Isnin, 10 Mac 2014

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Boleh Ke Kita Berdoa Untuk Orang Bukan Islam? #prayformh370

Posted: 10 Mar 2014 04:10 AM PDT



Zaharuddin Abd Rahman

Ada yang bertanya kepada saya, bolehkah berdoa untuk orang bukan Islam dalam pesawat MH370?. Solat hajat untuk mereka sekaligus?.

Jawabnya, BOLEH berdoa kepada semua, muslim dan non Muslim agar SELAMAT, SIHAT, termasuklah selamat pulang dan pergi atau mendapat hidayah.

Imam Nawawi juga menyebut HARUS doa belas atau rahmat Allah kepada non Muslim yang masih hidup & keampunan atas kesalahannya & bukan redha atas kekufurannya. Nabi pernah berdoa antaranya ( اللهُمَّ اِغْفِرْ لِقَوْمِي فَإِنَّهُمْ لَا يَعْلَمُونَ)

Namun bagi non-Muslim yang telah mati dalam keadaan tidak Islam, telah disepakati ulama, TIDAK BOLEH berdoa KEAMPUNAN & RAHMAT Allah ke atas mereka berdasarkan larangan Allah Surah At-Tawbah 113.

Rosmah Mirip Bidadari Syurga?

Posted: 10 Mar 2014 02:02 AM PDT

Agak-agak la bang nak puji pun. Puji manusia kepada manusia jangan melebihi puji manusia kepada allah.

Allah maha besar.

Terkini! Video Kapten Zahari Dan Co Pilot Farid Di KLIA

Posted: 09 Mar 2014 09:02 PM PDT

https://www.youtube.com/watch?v=XMRM9rjszBU&feature=youtube_gdata_player

Mendapat maklumat terbaru. Kelihatan kedua-duanya melalui kawasan keselamatan dengan tenang dan tiada masalah.

Doakan mereka selamat.

Laporan Polis Dari Saksi Yang Melihat Kejadia #pray4mh307

Posted: 09 Mar 2014 08:45 PM PDT

Surat laporan polis dari saksi yang melihat.

Semoga membantu pihak yang terbabit.

Kerajaan China kecewa cara pengendalian kehilangan MH370

Posted: 09 Mar 2014 06:50 PM PDT



March 10, 2014

Kerajaan negara China menyampaikan rasa kecewa terhadap kerajaan Malaysia ekoran kehilangan pesawat MH370 dengan meminta mereka dibekalkan maklumat yang terkini tentang kehilangan pesawat MAS itu.

New York Times melaporkan hari ini China, negara asal majoriti penumpang pesawat itu, jelas ada tanda-tanda kemarahan dan kecewa di kalangan keluarga penumpang yang terlibat dengan cara Malaysia mengendalikan situasi ini.

Dilaporkan juga, Menteri Luar China Wang Li menyampaikan ketidaksabarannya itu dalam panggilan telefon sebagaimana yang dilaporkan dalam laman web kementerian.

"Pesawat Malaysia Airlines (MAS) hilang hampir 40 jam," katanya sebagaimana yang dipetik ketika memberitahu rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman.

"Kerajaan China memandang perkara ini secara serius, dan rakyat China juga sangat bimbang."

Beliau meminta Malaysia sentiasa memberikan laporan terkini, lapor media dunia itu.

Dalam siri laporannya, pegawai Malaysia sentiasa enggan menjawab soalan yang mereka sifatkan sebagai "hal keselamatan".

"Kami akan sentiasa mengkaji protokol keselamatan, dan jika perlu kami akan perketatkannya lagi," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein juga berkata, beliau mempunyai nama empat penumpang yang disyaki tetapi maklumat itu adalah '"terkawal".

Sekurang-kurangnya ada lima perkara luar biasa dalam senarai penumpang pesawat Penerbangan Malaysia Boeng 777-200 ER yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi Sabtu dalam perjalanan 3,700 km ke Beijing.

Ia terputus hubungan dengan kawalan penerbangan kira-kira 1.30 am dan tidak tiba di Beijing, menyebabkan kerja mencari dan menyelamat besar-besaran digerakkan dari laut Andaman dan Selat Melaka di barat kepada Laut Cina Selatan di timur. - 10 Mac, 2014.

Tiada ulasan: