Isnin, 10 Mac 2014

Biaqpila

Biaqpila


RAJA BOMOH DAKWA MH370 'TERGANTUNG' ANTARA 3 NEGARA

Posted: 10 Mar 2014 08:44 AM PDT



SEPANG- Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar seketika petang semalam selepas muncul seorang lelaki yang mendakwa sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP yang kononnya mampu membuat ramalan berhubung keadaan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang
sejak Sabtu lalu.Bomoh terbabit, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang berpengalaman lebih
50 tahun mendakwa berdasarkan upacara yang dilakukan selama 30 minit itu, beliau mendapat alamat bahawa kesemua penumpang pesawat terbabit dipercayai masih berada dalam keadaan selamat di satu lokasi tertentu terletak antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan.

"Saya nampak pesawat itu masih tergantung di ruang udara, di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi terbabit.

"Saya tak dapat jelaskan secara terperinci soal keselamatan mereka tetapi percaya pesawat itu mungkin berada dalam dua keadaan sama ada diculik oleh pihak tertentu atau disembunyikan di alam ghaib", katanya semalam.



Upacara ritual itu menggunakan peralatan khas iaitu teropong buluh serta bubu mata pancing sebagai simbolik untuk memperoleh alamat terkini berhubung keadaan
pesawat terbabit.Ibrahim berkata,bubu mata pancing terbabit sebagai simbolik penjara di mana pesawat itu
dipercayai berada dalam cengkaman pihak tertentu atau ditawan di alam bunian.

"Kita gunakan teropong sebagai simbolik meminta anasir-anasir terbabit untuk membebaskan pesawat terbabit secepat mungkin.

"Upacara yang kita buat turut menggunakan ayat-ayat suci al-Quran iaitu surah Nabi Yunus dan surah Yassin,"katanya.

Dalam upacara tersebut, Ibrahim turut mempelawa beberapa individu daripada pelbagai bangsa termasuk seorang wakil media untuk membuat ritual pembebasan
dengan meletakkan bubu mata pancing di atas kepala mereka.

Menurut bomoh yang mendakwa pernah menampar buaya tembaga sehingga mati itu, selain upacara terbabit, seramai 100,000 ahli Persatuan Silat Gayung Ghaib dan
Selendang Merah turut melakukan solat hajat serta berdoa semoga pesawat yang hilang ditemui dalam minggu ini.

Katanya, pihaknya sudah melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan dan selebihnya terserah kepada Allah SWT.Beliau berkata, pihaknya mendapat jemputan daripada seseorang yang 'penting' untuk melakukan upacara tersebut semalam.Ibrahim sebelum ini mendakwa pernah terlibat dalam membuat ramalan untuk kes antaranya berkaitan kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang.



kedahlanie


MH370 HILANG: NELAYAN DAKWA LIHAT PESAWAT TERBANG RENDAH DI HARI KEJADIAN

Posted: 09 Mar 2014 10:36 PM PDT

Nelayan dakwa lihat satu pesawat terbang rendah


Gambar Hiasan


Seorang nelayan di Kota Bharu mendakwa terlihat sebuah pesawat terbang lebih rendah daripada biasa di Laut China Selatan kira-kira lapan batu nautika dari Kuala Besar, Pantai Cahaya Bulan awal pagi kelmarin.

Azid Ibrahim, 66, berkata dia yang membawa lima kaki pancing ke kawasan itu, melihat pesawat tersebut terbang rendah menghala keluar dari negara ini menuju ke tengah laut kira-kira jam 1.30 pagi, lapor Sinar Harian hari ini.

"Ketika itu hanya saya dan Pak Da (kawannya) sahaja yang melihat kapal terbang itu. Yang lain tidur. Biasalah kami nampak kapal terbang di kawasan ini kerana ia laluan utama, tapi kali ini ia terbang lebih rendah daripada biasa.

"Saya tidak pasti berapa tinggi kapal terbang itu dari muka laut, cuma nampak lampu besar buah kelapa dan dibawah awan. itu saya hairan," kata seperti dilapor akhbar harian itu.

Dia yang sudah 10 tahun membawa kaki pancing ke laut berkata, selepas mengetahui kehilangan pesawat MH370 semalam, beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, petang semalam.

"Saya ingin beritahu apa yang saya nampak malam itu. Mana tahu ia boleh bantu (pasukan mencari dan menyelamat)," katanya.

Sementara itu, Berita Harian hari ini melaporkan tiada sebarang perubahan cucaa ketara berhampiran perairan Malaysia yang dilihat boleh mengancam pesawat MH370 pada waktu dilaporkan.

Pegawai Meterologi Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meterologi Malaysia, Khairul Najib Ibrahim memaklumkan keadaan cuaca dari jam 12 tengah malam hingga 3 pagi, berdasarkan imej satelit diperoleh daripada Agensi Meterologi Jepun tidak memberikan ancaman kepada pesawat.

"Walaupun Jabatan Meteorologi sudah mengeluarkan amaran keadaan angin kencang dan laut bergelora semalam (kelmarin), ia hanya bagi kawasan perairan Sabah dan Sarawak tanpa membabitkan kawasan disyaki," katanya seperti dilapor akhbar itu.

MK

Tiada ulasan: