Selasa, 25 Mac 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Dua lagi pemimpin kanan PKR dilarang masuk Sarawak selepas Saifuddin

Posted: 25 Mar 2014 06:10 AM PDT

SELANGOR KINI


SHAH ALAM: Dua pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilarang memasuki Sarawak, selepas Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution turut menerima nasib sama, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Pengarah Stategi PKR, Rafizi Ramli dalam laman twitternya berkata, beliau dan Naib Presiden PKR Tian Chua mengalami nasib sama selepas Saifuddin.

rafizi-TI-01"Saya dan @tianchua sedang ditahan di pejabat imigresen Sibu. Akan dihantar balik selepas ini, dihalang masuk Sarawak," katanya.
Tiga pimpinan kanan PKR itu ke Sarawak dipercayai bagi berkempen membantu calon PKR, Abdul Jalil Bujang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, pada 29 Mac ini.

Terdahulu, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil, berkata Saifuddin dihalang sebaik tiba sampai di lapangan terbang Sibu selepas pegawai bertugas memberitahu satu arahan dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri Sarawak untuk menyekat beliau memasuki Sarawak, pada 22 Mac lalu.

tian chua pc pkr 01Pada 23 Mac lalu, PKR Sarawak melahirkan rasa bimbang jika pihak berkuasa negeri itu merancang melarang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada berkempen untukPRK terbabit.

Naib Pengerusi PKR negeri, See Chee How, berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk menggunakan saluran undang-undang jika pihak berkuasa negeri mengenakan larangan terhadap Anwar dan pemimpin PKR yang lain.

Bersihkan nama juruterbang MH370 – Mahfuz

Posted: 25 Mar 2014 06:01 AM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: PAS meminta kerajaan segera membersihkan nama juruterbang MH370, Zaharie Ahmad Shah yang telah dikaitkan dengan kehilangan pesawat tersebut.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi memulihkan nama juruterbang itu daripada kaca mata rakyat Malaysia dan dunia.

"Dalam masa pengumuman yang dibuat oleh kerajaan berhubung isu kehilangan MH370, perkara yang perlu dilakukan oleh kerajaan adalah membersihkan nama kapten Zaharie.

"Sekarang sudah ada tanggapan negatif telah diberikan terhadap juruterbang itu dan ia perlu diselesaikan segera," kata beliau sewaktu membahas usul khas di Dewan Rakyat, hari ini.

Usul khas itu dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Ketua Whip Parlimen PAS itu juga meminta kerajaan mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi menyiasat dan membincangkan insiden tersebut.

Teruskan perjuangan sekalipun dihukum gantung’

Posted: 25 Mar 2014 05:55 AM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: "Teruskan perjuangan yang suci ini dengan dipandu keberkatan dari Allah sekalipun kalian dibunuh, dipenjara atau dihukum gantung," tegas pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada keputusan mahkamah di Mesir yang menjatuhkan hukuman mati kepada 529 pendukung Ikhwan Muslimin, semalam.

Beliau berkata, Dewan Ulamak PAS Pusat mengikuti peristiwa-peristiwa yang berlaku di Mesir secara dekat dan sentiasa bersama perjuangan mereka serta memberi sokongan padu terhadap ketegasan dan keberanian para pendukung Ikhwan Muslimin.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Kepada saudara-saudara seperjuangan yang dijatuhkan hukuman gantung di Mesir.

Kami memberi penghormatan dan amat kagum terhadap perjuangan kalian dan dunia telah menyaksikannya serta kami bertambah teguh bersolidariti dengan ketetapan kalian yang amat berani terhadap puak pengkhianat dan pembunuh yang tidak sedikitpun takut kepada azab Allah dan mereka tetap melakukan kerosakan diatas muka bumi ini.

Di kesempatan ini, kami mengingatkan kalian dengan firman Allah yang bermaksud (dan jangan kamu sangka Allah lalai terhadap apa yang dilakukan oleh orang-orang zalim akan tetapi sesungguhnya Allah ingin tangguhkan (azab) kepada mereka pada hari yang pada waktu itu mata mereka terbeliak).

Kami mengikuti peristiwa-peristiwa yang berlaku di Mesir secara dekat dan sentiasa bersama perjuangan kalian serta memberi sokongan padu terhadap ketegasan dan keberanian kalian.

Teruskan perjuangan yang suci ini dengan dipandu keberkatan dari Allah sekalipun kalian dibunuh, dipenjara atau dihukum gantung.

Jangan kalian sangka mereka yang gugur di jalan Allah itu telah mati bahkan mereka sebenarnya hidup dan diberi rezeki yang melimpah di sisi Allah.

Kami mengutuk dan mengkritik keras keputusan mahkamah yang cetek lagi rakus yang telah diadili oleh barisan hakim perampas kuasa ke atas Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Dr Mohammad Badie dan Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) Dr Katatni dengan hukuman gantung sampai mati.

Di sini, kami sertakan penghormatan tinggi terhadap ketabahan para singa Allah di zaman yang diseliputi kezaliman dan sesungguhnya kezaliman pasti akan berakhir walau apa keadaan sekalipun.

Allah pasti bersama kalian serta tidak sekali-kali akan mengurangkan pahala segala amalan dan usaha kalian dan Allah berkuasa terhadap segala urusan-Nya.

Bersabarlah wahai seluruh keluarga Ikhwan Muslimin, maka sesungguhnya kemenangan itu semakin hampir dan insya Allah, Allah menjanjikan syurga-syurga-Nya kepada kalian.

Ya Allah, anugerahlah kemenangan kepada pejuang agama-Mu di Mesir.

Teknologi tidak boleh atasi ketentuan Allah – TG Nik Aziz

Posted: 25 Mar 2014 05:51 AM PDT

Salmah Mat Husain 


KOTA BHARU: "Apa yang berlaku ini membuktikan betapa kerdilnya kita sebagai manusia. Teknologi terkini pun tidak boleh mengatasi ketentuan Allah apabila tiba waktunya," kata Mursyidul Am PAS.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang penting setiap keluarga mangsa kena bertenang serta bersabar bila berdepan dengan musibah seperti sekarang.

"Sebutlah Innalillah... untuk meredakan keresahan jiwa bahawasanya kita adalah milik Allah Taala.  Andainya Allah nakkan kita hidup, hiduplah kita dan begitulah sebaliknya.

"Insya-Allah kita berdoa semoga mangsa diampunkan dosa-dosa mereka dan kita juga sewaktu hidup hendaklah sentiasa berdoa semoga kita mati dalam keadaan baik," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru di sini, hari ini.

Malam tadi Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kedudukan terakhir pesawat MH370 dikesan di tengah Lautan Hindi di sebelah barat Perth, Australia.

Maklumat lokasi terakhir pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu diterima menerusi data Immarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut mengucap takziah kepada keluarga mangsa MH370.

"Saya turut merasa sedih terhadap khabar baru itu selepas penantian selama 17 hari. Saya berharap keluarga mangsa di seluruh dunia bersabar menerima takdir yang berlaku," ujarnya.

Abdul Khalid: Kedudukan Azmin dalam PKNS tergantung sehingga siasatan selesai

Posted: 25 Mar 2014 05:49 AM PDT

Oleh : AFEEQA AFEERA


SHAH ALAM,: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan kedudukan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tergantung sehingga siasatan kes terhadap Pengurus Besar dan Setiausaha Kerja syarikat itu selesai.

Abdul Khalid berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tidak pernah membincang atau memutuskan isu kedudukan Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS.

Katanya, kuasa membincangkan perkara berkenaan terletak di tangan Exco negeri, namun tidak ada sebarang keputusan dibuat ketika mesyuarat itu berlangsung.

IMG_3376"Jika tiada keputusan dibuat, maka secara automatiknya kedudukan Azmin masih kekal, namun tergantung sehingga siasatan berhubung perkara itu selesai sepenuhnya.

"Mesyuarat MMKN tidak menyentuh langsung soal kedudukan Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah, maka kedudukan beliau kekal. Namun, surat pemakluman daripada Pengurus Besar PKNS sebelum ini bahawa Azmin bukan lagi Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu menimbulkan tanda tanya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada ahli panel Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) di Dewan Annex, di sini, hari ini.

Antara ahli panel yang terbabit adalah Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim; ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad; ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib; ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman dan ADUN Permatang, Sulaiman Abdul Razak.-NFN-

Sukar Untuk Terselamat Jika Pesawat Terhempas Di Lautan Hindi - CEO MAS

Posted: 25 Mar 2014 05:28 AM PDT

alt
RAKYAT NEWS
KUALA LUMPUR  - Berdasarkan rumusan hasil analisis data satelit, sukar untuk sesiapa terselamat selepas pesawat MH370 terhempas di Lautan Hindi.
Perkara tersebut dikata oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya di sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Beliau berkata, analisis data satelit oleh Inmarsat menunjukkan kedudukan terakhir pesawat MH370 adalah di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi di mana tiada kawasan untuk pesawat mendarat. 
 
"Ia ada sedikit sahaja minyak dan kalau terus terbang, tak ada daratan. Boleh dirumuskan ia terhempas ke dalam Lautan Hindi. 
"Kini selepas 18 hari, sukar untuk sesiapa terselamat dalam tempoh yang panjang itu," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab apakah bukti kukuh yang MAS perolehi untuk merumuskan tiada seorang pun penumpang dan anak kapal pesawat MH370 itu yang terselamat.

MH370, pengalaman dan pengajaran di sebalik kehilangan

Posted: 25 Mar 2014 05:26 AM PDT




Oleh Md Izwan


Berstatus wartawan muda dan setahun jagung, inilah kali pertama saya berada di lapangan berdepan dengan krisis hebat, dengan mata dunia menumpukan kepada Malaysia.

Ketika ahli keluarga penumpang kesedihan dan pembaca yang mahu setiap laporan mengenai kehilangan MH370, wartawan juga bergelut untuk berikan liputan terbaik.

Selepas masuk dua minggu, terasa kerdilnya diri. Banyak yang dipelajari dan banyak juga tidak diketahui.

Suasana sidang media yang sesak dengan beratus wartawan seluruh dunia, ahli politik dan pihak berkuasa tempang bergelut menjawab soalan dan ahli keluarga penumpang yang berang, terbuka sedikit mata rakyat Malaysia.

Amerika Syarikat datang membantu, negara dunia besar lain seperti China dan Perancis menghulur bantuan, tersedar sedikit kekurangan kita.

Saya mula terfikir bagaimana dengan kumpulan yang dahulunya menjerit anti-Amerika, ke mana hilang suara mereka?

Ke mana suara-suara anti-Amerika?

Tidakkah kita malu apabila yang kita anti ini pula datang membantu?

Sehinggakan perdana menteri meminta bantuan Pentagon, saya sedang bayangkan kalau-kalau ketika ini bekas perdana menteri paling lama Malaysia, adakah dia sendiri akan telefon Amerika bercakap dengan Obama?

"Hai Mr Obama, I'm an anti-American from Malaysia, can I ask a favour of you?"

Ataupun Perkasa, Pekida menawarkan diri untuk jadi penyelam mencari pesawat dalam lautan.
Apa kata mereka? Apa yang wartawan lokal belajar? Selepas dua minggu, banyak spekulasi berlegar di ruang laman berita, sama ada cetak mahu pun atas talian.

Saya mula belajar untuk memilih sumber yang mempunyai kredibiliti dan yang mana tidak, saya belajar mengesahkan kesahihan suatu berita, kerana bukan rakyat Malaysia sahaja yang membaca tetapi satu dunia.

Minggu pertama, kita hanya tahu kehilangan MH370 beberapa jam selepas kali terakhir terputus hubungan, dikatakan kemungkinan terhempas di Laut China Selatan antara Vietnam dan Malaysia, dengan tiada lokasi sebenar daripada radar atau satelit, pada masa itu semua berharap penumpang dapat dijumpai dan terselamat.

Minggu kedua, tiba-tiba MH370 disahkan berpatah balik tanpa diketahui sebab selepas dikesan radar tentera dan satelit agensi yang dirahsiakan, operasi di Laut China Selatan dihentikan, tumpuan beralih pula ke koridor selatan dan utara, dan Australia mengatakan satelitnya menemui dua objek yang kemungkinan serpihan MH370 di perairan Lautan Hindi barat daya Perth.

Harapan untuk menemui penumpang selamat pudar.

Yang wartawan dapat belajar setakat ini; Laut China Selatan tidak terlalu dalam, Lautan Hindi 9-10 kali ganda ketinggian KLCC dan boleh mencecah 4000 meter dengan permukaannya hitam, lithium merupakan bahan mudah terbakar tapi tidak buah manggis, pihak berkuasa kita boleh mengubah kenyataan setiap hari, sidang media dipindahkan ke sebelah bangunan Umno untuk beri laluan kepada F1, F1 lebih penting daripada kehilangan MH370, dan semua sedang berdoa.

Tentang hubungan diplomatik dan kepimpinan pula, ramai yang katakan kepemimpinan Malaysia adalah anti-Amerika, tetapi kita minta juga bantuan Amerika Syarikat, sementara negara jiran Asean kita sama menolong dengan pelbagai bantuan aset dan teknologi, Amerika dan China pertama kali bersama-sama dalam misi pencarian, perdana menteri Australia memberitahu kepada semua ahli Parlimen mengenai penemuan dua imej satelit, kerajaan Malaysia hanya memberi taklimat kepada ahli parlimen mereka iaitu Barisan Nasional, pembangkang merajuk katakan tidak perlu beri taklimat dan boleh dapatkan maklumat daripada berita di media.

Mengenai pertahanan negara, tahun berapakah Malaysia punya radar? Teknologi apa yang mereka guna?

Kalau di lautan pengganas Sulu boleh menceroboh masuk, tidak mustahil juga di udara selepas ini.
Penantian suatu seksaan. MH370 masih hilang.M/Insider

Md Izwan adalah wartawan The Malaysian Insider

Balingian: 99.25 peratus pengundi awal mengundi

Posted: 25 Mar 2014 05:00 AM PDT

Datuk Abdul Ghani Salleh Abdul Ghani


MUKAH - Proses pengundian awal bagi pengundi awal dalam pilihan raya kecil (PRK) Balingian berakhir pada pukul 5 petang ini dengan 132 atau 99.25 peratus pengundi awal menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Mukah.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata peratusan pengundi awal disifatkan baik walaupun hanya seorang sahaja tidak keluar mengundi memandangkan jumlah asal pengundi awal berdaftar ialah 133 pengundi.

"Tak tahu kenapa hanya seorang pengundi itu sahaja tak turun mengundi tetapi secara keseluruhan SPR berpuas hati dengan proses pengundian awal hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Selesai proses pengundian awal hari, sejumlah 13,233 pengundi biasa DUN Balingian akan menjalankan tanggungjawab masing-masing pada Sabtu ini dengan 21 saluran atau pusat mengundi dibuka pada hari Sabtu melibatkan 16 buah di sekolah, dua buah di rumah panjang, dua buah di balai raya dan sebuah dewan orang ramai.

SPR menjangka keputusan PRK Balingian diumumkan selewat-lewatnya pada pukul 9 malam di Dewan Suarah Mesra Mukah. - BERNAMA

Cuaca panas: Petani rugi ribuan ringgit

Posted: 25 Mar 2014 04:58 AM PDT




Petani rugi ribuan ringgit Tanaman cili yang diusahakan Ismail tidak dapat melalui proses tumbesaran sempurna kerana cuaca panas berpanjangan.


KUANTAN - Cuaca panas dan kemarau yang berlarutan sejak dua bulan lalu menyebabkan golongan petani di daerah ini mengalami kerugian, bahkan sebahagian daripada mereka rugi mencecah ribuan ringgit.

Petani di perkampungan Sungai Soi dan mereka hanya mampu berserah dengan dugaan yang datang serta berharap hujan akan turun.

Wang Her Ban, 42 berkata, sejak kemarau melanda tanamannya menjadi tidak subur kerana masalah kekurangan air, malah kolam menakung air juga kering.

Menurutnya, dia mengalami kerugian mencecah ribuan ringgit dalam tempoh sebulan memandangkan terpaksa mengeluarkan belanja lebih dan hasil pengeluaran juga terjejas.

"Keluasan tanaman saya kira-kira 22 hektar dan apabila kemarau melanda ia akan menjejaskan kesemuanya.

"Tumbesaran pokok dan buah terbantut kerana kekurangan air menyebabkan hasil pengeluaran tidak seperti sebelum ini.

"Jika pada hari biasa kami menyiram tanaman dua hari sekali tetapi dalam keadaan sekarang hanya mampu menyiram tiga atau empat hari sekali dan tanaman mulai layu.

Menurutnya, jika sebelum ini dia menggunakan kira-kira RM 5,000 untuk membeli minyak diesel bagi menggerakkan mesin menyiram tetapi bulan ini sahaja sudah melebihi RM10,000.

"Masalah untuk menyiram pula timbul apabila kolam kering kontang dan baru-baru ini ada hujan tetapi tidak lama.

"Jika musim biasa kita menyiram dalam tempoh satu jam tetapi sekarang hanya mampu bertahan kira-kira 15 minit sahaja kerana bekalan air tidak ada," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Katanya, sejak bergelar petani kira-kira 18 tahun yang lalu, kemarau kali ini paling teruk melanda dan berpanjangan.

"Setiap hari saya membekalkan bertan-tan sayur seperti kacang panjang, cili, peria dan pelbagai lagi kepada pemborong dan setakat ini masih mampu bertahan walaupun cuaca sangat teruk," katanya.

Seorang lagi petani, Ismail Ahmad, 47 turut berdepan masalah sama, malah lebih kritikal kerana tanaman cilinya masih dalam proses peringkat awal.

"Saya mengeluarkan modal berbelas ribu untuk tanaman cili seluar kira-kira 0.8 hektar ini dan jika kemarau berterusan memang teruk akibatnya.

"Jika dahulu kita siram dua kali sehari tetapi sekarang hanya mampu sekali sehari sahaja dan itu pun dalam kadar yang sedikit.

"Kolam mulai mengering dan kerana tiada hujan kita terpaksa membeli petrol dengan lebih kerap serta terpaksa berbelanja lebih," katanya.

Petani berpengalaman lebih 30 tahun, Han Tee Bu, 78 berkata, jika sebelum ini dia mampu mengutip kira-kira 30 bakul cili besar tetapi sekarang hasilnya tidak sampai 10 bakul.

"Keluasan tanaman saya kira-kira 4 hektar dan baru sahaja mengeluarkan hasil tetapi ia tidak begitu memberangsangkan.
"Saiznya kecil dan pokoknya tidak tahan lama, sekali gus menjejaskan pendapatan harian.

"Sekarang hanya mampu mengutip di antara tujuh hingga lapan bakul cili sahaja dan keadaan ini memang jauh berbeza jika dibandingkan jika cuaca normal," katanya.

Pengantin tiba-tiba bersilat

Posted: 25 Mar 2014 04:56 AM PDT


Pengantin tiba-tiba bersilat Mohd Shahfizal secara tiba-tiba meninggalkan kerusi pengantin untuk beraksi.


SUNGAI PETANI - Orang ramai yang menghadiri majlis perkahwinan di Taman Keladi dekat sini kelmarin gempar apabila pengantin lelaki yang lengkap mengenakan pakaian mempelai meninggalkan kerusi tempat duduk pengantin yang telah dikhaskan.

Tindakan pengantin lelaki, Mohd Shahfizal Muhammad Shahfawi, 27, yang bekerja di sebuah syarikat industri itu turut mengejutkan pasangannya, Nor Hasliza Abd Rashid, 24, yang sedang disandingkan bersama ketika itu.

Bukan sahaja tetamu yang hairan, malah ibu bapa pengantin turut terkejut menjadikan suasana sedikit cemas dan kelam-kabut.

Bagaimanapun, tindakan Mohd Shahfizal itu dilakukan bagi membolehkannya membalas 'panggilan' salah seorang ahli pertubuhan silat yang sedang dalam pertunjukan ketika itu.

Dia dilihat mengambil tempat di lokasi pertunjukan silat bersama beberapa ahli pertubuhan berkenaan sebelum mempamerkan kemahiran yang dimiliki dalam seni mempertahankan diri tersebut.

Tindakannya mendapat perhatian pengunjung yang kemudian mengerumuni tempat pertunjukan bagi menyaksikan dengan lebih dekat.

Menurut Shahfizal yang juga Jurulatih Silat Lincah Malaysia, tindakan itu dilakukan bagi 'membalas' pergerakan setelah dicabar anak buah yang sedang membuat pertunjukan ketika itu.

Mohd Shahfizal berkata, dia terus memulakan langkah apabila dicabar anak buah yang sedang beraksi.

"Saya juga tidak menyangka akan turut serta membuat pertunjukan kerana mengikut perancangan awal, hanya anak buah sahaja yang terlibat.

"Tetapi, secara tiba-tiba mereka 'mencabar' saya untuk turut serta dan saya menyambut cabaran itu tanpa dirancang. Namun Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar akhirnya," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Nor Hasliza yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta turut terkejut dengan tindakan suami yang secara tiba-tiba meninggalkan kerusi pengantin untuk beraksi.

"Saya juga tidak menyangka suami akan membuat persembahan kerana dia pun tidak membuat sebarang persiapan," katanya.

MH370 bawa platform kayu, bateri 200kg

Posted: 24 Mar 2014 11:25 PM PDT

 


Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan bahawa pesawat MH370 membawa muatan bateri lithium ion dan juga platform kayu untuk muatan kargonya.

Ketua pengarah eksekutifnya Datuk Ahmad Jauhari Yahaya bagaimanapun menegaskan bahawa muatan bateri sebanyak 200kg itu dibungkus mengikut piawaian keselematan yang ditetapkan.

Beliau juga berkata masih terlalu awal untuk menyatakan sekiranya platform kayu tersebut merupakan objek sama yang ditemui pasukan penyelamat di kawasan operasi di Lautan Hindi.

Kargo bateri tersebut menjadi tumpuan sebelum ini ekoran kebimbangan bahawa bateri lithium ion mudah terbakar.

Selain itu, pesawat itu juga membawa produk elektronik dan radio, kata Ahmad Jauhari.

Tambahnya, pasukan penyelamat Australia yang mengetuai operasi di selatan Lautan Hindi perlu memohon kepada pasukan Malaysia untuk mendapatkan senarai kargo tersebut.

Turut memberi kenyataan dalam taklimat hari ini ialah pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang berkata polis menemubual lebih 100 orang termasuk anggota keluarga juruterbang dan pembantunya.

Tambahnya, pasukan teknikal kini sedang mempertimbangkan untuk mendedahkan transkrip perbualan di antara kokpit dan menara kawalan.

Urutan peristiwa kehilangan MH370

Posted: 24 Mar 2014 11:19 PM PDT

MALAYSIAKINI

 


Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 terjawab pada hari ke-17 operasi mencari dan menyelamat yang disertai pelbagai negara, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi.
  
Berikut kronologi insiden kehilangan MH370:
  
8 Mac Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.

8 Mac Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Bharu, Kelantan.

8 Mac Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi melibatkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

8 Mac Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).

9 Mac Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.

9 Mac Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat MH370.

10 Mac Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370.

10 Mac APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemuidi perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak bagi kapal kargo.

11 Mac Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29.  Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.

12 Mac Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat.

Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat. Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.

Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama.

13 Mac Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.

13 Mac China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.

14 Mac Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian.

14 Mac Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.

15 Mac Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas.

Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan ditamatkan.

16 Mac Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubungkehilangan pesawat.

16 Mac Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.

16 Mac Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.

17 Mac Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.

18 Mac Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usahamencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe.

19 Mac Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbangrendah di ruang udara Maldives.

20 Mac Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang

Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya Perth.

Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370.

21 Mac Malaysia masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasa Australia sama ada objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada Khamis ada kaitan dengan MH370.

Hishammuddin berkata agensi perisikan antarabangsa tidak menemui sebarang keganjilan berdasarkan manifes penumpang pesawat itu.

Hishammuddin berkata siasatan terhadap penumpang tunggal warga Ukraine yang dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu juga mengesahkan latar belakang penumpang berkenaan bersih.

22 Mac transkrip komunikasi yang didakwa antara pesawat MH370 dan pusat kawalan trafik udara pada malam pesawat dilapor hilang diklasifikasi sebagai tidak tepat dan tidak sah, kata DCA.

Hishammuddin berkata satelit China mencerap imej objek terapung berukuran 22.5 meter x 13 meter.

Hishammuddin berkata pihak berkuasa Australia tidak mengesan sebarang objek dalam pencarian di kawasan berkedudukan kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth.

23 Mac Hishammuddin berkata Malaysia menyerahkan imej baharu yang dicerap oleh satelit pihak berkuasa Perancis kepada pusat koordinasi menyelamat Australia.

Hishammuddin berkata setakat 2.30 petang waktu Malaysia, pihak Australia memaklumkan mereka tidak menemui sebarang petunjuk baharu berhubung MH370.

24 Mac Hishammuddin berkata polis sudah mengambil keterangan lebih 100 orang termasuk keluarga juruterbang MH370.

Pada 10 malam, Najib mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

MAS meluahkan rasa duka penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.- Bernama

Wan Junaidi setuju padam kenyataan dari hansard

Posted: 24 Mar 2014 11:15 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Junaidi Jaafar bersetuju sebahagian kenyataannya tentang statisitk rogol di bawah umur pada 18 Januari lalu yang menimbulkan pelbagai reaksi, dipadamkan dari hansard Parlimen.

Beliau berkata demikian selepas ditanya oleh Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia jika beliau mahu meminta maaf kepada sidang Dewan Rakyat berhubung kenyataannya itu.

Sebelum itu, Chong Chien Jin (DAP - Bandar Kuching) mengusulkan agar Wan Junaidi (BN - Pensiangan) dirujuk ke jawatankuasa khas Parlimen di bawah Peraturan Mesyuarat 36 (12).

Usul itu bagaimana pun ditolak Pandikar kerana berpendapat Wan Junaidi membentangkan fakta semata-mata dan beliau tidak berniat jahat sewaktu mentafsirkan fakta tersebut.

Lanjutan itu, Chong mencadangkan agar sebahagian daripada kenyataan Junaidi sebelum ini dipadam dari rekod Parlimen.

"Jadi, kalau nak minta maaf Tan Sri (Pandikar) saya tak hendak, tetapi kalau yang dicadang YB Chong (agar) satu ayat dibuang dari hansard, saya setuju, bagi melegakan keadaan," kata Wan Junaidi.

Kenyataan yang dipersetujui Wan Junaidi untuk dibuang dari hansard Parlimen adalah seperti berikut:

"Sebenarnya, oleh kerana orang Melayu sensitif sangat kepada kes-kes seks di antara belia ini, maka laporan mesti dibuat oleh pihak-pihak ini dan pihak lain mungkin kurang sensitif kepadanya maka nisbahnya dapat diterima."

Pandikar kemudiannya menasihatkan semua pihak agar mengambil pengajaran daripada peristiwa tersebut.

"Yang Berhormat, perkara ini selesai, ambil iktibar daripada perkara ini," kata Pandikar.

[EDISI GILA] Siapa Pernah Buat Kenyataan Ini: Juruterbang Mungkin Bunuh Diri?

Posted: 24 Mar 2014 11:07 PM PDT

KELAB GREENBOC


MH370 mungkin terhempas di Lautan Hindi dalam misi bunuh diri, lapor akhbar


Pesawat Malaysia Airlines MH370 mungkin terhempas di selatan Lautan Hindi dalam misi membunuh diri, lapor akhbar Britian Daily Telegraph, memetik sumber yang enggan dikenali sebagai berkata, hari ini.

Akhbar itu menyatakan pasukan penyiasat kehilangan MH370 percaya tiada kerosakan atau kebakaran yang mampu menyebabkan penerbangan luar biasa pesawat itu.

"Sistem komunikasi pesawat yang ditutup juga tidak menyebabkan MH370 berubah haluan dan terbang secara senyap selama tujuh jam ke lautan itu," kata akhbar harian itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengumumkan lauan terakhir MH370 ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, mengikut data satelit terbaharu diperolehi.

Seorang sumber rasmi memberitahu The Telegraph penyiasat percaya "ini adalah tindakan sengaja oleh seseorang dalam pesawat yang mempunyai pengetahuan terperinci untuk melakukan apa yang berlaku. Tiada yang mengembangkan butir itu menjadi motif."

Ditanya mengenai kemungkinan pesawat itu mengalami kerosakan atau kebakaran dalam pesawat, sumber memberitahu The Telegraph:"Ia tidak saling berkait… (Penyiasat) meneliti proses yang diperlukan untuk menerbangkan pesawat itu di mana ia terbang selama lapan jam. Mereka mendapati ia dikendalikan dengan cara yang rasional."

Walaupun tanpa penemuan bangkai yang dapat disahkan, Najib berkata malam tadi, data terbaharu menunjukkan MH370 mengakhiri penerbangan lapan jamnya pada 8 Mac dalam lautan, di kawasan terpencil perairan Lautan Hindi.

Data itu diberikan oleh syarikat satelit Inmarsat milik Britain dan Biro Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.

"Ia adalah kawasan terpencil, jauh daripada daratan yang membolehkan pendaratan," kata Najib.

Di hotel di Beijing, ada ahli keluarga yang pengsan kerana terlalu marah dan sedih mendengar berita yang paling menakutkan mereka dan nasib buruk menimpa pesawat itu.

Ada yang menerima pesanan teks daripada Malaysia Airlines.

Mereka kemudian mengecam dan mengkritik Malaysia Airlines dan Putrajaya, melabelkan kedua-duanya sebagai "pembunuh sebenar" penumpang MH370.

Tetapi sebahagiannya masih menaruh harapan, bergantung kepada kegagalan berterusan dalam mencari pesawat itu.

"Tiada bangkai yang disahkan, maka tiada penutup yang sebenar," kata Sarah Bajc, iaitu pasangan kepada Philip Wood, warga Amerika yang berada dalam pesawat itu.

Laporan Telegraph berkata, pesawat itu masih diselubungi misteri dan salah maklumat.

MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam pada 8 Mac menuju Beijing, hilang daripada skrin radar sejam kemudian.

Pesawat sepatutnya tiba Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Perdana menteri dijangka memberikan sidang akhbar pada jam 12.30 tengah hari ini untuk memberikan maklumat terbaharu berhubung MH370. -TMI


Polis Teliti Kemungkinan Juruterbang Bunuh Diri - Hishammuddin


SEPANG: Polis sedang menyiasat kemungkinan juruterbang membunuh diri sebagai punca kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bercakap pada sidang media di Hotel Sama-Sama di sini Isnin, Hishammuddin berkata, polis sedang menyiasat kemungkinan itu.

"Ya, kami sedang menelitinya (kemungkinan juruterbang membunuh diri)," kata Hishammuddin.

Namun, ketika ditanya, Hishammuddin enggan menyatakan jika terdapat mana-mana daripada 239 penumpang dan anak kapal di dalam pesawat tersebut mempunyai masalah peribadi.

"Tidak, saya tidak boleh komen buat masa ini," kata Hishammuddin.

Turut didedahkan bahawa Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) telah dimatikan secara sengaja selepas melalui Kota Baru dan transponder dimatikan dekat Igari.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya, berkata penghantaran terakhir dari ACARS adalah pada pukul 1.07 pagi, 8 Mac lalu tetapi tidak diketahui bila ia dimatikan.

Ia tidak dihantar 30 minit kemudian seperti diprogramkan.

Siasatan awal juga menunjukkan pembantu juruterbang yang bercakap buat kali terakhir dengan pusat kawalan trafik udara.

Komunikasi terakhir pembantu juruterbang itu adalah kira-kira pukul 1.19 pagi.

MAS turut berkata, ujian pskiometrik adalah prosedur standard untuk juruterbang dan anak kapal serta akan meneliti untuk memperkukuhkan prosedur pengambilan kakitangannya.
- mstar (17 Mac 2014)

ULASAN GB

Selepas siasatan polis menunjukkan tiada bukti untuk mengaitkan juruterbang itu merampas pesawat dan tiada sandaran lansung untuk menuduhnya sebagai penyokong fanatik Anwar dan PKR seperti yang diwarwarkan sebelum ini, maka diubah haluan menyatakan juruterbang itu berkemungkinan membunuh diri....

Astaghfirullah....

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Tuhan agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan. Hanya DIA yang Maha Tahu dan Maha Berkuasa ke atas segala-galanya.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

MH370: Islam beri tempoh 4 tahun sabitkan kematian

Posted: 24 Mar 2014 11:04 PM PDT

Kajang telah memilih – Satu tinjauan pemantau pilihan raya

Posted: 24 Mar 2014 11:02 PM PDT



SYED IBRAHIM SYED NOH 


DENGAN berakhirnya Pilihan Raya Kecil (PRK) N25 Kajang pada 23 Mac 2014, maka berakhirlah satu lagi episod dalam pengendalian pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan institusi awam terutama pasukan keselamatan kita, PDRM.

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menang dengan majoriti 5,379 mengalahkan calon Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Pada kali ini tidak timbul isu dakwat kekal yang tidak kekal mahupun isu pengundi hantu kerana barangkali SPR sudah belajar daripada kesilapannya dan majoriti yang diperolehi calon yang menang agak selesa.

Walau apa pun latar belakang kepada PRK Kajang ini sama ada ianya digelar 'Langkah Kajang' atau Langkah Taktikal seperti kata Anwar Ibrahim untuk mempertahankan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) daripada terus diserang dan diasak, namun hakikatnya ialah PRK perlu diadakan kerana seorang ADUN meletak jawatan. Soalnya ialah sama ada PRK diadakan secara bebas dan adil?

Sebagai badan bebas pemantau pilihan raya, Malaysians for Free and Fair Elections (MAFREL) meneliti setiap pilihan raya dengan mata dan telinganya sendiri berasaskan kepada amalan dan tatakelola terbaik yang diiktiraf badan-badan pemantau sedunia.

MAFREL melihat kepada kepentingan pengundi agar mereka bukan hanya memiliki hak kepada pilihan raya yang tulen malah mereka berhak untuk mengetahui sama ada proses pilihan raya memberi peluang untuk kebebasan ekspresi kemahuan mereka melalui ketepatan rekod dan penghormatan kepada kemahuan berkenaan.

Saya dan teman-teman sukarelawan MAFREL melakukan pemerhatian terhadap PRK Kajang, secara khusus hari mengundi pada 23 Mac 2014.

Seperti yang dinyatakan dalam kenyataan MAFREL pada 10 Mac 2014, antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah amalan rasuah, penjamuan, pembelian undi, salahguna sumber awam dan kerajaan, insiden keganasan atau kempen perkauman dan kebencian serta tahap keselamatan dan kekuatan pasukan keselamatan dalam mengawal suasana pilihan raya.

Laporan penuh sedang disediakan dan kebiasaannya akan siap dalam tempoh tiga hingga empat minggu, manakala laporan awal akan dikeluarkan lebih awal iaitu dalam satu atau dua hari selepas pilihan raya.

Tetapi saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk terus berkongsi pengalaman saya melaksanakan pemantauan di beberapa pusat mengundi PRK Kajang pada hari mengundi.

Kebiasaannya sesebuah PRK itu akan hangat kerana semuanya akan tertumpu ke situ sama ada jentera parti, SPR, pasukan keselamatan atau orang awam.

PRK Kajang tiada bezanya, hangat dan tegang di tambah pula dengan cuaca yang baik lagi panas terik.

Tinjauan pertama saya ialah ke Pusat Mengundi Sekolah Rendah Agama Batu 10 Cheras yang terletak di tepi jalan yang agak besar dengan laluan trafik yang sedikit sesak tetapi terkawal.

Seperti biasa, pekerja parti rancak berkempen menarik perhatian pengundi untuk memilih calon mereka walaupun tempoh kempen telah tamat pada jam 12 tengah malam hari sebelumnya.

Di Batu 10 ini, atas nasihat sukarelawan MAFREL yang bertugas, pihak PDRM telah memberi kerjasama yang baik untuk memisahkan penyokong parti daripada berhadapan antara satu sama lain dan dengan itu meredakan ketegangan yang mungkin timbul.

Begitu juga 'pondok panas' wujud dengan kaedah yang pelbagai dan kreatif iaitu daripada menggunakan bangunan atau gerai sedia ada kepada mendirikan khemah dan payung pacak.

Tujuannya mungkin baik iaitu untuk membantu pemilih menyemak nama dan saluran mereka dalam daftar pemilih walaupun di dalam pusat mengundi juga tersedia barung SPR untuk tujuan yang sama (pernah terdapat kes nama di luar ada tetapi di dalam pusat mengundi tiada).

Peraturan tentang pondok panas ini sebenarnya agak kabur. Saya menerima aduan daripada satu parti bertanding yang mengatakan pondok panas mereka telah dirobohkan walaupun ada persetujuan dengan SPR. 

Bagi saya, sama ada ikut benar-benar apa yang termaktub dalam Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilih Raya) 1981 atau sediakan garis panduan yang jelas dengan penguatkuasaan yang adil.

Tinjauan saya seterusnya ialah ke Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat. Keadaan jalan amat sesak dan agak kecil berbanding di Pusat Mengundi Batu 10 tadi.

Ia tambah meriah, sesak dan hangat dengan pekerja parti yang berdiri di tepi jalan menuju ke pusat mengundi, sekali lagi untuk meraih pemilih pada saat-saat akhir.

Barangkali kerana emosi yang tinggi dan keterikan panas mentari, saya menyaksikan sedikit kekecohan antara penyokong parti yang bertanding berhampiran pusat mengundi sehingga mengundang kehadiran beberapa trak pasukan polis tambahan (FRU). Di fahamkan di tempat yang sama juga berlaku cubaan 'menyerang' Datuk Seri Anwar Ibrahim namun beliau telah dilindungi.

Akibatnya, jalan menuju ke pusat mengundi berkenaan sesak teruk malah difahamkan penduduk di sekitar kawasan pusat mengundi berkenaan juga terjejas apabila pihak polis trafik menutup sebarang kenderaan daripada memasuki jalan menuju ke Sekolah dari jalan besar.

Lebih malang lagi, ia boleh menjejaskan pemilih daripada mengundi di pusat mengundi berkenaan oleh kerana kesesakan yang melampau, tekanan penyokong parti dan kehadiran pasukan keselamatan yang besar yang boleh dilihat sebagai intidimasi dan menakutkan.

Itulah juga pemerhatian saya di beberapa lagi pusat mengundi di sekitar Sungai Chua iaitu di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Chua, Balai Raya JKKK Kampung Baru Sungai Chua; Pusat Rukun Tetangga dan Tabika Perpaduan Sungai Chua dan Dewan Orang Ramai Sungai Chua.

Ke empat-empat pusat mengundi berkenaan terletak dalam radius satu kilometer dengan jalan masuk yang sama dan sempit, yang hanya sesuai untuk kenderaan ringan.

Mengapakah sehingga empat pusat mengundi dalam kawasan yang berdekatan?

Mungkin SPR lebih mengetahui tetapi tanggapan saya ialah kerana kawasan berkenaan mempunyai jumlah pemilih yang ramai dan pembahagian banyak pusat mengundi membolehkan pemilih mengundi dengan selesa tanpa perlu berjalan jauh, teorinya.

Realitinya, dengan banyaknya pusat mengundi, jalan yang sempit dan penyokong parti yang tegar dan setia berkempen, mungkin teori itu ada baiknya dinilai semula.

Tambah buruk dan mungkin ini di luar kawalan SPR, saya sendiri menyaksikan secara tiba-tiba pada jam 3.15 petang, kehadiran satu konvoi bas dan trak pasukan FRU dan Light Strike Force (LSF) yang juga memasuki jalan ke pusat-pusat mengundi berkenaan. Saya bertanya dengan orang-orang parti dan orang awam di situ, apakah ada aduan berlakunya pergaduhan atau keganasan yang menyebabkan FRU datang? Jawapannya tiada malah semuanya tenang.

Pasukan konvoi berkenaan menuju ke pusat mengundi SRK (C) Sungai Chua dan memarkir kenderaan mereka di tepi jalan tetapi selepas lebihkurang 15 minit, mereka pun bergerak keluar kecuali beberapa trak LSF. Apakah itu satu langkah pencegahan dan berjaga-jaga pasukan keselamatan atau satu langkah menakutkan dan mengintidimasi pemilih, terutamanya dalam kawasan majoriti Cina?

Saya memahami kenapa parti bertanding masih berusaha meraih sokongan pemilih bagi calon mereka kerana segala usaha dan kudrat perlu dimanfaatkan untuk kemenangan dalam suasana pilihan raya yang dianggap berat sebelah dan tidak benar-benar adil. Apatah lagi media massa dilihat memberi liputan yang tidak adil.

Namun saya berharap semua pihak boleh menghormati tempoh bertenang (walaupun satu hari sahaja pada hari mengundi) supaya pemilih boleh keluar mengundi dengan tenang tanpa desakan, tekanan dan kesusahan. Bukankah pilihan raya satu proses untuk kepentingan rakyat sendiri?

Di sesetengah negara, tempoh bertenangnya mungkin selama satu, dua atau tiga hari. Di Indonesia, tempoh bertenang mereka selama dua hari iaitu sehari sebelum hari mengundi dan hari mengundi.

Saya juga memahami kepentingan pasukan keselamatan untuk memastikan suasana pilihan raya berjalan dengan lancar dan selamat namun kehadiran pasukan secara berlebihan boleh menjejaskan hak pemilih untuk keluar mengundi secara bebas dan tanpa tekanan atau rasa takut.

Barangkali jika dibuat kajian 'survey' mengapakah peratus keluar mengundi rendah (72.1% berbanding dengan 87.9% dalam PRU13), mungkin antara faktornya ialah ketegangan dan kesesakan.
Soal sama ada pilihan raya bebas dan adil masih terbuka.

Pada pendapat saya, jawapannya terletak kepada kemahuan pihak kerajaan pemerintah dan SPR yang perlu menanggapinya sebagai amanah, bukan keistimewaan atau kepentingan-kepentingan lain.

Yang pastinya, iltizam rakyat perlu dijadikan asas pemerintahan kerajaan; iltizam ini akan dizahirkan dalam pilihan raya yang berkala dan sah menerusi hak memilih yang saksama dan sejagat, dan akan diadakan secara undi rahsia atau dengan prosedur pengundian yang bebas.

(*)  Penulis ialah Pengerusi Malaysians for Free and Fair Election (MAFREL).

Raungan keluarga di China sambut pengumuman Najib

Posted: 24 Mar 2014 10:53 PM PDT

 
HARAKAHDAILY 


BEIJING: Hanya kedengaran raungan kedukaan daripada keluarga penumpang MH370 yang ditempatkan di Hotel Lido di sini sejurus berakhirnya pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkembangan terkini berhubung pesawat itu malam tadi.
  
Beberapa anggota keluarga pengsan dan terpaksa diusung keluar oleh anggota paramedik selain berlaku pergelutan apabila sesetengah waris yang kesedihan cuba menghalang jurufoto daripada merakam gambar mereka.
  
"Berhenti ambil gambar. Hentikan sekarang," jerit seorang lelaki kepada kumpulan warga media terbabit dan cuba menolak mereka sebelum dihalang oleh pengawal keselamatan.
  
Hampir 100 pengamal media berkumpul di hotel itu bagi menunggu pengumuman Najib.
  
Difahamkan anggota keluarga terbabit diberi taklimat oleh pegawai Malaysia Airlines (MAS) sebelum mendengar pengumuman Perdana Menteri.
  
Dalam pengumumannya, Najib berkata penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
  
Penerbangan MH370 Kuala Lumpur-Beijing yang hilang sejak 8 Mac lepas, membawa 227 penumpang dengan 154 daripadanya merupakan warga China. - Bernama

Penulis terkenal Nahmar Jamil meninggal dunia

Posted: 24 Mar 2014 10:51 PM PDT

HARAKAHDAILY 


KANGAR: Penulis terkenal tanah air, Nahmar Jamil, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar semalam setelah seminggu dirawat di hospital berkenaan.

Allahyarham Nahmar atau nama sebenarnya Na'aman Mohd Rawi, 75, menghembuskan nafas terakhir di hadapan anggota keluarga kira-kira pukul 7.30 petang semalam.  

Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Tok Paduka berhampiran rumahnya pukul 11 pagi ini.  

Menurut isterinya, Fatimah Lebai Sharaat, 67, allahyarham dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini setelah terjatuh di rumahnya pada Selasa lepas.  

Bagaimanapun, pihak HTF kemudian menghantar allahyarham ke HSB setelah mengesan pendarahan di kepalanya.  

Semasa hayatnya, allahyarham menghasilkan banyak penulisan kreatif dalam bidang sajak, cerpen dan novel termasuk novel terjemahan daripada bahasa Arab.  

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, seorang anak, dan dua cucu lelaki. - Bernama

PAS kecam keras hukuman mati 529 ahli Ikhwanul Muslimin

Posted: 24 Mar 2014 10:21 PM PDT

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: PAS mengecam keras hukuman mati yang dijatuhkan mahkamah Mesir terhadap 529 ahli Ikhwanul Muslimin termasuk Mursyid Amnya, Dr Mohammad Badie atas pelbagai tuduhan yang di reka cipta dan menggesa demokrasi dan keamanan dipulihkan di negara tersebut dengan menarik balik pengharaman Ikhwan Muslimin, tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Berikut adalah kenyataan rasmi Presiden PAS yang dikeluarkan hari ini:

Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengecam dengan sekeras-kerasnya keputusan sebuah mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 ahli-ahli Ikhwanul Muslimin termasuklah terhadap Mursyid Am Ikhwan Dr Mohammad Badie atas pelbagai tuduhan yang di reka cipta. Ini dilihat sebagai salah satu tindakan mendadak secara keras ke atas pergerakan Ikhwanul Muslimin.

Kes ini melibatkan perbicaraan paling pantas dalam sejarah kehakiman moden dengan skala tertuduh sebegitu ramai bagi pertuduhan bunuh. Apa yang berlaku menunjukkan tatacara perbicaraan mahkamah dan peraturan undang-undang tidak dipatuhi.

Kami menggesa agar demokrasi dan keamanan dipulihkan dengan menarik balik pengharaman Ikhwan Muslimin, sebuah organisasi politik yang telah mendokong dan menyertai piliharanya dalam sistem demokrasi di Mesir.

Kami menggesa badan kerjasama antarabangsa seperti PBB, Liga Arab dan OIC mencontohi tindakan Afrika yang menggantung keahlian Mesir sebagai anggota kesatuan Afrika kerana menceroboh demokrasi dan secara jelas membunuh rakyatnya sendiri.

PAS mengutuk perancangan terlaknat ini. Walaupun berlainan geografi, namun kita tetap bersolidariti dengan saudara-saudara seangkatan kita di Mesir. Inilah realiti cabaran kita, gerakan Islam akhirnya pasti menjadi sasaran utama golongan pengkhianat.

Insiden ini jika tidak ditangani dengan sewajarnya boleh berkembang menjadi krisis yang lebih besar dan berterusan termasuk ke peringkat antarabangsa kerana Terusan Suez di Mesir merupakan antara laluan utama perkapalan dunia. Jika krisis dalaman yang boleh mengganggu perjalanan kapal sudah tentu keperluan utama seperti makanan dan minyak akan tersekat dan memberikan impak terhdap pasaran dunia.

Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam SeMalaysia (PAS)

PRK Balingian: Saifuddin Nasution Disekat Masuk Sarawak

Posted: 24 Mar 2014 10:17 PM PDT

MSTAR ONLINE


 
 
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada selasa melahirkan kekecewaan terhadap tindakan Pejabat Ketua Menteri Sarawak menyekat kemasukkan Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail ke negeri itu.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, tindakan menyekat Saifuddin yang tiba di Lapangan Terbang Sibu pada pukul 11 pagi Selasa adalah diluar sistem demokrasi.

Menurutnya, Saifuddin tiba di Sibu untuk membantu jentera PKR berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Balingian.

"Sejurus tiba di Sibu pagi ini, beliau telah dimaklumkan pegawai yang bertugas bahawa satu arahan telah dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada 22 Mac untuk menyekat beliau daripada memasuki Sarawak.

"Oleh itu, Saifuddin kini sedang menunggu penerbangan balik ke Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sehubungan itu, Fahmi memberitahu, PKR mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak demokratik tersebut.

"Cukup jelas pengaruh politik kuku besi Taib Mahmud (Tan Sri Abdul Taib Mahmud) masih berleluasa walaupun ketua menteri sudah bertukar ganti dan pengaruh ini terus merencatkan perkembangan demokrasi di negeri Sarawak," dakwanya.

Pesawat MH370 Berakhir Di Selatan Lautan Hindi - Najib

Posted: 24 Mar 2014 10:13 PM PDT


Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB 


PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu berakhir di selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Beliau yang bercakap dalam sidang media pada malam Isnin berkata, berdasarkan analisis baru, Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) telah menyimpulkan bahawa pesawat MH370 telah terbang di sepanjang Koridor Selatan, di tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.

Najib menambah, Immarsat yang merupakan syarikat United Kingdom menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan.

"Menggunakan sejenis analisis tidak pernah digunakan sebelum ini, mereka telah dapat mengesan laluan penerbangan terakhir MH370. Kedudukan itu jauh dari mana-mana lokasi pendaratan.

"Dengan duka cita saya perlu memberitahu anda bahawa menerusi perkembangan terbaharu ini, pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Najib berkata, satu sidang media akan diadakan pada Selasa berhubung perkembangan lanjut mengenai pesawat MH370.

Beliau menambah, ia merupakan peluang terawal untuk menunjukkan komitmen dan menghormati keluarga penumpang dan anak kapal, yang merupakan prinsip dalam penyiasatan berhubung kehilangan pesawat MH370.


"MAS (Penerbangan Malaysia) telah memaklumkan mengenai perkembangan ini kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal. Bagi mereka, beberapa minggu lepas merupakan tempoh yang memilukan, saya sedar berita ini akan lebih menyedihkan lagi. Saya menggesa pihak media menghormati privasi mereka dan memberikan mereka ruang yang diperlukan di waktu sukar seperti ini," katanya.

Penerbangan MH370 yang menggunakan pesawat Boeing 777, hilang dari radar Malaysia pada pukul 1.30 pagi 8 Mac selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing.
Pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Berita Sedih Buat Malaysia

Posted: 24 Mar 2014 10:10 PM PDT

shahbudindotcom



Kira-kira 10 malam tadi, setelah 17 hari pencarian, baru disahkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak bahawa pesawat MH370 dikesan oleh satelit untuk kali terakhir di selatan Lautan Hindi, berhampiran Perth, Australia dan dipercayai terhempas serta semua penumpangnya tiada yang selamat.

Dalam pengumuman itu, Najib juga memberitahu waris dan ahli keluarga mangsa sudah pun diberitahu mengenainya. Dilaporkan juga bahawa waris-waris mangsa akan diterbangkan ke Perth dalam tempoh terdekat ini.

Mungkin secara kebetulan, sebaik berakhir pilihanraya kecil DUN Kajang, penantian MH370 juga menemui titik akhirnya.

Sebagaimana waris mangsa bersedih dan mungkin sukar menerima berita ini, rakyat Malaysia dan seluruh dunia juga pastinya berkongsi perasaan yang sama.

Sehingga pencarian diteruskan kepada pesawat dan mayat yang terkorban, yang penting juga selepas ini ialah mencari kotak hitam pesawat itu untuk merungkai apakah misteri sebenarnya MH370 yang sepatutnya menuju ke Beijing tersasar hingga ke selatan Lautan Hindi.

Sehingga kebenaran diketahui juga, semoga tiada lagi tuduhan yang bukan-bukan dilemparkan kepada juruterbangnya, Zaharie Ahmad Shah dan pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid atas kejadian ini, apatah lagi mengaitkan insiden ini dengan masalah politik yang berlaku dalam negara.

Semoga Tuhan akan menunjukkan kebenaran, Al Fatihah dan takziah kepada keluarga mangsa.

Gagal banteras rasuah, Paul Low didesak letak jawatan

Posted: 24 Mar 2014 10:04 PM PDT


_DSC8815



KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen DAP Kampar, Ko Chung Sen menggesa Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan meletakkan jawatan kerana beliau gagal menunjukkan peningkatan membanteras rasuah.

Katanya, Paul Low bukan saja gagal malah memberi impak negatif kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Paul Low dianggap lebih teruk daripada Menteri sebelum ini, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz. Beliau harus jujur dengan dirinya dan meletakkan jawatan," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Gesaan itu berikutan kegagalan Paul Low dan SPRM dengan lebih agresif sepanjang lima tahun ini yang hanya merekodkan sebanyak 25.3 peratus kes rasuah yang dibuka.

Katanya, kerajaan sehingga kini hanya memperoleh kadar pulangan 4.9 peratus berasaskan perbelanjaan SPRM berbanding jumlah denda yang dikenakan ke atas pesalah.

"SPRM membelanjakan RM938 juta untuk operasi sejak 2008 sehingga 2013, tetapi hanya memperoleh denda daripada pesalah sebanyak RM48 juta dalam tempoh itu.

"Jumlah dakwaan dan sabitan juga amat menghairankan apabila 5,517 kes dibuka tetapi hanya 1,395 dikenakan tindakan," ujarnya.

Menurut Chung Sen, walaupun Bajet 2013 menunjukkan peningkatan besar sebanyak 24.4 peratus iaitu lebih satu perempat daripada RM1 billion pada 2011, jumlah kes yang disabitkan turut menurun sebanyak 31.7 peratus.

"Jadi, SPRM bukan saja gagal menangkap jerung besar, malah ikan kecil pun turut terlepas," tegasnya.

Pada masa sama, beliau turut menyelar kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang gagal melunaskan janjinya untuk melawan rasuah.

"Sejak Najib mengambil peranan sebagai PM, rasuah bertambah teruk.

"Sekarang ini, seramai 90 peratus eksekutif korporat bersetuju bahawa rasuah adalah masalah utama dalam perniagaan di Malaysia," katanya. -Roketkini.com

PRK Kajang: Undi Melayu kini bersama Pakatan Rakyat

Posted: 24 Mar 2014 10:00 PM PDT


lks pensel merah demo



KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, kelmarin membuktikan Pakatan Rakyat semakin mendapat sokongan orang Melayu dan pada masa sama mengekalkan undi masyarakat Cina.

"Ucapan tahniah perlu dikalungkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana keputusan cemerlang yang dicapai itu.

"Walaupun peratusan keluar mengundi merosot kepada 72.1 peratus, namun beliau mencatat dua keputusan penting – MCA masih hancur dan sokongan orang Melayu kepada UMNO pula merosot," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Keputusan PRK Kajang menunjukkan Dr Wan Azizah menang dengan majoriti 5,379 undi apabila mendapat 16,741 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun hanya 11,362.

Peratusan keluar mengundi pula merosot sebanyak 16.3 peratus, berbanding 88.4 peratus pada Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, Pakatan Rakyat pasti mampu memperoleh majoriti lebih besar jika peratusan keluar mengundi Cina tidak merosot sebanyak 20 peratus iaitu 3,000 pengundi.

"Apatah lagi jika diambil kira kejayaan Dr Wan Azizah meningkatkan sokongan pengundi Melayu iaitu daripada 35 peratus pada PRU-13 lalu kepada 44 peratus pada PRK Kajang, kelmarin," katanya lagi.

Peratusan undi Melayu kepada Pakatan Rakyat meningkat apabila menang dua daripada empat kawasan mengundi Melayu, iaitu Sungat Sekamat dan Taman Delima, di samping mengurangkan majoriti di Sungai Kantan dan Batu 10 Cheras.

Manakala keputusan undi Cina kepada MCA naik sedikit kepada 25 peratus, berbanding 18 peratus pada PRU-13.

Mengulas hal itu, beliau menyangkal dakwaan bahawa 25 peratus pengundi Cina yang memilih MCA menunjukkan peningkatan sokongan kepada parti itu.

"Jika pencapaian 25 peratus undi Cina tidak membuktikan MCA masih 'hancur', maka kita tidak tahu apa lagi bukti yang diperlukan," katanya sinis. -Roketkini.com

Kes Karpal: Abdul Gani didesak ambil tindakan disiplin terhadap Timbalan Pendakwa Raya

Posted: 24 Mar 2014 09:57 PM PDT


karpal end session (16)



KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail didesak menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Noorin Badaruddin kerana salah laku ketika mengendalikan kes Karpal Singh.

Majlis Peguam Malaysia (Bar Council) dalam kenyataan 14 Mac lalu berkata, Noorin cuba mengugut serta menekan Hakim agar menjatuhkan hukuman paling berat terhadap Pengerusi DAP Kebangsaan itu, jika tidak mahu institusi diraja dikhianati.

Ia dilampirkan bersama surat yang dihantar firma guaman Karpal Singh & Company kepada Abdul Gani dan juga Noorin, 23 Mac lalu.

Kenyataan itu menyertakan hujah bertulis Noorin kepada Hakim yang menyatakan pihak pendakwa juga menghujahkan bahawa sekiranya hukuman ringan atau yang tidak setimpal dikenakan terhadap tertuduh ia merupakan satu penghinaan kepada institusi diraja negara yang berdaulat ini.

"Maka dihujahkan bahawa mahkamah adalah satu institusi yang wajar memberi pengajaran kepada masyarakat di luar sana, terutamanya mereka yang sedang dan berpotensi melakukan perbuatan seumpama ini bahawa mahkamah sama sekali tidak memandang ringan kesalahan seperti ini," kata hujah bertulis itu seperti dipetik.

Bagaimanapun, bahagian itu ditolak Hakim berikutan bantahan daripada peguam Karpal.

"Ia jelas membuktikan Noorin cuba mengugut dan memberi tekanan kepada mahkamah untuk memberi hukuman berat kepada Karpal," kata Majlis Peguam.

Malah, katanya lagi, Noorin berkeras agar Karpal dijatuhkan hukuman penjara walaupun mengakui ia adalah kesalahan pertama beliau dan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Kenyataan itu mengulas hujah bertulis Noorin yang menyatakan, "Merujuk kepada laporan doktor, keadaan kesihatan dan ketidakupayaan fizikal tertuduh bukan faktor relevan yang wajar dipertimbangkan mahkamah dalam meringankan hukuman ke atas tertuduh."

"Dengan hujah seperti itu, Noorin gagal mendukung kesucian jawatannya, serta untuk bertindak dengan adil dan saksama.

"Demi menegakkan kedaulatan undang-undang dan memelihara kesucian pentadbiran keadilan, Majlis Peguam meminta Peguam Negara menyiasat segera dan jika perlu mengambil tindakan disiplin terhadap Noorin menurut peraturan dan syarat pelantikan beliau," katanya lagi.

Pada 11 Mac lalu, Karpal didenda RM4,000 selepas dihukum bersalah menurut Akta Hasutan 1948 berikutan kenyataannya berhubung rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat Perak pada 2009.

Beliau berisiko hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen, jika rayuannya ditolak Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. – Roketkini.com

Tiada ulasan: