Biaqpila |
KEPUTUSAN LIGA PERDANA 14/3/14 Posted: 14 Mar 2014 08:50 AM PDT |
VIDEO RAJA BOMOH NAK TAMPAQ KJ Posted: 14 Mar 2014 06:03 AM PDT Raja Bomoh: Khairy ni gila, saya tampar baru tahu PETALING JAYA: Selain mencabar Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin untuk meletak jawatan, Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin juga mengugut untuk menampar menteri itu seperti yang telah dilakukannya kepada seekor buaya. Berdasarkan sebuah video yang dimuat naik oleh suara.tv, Ibrahim melahirkan rasa tidak puas hatinya setelah Khairy meminta agar bomoh itu diberkas polis atas perbuatannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beberapa hari lepas. Bertegas bahawa Khairy sepatutnya menghormati orang tua, Ibrahim berkata bahawa Khairy seharusnya berjumpa dengannya terlebih dahulu sebelum melabelkan perbuatannya sebagai syirik. "Saya pun tak takut dengan dia. Letak jawatan sebagai menteri, boleh lawan dengan saya. "Dia pun bukan senonoh sangat perangai. Saya cabar dia letak jawatan, kemudian kita try fight. "Saya tampar dia macam buaya baru tahu. Dia cakap kurang asam, biadap," katanya. Dua hari lepas, Ibrahim serta beberapa pengikutnya sibuk menjalankan upacara memanggil semula pesawat MAS MH370. Upacara tersebut turut menyaksikan Ibrahim duduk di atas tikar serta penggunaan dua biji kelapa dan teropong. Ibrahim juga bertegas mengatakan jika perkara ini melarat, maka memorandum akan dihantar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Tambah beliau, ini bukan kali pertama beliau menentang seorang menteri. Kali pertama, katanya, beliau telah menentang bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Allahyarham Tan Sri Abdul Samad Idris. "Dia (Khairy) budak baru. Dia ingat saya baru setahun jagung. "Orang kampung dia (di Rembau) boleh gempar lah, Ibrahim Mat Zin jangan gempar. Kalau dia gempar saya akan ambil tindakan mahkamah," katanya. Bomoh itu yang sememangnya tidak berpuas hati dengan ahli parlimen Rembau itu menambah: "Apa dia ingat saya budak-budak untuk ditangkap, dia ingat saya adik dia ke." "Jangan ingat saya bomoh sengkek kampung. Saya pun ada peguam," katanya. Ibrahim kemudian memberi amaran kepada Khairy untuk tidak melakukannya sekali lagi, jika tidak, dia tidak akan teragak-agak untuk menyamannya sebanyak RM100 juta. "Saya akan saman dia kerana menjatuhkan imej mahaguru datuk. Anak murid saya seramai berapa juta orang sanggup menghadap mahkamah," katanya. Menyifatkan Khairy sebagai sampah masyarakat, beliau turut mempersoalkan pelantikan Khairy sebagai seorang menteri. "Saya ingat dia gila lah, semua orang (dia anggap) musuh. Macam mana Najib boleh ambil dia sebagai menteri. "Kalau saya jadi Najib saya tendang dia macam bola, sampah masyarakat," kata Ibrahim. Beliau turut mempertahankan usahanya mencari pesawat MH370 yang telah hilang selama tujuh hari itu. "Saya usaha cara tradisional, bawak bakul, buah kelapa, tikar. Yang buat tikar terbang bukan saya, itu pemberita yang buat, saya duduk saja," katanya. Khairy di akaun Twitternya pula tampak bersahaja dengan ugutan Raja Bomoh itu malah memaparkan pautan video itu. "Raja Bomoh VIP nak tampar saya cam kokedai," katanya. -FMT greenboc |
Posted: 13 Mar 2014 09:00 PM PDT Musibah adalah Teguran Sekaligus Bukti Kecintaan Allah pada Kita"Cubalah fahami musibah sebagai bentuk teguran halus Allah SWT kpd kita.. Supaya kita jauh lebih dekat dan makin dekat lg dgn Yg Maha Kuasa" [Almarhum Ustadz Jefry Al-Bukhori] Oleh ulama, musibah didefinisikan sebagai"segala apa yang dibenci yang terjadi pada manusia" (kullu makruuhinyahullu bi al-insan) (Ibrahim Anis, al-Mu'jam al-Wasith, h. 527). Tiada seorang hamba pun yang ditimpa musibah, melainkan itu akibat dari dosa yang diperbuatnya. Maka sudah seharusnya, dia bertaubat nasuha kepada Allah SWT. Orang yang tak mau bertaubat setelah tertimpa musibah, adalah orang sombong dan sesat. Allah SWT berfirman : "Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah isebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar(dari kesalahan-kesalahanmu)." (QS Asy Syuura : 30) Sabda Nabi SAW "Setiap anak Adam memiliki kesalahan (dosa). Dan sebaik-baik orang yang bersalah, adalah orang yang bertaubat." (HR at-Tirmidzi). Musibah juga merupakan bukti bahwa Allah mencintaimu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika Allah menghendaki kebaikan bagi hamba-Nya, niscaya Allah akan menyegerakan hukuman baginya di dunia dan jika Allah menghendaki keburukan pada hamba-Nya niscaya Allah akan mengakhirkan hukuman atas dosa-dosanya sehingga Allah akan menyempurnakan hukuman baginya di akhirat kelak." (HR. Al-Imam At-Tirmidzi dari shahabat Anas ibn Malik radhiyallahu 'anhu). "Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung dengan besarnya ujian/musibah yang menimpamu." (HR. Al-Imam At-Tirmidzi dari shahabat Anas radhiyallahu 'anhu) Musibah juga merupakan tanda bahwa Allah subhanahu wa ta'ala akan mengampuni dosa-dosamu, Rasulullah SAW Bersabda: "Tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah tertusuk duri atau lebih dari itu, kecuali dengannya Allah akan menghapus sebagian dosanya." (HR Bukhari dan Muslim) Sahabat, Marilah Sama2 kita Mendekatkan Diri Kepada Allah, dengan cara Bertaubat KepadaNYA, Menjalankan Segala PerintahNYA dan Menjauhi Segala LaranganNYA. Semoga Bermanfaat. sumber SET BERSALIN MURAH (NONA ROGUY, SALINDAH DAN SENDAYU TINGGI) |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan