Isnin, 3 Mac 2014

Biaqpila

Biaqpila


TERUJA GUA TENGOK SUASANA CERAMAH BN PRK KAJANG HOHO

Posted: 03 Mar 2014 07:29 AM PST

Gambar : Suasana Ceramah Calon BN PRK Kajang



Biarkan gambar berbicara,sebagai cara menjimatkan tenaga dan masa.Maka
ada kebenarannya jika para penganalisa politik tanah air menyatakan
bahawa sokongan UMNO kini sudah mulai berubah dan berhijrah kepada DSAI.

Rakaman
Gambar Datin Paduka Chew Mei Fun menghadiri majlis penerangan ekonomi
nasional di Teratak Pekembar, Kpg Batu 10, Cheras, turut hadir Ketua
Perkasa Negeri Sembilan Ruslan Kassim dan Jamal Yunus towkey Sekinchan
Ikan Bakar ~ Omakkau


SUAMI BAKAR ISTERI KERANA CEMBURU

Posted: 03 Mar 2014 03:30 AM PST

Gambar Hiasan

KOTA BHARU: Gara-gara cemburu selepas mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain, seorang lelaki bertindak menyimbah isterinya dengan petrol sebelum membakar wanita itu.

Dalam kejadian 11.30 pagi semalam di luar rumah mangsa di Jalan Sultan Yahya Petra, di sini, wanita berumur 30 tahun itu melecur di muka dan kedua-dua tangan dan kini dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Superintendan Idris Rafar berkata, sebelum kejadian, mangsa juga dipukul dan ditampar suaminya sebelum bertindak mencurah petrol dan membakar isterinya itu.

"Suspek bagaimanapun melarikan diri selepas menyedari kedatangan anggota keluarga mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Polis sedang mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta tampil membantu siasatan, katanya. - BERNAMA

BH



JOM TENGOK APA KOMEN UAI TENTANG BR1M

Posted: 02 Mar 2014 11:00 PM PST

Azhar Idrus: BR1M tidak setimpal

KOTA BHARU – Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) oleh kerajaan kepada rakyat di negara ini tidak setimpal jika dibandingkan dengan jumlah yang selayaknya mereka peroleh, dakwa penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus.

Menurutnya, ia adalah hak rakyat yang perlu dipulangkan sebagaimana pembayaran melalui cukai-cukai yang dikenakan sebelum ini.

"Kita lantik kerajaan hari ini kerana Malaysia ada harta, malah wakil yang dipanggil kerajaan perlu menguruskannya, tidak mengira negeri mana sekalipun, harta kekayaan Malaysia mesti dapat sama rata, ia jadi kewajipan bagi kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia, bukan hanya beri BR1M semata-mata," katanya.

"Kita (rakyat) dikenakan pelbagai jenis bayaran seperti cukai jalan, cukai kereta, beribu-ribu rakyat bayar, tapi kerajaan bagi balik kira-kira RM600 sahaja, betul ke cara macam itu?," katanya ketika berceramah di kuliah mingguan Medan Ilmu di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan tersebut bagi menjawab pertanyaan yang diajukan orang ramai yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang mengendalikan kuliah sesi pertama semalam.

Ketika berceramah, beliau turut memberitahu, golongan manusia yang menolak peraturan ALLAH serta menyifatkan hukum hudud adalah tidak layak dan tidak sesuai juga didakwa sebagai tidak mensyukuri nikmat pemberian ALLAH ke atas dunia ini.

"Sesiapa yang tidak mahu ikut peraturan ALLAH, kata hukum hudud tidak layak, tidak sesuai dan ketinggalan zaman, hadis-hadis ini penipu, tidak berterima kasih kepada ALLAH, dia lebih baik jangan hidup di bumi ALLAH.

"Melainkan kita diberitahu sama ada perkara tersebut (hudud) memang akan dilaksanakan mengikut tempoh yang ditentukan bagi menyediakan pakar-pakar dan sebagainya supaya dapat dilaksanakan dengan sempurna, kalau macam itu tidak apa, kalau hina hukum Allah, ia bermakna menghina hukum agama Islam," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut diajukan soalan mengenai golongan anti hadis yang kini menjadi bahan bualan masyarakat. Beliau berpendapat, pihak yang berkaitan perlu mengambil serius perkara tersebut memandangkan ia melibatkan kedaulatan raja-raja sebagai lambang suci agama Islam.

"Asalnya teguran, tazkirah dan nasihat, tapi sudah berpuluh tahun sejak zaman 1980an dulu. Apa yang patut kita buat sekarang ini ialah hukuman, saya harap pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan tegas kerana perbuatan mereka secara tidak langsungnya menghina raja-raja seluruh Malaysia kerana raja-raja di Malaysia ini merupakan lambang negara Islam," katanya.

SH



PELAJAR TINGKATAN 4 DIROGOL SAMPAI LEMBIK OLEH KENALAN FB

Posted: 02 Mar 2014 09:15 PM PST

Padang Besar: Kerisauan seorang bapa mengenai kehilangan anak perempuannya berakhir tragedi apabila anaknya yang berusia 16 tahun ditemui tidak bermaya selepas dirogol seorang lelaki yang dikenalinya melalui laman sembang maya di sebuah rumah di Sungai Jernih, Bukit Keteri, di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa ditemui bapanya di rumah suspek selepas menerima panggilan telefon daripada anaknya sejurus dia membuat laporan kehilangan anaknya di Balai Polis Mata Ayer, di sini, pada hari sama.

Difahamkan, bapa mangsa yang berusia 52 tahun itu menemui mangsa berseorangan di rumah suspek.Mangsa dikatakan sempat membuat panggilan telefon selepas suspek yang berusia 21 tahun tidak berada di rumah itu.

Ketua Polis Daerah Padang Besar Superintendan Che Man Md Dros berkata, mangsa dipercayai dirogol beberapa kali sejak dia hilang daripada rumah, Isnin lalu.Menurutnya, pelajar tingkatan empat itu yang ditemui keletihan kemudian dibawa bapanya membuat laporan polis mengenai kejadian menimpanya.

"Bapa mangsa tampil bersama anaknya di Balai Polis Arau, di sini, bagi membuat laporan dan mengaku dia dirogol remaja lelaki yang juga penganggur."Mangsa memberitahu bahawa dia dirogol di rumah suspek beberapa kali," katanya yang ditemui di sini, semalam.

Che Man berkata, suspek ditahan di rumahnya sejurus selepas aduan dibuat bapa mangsa."Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.

Harian Metro


Tiada ulasan: