Tempayan Retak |
Kenapa Rafizi Marah Sangat Kepada Khalid? Posted: 05 Mar 2014 06:07 PM PST Rafizi Ramli mengecam Khalid dalam isu air. Dulu kata harga air akan naik, rakyat terbeban. Kemudian Perjanjian air ini kononnya tidak menjaga kepentingan rakyat, Kecaman ini dilihat tidak sihat untuk PRK kajang tapi Anwar Ibrahim memberikan 'lampu hijau' dalam kenyataannya PKR tidak akan meminta sebarang pemimpin parti itu menutup mulut berkenaan isu penstrukturan semula air. TSKI dalam kenyataan menyebut perjanjian air di tidak dimaklumkan kerana tidak mahu campur tangan dalam menentu harga. Kita kena tahu Perjanjian Air Selangor bukan sahaja melibatkan Kerajaan Selangor dengan Persekutuan tetapi melibatkan entiti lain seperti Splash, Abbas, Puncak Niaga dan Syabas. Setengahnya memang GLC kerajaan negeri (KDEB) ada stake, Gamuda, selain dari individu seperti Tan Sri Wan Azmi menerusi Sweet Water Alliance (30% dalam Splash) dan juga Tan Sri Rozali menerusi Syabas. Saya mendapat maklumat yang tidak sedap didengar TSKI sendiri berhadapan dengan campur tangan Anwar yang membawa Tan Sri Wan Azmi bertemu TSKI bagi mendapatkan "deal" yang lebih baik kepada concessionare (at the extra of RM2 billion for Tan Sri Wan Azmi). Saya melihat TSKI membuat pertimbangan yang wajar menyegerakan perkara ini tanpa pengetahuan Anwar Ibrahim kerana campur tangan ini. Timbul pula persoalan adakah campur tangan ini untuk kepentingan Pakaran Rakyat? Jika ya kenapa kita membantah campur tangan ini dan kenapa pula Khalid Ibrahim membelakangi Anwar Ibrahim sedangkan Anwar Ibrahim adalah penasihat Kerajaan Selangor?? Banyak persoalan yang timbul. Ada yang menyebut TSKI berhadapan dengan situasi yang sangat komplek dan memerlukan satu tindakan yang bijak demi kepentingan rakyat Selangor dan Pakatan Rakyat Khususnya. Atas itu tindakan TSKI menyegerakan perjanjian adalah tindakan yang wajar dan tidak lain untuk kepentingan rakyat Selangor menyanggah kata-kata Rafizi yang TSKI membelakangi kepentingan rakyat. TSKI menyegerakan "deal" dengan kerajaan Pusat kerana kegagalan "willing seller willing buyer" yang diputuskan oleh Kerajaan Pusat berakhir pada 31 Disember 2013 yang lalu. Mengelakkan campur tangan politik parti ini dan tekanan kepada TSKI untuk memberi "better deal for concessionare" akan menyebabkan rakyat Selangor menanggung beban RM 4 billion. Ada maklumat yang rasanya sangat tak sedap diberitakan tentang wang RM50 juta dijanjikan kepada PKR atas urus niaga ektra RM2 billion. Rafizi sebelum ini dikatatakan telah di'taja' oleh individu kaya berkenaan bagi meneruskan 'perjalanan politik'. Kalau tak ada sumber wang, macam mana nak bergerak?? itu pasal dia marah. TSKI tak sebodoh itu untuk mengiyakan apa yang dibuat dan mengikut kerajaan Pusat tanpa sebarang pertimbangan. Track recordnya dalam banyak isu dengan kerajaan Pusat semuanya menunjukkan TSKI adalah seorang yang berpengalaman, bijak dan jujur dengan amanah yang diberikan serta tak ambil kesempatan untuk "kebas" duit rakyat. Kerajaan Selangor tidak akan tertipu dengan kerajaan Pusat jika Kerajaan Pusat gagal menunaikan janji mereka dalam masa yang ditetapkan, kerajaan Selangor melalui Majlis Eksekutif dan Dewan Undangan Negeri Selangor mempunyai kuasa di bawah undang-undang negeri Selangor dan Perlembagaan Persekutuan untuk menafikan sebarang lesen kepada entiti Kerajaan Persekutuan yang berkaitan bagi maksud projek Langat 2. Dengan kata lain, tanpa sebarang kelulusan tambahan, projek Langat 2 masih tidak boleh diteruskan. Satu lagi kita kena faham MoU tidak bersifat mengikat atau 'binding' bukan MOA (perjanjian) yang lebih bersifat mengikat. Saya tak nampak melainkan kerana MONEY. Kerana money ada anak bunuh ibu sendiri, adik beradik bergaduh jadi tak hairan kalau TSKI dihentam depan belakang oleh rakan partinya sendiri. |
You are subscribed to email updates from Tempayan Retak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan