DUNIACACAMARBA |
- MH370 Terbang 4 Jam Selepas Hilang daripada Radar - Penyiasat Amerika Syarikat
- Tiada Apa-apa Ditemukan di Kawasan Imej yang Dirakam Satelit China
- Pekerja Pelantar Minyak New Zealand Dakwa Nampak Pesawat Terbakar
- Raja Bomoh Akui Tidak Tahu Lokasi MH370
- [Video & Gambar] Satelit China Temukan Objek Disyaki "Bangkai" MH370
MH370 Terbang 4 Jam Selepas Hilang daripada Radar - Penyiasat Amerika Syarikat Posted: 12 Mar 2014 11:14 PM PDT Pesawat MH370 terbang empat jam selepas hilang dari radar, lapor WSJ [TMI] Penyiasat Amerika Syarikat (AS) mengesyaki pesawat Malaysia Airlines MH370 berada di udara selama empat jam selepas dikesan pada lokasi terakhir, lapor akhbar Wall Street Journal hari ini. Akhbar perniagaan itu mengatakan ini memungkinkan pesawat Boeing 777-200ER terbang tambahan beratus kilometer dalam keadaan yang masih tidak dapat dipastikan. Penyiasat penerbangan dan pegawai keselamatan AS percaya pesawat tersebut terbang selama lima jam berdasarkan data yang boleh dimuat turun secara automatik dan dihantar melalui enjin Boeing 777 sebagai penyelenggaraan rutin dan program pemantauan, lapor akhbar itu. Ini menimbulkan persoalan baru dan kemungkinan tentang apa yang berlaku terhadap pesawat yang membawa 239 orang yang hilang daripada menara kawalan hujung minggu lalu setelah sejam terbang dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing. Enam hari selepas kehilangan pesawat misteri itu, usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan meskipun belum membuahkan hasil setelah kawasan mencari diperluaskan. – 13 Mac, 2014. |
Tiada Apa-apa Ditemukan di Kawasan Imej yang Dirakam Satelit China Posted: 12 Mar 2014 10:41 PM PDT Tiada tanda-tanda bangkai atau sepihan pesawat MH370 yang hilang sejak 6 hari lalu ditemukan di kawasan imej-imej yang dirakam oleh satelit China. Sebelum ini, pihak China melaporkan bahawa terdapat beberapa objek yang bersaiz besar terapung di lokasi tersebut. "Tidak apa-apa. Kami telah pergi ke sana, tidak ada apa-apa, " kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Dato' Azharuddin Abdul Rahman seperti dipetik oleh agensi berita AP. Menurut laporan CNN, objek-objek terbabit dianggarkan berukuran sekitar 13 kali 18 meter, 14 kali 19 meter dan 24 kali 22 meter. -DCM P/s: Di manakah MH370? |
Pekerja Pelantar Minyak New Zealand Dakwa Nampak Pesawat Terbakar Posted: 12 Mar 2014 08:12 PM PDT [AA] KUALA LUMPUR: Seorang pekerja pelantar minyak New Zealand mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan terjunam, dan percaya objek tersebut adalah pesawat MH370 yang hilang. Maklumat itu didedahkan wartawan Australia, selepas mendapat surat yang dikirim Michael Mckay. Mckay adalah pekerja pelantar minyak di Sonha Mercur, Tenggara Vietnam. Dalam suratnya dia mendakwa pesawat yang dilihatnya adalah MH370. Ini adalah berdasarkan waktu pesawat itu dilaporkan hilang. Pesawat itu dilihat dari kawasan pelantar minyak di kedudukan 8.9 darjah utara dan 108 darjah timur. Pesawat itu dilaporkan bergerak dari arah barat daya dalam keadaan terbakar pada altitud tinggi. Susulan itu, Mckay menjelaskan beliau telah cuba menghubungi pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam beberapa hari lalu. - 13/3/14 P/s: Jika dakwaannya benar dan kapal terbang itu ialah MH370, maka bersedialah menerima berita yang kurang menyenangkan hati. Namun begitu, teruskanlah berdoa moga-moga ada keajaiban berlaku pada MH370. |
Raja Bomoh Akui Tidak Tahu Lokasi MH370 Posted: 12 Mar 2014 07:18 PM PDT Raja Bomoh Bingung [FMT] PUTRAJAYA: Raja bomoh Ibrahim Mat Zin yang popular selepas mendakwa pernah 'menampar' mati seekor buaya hari ini meluahkan rasa bingung atas kehilangan pesawat MH370 Sabtu lepas. Ditemui di KLIA tengahari ini, Ibrahim bersama sama beberapa pengikut lain dilihat sibuk menjalankan upacara memanggil semula pesawat tersebut serta menafikan dakwaan bahawa beliau menggunakan jampi serapah. "Saya sendiri tidak tahu di mana pesawat itu berada," kata Ibrahim dalam nada bingung. "Tetapi saya sedang cuba sedaya upaya untuk membantu dalam misi pencarian ini. Saya tidak menggunakan jampi," "Saya ikhlas dalam hal ini," tambah beliau. Semasa upacara tersebut Ibrahim dilihat membawa dua biji buah kelapa. Ketika ditanya, beliau menjawab bahawa kelapa tersebut bertujuan untuk melepaskan tahanan didalam kapal terbang. "Simboliknya, dua biji kelapa ini akan dilagakan kerana dapat melepaskan kubu tahanan ghaib," "Andainya di udara ataupun di laut dapat ditimbulkan kerana kelapa tidak tenggelam," ujar beliau. Pesawat MH370 hilang dari radar Sabtu lepas sewaktu terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing. Seramai 239 penumpang termasuk anak kapal berada didalam pesawat tersebut sebelum dilaporkan hilang setelah tidak tiba dilapangan terbang di Beijing. Spekulasi dari pelbagai pihak telah muncul ekoran misteri kehilangan pesawat tersebut. Ramai yang mendakwa pesawat boeing itu terhempas dan ada juga yang meramal bahawa pesawat itu telah dirampas penjenayah. Sementara itu, pihak berkuasa masih lagi tidak dapat memberi jawapan tepat berkenaan status pesawat tersebut. Kenyataan pihak berkuasa didapati bercanggah antara satu sama lain. -Alfian ZM Tahir/12/3/14 P/s: Selepas satu dunia menggelakkan kita.... |
[Video & Gambar] Satelit China Temukan Objek Disyaki "Bangkai" MH370 Posted: 12 Mar 2014 05:45 PM PDT [Kelab GB] Sebuah satelit negara China yang mengkaji kehilangan pesawat MH370 telah menemui satu kawasan yang disyaki berlaku kemalangan di laut", yang menurut pakar merupakan satu petunjuk kukuh di dalam usaha mencari pesawat yang hilang tersebut. Tiga imej satelit, yang dikeluarkan oleh pihak Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri negara China, telah muncul bagi menunjukkan serpihan bangkai yang berada di laut pada hari Ahad - sehari selepas pesawat yang membawa 239 orang hilang. Imej ini, pertama kali dikeluarkan oleh CCTV Amerika, menunjukkan satu objek di lautan dikesan oleh satelit China pada hari Ahad. Satelit itu menemukan tiga tompok yang berlainan saiz, yang terbesar bersaiz 24m kali 22m. Menurut CNN, agensi Cina itu juga telah memberikan koordinat 105.63 longitud timur dan 6.7 latitud utara, yang menunjukkan ia berada di perairan timur laut dari tempat ia berlepas di Kuala Lumpur, Malaysia dan sebelah selatan Vietnam serta berhampiran dengan kawasan di mana pesawat itu dikesani terputus hubungan. Tapak carian baru adalah lebih kurang 225km ( 140k batu) dari kedudukan MH370 itu hilang. Seorang bekas pegawai keselamatan Penerbangan Amerika berkata imej-imej berkenaan merupakan satu petunjuk kuat yang pertama yang ditemui selaras dengan laluan penerbangan pesawat Malaysia Airlines itu. Peter Goelz , bekas pengarah urusan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat, memberitahu CNN: "Ini (imej) adalah satu bukti kukuh yang kita ada setakat ini di mana ia beada di laluan penerbangan yang betul." -news.com.au/terjemahan bebas oleh GB/13/3/14 ) |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan