Selasa, 25 Mac 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Minum air cuci kaki akibat terlalu taksub kepada pemimpin

Posted: 25 Mar 2014 07:16 AM PDT



 Dunia maya Indonesia sedang heboh memperkatakan fenomena minum air bekas cuci kaki Megawati Soekarnoputri, Ketua Umum Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P).

  Ramai yang tidak dapat memahami, mengapa masih ada orang yang percaya dengan khasiat berkah meminum air bekas cuci kaki seseorang pemimpin?

 Dalam foto tampak kader partai PDI-P bernama Cecep Ondon Iskandar (68), meminum air bekas basuhan kaki Megawati. Lelaki itu, sebagaimana diberitakan, mengatakan tidak jijik melakukan perkara itu.

 Cecep telah bertekad, sebelum meninggal dunia, dirinya ingin membasuh kaki Megawati, lalu air bekas basuhan kaki itu diminum dan dibasuhkan ke wajahnya. Kini, impian itu kesampaian dan Cecep sangat lega! 

 Tapi aksi Cecep mengundang berbagai reaksi perbincangan hangat di dunia maya Indonesia. SUMBER

MH370 : Persoalan untuk PM Najib

Posted: 25 Mar 2014 12:37 AM PDT

 Ramai yang masih sangsi dan ragu-ragu mengenai kenyataan PM Najib malam tadi berhubung MH370 telah mengakhiri penerbangannya di kawasan terpencil perairan Lautan Hindi.

 Ini adalah kerana kata mereka, tiada sebarang tanda-tanda penemuan bangkai kapal itu yang dapat disahkan.

 Entri saya sebelum ini, elok sangat jika korang ulang baca dulu. PM Najib cakap berbelit-belit sekadar memberikan 'bayangan' sahaja.Dia tidak berani berterus terang untuk berkata : "Penerbangan MH370 telah di haijek"

 Siasatan polis ke rumah Kapten Zaharie dan ko-pilot Fariq serta merta dilakukan selepas sahaja Najib membuat pengumuman yang hanya membayangkan bahawa pesawat tersebut telah dirampas.

 Polis telah membawa alat simulator Zaharie ke Bukit Aman untuk di periksa dengan harapan memberi penunjuk bagi mencari pesawat itu. 

  Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu hasil siasatan awal mendapati data log daripada simulator milik  Zaharie itu dipercayai telah dipadam ..... Penguman polis mengenai perkara seolah sengaja mahu menggalakan  orangramai bersyak wasangka yang buruk terhadap Zaharie. 

Pihak FBI mengesahkan tiada apa-apa yang mencurigakan mengenai alat simulator tersebut.

  Siasatan intensif polis ke atas kedua-dua suspek utama, Zaharie dan Fariq tidak mempunyai apa-apa latar belakang untuk dituduh sebagai ekstremisme atau masalah psikologi - spekulasi membunuh diri tidak berkemungkinan sama sekali.

 Kalaulah saya seorang wartawan saya akan bertanyakan Najib soalan-soalan berikut yang mudah:

1) Dato' Seri, apakah MH370 itu sebenarnya telah dirampas semasa dalam penerbangannya?  

~ Maafkan saya, saya hanya boleh katakan, pergerakan-pergerakan ini adalah selaras dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang di atas kapal terbang...

2) Dato' Seri hanya menyebut, 'seseorang di atas kapal terbang'. Bukankah 'seseorang di atas kapal terbang' yang Dato' Seri maksudkan itu adalah 'Perampas Kapalterbang'?

Err... maafkan saya, saya tidak boleh sebut lebih dari itu .... 
 
 3) Boleh tak dikatakan bahawa kapal terbang itu dirampas samada oleh pembantu juruterbang atau seseorang yang arif tentang penerbangan...Siapakah selain Zaharie yang pakar dalam menerbangkan pesawat MH370?

~ Saya tidak tahu.... Saya tidak tahu....

4) Apakah  kemungkinan ada pihak ketiga telah memaksa Kapten Zaharie melakukan sesuatu yang diluar jadual penerbangannya?

~ Saya tidak tahu.... Saya tidak tahu....

5) Dato Seri asyik cakap 'tidak tahu....tidak tahu....' Adakah pihak ketiga itu telah mengugut Dato Seri sebagai.......?

~  Saya tidak tahu....Saya tidak tahu.... Korang jangan banyak tanya yang pelik-pelik! Pengawal! Pengawal! Pengawal!


Kah!Kah! Kah! Kalau aku tanya macam tu....
konferm  jadi macam wartawan luar ni!!

MH370 terhempas dalam misi membunuh diri.....???

Posted: 24 Mar 2014 09:41 PM PDT

Pesawat Malaysia Airlines MH370  terhempas di selatan Lautan Hindi mungkin dalam misi membunuh diri, lapor akhbar Britian Daily Telegraph, memetik sumber yang enggan dikenali sebagai berkata, hari ini.

 Akhbar itu menyatakan pasukan penyiasat kehilangan MH370 percaya tiada kerosakan atau kebakaran yang mampu menyebabkan penerbangan luar biasa pesawat itu.

 "Sistem komunikasi pesawat yang ditutup juga tidak menyebabkan MH370 berubah haluan dan terbang secara senyap selama tujuh jam ke lautan itu," kata akhbar harian itu.

 Satu sumber rasmi memberi tahu The Telegraph bahawa penyiasat percaya " Ini adalah tindakan sengaja oleh seseorang dalam pesawat yang mempunyai pengetahuan terperinci untuk melakukan apa yang berlaku.... Tiada yang mengembangkan butir itu menjadi motif." 

 Ditanya mengenai kemungkinan pesawat itu mengalami kerosakan atau kebakaran dalam pesawat, sumber memberitahu The Telegraph:

"Ia tidak saling berkait… (Penyiasat) meneliti proses yang diperlukan untuk menerbangkan pesawat itu di mana ia terbang selama lapan jam. Mereka mendapati ia dikendalikan dengan cara yang rasional." SUMBER

 Walaupun tanpa penemuan bangkai yang dapat disahkan, Najib berkata malam tadi, data terbaharu menunjukkan MH370 mengakhiri penerbangan lapan jamnya pada 8 Mac dalam lautan, di kawasan terpencil perairan Lautan Hindi.

 Data itu diberikan oleh syarikat satelit Inmarsat milik Britain dan Biro Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.

 Nampaknya secara tidak langsung, kehilangan MH370 itu cuba diletakan keatas bahu Kapten Zaharie. Siapa lagi yang dalam pesawat itu yang mempunyai pengetahuan terperinci selain dia? 

Tetapi kenapa Najib tidak sentuh perkara ini? Apakah PM Najib bimbang wartawan akan menyoalnya? Saya sambung di entri petang nanti.

Benarkah Presiden PAS tidak terima Konsensus Nasional

Posted: 24 Mar 2014 07:30 PM PDT

Persoalan samada PAS terima pakai Konsensus Nasional (KN) atau tidak perlu diperjelaskan oleh Presiden PAS sendiri memandangkan ada segolongan dari kalangan PAS sendiri macam marah-marah sahaja ..... 

  Yang peliknya, kalangan ini juga pernah mendakwa KN ini sama dengan Unity Government (UG) yang pernah TG Presiden perkenalkan dahulu. 

 Kalau KN itu sama dgn UG sebagaimana dakwaan mereka, maka apa perlunya mereka ini nak marahkan Khalid Samad ....?? 

 Aku tak mahu panjangkan komen aku. Korang bacalah sendiri tulisan Ketua Pemuda PAS Pahang di facebooknya dan saya sertakan beberapa komen pilhan saya yang saya kira nampak menarik untuk kita renungkan bersama.
 KEGAGALAN KHALID SAMAD MEMAHAMI UNITY GOVERNMENT DAN KEGOPOHAN MENERIMA IDEA KONSENSUS NASIONAL

  Merujuk kepada tulisan Khalid Samad (KS) beralamat: …., mengatakan bahawa Unity Government (UG) ditakrifkan sebagai:

 "pembentukan sebuah kerajaan bersama di antara BN dan PR. Walaupun ada yang berpendapat diantara UMNO dan PAS, tetapi saya memahaminya sebagai BN dan PR. Dan dalam masa yang sama pembangkang ditiadakan. Semua duduk sebagai kerajaan dan persaingan parti pemerintah dan pembangkang secara terbuka ditiadakan".

 Titik kesalahan KS bagi memahami UG adalah : "dan persaingan parti pemerintah dan pembangkang secara terbuka ditiadakan". Padahal, entiti parti, pembangkang dan Pakatan Rakyat tidak sama sekali ditiadakan. Penggabungan hanyalah dari pembentukan kerajaan yang tidak melibatkan parti politik. Bagi mendapat rujukan lanjut mengenai UG, sila hit alamat ini: http://en.wikipedia.org/wiki/National_unity_government .

 Kesilapan kefahaman KS bukanlah kesilapan teknikal semata-mata tetapi mengulangi lagi kesilapannya dengan mengatakan: "Semua duduk sebagai kerajaan dan persaingan parti pemerintah dan pembangkang secara terbuka ditiadakan".

 Begitu juga, KS telah melakukan kesilapan besar dalam memahami Konsensus Nasional (KN). KS mengatakan:

 "KN membawa erti pemerintah dan pembangkang duduk bersama berbincang mengenai isu-isu tertentu dengan tujuan mencari titik persamaan dan persetujuan terhadap cara mengusahakan sesuatu penyelesaian secara bersama. Ini dilakukan dalam keadaan parti pemerintah tetap sebagai parti pemerintah dan parti pembangkang kekal sebagai parti pembangkang dan masing-masing terus dengan peranan masing-masing".

 Intipati takrif KS ini adalah sebagaimana berikut:

 1. Parti Pemerintah tetap sebagai parti pemerintah.

 2. Parti Pembangkang kekal sebagai parti pembangkang.

 3. Parti Pemerintah dan pembangkang duduk bersama berbincang.

  Intipati pertama dan kedua yang disebut KS adalah sebagaimana diamalkan sekarang. Begitu juga entiti ketiga iaitu parti pemerintah dan pembangkang duduk bersama berbincang adalah sebagaimana diamalkan sekarang. Justeru, KN tiada beza dengan sesuatu yang wujud dan ada sekarang kerana Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri telah sedia ada menjadi tempat dimana wakil-wakil rakyat dari pelbagai latar belakang parti politik duduk bersama.

  Malah, penghujahan KS mengenai MAPEN dan Dialog Nasional hanya menerangkan sesuatu yang sudah berlaku sebelum KN, disebut yang telah berlaku dan selalu berlaku serta tiada perubahan dan pembaharuan entiti dan kesan KN melainkan semuanya adalah idea sia-sia.

 Sebenarnya, penghujahan KS menampakkan ketidak matangan dan kegagalan beliau dalam menampil dan membentuk hujah yang konkrit. Jawapan KS hanyalah bersifat egoist iaitu berlagak dengan memandang rendah pandangan orang lain. Karakter sebegini tidak mencerminkan keperibadian sebagai seorang pemimpin jamaah Islam. Di bawah ini, saya senaraikan kata-kata egonya:

 1- "Walaupun ini merupakan persoalan bodoh dan kebudak-budakan, tetapi oleh kerana ada yang beranggapan begitu maka ia perlu dijawab".

 2- "dengan sikap kebudak-budakan yang ditunjukkan sebahagian ahli, sehingga isu wala' dan thiqah terus ingin dibangkitkan selepas 5 tahun, itulah apa yang tetap tercapai".

 3- "Tahap pemikiran seperti mereka ini agak kebudak-budakan. Perbahasannya peringkat bangku sekolah rendah. Teringat saya suasana semasa saya di sekolah rendah bagaimana ada yang bergaduh atas perosalan ayah siapa yang lebih pandai!".

 4- "Biarkanlah. Semakin terserlah kebudak-budakan mereka".

 Setelah definisi atau takrifan UG dan KN serta segala penghujahan Khalid Samad telah dipaparkan dalam tulisan pendek ini, saya ingin menasihati YB Khalid Samad supaya belajar beradab dengan adab Islam. Sabda Nabi S.A.W. "Antara kebaikan (adab) Islam adalah meninggalkan sesuatu yang tidak bermakna". Pelajarilah sabda nabi yang paling asas jikalau mahu menulis sesuatu, bukanlah menulis dengan tulisan yang tidak konkrit dan berbaur emosi. Apatah lagi menggunakan kata-kata yang tidak elok. Saya mengharapkan agar semua ahli PAS menilai sikap dan perangai beliau, adakah orang sebegini layak dipilih dan digelar sebagai pemimpin Islam dan Jamaah Islam.

 Ust. Nazri Ahmad
 Ketua Pemuda PAS Pahang
 Aku amat tidak percaya sekiranya ada yang kata seorang AJK Pusat seperti Khalid Samad ini tidak Faham apa itu UG. Apakah Khalid seorang sahajakah yg tidak faham? Apahalnya dengan AJK PAS Pusat yang lain-lain itu? 

 Takkanlah jika Khalid sorang yang tidak faham maka ia mampu mempengaruhi jemaah hingga 3 kali Muktamar idea UG itu telah ditolak dan TG Presiden sendiri telah menarik semula cadangan asalnya itu?

 Jom telusuri beberapa respon yg menarik seperti berikut untk sama-sama kita renungkan :
Nasrudin Hassan At Tantawi Demikianlah dunia demokrasi hollowen ini, penuh kepalsuan. Kononnya tulen tapi berselindung disebalik pelbagai helah. Kita tulis tak apa sbb kita nak bagi idea jgn org lain tulis krn tulisan tidak matang. Kita tegur tak apa sbb teguran kita membina jgn org lain tegur krn mrk tidak ikhlas dan meruntuhkan. Kita kritik tak apa sbb kita kritik membina jgn org lain kritik sbb itu menunjukkan sikap tdk terbuka. Kita dedah pada media tak apa krn meraikan demokrasi media jgn org lain dedah pada media sbb itu mendedahkan aib parti sendiri.February 20 at 8:49am 

Musaddeq Khalid Pesanan Buat Ust Nazri, Mari lah jumpa YB KS & bersemuka lah dengan hati terbuka. Itu lebih beradab & Islamik berbanding buat bising dekat FB semata-mata...February 19 at 3:06pm 

 Abu Hasan Awg Hamat 
mende yg KS canggah??tulis tengok sat..geng UG canggah keputusan muktamar pe hal?Tn Guru Presiden dah tak minat UG selepas muktamar membuat keputusan...tapi kuncu2 bawahan duk cucuk2 pe hal?ku cakap dan ku ulang UG dah dikebumikan... February 21 at 10:10pm 

 Musaddeq Khalid Ya, saya anak yb KS. Membela bapa kena pada tempat & banyak fakta menyokong pembelaan ini. Bila YB KS melakukan kesalahan yg JELAS BERTENTANGAN dgn ISLAM & JEMAAH, saya org pertama yg akan lawan. Segala pesanan & pandangan yg berbeza itu saya sampaikan walaupun ada manis & pahit. Tulisan YB KS adalah respon kpd pendapat YB Temerloh & YB Pasir Mas dgn menyebut beberapa perkara yg mungkin terlepas pandang dlm isu ini. Tak ada yg salah dlm mengemukakan pendapat. Bagi mu pendapat mu, bagi kami pendapat kami. February 20 at 11:07am 

 Abdullah Yaacob Aku setuju dgn pandangan Abu Hasan Awg Hamat 100% ,dan mcm tu lah yg aku nak tulis pun. Org yg bangkitkan semula @ beri nyawa utk kali ke 4 pd UG adalah sebangsat2 ahli. Sudah dimatikan pada 2008, kubur 2009, simen pada 2010! Tetiba org dungu, beri lagi nyawa. Sbb kalah teruk mada pru13. Apalah budak hingus kp pahng, tak reti2 lagi.February 26 at 4:18pm 

 Abu Hasan Awg Hamat Muktamar Tahunan PAS Pusat di Stadium Indera Mulia, Ipoh pada 2008, diluluskan satu usul menolak UG dan memperkasakan Pakatan Rakyat.

 Usul tersebut diulangi penegasannya, pada Muktamar Tahunan PAS Pusat di Stadium Malawati, Shah Alam pada 2009.

 Malah pada Muktamar 2010, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama dengan Presiden PAS, membuat penegasan sekali lagi bahawa tiada langsung sebarang niat atau hasrat PAS untuk bekerjasama dengan Umno atau dalam ertikata lain, membentuk UG.February 21 at 10:31pm
 Untuk selanjutnya, sila rujuk seterusnya di sini

Tiada ulasan: