Isnin, 10 Mac 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


10 TANDA TANYA Berkenaan Kehilangan #MH370

Posted: 10 Mar 2014 12:24 AM PDT


[AA] PesawatMH370 Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia telah terputus komunikasi dengan menara kawalan trafik udara di Malaysia pada awal pagi Sabtu lalu dan menyebabkan gerakan mencari dan menyelamat besar-besar telah dilakukan melibatkan pelbagai negara.

1. Siapa yang berada di dalam penerbangan MH370?

Terdapat227 penumpangtermasuk153 warganegara Chinadan38 rakyat Malaysia. Menurut senarai penumpang, terdapat 2 penumpang kanak-kanak dan kesemua12 anak kapalmerupakan rakyat Malaysia.

Daripada kesemua warganegara China yang menaiki pesawat itu,19daripadanya merupakan artis yang hadir ke sebuah pameran di Kuala Lumpur.

Dipercayai terdapat 2 penumpang yang menggunakanpasport curi.


2. Bilakah kali terakhir pesawat itu dikesan?

Penerbangan MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 0041 pada Sabtu dan dijadualkan tiba di Beijing pada jam 0630. Pengawal trafik udara terputus hubungan pada jam 0130.

3. Di mana pesawat ini menghilang?

Pesawat ini menyeberangi Laut China Selatan dan di selatan semenanjung Ca Mau, Vietnam. Ia merupakan laluan biasa dengan memasuki ruang udara Kemboja dan juga Vietnam sebelum masuk ke ruang udara China.

Tiada isyarat kecemasan atau isyarat lain dihantar. Akan tetapi, pesawat ini dipercayai cuba berpatah balik dari jalan yang dijadualkan berkemungkinan ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.


4. Di mana misi mencari dilakukan?

Tumpuan misi mencari MH370 adalah di perairan Timur Malaysia, di Laut China Selatan.

Kini diperluaskan ke Selat Melaka bahagian Pantai Barat Malaysia dan juga sekitar Laut Andaman.

5. Wujud teori berkaitan kehilangan pesawat ini?

Faktor yang diberi perhatian ialah keadaan cuaca yang kurang baik, kesilapan juruterbang dan juga kelayakan terbang.

Keadaan cuaca ketika penerbangan ini dilaporkan baik. Juruterbang pula mempunyai lebih daripada 18,000 jam penerbangan dan mula bertugas sejak 1981.

Malaysia Airlines ialah syarikat penerbangan yang mempunyai rekod yang baik. Pesawat Boeing 777-200 pula merupakan pesawat yang paling selamat serta dilengkapi dengan teknologi moden. Pesawat ini pernah mengalami kemalangan kecil sewaktu bergerak di landasan pada tahun 2012 tetapi telah dibaiki dan mendapat kelulusan untuk beroperasi semula. Kali terakhir pemeriksaan dilakukan adalah pada 10 hari lalu.

6. Adakah kemungkinan berlakunya serangan pengganas?

Pihak MAS tidak menolak sebarang teori. Namun, pegawai di Amerika Syarikat yang menghantar penyiasat FBI berkata tiada bukti berkaitan serangan pengganas buat masa ini.

Kehadiran 2 penumpang dengan pasport curi adalah pelanggaran undang-undang tetapi ia lebih berkisar kepada isu pemedagangan manusia.



Sebelum ini, penerbangan Air India yang terhempas di Mangalore pada 2010 sewaktu dalam perjalanan ke Dubai telah mengakibatkan kehilangan 158 nyawa dan 10 penumpang dengan pasport palsu telah dikenalpasti.

7. Mampukah pesawat moden lenyap tanpa meninggalkan jejak?

Pesawat Air France dalam penerbangan dari Brazil ke Perancis hilang di Lautan Pasifik pada 1 Jun 2009 yang mengakibatkan kesemua 228 orang turut hilang.

Serpihan pesawat itu dikesan pada hari berikutnya tetapi mengambil masa hampir 2 tahun untuk mencari perakam penerbangan dan juga mayat fiuslaj yang tenggelam ke dasar laut. Perairan di Laut China Selatan dan Selat Melaka adalah lebih cetek berbanding Lautan Atlantik.

Perakam penerbangan atau kotak hitam berkeupayaan untuk memancarkan isyarat ultrasonik yang boleh dikesan walaupun di dalam air. Pada keadaan yang baik, isyarat ini boleh dikesan beberapa ratus kilometer jauhnya.

Tanpa mengetahui trajektori kapal terbang menjunam mahupun pemahaman mengenai kelajuan angin dan juga keadaan ombak, pasukan mencari dan menyelamat terpaksa melakukan carian pada kawasan yang lebih luas.


8. Dikatakan pesawat MH370 cuba berpatah balik ke KLIA sebelum pergerakkannya hilang dari radar, adakah pesawat mengalami masalah?

Berdasarkan rakaman radar Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memang terdapat kemungkinan pesawat tersebut cuba berpatah balik sebelum komunikasinya terputus.

Namun, sehingga kini tidak diketahui permasalahan yang berlaku yang menyebabkan pesawat tersebut cuba berpatah balik.

9. Apakah negara-negara yang terlibat dalam usaha gerakan mengesan dan menyelamat ini?

Selain Malaysia,gerakan besar-besaran ini juga turut dibantu oleh negara Vietnam, Republik Rakyat China, Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, Australia dan Amerika Syarikat.

Operasi pencarian ini melibatkan penggunaan aset-aset ketenteraan dari pelbagai cabang udara, laut dan darat termasuk juga penglibatan agensi penguatkuasaan maritim dan polis dari negara-negara yang terlibat.



10. Bagaimana untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kehilangan pesawat MH370?

Sebarang informasi rasmi dan terkini boleh diikuti menerusi laman Facebook dan Twitter Penerbangan Malaysia (@MAS), Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan agensi-agensi yang terlibat dalam usaha mengesan pesawat MH370.

Selain itu juga, saluran berita Astro Awani 501 dan laman sesawangwww.astroawani.comjuga menyiarkan laporan mendalam dan berterusan termasuk siaran sidang media secara langsung berkenaan usaha mengesan pesawat MH370. - 10/3/14






Akhbar Pro-Beijing SERANG Malaysia ‘Tidak Cukup Pantas’ Tangani Kehilangan MH370

Posted: 10 Mar 2014 12:17 AM PDT


[TMI] Sebuah akhbar yang rapat dengan pemimpin China membidas Malaysia ekoran kehilangan pesawat MH370, dan berkata Malaysia tidak boleh lari dari tanggungjawab serta perlu membekalkan maklumat terkini tentang kapal terbang yang hilang itu.

Dalam lidah pengarang akhbar itu hari ini, Global Times berkata kehilangan pesawat "harus disiasat dengan teliti dan pokok masalahnya perlu dipertanggungjawabkan kepada Malaysia".

"Pihak Malaysia tidak boleh lari dari tanggungjawabnya. Sehingga semalam, ia tidak dapat memastikan maklumat yang tepat mengenai penumpang. Respon awal dari Malaysia tidak cukup pantas.

"Terdapat kelemahan dalam kerja Malaysia Airlines dan pihak berkuasa keselamatan," kata akhbar pro-Beijing dalam laman beritanya.

Ia menegaskan bahawa kemalangan pesawat biasanya berlaku semasa berlepas dan pendaratan, bukan semasa penerbangan.

"Kehilangan MH370 berlaku di langit, yang membuatkan kita ragu. Tidak kira apa sebabnya, ia telah mempengaruhi cara orang ramai melihat keselamatan udara.

"Jika ia disebabkan kerosakan mekanikal atau kesilapan juruterbang, maka Malaysia Airlines harus dipersalahkan.

"Jika ini adalah serangan pengganas, maka pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang Kuala Lumpur dan dalam penerbangan itu dipersoalkan. Jika ia adalah disebabkan oleh beberapa faktor semula jadi atau tidak terkawal, semua syarikat penerbangan di seluruh dunia, termasuk Malaysia Airlines, ia perlu menjadi pengajaran," katanya.

Sementara itu, dalam perbualan telefon mereka hari ini, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menawarkan simpatinya dan berkata Amerika sedia berkerjasama secara "menyeluruh" dengan China dalam usaha menyelamat.

Hampir dua pertiga daripada 239 orang di atas penerbangan MH370 Malaysia Airlines itu adalah dari China, dan jika kehilangan pesawat itu disahkan, ia akan menjadi bencana udara kedua terburuk China dari segi bilangan rakyatnya yang terlibat.

Siasatan telah dilancarkan terhadap penumpang yang menjadi suspek selepas para pegawai berkata dua orang Eropah yang nama mereka dalam senarai penumpang - yang pasport kedua-dua mereka dicuri di Thailand - tidak berada di atas kapal terbang, menurut laporan AFP.

Dalam editorialnya, akhbar harian China itu seterusnya menulis bahawa "keganasan tidak boleh dikesampingkan", dengan pihak berkuasa Malaysia dan antarabangsa masih belum menjelaskan bagaimana sekurang-kurangnya dua penumpang tersebut dapat menaiki kapal terbang itu dengan pasport Itali dan Austria yang dicuri. – 10 Mac, 2014.


China 'GESA' Malaysia Percepat Usaha Mencari MH370

Posted: 09 Mar 2014 09:57 PM PDT


[MK] China menghantar satu pasukan ke Malaysia bagi "menggesa pihak Malaysia mempercepat carian dan misi menyelamat" pesawat MH370 yang hilang.

Menurut agensi berita Xinhua, Kementerkan Luar China berkata, pasukan itu terdiri daripada pegawai daripada kementerian itu, Kementerian Keselamatan Awam, Kementerian Pengangkutan dan Pentadbiran Penerbangan Awam.

Ia akan menyelaraskan usaha bersama kedutaannya di Kuala Lumpur bagi menangani isu relevan, termasuk menyiasat insiden dan membantu anggota keluarga berkaitan di Malaysia.

Pesawat MH370 yang dijadual terbang ke Beijing hilang dalam kawasan kawalan udara Ho Chi Minh di Vietnam.

Ia membawa 12 kru, 227 penumpang, termasuk 154 warganegara China. -10/3/14


Pasukan Pencarian Vietnam Menemukan Pintu, Ekor MH370?

Posted: 09 Mar 2014 08:49 PM PDT


[MK] Pasukan pencarian Vietnam melaporkan penemuan apa yang mereka percaya sebagai pintu dan ekor pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) yang hilang sejak Sabtu pagi.

Bahagian itu kemungkinan pintu dalam komposit dan sebahagian ekor pesawat, lapor The Wall Street Journal reported.

MAS dilapor sebagai tidak dimaklumkan berhubung penemuan itu.

The Wall Street Journal memetik posting dalam laman web kementerian penerangan dan komunikasi Vietnam.

Malaysiakini bagaimanapun tidak dapat menemui artikel itu dalam kedua-dua bahasa sama ada bahasa tempatan atau Inggeris melalui carian pada jam 9 pagi.

Dilaporkan bahagian itu ditemui 50 batu daripada Barat daripada Daya Pulau Chu di Vietnam Selatan.

Dikatakan juga Vietnam tidak dapat mendaratkan pesawat air berdekatan kawasan itu untuk mengesahkan sama bahagian itu berpunca daripada pesawat yang hilang. -10/3/14

Respons Anwar terhadap Perbicaraan Mahkamah Rayuan 7 Mac

Posted: 09 Mar 2014 08:27 PM PDT


Lantik Shafee Jadi Hakim, Lebih Mudah Hukum Pembangkang, Kata Anwar

[TMI] Putrajaya "disyorkan" supaya mengangkat peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai hakim bagi memudahkan kerja mengenakan hukuman ke atas pemimpin pembangkang.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Shafee yang dilantik sebagai timbalan pendakwaraya bagi pihak kerajaan dalam kesnya didakwa mempunyai motif politik.

"Saya tanya, kenapa tidak terus angkat dia (Shafee) jadi hakim lagi senang. Dia Umno punya peguam, jadi biar dia dakwa, siasat, maka lebih baik jadi hakim.

"Dia zalim pada orang. Karpal Singh lawan minta laporan perubatan, satu jam pun tak boleh dapat, minta sehari suruh doktor beri keterangan juga tak boleh," katanya di sini, semalam sebagaimana dilaporkan oleh lidah rasmi kerajaan negeri Selangor, Selangorkini.

Anwar berusaha dari awal untuk mengenepikan Shafee daripada mengetuai pesukan pendakwa ke atas beliau.

Namun usaha beliau disaat terakhir sebelum perbicaraan, Mahkamah Persekutuan sendiri meluluskan penglibatan Shafee sebagai pendakwa.

Terbukti ketika menjalankan tugas, Shafee langsung tidak ada toleransi dengan Anwar termasuk usaha untuk meminta proses mitigasi (rayuan) ke atas hukuman dibuat minggu depan juga dibantah oleh Shafee.

Anwar turut mendakwa wujud campur tangan daripada pihak luar untuk menjatuhkan hukuman ke atasnya yang dibuat secara tergesa-gesa.

Katanya, kes yang sepatutnya dibicarakan pada 7 April ini dipercepatkan atas alasan hakim mempunyai "kes lain" untuk diselesaikan pada tarikh itu.

"Sebab hakim mesti putuskan hari ini kerana takut terlepas 11 Mac ini (penamaan calon)," katanya. – 10 Mac, 2014.



‘Batman’ Curi Pakai G-String

Posted: 09 Mar 2014 08:18 PM PDT

RAKAMAN kamera CCTV menunjukkan 'Batman' sedang mengelilingi kedai itu.
[HM] Sydney: Seorang lelaki yang taasub dengan watak Batman ditahan selepas mencuri kostum watak fantasi berkenaan di sebuah kedai di Australia.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, lelaki itu dilihat masuk ke kedai barangan terpakai di New South Wales dengan hanya memakai seluar dalam wanita.

Dia kemudian mengambil kostum Batman dan memakainya sebelum meninggalkan kedai berkenaan.

Selepas memakai kostum itu, dia tidak pergi "membanteras jenayah" seperti kebiasaan watak Batman, sebaliknya mundar-mandir di sekitar kedai dan tindakannya itu dirakam kamera pengawasan kedai itu.

Pemilik kedai itu, Michelle Rowe berkata, kejadian berkenaan memang unik.

"Selalunya seseorang yang ingin merompak sekurang-kurangnya berpakaian lengkap, tetapi ini agak pelik.

"Dia masuk ke kedai dengan memakai 'G-String' semata-mata," katanya.

Lelaki itu juga turut mengambil patung mainan adiwira berkenaan dan akan dibicarakan di mahkamah dalam minggu ini.- Agensi/10/3/14


[KEJAM] Pembantu Rumah Potong Zakar, Siat Kulit Anak Majikan, Kemudian Campak kepada Anjing

Posted: 09 Mar 2014 08:16 PM PDT


[HM] Nairobi: Dua pembantu rumah di kawasan perumahan mewah di Nairobi didakwa memotong zakar, menyiat kulit kemaluan dan mengelar badan, peha, kaki dan punggung anak lelaki majikan mereka.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga menyiat kulit kepala budak terbabit sebelum dicampak ke luar untuk dijadikan makanan anjing. Dalam kejadian jenayah dianggap paling kejam di Kenya itu, pembantu rumah, Concepta Achitsa Mwanje, 27, dan tukang kebun, Vincent Odhiambo Owino, dituduh melakukan rompakan dan penculikan serta mendatangkan kecederaan parah pada budak berkenaan.

Dokumen mahkamah menyatakan, mereka menyangka budak terbabit sudah mati ketika mangsa diberikan kepada anjing.

Mereka melakukan perbuatan itu dengan harapan jenayah mereka dapat disembunyikan.

Dr Joseph Kathuri yang memeriksa budak berusia tiga setengah tahun itu berkata, 75 peratus kulit kepala mangsa hilang dalam kejadian pada 31 Disember 2008 itu.

Bulan lalu Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara 30 tahun ke atas Mwanje dan Owino selepas menolak rayuan mereka.

Menyingkap kembali kes itu, bapa mangsa mendapat panggilan daripada pembantu rumahnya mendakwa kononnya budak terbabit dibaham anjing.

Ketika bapanya pulang ke rumah, Owino sudah melarikan diri.

Bagaimanapun, keesokannya dia menghubungi majikannya itu untuk memberitahu apa yang terjadi.

Sementara itu ketika dikejarkan ke hospital, mangsa berada dalam keadaan tidak sedar dan hampir mati.

Selepas menjalani beberapa pembedahan kanak-kanak itu berjaya diselamatkan.

Ibu mangsa berkata, walaupun suaminya seorang panas baran, tetapi dia tidak pernah dilihat memukul pembantu rumah terbabit.

Seperti kebanyakan ibu bapa lain, bapa mangsa mendapatkan khidmat Mwanje daripada agensi pembekal pekerja tempatan yang kini popular di kebanyakan pusat bandar.

Ia dikatakan mengambil pekerja tanpa mengenali mereka dan hanya mempunyai salinan kad pengenalan mereka.

Keajaiban berlaku apabila kanak-kanak itu sembuh dan dapat mengenal pasti pembantu rumah dan tukang kebun yang mencederakannya. - Agensi/10/3/14



Habuan RM30 300 Jika Dapat Pertahan DARA

Posted: 09 Mar 2014 08:12 PM PDT



[HM] Pretoria: Seorang lelaki menawarkan habuan bernilai RM30,300 kepada mana-mana wanita berusia sehingga 35 tahun jika dapat membuktikan mereka masih dara.

Dalam tawaran yang dibuat sempena kempen memerangi HIV dan kehamilan remaja itu, Rabelani Ramali berkata, dia akan menghadiahkan wang berkenaan kepada "anak dara yang berjaya" berserta pingat emas, perak dan gangsa mengikut tahap usia mereka.


Selepas mengumumkan tawaran itu, Ramali seorang pekerja sosial dai Limpopo berkata dia menerima reaksi berbeza-beza. 

"Ada yang menyambut baik tetapi ada yang memandang sinis," katanya, semalam. Kata Ramali, tawaran berkenaan boleh mendorong remaja mempertahankan dara masing-masing sehingga tiba masa sesuai untuk mereka berpasangan. 

Ramali yang mempunyai lima anak daripada empat wanita menganggap dirinya sebagai pengasan "Anugerah Anak Dara Afrika Selatan." Untuk mengesahkan status dara seseorang, Ramali akan mendapatkan pengesahan doktor bertauliah. - AFP/9/3/14


Lanjut di sini.


Kia Dituduh Noda Pelajar

Posted: 09 Mar 2014 08:08 PM PDT


Sekadar hiasan
[HM] Tulungagung: Polis terpaksa campur tangan dan menyelamatkan seorang kiai dan keluarganya serta beberapa murid lain selepas mereka diserang penduduk kampung yang menuduh lelaki terbabit menyebabkan seorang pelajar hamil.

Kiai Jaz, 50, berasal dari Desa Sidem di daerah Gondang, masih ditempatkan di balai polis Tulungagung bagi mengelakkan dia menjadi mangsa rusuhan.

Ketua Polis Tulungagung, Lahuri berkata, pihak berkuasa cuba berunding dengan penduduk untuk membenarkan kiai itu pulang namun mereka tetap bercadang untuk mengancam keselamatannya.

"Sebelum diselamatkan, Jaz sempat dipukul penduduk kampung," katanya. Lahuri berkata, Jaz bernasib baik kerana polis tiba tepat pada masanya untuk menyelamatkan lelaki terbabit.

Katanya, Jaz menjadi sasaran kemarahan penduduk kerana disyaki mengadakan hubungan seks dengan seorang pelajar berusia 15 tahun.

Bagaimanapun, Lahuri berkata, polis percaya pelajar perempuan itu hamil hasil hubungannya dengan seorang pelajar lelaki di situ.

Malah, kata Lahuri, mereka sudah bernikah secara rahsia pada 14 Ogos tahun lalu. Petang kelmarin, sekumpulan penduduk yang simpati kepada Jaz datang ke balai polis dan meminta dia dilepaskan kerana polis tidak cukup bukti untuk menahannya.

Polis kemudiannya mengumpulkan penduduk kampung yang berbeza pendapat itu untuk menerangkan keputusan siasatan bagi menjernihkan kembali keadaan dan pertelagahan masih berlaku. - Agensi/9/3/14


Suami Tidak Berputus Asa Mencari Mayat Isteri Selepas Hilang dalam Peristiwa Tsunami

Posted: 09 Mar 2014 07:52 PM PDT


[Kosmo] ONAGAWA - Seorang lelaki, Yasuo Takamatsu tidak berputus asa menyelam untuk mencari isterinya yang hilang selepas ombak besar tsunami melanda Jepun tiga tahun lalu.

"Isteri saya lemah-lembut dan baik," kata Takamatsu.

"Dia sentiasa berada di sisi saya baik secara fizikal atau mental. Saya masih merinduinya," tambah lelaki berusia 57 tahun itu.

Bekerja sebagai seorang pemandu bas, Takamatsu tiada pengalaman menyelam sebelum ini tetapi dia mempelajarinya demi mencari mayat isteri yang dikasihi, Yuko.

Lelaki tersebut masih tidak dapat melupakan saat Yuko kali terakhir menghubunginya sebelum hilang dibawa tsunami setinggi 20 meter.

Dalam mesej pesanan ringkas (SMS) yang dihantar pada pukul 3.21 petang (waktu tempatan) itu Yuko memberitahu: "Saya mahu pulang."

Mesej tersebut dihantar setengah jam selepas gempa bumi kuat bawah laut melanda Jepun pada 11 Mac, 2011 yang diikuti dengan tsunami yang bergerak ke pantai Jepun.

"Itulah pesanan terakhir daripada isteri saya," kata Yuko.

"Saya sedih mengenangkan dia masih di luar sana (laut). Saya mahu membawanya pulang secepat mungkin," tambahnya.

Secara rasmi, lebih 15,800 orang terbunuh dalam bencana tersebut dengan sekitar 2,636 mangsa disenaraikan sebagai masih hilang.

Dalam usaha mencari isterinya, Takamatsu dibantu oleh seorang juruselam berpengalaman, Masayoshi Takahashi. yang mengajarnya cara untuk menyelam.

Menurut Takahashi, dia gembira dapat membantu pelajarnya itu dan akan mengajar Takamatsu untuk menyelam dengan selamat.

"Menyelam untuk mencari sesuatu tidak sama dengan selaman santai kerana anda berisiko untuk terperangkap dalam serpihan hanyut dan bangkai kapal," katanya.

"Saya mahu dia boleh bertenang dan memeriksa dengan teliti di dalam laut. Dia tahu apa yang dicari," tambah juruselam tersebut.

Takamatsu juga sedar bahawa peluang untuk menemui Yuko adalah tipis.

Selepas tiga tahun isterinya hilang, arus laut telah menghanyutkan apa sahaja ke serata Lautan Pasifik dengan banyak serpihan dan mayat tenggelam di dasar laut.

"Namun, saya tidak boleh berputus asa. Saya mesti terus mencari isteri saya" kata Takamatsu. - AFP/10/3/14




Kerajaan China KECEWA Cara Pengendalian Kehilangan MH370

Posted: 09 Mar 2014 06:05 PM PDT



[TMI] Kerajaan negara China menyampaikan rasa kecewa terhadap kerajaan Malaysia ekoran kehilangan pesawat MH370 dengan meminta mereka dibekalkan maklumat yang terkini tentang kehilangan pesawat MAS itu.

New York Times melaporkan hari ini China, negara asal majoriti penumpang pesawat itu, jelas ada tanda-tanda kemarahan dan kecewa di kalangan keluarga penumpang yang terlibat dengan cara Malaysia mengendalikan situasi ini.

Dilaporkan juga, Menteri Luar China Wang Li menyampaikan ketidaksabarannya itu dalam panggilan telefon sebagaimana yang dilaporkan dalam laman web kementerian.

"Pesawat Malaysia Airlines (MAS) hilang hampir 40 jam," katanya sebagaimana yang dipetik ketika memberitahu rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman.

"Kerajaan China memandang perkara ini secara serius, dan rakyat China juga sangat bimbang."

Beliau meminta Malaysia sentiasa memberikan laporan terkini, lapor media dunia itu.

Dalam siri laporannya, pegawai Malaysia sentiasa enggan menjawab soalan yang mereka sifatkan sebagai "hal keselamatan".

"Kami akan sentiasa mengkaji protokol keselamatan, dan jika perlu kami akan perketatkannya lagi," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein juga berkata, beliau mempunyai nama empat penumpang yang disyaki tetapi maklumat itu adalah '"terkawal".

Sekurang-kurangnya ada lima perkara luar biasa dalam senarai penumpang pesawat Penerbangan Malaysia Boeng 777-200 ER yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi Sabtu dalam perjalanan 3,700 km ke Beijing.

Ia terputus hubungan dengan kawalan penerbangan kira-kira 1.30 am dan tidak tiba di Beijing, menyebabkan kerja mencari dan menyelamat besar-besaran digerakkan dari laut Andaman dan Selat Melaka di barat kepada Laut Cina Selatan di timur. - 10 Mac, 2014.


Tiada ulasan: