Isnin, 3 Mac 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Isu Syiah : Malaysia Rugi Besar, PAS hampir rugi lebih besar lagi...

Posted: 03 Mar 2014 02:35 AM PST

Zahid Komidi, selaku Menteri Dalam Negeri sendiri pernah mengaku bahawa dia ada bukti kukuh bahawa Mat Sabu pengamal ajaran Syiah hingga arahkan JAKIM tangkap Mat Sabu. 

  Mujurlah Pengarah Jakim Jamil Khir tu tak sebangang sebagaimana sekumpulan puak-puak PAS yang faqeh-faqeh tapi mudah terikut-ikut dengan tuduhan tersebut …..alahai…

 Si Zahid tu, bila didesak supaya didedahkan bukti, rupa-rupanya dia hanya mampu terkapai-kapai dengan bukti gred (B) yakni bukti yg longgar dan tidak kukuh.Hingga kini dia tak mampu nak keluarkan bukti gred (A) seperti dakwaannya masih tersimpan rapi!

  Akibat ucapan Zahid Komidi semasa di Perhimpunan Agung Umno tahun lalu, Iran bertindak dgn menyekat dan mengurangkan import minyak sawitnya dari Malaysia.

  Petronas yang eksplorasi minyak di Iran terpaksa menanggung rugi besar kerana berdepan dengan halangan daripada kerajaan Iran, dan pada masa yang sama, firma Amerika seperti Esso dan Conoco mengorak ke negara itu. 

  Apakah Malaysia tidak takut jika Iraq juga turut bertindak sama dan menjejaskan kepentingan Malaysia di Negara itu? Banyak syarikat Malaysia mengaut pelbagai projek di Iraq.

  PAS sendiri hampir mengorbankan Mat Sabu ketika pemilihan Timbalan Presiden di Muktamar ke 59 yang lalu dimana sebelumnya, dia telah menjadi mangsa di Pendang pada PRU-13 gara-gara isu Syiah turut disenandungkan oleh kalangan pimpinan parti sendiri yang faqeh. 

 Kalau Umno fitnahkan Mat Sabu, kita semua boleh fahamlah.Tapi kalau dari kalangan yang mendabik dada mengaku faqeh, tuduh Mat Sabu nganut ajaran Syiah tanpa kemukakan sebarang bukti, tentulah kita berasa janggal dan aneh.

   Dan bagaimana pula puak-puak faqeh ini boleh bersatu dengan puak-puak Umno yang mahu menamatkan karier politik Mat Sabu dalam PAS?

   Rentetan kempen agresif dan melampau anti-Syiah Kerajaan Malaysia telah melabel Syiah adalah kafir. Tentunya para ulama Melayu di Malaysia ini lebih mendalam ilmunya berbanding para ulama seantero dunia.

 Tetapi mengapa Malaysia tidak melobi Khadam dua tanah suci Mekah dan Madinah supaya ikut mengharamkan penganut Syiah daripada menunaikan haji atau umrah? Aku bukan faqeh....tapi taulah juga mengenai larangannya seperti yg dinyatakan di sini  disamping surat at-Taubah : 28. 

 Tetapi orang-orang Syiah tetap berbondong-bondong ke Mekah dan Madinah di setiap musim haji tanpa larangan pemerintah Arab Saudi....Betulkah Syiah tu kafir? Rosmah patut telepon kesana tanyakan hal ini untuk dapatkan kepastian.

  Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, yang mengajar perhubungan antarabangsa di Universiti Malaya, berkata Malaysia perlu mengikuti contoh beberapa negara-negara Timur Tengah dalam mengendalikan perbezaan di antara mazhab Islam, di mana orang Islam Sunni tidak mengisytiharkan saudara-saudara Syiah mereka sebagai diluar ajaran Islam.

   Mohamad memberi amaran bahawa kerajaan Malaysia berisiko menjejaskan imej negara, dan juga menjadikan negara ini sasaran aktivis hak asasi menuduh ia tidak mengamalkan toleransi antara agama.

  Pada tahun 2004, Malaysia di bawah Tun Abdullah Badawi menandatangani Amman Message, satu inisiatif oleh pemerintah Jordan Raja Abdullah II, untuk mengetepikan perbezaan antara pengikut mazhab-mazhab Islam, termasuk Sunni dan Syiah.

  "Setiap orang yang merupakan pengikut kepada salah satu daripada empat buah sekolah perundangan Islam Sunni (Hanafi, Maliki, Shafi`i dan Hanbali), dua buah sekolah perundangan Islam Syiah (Ja'fari dan Zaydi), sekolah perundangan Islam Ibadi dan sekolah perundangan Islam Thahiri, adalah orang Islam," pernyataan perisytiharan itu, yang turut ditandatangani oleh antara lain, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. - 3 Mac 2014. SUMBER

Tiada ulasan: