan komunikasi dengan awak kapal Malaysia Airlines itu setelah melakukan solat Tahajud. Winarti meyatakan, komunikasi yang kedua ia lakukan bukan dengan orang yang sama ketika melakukan komunikasi pertama. Pada saat komunikasi kedua itu, lelaki berbeza yang kemudian ia tahu adalah pilot pesawat Zahari Ahmad Shah. Dari Zahari inilah kemudian Winarti dan Fajar memperoleh koordinat yang mereka duga adalah lokasi jatuhnya pesawat nahas tersebut. Ia juga menuturkan bagaimana pesawat yang awalnya mengarah ke utara sempat berbelok ke arah barat sebelum kemudian berputar ke arah timur dan terjatuh. "Makanya badan pesawat itu menghadap timur," ujar Fajar. Arah pesawat yang goyang dan kemudian terjatuh, menurut Fajar kemungkinan diakibatkan arus magnet yang kuat di dasar laut di sekitar lokasi jatuhnya pesawat. Pesawat itu kemudian tiba-tiba mati total dan jatuh tenggelam ke dalam laut. Zahari juga mengatakan kepada Winarti bahwa dunia itu penuh keajaiban, entah apa maksudya Winarti sendiri tidak tahu. "Ya mungkin maksudnya, apa yang tidak mungkin jadi mungkin, yang penting cari dulu. Saya juga tidak tahu artinya," ujarnya. Fajar mengaku hanya berniat membantu proses pencarian pesawat yang telah memakan waktu lebih dari seminggu itu. Ia menyebut dirinya tidak memiliki maksud apa-apa, yang terpenting baginya adalah pesawat dapat diketemukan dan keluarga korban boleh lebih lega dan ikhlas menerima kenyataan. Untuk itu, Fajar menyebut dirinya sudah melaporkan maklumat yang ia dapat itu ke beberapa pihak yang ia anggap memiliki akses untuk menggunakan maklumat tersebut untuk menemukan pesawat tersebut. "Saya sudah hubungi Komandan Lanud Soewondo Kolonel SM Handoko serta duta besar di Vietnam Bambang Tarsanto (Konsult Jenderal di Ho Chi Minh City) melalui sms," katanya. Selain itu ia juga sempat melaporkan kesebuah stesyen television swasta (TvOne) dan diberitahu akan diberi kesempatan tampil live setelah menunggu persetujuan salah seorang penanggung jawab program. Namun setelah menunggu lama, justeru yang ditunggu itu pulang dan ia tidak diberi tahu apa-apa. Fajar mengatakan dirinya sama sekali tidak mengharapkan apa-apa, yang terpenting baginya adalah pesawat dapat segera ditemukan. Mengenai kemampuan berkomunikasi dengan hal-hal ghaib, Fajar mengaku tidak menjalani ritual apapun, ia dan isterinya hanya diberi tanggung jawab oleh tuhan untuk bersama-sama membantu. "Saya pernah bantu teman cari anak perempuannya yang hilang, dan hasil maklumat yang didapat itu benar. Saya dan isteri juga pernah mendapat maklumat soal kedudukan mata air di Banyuwangi, dan ternyata benar-benar terbukti,"ujarnya. -alihbahasa dari tribunnews oleh GB ULASAN GB Jika benar seperti yang dinyakan, maka kita meminta semua pihak terutama ahli keluarga mangsa yang terlibat agar redha menerimanya. p/s. sekurang-kurangnya "cara"nya lebih baik dan lebih mulia dari cara Raja Bomoh di Malaysia. Dia tidak menggunakan apa-apa ritual, hanya berbekalkan solat tahajjud. Tidak menggunakan teropong dan bubu, tidak menggunakan buah kelapa, tidak juga tikar terbang.... Hanya satu persoalan jika apa yang disampaikan itu benar iaitu: kuasa pesawat itu dikatakan tiba-tiba mati total! |
BAS JATUH GAUNG DI KM301.5 LEBUHRAYA PLUS Posted: 17 Mar 2014 03:58 AM PDT 17/3/14 GOPENG 1625: Sebuah bas ekspress jatuh ke dalam gaung sedalam 10meter di km 301.5 arah utara PLUS berdekatan Gua Tempurung pada pukul 4.25 petang tadi. Seorang maut dan dua cedera parah dalam kejadian itu. Mangsa yang terbunuh adalah pemandu bas tersebut manakala penumpang yang cedera adalah seorang lelaki dan seorang perempuan. Bas tersebut dipercayai cuba mengelak dua buah kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di tempat kejadian. Sumber FB LaporanTrafik |
MH370 TERBANG RENDAH ELAK DIKESAN RADAR Posted: 16 Mar 2014 09:41 PM PDT Misi mencari kini bukan hanya di lautan cetek, kawasan pencarian diperluas ke lautan dalam dan terpencil serta kawasan daratan. Gambar fail. mH370 terbang serendah 1,500m elak dikesan, kata NSTKetika misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 masuk hari ke-10 dengan hanya beberapa petunjuk mengenai di mana ia mungkin berada, akhbar New Straits Times hari ini berkata Boeing 777-200ER turun 5,000 kaki (1,500m) untuk mengelak dikesan radar komersial.Dalam berita eksklusif, akhbar itu berkata, penyiasat yang menganalisis data penerbangan MH370 mendedahkan pesawat seberat 200 tan itu turun 1,500m atau lebih bawah lagi untuk mengelak liputan radar komersial (sekunder) selepas ia berpatah balik dari laluan asal penerbangan menuju ke Beijing. Pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200ER (9M-MRO) hilang pada 8 Mac dengan membawa 239 penumpang. Pihak berkuasa pada Sabtu berkata, pesawat itu sengaja dilencongkan daripada laluan sebenarnya dan peralatan transmisi di atas pesawat dipadam untuk elak dikesan. Komunikasi terakhirnya ialah pada 8.11 pagi di utara Selat Melaka. Penyiasat yang mengkaji data penerbangan MH370 berkata pesawat itu terbang rendah dan menggunakan kawasan terlindung (terrain masking) ketika ia terbang merentasi Teluk Bengal dan menuju utara ke arah daratan, lapor NST. Pegawai, yang membentuk pasukan teknikal, melihat kepada kemungkinan sesiapa juga yang mengendalikan pesawat pada masa itu mengambil kesempatan terhadap kesibukan laluan udara merentasi Teluk Bengal dan tersekat kepada laluan komersial untuk mengelak disyaki oleh radar utama (tentera), kata akhbar itu. "Individu yang mengawal pesawat itu mempunyai pengetahuan kukuh mengenai avionic dan navigasi dan meninggalkan jejak yang bersih. Ia melepasi Kelantan, ia adalah benar," kata NST memetik kenyataan pegawai yang enggan dikenali. "Terrain masking" merujuk kepada kebolehan meletakkan pesawat supaya alam semula jadi bumi menyembunyikannya daripada gelombang radio yang dihantar daripada sistem radar. Ia adalah teknik yang biasanya digunakan dalam pertempuran di mana juruterbang tentera akan terbang sangat rendah di kawasan berbukit atau pergunungan untuk melindungi kedatangan mereka. Pakar berkata, menerbangkan Beoing 777 dengan cara itu adalah berbahaya kepada kerangka pesawat udara dan boleh menyebabkan mereka di dalam pesawat pening dan mengalami disorientasi spatial. Pesawat MH370 dianggarkan terbang selama lapan jam dan pihak berkuasa percaya ia terbang merentasi dua negara lain selain Malaysia, tetapi tidak jelas negara yang mana. Pada Sabtu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pencarian MH370 kini diluaskan ke kawasan antara Thailand hingga Kazakhstan dan Turkmenistan di utara dan Indonesia di selatan. Pencarian di kawasan baru dilancarkan selepas data satelit mendapati pesawat itu berada di salah satu daripada dua koridor: di utara ialah kawasan menjangkau dari utara Thailand ke Kazakhstan, atau di selatan, dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi. NST memetik sumber sebagai berkata, siasatan kini fokus kepada lapangan terbang yang tidak digunakan lagi tetapi dilengkapi landasan panjang yang mampu mengendalikan pesawat besar seperti Boeing 777. Putrajaya memberikan taklimat kepada wakil negara daripada hampir 24 negara dan meminta bantuan antarabangsa dalam mencari pesawat itu. "Kawasan mencari diperluaskan," kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, semalam. "Daripada fokus utama kepada laut cetek, kita kini melihat kepada kawasan daratan lebih luas, merentasi 11 negara, termasuk kawasan laut dalam dan terpencil," katanya. Siasatan juga fokus kepada latar belakang dua juruterbang, anak kapal dan kakitangan lapangan yang bekerja di pesawat yang hilang itu. Pada Sabtu, pegawai Cawangan Khas menggeledah rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, dan Pegawai Pertama Fariq Abdul Hamid, 27. Hari ini, Reuters melaporkan kata-kata terakhir dari kokpit MH370 – "all right, good night" (baiklah, selamat malam) – diucapkan oleh seseorang dalam pesawat yang sudah mula memadamkan satu daripada sistem pengesan automatik pesawat. Katanya, kedua-dua tempoh masa dan frasa yang tidak formal, diucapkan kepada pengawal trafik udara ketika pesawat meninggalkan ruang udara Malaysia boleh menambahkan lagi syak wasangka MH370 dirampas atau sabotaj. Hishammuddin semalam berkata, rakam keluar itu adalah selepas salah satu sistem komunikasi data pesawat, yang boleh menyebabkan ia tidak dikesan liputan radar, dipadamkan secara sengaja. "Jawapan kepada soalan anda ialah ya, ia ditutup sebelum," katanya kepada media ketika ditanya jika sistem ACARS – penyelenggaraan komputer yang menghantar balik data status pesawat – dinyahaktifkan sebelum suara rakam keluar. Pemeriksaan latar belakang pesawat tidak memberi maklumat berguna tetapi tidak semua negara yang mempunyai rakyatnya dalam pesawat itu sudah memberi maklum balas terhadap permintaan informasi rakyat mereka, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. – 17 Mac, 2014. TMI |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan