DUNIACACAMARBA |
Posted: 15 Mar 2014 10:09 PM PDT [HM] Fujian: Seorang lelaki yang mendakwa memaku kepalanya sendiri dengan tiga paku berukuran 10 sentimeter terpaksa menjalani pembedahan mengeluarkan paku itu dari tempurung kepalanya. Lelaki berusia 69 tahun dan berasal dari wilayah Fujian itu dikejarkan ke hospital selepas kejadian itu dan menjalani rawatan sejak hujung tahun lalu. Dia yang mendakwa melakukan perkara itu sendiri dan merayu pihak hospital tidak melaporkan kecederaannya itu kepada polis. Doktor percaya perkara itu dilakukan orang lain ke atasnya memandangkan kecederaan yang dialami. GAMBAR dari sinar-X menunjukkan paku dalam kepala lelaki berkenaan. Doktor berjaya mengeluarkan paku itu melalui pembedahan dan lelaki berkenaan terpaksa menjalani rawatan selama tiga bulan di hospital sebelum dibenarkan keluar Khamis lalu selepas doktor mendapati dia sembuh sepenuhnya. Kejadian seumpama itu bukanlah kali pertama berlaku di China. Dalam satu kes awal tahun ini, doktor mengeluarkan paku berukuran tujuh sentimeter dari tempurung kepala seorang lelaki di Nanjing. Menurut laporan, paku itu tertusuk di kepala Yang, 55, akibat kemalangan yang berlaku ketika dia menghias rumah. Bagaimanapun, dia tidak menyedari perkara itu sehingga dia merasa kesakitan keesokan harinya. Yang dilaporkan sembuh sepenuhnya dan tidak mengalami sebarang gangguan pada penglihatan atau kerosakan saraf.- Daily Mail/16/3/14 |
Pelajar Trauma Diliwat 4 Pelajar Senior Posted: 15 Mar 2014 09:48 PM PDT [SH] KUALA PILAH – Seorang pelajar berusia 15 tahun trauma selepas diliwat empat pelajar tingkatan lima yang menuntut di sekolah yang sama dekat sini. Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, penjaga mangsa berusia 34 tahun yang bertugas sebagai pengawal keselamatan hanya mengetahui kejadian itu setelah dimaklumkan pihak sekolah. Menurutnya, dia yang terkejut apabila mengetahui anak tirinya diliwat bertindak membuat laporan polis pada 13 Mac jam 3.15 petang. "Kejadian liwat itu berlaku sebanyak tiga kali sejak pertengahan Februari dan kali terakhir pada 10 Mac lalu. "Susulan laporan polis yang dibuat penjaga berkenaan, pada 14 Mac, sepasukan polis yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Pilah, Asisten Superintendan Normanshah Din menahan empat suspek pada hari yang sama di sekolah tersebut. "Semua suspek tinggal di asrama begitu juga dengan mangsa," katanya. Tambahnya, keempat-empat suspek ditahan reman selama empat hari mulai 15 Mac dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan seks di luar tabii yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun jika sabit kesalahan. Azmi menambah, kes liwat merupakan masalah serius yang perlu ditangani dengan segera. "Pihak sekolah sepatutnya tidak perlu berselindung berhubung perkara ini sebaliknya terus bertindak melaporkan kepada pihak polis serta ibu bapa mangsa. "Walaupun kes ini boleh mencemarkan imej sekolah namun ia perlu dipandang serius dan diharapkan pihak sekolah dapat memberi kerjasama yang baik kerana melibatkan pelajar mereka," katanya. Selain itu, peranan ibu bapa juga penting untuk mengetahui aktiviti dan kegiatan anak-anak mereka sama ada di sekolah mahupun di luar rumah. - SYAIRAH ABDUL LAJIS/16/3/14 |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan