DIALOG RAKYAT |
- Himpunan Black 505 aman, akui polis
- Anwar: Tiada arahan tutup mulut
- Jangan Nasi Jadi Bubur
- Bicara kes Anwar saman Khairy ditetapkan 9-11 Jun
- Syiah: Iran bertindak balas, Umno mengaku silap
- Isu Red Bean Army umpama "sipencuri jerit pencuri"
- Senarai Kabinet Sarawak
- Ahli Politik Ditangkap Khalwat Di Bilik Hotel
- Di mana Kassim Ahmad hendak dikubur?
- Syabas, mana air kami?
- Anwar gagal ketepikan peguam Shafee Abdullah dalam kes liwat 2
- Kali ini Anwar kena ikut tempo Khalid
- "PKR Selangor bergolak, untungkan saya dan MCA", kata Chew Mei Fun
- Mahathir Dah Mula 'Geli' Dengan Najib
- PRK Kajang: Kaum India dah lama tolak BN- Manivanan
- Kelantan-Selangor laksana 7 projek usahasama
- Polis, sindiket jenayah mungkin dalang ancaman- Sanjeevan
- Dakwa Anwar mahu lepas diri, Zaid terdesak raih undi Kajang
- Saya tak rasa terkilan, kata Lim Guan Eng
- Pakai Topeng Muka Ketika Jerebu - Subramaniam
- 'Guru Disiplin' Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Didakwa Cabul Penghuni
- Terowong Dasar Laut Masih Diperlukan - Guan Eng
- 'Suara Pondok' berkhidmat untuk rakyat
- FAM Bakal Dikenakan Tindakan
- Dadah ubah manusia jadi kanibal!
Himpunan Black 505 aman, akui polis Posted: 03 Mar 2014 06:48 AM PST MALAYSIAKINISeorang anggota polis hari ini memberi keterangan bahawa perhimpunan 'Black 505' anjuran Pakatan Rakyat pada 22 Jun tahun lepas sebuah perhimpunan aman. Kahar Shariff, daripada balai polis Jasin, Melaka, menyerahkan rakaman video dua jam perhimpunan itu kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. Rafizi Ramli daripada PKR dan Anthony Loke (DAP) dituduh bawah Akta Perhimpunan Aman dengan menganjurkan perhimpunan di Padang Merbok, Kuala Lumpur tanpa kebenaran polis. Turut berdepan pertuduhan sama petugas PKR Muhammad Adib Ishar dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Syed Azman Syed Ahmad Nawawi. Kahar menjawab "tidak" apabila ditanya peguam Rafizi, Eric Paulsen, sama ada beliau melihat keadaan huru hara dalam perhimpunan itu. Kahar juga menjawab "ya" apabila ditanya sama ada beliau setuju perhimpunan itu berlangsung "aman". | ||
Anwar: Tiada arahan tutup mulut Posted: 03 Mar 2014 06:45 AM PST MALAYSIAKINIKetua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PKR tidak akan meminta sebarang pemimpin parti itu menutup mulut berkenaan isu penstrukturan semula air. Anwar merujuk kepada tindakan pengarah strategik Rafizi Ramli yang mempersoalkan kandungan draf memorandum persefahaman (MOU) antara kerajaan negeri dan persekutuan berkenaan isu air hari ini. Anwar berkata Rafizi telah pun memberitahu beliau untuk mengutarakan isu tersebut dan beliau menganggap hal itu demokratik dan melibatkan kepentingan rakyat. "Saya tak mahu lihat ini isu pertentangan kedua pihak. Kenyataan Rafizi itu dalam bentuk soalan. Tidak adil membuat andaian sebelum dapat jawapan. "Dan tunggu penjelasan isu ini khususnya dari menteri besar dan kerajaan negeri," kata Anwar dalam sidang media di bilik gerakan pilihan raya kecil Kajang PKR hari ini. Rafizi hari ini mempersoalkan sebuah dokumen yang didakwa sebagai draf MOU yang berat sebelah. Rafizi turut mendesak menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta kerajaan negeri memberi penjelasan dan mendedahkan dokumen sebenar MOU itu. Sementara itu Khalid berkata beliau akan membuat sesi untuk menerangkan kandungan MOU tersebut dan akan memutihkan dokumen tersebut dalam masa terdekat. "Esok saya ada mesyuarat dengan kerajaan pusat untuk bincang perlepasan dokumen itu. Kita ada prosedur," kata beliau. | ||
Posted: 03 Mar 2014 06:36 AM PST sakmongkol.blogspotMengenai sebab2 langkah kajang diambil saya sudah beri alasan tiori disebaliknya. Itu penghuraian rasional. Ada orang kata itu semua cerita nenek kebayan. Tapi kepada saya, jika sesuatu peristiwa itu tidak ada alasan tiori , ianya tidak bagus. Tidak ada tiori erti tidak ada intisari yang boleh dijadikan model untuk peristiwa2 yang akan datang. Ia tidak mempunyai kuasa penerang. (explanatory power). Tapi kalau tidak mahu penerangan rasional, kita ada alasan yang bukan rasional. Alasan disebalik langkah ini ialah ianya diperlukan untuk menguasai Selangor dan menjadikan Selangor sebilah pisau yang menghala ke jantung sarang segala perompak yang sekarang ini berkelana di Putrajaya. Itu alasan yang paling mudah. Kerana itu kita mesti menangkan Anwar Ibrahim. Simple. Jika Anwar menggunakan Selangor untuk jalan ke Putrajaya dan menjadi PM, apa salah nya. sesiapa pun boleh memasang cita2 menjadi PM. Anwar kan tidak bermoral? Morality UMNO bagaimana? Morality puak UMNO adalah morality limbahan. Limbahan belakang rumah tok perempuan saya di Pekan Pahang dahulu lebih banyak morality. Munasabahkah kita beranggapan bahawa Anwar mahu menggunakan Selangor sebagai bargaining chip memasuki kembali kepangkuan BN dan jadi TPM? Kenapa seorang yang boleh jadi PM mahu kompromi dan jadi nombor dua dibawah pimpinan Najib pulak tu? Saya serahkan para pembaca mengadili tiori yang sedemikian. Nampak sangat sesiapa yang mendepankan tiori ini sudah dibayar Najib supaya memagari Najib. Ada orang berfikiran bahawa langkah kajang ini suatu tindakan yang salah. Ianya diambil kerana mahu get rid of Khalid Ibrahim. Jika Khalid Ibrahim suatu masaalah, apa salah nya kita get rid of Khalid? Jika Azmin suatu masaalah, Azmin pun kena replaced. We are not in the game on UMNO's terms. Tiba2 Khalid jadi UMNO's angel. Kita patut hairan dan risau bila tiba2 kepada UMNO Khalid is an angel. Selama ini apa yang Khalid tidak kena maki? Dari gagap sehingga ada ramai gundek2. Bermukah dengan Faekah dan Elizabeth Lim. Fakta bahawa UMNO tiba2 mahukan Khalid terus kekal sudah cukup untuk menaikkan syak kita. Boleh jadi Khalid Trojan horse UMNO yang mahu menguasai Selangor semula? Khalid dah mencapai banyak yang positif untuk Selangor, seperti reseb tunai yang banyak dan lain2. Semua ini yang tidak pernah releven untuk UMNO, tiba2 jadi sumber penghargaan. Jika ia sudah bagus, ini sudah mencukupi untuk menjadikan Selangor suatu showpiece kualiti kepimpinan PR terutama PKR bukan? Pandangan yang demikian ada betul tapi tidak functional untuk politik. jika bagus in vacuo tapi tidak functional tidak berguna. Bagus atas nama bagus tapi tidak memfaedahkan reality tidak guna juga. Kita hendakkan pemimpin yang bagus dalam functional sense. Seperti Najib. Dia bagus atas kertas rancangan pakar runding. Dia bagus kepada rakat Pekan yang sudah disintuk-limau. Tapi untuk Malaysia, Najib hampas. Dia tidak functional lansung. Berpolitik bukan untuk dapat markah bagus tapi untuk serve a purpose. Objek politik ialah mendapat dan mengukuhkan kuasa. Kuasa untuk melakukan kebaikan boleh juga dilakukan untuk melakukan kejahatan. Bila sudah kalah dan hilang kuasa, pencapaian yang bagus si Khalid Ibrahim hanya jadi bualan nostalgic. Itu jam baru padan muka kita. Jangan kita hilang punca dari sentiasa menganggap bahawa overriding objective kita ialah menjatuhkan serigala BN dan UMNO dari semua punca kewangan. Semua punca kewangan, wang terkumpul, dana, projek, harta benda dalam bahaya juka orang UMNO ada berhampiran. Jauhkan mereka dengan mengenyahkan mereka dari kuasa politik. Dalam hubungan ini, saya sudah jawab Dr Mahathir punya dakwaan bahawa semua orang dalam bahaya dengan Awwar Ibrahim ada berhampiran. Yang dalam bahaya ialah semua yang merompak dan menyamun dan menggadai harta benda rakyat. Kita jangka UMNO akan guna segala tipu helah dan tektik yang paling kotor untuk mengalahkan Anwar. Anwar masih diangap sebagai musuh nombor satu negara. Darjat musuhnya lebih tinggi dari penceroboh Sulu yang mendedahkan kelembapan dan kelemahan system pertahanan negara. Tapi itu cerita lain. Biarlah UMNO buat pantomime dan drama untuk melembutkan hati balu2 perwira yang gugur. Ianya tidak akan menyembunyikan kelemahan pertahanan negara kita. Sehinga kini tidak ada closure mengenai episode tersebut dan tidak ada white paper mengenai nya. rasuah berleluasa. Para actor utama dalam eisod serangan beberapa orang yang kekuarangan makanan dan hanya pakai kain dan selipar jepun. menghalalkan pembelian barangan dan asset tentera tanpa tender. Pembekal dipilih ikut selera mereka yang berkuasa. Orang2 seperti ini yang akan takut bila Anwar naik. Sebab itu Dr Mahathir kata tidak ada orang selamat jika Anwar naik. Perompak dan penyamun, perasuah, yang membantai perbendaharaan negara , mereka semua idak akan selamat. Yang rasa kurang senang dengan langkah kajang, bayangkan ini: apa jadi jika kesemua ADUN PAS yang seramai 15 orang bergabung dengan BN kerana dijanjikan jawatan MB? BN-PAS Selangor akan ada 27 kerusi DUN. PR tinggal 29. Atau 7 dari PKR dan 7 PAS keluar parti masing2. Yang bukan PR akan ada 14 campur dengan12(BN) terdapat 26 yang bukan PR. Dalam kedua kes, BN hanya perlu membeli beberapa orang sahaja dari sama ada PAS atau PKR untuk mencukupkan bilangan untuk menunjukkan bahawa PR Selangor tidak ada majority dalam DUN Selangor. That's all it takes to singkirkan kerajaan PR Selangor. Kenapa kita tidak menyekat perkara ini berlaku? Oh sebab kalau kita melakukan seperti Langkah Kajang, kita menodai amanah rakyat. kerana membazirkan wang rakyat. kerana Khalid kan bagus? Kita lupa ini semua standard arguments dari BN. mengenai yang akhir itu- kita sudah jawab diatas. Kenapa kita tidak melihat kenyataan didepan mata. Khalid mengalienasi ADUN2 PKR dan PAS. Nak jumpa pun susah. Kami dalam kesesakan nak servis kawasan takde peluru. BN hanya perlu mengenal pasti adun2 PKR dan PAS yang sesak dan beli mereka. Kalau 5 lagi berhijrah kerana dapat RM25juta seorang, kerajaan PR Selangor akan jatuh. Katalah yang keluar dari PKR itu faksi yang diketuai sama ada oleh Khalid atau Azmin. Mereka tidak perlu masuk BN , hanya perlu tidak berada dalam PR. Dari PAS demikian juga. Sebab kalau keluar dan masuk BN, mungkin tuduhan sebagai pengkhianat terlalu berat. Hanya perlu tidak ada berada dalam PR. Jika PR hanya tinggal 25 kerusi dan yang bukan PR sudah ada 31, ketika sidang dewan Undangan mahu bermula, Tuanku Selangor akan bertitah- Tan Sri, kerajaan Tan Sri nampak nya tidak ada jumlah majoity. Silalah turun. Nyah kamu dari kerusi kamu. Ketika itu, kerajaan PR akan merusuh dan berkeras mengatakan mereka tetap ada majority. Speaker Hannah Yeoh yang enggan turun akan diperlakukan sebagaimana Sivakumar di DUN Perak diperlakukan. Semua mereka memprotes akan bersidang dibawah pohon angsana diluar dewan. Dalam dewan, yang tinggal sudah memertabatkan MB baru. Ketika itu mereka yang mengecam dan marah kepada Anwar kerana melakukan langkah Kajang akan menyesal. Mereka akan kata. Bodoh si Anwar dan lain2. Dah tahu perkara ini mungkin berlaku tidak mahu melakukan sesuatu. Tatkala itu, nasi sudah jadi bubur. PR sudah terkubur di Selangor. Kerana apa? Kerana sensitivity dan sensibilities kita terguris. Kerana Anwar tidak mahu bertindak. Kerana kita yang marah kepada Anwar, menerima hasutan BN bahawa mengadakan PRK adalah membazirkan wang rakyat. Perkara yang hendak diperjuangkan di Selangor ini bukan nya, idealisme politik seperti demokrasi dan sebagainya. Semua ini boleh dilaksanakan dan dijadikan kenyataan, jika kamu ada kuasa. Dan kuasa bergantung kepada kepandaian bermain politk. Kena kita faham, permainan politik melibatkan semua usaha untuk kekal berkuasa. Jadi, kalau kita mahu kekalkan kuasa di Selangor, mari kita bermain politik. Jika kita mahu memelihara academic sensitivities kita, baik kita tinggal dalam alam academia. Al akadamiyah al 'alamiyah. Orang2 yang sekarang ini cukup anti Anwar bertanding di Kajang akan merasa musibah jika mana2 antara Azmin atau Khalid Ibrahim belot dan join BN. Atau orang PAS tiba2 join BN. masa itu baru putih mata dan menyesal tidak habis2 mengatakan, kenapa Anwar tidak bertindak. Kepada yang menyokong Khalid dan membenci Azmin, apa kamu hendak buat jika Khalid belot dan menyertai BN? apa kamu hendak kata jika Azmin belot dan menyertai BN? pada hari tersebut, tentu kamu akan kata- jikalah Anwar berbuat sesuatu, perkara ini tidak akan berlaku dan tentu Selangor masih ada dalam tangan PR. Inilah yang Anwar lakukan. Dia mesti ada dalam gelanggang, mengemudi kapal supaya Selangor jangan jatuh ketangan perompak2 BN. kalau tak buat apa2, nasi akan jadi bubur. | ||
Bicara kes Anwar saman Khairy ditetapkan 9-11 Jun Posted: 03 Mar 2014 06:20 AM PST KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan tiga hari bermula 9 Jun untuk perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. Pesuruhjaya Kehakiman S.M. Komathy Suppiah menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Datuk Sulaiman Abdullah dan J. Leela mewakili Anwar, dan peguam Jeffery John mewakili Khairy. Mahkamah menetapkan 9 hingga 11 Jun untuk perbicaraan manakala 27 Mac ini ditetapkan untuk pengurusan kes. Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy, dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno, telah mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah dan menyebabkan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' disiarkan dalam laman web, termasuk Malaysiakini.com. Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, turut mendakwa klip video dalam Malaysiakini.com mengandungi sebahagian daripada ucapan Khairy di Lembah Pantai pada atau sekitar 20 Feb 2008. Pada 25 Nov tahun lepas, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Khairy bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu ke mahkamah itu (Mahkamah Persekutuan) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Okt tahun lepas, yang menolak permohonan Khairy, yang juga Anggota Parlimen Rembau untuk meminda pembelaannya dalam kes saman tersebut. - Bernama | ||
Syiah: Iran bertindak balas, Umno mengaku silap Posted: 03 Mar 2014 06:17 AM PST HARAKAHDAILY KUALA LUMPUR: Iran dikatakan mula membuat tindakan balas ekoran serangan agresif Kerajaan BN terhadap Syiah yang dianuti majoriti rakyat negara itu, sehingga menjejaskan ekonomi negara Malaysia. Malah tindakan itu juga telah menyebabkan seorang menteri BN menghubungi pemimpin PAS, meminta bantuan agar parti islam itu memulihkan hubungan dagangan kedua-dua negara. Malah menurut satu sumber, menteri berkenaan turut mengakui serangan melampau Umno BN terhadap Syiah sebelum ini adalah langkah yang silap. Ianya memuncak apabila Kerajaan Malaysia mengumumkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan haram berdasarkan peruntukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966. Ekoran tindakan itu, Malaysia dilihat sebagai negara pertama di dunia mengharamkan Syiah. Dakwaan menteri Umno menghubungi PAS itu turut disahkan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi kepada The Malaysian Insider hari ini. "Memang benar ada menteri hubungi saya untuk meminta bantuan itu," kata beliau yang enggan menamakan menteri terbabit. Iran kini didakwa tidak mahu lagi membeli minyak sawit dari Malayisa malah sudah mula mencari alternatif bekalan itu dari negara pengeluar yang lain. Pada Januari hingga November 2013 sahaja, Iran mengimport 671,384 tan minyak sawit dari Malaysia. Ia menjadikan negara itu antara pengimport utama minyak sawit Malaysia. Selain itu, Iran juga didakwa enggan membenarkan Malaysia melalui syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) daripada menjalankan aktiviti cari gali di negara itu. "Petronas mengalami kerugian paling banyak apabila usaha cari galinya di Iran menerima halangan daripada kerajaan Iran sedangkan pada waktu sama syarikat Amerika Syarikat (AS) termasuk Esso dan Conoco sudah mula masuk ke negara itu," kata Syed Azman. PAS mempunyai hubungan akrab dengan gerakan Islam antarabangsa termasuk di Iran. Dalam beberapa isu khususnya krisis di Asia Tengah dan Timur Tengah, PAS turut berperanan dan terlibat dalam rundingan penyelesaian di peringkat gerakan Islam global. | ||
Isu Red Bean Army umpama "sipencuri jerit pencuri" Posted: 03 Mar 2014 06:15 AM PST KUALA LUMPUR: Tindakan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia menghidupkan kembali cerita dongeng Askar Kacang Merah (Red Bean Army) membabitkan 3,000 tentera siber yang kononnya dibiayai DAP adalah percubaan terdesak Umno bagi menutup tindakannya membiayai perang siber yang dipercayai berjumlah ratusan juta ringgit. Penasihat DAP, Lim Kit Siang (gambar) dalam satu kenyataan media berkata, apabila membaca kolum Awang Selamat bertajuk "Pihak berkuasa kita!" di akhbar Mingguan Malaysia, 2 Mac lalu, berhubung isu itu, beliau menyifatkannya sebagai cerita klasik "sipencuri jerit pencuri". Kolum Awang Selamat, ujar Lim bukan sahaja berbau hipokrasi tetapi mempunyai objektif jelas menaburkan kebencian kaum dan agama menerusi pembohongan dan pemalsuan yang diberi "kekebalan undang-undang (imunity) dan bebas dari hukuman (impunity)". "Awang Selamat menghidupkan kembali dakwaan kononnya DAP membiayai apa yang dipanggil "Red Bean Army" (RBA) dengan 3,000 tentera siber dan bajet antara RM100 juta hingga RM1 bilion bagi tempoh enam tahun lepas. "Kolum itu juga menyerang pihak berkuasa yang didakwa mengamalkan dwi-standard apabila membiarkan DAP dan RBA 'lesen untuk membuat provokasi melampau' menghina Melayu, Islam, pasukan keselamatan, kakaitangan kerajaan dan negara," ujar Kit Siang. Beliau menimbulkan persoalan mengapa pihak pengarang Utusan Malaysia menghidupkan kembali isu RBA selepas mula menimbulkannya enam bulan lalu? Menurut Kit Siang, pada Mei dan Jun tahun lalu, Utusan Malaysia mendakwa kononnya RBA mempunyai dua pusat operasi iaitu di Hotel Concorde, Kuala Lumpur dan bangunan Komtar, Pulau Pinang. "Seperti yang pernah saya sebutkan, semua ini adalah cerita dongeng moden yang tidak punyai satu pun kebenaran," tegasnya. Menurut cerita dongeng Utusan Malaysia, modus operandi RBA adalah menyerang ahli politik, ahli perniagaan atau penghibur yang dilihat sebagai pro-BN melalui facebook, tweeter, YouTube bertujuan menimbulkan kebencian di kalangan pengundi Cina erhadap mereka. Kit Siang menambah, berdasarkan laporan Utusan itu, beliau telah mengetuai sekumpulan Ahli Parlimen DAP termasuk Chong Chieng Jen (Bandar Kuching), Tony Pua (Petaling Jaya Utara) dan Fong Kui Loon (Bukit Bintang) dengan disertai petugas media melakukan lawatan mengejut ke Hotel Concorde pada jam 10 malam, 4 Julai tahun lalu. "Kami dapati Hotel Concorde – yang sepatutnya menjadi salah satu pusat operasi berbilion ringgit RBA - dikerumuni pemimpin Umno dan aktivis parti itu tetapi bukan RBA. Kami juga membuat penemuan yang lebih memeranjatkan apabila mendapati ais kacang yang dijual di Hotel Concorde tidak langsung mengandungi kacang merah!" selar Kit Siang sinis. Beliau menambah, 'kegilaan' terhadap dongeng RBA DAP itu berkait dengan agenda sulit yang membabitkan para pemimpin tertinggi Umno untuk menghalalkan peruntukan sebanyak RM350 juta bagi lima tahun untuk memerangi RBA yang tidak wujud dan hanyalah rekaan semata-mata. "Utusan menghidupkan semula dongeng ini kerana laba dan wang. Ia jelas merupakan usaha terdesak askar upahan Umno supaya mereka tidak diketepikan dari mendapat dana perang siber Umno yang jumlahnya mencecah ratusan juta ringgit. Kit Siang mendakwa Umno/BN kini mempunyai rancangan perang baru yang akan dikendalikan oleh sekumpulan 'panglima' muda yang bijak IT dan akan membekalkan maklumat serta menyediakan taktik menyerang dan bertahan dalam perang siber Umno/BN yang baru. "Untuk rancangan baru ini, tidak banyak ruang dibuka kepada askar upahan Umno yang dulu, khususnya kalangan yang telah mengumpul kekayaan dengan menyebarkan dongeng RBA DAP. Atas sebab inilah pengarang-pengarang Utusan yang sentiasa menganggap diri mereka sebagai penaung askar siber upahan Umno melancarkan semula dongeng RBA DAP sebagai usaha terakhir mereka untuk kekal relevan dalam rancangan perang siber Umno/BN yang baru," jelas Kit Siang. | ||
Posted: 03 Mar 2014 06:11 AM PST MSTAR ONLINE SENARAI penuh Kabinet Sarawak: Ketua Menteri: Tan Sri Adenan Satem Timbalan Ketua Menteri: Tan Sri Dr Alfred Jabu Numpang Menteri Muda Hal Ehwal Islam: Datuk Daud Abdul Rahman Menteri Muda Pembangunan Usahawan Bumiputera: Datuk Mohd Naroden Majais Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Adat Pribumi dan Penan): Datuk John Sikie Tayai Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal): Datuk Len Talif Salleh KEMENTERIAN KEWANGAN Menteri: Tan Sri Adenan Satem Menteri Kedua: Datuk Seri Wong Soon Koh KEMENTERIAN PERANCANGAN SUMBER DAN ALAM SEKITAR Menteri: Tan Sri Adenan Satem Menteri Kedua: Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan Menteri Muda Perancangan Sumber: Datuk Mohd Naroden Majais Menteri Muda Alam Sekitar: Datuk Len Talif Salleh KEMENTERIAN MODENISASI PERTANIAN Menteri: Tan Sri Dr Alfred Jabu Numpang Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan dan Pemasaran): Datuk Mong Dagang Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang): Datuk Sylvester Entri Muran KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR Menteri: Tan Sri Dr Alfred Jabu Numpang Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar: Datuk Francis Harden Hollis Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar: Datuk Julaihi Narawi KEMENTERIAN PEMBANGUNAN TANAH Menteri: Tan Sri Dr James Jemut Masing Menteri Muda Pembangunan Tanah: Datuk Gramong Juna Menteri Muda Pembangunan Tanah: Datuk Abdul Wahab Aziz KEMENTERIAN PEMBANGUNAN SOSIAL Menteri: Tan Sri William Mawan Ikom Menteri Muda Sukan: Datuk Dr Lee Kim Shin Menteri Muda Pembangunan Belia: Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan: Liwan Lagang KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI Menteri: Datuk Seri Wong Soon Koh Menteri Muda Perkhidmatan Komuniti: Datuk Peter Nansian Ngusie Menteri Muda Kerajaan Tempatan: Datuk John Sikie Tayai Menteri Muda Kesihatan Awam: Datuk Dr Jerip Susil KEMENTERIAN PERUMAHAN Menteri: Datuk Amar Abang Johari Tun Openg Menteri Muda Perumahan: Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Muda Perumahan: Datuk Francis Harden Hollis KEMENTERIAN PELANCONGAN Menteri: Datuk Amar Abang Johari Tun Openg Menteri Muda Pelancongan: Datuk Gramong Juna Menteri Muda Pelancongan: Datuk Talip Zulpilip KEMENTERIAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN KOMUNIKASI Menteri: Datuk Seri Michael Manyin Jawong Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur: Datuk Daud Abdul Rahman Menteri Muda Komunikasi: Datuk Lee Kim Shin KEMENTERIAN KEMUDAHAN AWAM Menteri: Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi): Datuk Dr Stephen Rundi Utom Menteri Muda Kemudahan Awam: Datuk Sylvester Entri Muran KEMENTERIAN PEMBANGUNAN INDUSTRI Menteri: Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Menteri Muda (Pembangunan Estet Perindustrian): Datuk Peter Nansian Ngusie Menteri Muda (Pelaburan dan Promosi): Datuk Julaihi Narawi KEMENTERIAN KEBAJIKAN, WANITA DAN PEMBANGUNAN KELUARGA Menteri: Datuk Fatimah Abdullah Menteri Muda Kebajikan: Robert Lawson Chuat Vincent Entering Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga: Rosey Yunus BERNAMA | ||
Ahli Politik Ditangkap Khalwat Di Bilik Hotel Posted: 03 Mar 2014 06:06 AM PST KANGAR: Seorang ahli politik ditangkap khalwat bersama dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin oleh Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips). Ahli politik itu, 30, yang merupakan seorang janda ditangkap khalwat bersama seorang ahli perniagaan berusia 47 tahun di sebuah bilik hotel dalam satu serbuan pada pukul 1.30 pagi Isnin. Sumber memberitahu bahawa serbuan itu dilakukan berdasarkan maklumat, sambil menambah bahawa ahli politik itu berpakaian lengkap manakala lelaki tersebut hanya bertuala dan berkemeja-T. "Kedua-dua mereka memberi kerjasama dengan pegawai jabatan agama Islam dan memberitahu bahawa mereka berdua bukan pasangan berkahwin. Mereka kemudiannya dibawa ke ibu pejabat polis daerah di mana satu laporan dibuat. "Mereka disiasat di bawah Seksyen 9(1)(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, yang mengendakan denda RM5,000, penjara selama tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, sekiranya didapati bersalah," kata sumber itu. Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Abdul Rahman Mohd Noordin ketika dihubungi mengesahkan satu laporan polis telah dibuat berhubung insiden oleh pegawai Jaips. | ||
Di mana Kassim Ahmad hendak dikubur? Posted: 03 Mar 2014 05:56 AM PST MEMPERKATAKAN masalah Kassim Ahmad dengan apa yang dikatakan pendirian antihadisnya tidak akan selesai selagi dia kekal dengan pendiriannya.Bawa ulama manapun, baik mufti al-Azhar, mufti Makkah, ayatollah utama dari Iran untuk mengubah pendiriannya, tiada mungkin dia akan mengubah fikirannya. Hanya dengan kehendak Allah saja yang boleh mengubahnya. Mana-mana orang yang Allah utus nabinya bagi membetulkan pegangan akidahnya yang menolak seruan wahyu itu, jarang didengar Allah ubah pegangan orang itu. Maka tidak dapat diduga Kassim akan mengubah kepercayaannya tentang hadis, Nabi, ulama dan sebagainya. Bercakap dengannya dan pendiriannya buat penat saja. Tiada siapa yang boleh mengubahnya. Selagi dia hidup begitulah. Jadi apa yang masing-masing boleh buat? Hukum dia! Saya tidak nampak penguasa yang ada sedia untuk bertindak kepadanya. Bukan selepas ada seminar tentang pemikirannya yang diizinkan oleh Dr Mahathir Mohamad itu orang berteriak minta dia dihukum, sejak isu antihadis itu timbul dulu, ia sudah dijeritkan. Tiada apa yang masyarakat Malaysia dapat buat. Bulu romanya pun tidak siapa dapat usik. Apa lagi kalau Dr Mahathir yang sangat berpengaruh itu memberi laluan dan sokongan kepadanya menyampaikan fikirannya. Siapa yang berani tentang biji mata Dr Mahathir sekarang? Lainlah kalau fathul Putrajaya berlaku. Perkara itu tidak berpanja ngan kalau kejadian itu berlaku di zaman Khalifah Umar al-Khattab atau Umar datang ke dunia semula memerintah Malaysia. Mengikut keputusan sekalian ahli agama Islam, pendirian Kassim itu sesat dan murtad. Pendirian itu tidak dicabar oleh mana-mana ulama muktabar. Maka kalau ada Sayidina Umar r.a. nescaya dipancungnyalah. Bukan batang tubuhnya saja yang dipancung, Dr Mahathir pun dipancung sama kerana memberi laluan penyebaran ajaran. Manamana yang tidak sempat bertaubat, nescaya bercerailah kepala daripada badan. Biasa saja bagi pujangga besar yang berpendirian keras orang tidak dapat buat apa. Seperti pujangga Iraq yang terbilang, Abu Nawas. Abu Nawas yang orang Melayu kenal ialah seorang komedian. Bagi bangsa Iraq dia ada pujangga besar. Kalau Iran bangga dengan pujangga Umar Khayamnya, maka Iraq megah dengan Abu Nawas. Lebuh raya utama di kota Baghdad di zaman Saddam Hussein dulu ialah Lebuh Raya Abu Nawas, terbentang lebar sepanjang tebing Sungai Furat. Sedang Khalifah Harun ar-Rasyid namanya diabadikan untuk satu jalan kecil dan pendek. Baghdad masyhur pernah menjadi pusat pentadbiran khulafah Islam yang agung. Dalam pemerintahan itulah ada Abu Nawas. Dia pujangga yang berfikiran bebas dan tidak beragama. Ditempelaknya semua peraturan Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Dia tidak segan silu menyampaikan pegangannya yang tidak bertuhan itu. Jenuh ulama berdakwah kepadanya. Tidak ada apa yang kerajaan dan ulama dapat buat terhadapnya. Akhirnya khalifah perintah campak dia hidup-hidup ke Sungai Furat. Dalam sungai dia menemui ajalnya sama seperti Firaun yang ditemui Malaikat Maut di Laut Khalzum. Kassim juga pujangga. Karyanya banyak kejutan. Dia buat tesis Hang Jebatlah wira, bukan Hang Tuah. Dia ada sajak Sidang Roh. Dia seorang diri buat memorandum menentang pembentukan Malaysia, diserahkannya kepada U Thant, Setiausaha Agung PBB masa itu. Ertinya dia orang ternama dan masyhur. Saya tidak nampak pihak berkuasa negara – Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja, Perdana Menteri, Mufti-Mufti – bersedia menghadapi Kassim Ahmad. Cuma saya tidak pasti adakah institusi peribadi Dr Mahathir dan orang yang sealiran fikiran dengannya akan menyebar luaskan fikiran dan falsafah ketuhanan yang Kassim percaya itu. Dr Mahathir tidak tertarik dengan apa yang dikata kebebasan bersuara, kebebasan media dan sebagainya. Tapi nampaknya dia suka memberi kebebasan terhadap pandangan beragama dan seumpamanya. Saya tidak berhajat untuk berhujah tentang fikiran Kassim. Biarkanlah dia menerus hidupnya. Tiada siapa akan menang berlawan dengannya. Yang saya fikir ialah tentang matinya. Apabila dia mati selesailah masalahnya. Dia dengan Tuhannya sajalah selepas itu. Tetapi di mana dia hendak dikuburkan. Adakah orang Islam yang beriman kepada Rasulullah s.a.w. dan hadis dan sunnahnya tidak ada masalah mengkebumikannya di kubur orang Islam? Adakah ulama yang dikiranya sebagai kasta paderi bersetuju dia dikuburkan dengan orang Islam lain yang membantah fikirannya? Macam Ayah Pin. Tidak diketahui dia hidup atau mati. Kalau mati, di mana kuburnya. Tiada orang Islam mahu dia dikuburkan di sebelah saudara maranya. Saya orang Islam membantah dia dikuburkan di tempat mereka. Jika semua membantah, adakah ditugaskan kepada pasukan khas mengkuburkan di satu tempat rahsia yang tidak diketahui orang se perti yang dilakukan kepada Muammar Gaddafi? Dan macam mana hendak mengkafan dan menyembahyangkan jenazahnya? Cara kafan yang ada adalah mengikut apa yang Nabi s.a.w. ajar. Apa yang baginda ajar adalah hadis dan sunnah. Solat jenazah pun seperi yang baginda tunjuk. Cara itu sampai kepada kita adalah daripada ilmu yang disampaikan oleh alim ulama. Al-Quran tidak sebutkan cara solat dan peraturan kafannya. Adakah dia sudah ada wasiat tentang cara dia dikafan dan disolatkan? Atau dia tidak pakai apa yang ulama tunjukkan kepada kita semua. Atau tidak pakai kafan dan tidak payah solat? Atau dia serahkan kepada orang yang hidup saja, apa yang hendak dilakukan kepada jenazahnya? Jika dia serah pada orang ramai apa hendak buat, maka mereka akan buat seperti apa yang hadis kata. Tentu tidak sesuai dengan kepercayaannya selama ini. Saya bangkitkan semua ini ialah orang Islam akan menghadapi masalah pula untuk menangani jenazahnya. Adapun yang ramai menyoal dengan pandangannya selama ini bukan kerana hendak menghadapinya semasa hidupnya saja. Biarkanlah cara mana dia hendak hidup dan biarlah dia beramal dengan apa yang diipercayainya. Sekadar dia menjalani hidupnya sendiri, biarkan dialah. Yang orang boleh campur apabila dia sebar fahamannya kepada oang lain. Yang orang bantah tentang seminarnya yang Dr Mahthir rasmikan itu ialah ia boleh disebarkan kepada orang Islam yang lain. Jika Dr Mahathir tidak pakai pandangannya, mungkin tidak salah Jika Dr Mahahir setuju, ini bererti fikirannya sudah disebarkan kepada Dr Mahathir. Ini salah pada peraturan agama di negara kita. Nyatalah Kassim Ahmad jadi masalah kepada orang Islam baik semasa dia hidup, mahupun semasa menghadapi matinya. Macam mana kita hendak menghadapinya apabila kejadian itu berlaku nanti. Orang yang hidup pada masa itu akan bermasalah untuk menguruskan mayatnya. | ||
Posted: 03 Mar 2014 05:53 AM PST Oleh YUNUS TAIB SEPERTI ramai orang sedia maklum, musim panas beberapa minggu lalu menyebabkan paras air empangan khususnya di Selangor susut dan mengganggu bekalan di beberapa kawasan. Apa yang menjadi kemusykilan saya ialah negara kita berstatus "hujan sepanjang tahun" tetapi berlaku krisis terputus bekalan air. Negara kita bukan terletak di tengah padang pasir yang amat terhad sumber airnya. Negara kita ada banyak sungai, tasik, air bawah tanah dan air hujan. Selaku syarikat swasta tunggal yang menguruskan air di Selangor, apakah yang Syabas lakukan? Syabas sepatutnya mempu nyai pelan kecemasan yang benarbenar praktikal untuk mendepani masalah ini. Selain menghantar air menggunakan lori, Syabas boleh menggunakan sumber air bawah tanah. Cara lain, bolehlah Syabas upah pakar untuk fikirkan. Syabas tidak perlu mencipta air. Yang mereka perlukan ialah menguruskan air yang sumbernya begitu melimpah ruah. Takkanlah itu pun tak boleh. Jika di Arab Saudi yang terletak di kawasan padang pasir tidak pernah mengalami masalah air ketika jutaan orang mengerjakan haji ataupun umrah, bagaimana Syabas menguruskan air di Selangor sehingga ada kawasan yang sudah berminggu-minggu terputus bekalan air? Sudahlah air yang banyak tidak terurus, harganya mahal pula. Kami sebagai rakyat tidak rela membayar harga air yang mahal semata-mata untuk membayar gaji pengerusinya yang dikatakan hampir setengah juta ringgit. Jika tidak mampu, serahkan kepada orang lain. – | ||
Anwar gagal ketepikan peguam Shafee Abdullah dalam kes liwat 2 Posted: 03 Mar 2014 05:50 AM PST ANTARAPOS.COM PUTRAJAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal untuk kali ketiga bagi menghalang pelantikan peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai pendakwa utama dalam perbicaraan kes liwat II. Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, hampir pasti bahawa Shafee akan mengetuai pasukan pendakwaan pada Khamis apabila rayuan Putrajaya untuk mengenepikan pembebasan Anwar didengar. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Balia Yusof Wahi, menolak permohonan Anwar, berkata, peguam itu tidak boleh dianggap sebagai tidak layak dan tidak sepatutnya hanya kerana lembaga disiplin mendapati beliau mempunyai salah laku. "Hanya pendakwa raya boleh memutuskan sama ada DPP mengejut layak dan sesuai untuk mendakwa kes," katanya dipetik Malaysia Insider. | ||
Kali ini Anwar kena ikut tempo Khalid Posted: 03 Mar 2014 05:49 AM PST Oleh Abdul Rahman Malik [ULASAN] Kuasa boleh mengubah segalanya. Hanya itu harapan yang Anwar Ibrahim ada. Beliau berharap apabila dapat berkuasa sebagai Menteri Besar Selangor, segala masalah perpaduan dalam parti akan selesai. Sesungguhnya yang menyatukan ahli mana-mana parti politik, termasuk PKR, ialah kuasa. Melalui kuasa segala perubahan atau reformasi yang didambakan akan dapat dicapai. Demi kuasa juga setiap pemimpin harus berkorban. Tidak mengapa jika yang harus dikorbankan ialah sahabat dan ahli parti sendiri. Kini Anwar telah terlalu hampir dengan kerusi kuasa. Beliau berharapkan kemenangan yang besar tanpa menghadapi cabaran yang getir untuk menjadi ketua eksekutif negeri paling kaya di Malaysia. Jika ikut perancangan, jalan itu tidaklah sebegitu sukar. Lee Chin Cheh sudahpun memberi laluan dengan mengosongkan kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang. Khalid Ibrahim pula sudah dengan takzimnya mengumumkan beliau menjadi calon ganti. Keakraban yang diharapkan oleh Anwar untuk membuktikan kepada rakyat betapa kentalnya perpaduan dalam PKR yang wujud untuk menumbangkan Barisan Nasional yang dijadikan simbol rasuah, salahguna kuasa dan kronisme dapat dipamerkan kepada umum. PKR gelojoh hingga parti itu perlahan-lahan ia retak Malangnya, pertunjukan itu tidak kekal lama. Lantaran gelojoh mahu mencipta rekod kemenangan yang besar sekaligus dapat meyakinkan semua pihak, termasuk istana, betapa meluapnya kehendak rakyat mahu reformasi termasuk mengganti Menteri Besar, keretakan perpaduan PKR mula ketara. Sebenarnya, bukan begitu mudah untuk Khalid Ibrahim melepaskan kuasa. Sebelum ini beliau ialah seorang panglima korporat terbilang. Soal untung rugi adalah panduan hidupnya. Namun lima tahun lalu beliau dimandikan dengan kuasa politik pula. Kedudukan sebagai menteri besar memberinya kuasa lebih besar daripada amanah yang perlu digalas seorang ketua sesebuah badan korporat. Kejayaan yang dicapainya dari kerusi seorang menteri besar adalah berganda nikmatnya daripada memimpin entiti korporat. Apabila melihat begitu gesit dan pantasnya juak-juak Anwar menyusun langkah untuk "menekan dan memujuknya" melepaskan kerusi kuasanya itu, Khalid berasa tersinggung beliau dianggap pemimpin "pakai-buang". Ini mencabar maruahnya. Tidak sukar bagi Khalid mengenalpasti punca konspirasi menjatuhkannya. Sasarannya tentu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Lantas pada 28 Februari lalu, Khalid pun mengumumkan bahawa beliau akan mencabar Azmin untuk jawatan kedua tertinggi dalam parti. Jika Azmin dapat ditewaskan, Khalid menambah satu lagi aura kuasa untuk dirinya – kali ini berkuasa dalam PKR pula. Di medan korporat seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Azmin sudah dapat ditundukkannya. Begitu juga dalam majlis-majlis kerajaan tempatan. Saingan Khalid bukan lagi Azmin tetapi Anwar Kini dalam parti pula, pengaruh politik Azmin dapat dikembirikan. Namun Khalid sedar apabila beliau mengorak langkah politik ini, saingan sebenarnya bukan lagi Azmin. Kini beliau berhadapan dengan mentor Azmin – Anwar Ibrahim. Khalid insaf bahawa memang sudah sekian lama Anwar cuba menguasainya. Kebolehannya hanya dikotakkan Anwar sebagai masuk dalam kategori ekonomi dan kewangan sahaja. Namun memandangkan Anwar ialah penguasa mutlak dalam PKR, Khalid turutkan juga walaupun Anwar sudah lama menginjak halaman "kuasa"nya apabila beliau mengangkat dirinya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor. Walhal Khalid yakin ilmu ekonominya lebih tinggi daripada Anwar. Khalid kini dapat membaca bahawa Anwar sudah masuk ke dalam zon kelemahannya. Apabila secara kurang "waras" Anwar tiba-tiba mahu mengambil alih kerusi Menteri Besar yang didudukinya, Khalid tahu bahawa Anwar terdesak. Duta kuasa Anwar, Azmin Ali, ternyata bukan tandingannya. Lantas Khalid mencongak kini adalah masa terbaik untuk mengadu kepintaran siasah dengan Anwar. Langkah pertama pisahkan Azmin daripada Anwar. Azmin mesti disibukkan dengan memasang strategi untuk mempertahankan kedudukannya. Oleh kerana beliau ialah pengarah PRK Kajang, Khalid boleh menentukan sampai tahap mana pembabitan Azmin dalam pilihanraya 23 Mac nanti. Khalid kini atur langkah politik licik sendiri Khalid sudah menunjukkan tekad tidak mahu berada di bawah telunjuk Anwar. Isu air, beliau selesaikan sendiri. Desakan Anwar dan juak-juaknya supaya beliau menandatangani surat peletakan jawatan menteri besar tanpa tarikh tidak dihiraukannya. Kini mengatur program politiknya sendiri. Lebih 1,000 penyokong yang berhimpun di kediaman rasminya malam Sabtu lalu, pulang ke Cabang masing-masing untuk membisikkan bahawa Khalid sudah bersedia memimpin parti setelah berjaya mentadbir Selangor dengan cemerlang hingga kemenangan besar PRU ke 13. Perpaduan dan keharmonian PKR kini mula berkocak. Anwar tidak mampu menandatangani borang pencalonan PRK Kajang dalam keadaan partinya kucar kacir. Kali ini Anwar kena berbaik dengan Khalid. Sekurang-kurangnya Anwar kena bersetuju tidak menyebelahi Azmin seperti pemilihan PKR 2010. Kata pepatah "Jong pecah, yu kenyang". Jika PKR pecah yang tentu kenyang ialah Khalid. Sebelum PRK Kajang lagi beliau sudah menerima perakuan PAS akan terus menyokongnya menjadi Menteri Besar. Begitu juga Umno. Khabarnya sudah ada wakil Umno yang mula mengenyit mata pada Khalid. Dengan sokongan PAS dan Umno, Khalid sudah pasti menjadi hero Melayu di Selangor. Aura ini sudah pasti akan semerbak ke seluruh Malaysia. Anwar perlu berhati-hati kali ini. Khalid kini bukan hanya seorang tokoh korporat. Ilmu siasahnya sudah meningkat berlipat ganda. Memang benar kuasa boleh menyatukan. Bagaimana penyatuan dan perpaduan hanya boleh berkisar pada paksi kuasa yang ada di tangan Khalid bukan Anwar. | ||
"PKR Selangor bergolak, untungkan saya dan MCA", kata Chew Mei Fun Posted: 03 Mar 2014 05:46 AM PST ANTARAPOS.COM KAJANG: Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, Chew Mei Fun berkata pergolakan dalam PKR Selangor memberi kesan yang baik kepadanya dan MCA. Beliau bagaimanapun enggan menggunakan isu itu untuk mraih undi penduduk Kajang sebaliknya akan berkerja keras menyakinkan pengundi sepanjang tempoh berkempan kelak. "...mungkin, saya rasa pertelingkahan ini ada kesan baik untuk MCA (saya). "...bila rakyat lihat mereka asyik bertelingkah, mungkin rakyat akan rasa meluat, sekaligus ianya akan memberi kempen percuma untuk MCA di PRK Dun Kajang nanti," katanya di petik Sinar Harian. Umum mengetahui Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengalami krisis berpanjangan. Kemelut itu bertambah buruk apabila Khalid dikatakan mendalangi pengguguran Azmin sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Khalid juga terus dituduh mendalangi pemecatan 22 kakitangan Perbadanan Kemajuan negeri Selangor Sdn Bhd (PHSB) serta-merta, kerana dikatakan kroni Azmin. ADUN Perlabuhan Klang itu juga dituduh menyekat pelantikan semula 42 ahli majlis Pihak berkuasa Tempatan (PBT), juga dikatakan kroni Azmin. Namun, Khalid menafikan semua tuduhan itu. Belum pun bermula PRK DUN Kajang, Khalid mengumumkan akan mencabar Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden PKR, Mei depan. Mengulas lanjut, Chew yang juga Naib Presiden MCA berkata PRK kali ini adalah cabaran besar baginya kerana terpaksa berdepan dengan calon Pakatan Rakyat dari PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagaimanapun Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata Chew mampu memberi cabaran kepada Anwar. Kredibiliti dan pencapaian cemerlang Chew sebagai bekas ADUN Petaling Jaya Utara yang akan dinilai pengundi, kata Najib. "Kami akan sokong dia, mendoakan untuknya dan lakukan yang terbaik. Mungkin ini calon underdog kali ini tapi kita akan bekerja keras untuk memastikan hasil yang sepatutnya," kata Najib dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat majlis Tertinggi Umno, Februari lalu. PRK Dun Kajang akan diadakan pada 23 Mac ini manakala hari penamaan calon pula akan diadakan pada 11 Mac ini. | ||
Mahathir Dah Mula 'Geli' Dengan Najib Posted: 02 Mar 2014 10:14 PM PST shahbudindotcom.Dalam kritikan terbarunya terhadap pentadbiran Najib Razak, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad mempersoalkan pula pemberian tunai BR1M yang dilakukan sejak tiga tahun lalu, sambil mengingatkan pemimpin BN supaya tidak terus berada dalam khayalan bahawa kaedah itu boleh memberikan sokongan yang lebih kepada kerajaan. Katanya, kerajaan pernah mendapat sokongan yang baik daripada rakyat walaupun tanpa BR1M, malah sejak BR1M dilaksanakan serta digembar-gemburkan kesannya dalam meringankan beban kehidupan rakyat, hakikatnya bukan saja sokongan tidak bertambah, malah terdapat ramai yang miskin lagi ketika ini. Dalam masa yang sama, menurut Mahathir lagi sekiranya jumlah pemberian BR1M ditingkatkan sehingga RM1200 sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan untuk 7 juta penerima yang layak, jumlahnya akan meningkat kepada RM8.4 billion dan ini merupakan suatu jumlah yang banyak serta membebankan kewangan negara. Mahathir juga terasa "geli" dengan hujah Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah yang berbangga bahawa seramai 17,000 penerima BR1M sebelum ini tetapi mengambil keputusan menolaknya dengan alasan mereka bukan lagi dalam kategori susah dan ini menunjukkan tahap kematangan serta rasa tanggungjawab mereka yang tinggi. Bagi bekas Perdana Menteri paling lama itu, penolakan mereka terhadap BR1M tidak mencerminkan perasaan atau sentimen mereka yang sebenarnya kerana ia diperlihatkan ketika mereka mengundi, sementara yang lain menolaknya kerana menganggap pemberian tunai itu adalah sejenis rasuah. Kritikan Mahathir mengenai BR1M ini adalah serangan terbarunya terhadap pentadbiran Najib di mana sebelum ini beliau juga mengkritik hasrat negara mencapai tahap berpendapatan tinggi, kempen pemberian wang dan hadiah dalam pilihanraya kecil Sungai Limau, menyifatkan Najib sebagai lemah kerana kerap tunduk kepada tuntutan eketremis dan beberapa kritikan yang lain lagi. Mahathir juga seolah-olah bersilih-ganti dengan bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin dalam melancarkan serangan terhadap Najib. Daim sudah dua kali secara terbuka mengkritik kepimpinan Najib sebagai rapuh dan tidak tegas serta membayangkan jika pilihanraya diadakan dalam keadaan sekarang, ia lebih memungkinkan BN menerima kekalahan. Dengan kekerapan Mahathir dan Daim memuntahkan peluru serangannya secara silih berganti dan semakin pedas terhadap Najib kebelakangan ini, mereka tidak ubah seperti pasukan pelari pecut yang saling bekerjasama, saling membuka ruang dan kemudian melakukan pecutan kemenangan di ketika yang sesuai. Selama ini, sudah banyak yang mengkritik pemberian tunai BR1M kerana ia bukanlah kaedah yang mampan untuk menolong rakyat. BR1M bukan saja mirip kaedah golongan bangsawan zaman dahulu yang kerap mencampakkan syiling untuk golongan miskin, malah BR1M juga bertentangan dengan DEB kerana ia hanya memberikan "ikan" tetapi tidak membekalkan "pancing" kepada rakyat. Beberapa kritikan Mahathir dan disusuli dengan Daim terhadap Najib dan kerajaan kebelakangan ini, jelas menunjukkan mereka sudah mulai "geli" dengan cara pentadbiran dan kepimpinan Najib yang terus-terusan lemah, merugikan negara dan tidak menguntungkan rakyat. Semua kelemahan yang bukan saja berterusan, malah juga bertambah, lebih memungkinkan BN ditimpa kekalahan dan kehilangan kuasa dalam PRU 14 nanti. Tambahan pula dengan langkah PR yang semakin agresif melalui gerakan KajangMove yang seterusnya menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sebagai tangga ke arah cita-cita menawan Putrajaya, BN dilihat semakin terhimpit dan kehilangan upaya. Meskipun Najib segera mempertahankan dasar pemberian tunai ini dengan jawapan pantasnya hari ini yang mengatakan BR1M merupakan dasar yang bersasar serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi dalaman dan membuatkan orangramai segera ke Sogo dan pasar minggu untuk membelanjakan wang pemberian itu, hakikatnya jawapan Najib ini akan membuatkan bermulanya "episod jawab-menjawab" antara beliau dengan Mahathir. Kecuali jika Mahathir tidak sihat atau dimasukkan ke hospital, beliau pasti akan memberikan jawapan balas terhadap reaksi Najib itu. Sebagaimana Pak Lah yang akhirnya kecundang kerana mula jawab-menjawab dengan Mahathir, Najib juga sedang memasuki episod yang bakal memerangkap dirinya kerana tiada sesiapa yang mempunyai skil menjawab dan membalas serangan sehebat Mahathir. Jika pemimpin dunia pun sering kalah dengan hujah-hujah Mahathir, Najib nyata terlalu "junior" untuk bersaing dengannya. Jika sebelum ini Najib lebih memilih untuk berdiam terhadap semua serangan Mahathir dan Daim, tindakannya sekarang seperti menandakan bermulanya krisis terbuka antara keduanya. Episod yang lebih menarik sedang dinanti-nantikan selepas ini. | ||
PRK Kajang: Kaum India dah lama tolak BN- Manivanan Posted: 02 Mar 2014 10:05 PM PST KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR: Cabaran bekas timbalan menteri, P Waythamoorthy agar Umno BN menjadikan Pilihan Raya Kecil DUN N25 Kajang sebagai referendum untuk membantu masyarakat India adalah sesuatu yang ganjil, tegas Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan. Ini kerana katanya, masyarakat India telah lama menolak Umno BN dan menyedari parti itu tidak mampu untuk menaiktaraf kehidupan mereka. "Malah, Waythamoorthy sendiri telah meletakkan jawatan dari Kabinet Datuk Sri Najib Razak kurang sebulan lalu kerana Umno BN gagal berperanan sebagai kerajaan yang mengangkat martabat masyarakat India. "Yang mengejutkan saya ialah mengapa Waytha bersikap tidak masuk akal dengan melontarkan cabaran sebegitu," ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini. Manivanan berkata, tiada gunanya membiarkan Umno BN menabur janji palsu sekali lagi terhadap pengundi di Kajang terutamanya masyarakat India kerana rekod buruk mereka terbukti gagal menangani isu membabitkan kaum itu. Katanya, Pakatan Rakyat selama ini komited untuk membela masyarakat India yang masih dibelenggu isu seperti kemiskinan dan kemunduran daripada menjadi mangsa politik Umno BN. "Keyakinan yang diberikan oleh pengundi India dalam dua pilihan raya umum yang lalu memberi isyarat kepada Umno BN bahawa mereka tidak lagi percaya dengan politik murahan, yang hanya menabur janji ketika berlakunya pilihan raya," ujarnya. | ||
Kelantan-Selangor laksana 7 projek usahasama Posted: 02 Mar 2014 10:03 PM PST Salmah Mat Husain|Foto Rizal Tahir KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan dan Selangor semalam mencapai persetujuan untuk melaksanakan tujuh projek usahasama bagi manfaat ekonomi kedua-dua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat. Sehubungan itu satu memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani kedua belah pihak bertempat di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR10, dekat sini, semalam. Daripada tujuh projek yang dirangka, empat bakal dilaksanakan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) membabitkan pusat halal hub bertaraf antarabangsa, pendidikan, rawatan air dan sistem horas. Tiga lagi projek pula bakal dikendalikan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) bagi mengembangkan Ar Rahn (sistem gadaian Islam) di Selangor, pembangunan wifi dan jalur lebar di Selangor dan mewujudkan pusat pengumpulan pemasaran bagi produk makanan halal keluaran usahawan Kelantan dan Selangor. MoU ditandatangani Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan disaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan dan Selangor. Ustaz Ahmad, ketika berucap berharap MoU yang ditandatangani akan dilaksanakan secepat mungkin dan menjadi rahmat kepada kedua-dua belah pihak. "(Sebagai contoh) masalah kapsul yang selama ini diragui status halalnya diharap dapat diatasi dengan terbinanya pusat hab halal," ujarnya. Abdul Khalid pula berkata, proses pemantauan akan dilakukan setiap tiga bulan oleh pegawai khas yang dilantik untuk memastikan keberhasilan MoU yang ditandatangani. Menurut beliau, Selangor juga mencontohi Kelantan dalam menubuhkan sekolah sains tahfiz yang mampu mendidik masyarakat kepada ajaran Islam yang murni. Abdul Khalid dan Ustaz Ahmad dalam sidang media selepas majlis menandatangani MoU. | ||
Polis, sindiket jenayah mungkin dalang ancaman- Sanjeevan Posted: 02 Mar 2014 10:00 PM PST Oleh: Lyn Nasir KUALA LUMPUR : Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) R Sri Sanjeevan percaya ancaman yang berlaku kepadanya baru-baru ini ada kena mengena dengan pendedahan mengenai sindiket jenayah yang didalangi pegawai polis. "Saya tak mahu mengesyaki siapa punya angkara semua ini, tapi saya tahu kerja saya ini adalah untuk mendedahkan polis yang terlibat dengan salahguna kuasa, aktiviti jenayah, kes dadah, pelacuran dan banyak lagi. "Mungkin yang terlibat dalam kes ini adalah polis ataupun sindiket jenayah. Saya tak nak syak sesiapa, itu kerja polis dan mereka perlu siasat," ujarnya ketika dihubungi. Terdahulu, Sanjeevan dalam laman Twitternya kelmarin mendakwa beliau nyaris dilanggar dan diserang dua lelaki yang menaiki sebuah kereta Perodua Kancil dengan nombor pendaftaran WJH 2664. Malaysiakini melaporkan, Sanjeevan mengadu diekori kereta berkenaan selepas memeriksa sebuah pusat maksiat di Negeri Sembilan. Bagaimanapun, beliau berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian yang berlaku jam 5.30 petang itu. Susulan itu, Sanjeevan membuat laporan polis jam 5 pagi tadi di Balai Polis Bahau selepas pulang dari menghadiri sebuah program KEADILAN di Batu Pahat, malam tadi. "Terserah kepada pihak polis untuk membuat siasatan dalam kes ini. "Sebelum ini saya buat laporan polis tapi selalu kata dalam siasatan, tapi tidak ada tindakan diambil," katanya menambah laporan polis dibuat sepanjang tahun lalu bermula Januari sehingga Oktober. Dalam kejadian Julai tahun lalu itu, Sanjeevan ditembak di dada oleh seorang penunggang motorsikal di sebuah persimpangan lampu isyarat berhampiran rumahnya di Bahau. Kejadian itu berlaku selepas menerima ancaman bunuh berkaitan usaha-usahanya mencegah jenayah, termasuk dakwaannya tentang sendiket jenayah yang didalangi pegawai polis Negeri Sembilan. | ||
Dakwa Anwar mahu lepas diri, Zaid terdesak raih undi Kajang Posted: 02 Mar 2014 09:56 PM PST Oleh: Lyn Nasir KUALA LUMPUR : Naib Presiden KEADILAN, N Surendran membidas kenyataan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengusahakan 'langkah Kajang ' bagi menyelamatkan diri daripada kes Fitnah II. Menurut Surendran, kenyataan Zaid itu bukan sahaja tidak menunjukkan kematangan, malah dilihat terdesak untuk meraih undi. "Daripada PRU 13 lagi, pertuduhan kes liwat ini ditimbulkan, kenapa seorang pemimpin harus ada sikap yang tidak matang dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal. "Isu ni dah dimainkan lama, tapi Anwar dah terlepas dan masih bertahan sampai hari ini, kenapa timbul lagi isu sebegini?," soalnya ketika dihubungi. Terdahulu, Zaid yang bercakap dalam majlis makan malam bersama pengundi Kajang malam tadi turut berkata Anwar mahu menjadi menteri besar bagi memperoleh pengaruh, jika terlepas dari dakwaan itu. Kata Surendran, tuduhan Zaid merupakan modal politik BN dan menunjukkan bekas menteri itu kehabisan idea dalam kempen pilihan raya kecil itu. "Mereka seolah-olah tiada modal untuk berkempen, tapi gunakan isu yang sudah lapuk untuk meraih undi daripada masyarakat, terutama penduduk Kajang," "Tolong rasional dalam mengeluarkan apa-apa kenyataan, walaupun nak raih undi penduduk Kajang, jangan dilihat seperti terdesak," ujarnya. | ||
Saya tak rasa terkilan, kata Lim Guan Eng Posted: 02 Mar 2014 09:55 PM PST Ini adalah prerogatif kerajaan pusat. GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menafikan laporan sebuah akhbar bahawa beliau terkilan dengan keputusan kerajaan persekutuan menamakan Jambatan Kedua Pulau Pinang sempena nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. "Saya tak pernah rasa terkilan…Ini adalah prerogatif kerajaan pusat dan kami tidak mempertikaikan prerogatif kerajaan pusat," katanya dalam sidang media, di sini. Pada 1 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Jambatan Kedua Pulau Pinang dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada majlis perasmian jambatan itu. Jambatan sepanjang 24 km itu – 17 km daripadanya merentasi laut dan tujuh kilometer di daratan – dibina dengan reka bentuk bersifat lestari alam sekitar bagi menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung di bahagian pulau. Dalam sidang media itu Lim mengumumkan pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Itam Wong Hon Wai sebagai setiausaha politik baharu kepada Ketua Menteri menggantikan Anggota Parlimen Tanjung Ng Wei Aik. Lim berkata majlis angkat sumpah akan diadakan pada 10 Mac ini.– BERNAMA | ||
Pakai Topeng Muka Ketika Jerebu - Subramaniam Posted: 02 Mar 2014 09:49 PM PST MSTAR ONLINE IPOH: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengingatkan orang ramai agar mengambil langkah awal termasuk memakai topeng muka ketika kawasan mereka dilanda jerebu. Beliau berkata, setakat ini tahap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) adalah tidak berbahaya berikutan kejadian kebakaran hutan di beberapa kawasan seluruh negara yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara dan jerebu. "Orang ramai diminta menjaga kesihatan mereka, jangan terlalu lama terdedah pada cuaca panas ketika melakukan aktiviti luar dan kerap minum air masak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Persatuan India Kinta pada Ahad. Mengulas jumlah kes denggi yang dilihat kian meningkat, Subramaniam berkata, kesedaran rakyat berhubung kebersihan perlu dipertingkat bagi mengelak pembiakan nyamuk Aedes di kediaman mereka. Beliau turut meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan sewajarnya dengan mempertingkat kualiti dalam melakukan kerja-kerja pembersihan. "Di peringkat negeri, pengarah kesihatan selalu mengadakan mesyuarat melibatkan wakil semua pihak," katanya. Sebanyak 38 kematian akibat denggi dilaporkan di seluruh negara bagi tempohdua bulan pertama tahun ini berbanding lapan kematian dalam tempoh sama pada 2013. - BERNAMA | ||
'Guru Disiplin' Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Didakwa Cabul Penghuni Posted: 02 Mar 2014 09:48 PM PST JOHOR BAHRU: Polis sedang menyelesaikan laporan penderaan seksual dan fizikal yang mengejutkan di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak di Taman Abad di sini yang didaftarkan sebagai sebuah tadika tetapi beroperasi sebagai asrama. Guru disiplin pusat tersebut, yang merupakan seorang lelaki Afrika dalam usia lingkungan 40-an dikatakan telah melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak perempuan berumur antara empat dan tujuh tahun. Dua daripada kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun di rumah itu juga didakwa melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak yang lebih muda. M.Letchumy, 39, yang telah berhenti daripada berkhidmat sebagai pembantu di pusat itu baru-baru ini selepas bekerja di sana sejak November tahun lepas berkata 'guru disiplin' terbabit mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak perempuan apabila dia datang ke situ semasa waktu makan tengahari. "Dia akan membawa mereka ke satu tempat, mencium bahagian bibir dan pipi dan menodai mereka," katanya sambil menambah dia telah membuat laporan polis pada 28 Februari lalu. Katanya, dia melihat sesuatu yang tidak kena dengan kanak-kanak perempuan di situ pada Disember dan cuba mendekati mereka tetapi mereka enggan memberitahunya apa yang telah berlaku. "Mereka hanya menceritakan perkara sebenar selepas berulang kali jaminan diberikan bahawa mereka tidak akan dihukum. "Sesetengah daripada mereka memberitahu ibu bapa mereka bahawa guru terbabit telah mencium muka dan dada mereka serta menyentuh bahagian sulit mereka sehingga merah dan bengkak," tambahnya. Letchumy mendakwa bahawa dua kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun di rumah itu juga telah memaksa kanak-kanak di situ yang lebih muda melakukan seks oral ke atas mereka. Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun yang telah tinggal di rumah tersebut sebelum ini berkata dia telah diminta melakukan perbuatan seksual untuk mereka yang dipanggil 'abang yang lebih tua'. "Penderaan ini berlaku dengan kerap. Mereka akan mengejut saya pada waktu tengah malam dan membawa saya ke tempat tidur mereka dan memaksa saya untuk melakukannya. "Pada mulanya saya takut dan enggan tetapi mereka mengancam untuk memberitahu guru dan memberi amaran bahawa saya akan dirotan," katanya. Saudara kandungnya yang berusia 11 tahun yang juga tinggal di rumah itu berkata kedua-dua kanak-kanak lelaki itu turut menyuruh kanak-kanak lelaki dan perempuan yang lebih muda mengikut kehendak mereka. "Pada satu malam, saya melihat salah seorang daripada mereka membawa adik saya ke katilnya. Mereka melindungi diri dengan selimut. Apabila saya memberitahu guru pada keesokan hari, saya diminta untuk berdiam diri, jika tidak, saya akan dihukum," katanya. Menurut Letchumy, kebanyakan ibu bapa kanak-kanak di situ bekerja di Singapura dan hanya datang melawat mereka pada hujung minggu. Dia berkata ibu bapa membayar purata RM600 bagi setiap kanak-kanak yang dihantar ke situ yang telah didaftarkan sebagai sebuah tadika. Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, tiga kertas siasatan dibuka bagi siasatan kes itu. "Laporan tersebut disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001. Kami akan memberikan keutamaan kepada apa-apa yang melibatkan kebajikan dan penjagaan kanak-kanak," katanya. | ||
Terowong Dasar Laut Masih Diperlukan - Guan Eng Posted: 02 Mar 2014 09:46 PM PST GEORGE TOWN: Terowong dasar laut yang menghubungkan bahagian pulau dengan tanah besar Pulau Pinang masih diperlukan walaupun dengan pembukaan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, kata ketua menteri Lim Guan Eng. Terowong di antara Persiaran Gurney dan Bagan Ajam yang bertindak sebagai akses ketiga itu akan menjadi sebagai pemangkin dan perubahan pembangunan bagi pertumbuhan ekonomi di utara Seberang Prai. "Ia juga akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di pulau itu," katanya dalam satu kenyataan media, Ahad. Lim mengulas gesaan oleh pihak-pihak tertentu yang inginkan pautan ketiga yang dicadangkan itu dibatalkan. "Terdapat hanya dua bantahan rapuh yang diberikan iaitu tidak ada keperluan untuk pautan ketiga kerana sekarang sudah terdapat dua jambatan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di negeri ini dan kebimbangan alam sekitar dengan membina terowong di bawah dasar laut. "Mana-mana kajian asas pengangkutan akan bertanggungjawab terhadap sebuah pulau, lebih banyak rangkaian adalah lebih baik dari segi perhubungan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas," katanya. Lim berkata terowong itu akan membawa pembangunan di utara Seberang Prai kerana pusat Seberang Prai dapat menghubungkannya dengan Jambatan Pulau Pinang dan Seberang Prai selatan dengan jambatan baru. Pada majlis yang lain, Lim berkata kerajaan Pulau Pinang menyokong keputusan Kerajaan Persekutuan dalam menamakan jambatan baru itu. "Menamakan jambatan terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan kami menyokong pilihan yang telah dibuat," kata beliau pada sidang media selepas gotong royong di Taman Hijau, Batu Lanchang di sini, Ahad. Lim turut ditanya mengenai kadar tol bagi jambatan baru tetapi beliau enggan mengulas kerana penetapan kadar adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. | ||
'Suara Pondok' berkhidmat untuk rakyat Posted: 02 Mar 2014 09:40 PM PST Suara Pondok ini lebih kepada entiti dalam bentuk yang bagaimana, politik atau ke arah mana? Lebih kepada kepimpinan negara, itu yang utama, yang keduanya kita lebih kepada berkhidmat untuk rakyat, contohnya dalam sehari dua ini, kita juga memberi tumpuan kepada kebajikan, itu kita tidak abaikan, namun matlamat utama kita adalah kepada kepimpinan, walaupun dilihat Suara Pondok ini lebih kepada Kerajaan Persekutuan. Walaupun melihat di situ, kita juga ada garis panduan, selagi tidak bercanggah dengan Islam kita ikut, sebaliknya jika bertentangan, kita tetap menolak. Ustaz sebagai bekas calon, adakah itu sebagai platform untuk lebih ke hadapan? Bekas calon, sebenarnya saya tidak berhajat pun nak jadi calon tetapi apabila diletakkan sebagai calon, saya melihat untuk berkhidmat kepada rakyat saya perlu ada platform, maka saya memilih Suara Pondok sebagai badan bukan kerajaan untuk bergerak maju ke hadapan, dan mungkin betul juga sebagaimana ditekankan iaitu untuk masa depan saya. Setakat ini, bagaimana dengan keahlian Suara Pondok itu sendiri? Pertubuhan Suara Pondok ini baru berdaftar dan dalam proses membuka keahlian, khususnya kepada orang berpendidikan pondok. Ada sesetengah mengkritik Ustaz sendiri, kononnya Ustaz cuba membawa orang pondok lebih memihak kepada BN, apa komen Ustaz dalam isu ini? Sebenarnya, asalnya kita melihat dari sudut agama, Umno lebih kepada menjaga akidah ahli sunah, dari sudut akidah, jadi bila orang pondok melihat apabila Pas mengeluarkan kenyataan dan fatwa yang agak lari dengan garisan Ahli Sunnah Wal Jamaah, sebenarnya orang pondok ramai menyokong Pas, tetapi disebabkan banyak kenyataan yang agak lari dengan pendirian Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka mereka ambil jalan untuk mendiamkan diri. Saya terpanggil menubuhkan Suara Pondok ini supaya mereka boleh berjuang dengan kita untuk menegakkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jadi Umno dan BN mungkin dari sudut benda lain tu kelemahannya banyak, tetapi dari sudut akidah, mereka meletakkan untuk memperjuangkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sebaliknya Pas tidak menyebut secara jelas, walaupun ada sebahagian yang menyebut, tetapi daripada segi kenyataan itu ada yang bercanggah. PROFIL Nama: Mohd Syamsul Mohd Yusoff Umur: 35 tahun Jawatan: Ketua Penerangan Pertubuhan Suara Ulama Pondok Kelantan (Suara Pondok) | ||
Posted: 02 Mar 2014 09:36 PM PST Foto: SinarHarianAmirul Ashraff KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal dikena tindakan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berikutan kekecohan yang berlaku selama lapan minit pada perlawanan persahabatan antara skuad kebangsaan menentang Filipina di stadium Majlis Pembandaran Selayang (MPS), Sabtu lalu. Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, tindakan yang dilakukan oleh Ultras Malaya dengan membakar suar serta membaling bom asap ke dalam padang pada minit ke-30 perlawanan, bukan sahaja memalukan malah AFC boleh mengambil tindakan sekiranya Filipina membuat aduan. "Berkemungkinan dikenakan tindakan. Dari segi denda saya tidak tahu tapi lazimnya apabila ini berlaku ia boleh membahayakan pemain serta pasukan pelawat yang datang, kit kena berhati-hati menjaga mereka.Jadi saya harap tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak tertentu. Bagi saya ia amat memalukan negara. "Kita risau juga kalau Filipina buat aduan kerana akan ada tindakan tertentu kepada FAM. Sekarang penyokong ramai yang datang memberikan sokongan tapi apabila berlaku insiden seperti ini ia amat merugikan," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan kelmarin. Pada perlawanan itu, skuad negara yang dikendalikan oleh Datuk Ong Kim Siew bermain dengan agak baik sepanjang perlawanan dengan beberapa siri percubaan merbahaya terhadap pintu gol pasukan lawan dan hampir menyumbat empat gol dalam tempoh 20 minit pertama. Namun sebaik sahaja perlawanan memasuki minit ke-30, Ultras Malaya yang pada mulanya hanya berdiam diri sejak awal permainan bertindak dengan membakar suar serta membaling bom asap ke arah padang. | ||
Dadah ubah manusia jadi kanibal! Posted: 02 Mar 2014 09:32 PM PST HAMPIR setiap minggu kita dikejutkan dengan pelbagai bentuk kekejaman jenis baharu. Cerita anak ugut emak, pukul emak, cederakan ayah malah ada yang sampai ke peringkat membunuh ibu yang melahirkan dan membesarkannya kerana pengaruh dadah. Namun pernahkah kita terfikir, kini sudah ada jenis dadah yang mampu mengubah manusia menjadi kanibal (pemakan orang) atau zombie. Itulah kesan dadah sintetik yang menggerunkan iaitu bath salt yang mencetuskan celaka kepada masyarakat di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah. Dalam satu kejadian di Miami, Florida pada 29 Mei 2012, seorang lelaki gelandangan kehilangan hampir suku wajahnya kerana 'dimakan' penyerang berbogel yang berada bawah pengaruh bath salt. Polis akhirnya menembak mati penyerang itu yang tidak mengendahkan arahan supaya berhenti menggigit wajah mangsa sambil mendengus seperti haiwan liar. Di Scotland, seorang remaja maut dipercayai selepas mengambil bath salt yang dibelinya dengan harga RM50, manakala di Britain, seorang remaja perempuan melucutkan pakaian dan bertelanjang bulat di sebuah pasar raya akibat pengaruh dadah itu. Di negara kita, walaupun setakat ini tiada rekod menunjukkan kehadiran bath salt, namun pihak berkuasa sentiasa memantau memastikan dadah jenis paling berbahaya itu tidak terlepas. Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Pencegahan/ Kepolisian Am) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Jamaludin Kudin berkata, bath salt menjadi topik seminar di Vienna, Austria, Mac tahun lalu. "Masa itu, dadah ini belum ada nama lagi. Hujung tahun lalu, ketika saya menghadiri persidangan, barulah pihak berkuasa AS memanggilnya dengan nama bath salt. "Saya kurang pasti kenapa ia diberi nama bath salt. Mungkin rupanya seakan bahan itu," katanya. Dadah masa depan Walaupun dadah jenis ini masih belum dikesan di Malaysia, Jamaludin berkata, polis sentiasa menjalankan pemantauan rapi membendung kemasukan bahan bahaya itu. Beliau melabelkan bath salts sebagai dadah masa depan. Lebih merisaukan, katanya, bukan hanya negara, malah dunia juga bakal berdepan risiko dadah berbahaya itu memandangkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dadah berkenaan tidak ditemui setakat ini kerana formula mencipta bahan itu sentiasa bertukar. "Ketika saya menyertai persidangan berkaitan dadah di Bangkok, Thailand hujung tahun lalu, saya ada minta penjelasan seorang pakar dari AS mengenai bentuk dadah dan jenis bahan kimia digunakan. Namun, mereka sendiri tidak dapat kenal pasti," katanya. Menurutnya, ia akan menjadi masalah paling besar kerana bahan yang tidak dapat dikesan itu boleh masuk dalam pelbagai bentuk. "Kita boleh andaikan dadah ini sudah masuk ke negara ini jika ada laporan polis dibuat bahawa ada orang hilang pipi atau daging," katanya. Berdasarkan pencarian maklumat di internet, difahamkan, dadah tersebut dinamakan sedemikian sempena garam yang digunakan dalam mandian yang merangsang otak ke tahap tertinggi dan meningkatkan suhu badan kepada 41.6 darjah Celsius. Keadaan itu menyebabkan halusisasi dan perlakuan ganas ekstrem sehingga penagih hilang pertimbangan dan sanggup membunuh. Seorang doktor berpengalaman lebih 30 tahun di unit kecemasan, Dr James Wright berkata, bath salts merupakan antara 10 jenis dadah paling berbahaya di dunia kerana pengambilan yang berlarutan beberapa jam menyebabkan seseorang itu menjadi gila, dengan 85 peratus dijangka pulih dalam tempoh 30 hari, manakala 15 peratus lagi kekal gila sampai mati. Kekangan undang-undang Trend sindiket pengedaran dadah yang mengubah struktur bahan menghasilkan dadah antara cabaran terpaksa dihadapi pihak penguat kuasa. Jamaludin berkata, pihaknya hanya boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan dadah sebagaimana terkandung dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya (ADB). "Sindiket ini sentiasa mengubah struktur bahan kimia menghasilkan bath salt. Mereka akan cuba ubah struktur supaya bahan digunakan tiada dalam jadual pertama. "Ia menimbulkan masalah pendakwaan kerana ia sebab tiada dalam jadual tersebut. Namun jika bahan kimia terlarang itu terkandung dalam Jadual 3, tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun, tapi hukumannya denda berbanding ADB memperuntukkan hukuman berat," katanya. Katanya, perkara itu boleh diatasi jika bahan-bahan tersebut didaftarkan di bawah jadual pertama, namun ia mengambil masa agak panjang. "Berdasarkan undang-undang, memasukkan dadah ini dalam jadual pertama, ia di bawah bidang kuasa Menteri Kesihatan, bukan polis atau Menteri Dalam Negeri. "Melainkan jika ia melibatkan pindaan undang-undang, barulah perkara ini dibawa ke Parlimen," katanya. Jamaludin berkata, polis juga berdepan dengan masalah kemasukan bahan kimia ke negara ini kerana ia mempunyai kaitan dengan kepentingan ekonomi bagi industri lain. "Kebanyakan bahan kimia yang digunakan untuk membuat dadah sintetik itu ada keperluannya dalam industri lain seperti kosmetik contohnya asid hidroklorik. Sebab itu Bahagian Farmaseutikal ada kuasa undang-undang berkaitan aktiviti pemesongan. "Ketika bahan kimia diimport untuk kilang kosmetik contohnya, ada pemesongan sebahagian bahan tersebut dan sindiket ambil peluang ini. Kongsi maklumat dadah Sebagai persediaan menghadapi ancaman dadah baharu, Jamaludin berkata, pihaknya menghadiri semua persidangan dunia, seminar dan kursus berkaitan dadah dianjurkan oleh badan dunia, selain memenuhi jemputan mereka. "Kita merancang menghantar pegawai narkotik ke negara-negara tertentu bagi mengumpul maklumat perkembangan dadah. "Inilah program yang menjadi sumber kepada perkongsian maklumat kerana negara-negara tersebut akan membentangkan perkembangan dadah di negara masing-masing. Kita boleh tahu dadah baharu di negara mereka," katanya. Jamaludin menegaskan, pengusaha spa dan pusat kecantikan tidak perlu bimbang walaupun dadah itu mempunyai nama sama dengan garam mandi yang digunakan di premis mereka. "Takkanlah bila mereka pakai garam mandi, kita nak terus serbu kedai itu. Kita tak akan ambil tindakan tanpa jalankan siasatan," katanya. Tidak boleh tukar nama Walaupun nama bath salt hampir menyerupai istilah garam mandi yang digunakan di spa dan pusat kecantikan di negara ini, beliau berkata, nama itu bagaimanapun tidak boleh ditukar kerana, istilah itu sudah digunakan di seluruh dunia. "Nama ini bukan kita bagi, tapi AS. Kita ikut saja sebab kajian itu daripada negara maju. Jadi, bila dia bagi satu istilah, kita kena ikut sebab kalau kita buat nama lain, nanti orang tak tahu," katanya. Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan diri daripada terlibat dengan parti dadah. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan