DIALOG RAKYAT |
- Bomoh jutawan rapat dengan VIP: Mencari pesawat hilang dan rasa hormat
- Pesta muzik tiga hari biadab
- Ingat apa janji BN sebelum PRU13 lalu - Iskandar
- Anwar mula dikaitkan dengan MH370, selepas ini?
- Konsert liar: Kerajaan tidak sensitif bantahan rakyat
- 'Ya, juruterbang ahli PKR, tapi jangan spekulasi'
- Ulang tahun kekalahan Pas 36 tahun lalu penting diingat
- Guna bomoh cari MH370 perbuatan syirik – anak lelaki Yusuf Qardhawi
- Anwar sindir ritual ‘bomoh kelapa’ selesai kes MH370
- MB: Projek Horas tambah bekalan air mentah, siap Julai 2015
- Haniza : Program MES perlukan pendedahan lebih meluas
- PRK Kajang Masih Lesu Akibat Jerebu Dan Isu Kehilangan MH370
- PKR Kecam Dakwaan Daily Mail Tentang Kapten Zaharie-Anwar
- [TERKINI] Lima Maut Di Pesta FMFA Bukit Jalil Di saat Negara Sedang Murung Dengan MH370
- MH370 : Apa Yang Najib Cakap Ni ?
- Ayam RM1: Najib persenda rakyat, jadi pak lawak
- Polis periksa rumah kapten pesawat MH370
- Siasatan kini ke anak kapal, penumpang MH370
- MB Selangor: Saya buat kerja demi ALLAH
- MH370: Pusingan balik kuatkan 'teori rampasan'
- Telefon Nurul Izzah, Tian Chua digodam, cubaan gugat jentera PR
- Risalah fitnah Wan Azizah, Pakatan dijumpai di Bilik Gerakan BN
Bomoh jutawan rapat dengan VIP: Mencari pesawat hilang dan rasa hormat Posted: 16 Mar 2014 03:38 AM PDT Ibrahim Mat Zin, "raja bomoh" yang mencetuskan kekecohan dengan upacara ritualnya dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang, dilihat sebagai seseorang yang berkeyakinan tinggi, malah berlagak. Dia mendakwa dirinya sebagai bomoh jutawan dengan pelanggan terdiri daripada orang kaya dan berpengaruh, termasuk ahli politik Umno dan personaliti luar negara. Dia juga menganggap Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai kawan. Ahli politik Malaysia, katanya, ada mendapatkan bantuannya untuk memperolehi antara lain kelebihan dalam politik, perniagaan dan perkahwinan. "Saya tidak menafikannya. Tetapi bukan mereka sahaja pelanggan yang datang mendapatkan perkhidmatan saya. Ada juga pelanggan dari Brunei, Arab Saudi dan Indonesia yang minta bantuan saya untuk menyembuhkan mereka menggunakan perubatan tradisional," katanya kepada The Malaysian Insider, baru-baru ini. Beliau yang yakin dengan kehandalan dan kebolehannya menyembuh menggunakan cara tradisional tidak terganggu dengan isu yang membuatnya terkenal susulan aksinya di KLIA minggu lalu menggunakan kelapa, teropong buluh dan sangkar ikan untuk "menghalau semangat jahat" dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370. Aksi "permaidani ajaib" Ibrahim mencetuskan kemarahan dan pengguna sosial media menganggap perbuatan itu memalukan menyebabkan mereka mengkritik dan mempersenda Ibrahim. Perkataan "bomoh" menerima tweet lebih daripada 200,000 kali dan sentimen utamanya kelihatan ia sesuatu yang memalukan. "Saya tidak melakukan apa-apa yang haram. "Saya guna ayat Al-Quran dan doa supaya pesawat dan penumpang boleh dikesan. Ini tidak menyalahi agama. Jangan panggil saya murtad kerana ini. "Mengejek saya juga tidak membawa kebaikan. Saya ikhlas menolong kerajaan," katanya. Dalam dua upacara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur minggu lalu, ditemani beberapa pembantu, Ibrahim melakukan ritual bertujuan "melemahkan semangat jahat supaya penyelamat dapat menemui pesawat". Lelaki berusia 80 tahun dari Sungai Manik, Pasir Salak, Perak itu yang juga guru seni mempertahankan diri, berkata dia sudah membantu ramai orang sejak berusia 10 tahun. "Pelanggan saya pelbagai. Kebanyakan daripada mereka adalah orang penting, kaya dan ahli politik," katanya. Ibrahim mendakwa, beliau adalah generasi kelima keturunan bomoh dan ada kaitan dengan pahlawan Melayu, Datuk Maharajalela pada tahun 1800-an. Residen British pertama di Perak, J W W Birch, dibunuh oleh pejuang kebangsaan Melayu dan negarawan, Datuk Maharajalela dan Sepuntum pada 1875. Ibrahim juga menyenaraikan peranannya dalam beberapa kejadian besar dalam negara: antaranya ialah memanggil semula roh mangsa tsunami 2004; menjejak mayat mangsa lemas di banjir besar di Kuala Dipang; mengesan mayat mangsa kondominium Highlands Tower yang runtuh pada 1993; dan melemahkan ilmu hitam Mona Fendy supaya hakim boleh menjalankan tugasnya tanpa diganggu di mahkamah Temerloh di Pahang, di mana Mona Fendy akhirnya disabitkan bersalah membunuh ahli politik pada 1993 dan dihukum gantung. Mengenai kaedahnya yang "istimewa" dalam membantu Putrajaya mencari MH370, Ibrahim berkata, setiap individu ada cara tersendiri untuk membantu. "Orang teknikal guna sains dan radar kesan pesawat. Saya guna ayat Al-Quran dan barangan yang saya bawa bersama ketika sesi (ritual) bukan untuk dipuja. "Saya tidak puja barang itu kerana mereka hanya sebagai symbol. Seperti menangkap ikan, adakah kita hanya berharap dan berdoa menangkap ikan tanpa ada peralatan? Tidak, bukan? Jadi mata kail dan perangkap ikan adalah symbol mendapatkan pesawat itu," katanya. Mengenai kutukan yang diterimanya sejak episode di KLIA dan cadangan beliau ditangkap kerana melakukan ilmu hitam, Ibrahim berkata, mereka tidak sepatutnya menghakiminya tanpa bercakap dahulu dengannya. "Saya bukan bomoh tepi jalan. Saya bomoh jutawan. Saya ada perniagaan pembinaan selain membantu dan merawat orang. Anda tidak pernah dengan tentang saya kerana saya tidak menunjuk-nunjuk kekayaan saya seperti orang lain. "Khairy Jamaluddin (menteri belia dan sukan) hanya cakap besar tetapi dia tidak ada apa-apa. Saya lebih kaya daripada dia," katanya. Awal minggu ini, Ibrahim mengugut untuk menampar Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno kerana memperkecilkannya dan meminta supaya dia ditahan. "Dia patut hormat orang tua. Dia mungkin tidak tahu saya tetapi ahli politik yang lebih tua kenal sangat dengan saya. Malah, Datuk Seri Zahid Hamidi ialah ketua seni mempertahankan diri kami," katanya merujuk kepada menteri dalam negeri. Maklum balasnya terhadap ejekan Khairy ialah beliau mengugut untuk menamparnya seperti buaya. Khairy, bagaimanapun, tidak mengambil ugutan itu secara serius dan terus membuat lawak mengenai perkara itu dalam beberapa siri tweet menerusi akaunnya. Dalam satu tweet, Khairy berkata:"Raja Bomoh nak tampar saya cam kokedai". Ibrahim berkata, beliau tidak teragak-agak untuk melakukan ugutannya itu dan akan melaksanakannya jika kesabarannya teruji. "Saya tidak kisah membayar denda (kerana menampar Khairy). Saya ada duit. Saya ada peguam. Saya bukan bomoh kelas bawahan. Saya mungkin saman dia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) RM100 juta jika mereka tangkap dan tuduh saya khurafat," katanya. Beliau berkata, tidak ada apa yang hendak dimalukannya dan tidak beranggapan caranya "membantu" kerajaan mencari pesawat hilang itu meletakkan negara dalam keadaan yang memalukan. "Tidak, saya tidak buat apa-apa kesalahan. Anda hanya rasa malu jika buat salah, dan saya tidak melakukan kesalahan," katanya. Perbualan kami berakhir di situ, dan sebelum itu Ibrahim berkata, dia biasanya berjalan dengan sekurang-kurangnya 16 pengawal peribadi. "Saya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Saya tidak berseorangan. Saya ada 16 pengawal peribadi bersama saya setiap masa. Saya masih berfikir di mana patut saya sembahyang bila sampai di sana," katanya. – | |||
Posted: 16 Mar 2014 03:24 AM PDT SHAH ALAM - Penganjuran acara muzik terbesar selama tiga hari di Stadium Negara Bukit Jalil dilihat sebagai satu tindakan biadab dan tidak menghormati sensitiviti rakyat Malaysia. Naib Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Muhammad Farhan Mat Zin berkata, di kala negara sedang diuji ALLAH SWT dengan ketidaktentuan cuaca hingga dilaporkan 10,000 kebakaran hutan, jerebu pada tahap membimbangkan dan kehilangan MH370, namun pihak kerajaan masih membenarkan pesta muzik diadakan. "Saya melihat ramai pihak menganjurkan solat hajat di masjid-masjid dan solat Istisqa memohon pertolongan ALLAH untuk menurunkan hujan, tetapi anak-anak muda terkinja-kinja berpesta di stadium," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Tambah beliau, dengan lambakan pesta seumpama itu, dikhuatiri pertolongan yang dipinta dari ALLAH akan ditolak. "Jangan mencabar kuasa ALLAH dan kita bimbang pertolongan ALLAH tidak diberikan dengan wujudnya lambakan pesta-pesta seumpama ini," katanya. Kelmarin, enam individu termasuk seorang pelajar dari sebuah universiti di utara tanah air maut dan tiga kritikal disyaki akibat pengambilan dadah secara berlebihan ketika berhibur di acara muzik terbesar itu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, kesemua mangsa warga tempatan berumur 19 hingga 28 tahun dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), awal pagi semalam. Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena Kamaruddin, 21, M Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27. Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam lingkungan umur 19 dan 27 tahun yang kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM. Dalam satu sidang media semalam, Mohmad berkata, ekoran keadaan ini, pihak polis sudah memberitahu penganjur bahawa konsert hari ketiga perlu dibatalkan tanpa alasan kerana menyebabkan masalah keselamatan. | |||
Ingat apa janji BN sebelum PRU13 lalu - Iskandar Posted: 16 Mar 2014 03:11 AM PDT HARAKAHDAILY KAJANG: Pengundi Kajang dinasihatkan tidak termakan janji politik Umno BN yang ditabur sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang kali ini. Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, rakyat perlu ingat apa yang dijanjikan BN sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, yang kemudian dimungkiri mereka. Malah kata beliau penduduk Kajang boleh membandingkan sendiri perubahan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri sejak 2008. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar negeri, berkata kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sangat komited untuk mengembalikan hasil negeri agar dirasai rakyat. Beliau berkata demikian ketika sarapan pagi bersama komuniti Sg Kantan di sebuah gerai depan Dewan Komuniti Sungai Kantan di sini pagi ini. Turut serta, calon Pakatan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. | |||
Anwar mula dikaitkan dengan MH370, selepas ini? Posted: 16 Mar 2014 03:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Hari ini sudah masuk hari kesembilan kehilangan pesawat MH370 menghantui dunia. Daripada jangkaan awal bahawa pesawat itu mungkin terhempas dengan fokus pencarian di Laut China Selatan dan Selat Melaka, pengumuman Perdana Menteri, Najib Razak dalam sidang akhbar yang tidak boleh ditanyakan soalan semalam, perhatian kini bertukar dimensi dengan kebarangkalian ianya dirampas atau sengaja disabotaj pula. Sebagaimana yang didedahkan Najib juga, pesawat itu kini mungkin berada di sempadan antara Turkmenistan dan Kazashtan sehingga ke utara Thailand atau di koridor selatan yang mengunjur daripada Indonesia hingga ke Lautan Hindi. Maklumat daripada radar TUDM bahawa pesawat itu sengaja dialihkan tujuannya serta sistem komunikasi juga dimatikan dengan sengaja, sudah pasti untuk mengelak dikesan, tumpuan kini ialah kepada mereka yang berada di dalam kokpit pesawat itu iaitu juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantunya, Fariq Abdul Hamid. "Persoalannya ialah jika pesawat itu dirampas, apakah juruterbangnya diugut oleh sekumpulan perampas yang menyamar sebagai penumpang atau beliau merupakan sebahagian daripada komplot rampasan itu?" tanya penulis Shahbudin Husin di dalam blognya. Dalam perkembangan terbaru yang didedahkan oleh akhbar Daily Mail, Ahmad Zaharie juga didakwa berada di Mahkamah Rayuan pada 7 Mac untuk memberi sokongan moral kepada Anwar Ibrahim dan menyaksikan sendiri detik-detik hukuman 5 tahun penjara itu dijatuhkan. Selepas mahkamah berakhir pada 7 malam, barulah beliau pulang ke rumah dan kemudian pada jam 9 malam terus bertolak ke KLIA untuk tugasan membawa pesawat MH370 ke Beijing. Menurut Shahbudin lagi, selain akhbar luar negara, beberapa blog dan pengendali laman sosial pro Umno, tanpa segan-silu terus mengaitkan Zaharie dengan hukuman penjara terhadap Anwar sebagai punca kehilangan pesawat itu. | |||
Konsert liar: Kerajaan tidak sensitif bantahan rakyat Posted: 16 Mar 2014 03:05 AM PDT HARAKAHDAILY KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa selalunya tidak mengambil kira protes yang disuarakan oleh pelbagai kelompok masyarakat terhadap acara seperti Future Music Festival Asia. Justeru, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) memandang serius insiden enam anak muda meninggal dunia manakala dua lagi dalam keadaan kritikal kerana didakwa mengambil dadah berlebihan semasa menghadiri konsert berkenaan di Stadium Bukit Jalil malam semalam. "Kami kesal betapa di kala seluruh negara resah dan cemas serta bersimpati dengan ahli keluarga MH 370 yang hilang, negara dikejutkan dengan keliaran anak muda terlibat dalam konsert yang tidak melambangkan budaya dan akhlak yang sepatutnya," ujarnya presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid. Katanya, pengumuman Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dipetik sebagai berkata hari terakhir konsert itu, yang dijadualkan pada malam tadi telah dibatalkan adalah wajar dan sepatutnya dari awal lagi acara ini tidak harus diizinkan. Kata beliau, pihaknya tidak dapat menerima bagaimana konsert tiga hari itu dilulus yang dijangka menarik lebih 80,000 peminat untuk melihat barisan lebih 70 band dan artis dijadual antara 13hingga 15 Mac 2014. Beliau menambah, bantahan terhadap acara seperti ini sudah sering disuarakan, namun pihak berkuasa selalunya tidak mengambil kira protes yang disuarakan oleh pelbagai kelompok masyarakat. Justeru, ujarnya sikap liberal yang diamalkan oleh pihak berkuasa telah diambil kesempatan oleh penganjur yang memberi tumpuan untuk mengadakan acara yang menarik golongan generasi muda. "Kekhuatiran masyarakat bahawa acara seperti ini akan memberi kesan negatif kepada generasi muda sudah kerap diangkat dan terbukti benar apabila berlaku insiden yang tidak diingini. "Sebab itu kami menegaskan pihak berkuasa sepatutnya mengambilkira bantahan masyarakat kerana jika kerajaan jujur mewar-warkan rakyat diutamakan, acara seperti ini tidak harus diluluskan," katanya lagi. Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan tempatan bersikap tegas untuk membendung sebarang acara liar seperti itu dan tidak tunduk kepada mana-mana pihak atasan terutama orang politik yang sering diperguna oleh penganjur untuk mendapat kelulusan. | |||
'Ya, juruterbang ahli PKR, tapi jangan spekulasi' Posted: 16 Mar 2014 12:17 AM PDT MALAYSIAKINI PKR mengaku juruterbang MH 370 merupakan ahli parti itu tetapi meminta semua pihak tidak membuat spekulasi mengaitkan mereka dengan kehilangan penerbangan tersebut. Ketua PKR Cabang Subang Sivarasa Rasiah berkata beliau menang mengenali Kapten Zaharie Ahmad Shah (kiri) sejak beliau menyertai parti tersebut 23 Januari tahun lalu. Bagaimanapun, tambahnya, tidak adil sekiranya pihak media mengaitkan perkara itu dengan parti kerana ia "tidak relevan". Sivarasa merujuk kepada laporan akhbar tabloid Uniter Kingdom Daily Mail semalam yang membuat spekulasi bahawa Zaharie seorang 'fanatik politik' dan 'aktivis sosial yang lantang' "Media tidak sepatutnya membuat sebarang spekulasi. "Akhbar Daily Mail ialah sebuah tabloid, mereka langsung tidak merujuk mana-mana sumber," kata beliau dalam sidang media hari ini. Menurut Sivarasa yang juga ahli parlimen Subang, akhbar tabloid itu mengaitkan Zaharie dengan mengetengahkan dua spekulasi yang tidak disahkan sebagai fakta. Pertama, akhbar itu mendakwa Zaharie hadir ke keputusan kes liwat ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sehari sebelum menerbangkan pesawat. Dan kedua, beliau dilapor lantang bersuara hal-hal sosial walaupun tiada sebarang bukti menunjukkannya. "Beliau (Zaharie) seperti sejuta ahli parti politik di luar sana. "Dua fakta itu digunakan untuk panggil beliau 'political fanatic'. Kesimpulan tak boleh dibuat kerana fakta yang tidak terbukti," kata Sivarasa. Sivarasa turut berkata Zaharie seorang yang disenangi dan baik malah membantu cabang Subang ketika kempen pilihan raya umum dan terlibat dalam acara sosial anjuran cabang berkenaan. Beliau berkata hanya mengetahui Zaharie merupakan juruterbang pesawat malang itu pada hari Ahad minggu lalu dan ada menghubungi keluarga Zaharie untuk menyampaikan kata-kata semangat. "Jika pihak polis mahu berjumpa saya untuk bertanya latar belakang beliau (Zaharie) saya sedia membantu tapi ini bukan soal parti," kata beliau. Tian Chua: Polemik tuding jari Sementara itu Naib Presiden PKR Tian Chua berkata PKR tidak mahu parti terheret dalam polemik dan menuding jari yang dianggap tidak membawa kes ini ke mana-mana. Beliau berkata tumpuan harus diberikan dalam usaha mencari MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu itu. "Setakat ini kita harapkan semua pihak terutamanya media dan pihak parti-parti dalam parti pemerintah untuk menghormati keluarga dan penumpang MH370. "Jangan membuat terlalu banyak andaian yang ini akan menjejaskan siasatan dan juga menyinggung perasaan ahli keluarga, bagi kami kita tidak mahu termasuk dalam polemik siapa yang salah dan siapa yang patut bertangggungjawab," kata beliau. | |||
Ulang tahun kekalahan Pas 36 tahun lalu penting diingat Posted: 16 Mar 2014 12:10 AM PDT Malam 11 Mac lalu telah berlangsung mini pengisahkan kecil untuk mengingati satu peristiwa yang penting bagi Pas Kelantan khasnya, rakyat Kelantan amnya iaitu tarikh kejatuhan kerajaan Pas tahun 1978 pada tarikh tersebut. Ia diadakan di rumah transit Pas Kota Bharu yang dibuka sempena pilihan raya kecil Kajang.
Sayang sambutan majlis itu juga tidak membanggakan apabila hanya 19 orang saja yang datang itu pun termasuk dua tiga orang veteran. Saya turut sama hadir kerana majlis itu dikira penting untuk menambah maklumat dan 'cerita ceriti' berhubung kekalahan kerajaan Pas itu serta merungkai sebab musababnya. Mereka bertiga itu yang dijangka membuat pengkisahan adalah antara orang yang bertanggungjawab untuk menghidupkan semula Pas selepas kalah teruk sehinggakan tiga 2 kerusi daripada 36 kerusi dan satu parlimen daripada 13 kerusi parlimen. Dua kerusi Dun dimenang Pas ialah Sering dan Manik Urai manakala kerusi parlimen Pengkalan Chepa. Majlis itu sepatutnya dikelolakan dengan lebih bersistemetik dan penyertaan yang meluas. Ia harus diusahakan secara serius termasuk publisitinya bukan dibuat sekadar melepas kentut sebelum berak. (Kan dah kena). Bukan di Kajang saja, tetapi perlu diperluaskan ke mana-mana bandar dan negeri. Tentulah tempat paling aulanya ialah di Kelantan sendiri. Mungkin Lujnah Penerangan Pas Kelantan boleh mengambil event malam tersebut sebagai program perdananya. Manakala untuk di luar Kelantan ia boleh diatur atau dianjurkan oleh Perakan dan Persada atau mana-mana entiti lain. Mendukacita juga juga orang besar atau wakil PERAKAN dan PERSADA juga tidak nampak batang muka. Walaupun majlis itu lebih merupakan mengingati peristiwa tetapi ia ada sangkut paut juga dengan persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Bagi saya majlis pengkisahan seperti itu penting untuk mendedahkan kelemahan Pas ketika itu sehingga tumbangnya sebuah kerajaan yang sudah berusia 18 tahun. Kesimpulan-kesimpulan kenapa kerajaan itu sampai jatuh juga penting untuk diperingkatkan semula. Apa-apa yang belaku menyebabkan tumbang kerajaan itu patut difahami dan dijadikan teladan untuk menghadapi kemungkinan ia akan berlaku lagi sekali. Seperti mana diketahui kejatuhan kerajaan Pas pimpinan Mohamad Nasir (Allahyarham) itu antara lain kerana berlaku krisis kepimpinan didalam Pas. Walaupun majlis malam itu tidak mendapat sambutan tetapi ia memberi signifiken kepada mereka yang ada. Seperti mana didedahkan Wan Abdul Rahim dan Mohd Noor Yusuf, seorang veteran, peristiwa pada 11 Mac itu sesuatu yang memberi kesan jiwa yang tinggi. Generasi terkini tidak banyak mengetahui peristiwa berkenaan. Kerana itu mereka tidak tahu kepahitan pemimpin Pas terdahulu untuk membina semula kerajaan yang hilang. Sebab itu orang seperti Wan Abdul Rahim, Mohd Noor atau saya sendiri sangat merasa penting pengkisahan kejatuhan seperti itu diadakan untuk dijadikan iktibar dan cermin sejarah. Segala peristiwa dan rentetannya sangat wajar diketahui oleh generasi baru yang mendokong Pas. Mereka yang menyertai Pas menerusi karpet merah atau menjadi wira dan Walid al Walid apabila Pas susah berada dimusim panen, atau mengambil baton daripada orang tua mereka, tidak sama sekali merasai kepedihan di era Pas ketika menghadapi gerhana kekalahan dan kejatuhannya. Mungkin sebab itu mereka merasa majlis seperti itu sebagai membuang masa. Sementelah masih ada tokoh-tokoh Pas yang mengalami peristiwa itu, dan menyaksikan sendiri dengan mata kepala mereka segala macam onak dan duri dihadapi pejuang Pas terdahulu, elok kalau ia diadakan dari masa kesemasa. Jangan menanti selepas semua mereka sudah tiada baru terfikir pentingnya kenangan dibangkitkan dan sejarah perlu ditulis. Tokguru Nik Abdul Aziz Nik sendiri yang menjadi 'tuan firma' arkitek membangunkan semula Pas wajar diundang untuk menceritakan sejarah yang memedihkan itu. Rasanya tidak pernah kedengaran Nik Aziz mengkisahkan mengenai sukadukanya semasa zaman Pas dalam kegelapan. Bekas TMB Abdul Halim Abdul Rahman, bekas Exco Omar Mohamad, Ustaz Idris Ahmad dan beberapa bekas Adun serta aktivis yang masih ada patut diundang sama bagi mengishkan mengenai peristiwa malang itu. Malahan dua orang yang terlibat secara langsung dalam krisis berkenaan seperti bekas Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Salahuddin Abdullah dan bekas Exco Cikgu Abdul Hamid juga perlu diundang sama untuk mendengar pengikisahan darinya. Walaupun watak-watak itu bertentangan dengan watak lain semasa krisis yang membawa kecelakaan kepada Pas itu, tetapi cerita dan maklumat daripada mereka penting untuk dijadikan bahan renungan dan sempadan bagi mengelak perkara sama berlaku sekali lagi di masa akan datang. Walaupun tokoh-tokoh pelapis Pas Kelantan yang ada hari ini seperti Ahmad Yaakub, Husam Musa, Mohd Amar Nik Abdullah, Takiyuddin Hassan, Zulkefli Mamat dan lain-lain mengetahui sejarah kejatuhan kerajaan Pas Kelantan itu, tetapi mereka tidak terlibat di peringkat awal untuk membangunkan Pas tahun 1978. Secara peribadi saya yang menjejak ceramah 'bangkit semangat' oleh Pas tahun 1978, saya tidak pernah ternampak mereka di mana-mana pentas ceramah. Waktu Pas berjibuh dan bergelumang dalam lumpur mereka masih dibangku sekolah ataupun berada diluar Pas kerana tugas sebagai kakitangan kerajaan dan sebagainya. Mereka adalah pemimpin pelapis yang menyertai Pas setelah Pas sudah kebah dari demam kerana kehilangan sebuah kerajaan. Ataupun mereka bersama Pas setelah separuh masa kedua sebelum Pas menjaring gol 52 gol bersama Angkatan Perpaduan Ummah tahun 1990. Dalam pilihan raya ini Pas menenag di 24 kerusi Dun manakala enama kerusi parlimen. Semangat 45 pula menang 13 kerusi Dun dan 7 parlimen dan Berjasa 1 kerusi Dun. Apa pun terima kasih kepada pengajur majlis mengingati ulang tahun kejatuhan kerajaan Pas itu walaupun sambutannya hambar. Seperti dikatakan tadi peranan lebih penting dan bermakna harus diambil oleh badan-badan atau institisui tertentu yang berkepntingan dengan Pas dan kerajaan, termasuklah juga Instititusi Pemikiran Tokguru Nik Abdul Aziz (IPTG) dan Badan Perhubungan Pas sendiri. Elok kalau institusi ini mengadakan majlis mengingati hari kekalahan Pas itu untuk mencari akal-akal dan fikiran baru bagi mempertahankan kerajaan yang ada kini. Mempertahankan kerajaan legasi Tokguru adalah juga menjadi tanggungjawab institusi tersebut! | |||
Guna bomoh cari MH370 perbuatan syirik – anak lelaki Yusuf Qardhawi Posted: 15 Mar 2014 11:59 PM PDT Oleh Fazallah Pit KAJANG : Anak lelaki ulama terkenal dunia, Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengecam penggunaan 'bomoh kepala' dalam usaha mencari pesawat MH370 yang disifatkannya sebagai syirik. Tanpa menyebut nama, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mendedahkan beliau dihubungi anak ulama itu bagi mendapatkan kepastian. "Saya terima panggilan dari anak lelaki Yusuf Al-Qaradhawi. Dia kata kenapa guna bomoh, itu syirik. Saya jawab, mana saya tahu. Bukan saya terlibat. "Itu kenalah tanya (Datin Seri) Rosmah (Mansur)," katanya yang berseloroh kemudiannya pada ucapan di program Karnival Selangorku di Stadium Kajang, malam tadi. "Malu kita. Zam, zam ala kazam. Satu dunia tengok kita. Ini bukan cara kita," katanya lagi disambut gelak tawa lebih 3,000 pengunjung karnival berkenaan. Beliau turut mengulangi kecaman berikutan penganjuran solat Hajat PAS Selangor disiasat polis sedangkan ucapara bomoh tidak dikenakan sebarang tindakan. Anwar juga kesal banyak kenyataan bercanggah menteri dan pihak berkuasa dalam mengesan pesawat berkenaan hingga merosakkan imej negara di mata dunia. Beliau turut menyentuh perkembangan terbaru membabitkan 'bomoh kelapa' yang dilapor mahu menampar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. "Aku tak mahu campur. Seorang baling kelapa, seorang baling bola," katanya. | |||
Anwar sindir ritual ‘bomoh kelapa’ selesai kes MH370 Posted: 15 Mar 2014 11:57 PM PDT Oleh : AFEEQA AFEERA KAJANG : "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" yang melakukan ritual menggunakan kelapa bagi merungkai misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini disindir Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar dalam ucapannya di Stadium Kajang, malam tadi berkata satu dunia kini menyelar perbuatan yang dianggap syirik itu kerana ia sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam yang menjadi agama rasmi di Malaysia. Beliau turut mempertikaikan tindakan penguatkuasa yang dilihat tidak melarang upacara ritual itu berlangsung sehingga ia menjadi perhatian ramai termasuk media antarabangsa. "Sekarang ini Umno nak kata kita politikkan isu MH370? Cara Pakatan Rakyat (PR) selepas solat maghrib kita mesti buat solat hajat, tetapi cara dia guna bomoh kelapa. "Satu dunia kutuk kita tetapi menteri kata ini semua kerja barat," katanya yang juga Ketua Pembangkang pada Karnival Selangorku, semalam. Pada 10 Mac lalu, Raja Bomoh VIP, Ibrahim Mat Zain mencuri perhatian ramai apabila muncul di KLIA menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk berdoa supaya penumpang MH370 dapat dijumpai segera. Terbaru, beliau sekali lagi muncul di KLIA bersama pembantunya dan tiga orang daripada mereka duduk di atas sehelai tikar. Seorang daripadanya memegang tongkat, sementara dua orang lagi memegang dua biji kelapa di atas kepala dan memegang bakul dalam upacara berkenaan. Ibrahim juga sering kelihatan memakai sut lengkap bertali leher dan bersongkok serta pin baju berlogo 1Malaysia apabila melakukan upacara perbomohan. Dalam pada itu, Anwar mendakwa negara asing seperti Vietnam dan China mula hilang kepercayaan berhubung cara kerajaan Malaysia mengendalikan kehilangan pesawat MH370 yang hilang sejak lapan hari lalu. Katanya ia ditambah dengan kenyataan berbeza daripada menteri dan MAS berhubung siasatan terhadap kes berkenaan. "Pemberita dari USA yang duduk di Beijing kata pada saya ini kali pertama kerajaan China begitu marah dengan negara lain kerana Malaysia gagal kendali isu ini dengan bijak. "Umno selama ini hanya jaga Utusan, RTM dan TV3, sebab itu bila kena serang dia takut," katanya lagi.EZY | |||
MB: Projek Horas tambah bekalan air mentah, siap Julai 2015 Posted: 15 Mar 2014 11:45 PM PDT Oleh: Norhayati Umor BESTARI JAYA : Bagi menambah bekalan air mentah kepada pengguna di Lembah Klang, Kerajaan Negeri kini dalam usaha melaksanakan Projek Hybrid off River Augmentation System (HORAS) yang dijangka siap Julai 2015. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata projek yang dibangunkan di kawasan bekas lombong bijih timah seluas 235 hektar di Kampung Sungai Darah itu mampu membekalkan air bersih antara 600 hingga 700 Juta Liter Sehari (JLH). Katanya, kolam takungan Fasa 1 itu akan dipamkan ke loji rawatan air yang berhampiran iaitu SSP1 yang terletak kira-kira tiga kilometer. "Horas ini adalah gabungan konsep off river storage dan horizontal collector well yang membabitkan sistem penakungan stormwater dari Sungai Selangor (lebihan air daripada penggunaan loji-loji sedia ada dan air hujan) dan penakungan air bawah tanah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek pecah tanah di tapak projek Horas, di sini. Abdul Khalid berkata bagi Fasa 2 pula, projek Horas dijangka mampu menampung 3,000 hingga 5,000 JLH menjelang 2020. "Konsep HORAS ini memberi kebaikan iaitu mengurangkan penggantungan sepenuhnya kepada pelepasan air empangan dan air permukaan dan menampung permintaan air musim kemarau. "Selain itu, ia mengelakkan pembaziran air hujan dengan pengurusan sumber air yang lestari dan mengelakkan risiko penempatan hilir sungai," katanya. Projek itu meliputi kerja-kerja perlindungan tebing kolam takungan menggunakan Reno Mattres dengan anggaran keluasan 1,930 meter. Ia turut membabitkan kerja-kerja pembaikan dan perlindungan sungai sepanjang 3.8 kilometer iaitu melebar dan mendalamkan Sungai Selangor. Selain itu, ia meliputi pemasangan sheet piles sepanjang tiga km untuk mengelak air sungai meresap ke dalam kolam takungan dan melindungi tebing dari terhakis, stesen mengepam air mentah serta jalan keluar masuk dan landskap. Abdul Khalid berkata projek itu akan mengurangkan kebergantungan air mentah melampau kepada satu sumber air mentah sekaligus memberi jaminan bekalan air berterusan kepada lebih tujuh juta pengguna di Lembah Klang. "Dengan terlaksananya projek ini, selain memberi jaminan air berterusan, ianya dijangka menjadi tarikan baru ke Kuala Selangor," katanya. HORAS merupakan satu daripada tiga tugas utama yang perlu dilaksanakan Kerajaan Negeri sementara menanti siapnya Loji Rawatan Air Langat 2 dan sistem agihannya (LRAL2) sempena memorandum persefahaman (MOU) antara kerajaan negeri dan Pusat baru-baru ini. Kos pembinaan HORAS termasuk kerja-kerja mengorek kolam dianggarkan sebanyak RM405 juta namun sebahagian kos itu akan ditanggung secara kontra dengan nilai pasir yang dikeluarkan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang dianggarkan sebanyak RM100 juta.EZY | |||
Haniza : Program MES perlukan pendedahan lebih meluas Posted: 15 Mar 2014 11:41 PM PDT Oleh: Norfarahidayu Baharudin PETALING JAYA : Rakyat perlu diberikan pendedahan yang lebih meluas terhadap peluang yang boleh diperolehi dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diperkenalkan sejak tahun 2008. Pendedahan ini penting untuk rakyat bagi merasai faedah dan kelebihan berada di bawah negeri pemerintahan Pakatan Rakyat. "Pusat khidmat bergerak untuk setiap DUN diperlukan dengan kita pergi kepada rakyat untuk kita jelaskan mengenai MES supaya sama-sama dapat merasakan faedah," katanya. Selaku ADUN Taman Medan, Haniza Talha telah mempraktikkan pusat khidmat bergerak kerana beliau yakin ini adalah cara mudah untuk mendekati rakyat. Haniza yang ditemui ketika Majlis Penyerahan Khairat Kematian RM1,500 fasa kedua untuk 170 penerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Dewan Serbaguna MBPJ. "Kerajaan Pakatan Rakyat sangat bertanggungjawab dan cekap menguruskan kewangan dan sumber hasil negeri Selangor. "Kalau sebelum ini rakyat tidak pernah merasai kelebihan sebegini ketika pemeritahan kerajaan BN, jadi inilah masanya untuk kita menghargai rakyat terutama golongan warga emas," katanya. Tambahnya, terdapat perancangan untuk menambah program yang melibatkan warga emas yang masih lagi didalam perbincangan. "Kami ada mencadangkan agar warga emas ini dihargai dengan meraikan sambutan kelahiran bersama mereka namun cadangan itu masih didalam perbincangan dan saya berharap cadangan itu diterima," katanya. Sementara itu, turut hadir ke majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif Rantaian Mesra Sdn bhd, Kamsani Nasir untuk memberikan penerangan kepada orang ramai yang hadir mengenai info terbaru yang terdapat didalam program MES. "Ramai dikalangan kita yang masih keliru dengan program MES dan masih ada yang tidak tahu wujudnya beberapa program yang boleh mereka terlibat bersama." "Kebanyakkan generasi muda lebih terdedah dengan program MES berbanding mereka yang berada didalam lingkungan generasi pertengahan dan warga emas. Ini sangat menyedihkan," katanya. Majlis yang berlangsung di Petaling Jaya itu melibatkan penerima SMUE dari Parlimen seputeh dan tujuh kawasan DUN iaitu Taman Medan, Seri Setia, Subang Jaya, Kinrara, Seri Kembangan, Seri Serdang dan Bukit Gasing. EZY | |||
PRK Kajang Masih Lesu Akibat Jerebu Dan Isu Kehilangan MH370 Posted: 15 Mar 2014 11:34 PM PDT Oleh: BERNAMA KAJANG: Kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang disifatkan kurang terasa bahangnya oleh penduduk disebabkan keadaan jerebu dan isu kehilangan pesawat MH370 yang menggemparkan rakyat di negara ini. Berbanding kebanyakan pilihan raya yang meriah dengan 'perang poster' dan bendera, keadaan di Kajang masih lesu, namun dijangka bertambah rancak menjelang hari pengundian pada 23 Mac ini. Dari segi kempen, program tinjauan mesra dan lawatan rumah ke rumah giat djalankan oleh kedua-dua jentera pilihan raya kecil Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) diikuti ceramah politik di sebelah malam. Bagaimanapun, ceramah pada sebelah malam, baik anjuran BN mahupun PR, dilihat kurang menggalakkan, mungkin disebabkan kebanyakan penduduk lebih rela berehat di rumah atas faktor cuaca panas dan jerebu. Malah, ada juga dalam kalangan penduduk memilih untuk mengikuti perkembangan isu pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak seminggu lepas melalui kaca televisyen dari semasa ke semasa di rumah mereka. Bagi pesara kerajaan Abdul Rahim Ibrahim, 57, dari Kampung Sungai Kantan di sini, cuaca panas ditambah dengan jerebu menyebabkan beliau memilih untuk mengurangkan aktiviti luar rumah. "Saya mengenali calon ketika kunjungan mereka ke sini dengan mengedarkan poster dan manifesto mereka," katanya ketika ditemui Bernama. Julia Shahri, 59, dari Kampung Batu 12 Jalan Cheras berkata walaupun ceramah daripada kedua-dua calon diadakan berdekatan dengan rumah, namun beliau memilih untuk mengikuti perkembangan kehilangan pesawat MH370 melalui kaca televisyen di rumah. "Saya ada juga menghadiri beberapa ceramah yang diadakan oleh mereka namun apabila keadaan jerebu semakin serius sejak akhir-akhir ini, saya memilih untuk tidak keluar rumah. "Lagipun Penerbangan MH370 masih belum ditemui dan setiap masa saya mengikuti perkembangannya baik daripada media cetak ataupun media elektronik," katanya. Rabiah Sapuan, 64, dari Kampung Paya berkata beliau memilih untuk menyertai program interaksi bersama penduduk oleh calon yang diadakan di kawasan tertutup seperti dewan orang ramai. "Saya cuba untuk mengurangkan aktiviti luar disebabkan cuaca panas dan jerebu, jika memerlukan saya untuk keluar, saya akan memakai topeng muka," katanya. Wong Ten Sang, 57, dari Sungai Chua berkata beliau kagum dengan semangat kedua-dua calon PRK yang masih giat menjalankan kempen di merata tempat walaupun negara dilanda masalah jerebu. "Semasa jentera parti yang bertanding datang memberi risalah, ada dalam kalangan mereka berpesan kepada saya supaya banyakkan minum air kerana cuaca panas dan jerebu... ternyata mereka sangat prihatin terhadap kita, " katanya. Pilihan raya kecil DUN Kajang menyaksikan saingan satu lawan satu antara calon BN yang juga Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun dan calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR. PRK Kajang diadakan selepas penyandangnya Lee Chin Cheh meletakkan jawatan secara mengejut pada 27 Januari lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 23 Mac ini sebagai tarikh mengundi selain tarikh pengundian awal pada 19 Mac. | |||
PKR Kecam Dakwaan Daily Mail Tentang Kapten Zaharie-Anwar Posted: 15 Mar 2014 11:31 PM PDT Oleh: MARTIN VENGADESAN PETALING JAYA: Pemimpin PKR menolak laporan tabloid British, Daily Mail yang mendakwa kapten pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan seorang yang "fanatik politik." Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, laporan Daily Mail itu sebagai "tuduhan liar" dan akhbar itu "adalah tabloid sensasi yang dikenali untuk mensensasikan cerita." "Dakwaan itu merupakan spekulasi liar buat masa ini. "Jika ada data yang kukuh bagi menyokong dakwaan berkenaan, kita akan memberi tindak balas. Jika sesiapa di atas kapal (penerbangan) itu memilih untuk menghadiri perbicaraan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) itu adalah hak mereka kerana ia dilakukan di mahkamah terbuka. "Kita tidak mahu perkara ini digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sebagai saluran untuk menyerang PKR atau parti-parti di bawah Pakatan Rakyat," katanya kepada The Star Online. Fahmi berharap Kerajaan Persekutuan tidak akan menggunakan peluang itu untuk "melabel" pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Ditanya jika Zaharie sering dilihat di majlis-majlis yang dianjurkan oleh PKR atau Pakatan Rakyat, Fahmi berkata, beliau tidak mengenali Zaharie secara peribadi. "Saya berada di mahkamah sepanjang dua hari perbicaraan itu tetapi saya tidak ingat ada melihat dia. Lagipun, ia adalah satu pendengaran awam dan sesiapa sahaja boleh hadir. "Saya tidak tahu mengenai dia sehingga berita tercetus tentang kehilangan pesawat pada Sabtu lalu," kata Fahmi. Tabloid itu mendakwa Zaharie mengawal pesawat yang kemudiannya dilaporkan hilang selepas beberapa jam selepas beliau menghadiri perbicaraan kes liwat yang membabitkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat. Anwar dihukum penjara selama lima tahun oleh Mahkamah Rayuan pada Jumaat lepas tetapi telah dibebaskan dengan ikat jamin. Pesawar MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.40 pagi Sabtu. Naib Presiden PKR, N. Surendran berkata, "bukan setitik bukti untuk menyokong spekulasi tersebut. Ia hanya spekulasi. Marilah kita berlaku adil kepada kapten yang turut hilang. Beliau tidak dapat menjawab bagi dirinya sendiri." Surendran, yang juga Ahli Parlimen Padang Serai berkata, beliau tidak mempunyai masalah dengan pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh berhubung pesawat MAS yang hilang. "Setiap sudut , tidak kira berapa jauh dan mustahil perlu dipertimbangkan. "Tetapi tidak ada satu pun bukti untuk menyokong dakwaan itu pada ketika ini. Ia masih spekulasi. Biarkan pihak berkuasa menyiasat kaitan ini secara adil dan profesional," katanya. Ketika ditanya sama ada PKR akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar tabloid berkenaan, Surendran berkata, beliau tidak fikir partinya perlu melakukannya. "Saya tidak fikir PKR perlu mengambil apa-apa tindakan fitnah terhadap The Mail. Begitu banyak teori sejak seminggu lalu. Dan ini adalah terbaharu dalam rentetan teori yang berpanjangan," katanya. | |||
[TERKINI] Lima Maut Di Pesta FMFA Bukit Jalil Di saat Negara Sedang Murung Dengan MH370 Posted: 15 Mar 2014 06:52 PM PDT KELAB GREENBOCLima dilaporkan meninggal dunia ketika menghadiri Festival Future Music Asia (FMFA) 2014 yang berlangsung di Stadium tertutup Bukit Jalil malam tadi. "Lima yang meninggal dunia termasuk tiga berbangsa Melayu, seorang Cina dan seorang India. Seorang meninggal dunia di tapak konsert, manakala seorang lagi dalam perjalanan ke hosiptal, manakala tiga yang lain meninggal dunia di hospital. Mereka berusia sekitar 21 sehingga 28 tahun," kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh. Manakala empat yang lain dilaporkan dalam keadaan kritikal dipercayai turut mengambil dadah berlebihan. Dua dari mereka adalah warga tempatan manakala dua yang lain warga Singapura. Polis percaya dadah diperolehi sebelum mamasuki stadium. "Keempat-empat yang kritikal telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)," menurut polis. Susulan itu konsert hari ketiga yang seharusnya berlangsung malam ini dibatalkan. Sepanjang dua hari festival berlangsung yang bermula Khamis lalu, polis turut menahan 22 individu yang dikaitkan dengan dadah. "Pasukan narkotik dari ibu pejabat Bali Polis Cheras telah menahan tiga individu warga asing yang memiliki pil ecstasy pada hari pertama festival. 12 lagi warga asing dan tujuh rakyat tempatan ditahan pada hari berikutnya kerana dikaitkan dengan dadah." Festival yang diberikan jolokan pesta muzik elektronik terbesar di Asia Tenggara itu menampilkan nama-nama besar muzik antarabangsa termasuk pemenang anugerah Grammy seperti Pharell Williams, Macklemore & Ryan Lewis dan ramai lagi. -astroawani ULASAN GB Di saat satu dunia sedang berdukacita dengan kehilangan pesawat MH370, rupa-rupa di negara ini ada pesta gila sedang berlansung... Bettambah parah ia adalah sebuah konsert dan dihurungi oleh pemuda-pemuda yang mengambil dadah. Amat jauh negara daripada apa yang disebutkan "thayibatun" dan untuk mendapat barakah dan keampunan Allah. Tak sedarah lagi dengan masalah demi masalah yang menimpa? Dengan banjir, dengan suasana kemarau dan panas terik, dengan kes kehilangaan pesawat MH370? Apa lagi yang kita mahu Allah turunkan supaya menyedarkan pihak berkuasa supaya mengehntikan kelulusan terhadap segala pesta maksiat yang mengundang kemurkaan Allah itu? | |||
MH370 : Apa Yang Najib Cakap Ni ? Posted: 15 Mar 2014 05:16 PM PDT Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak baru saja selesai memberikan sidang media mengenai kehilangan pesawat MH370. Najib mengatakan, siasatan ini memasuki fasa kedua. Maksudnya, "milestone" pertama dalam siasatan telah dicapai. Ada orang yang inginkan Perdana Menteri memberitahu kapalterbang itu telah dirampas dan sesuatu yang buruk telah berlaku. Apabila Najib menyatakan sebaliknya dalam sidang media itu, maka dia berkata dengan nada kecewa, "Apa yang Najib cakap ni?" Nasihat saya ialah, marilah kita sama-sama berdoa agar insiden ini berakhir dengan baik. Biarlah kesemua anak-anak kapal dan penumpang berjaya diselamatkan. Insya-Allah! Bagi saya, sidang media itu cukup melegakan kerana ia menyatakan tiga perkara penting: Pertama, Najib mengesahkan maklumat yang sebelum ini tidak disahkan. Maklumat penting yang disahkan ialah pesawat dialihkan dari laluan asal orang seseorang yang berada dalam penerbangan tersebut. Soal yang harus dijawab dalam fasa kedua penyiasatan ialah: Siapakah yang melakukannya, dan apakah motif dia melakukan hal tersebut? Kedua: Perdana Menteri sebutkan bahawa hasil analisis data, penyiasatan kini tertumpu kepada dua kawasan operasi di mana besar kemungkinan pesawat itu berada. Soalan fasa kedua ialah: Di mana lokasi tepat kapalterbang Boeing 777 itu? Ketiga: Najib tidak memaklumkan sebarang kematian atau letupan kepada pesawat. Ini bermaksud tidak ada laporan kematian. Maklumat ini penting kepada keluarga mereka yang berada dalam pesawat. Orang yang mereka sayangi besar kemungkinan masih hidup. Soalan fasa kedua ialah: Bagaimanakah keadaan pesawat, penumpang dan kesemua anak-anak kapal sekarang? Ada orang bertanya, mengapakah Najib hanya membuat dua sidang akhbar sepanjang lapan hari insiden ini berlaku? Najib ialah Perdana Menteri dan beliau hanya mengumumkan kepada negara (dan dunia) apabila siasatan mencapai "milestone" yang tertentu. Sidang akhbar pertama ialah apabila beliau mengesahkan pesawat MH370 hilang dari radar. Sidang akhbar Najib yang kedua ialah apabila beliau mengesahkan maklumat penyiasatan yang dikumpulkan dan dianalisis secara bersepadu. Saya percaya Najib akan hanya mengadakan sidang akhbar ketiga apabila salah satu, gabungan dua atau lebih soalan, atau kesemua soalan siasatan dalam fasa kedua di atas dapat dijawab. Di antara sidang akhbar Perdana Menteri, maka Menteri Pengangkutan membuat sidang media setiap hari bagi melaporkan status siasatan, manakala pengawai-pegawai kanan Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Malaysia Airlines and pasukan keselamatan memberikan maklumat teknikal (mengesahkan atau menafikan) kepada wartawan pada setiap dua atau tiga jam. Dengan cara ini, wartawan boleh melaporkan perkembangan dengan memetik sumber yang sahih. Proses komunikasi ini disusun sedemikian rupa agar maklumat diberikan secara berstruktur. Kekeliruan timbul apabila wartawan bertanya soalan kepada pegawai-pegawai lain di luar sidang akhbar. Saya telah menyebutkan sebelum ini dan saya ulangi sekali lagi, dalam keadaan krisis seperti ini, maklumat yang diberikan kepada media hendaklah dari satu sumber saja iaitu dari sidang media di Hotel Sama-Sama. Selain dari itu, tak perlu jawab. Tak perlulah menteri nak komen tentang pegawai imigresen atau arahkan nelayan cari serpihan pesawat. Begitu juga saya fikir tak perlulah anggota kabinet nak berbalah dengan bomoh. Siapa nak tampar siapa tak penting. Ini bukan masanya. Fokus kepada menyesaikan siasatan dan jawab soalan-soalan yang saya nyatakan tadi. Itu yang rakyat nak tahu. Seperti drama, apabila banyak sangat sub-plot, akhirnya orang terlupa kepada cerita sebenar. Dalam sidang media tadi, Najib telah membentangkan plot utama. Bertolak dari sinilah, kita harus bersama-sama mencari jawapan dan menyelesaikan misteri ini. Itu yang Najib bercakap. Maka, saya fikir tak perlulah lagi ada orang yang nak jadi pelakon tambahan dan buat sub-plot lagi! http://nobisha.blogspot.com/ | |||
Ayam RM1: Najib persenda rakyat, jadi pak lawak Posted: 15 Mar 2014 05:13 PM PDT Azuan Ab Rahman KUALA LUMPUR : Selepas isu kangkung, Perdana Menteri sekali lagi memperbodohkan rakyat yang sedang terhimpit dengan masalah peningkatan kos hidup dengan isu ayam berharga RM1 seekor. Pengerusi Biro kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri ketika dihubungi menyelar sikap najib tersebut yang menurutnya sengaja mencari publisiti dengan cara memperbodohkan rakyat. "Najib tak perlulah cari publisiti dengan menjadi pak lawak, kita perlukan seorang Perdana Menteri yang serius dan bertindak tegas dalam mencari penyelesaian terhadap masalah rakyat. "Tak perlulah main-main dan memberi harapan palsu kepada rakyat, sedangkan semua rakyat tahu ayam yang dijual pada harga pasaran biasa tiada satu pun yang dijual dengan harga RM1," jelas Yahya. Tindakan itu jelasnya ialah petunjuk besar kepada kegagalan Najib mencari jalan penyelesaian atau idea bagi menyelesaikan masalah peningkatan kos kehidupan yang menekan hidup rakyat. Najib pada Isnin lalu menasihatkan orang ramai supaya membeli belah secara bijak sebelum mengadu berhubung kenaikan harga barangan. Beliau yang juga menteri kewangan berkata demikian selepas mendakwa telah berjaya membeli seekor ayam berharga RM1. | |||
Polis periksa rumah kapten pesawat MH370 Posted: 15 Mar 2014 05:09 PM PDT Pengawal keselamatan mengawal rapi kediaman Kapten Pesawat MH370 Zaharie Ahmad Shah di Laman Seri, Shah Alam, hari ini. - Foto Bernama SHAH ALAM - Polis dilihat tiba di rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370, pada 2.42 petang tadi selepas sidang berita Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkembangan pesawat yang hilang itu.Tiga anggota polis berpakaian preman itu memperkenalkan mereka dari ibu pejabat polis Bukit Aman kepada pengawal keselamatan yang mengawasi kediaman Laman Seri di Seksyen 13 di sini, sebelum mengambil pas keselamatan untuk memasuki kawasan itu. Difahamkan anggota polis berkenaan telah menjalankan pemeriksaan di kediaman juruterbang itu dan mereka dilihat meninggalkan rumah itu pada 4.46 petang. Wakil-wakil media tempatan dan asing yang menunggu di kawasan perumahan itu, tidak dibenarkan memasukinya oleh pengawal keselamatan. Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing dilaporkan hilang sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi pada Sabtu lepas. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat, yang memasuki hari kelapan hari ini, masih gagal mengesan pesawat itu. Sementara itu, polis dijadual memberi kenyataan rasmi mengenai pemeriksaan di rumah Zaharie pada satu sidang media esok. "Saya tidak boleh nyatakan bila mereka jalankan siasatan dan siapa yang memberi maklumat mengenai perkara itu kepada agensi berita luar negara, Reuters, tadi tetapi apa yang boleh diberitahu setakat ini, kemungkinan perkara itu akan diumumkan esok. "Diharap media boleh menunggu," katanya. - Bernama | |||
Siasatan kini ke anak kapal, penumpang MH370 Posted: 15 Mar 2014 05:06 PM PDT Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak (tengah) bercakap pada sidang media tergempar MH370 di Hotel Sama-Sama, Sepang, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI SEPANG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata berdasarkan perkembangan terkini misi mencari pesawat MH370, pihak berkuasa telah mengubah tumpuan penyiasatan mereka kepada anak kapal dan penumpang pesawat itu.Najib berkata pihak berkuasa masih menyiasat semua kemungkinan, sebab kenapa penerbangan MH370 itu menyimpang daripada laluan asalnya menuju ke Beijing, selepas disahkan bahawa pesawat yang dilihat dalam data radar utama ialah MH370. "Sepanjang tujuh hari lepas kami telah menjejaki setiap penunjuk dan meneliti setiap kemungkinan. Kepada keluarga dan rakan-rakan mereka yang terlibat, kami harap maklumat baharu ini akan membawa kita lebih hampir kepada penemuan pesawat itu," katanya dalam taklimat media di sini hari ini. Najib juga telah mengarahkan Kementerian Luar supaya memberikan penerangan penuh kepada kerajaan-kerajaan asing yang mempunyai penumpang di dalam pesawat berkenaan. Najib juga mengarahkan pihak berkuasa Malaysia supaya berkongsi semua maklumat yang berkaitan secara bebas dan telus dengan pasukan penyiasatan yang lebih besar, negara-negara jiran dan rakan antarabangsa yang menyertai operasi bersama itu. Setakat hari ini 14 negara, 43 buah kapal dan 58 pesawat terlibat dalam pencarian itu. Beliau berkata walaupun begitu hangat spekulasi yang disebarkan, pihak berkuasa mempunyai tanggungjawab terhadap penyiasatan yang dilakukan dan keluarga terlibat, untuk hanya mengeluarkan maklumat yang telah dipersetujui dan disahkan bersama. "Dorongan utama kami sudah semestinya untuk menemui pesawat yang dicari. Sepanjang tujuh hari lepas, kami telah menjejaki setiap penunjuk dan meneliti setiap kemungkinan," katanya. Beliau menambah kata Malaysia Airlines telah memberitahu kaum keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu tentang perkembangan baharu ini pagi tadi. "Kepada keluarga dan rakan-rakan mereka yang terlibat, kami berharap maklumat baharu ini akan membawa kita lebih hampir kepada penemuan pesawat itu. Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan keperitan yang mereka lalui kini. Ingatan dan doa kita bersama mereka," katanya. - Bernama | |||
MB Selangor: Saya buat kerja demi ALLAH Posted: 15 Mar 2014 05:05 PM PDT KAJANG - "Saya tidak tipu rakyat Selangor, saya buat kerja demi ALLAH, rakyat boleh tengok wajah saya ketika bersalam, oleh itu teruskanlah bersama PR dalam PRK Dun Kajang nanti," kata Menteri Besar Selangor. Menurut Abdul Khalid yang juga merupakan Pengarah PRK N25 Kajang, pengundi Kajang wajar terus memberi sokongan kepada Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon PKR dalam PRK nanti kerana sudah terbukti PR berjaya mentadbir negeri Selangor dengan baik. "Kalau saya ada masa bersalaman dengan anda pandanglah wajah saya! "Pandang dan tenung betul-betul,pada rakyat saya beritahu saya buat kerja betul saya tidak tipu demi ALLAH. "Kalau anda tidak percaya tengoklah sendiri kejayaan Selangor, kita buktikan dengan angka-angka bukan dengan omongan kosong," katanya ketika menyampaikan ceramah Karnival Usahawan Selangor di Bandar Kajang hari ini. Katanya, pada 2007 duit kerajaan negeri RM500 juta, selepas saya ambil negeri Selangor saya berjaya kumpul sebanyak RM3,000 juta, Alhamdulillah, ini semua rezeki rakyat Selangor. "Oleh itu, saya menyeru kepada pengundi Kajang supaya terus memberi sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah pada PRK Dun Kajang pada 23 Mac nanti," katanya. Wan Azizah akan menentang calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun pada PRK kali ini. PRK Kajang diadakan susulan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh, daripada PKR meletakkan jawatan pada 27 Januari lalu. | |||
MH370: Pusingan balik kuatkan 'teori rampasan' Posted: 15 Mar 2014 05:03 PM PDT Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menghampiri kapal China Coast Guard di tengah Laut China Selatan bagi mengambil bungkusan mungkin dapat membantu dalam usaha mencari pesawat MH307, semalam. SHAH ALAM – Pengesahan pesawat MAS MH370 berpatah balik menguatkan lagi kemungkinan pesawat itu dirampas. Bekas Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Datuk Ishak Yeop Hamzah berkata, ia juga berdasarkan lingkungan kawasan pesawat itu boleh pergi, yang menyimpang daripada laluan asalnya ke Beijing, China setelah komunikasi terakhir dengan satelit pada jam 8.11 pagi, Sabtu minggu lalu. "Ini bermakna ada seseorang yang berjaya masuk ke dalam kokpit dan menyuruh juruterbang pergi ke destinasi dikehendakinya. Teori rampasan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa pesawat itu dipandu oleh orang yang arif mengenai penerbangan. "Individu yang merampas pesawat itu mungkin memberi arahan kepada juruterbang. Ataupun mungkin individu itu sendiri yang membawa pesawat itu," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media mengesahkan pesawat tidak dikenali yang dikesan radar utama merupakan pesawat MH370 yang telah menyimpang dari laluan asalnya. Berikutan itu, pencarian MH370 kini ditumpukan di dua koridor iaitu Koridor Utara dari utara Thailand sehingga sempadan Kazakhstan dan Koridor Selatan bertumpu dari utara Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi. Mengulas lanjut, Ishak berkata, motif rampasan dan individu yang melakukannya masih samar berikutan banyak faktor boleh dikaitkan sambil tidak menolak ia dilakukan lebih daripada seorang. "Mungkin rampasan itu dilakukan kumpulan pengganas yang tidak digazet. Kebiasaannya dalam rampasan pesawat, motifnya untuk meminta wang tebusan. "Walaupun hingga kini masih tiada tuntutan dibuat, bukan bermakna tidak berlaku rampasan. Ada kemungkinan pesawat tidak mendarat di tempat yang diingini membuatkan tuntutan tidak dapat dibuat," katanya. Bagaimanapun, beliau lebih cenderung melihat motif peribadi sebagai faktor rampasan pesawat. Oleh itu, katanya, siasatan teliti terhadap karakter dan latar belakang anak kapal dan penumpang penting bagi mengenal pasti punca rampasan dilakukan. "Profiling penting kerana mungkin ada penumpang yang sakit jiwa dan sebagainya. Rampasan pesawat bukan mudah, tetapi kalau seseorang itu mengalami gangguan mental, apa saja dia boleh lakukan," katanya. | |||
Telefon Nurul Izzah, Tian Chua digodam, cubaan gugat jentera PR Posted: 15 Mar 2014 04:58 PM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Nombor talian yang digunakan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab, dipercayai bagi menimbulkan kecelaruan terhadap jentera Pakatan Rakyat sempena Pilihan Raya Kecil Kajang. Menurut makluman dari pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, identiti pihak berkenaan masih belum diketahui. "Talian beliau telah digunakan oleh penggodam untuk menghantar SMS yang tidak diketahui kandungannya. "Kami percaya, perbuatan ini dilakukan untuk mewujudkan kecelaruan di dalam barisan jentera parti-parti pembangkang," tulis kenyataan itu. Ekoran itu, mereka meminta siasatan pantas dibuat ke atas pihak yang terlibat. "Kami berharap tindakan segera dan tegas sedang diambil syarikat telekomunikasi khususnya Maxis atas perbuatan khianat ini," kata kenyataan itu. Seorang lagi Naib Presiden parti yang berhadapan tindakan serupa adalah Tian Chua. "Ramai terima SMS kononnya amaran dari saya yang dakwa PAS sabotaj PRK Kajang, nombor hand phone saya kena hack (godam) atau klon dan edarkan SMS atas nama saya," tulis Ahli Parlimen Batu itu di twitter petang ini. "Waspada, ada SMS kononnya arahan daripada saya yang cuba menanam syak-wasangka antara jentera KEADILAN dan PAS – ini ta | |||
Risalah fitnah Wan Azizah, Pakatan dijumpai di Bilik Gerakan BN Posted: 15 Mar 2014 04:51 PM PDT Oleh Lyn Nasir KAJANG: Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kajang masuk hari keempat hari ini digemparkan dengan penemuan risalah fitnah terhadap calon KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN). Perkara itu didedahkan Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafie pada sidang media di Bilik Gerakan Utama, Kajang, pagi tadi. Menurut Shuhaimi, risalah fitnah tersebut antaranya bertajuk '10 sebab pengundi Kajang perlu tolak Wan Azizah', 'Sate Town' Kajang dan 'Wadah PRU 13′ dijumpai oleh ejen pilihan raya KEADILAN. "Risalah yang kita anggap sebagai propaganda kotor BN itu dijumpai oleh ejen kita semalam. "Setakat ini risalah tersebut telah diedarkan di beberapa Daerah Mengundi antaranya Saujana Impian, Sungai Chua, Sungai Sekamat dan Sungai Kantan. "Kita akan buat laporan polis selepas solat Jumaat di Balai Polis Kajang mengenai penyebaran fitnah ini," jelas Shuhaimi yakin risalah tersebut diedarkan oleh BN. Selain itu, menurut laporan media, turut diedarkan risalah fitnah bertajuk 'Selangor Hari Ini' mengandungi 16 muka surat. Difahamkan, semua risalah berkenaan tidak mempunyai nama penerbit dan pencetak. Risalah fitnah 'Selangor Hari Ini' antara lain di muka hadapannya memuatkan tulisan 'ghairah jadi MB' dan 'Pakatan berpecah', menampilkan gambar Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Wan Azizah pula turut dibandingkan dengan calon BN, Chew Mei Fun menerusi risalah 'Sate Town', pada versi yang berbeza. Risalah empat muka surat itu antara lain memburuk-burukkan strategi 'Langkah Kajang' Pakatan Rakyat. Ekoran itu, Shuhaimi yang juga Adun Sri Muda menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan segera berikutan penyebaran fitnah itu selaras dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 Seksyen 11 (1) (C). Hadir sama pada sidang media itu, Timbalan Pengarah PRK Kajang, Zuraida Kamaruddin; Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Khalid Jaafar dan Adun Dusun Tua, Razali Hassan. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan