Kerabu Bersuara ® |
#pray4mh370: Pekerja pelantar minyak New Zealand dakwa nampak pesawat terbakar Posted: 12 Mar 2014 08:37 PM PDT Astro Awani KUALA LUMPUR: Seorang pekerja pelantar minyak New Zealand mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan terjunam, dan percaya objek tersebut adalah pesawat MH370 yang hilang. Maklumat itu didedahkan wartawan Australia, selepas mendapat surat yang dikirim Michael Mckay. Mckay adalah pekerja pelantar minyak di Sonha Mercur, Tenggara Vietnam. Dalam suratnya dia mendakwa pesawat yang dilihatnya adalah MH370. Ini adalah berdasarkan waktu pesawat itu dilaporkan hilang. Pesawat itu dilihat dari kawasan pelantar minyak di kedudukan 8.9 darjah utara dan 108 darjah timur. Pesawat itu dilaporkan bergerak dari arah barat daya dalam keadaan terbakar pada altitud tinggi. Susulan itu, Mckay menjelaskan beliau telah cuba menghubungi pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam beberapa hari lalu. |
#pray4mh370: Vietnam cari semula di kawasan objek dikesan satelit China Posted: 12 Mar 2014 07:53 PM PDT PULAU PHU QUOC, Vietnam: Vietnam sudah mencari di kawasan di mana satelit China menunjukkan objek yang mungkin serpihan pesawat Malaysia Airlines yang hilang tetapi sebuah pesawat akan dihantar ke sana untuk memeriksa semula kawasan itu, kata pegawai tentera Vietnam. "Kami sedia maklum dan kami sudah menghantar pesawat untuk memeriksa kawasan berkenaan sejak tiga hari lalu. Hari ini pesawat (tentera) akan mencari di kawasan itu," kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Pham Quy Tieu. Seorang pegawai tentera berkata, Vietnam sedang menunggu gambar yang diambil satelit China pada Ahad lalu di kawasan perairan di timur laut Malaysia dan selatan Vietnam bagi mengenal pasti lokasi sebenar untuk pemeriksaan lanjut. - AP |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan