Jumaat, 14 Mac 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Latest News MH370 Malaysia Airlines : Keluarga Penumpang Hilang Sabar & Mahu Saman Kerajaan Malaysia!

Posted: 14 Mar 2014 04:34 AM PDT


Saman MH370


Latest News MH370 Malaysia Airlines :  Berita Semasa akan terus paparkan perkongsian berita terkini, latest news MH370 Malaysia Airlines yang terus hilang tanpa petunjuk positif oleh kalangan pasukan operasi pencari kapal terbang MAS MH370 Malaysia Airlines sebagai sambungan daripada live update (DI SINI). Berita terbaru MH370?

Berdasarkan kemaksini pada pukul (14:18 petang 14 Mac 2014) yang mana hari ini sudah masuk hari yang keenam dimana…sekarang ini sudah terdapat sejumlah tiga lokasi yang mungkin di mana ia mungkin berlaku tragedi MH370 ini, sudah ada beberapa petunjuk tambahan.

Moga-moga petunjuk terbaru yang dijumpai membuahkan hasil yang positif.

Latest News MH370 Malaysia Airlines 14 Mac 2014 (Jumaat)

Latest News MH370 pada pukul 14:18 petang
 
Apapun, inilah harga yang perlu dibayar oleh Malaysia Airlines (MAS) dek kerana tragedi MAS MH370 Malaysia Airlines ini. Walaubagaimanapun, keluarga mangsa diharap usahlah mendesak sangat. Kapal Terbang Mh370 pun masih belum dijumpai lagi.

Bukan calang-calang negara yang membantu Malaysia dalam operasi mencari MH370 MAS ini, siap dengan peralatan yang canggih & teknologi terkini pun masih tidak dapat mengesannya lagi. Sama-sama kita doakan segala usaha dipermudahkan…
  • Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap Latest News MH370 Malaysia Airlines daripada Reuters, sebilangan saudara-mara penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang di Laut China Selatan mendesak kerajaan Malaysia dan China memberikan jawapan berhubung kehilangan misteri pesawat malang berkenaan
  • Mereka juga mengancam untuk menyaman kerajaan Malaysia selain mahu berjumpa dengan Presiden China, Xi Jinping kerana pesawat tersebut masih belum ditemui dan mahukan penjelasan yang sewajarnya…
  • "Saya juga mahu bertanya kepada Jinping jika orang tersayang atau ahli keluarga anda berada dalam pesawat itu, apakah perasaan anda,"
  • "Kami tidak menyaman MAS tetapi kerajaan Malaysia," katanya kepada wartawan.
Latest News MH370 pada pukul 9:34 pagi
 
MH370 

Tentera Laut Amerika Syarikat daripada Armada ke-7 akan gerakkan pesawat P-8A Poseidon yang "mahir" dalam aktiviti pengawasan maritim dan tidak lupa juga kapal USS Kidd bagi membantu usaha mencari & menyelamat penerbangan Malaysia Airlines MH370 dan tidak lupa juga kapal USS Kidd di Lautan Hindi berdasarkan petunjuk terbaru daripada Pentagon.

Amerika Syarikat mempunyai pengkalan tentera di Diego Garcia yang terletak di lautan Hindi

Latest News MH370 Malaysia Airlines 13 Mac 2014 (Khamis)

Latest News MH370 pada pukul 15:37 petang
 
Seorang juruterbang berpengalaman mendakwa juruterbang MH370, Kapten Zaharie Shah telah mengaktifkan isyarat 'tango' 40 minit selepas pesawat MH370 hilang dari radar menara kawalan.
  • kod rahsia 'tango' atau 'charlie' hanya diaktifkan apabila berlaku kecemasan seperti rampasan pesawat di udara untuk memberitahu Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) berhubung masalah pengendalian pesawat yang memerlukan tindakan lanjut unit kawalan
  • kod rahsia 'tango' tidak pernah menjadi mainan mana-mana juruterbang sebelum ini kecuali berlaku kecemasan
Latest News MH370 pada pukul 12:09 tengahari
 
Songa Mercur MH370Berita Semasa dimaklumkan seorang pekerja pelantarnya, Michael Jerome McKay namanya (warganegara New Zealand) yang bekerja di pelantar Songa Mercur telah ternampak kelibat pesawat Malaysia Airlines sedang turun ke bawah semasa bekerja di luar pantai di bahagian selatan Vietnam. Dan pegawai tentera Vietnam dikatakan telah dimaklumkan mengenai laporan ini.
  • Ternampak berlaku pembakaran pada satu bahagian sahaja pesawat pada ketinggian yang tinggi sekitar 50-70 km dari lokasi Michael McKay
  • Syarikat Jepun Idemitsu Oil & Gas yang telah mengupah Songa untuk mengerudi minyak bagi pihaknya turut mengesahkan yang mereka sudah sedia maklum mengenai pendedahan ini…
  • Di bawah ini Berita Semasa lampirkan email dan juga peta berdasarkan koordinat GPS yang diberikan oleh Michael McKay ketika menyaksikan kelibat kapal terbang MH370 Malaysia Airlines ini
Latest News MH370 pada pukul 10:47 pagi
latest news MH370 

Laman web kerajaan China telah berkongsi gambar satelit yang mana disyaki sebagai serpihan kapal terbang MH370 Malaysia Airlines yang terapung di Laut China Selatan di kawasan yang diletakkan sebagai kawasan kemungkinan berlaku tragedi kapal terbang MH370 Malaysia Airlines hilang.

Walaubagaimanapun, ketua jabatan penerbangan awam China masih meneliti paparan sateliti tersebut…
Sedang dikemaskinikan daripada masa ke semasa…

'Kita mungkin cari salah tempat'

Posted: 14 Mar 2014 04:24 AM PDT



AHMAD SABIRIN ARSHAD


IMEJ satelit tidak dapat mengesan lokasi sebenar MH370, skop pemantauan diperluaskan Misteri kehilangan pesawat MAS, MH370 yang dalam perjalanan ke Beijing, China pada 8 Mac lalu dengan memuatkan 239 penumpang dan anak kapal masih lagi misteri sehingga menjadi tumpuan serata dunia.

Di sebalik kehilangan itu, timbul pelbagai spekulasi yang semakin hari membingungkan semua pihak. Susulan insiden itu, Sinar Harian mengadakan temubual  bersama Ketua Pegawai Eksekutif Astronautic Technology (M) Sdn Bhd (ATSB), DATUK DR AHMAD SABIRIN ARSHAD dengan Editor Edisi Terengganu, Wan Normi Hasan, wartawan, Norutul Ilham Mad Jari dan juruvideo Sinar Online, Fauzi Mohamed.

Dari mana Datuk tahu berita kehilangan pesawat MH370?

Kita dapat tahu maklumat kehilangan pesawat itu pada pagi Sabtu lalu dan saya terus diarahkan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah agar mengaktifkan inisiatif mengesan pesawat itu.

Saya kemudiannya berhubung dengan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Bagaimana peranan ATSB dalam misi mencari MH370 sejak dilaporkan hilang?

Kita sentiasa memberikan maklumat kepada DCA untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan kedudukan MH370.

Sebenarnya kita membuat pemantauan dari semua aspek, berdasarkan pelbagai resolusi yang mempunyai pelbagai sensor, setakat ini satelit tidak boleh beri gambaran apa-apa... mungkin jatuh dalam laut sehingga menyukarkan satelit mengesannya.

Dalam misi mencari pesawat Boeing 777-200 itu, pada awalnya kita hanya menggunakan aset laut dan udara. Tetapi hari ini kita guna aset di angkasa lepas.

Sejak itu, kita mula berhubung dengan negara lain yang mempunyai satelit di seluruh dunia agar menghantar imej satelit yang dirakam di kawasan sasaran.

Imej pertama yang kita terima pada Ahad lalu daripada radar satelit beresolusi tinggi milik Kanada yang menghantar imej dirakam satelit RadarSAT kerana ia boleh mengambil gambar siang ataupun malam.

Dari situ kita lihat banyak tumpahan minyak, tapi apabila kita buat analisis, kita dapati kesan, bahawa minyak ini daripada kapal laut, bukan daripada MH370 atau pesawat lain.

Hari ini (semalam) China mengatakan terjumpa objek di Laut China Selatan, namun objek itu didapati tidak ada kaitan dengan  MH370.

Dalam masa sama, kita juga memberi arahan kepada satelit kita di angkasa untuk mengimejkan kawasan di longitud dan magnitud berkenaan.

Insya-ALLAH petang ini  (semalam) kita akan dapat gambaran tersebut dan sekarang ini kita sudah dapat dua imej dan sedang diproses.

Kita tidak temui sebarang petunjuk?

Setelah membuat pemantauan di Laut China Selatan dan Selat Melaka, namun tiada petunjuk di mana MH370 berada, kita kini perluas skop liputan. Ia semakin rumit apabila kita tidak tahu di mana ia berada... sama ada ia patah balik atau guna auto pilot.

Saya mengesyaki, kita sebenarnya mencari di tempat yang salah, jika betul hilang di laut bermakna kita seolah-olah  mencari salah satu objek kecil di laut yang terbentang luas.
Petunjuk kita hanya berdasarkan posisi terakhir.

Setakat ini, lapan satelit dari pelbagai negara yang bergabung untuk membantu mengesan kedudukan MH370.

Kita menerima 20 imej sehari daripada satelit yang mempunyai resolusi dan kedudukan berbeza.

Bagaimanapun satelit ini tidak boleh ambil imej pada waktu malam, selain masalah jerebu teruk yang berlaku kini menjejaskan imej yang dirakam dan menyukarkan lagi operasi SAR.

Satelit juga tidak dapat merakam imej di bawah kanopi (hutan). Kalau kita tengok insiden di Genting Sempah, ia juga makan masa empat lima hari juga proses pencarian.

Hutan tropika di Asia Tenggara ini tebal, tidak seperti hutan di luar negara... hutan kita rapat-rapat. Hanya radar yang beresolusi tinggi sahaja yang boleh mengesannya.

Adakah satelit kita berada pada orbit yang boleh merakam pesawat MH370 pada hari kejadian?

Satelit memang berada pada kedudukan tersebut tetapi tidak merakam MH370, ia hanya ambil rakaman apabila ada arahan sahaja.

Tetapi kita tidak terima arahan dan kita tidak tahu mahu rakam di mana, kawasannya besar dan radar tidak diulang-ulang banyak kali. Satelit mengambil masa 12 jam untuk menghabiskan satu pusingan dan dalam tempoh 24 jam hanya dua imej yang dirakam.

Pada pendapat Datuk, adakah teknologi yang kita ada hari ini cukup?

Saya rasakan teknologi sedia ada sudah pun mencukupi, bagi kemalangan yang ada seperti hari ini, seperti saya cakap tadi, mungkin kita cari di tempat yang berlainan.

Kemusykilannya ia jatuh, tapi kalau ia meletup, di mana serpihannya. Ke mana ia pergi?

Adakah ia cuba mendarat atas air, atau ia dilitupi alam mistik yang kita tidak nampak. Ada kemungkinan juga kerana jika ALLAH SWT nak tutup hijab, itu kita tidak akan nampak.

Saya rasa ALLAH mahu kita terus berusaha dengan teknologi yang kita ada sebaik mungkin. Saya tidak mahu berikan teori dan harapan palsu kerana fikirkan keluarga yang menunggu.

Bagaimana kerjasama dengan negara luar?

Memang kami semua sedang berhubung, ini merupakan kerjasama mengikut standard operasi (SOP), bila ada bencana menimpa sesebuah negara, negara-negara lain akan memberikan sumbangan secara percuma. Ini bantuan kemanusiaan.

MH370: Pakar penerbangan tempatan bingung

Posted: 14 Mar 2014 04:19 AM PDT

MH370


KUALA LUMPUR - Setakat rencana ini ditulis, para pakar penerbangan tempatan masih merasa bingung dengan peristiwa yang membawa kepada kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada awal pagi 8 Mac lepas.
  
Ini ditambah dengan tiada langsung panggilan kecemasan dan kedua-dua juruterbang seperti mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas pesawat Boeing 777-200 sebelum ia tiba-tiba hilang daripada radar Jabatan Penerbangan Awam Malaysia(DCA).
  
"Ok roger, good day" adalah komunikasi terakhir Kapten Zaharie Shah dengan Menara Kawalan Trafik Subang (ATC) pada 1.30 pagi sebelum semua perhubungan terputus.

Pesawat itu hilang dari skrin radar 70 minit kemudian.
  
Datuk Ismail Ibrahim, mantan juruteknik Tentera Udara DiRaja Malaysia dan sekarang jurulatih Jabatan Penyenggaraan Pesawat, Advanced Technology Training Centre (ADTEC) memberitahu Bernama jika pun ada kecemasan dalam pesawat, juruterbang akan memaklumkan kepada pusat kawalan di bumi atau menghantar isyarat kecemasan.
  
Bagaimanapun, apa yang membingungkan, pesawat MH370 dengan 227 penumpang serta 12 anak kapal tidak langsung membuat panggilan kecemasan menerusi radio dan juga 'Transponder' pesawat tidak mengeluarkan sebarang kod yang menunjukkan berlaku kecemasan dalam pesawat.
  
Apa Yang Mungkin Berlaku
  
Menurut Ismail, Boeing 777-200 adalah pesawat generasi baru yang dilengkapi dengan sistem avionik dan komunikasi yang sofistikated, justeru adalah mustahil juruterbangnya langsung tidak berkomunikasi semasa kecemasan.
  
Kalau begitu, apa yang menyebabkan juruterbang-juruterbang itu berhenti berhubung dengan pihak kawalan di bumi?
  
Seorang lagi pakar kanan dari Institut Teknologi Penerbangan Malaysia (MIAT), Ahmad Maulan Bardai percaya ketiadaan langsung komunikasi daripada pesawat MH370 itu mungkin akibat masalah atau kegagalan besar dalam pesawat.
  
Kemungkinan tiba-tiba berlaku letupan dalam pesawat yang memusnahkan kelengkapan komunikasi dan alat penerbangan lain di dalam pesawat tidak boleh ditolak, katanya.
  
Menurut beliau, kemungkinan itu yang menyebabkan mengapa juruterbang terputus hubungan dengan pihak kawalan di bumi tetapi banyak lagi kemungkinan yang perlu diteliti.
  
"Bagaimanapun, apa yang berlaku dengan MH370 ini amat membingungkan memandangkan dalam banyak nahas pesawat sebelum ini, anak kapal berhubung dengan ATC, malahan sehingga ke saat-saat akhir," katanya.
 
Hilang Dari Radar
 
Apabila ditanya mengapa hanya selepas 70 minit pesawat hilang dari skrin radar, Ismail yang berkhidmat selama 16 tahun dengan tentera udara berkata ianya ada kaitan dengan 'transponder' pesawat.
  
"Dalam hal ini, nampaknya 'transponder' itu mungkin telah dinyahaktifkan," katanya.
  
Apabila 'transponder' diaktifkan, ia akan menghantar isyarat ke ATC mengenai altitud (ketinggian) serta kedudukan pesawat di atas skrin radar di ATC.
  
Beliau menjelaskan juga, tidak ada sebab untuk juruterbang menyahktifkan 'transponder' sewaktu penerbangan.
  
Ditanya berapa jumlah 'transponder' yang ada di dalam pesawat, beliau memberitahu penulis, kemungkinan ada sehingga tiga bergantung kepada jenis pesawat.
  
Faktor Mungkin Menyebabkan Pesawat Terhempas
  
Apa yang boleh menyebabkan pesawat canggih sepertinya terhempas?
  
Penulis mengajukan soalan ini kepada mantan ketua Jabatan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia, Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan beliau menyatakan bencana seumpama itu kebiasannya berpunca daripada kegagalan struktur, kegagalan enjin, kesilapan juruterbang dan juga sabotaj.
  
"Perangkaan kemalangan pesawat menunjukkan kira-kira 91 peratus kemalangan berlaku sewaktu pesawat berlepas dan mendarat," katanya sambil menambah bahawa
pesawat MH370 berada pada 'cruising altitude' sebelum ia hilang.
  
Menjelaskan lebih lanjut, Dr Ahmad yang juga Perunding Kejuruteraan Aeroangkasa berkata setiap kemungkinan perlu diteliti.
  
Menurut beliau, rekod penyenggaraan pesawat itu juga perlu diteliti dengan rapi untuk mencari apa-apa yang luarbiasa dalam sistem dan integriti strukturnya.
  
"Menyenggara pesawat bukan seperti menyenggara kereta di mana setiap komponen yang diganti perlu direkod walaupun satu skru yang diganti," katanya.
  
Beliau berkata, hanya kotak hitam dan perakam data penerbangan yang dapat merungkai apa yang sebenarnya berlaku pada penerbangan MH370.
  
Usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370 masuk hari ketujuh hari ini dengan kawasan pencarian diperluaskan ke lautan Hindi.  - Bernama

Risalah burukkan Wan Azizah, PKR Selangor lapor polis

Posted: 14 Mar 2014 04:08 AM PDT

Oleh : NORHAYATI UMOR


SHAH ALAM : Satu laporan polis dibuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor di Balai Polis Kajang pada jam 3 petang tadi ekoran penyebaran risalah memburukkan Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Laporan polis itu dibuat Ketua Penerangan PKR negeri, Shuhaimi Shafei bersama Bekas calon Ahli Parlimen Hulu Selangor, Khalid Jaafar.

Laporan polis itu juga dilakukan ekoran penyebaran risalah itu adalah kesalahan pilihanraya 1954.

suhaimie shafie-1Shuhaimi dalam sidang medianya pagi tadi memberitahu penyebaran risalah memburukkan Calon DUN Kajang itu mula diedarkan di sekitar negeri.

Risalah yang antaranya bertajuk "10 Sebab Mengapa Perlu Tolak Wan Azizah" dan "Fitnah SPR Pakatan Burukkan Daftar Pemilih" didakwa dilakukan oleh Barisan Nasional untuk memfitnah.

"Ia jelas bahan memfitnah, memberi fakta yang salah dan menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (11)(1c).

"Sesiapa yang bersalah akan dikenakan denda tidak lebih RM2,000 dan penjara tidak lebih setahun," katanya.-NFN

PRK Kajang: Telefon bimbit lima pimpinan PKR digodam

Posted: 14 Mar 2014 04:06 AM PDT

Oleh : NURUL FARINA NAZLAN


SHAH ALAM,: Telefon bimbit lima pimpinan kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam usaha merenggangkan hubungan baik parti itu dengan PAS.

Tian Chua melalui twitternya menyatakan ramai mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada beliau kononnya memberi amaran PAS cuba sabotaj Pilihan Raya Kecil (PRK Kajang).

Nurul-Tian-Chua"Ramai terima SMS kononnya amaran dari saya yang dakwa PAS sabotaj PRK Kajang, Nombor telefon bimbit saya kena hack atau klon dan edarkan SMS atas nama saya.

"Waspada: ada SMS kononnya arahan daripada saya yang cuba menanam syak wasangka antara jentera PKR & PAS – ini taktik kotor BN!," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali turut
mengakui perkara sama berlaku pada telefon bimbit beliau.

azmin-ali-3"Nombor telefon bimbit saya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bertujuan untuk memecahkan perpaduan Pakatan Rakyat.

Pengarah Biro Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, melalui twitternya @fahmi_fadzil, berkata akaun milik Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar juga digodam.

"Lepas hp (handphone) @azminali digodam, kini hp @n_izzah pula!" katanya.

Selain itu, Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor , Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin turut mengalami nasib sama.

"Saya,  Tian Chua & Shamsul Iskandar Mohd Akin menjadi mangsa klon sim card. SMS palsu dihantar dgn menggunakan nombor telefon kami," kata Nik Nazmi melalui Facebooknya.

Fahmi pada kenyataan media petang ini mengesahkan kejadian itu dan menegaskan pimpinan PKR tidak pernah mengirim SMS sedemikian.

Beliau menyelar sekeras-kerasnya taktik kotor yang diguna pihak tidak bertanggungjawab yang berniat jahat dan cuba mewujudkan rasa tidak puas hati di kalangan parti dalam Pakatan Rakyat.
"Usahlah guna taktik sebegini, mari bertarung di pentas politik yang sah!," katanya.

Amerika ada petunjuk MH370 terhempas di Lautan Hindi, kapal digerakkan untuk mencari

Posted: 14 Mar 2014 12:35 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Gambar kapal pemusnah peluru berpandu USS Kidd di Lautan Pasifik yang dirakamkan pada 18 Mei, 2011 oleh tentera laut AS. Kidd dan USS Pinkney digerakkan ke Selat Melaka dalam operasi mencari dan menyelamat MH370 yang hilang pada Sabtu lalu. – Gambar Reuters.Gambar kapal pemusnah peluru berpandu USS Kidd di Lautan Pasifik yang dirakamkan pada 18 Mei, 2011 oleh tentera laut AS. Kidd dan USS Pinkney digerakkan ke Selat Melaka dalam operasi mencari dan menyelamat MH370 yang hilang pada Sabtu lalu. – Gambar Reuters.




























Amerika Syarikat (AS) mendedahkan mempunyai "petunjuk" pesawat MH370 mungkin terhempas di Lautan Hindi dan sedang menggerakkan kapal USS Kidd ke kawasan tersebut untuk mencarinya, lapor stesen televisyen ABC News awal hari ini.

Pegawai kanan Pentagon memberitahu stesen televisyen AS itu pihaknya memerlukan masa 24 jam untuk menggerakkan kapalnya ke kawasan itu.

"Kami ada petunjuk pesawat itu terhempas di Lautan Hindi," kata pegawai kanan berkenaan dipetik berkata mengenai pencarian pesawat Malaysia Airlines yang hilang pada Sabtu.

Pegawai itu berkata, mereka ada petunjuk pesawat itu terbang empat atau lima jam selepas hilang daripada radar dan mereka percaya ia terhempas ke dalam laut. Tetapi pihak berkuasa Malaysia menolak teori itu semalam dengan kedua-dua Malaysia Airlines dan Rolls Royce berkata, data mengenai enjin berakhir pada 1:07 pagi pada Sabtu, kira-kira 20 minit sebelum hilang daripada sistem radar awam.

AS mempunyai pangkalan tentera di Diego Garcia yang terletak di Lautan Hindi.

Tindakan AS dilakukan beberapa jam selepas pegawai tertinggi Malaysia berkata mereka memperluaskan misi mencari dan menyelamat ke Laut Andaman dan meminta bantuan India untuk mencari Boeing 777-200ER dan 239 penumpangnya yang hilang.

Penyiasat juga berkata pegawai AS memberikan sebab untuk terus mencari di kawasan perairan di sebelah barat Malaysia, lebih jauh daripada laluan pesawat Malaysia Airlines itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata "tumpuan utama pencarian adalah Laut China Selatan" di sebelah timur Malaysia yang merupakan laluan pesawat dari Kuala Lumpur ke Beijing itu.

Tetapi misi pencarian diperluaskan awal minggu ini ke kawasan perairan sebelah barat Malaysia selepas radar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merekodkan pesawat berpatah balik ke semenanjung Malaysia ke arah Laut Andaman.

Tetapi sehingga kini masih belum disahkan sama ada pesawat yang dikesan itu merupakan MH370 yang hilang pada 8 Mac.

"Kita sedang bekerjasama rapat dengan FAA dan NTSB tentang isu kemungkinan patah balik itu," kata Hishammuddin, merujuk kepada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS.

Dalam sidang media pada Khamis, Hishammuddin menafikan laporan awal rakaman satelit dari China yang menunjukkan objek di Laut China Selatan yang berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat MH370.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang membuat tinjauan ke kawasan berkenaan kemudian mendapati laporan itu tidak benar.
Kedutaan China juga kemudiannya memaklumkan imej satelit itu dikeluarkan tanpa kebenaran serta tidak menunjukkan serpihan daripada MH370.

Malaysia turut menyangkal dakwaan media asing bahawa pesawat MH370 yang masih hilang, terbang untuk beberapa jam selepas lenyap daripada radar pada awal pagi 8 Mac, yang menyarankan kemungkinan adanya cubaan rampasan.

Sambil menyatakan laporan-laporan itu tidak tepat, Hishammuddin berkata, transmisi terakhir daripada pesawat itu adalah pada 1.07 pagi dan ia menunjukkan bahawa semuanya normal.

The Wall Street Journal melaporkan pegawai mencegah keganasan AS sedang memeriksa sama ada MH370 "secara sengaja mengubah haluan" daripada laluan yang dirancang dengan "hasrat untuk menggunakannya kemudian bagi tujuan lain."

Laporan itu juga dipetik sebagai menyatakan bahawa transponder pesawat itu sengaja ditutup untuk mengelak daripada dikesan radar.

Hishammuddin berkata, berikutan laporan mengenai dakwaan itu, MAS bertanya kepada Rolls Royce dan Boeing Company secara khusus mengenai data itu, dan syarikat itu berkata laporan itu tidak tepat.

Hishammuddin berkata, isu itu juga tidak pernah dibangkitkan oleh pasukan Rolls Royce dan Boeing, yang berada di Kuala Lumpur sejak Ahad lalu untuk membantu penyiasatan itu.   
   
Pesawat itu, yang menuju ke Beijing, dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang setelah sejam berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi, 8 Mac.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Pada hari keenam semalam, misi mencari pesawat hilang itu masih gagal menemuinya walaupun muncul sedikit harapan apabila satelit China merakamkan imejan kemungkinan serpihan pesawat itu di Laut China Selatan.

Bomoh’ jadi trending seluruh dunia dengan 200,000 tweet, kata BBC

Posted: 14 Mar 2014 12:31 AM PDT

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


Tindakan kumpulan bomoh mengadakan upacara di KLIA memalukan Malaysia. Gambar fail.Tindakan kumpulan bomoh mengadakan upacara di KLIA memalukan Malaysia. Gambar fail.


























Perkataan 'bomoh' menjadi trending seluruh dunia dan menerima retweet 200,000 kali dengan kebanyakannya mendakwa ia perbuatan yang memalukan, lapor BBC.

"Ia sangat memalukan 'Malaysia' dan 'bomoh' berada dalam satu ayat," kata satu tweet.
"Bodoh, memalukan dan takbur," kata tweet lain di BBC Trending.

Tweet berkenaan dihantar berikutan sekumpulan bomoh datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebanyak dua kali mendakwa dijemput pemimpin kerajaan untuk membantu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370.

Tetapi, mereka kemudian mengakui tindakan itu dilakukan atas inisiatif sendiri.

Dengan menggunakan kelapa, teropong buluh, pancing terbang dan tikar mengkuang, bomoh Ibrahim Mat Zin dilaporkan melakukan ritual dan membaca mentera yang kononnnya akan melemahkan roh jahat.

Manakala, mereka yang mudah tertipu mungkin akan mengunjungi laman sesawang Bomoh Gadgets Malaysia.

Antara barang yang dijual adalah tikar terbang pada harga RM99,900. Laman web itu turut menawarkan 20% diskaun pembelian bubu ajaib dan buluh sakti.

Aktivis kebudayaan dari Malaysia, Eddin Khoo dilaporkan berkata, pelakuan bomoh itu sungguh mengejutkan dan ia menambah masalah lain kepada sosiopolitik Malaysia yang berlarutan sejak 40 tahun lalu, lapor BBC.

Katanya, selama ini Islam ditafsirkan dengan cara mistik dan sejak kebelakangan ini perbuatan berkenaan semakin ketara.

Khoo berkata, kebanyakan ahli politik meminta bantuan bomoh bagi memajukan diri dalam kerjaya dan kali ini bomoh juga tampil dalam krisis negara, kata BBC.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia, Ahmad Fazrin Yahaya menyelar pelakuan bomoh itu dan ia memalukan Melayu Islam dan bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam turut mempersoalkan pihak tertentu di Putrajaya yang membenarkan upacara sedemikian dilakukan di KLIA.

Katanya, kehadiran bomoh berkenaan menjadikan Malaysia sebagai bahan ketawa.

Namun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam menafikan Putrajaya yang membayar khidmat bomoh itu dan ia bukan arahan daripada kerajaan.

MH370: Polis tanya siapa anjur solat hajat di KLIA

Posted: 14 Mar 2014 12:24 AM PDT



MUHAMMAD FAIZAL 


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Selangor memberitahu tidak ada sebarang tindakan atau keterangan diambil oleh pihak polis berhubung solat hajat dan bacaan surah Yasin khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi sebaliknya hanya mendapatkan penjelasan biasa.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, pihak polis bantuan hanya memanggil beliau untuk mengetahui nama dan siapa yang menganjurkan program tersebut.

"Tidak ada apa-apa berlaku, pihak polis hanya bertemu dengan saya untuk mengetahui nama dan siapa yang menganjur program tersebut," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Solat hajat dan bacaan Yasin khas itu dianjurkan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS Selangor dengan kerjasama Pusat Perubatan Islam Darulaman Malaysia adalah khas untuk penumpang dan kru pesawat MAS MH370 yang hilang pada 8 Mac (Sabtu) ketika perjalanan dari KLIA ke Beijing.

"Alhamdulliah semalam lebih 300 orang yang sertai termasuk mereka yang berada di KLIA dan prihatin terhadap insiden tersebut," ujarnya.




Risalah burukkan Anwar ditemui tersebar di Kajang

Posted: 14 Mar 2014 12:22 AM PDT



 SALMIYAH HARUN



KAJANG: Kempen PRK Kajang yang kini sudah masuk hari keempat semakin panas dengan penemuan beberapa risalah dan buku yang memburuk-burukan dan memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan PKR Suhaimi Shafiei berkata, risalah yang ditemui itu tidak mempunyai penerbit dan pencetak.

"Kita pasti risalah ini jelas memfitnah dan bagi fakta salah.

"Penerbitan ini jelas untuk menghina dan cerca suami calon PKR," dakwanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PRK Kajang.

Katanya, beberapa petugas parti telah menjumpai risalah tersebut di beberapa daerah mengundi iaitu di Sungai Chua, Saujana Impian, Sungai Sekamat, dan Sungai Kantan.

"Wakil kita yang ada di kawasan masing-masing ambil risalah-risalah ini di bilik gerakan BN yang dalam proses untuk diedarkan kepada pengundi-pengundi Kajang," katanya.

Jelas Suhaimi tindakan menerbitkan risalah seperti ini adalah salah sepertimana yang diperuntukan dalam Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1954 yang boleh dipenjara lebih satu tahun.

Sementara itu Ahli Parlimen Zuraida Kamaruddin menyelar tindakan Umno BN yang menggunakan taktik kotor untuk berkempen.

"BN masih ditakuk lama, guna kempen yang tidak sihat. 10 Dalil, 50 dalil... ini 'outdated'," bidas Zuraida.

Ekoran penemuan risalah ini PKR akan membuat laporan Polis di Balai Polis Kajang pada jam 3.00 petang ini.

Risalah tabloid Wadah tertera 'Fitnah SPR Pakatan Kotorkan Daftar Pemilih, Bekas Adun Kajang Letak Jawatan Angkara Siapa?, dan buku kompilasi beberapa pandangan bekas ahli PKR yang tidak berpuas hati dengan PKR.

Pusat diminta tangguh rasmi KLIA 2 selagi kerja selenggara belum siap

Posted: 14 Mar 2014 12:19 AM PDT

Oleh Lyn Nasir


KUALA LUMPUR : Kerajaan Pusat diminta menangguhkan perasmian terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) berikutan kerja penyelenggaraan dan kerosakan yang perlu diperbaiki dan diragui dapat disiapkan sebelum dirasmi.

Ini ekoran pengumuman Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa kerajaan tetap akan meneruskan pembukaan KLIA 2 pada 2 Mei ini.

Lip EngAhli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, KLIA 2 yang kini masih menjalani proses penyelengaraan antaranya akibat retakan yang berlaku pada paip dan sistem perparitan tidak boleh dibuka selagi kerja-kerja berkaitan belum siap sepenuhnya.

"Kenapa tak tunggu sampai semuanya siap, kemudian baru rasmi?

"Kenapa perlu tergesa-gesa sampai pendekkan tempoh ujian yang sepatutnya dibuat selepas pembaikan selesai?" kata Lip Eng pada sidang media di Parlimen hari ini.

Menurutnya, jika perasmian diteruskan pada tarikh tersebut, sudah pasti wang rakyat dibazirkan untuk itu.

Lebih buruk kata Lip Eng, sehingga kini pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) masih gagal menerima Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC), walaupun ia bakal dibuka dalam waktu terdekat.

"Kalau betul mereka mahu rasmikan juga pada Mei ini, jelas mereka akan membazirkan wang rakyat," ujarnya.

KLIA2Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam sidang media sama berkata, penyelenggaraan tersebut memerlukan 9 bulan untuk MAHB menjalani latihan Operasi Kesediaan dan Pemindahan (ORAT) sebelum dilaksanakan dengan lebih komprehensif.

"Satu pemeriksaan susulan telah dijalankan dan mendapati kerja-kerja perparitan masih dilakukan dan dijangka siap pada April 2014.

"Tapi selepas selesai pembaikan tersebut, latihan ORAT selama 9 bulan perlu dijalankan, sampai sekarang, CCC masih belum diperolehi.

"Sebab itulah perasmian tersebut perlu ditangguhkan," kata Tony.

Sehingga kini, tiada sebarang penjelasan daripada Hishammuddin mengenai rekahan di permukaan jalan rayap dan di landasan sepanjang 3.96 kilometer, selain keretakan di kawasan apron dan tempat parkir pesawat.

Penjelasan itu dituntut Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar merujuk laporan media yang mendedahkan beberapa gambar rekahan tersebut.

Apa Itu Transponder?

Posted: 14 Mar 2014 12:15 AM PDT

MSTAR ONLINE


Transponder adalah radio pemancar di kokpit yang berhubung dengan radar di darat.
 

SINGAPURA: Bukti baharu menunjukkan transponder pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak awal pagi Sabtu lalu telah dimatikan dengan sengaja. Berikut adalah lima perkara yang anda perlu tahu mengenai transponder.

1. Apa maklumat yang dihantar oleh transponder, dan kepada siapa maklumat itu dihantar?

Transponder adalah radio pemancar di kokpit yang berhubung dengan radar di darat. Apabila transponder tersebut menerima isyarat dari 'radar kedua', ia menggembalikan kod squawk dengan kedudukan pesawat, altitud dan isyarat panggilan. Radar sering menerima isyarat bunyi (ping) untuk membantu pusat kawalan trafik udara menentukan kelajuan dan arah sesuatu pesawat.

2. Apa yang dimaksudkan dengan 'squawk'?

Ia adalah kod empat digit untuk mengenal pasti mana-mana juruterbang menekan transponder untuk setiap penerbangan. Ia membantu pusat trafik udara mengenal pasti setiap penerbangan.

 3. Mengapa transponder diperlukan?

Radar utama adalah lebih asas, hanya berkesan melihat pantulan radar seseuatu objek. Ia memberi gambaran sasaran, memaparkan ia dengan blip pada skrin. Semakin besar sesuatu objek, semakin besar pantulan. Transponder meningkatkan isyarat pantulan dan memberi maklumat tambahan kepada pusat kawalan trafik udara.

4. Adakah terdapat cara untuk menggunakan transponder bagi menggambarkan masalah di dalam pesawat?

Terdapat beberapa kod untuk situasi kecemasan yang berbeza. Bagi kes rampasan pesawat, ia 7500. Untuk kegagalan komunikasi, 7600. Kecemasan 7700.

5. Bagaimana dan mengapa anda mematikan transponder?

Terdapat suis yang akan anda gerakkan dari 'ON' or 'SBY' (siap sedia) atau 'ALT' (altitud). Anda juga boleh menarik pemutus litar untuk transponder di dalam kokpit.

Ketika penerbangan biasa, terdapat beberapa sebab untuk mematikan transponder. Antaranya, apabila pesawat berada dekat antara satu sama lain (mungkin menghampiri lapangan terbang). Pengawal trafik udara mungkin boleh meminta juruterbang untuk mematikan transponder atau bersiap sedia.

Jerebu: Sekolah di Kuala Langat turut ditutup

Posted: 14 Mar 2014 12:12 AM PDT

MALAYSIAKINI




 
 
 
Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) telah mengarahkan kesemua 71 buah sekolah di daerah Kuala Langat supaya ditutup hari ini berikutan jerebu, selain 131 sekolah di daerah Klang.
  
Pengarah Pendidikan Selangor, Datuk Mahmud Karim berkata sekolah boleh ditutup sekiranya indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 200 iaitu bacaan sangat tidak sihat.
  
Bacaan IPU di Pelabuhan Klang di dalam daerah Klang ialah 233 (sangat tidak sihat) pada 6 petang semalam, tetapi meningkat kepada paras berbahaya 352 setakat 7 pagi tadi.
  
Manakala IPU di Banting di daerah Kuala Langat ialah 189 (sangat tidak sihat) semalam dan meningkat kepada 316 (berbahaya) hari ini.

Mahmud berkata semasa arahan penutupan sekolah di Kuala Langat dilakukan hari ini, para pengetua mendapati pelajar di sesetengah sekolah di Tanjung Sepat, Banting mula mengalami masalah mata merah dan berair.

"Kita benarkan pengetua menggunakan budi bicara masing-masing untuk menutup sekolah," katanya.
- Bernama

Hanya Kerana Bomoh, Reputasi Najib Terbarai Di Mata Dunia

Posted: 14 Mar 2014 12:02 AM PDT

shahbudindotcom


Sebagaimana yang dijangka sebelum ini, lagi lama misteri kehilangan pesawat MH370 berlarutan, lagi berat tekanan yang akan dihadapi oleh Perdana Menteri, Najib Razak. Ini kerana seluruh dunia sedang memberi tumpuan tentang bagaimana kerajaan menyelesaikan krisis tersebut yang sudah berlangsung selama hampir seminggu tanpa sebarang petunjuk positif.

Jika di awal bermulanya tragedi ini, kerajaan dipertikai kerana sering memberikan maklumat yang tidak telus dan tidak tepat dan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan dengan penerbangan dan keselamatan pula saling bercanggah dalam memberi maklumat, keadaan kini bertambah buruk dengan imej Najib mula dipertikai dan diperlekeh di peringkat antarabangsa.

Ketika episod pesawat hilang ini juga, terdedah pelbagai kelemahan kerajaan seperti pintu masuk negara yang mudah dibolosi walau dengan pasport curi, ketiadaan persiapan menghadapi krisis dan lebih buruk lagi ia turut menyerlahkan sikap pimpinan politik dan kerajaan yang turut tidak berwibawa dengan bukan saja memberi maklumat tidak tepat, bercanggah dengan anak buah sendiri serta menempelak kakitangan agensi di bawah kementerian sendiri tanpa membuat usul periksa terlebih dahulu.

Sementara pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus menjalankan tugasnya dan melebarkan lagi lingkungan pencarian, kehadiran seorang bomoh silat yang bernama Ibrahim Mat Zain melakukan upacara ritual di KLIA kononnya untuk membantu mencari pesawat yang hilang itu, bukan saja mengundang kritikan dalam negara, bahkan juga melebar sehingga ke peringkat antarabangsa.

Dengan ritual pertama menggunakan teropong buluh dan bubu manakala ritual kedua pula menggunakan tikar terbang dan buah kelapa serta mendakwa dijemput untuk melakukan ucapaca itu oleh seorang VIP, Najib segera dikritik oleh media Arab sebagai mengamalkan ilmu sihir untuk mencari pesawat yang hilang itu.

Di Barat pula, pengguna media sosialnya melabelkan Najib sebagai pemimpin yang tiada otak serta memalukan rakyat Malaysia kerana membenarkan upacara yang tidak masuk akal dan bertentangan dengan kemajuan manusia itu diadakan sebanyak dua kali di KLIA tanpa sebarang halangan.

Di Parlimen pula, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim turut menyelar kehadiran bomoh beserta amalan syirik dan berlawanan dengan ajaran agama itu serta menuntut kerajaan menjelaskan, siapakah yang membenarkan dan membayar untuk bomoh tersebut menjalankan kerjanya.

Walaupun beberapa pemimpin kerajaan seperti Shahidan Kassim dan Khairy Jamaluddin menafikan penglibatan kerajaan dalam menaja bomoh tersebut tetapi yang menimbulkan persoalan ialah bagaimana kerajaan yang mempunyai pelbagai agensi penguatkuasaan dan beribu-ribu anggota, tetapi tiada satu pun yang berani menyentuh raja bomoh itu sehingga ini.

Ia seolah-olah ada benarnya pengakuannya sebelum ini bahawa kehadirannya itu adalah atas jemputan seorang VIP yang mempercayai kebolehan dan kemampuan ilmu perbomohannya.

Tindakan raja bomoh ini, jika berdasarkan cemuhan di peringkat antarabangsa dan media Arab, jelas sudah memalu serta mengaibkan Najib dan kerajaan. Najib akan dipandang buruk di peringkat antarabangsa selepas ini dan kehadirannya di mata dunia seolah-olah sudah tercabut wibawanya. Bagaimana Najib mahu berhadapan dengan pemimpin dunia selepas ini?

Dengan media Arab pula menuduh Najib mengamalkan ilmu sihir, bagaimanakah negara mahu berhadapan dengan pemimpin dan masyarakat Teluk itu sedangkan sebelum ini mereka begitu menyanjung amalan dan perkembangan Islam kita.

Tetapi mengapa masih tiada tindakan diambil? Kenapa juga tiada laporan polis dibuat terhadap raja bomoh itu?

Jika dalam isu kangkung misalnya, begitu ramai yang tampil membuat laporan polis terhadap individu tertentu yang dianggap memalukan Perdana Menteri, kenapa pula dalam isu raja bomoh ini semua berdiam diri sedangkan aib yang dilakukannya kepada Najib meluas sehingga ke seluruh dunia?

Kenapa pihak polis dan Jakim tidak menangkap saja raja bomoh itu? Kalau sebelum ini mereka yang terlibat dengan syiah dan anti hadis juga gagal ditangkap, walaupun ada menteri yang bercakap berdegar-degar mengenainya, kegagalan bertindak terhadap raja bomoh yang jelas melakukan perbuatan syirik lagi sesat ini, jelas merupakan satu lagi episod yang memalukan negara.

Dalam hal ini, kerajaan yang dipimpin Najib langsung tidak diyakini untuk bertindak terhadap perkara yang kecil sekali pun tetapi jelas sesatnya kepada masyarakat. Selagi raja bomoh yang bernama Ibrahim Mat Zain ini tidak ditangkap atau tidak diambil tindakan, selagi itulah masyarakat mempercayai bahawa pihak kerajaan di belakangnya sambil negara dan pemimpin kita akan terus ditertawakan oleh dunia.

Cuba hidu aroma dimulut Annuar bila dia sokong Hudud

Posted: 13 Mar 2014 11:56 PM PDT



Begitu bersungguh nampaknya Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Annuar Musa menggesa kerajaan Kelantan agar melaksanakan hukum Hudud di negeri itu. Katanya dalam satu sidang akhbar di parlimen hari ini, inilah masanya untuk dilaksanakan hukum yang menjadi impian rakyat Kelantan itu.

Annuar boleh bantu percepat Hudud.
Tidak ada pihak yang menghalang pelaksanaan hukum berkenaan termasuk perdana menteri. Menurutnya, perdana menteri tidak ada kuasa menghalangnya sambil mendakwa dia sudah membaca peraturan PM tidak boleh menghalang sesiapa hendak melaksanakan huduh.

Justeru Annuar menyeru agar semua pihak menyokong pelaksanaannya. Bagaimana mengenai Umno ia tidak berbangkit sebab hukum Hudud yang diluluskan di DUN Kelantan tahun 2003 itu masih belum digezet?
Manakala semasa membahas titah ucapan di raja, Annuar dipetik sebagai berkata untuk melaksanakan undang-undang berkenaan telah pun melepasi tiga tahap utama eksekutif, legislatif dan judiciary?

Sudah pasti orang akan angkat tabik kepada Annuar yang dilihat mempunyai citarasa agar hudud dilaksanakan di Kelantan. Gesaan beliau itu juga nampak seakan ikhlas dan menampakkan dia seorang Islamik. Annuar dilihat sudah mula memasuki orbit baru setelah tidak lagi menjadi Pengerusi Umno Kelantan atau pun anggota kabinet.
Persoalanya, sejauh manahkah keseriusan Annuar dengan gesaan dan pandangan itu? Untuk menyelami citarasa barunya itu mungkin ia boleh dilihat kepada usahanya selama ini untuk tujuan itu. Bagi saya keikhlasan Annuar mengenai hukum Hudud itu boleh dipersoalkan dengan melihat sejarah dan kronologi politiknya selama ini.
Hasrat dan cita-cita kerajaan Pas untuk melaksanakan hukum Hudud bermula sebaik penggal pertama Pas memerintah Kelantan 1990. Pada tahun 2003 satu Enakmen Jenayah Syariah II telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan dan diterima yang mencakupi Hukum Hudud.
Tidak dapat dipastikan, apakah Annuar ketika itu turut sama bersetuju meluluskan enakmena berkenaan? Yang jelasnya Annuar tidak bersuara sekerap dan 'seserius' hari ini mengenai Hukum Hudud walaupun beliau tidak menunjukkan penentangan. 
Persoalan juga boleh dipertikaikan, semasa enakmen itu hendak dibawa ke Dewan Undangan Negeri Kelantan, pemimpin tertinggi Umno Kelantan, Zaid Ibrahim ketika itu pernah membawa perkara itu ke mahkamah bagi menghalang perlaksnaan hukum Hudud di Kelantan. Kenapa Annuar Musa tidak menghalang usaha Zaid yang dilihat bertentangan dengan naluri kerajaan dan rakyat Kelantan itu?

Begitu juga sekiranya Annuar serius dan beriya-iya mahu melihat hukum Hudud terlaksana di Kelantan beliau perlu memainkan peranan bukan sahaja setakat menyokong dan menggesa kerajaan Kelantan tetapi harus mengambil bahagian mengatasi sekatan dan halangan (percanggahan Perlembagaan) ke arah perlaksanaan hukum berkenaan.


Dalam hal ini Annuar boleh bekerjasama dengan Adun Kok Lanas Md Alwi Che Amat yang membuat pengakuan di dalam sidang DUN Kelantan baru-baru ini yang menyokong perlaksanaan hukum Hudud, bahkan Alwi memberi jaminan dia akan keluar dari Umno kalau Perdana Menteri, Najib Razak menolak hukum itu.

Annuar boleh bersikap pro aktif dalam soal ini dan menggunakan kapasiti beliau sebagai ahli MT Umno. Langkah pertama ialah memberi keyakinan kepada Pengerusi Umno Kelantan, Mustapa Mohamed agar membuat ketetapan membantu kerajaan Kelantan dengan segala daya usaha yang ada bagi merealisasikan maksud yang baik ini. Kalau boleh ketetapan itu biarlah bersifat terbuka dan tidak diluahkan di majlis-majlis tertentu sahaja.
Annuar perlu menggesa Mustapa Mohamed agar Umnno sendiri memberi penjelasan kepada rakyat agar menerima hukum Hudud serta apakah hikmah di sebalik perlaksanaan hukum yang disebut dalam Quran itu. Lebih praktikal lagi Umno hendaklah berperanan menjelaskan keperluan itu kepada Perdana Menteri dan pimpinan parti komponen BN yang lain yang masih kabur dan jahil mengenai hukum berkenaan.

Perlu disedari ada pimpinan kalangan parti komponen yang menentang hukum hudud. Bahkan Najib Razak sendiri pernah mengatakan "no Hudud in Malaysia". Kekeliruan itu hendaklah dijelaskan dan Annuar bersama Mustapa kena memainkan peranan penting.

Sebagai rekod, salah seorang individu yang menolak hukum Hudud dilaksanakan di Kelantan ialah Dr Mahathir Mohamad. Annuar atau Mustapa dan Umno perlu memberi penjelasan kepada Mahathir secara terperinci dan inklusif mengenai kepentingan hudud. Kalau Mahathir menerima ia dapat membantu mempercepatkan usaha ini. 
Tegasnya, Annuar tidak cukup membuat kenyataan menggesa kerajaan Kelantan agar melaksana hudud dan jaminan menyokongnya, tetapi sebaiknya mengambil bahagian mengatasi kesulitan yang ada. Sekiranya setakat bercakap dan menyatakan persetujuan saja tidak berpada, sebalik ia menjelaskan kenyataannya itu sebagai gesaan politik semata-mata. Mungkin Annuar dapat membaca kehendak rakyat dan masalah dihadapi Pas berhubung perkara itu maka beliau memberi tekanan dengan sikap menyokongnya.

Atau pun beliau mahu menjadi popular dan jaguh Islam baru di Kelantan dengan mendesak hukum Hudud dilaksanakan. Boleh jadi juga dia cuba membayangi Mustapa Mohamed didalam hal ini yang agak pasif mengenai hukum Hudud. Apakah cara Annuar itu untuk diskreditkan Mustapa di dalam hal ini?

Bagi saya, kenyataan Annuar itu bukan menunjukkan apa dhamirnya yang sebenar, tetapi ia lebih merupakan sokongan politik untuk melihat kecamukan dalam Pas. Annuar cukup faham sekiranya Pas melaksanakan hukum itu tanpa diselesaikan beberapa isu berbangkit ia memberi keburukan kepada imej politik Pas dan kerajaan Kelantan. Dalam masa sama beliau ingin tunjukkan dia seorang yang mempunyai iltizam mengenai hudud.

Annuar harus membuktikan sejelas-jelasnya keikhlasan beliau disebalik sokongan dan gesaan agar hukum Hudud dilaksanakan. Misalnya mengenai enakemen Syariat II yang tidak digazet itu, perlulah ada desakan darinya agar ia digezetkan. Kegagalan menjelaskan dengan menunujukkan bukti secara tindakan, (praktik) maka jelas gesaan dan sokongan itu bermotif politik. Maka, tidak payahlah orang-orang Pas mudah terpengun dan kagum dengan apa diucapkan Annuar. Kena hidu dulu apakah aroma di mulut Annuar semasa dia membuat sokongan dan gesaan itu

Raja Bomoh popularkan Malaysia

Posted: 13 Mar 2014 09:29 PM PDT



bomoh kelapa1

Malah secara otomatik nama beliau juga kini meniti di bibir rakyat luar negara.


PETALING JAYA:  Suka atau tidak, ada dua isu atau topik yang kini hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia dan seluruh dunia. Topik yang yang paling menjadi perbualan orang ramai ialah misteri kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 06.30 pagi pada 08 Mac lepas.

Sesiapa pun tidak boleh menafikan topik kedua yang paling hangat diperbualkan di Malaysia dan menjadi sebutan di seluruh dunia ialah kisah Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin yang berumur 80 tahun.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha dalam kenyataan akhbar berkata Mesyuarat Panel Kajian Akidah Jakim pada 22 hingga 23 November 2014, telah memutuskan bahawa rawatan perbomohan Ibrahim adalah bercanggah dengan aqidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat serta penipuan.

Buka sahaja laman sesawang, laman sosial Facebook, aplikasi Whatsapp, hampir semua komen oleh orang ramai adalah komen mengutuk, menyindir dan mentertawakan tindakan 'ritual' Raja Bomoh menggunakan teropong buluh, bubu, karpet, buah kelapa dan bakul mencari pesawat MH370 di KLIA.

Walau apa pun kecaman orang ramai terhadap Raja Bomoh, satu perkara yang tidak boleh dinafikan ialah, beliau kini berjaya mempopularkan nama Malaysia di serata dunia. Malah secara otomatik nama beliau juga kini meniti di bibir rakyat luar negara.

Penulis sejak zaman sekolah disogokkan dengan dakyah kononnya rakyat luar negara khususnya rakyat Amerika Syarikat dan Eropah (kecuali negara-negara Komanwel) tidak begitu mengenali Malaysia. Sebaliknya lebih mengenali Singapura.

Ada pun nama Malaysia menjadi 'top' seketika ketika negara bermegah mempunyai bangunan tertinggi di dunia iaitu Menara Berkembar Petronas. Walaubagaimanapun 'kejayaan' itu hanya bersifat sementara kerana kini sudah ada beberapa negara lain yang mempunyai bangunan yang lebih tinggi daripada Malaysia.

Misteri kehilangan kapal terbang MH370 sudah tentu menjadi perhatian seluruh dunia. Tidak sesiapa pun yang mahu negara Malaysia dikenali di seluruh dunia kerana kehilangan pesawat MH370 ini, kerana ia membabitkan nyawa manusia.

Presiden Amerika, Obama kenal Raja Bomoh?
unnamed
Tetapi sama ada rakyat Malaysia suka atau tidak, rakyat dan kerajaan Malaysia harus terima hakikat bahawa Raja Bomoh telah melariskan nama Malaysia di persada dunia hanya dengan sekelip mata.

Mungkin tindakan beliau khurafat, tidak masuk akal dan menjadi bahan jenaka rakyat Malaysia dan orang luar negara, tetapi yang pasti beliau telah menjadi "duta" tidak rasmi Malaysia untuk seluruh dunia.

Bayangkan sejak seminggu ini, nama Raja Bomoh (bomoh disebut shaman dalam Inggeris), kaedah pencarian MH370 beliau dengan peralatan ala filem klasik Allahyarham P Ramlee iaitu 'Laksamana Do re Mi'  dan nama Malaysia terpampang hampir di semua akhbar, televisyen dan portal online di seluruh dunia.

Media Amerika Syarikat, United Kingdom, China, Jepun, Korea Selatan, Mesir, Australia, India, Thailand dan negara-negara Arab melaporkan kisah Raja Bomoh mencari pesawat MH370.

Walaupun ada media luar negara yang menyindir Raja Bomoh dan tempiasnya kena pada kerajaan Malaysia serta rakyat Malaysia sendiri, faktanya nama Malaysia kini dikenali oleh generasi baru di luar negara.

Sejak dua kali Raja Bomoh muncul di KLIA untuk mencari MH370, beliau dijadikan sebagai bahan jenaka apabila bermacam-macam foto beliau yang telah diedit dan di superimpose tersebar di halaman web, Facebook dan Whatsapp.

Obama Bomoh

Salah satunya foto Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sedang menonton berita di pejabatnya dengan tiga orang pegawai beliau. Berita yang bermain di kaca televisyen tersebut ialah Raja Bomoh sedang menggunakan teropong buluh dan bubu ketika 'ritual' mencari MH370 di KLIA.

Jika benar  Obama menonton gelagat Raja Bomoh maka boleh dikatakan secara tidak rasmi mungkin empat individu sahaja Obama kenal di Malaysia.

Mereka ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Bekas Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenivasan dan yang terbaru Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin.

Raja Bomoh mungkin akan berbangga kerana beliau kini menduduki di ranking keempat individu dari Malaysia paling dikenali oleh Obama.

Radar berjaya mengesan penerbangan karpet terbang Raja Bomoh

Bomoh 1

Satu lagi foto yang popular di laman Facebook dan Whatsapp ialah foto superimpose laman web flightradar24 (live air traffic),  iaitu sebuah laman web yang menunjukkan trafik penerbangan udara menggunakan radar secara langsung.

Dalam foto superimpose itu direkodkan laluan penerbangan karpet terbang Raja Bomoh yang berlepas dari KLIA, berpusing dan melalui utara semenanjung, Selat Melaka, Sumatera, Singapura, China, Thailand dan berakhir di Laut Cina Selatan.

Destinasi lepas direkodkan dari Kuala Lumpur dan destinasi mendarat pula 'Unknown'.

Apakah Raja Bomoh akan muncul kembali di KLIA untuk kali ketiga dalam masa terdekat? Apakah kali ini beliau akan menggunakan bangsi (harmonica) hikmah mengambil sekali lagi idea P Ramlee dari filem Laksamana Do Re Mi untuk 'mengesan' MH370?

Tetapi tidak kurang ada juga segelintir orang ramai yang mempertahankan Raja Bomoh di alam maya.

"Jika Raja Bomoh berjaya mengesan MH370, apakah mereka yang mengutuk beliau sanggup memohon maaf kepada Raja Bomoh kerana mencerca Raja Bomoh? tanya seorang gadis.

"Kenapa mengutuk orang sebangsa seagama kita. Beliau hanya hendak membantu megesan MH370. Kenapa perlu memalukan Raja Bomoh? luahan komen seorang jejaka.

Apakah khidmat Raja Bomoh yang mencari misteri kehilangan pesawat MH370 dengan cara tersendirinya akan membantu menarik lebih ramai pelancong luar negara melawat Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014?

Masa akan menjawab persoalan ini.

Risda tak boleh harap, wawasan dah naik kurap

Posted: 13 Mar 2014 09:07 PM PDT



Oleh ZULKIFLI YAHAYA


PIHAK Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) ditubuhkan pada 8 Februari 1973 dengan objektif yang sungguh murni.
Agensi itu bertekad membimbing sektor pekebun kecil ke arah kemajuan dan perkembangan ekonomi dan sosial. Risda juga akan menentukan perusahaan getah asli negara ini bertambah teguh dan stabil.

Dalam ucapan sempena perasmian Risda, Perdana Menteri ketika itu Tun Abdul Razak Hussein berkata, "Saya juga telah mengarahkan Risda supaya mengadakan satu "integrated approach" terhadap semua masalah yang dihadapi oleh pekebun-pekebun kecil. Pada masa yang lampau masalah pekebun kecil dikendalikan oleh beberapa pertubuhan iaitu Lembaga Perusahaan Getah (Tanam Semula), Pusat Penyelidikan Getah (RRI) dan juga Mardec. 

"Semua ini sekarang akan dikendalikan oleh Risda. Dengan ini bolehlah dijalankan perlaksanaan secara paduserentak akan hasil-hasil penyelidikan yang dijalankan RRIM dan juga sistem pemasaran yang dijalankan oleh Mardec untuk manfaat semua pekebun kecil di negara ini. Dengan cara "integrated approach" inilah maka Risda akan mempastikan bahawa sektor pekebun kecil yang diperbaharui dalam semua aspek untuk meninggikan taraf ekonomi pekebun-pekebun kecil dan memberikan kehidupan yang lebih sempurna." 

Empat puluh tahun sudah berlalu. Jika wawasan murni Risda diterjemahkan kepada pelaksanaan maka hari ini masyarakat pekebun kecil getah sudah berada di tahap kehidupan yang sempurna dari aspek saraan hidup. Tegasnya, hasil getah sudah cukup untuk menyara kehidupan seharian.

Malangnya ia tidak berlaku. Hari ini masyarakat pekebun kecil getah kembali dihimpit kesengsaraan sama seperti 40 tahun dahulu sehingga mencetuskan Demonstrasi Baling, satu peristiwa besar negara yang tidak pernah terpadam daripada catatan sejarah.

Bajet untuk Risda sangatlah besar iaitu RM800 juta (2014). Antara sasaran pencapaian Risda adalah meningkatkan pencapaian tanam semula di peringkat pembangunan tanah, meningkatkan produktiviti kebun getah, meningkatkan perolehan harga komoditi di peringkat ladang (framgate price), meningkatkan modal insan pekebun kecil melalui program latihan dan pengdampingan dan meningkatkan pendapatan pekebun kecil. Sekali lagi segala sasaran pencapaian menjadi hampas transformasi. Pihak yang kaya adalah Risda sedangkan yang terhimpit adalah para pekebun kecil.

Selama ini cukai ses dipotong daripada pekebun kecil 10 sekilogram kepada Risda dan empat sen sekilogram kepada Lembaga Getah Malaysia. Sewajarnya ia perlu dikira semula berdasarkan pengeluaran semasa. Pengumpulan 10 sen untuk tujuan pemulangan semula (tanam semula) mesti dikira semula dengan munasabah supaya penoreh yang menyumbang potongan tersebut dapat menikmati semula dengan adil.

Kos memproses di kilang-kilang ditanggung bersama antara pengilang, pemain industri (broker, dealer, pedagang) dan pengeluar. Sebenarnya kos memproses maksimum yang munasabah ialah RM1.00 sekilogram bukannya RM1.40 - RM2.30 kini yang hanya mengutamakan pihak atasan. Mereka asyik nikmati isi, penoreh makan kuah.

Satu lagi isu yang menekan pekebun kecil ialah sukatan untuk kandungan getah kering (DRC). Selama ini DRC ditentukan dengan sukatan mata kasar. Pembeli macam seolah-olah mengambil kesempatan dengan sikap orang Melayu di kampung-kampung yang 'tidak berkira' dan boleh untuk berlebih kurang. LGM perlu mengkomersialkan tolok penyukat DRC yang telah dicipta daripada wang yg diambil atas alasan R&D daripada pekebun kecil kira-kira RM4 sesekilogram). Undang-undang kecil perlu diwujudkan untuk menjamin DRC tidak ditentukan secara andaian mata kasar sahaja.

Tuntutan paling utama yang mesti ditunaikan oleh kerajaan ialah harga lantai RM4 sekilogram. Tuntutan ini yang akan menjadi agenda penting dalam himpunan penoreh getah yang dirancang akan diadakan di Baling 5 April nanti.

Khabarnya sementara himpunan besar para penoreh menjadi kenyataan, para pemimpin kerajaan Pusat sudah naik gelabah menghadapi situasi kemarahan masyarakat pekebun getah. Khabarnya juga ada sesuatu untuk masyarakat pekebun getah yang akan mereka umumkan. Semuanya gara-gara 'hasutan' pembangkang. Tahupun kuasa pembangkang…

[ISU BOMOH] UMNO BN Sudah Malu Satu Dunia, Shahidan Dah Tak Mengaku BN Upah!

Posted: 13 Mar 2014 08:53 PM PDT

KELAB GREENBOC


Shahidan: BN takkan upah bomoh 'Do Re Mi'

 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan kerajaan mengupah 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' yang muncul di KLIA untuk 'membantu' mencari pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing.

"Tentang bomoh tadi, saya percaya tidak dibuat oleh Umno, oleh BN dan tidak dibuat oleh mana-mana agensi kerajaan kerana cara perlakuan bomoh itu.

"Pertama, dibuat di tempat orang ramai. Dia pakai pakaian macam cerita (P Ramlee, Laksamana) Do Re Mi.

"Jadi bayangkan, takkan kita nak buat macam itu," katanya sewaktu menjawab soalan wartawan.

Beliau diminta mengulas gesaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar siasatan dilakukan untuk mengetahui siapa yang menjemput bomoh tersebut.

Menurut Shahidan lagi, kerajaan sememangnya tiada kaitan dengan bomoh itu walaupun beliau dikaitkan dengan slogan '1Malaysia'.

"Jadi oleh kerana ada 1Malaysia di belakang, orang tuduh kerajaan yang buat.

"Kerja kita yang utama sekarang adalah mencari pesawat yang hilang," kata Shahidan lagi.

Curi perhatian

Bomoh yang dimaksudkan, Ibrahim Mat Zain bukan nama asing di kalangan sesetengah orang kerana iklan tentang khidmatnya kerap terbit dalam akhbar tabloid berbahasa Melayu.

Beliau juga sering kelihatan memakai sut lengkap bertali leher dan bersongkok serta pin baju berlogo 1Malaysia apabila melakukan upacara perbomohan.

Pada 10 Mac lalu, beliau mencuri perhatian ramai apabila muncul di KLIA menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta dan berdoa supaya melepaskan penumpang MH370 agar dapat dijumpai secepat mungkin.

Beliau sebelum ini dilaporkan mendakwa kehadirannya di KLIA adalah atas jemputan seorang VVIP.

Semalam, beliau sekali lagi muncul di KLIA bersama pembantunya dan tiga orang daripada mereka duduk di atas sehelai tikar.

Seorang daripadanya memegang tongkat, sementara dua orang lagi memegang dua biji kelapa di atas kepala dan memegang bakul dalam upacara mereka.


Media Arab kata Malaysia guna sihir sebagai jalan terakhir cari MH370


Berita bertajuk "Sihir adalah jalan terakhir Malaysia mencari kapal terbang MH370" itu disiarkan oleh laman Alarabiya ekoran tindakan Putrajaya membenarkan bomoh mengadakan upacara untuk mencari kapal terbang yang hilang itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Laman itu menyiarkan video upacara yang dibuat oleh seorang yang menamakan dirinya sebagai Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin. Beliau mengadakan upacara itu untuk mencari di mana pesawat MH370 itu.

Alarabiya.net berkata, bomoh itu datang bersama pembantunya ke KLIA dan menjalankan upacara itu dengan menggunakan dua biji kelapa sambil memekik "Allahu Akbar" (Allah yang maha besar) beberapa kali.

Pada hari pertama, Ibrahim dan pembantunya datang dengan sangkar dan teropong buluh untuk mencari pesawat itu manakala hari kedua beliau datang dengan buah kelapa dan tikar.

Ia dilakukan di tengah-tengah kesibukan KLIA dan mendapat kecaman pelbagai pihak.


Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkannya sebagai "satu kerja gila" dan manakala ramai ulama mengatakan tindakan tersebut sebagai khurafat.

Pengguna media sosial juga mempermainkan tindakan bomoh itu dengan menyamakannya dengan "tikar terbang" seperti yang dilakonkan oleh Tan Sri P Ramlee dalam filem Laksamana Do Re Mi. –
-TMI


Anwar selar kerajaan guna khidmat bomoh 1Malaysia cari MH370

Sidang Dewan Rakyat hari ini gempar apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membahaskan isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 termasuk memberi kebenaran "bomoh 1Malaysia" melakukan upacara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Anwar berkata imej negara tercemar ekoran daripada kegagalan kerajaan menangani krisis negara sehingga dikritik hebat oleh media antarabangsa.

Katanya situasi memalukan itu ditambah dengan insiden semalam di KLIA apabila kerajaan membenarkan seorang bomoh yang dibayar melakukan upacara bagi mengesan lokasi pesawat MH370.

"Ini amat memalukan. Siapa yang membenarkan, siapa yang membayar bomoh itu, ini jelas perbuatan khurafat dan kemudian media antarabangsa pula dipanggil buat liputan.

"Insiden ini perlu disiasat, ia merupakan satu perbuatan bodoh dan memalukan Malaysia sebagai negara Islam," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga memetik satu laporan akhbar media antarabangsa yang menyelar kerajaan berhubung insiden MH370.


Bagaimanapun belum habis Anwar membaca petikan laporan akhbar tersebut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dilihat mencelah ketua pembangkang itu.

Ia menimbulkan kekecohan apabila ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengkritik tindakan tersebut apabila menteri tersebut tidak sepatutnya mencelah jika tidak dibenarkan Anwar.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad juga turut serta apabila mendakwa menteri yang juga ahli Parlimen Kota Belut tidak tahu apa yang ingin disampaikan oleh Anwar.

"Beliau ini Yang di Pertua, bukan tahu apa yang disampaikan langsung tak faham tentang bagaimana berlakunya banyak percanggahan kenyataan," kata Khalid.

Ahlid Parlimen Pandan Rafizi Ramli juga dilihat turut bangun untuk memohon pandangan Anwar mengenai kenyataan akhbar Utusan apabila menteri sendiri mengakui tidak salah menggunakan perkhidmatan bomoh.

"Apakah pandangan ahli Parlimen Permatang Pauh mengenai laporan berita akhbar Utusan yang miliknya Umno kerajaan apabila membenarkan penggunaan bomoh ini.


"Laporan itu menyatakan tidak salah menggunakan perkhidmatan bomoh ia kemudian disaksikan oleh dunia antarabangsa dan Presiden Obama sendiri kagum dengan kebodohan itu," katanya hingga menyebabkan suasana Dewan Rakyat gamat seketika.

Sementara pada sidang media selepas itu Anwar menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk bangun dari tidurnya dan menjadi pemimpin yang cekap menangani krisis negara.

Mengambil insiden pesawat MH370, kerajaan sepatutnya melantik hanya seorang jurucakap.

"Saya ambil contoh mengenai pencerobohan Japanese Red Army sekitar 1975 ketika krisis berjaya ditandatangani bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Osman S Cassim.

"Ketika itu hanya satu sahaja arahan dan ia amat konsisten tidak seperti sekarang apabila menteri pengangkutan cakap lain, tentera cakap lain" katanya.

Tambahnya, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein membuktikan bahawa beliau gagal dan tidak cekap menangani krisis negara.

Dalam sidang media itu beliau juga mengulas mengenai kehadiran bomoh, Ibrahim Mat Zain semalam.

Beliau berkata sebelum ini Najib membayar berjuta-juta ringgit kepada kepada Apco untuk bayar konsultasi imej perdana menteri itu.

"Dengan apa yang bomoh itu sudah lakukan wang berjuta-juta ringgit pun tidak mampu untuk menebus semula maruah negara," katanya.
-TMI

LIHAT VIDEO DI SINI

RUPA-RUPANYA RAJA BOMOH SEDUNIA YANG DIKATAKAN BUAT KERJA BODOH, MENIPU, KHURAFAT, TAHYUL DAN SYIRIK ITU ADALAH PENYOKONG UMNO TEGAR!!!!


Seorang individu yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh Sedunia yang kini jadi bahan kutukan dan lawak gila kerana gelagat dan telatahnya yang cuba berlagak bijak dan hebat dengan adegan teropong bubu guna buluh dan terbaru guna karpet terbang di KLIA semata-mata mau tunjuk dia tahu dimana perginya pesawat MH370 menghilang diri.

Setelah diselongkar,  mamat yang bernama Ibrahim Mat Zin ini adalah penyokong UMNO cukup totok sampai tolong kempen untuk calon UMNO/BN Rashidi Ibrahim di DUN Pasir Panjang, Perak pada PRU 13 lalu.

Jadi tidaklah menghairankan apabila dia mendabik dada memberitahu satu dunia yang beliau adalah Raja Bomoh VVIP Negara.

Kalau tidak percaya sila tatap baik-baik gambar-gambar diatas .. dibajunya pun ada pin lambang 1Malaysia.

Patutlah dia buat kerja khurafat, tahyul dan menipu. JAKIM pun pernah keluarkan kenyataan yang kegiatan mamat ini haram, salah, syirik, khurafat dan tahyul.
-omakkau

Teori pesawat MH370 dirampas semakin kuat

Posted: 13 Mar 2014 08:38 PM PDT



HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Adakah pesawat MH370 milik penerbangan Malaysia dirampas dan 'dibawa lari' ke lokasi yang tidak diketahui?

Kemungkinan itu sedang disiasat agensi perisikan Amerika Syarikat, lapor  Wall Street Journal, edisi 13 Mac lalu.

Wartawan akhbar tersebut, Andy Pasztor dan Jon Ostrower mendedahkan hasil penyiasatan agensi perisikan Amerika Syarikat ke atas kehilangan misteri MH370.

Antara hasil siasatan adalah MH370 telah terbang selama 5 jam, iaitu satu jam sebelum ia hilang dari radar Trafik Kawalan Udara Vietnam pada jam 1.30 pagi Sabtu, 8 Mac 2014 dan 4 jam lagi selepas itu.

Para penyiasat juga mengkaji kemungkinan kapal terbang itu telah mendarat di suatu lokasi yang tidak diketahui dengan juruterbang atau orang lain dari kalangan penumpang telah mengubah haluan kapal terbang dan mematikan alat transponder kapal terbang itu bagi mengelakkan dikesan radar. 

Penyiasatan masih di peringkat awal dan para penyiasat belum lagi menemui bukti-bukti jelas untuk menyokong teori  bahawa kapal terbang itu dirampas pengganas atau disabotaj.

Pegawai-pegawai dari jabatan keselamatan nasional Amerika Syarikat dilapor belum menemui sesuatu yang spesifik untuk menyimpulkan bahawa kapal terbang itu dirampas oleh pengganas.

Namun, mereka belum lagi menolak secara konklusif bahawa kehilangan MH370 sama sekali tidak ada kena mengena dengan keganasan, lapor akhbar tersebut.

Dua persoalan yang amat membingungkan para penyiasat adalah ke mana kapal terbang itu meneruskan penerbangan dan mengapa alat transpondernya dimatikan? 

Ini menyebabkan timbulnya teori di kalangan penyiasat bahawa kapal terbang itu telah "diambilalih dan dikuasai" oleh pihak lain untuk tujuan tertentu.

Teori ini dimaklumkan kepada pegawai jabatan keselamatan nasional Amerika Syarikat  dan pelbagai agensi berkaitan.

Sehingga 12 Mac, tiada sebarang maklumat diperolehi bagi menunjukkan kapal terbang itu telah tiba di suatu lokasi lain - mungkin beratus-ratus batu dari lokasi di mana gerakan mencari dan menyelamat sedang berjalan.

Juga tidak diketahui sama ada kapal itu telah terhempas.

Sementara itu Washington Post melaporkan, bukti pesawat MH370 terbang selama empat jam lagi selepas hilang pada Sabtu datang daripada data yang dikongsi oleh pihak berkuasa Malaysia dan bukan pembuat enjin Rolls Royce.

Jurucakap White House, Jay Carney berkata pihak berkuasa akan memperluaskan pencarian Boeing 777-200ER ke Lautan Hindi, melebarkan kawasan pencarian beratus kilometer ke barat.

Pegawai pentadbiran Barack Obama kemudiannya berkata, maklumat terbaru adalah mengenai enjin pesawat terus hidup empat jam selepas hilang daripada radar awal pagi Sabtu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Terdapat 239 orang dalam pesawat tersebut.

Undi wanita memihak Dr Wan Azizah

Posted: 13 Mar 2014 08:33 PM PDT

SALMIYAH HARUN 


KAJANG: Pengundi wanita di N25 Kajang khususnya di kalangan orang Melayu dijangka lebih memihak kepada calon wanita daripada PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Dr Wan Azizah akan menjadi pilihan pengundi memandangkan BN telah mengetengahkan calon dari kalangan MCA.

"Saya percaya pengundi Melayu di kalangan wanita tidak cenderung untuk pilih calon daripada MCA, banyak sentimen yang di bawa oleh MCA.

"Lagipun bagi mereka kita lihat wanita ini agak sukar untuk memilih pemimpin bukan dari kalangan mereka. Calon BN tidak ada sebab untuk dipilih," katanya ketika ditemui Harakahdaily.

Justeru katanya, Wan Azizah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Wan boleh mengimbangi kecenderungan untuk dipilih pengundi wanita sebagai wakil rakyat pada 23 Mac ini.

Bahkan katanya, majoriti kemenangan yang diperolehi Dr Wan Azizah diyakini meningkat kerana para pengundi cenderung untuk menghantar isyarat kepada kerajaan tentang keputusan mahkamah membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh.

"Ianya adalah referendum rakyat untuk menyatakan sikap rakyat terhadap apa yang berlaku. Saya percaya isu ini akan memberi kredit kepada Pakatan Rayat di Kajang,"katanya.

Dalam pada itu, seorang Imam di Batu 10 Cheras yang mahu dikenali sebagai  Raslan yakin Wan Azizah mampu menyaingi calon BN Chew Mei Fun berdasarkan isu mahkamah yang disifatkan beliau mengulangi "skrip lama" untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Rata-rata orang marah sebab skrip yang sama yang digunakan oleh BN, rakyat sudah nampak. Boleh jatuh hukum dalam masa dua jam," katanya yang mengundi di UPU Cheras Utara.

Malah katanya, "mood" rakyat Kajang pada hari ini agak luar biasa memberi sokongan kepada Wan Azizah khususnya di kalangan anak muda walaupun Anwar tidak layak bertanding.

Tambahnya, pertukaran calon Pakatan Rakyat daripada PKR di saat-saat akhir tidak akan menjejaskan sokongan kepada Wan Azizah.

"Wan Azizah ramai orang kenal dan orang tahu personaliti dia. Dan kalau dia berkempen tanpa suami dia ianya tidak ada masalah. Pengundi Kajang akan tetap sokong dia," katanya.

Sebelum itu, Wan Azizah turut menghadiri majlis tazkirah wanita yang diadakan di rumah Raslan.

Tazkirah yang dikendalikan oleh isterinya yang dikenali sebagai Ustazah Tinah dihadiri kira-kira 30 wanita dari kawasan sekitar.

AS guna pesawat P-8A Poseiden cari NH370

Posted: 13 Mar 2014 08:29 PM PDT

MALAYSIAKINI


Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat akan menggerakkan pesawat P-8A Poseidon untuk membantu misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas.
  
Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata pesawat P-8A mempunyai kelajuan maksimum 490 knot dan mampu  terbang pada  ketinggian maksimum 12,500 meter.

"Untuk satu misi seperti pencarian MH370, P-8A biasanya terbang padaketinggian 1,524 meter ke 3,048 meter pada kelajuan 350 knot, dengan masa pencarian di antara lapan hingga sembilan jam bergantung kepada jarak ke kawasan pencarian," katanya dalam kenyataan.
  
Ia berkata, P-8A adalah pesawat pelbagai misi yang menyediakan pemantauan dan pengintipan di permukaan dan dasar laut.- Bernama

Jerebu di Banting, Port Klang di paras merbahaya

Posted: 13 Mar 2014 08:25 PM PDT

MALAYSIAKINI





Keadaan jerebu Banting dan Pelabuhan Klang telah diklasifikasikan sebagai "merbahaya", manakala 13 tempat lagi, kebanyakannya di pantai barat

Semenanjung, telah diklasifikasikan sebagai tidak sihat pada jam 6 pagi ini.

Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan yang paling teruk di bawah indeks pencemaran udara (IPU) di paras 352 pada jam 7 pagi, manakala IPU di Banting ialah 316.

Kawasan-kawasan yang "tidak sihat" pada pukul 6 pagi ini termasuk Batu Muda (176), Cheras (147), Petaling Jaya (186), Kuala Selangor (154), Shah Alam (166), Putrajaya (177), Tanjung Malim (110), Melaka, (114), Bukit Rambai (132), Penilaian (165), Port Dickson (167), dan Seremban (154).

Semalam, Pelabuhan Klang mencatatkan tahap yang sangat tidak sihat, menyebabkan pegawai pendidikan negeri mengarahkan sekolah di daerah itu ditutup hari ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan Sementara 18 kawasan lain mencatat IPU sederhana dan 18 lagi mencatat bacaan IPU baik.

Bacaan IPU yang baik berada antara 0-50, sederhana pada 51-100, tidak sihat (100-200), sangat tidak sihat (200-300) dan berbahaya (lebih 300).

Orang ramai boleh menyemak status IPU di kawasan masing-masing dengan melayari portal http://apims.doe.gov.my.

'Satelit kesan bunyi pantulan elektronik dari MH370'

Posted: 13 Mar 2014 08:23 PM PDT

MALAYSIAKINI





Satelit komunikasi mengesan bunyi pantulan elektronik yang kabur dari pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) selepas ia hilang Sabtu lalu, tetapi isyarat itu tidak memberi sebarang maklumat tentang nasib pesawat itu dan haluannya,  demikian menurut dua sumber yang rapat dengan siasatan tersebut semalam.

Tetapi  bunyi "pantulan" elektronik itu menunjukkan bahawa sistem penyelesaian masalah penyelenggaraan pesawat itu dihidupkan dan bersedia untuk berkomunikasi dengan satelit, dan ia menunjukkan pesawat itu yang membawa 239 orang, sekurang-kurangnya mampu berkomunikasi selepas ia hilang hubungan dengan pengawal trafik udara Malaysia.


Sistem itu menghantar bunyi pantulan elektronik itu kira-kira setiap
satu jam, demikian sumber-sumber itu, yang berkata lima atau enam daripadanya kedengaran. Bagaimanapun, pantulan elektronik itu sahaja bukan bukti bahawa pesawat itu berada di udara atau di darat.

Walaupun sistem penyelesaian itu berfungsi, tetapi tiada pautan data telah dibuka, kata sumber itu, kerana syarikat-syarikat yang terlibat tidak melanggan perkhidmatan dari operator satelit.

Boeing Co, pengeluar pesawat 777 yang hilang itu, dan Rolls-Royce, membekalkan enjin Trent itu, enggan mengulas.

Terdahulu, pegawai Malaysia menafikan laporan bahawa pesawat itu telah terus menghantar data teknikal dan berkata tidak ada bukti bahawa ia terbang selama beberapa jam selepas hilang hubungan dengan pengawal trafik udara pada awal pagi Sabtu selepas berlepas dari Kuala Lumpur dalam perjalanan ke Beijing.

The Wall Street Journal melaporkan bahawa penyiasat penerbangan AS dan pejabat keselamatan negara itu percaya pesawat tersebut terus terbang selama lima, berdasarkan data yang dimuat turun secara automatik dan dihantar ke daratan dari enjinnya sebagai sebahagian daripada program pengawasan standard

Arifin: Mahkamah tak berat sebelah kes Anwar

Posted: 13 Mar 2014 05:49 PM PDT

MALAYSIAKINI






Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria mempertahankan badan kehakiman sebagai bebas dan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak dalam keputusan Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan persidangan hakim-hakim Malaysia ke-48 di Pulau Pinang hari ini.

"Saya akan sentiasa pastikannya bebas. Ia ikrar saya. Setakat ini saya tidak fikir ia tidak dilanggar," tegasnya.

Arifin menjawab soalan berhubung langkah Mahkamah Rayuan memutuskan Anwar bersalah dalam perbicaraan Liwat II Jumaat lepas, selepas persoalan berhubung integriti bukti dibincangkan di mahkamah.

Prosiding dua hari itu menyaksikan Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi tahun lalu membebaskan Anwar dari tuduhan itu.

Anwar, ketua pembangkang dan ketua umum PKR, dijatuhkan hukuman penjara lima tahu, yang belum dikuat kuasa sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Bank Negara hilang RM300K, 8 didakwa esok

Posted: 13 Mar 2014 05:05 PM PDT

MALAYSIKINI


 
 
 
Lapan pekerja sebuah institusi kewangan akan didakwa di Mahkamah Sesyen George Town esok berhubung kes kehilangan wang tunai RM300,000 dari sebuah bilik pemprosesan wang di Bank Negara Malaysia (BNM) Pejabat Wilayah Pulau Pinang di George Town.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata polis telah mengambil keterangan daripada kesemua pekerja itu termasuk seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 26 hingga 34, yang ditahan secara berperingkat di sekitar Pulau Pinang pada Selasa dan semalam.

Beliau berkata polis telah menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Setakat ini, katanya polis tidak membuat tangkapan lain dan wang yang hilang itu masih belum ditemui.

"Memang wang itu belum ditemui tetapi polis sudah tahu ia di mana dan apa yang mereka buat dengannya. Siasatan juga mendapati sebahagian wang itu telah digunakan untuk perbelanjaan, beri kepada orang dan membayar hutang," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.

Pada Khamis lepas, pengurus institusi kewangan itu membuat laporan polis berhubung kehilangan itu yang dipercayai berlaku sejak September lepas hingga minggu lepas.

Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata polis telah mengenal pasti beberapa kumpulan terdiri daripada lelaki warganegara Indonesia yang berusia antara 20 dan 40 tahun yang aktif menjalankan kegiatan pecah rumah di sekitar daerah Barat Daya dan Timur Laut di sini, sejak awal tahun ini.

Menurutnya polis kini giat memburu mereka dan menubuhkan sebuah pasukan khas untuk tujuan itu.

"Kumpulan terbabit menyasarkan kawasan perumahan baharu berikutan kebanyakan rumah belum dilengkapi pagar jeriji dan kelengkapan keselamatan. Lima kes direkodkan iaitu empat di Barat Daya dan satu di Timur Laut," katanya.

Terdahulu, Mazlan mengadakan program `High Policing' di rumah seorang wanita yang menjadi mangsa pecah rumah di Teluk Kumbar High, dekat George Town.

Dalam kejadian pada 15 Feb lepas, rumah wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Neoh, 67, dipecah masuk tiga lelaki pada kira-kira 1 pagi ketika beliau dan empat anggota keluarganya tidur.

"Mereka yang bersenjatakan parang dan pisau itu mengikat kami semua serta mengarahkan diam. Berdasarkan percakapan tiga lelaki itu, kami percaya mereka rakyat Indonesia. Sebaik mendapat wang tunai, kumpulan itu melarikan diri," katanya.

Neoh berkata beliau sekeluarga kerugian lebih RM10,000 selepas wang tunai yang disimpan dalam rumahnya dilarikan kumpulan lelaki terbabit.- Bernama

Polis cari petunjuk, temui keluarga anak kapal

Posted: 13 Mar 2014 04:47 PM PDT

MALAYSIAKINI





Polis telah menemui keluarga kru pesawat Malaysia Airline untuk mencari petunjuk berhubung kehilangan pesawat tersebut pada 8 Mac lalu.

"Polis sedang mencari apa-apa maklumat yang boleh membantu usaha mencarinya. Ia adalah untuk membantu siasatan, bukan untuk mengambil tindakan (terhadap ahli keluarga)," kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ditanya sama ada ia bertujuan untuk mencari petunjuk tentang kemungkinan berlaku sabotaj, beliau berkata ia merupakan salah satu perkara yang disiasat oleh pihak polis.

"Ia adalah sebahagian daripada empat perkara yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara," katanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sedang menyiasat kemungkinan berlaku rampasan, sabotaj, masalah psikologi penumpang dan kru dan masalah peribadi penumpang dan anak kapal.

Penyataan Ahmad Zahid itu dibuat selepas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Datuk Hadi Ho Abdullah menafikan laporan Harian Metro yang memetiknya sebagai berkata bahawa rumah penumpang dan anak kapal, digeledah.

Tiada ulasan: