Jumaat, 14 Mac 2014

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


#pray4mh370: Respon KJ Apabila Raja Bomoh Nak Tampar Beliau

Posted: 14 Mar 2014 02:16 AM PDT

Kesian tok bomoh! Pak menteri hingusan malas nak layan tok moh.

Buang masa layan benda kurafat ni!

Amerika dakwa Malaysia beri data MH370 terbang 4 jam selepas hilang

Posted: 13 Mar 2014 05:40 PM PDT



March 14, 2014

Bukti pesawat MH370 terbang selama empat jam lagi selepas hilang pada Sabtu datang daripada data yang dikongsi oleh pihak berkuasa Malaysia dan bukan pembuat enjin Rolls Royce, lapor Washington Post, hari ini.

Dengan "maklumat terbaru" belum dipastikan ini, jurucakap White House, Jay Carney berkata pihak berkuasa akan memperluaskan pencarian Boeing 777-200ER ke Laut Hindi, melebarkan kawasan pencarian beratus kilometer ke barat.

Pegawai pentadbiran Barack Obama kemudiannya berkata, maklumat terbaru adalah mengenai enjin pesawat terus hidup empat jam selepas hilang daripada radar awal pagi Sabtu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Terdapat 239 orang dalam pesawat tersebut.

Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) berkata, data menunjukkan enjin pesawat terus hidup empat jam selepas komunikasi terputus diterima daripada Pusat Komunikasi dan Pelaporan Sistem, Pesawat (ACARS), kemungkinan pesawat menghubungi melalui radio atau isyarat satelit.

Pegawai kanan itu berkata, pihak berkuasa Malaysia yang memberikan data tersebut kepada AS.

Akhbar The Wall Street Journal yang pertama melaporkan penyiasat AS mengesyaki enjin pesawat MH370 yang hilang itu terus hidup empat jam sebelum ia tiba ke lokasi yang belum dapat dipastikan.

Satelit terima isyarat ‘ping’ dari pesawat hilang

Posted: 13 Mar 2014 05:37 PM PDT



March 14, 2014

Operasi mencari dan menyelamat MH370 digerakkan di laut dan udara untuk mengesan pesawat yang hilang sejak awal pagi Sabtu lalu. Gambar fail.Satelit menerima gelombang elektronik daripada pesawat Malaysia Airlines MH370 selepas hilang pada Sabtu namun isyarat itu tidak memberi maklumat ke mana hala tuju pesawat, menurut dua sumber penyiasatan semalam.

Namun isyarat 'ping' menunjukkan sistem penyelenggaraan dihidupkan dan bersedia untuk berkomunikasi dengan satelit menunjukkan pesawat dengan 239 penumpang itu masih boleh berkomunikasi selepas gagal dihubungi menara kawalan.

Sistem menghantar ping sekali dalam masa sejam, menurut sumber yang mendengar isyarat sedemikian lima atau enam kali.

Namun, ping sahaja tidak menjadi bukti pesawat itu berada di udara, menurut sumber.

Pencarian antarabangsa menjejaki pesawat itu yang meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Beijing sekurang-kurangnya melibatkan 12 negara.

Kapal dan pesawat kini digerakkan menuju ke Teluk Thailand, Laut Andaman dan perairan di sekitar Malaysia.

Amerika Syarikat menghantar kapal dan pesawat berkata kawasan pencarian akan diluaskan kepada Lautan Hindi selaras dengan teori pesawat itu menuju ke barat sejam selepas berlepas dari Malaysia. - 14 Mac, 2014.

Tiada ulasan: