DUNIACACAMARBA |
- [Video] Raja Bomoh Sekali Lagi "Warning" KJ
- MH370 Dipesongkan ke Kepulauan Andaman?
- [Video] Saya Tampar KJ Macam Buaya, Baru Dia Tahu – Raja Bomoh
- [PANAS] Raja Bomoh Ugut SAMAN Sesiapa Tuduh Ritualnya Langgar Syariat Islam
- [PANAS] Amerika Dakwa Malaysia Beri Data MH370 Terbang 4 Jam Selepas Hilang, Mengapa Malaysia NAFI?
- Amerika Ada Petunjuk MH370 Hilang di Lautan Hindi
[Video] Raja Bomoh Sekali Lagi "Warning" KJ Posted: 14 Mar 2014 07:57 AM PDT |
MH370 Dipesongkan ke Kepulauan Andaman? Posted: 14 Mar 2014 06:37 AM PDT [AA] KUALA LUMPUR: Sudah hampir seminggu, pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) masih gagal ditemui dan pelbagai dakwaan dan andaian kian timbul mengenai kehilangan pesawat itu. Pesawat Boeing 777-200 yang masih hilang itu dipercayai telah terbang merentasi Semenanjung Malaysia dan menuju ke Kepulauan Andaman berdasarkan pengesanan yang dilakukan oleh radar tentera. Memetik laporan berita Reuters, dua sumber memberitahu agensi berita itu pada Jumaat bahawa sebuah pesawat misteri dimana para penyiasat mempercayainya sebagai pesawat MH370 telah terbang mengikut titik-titik navigasi penerbangan dimana titik terakhir yang direkodkan dalam radar tentera adalah di di Barat Laut Malaysia. Ini membuktikan bahawa pesawat tersebut mungkin telah dikendalikan oleh seseorang yang berkemahiran tinggi dalam menerbangkan pesawat . Titik terakhir yang berjaya direkodkan oleh radar tentera membayangkan bahawa pesawat tersebut berkemungkinan telah terbang menuju ke Kepulauan Andaman yang terletak di India dimana pulau tersebut terletak di lokasi antara Laut Andaman dan Teluk Bengal. "Waypoints" adalah merujuk titik navigasi lokasi yang dihubungkan denganlongitudedanlatitudeyang mampu membantu juruterbang melalui koridor udara. Sumber ketiga dalam siasatan tersebut pula berkata inkuiri yang timbul pada waktu sekarang ini lebih menjurus kearah teori bahawa "seseorang" yang pandai mengendalikan pesawat tersebut telah sengaja mengubah haluan pesawat tersebut dari laluan sebenar Kuala Lumpur-Beijing. "Kami melihat kemungkinan sabotaj dan juga rampasan pesawat dalam situasi ini," kata sumber yang juga seorang pegawai kanan polis PDRM. Kesemua sumber tersebut tidak mahu dikenali kerana mereka tiada kuasa untuk bercakap kepada media dan juga demi memelihara perjalanan penyiasatan tersebut. Menurut laporan itu juga, Kementerian Pengangkutan bagaimanapun gagal dihubungi dan pendedahan sumber-sumber tersebut menunjukkan bahawa terdapat kemungkinan terdapat unsur'foul play' dalam kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini dipetik sebagai berkata siasatan terhadap kehilangan pesawat MH307 ini meliputi siasatan terhadap sama ada terdapatnya mana-mana masalah peribadi dan psikologi penumpang dan kru selain kemungkinan seperti rampasan, sabotaj dan juga kegagalan mekanikal pesawat. Dengan pelbagai teori dan juga dakwaan bukti-bukti baru, gerakan mencari dan menyelamat pelbagai nasional ditingkatkan lagi hingga menjurus kearah Laut Andaman dan Lautan Hindi. - Aizat Sharif/14/3/14 |
[Video] Saya Tampar KJ Macam Buaya, Baru Dia Tahu – Raja Bomoh Posted: 14 Mar 2014 01:22 AM PDT [Suara TV] Kuala Lumpur – Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin menyelar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai budak hingusan yang kurang ajar dan biadab. Menurutnya, Khairy sepatutnya berjumpa dengannya terlebih dahulu bagi mendapatkan penjelasan sebenar, sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang diperoleh daripada media. "Budak-baru baru yang jadi menteri ni, tak usahlah nak ambil publisiti atas nama Datuk. Biar saya buat kerja, kalau nak cari publisiti pergilah cari orang lain dan bukan atas nama saya. "Tak baik. Orang-orang muda ni, (seharusnya) menghormati orang yang lebih tua. Jangan kata itu haram, ini haram. Berjumpalah dahulu. Mahkamah kalau nak jatuh hukum pun, kena siasat dulu" jelasnya ketika ditemui semalam. Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno, di dalam akaun Twitternya sebelum ini menyifatkan upacara ritual, Raja Bomoh itu sebagai memalukan. Beliau turut berkata tindakan perlu diambil terhadap bomoh "tikar terbang" tersebut. "Seseorang perlu menangkap bomoh permaidani ajaib itu. Ia memalukan," katanya. Terdahulu, ahli parlimen Rembau itu turut memaklumkan beliau telah menghubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom agar menangani isu berkaitan Raja Bomoh ini. Ia ekoran dari tindakan Ibrahim yang melakukan upacara ritual di lapangan terbang antarabangsa (KLIA) bagi mengesan pesawat #MH#70 yang hilang beberapa hari lalu. Mengulas lanjut, Ibrahim turut menggesa Khairy agar menarik kembali kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini atau berdepan dengan tindakan saman kerana mengeluarkan kenyataan yang memalukan dirinya. "Saya tidak takut dengan dia. Letak jawatan sebagai menteri, boleh lawan dengan saya. Dia pun bukan senonoh sangat perangai. "Biar saya cakap terang-terang pada Khairy Jamaluddin. Saya cabar dia. Letak jawatan (sebagai Menteri) dan saya letak jawatan sebagai mahaguru. Kita try fight. Saya tampar dia macam buaya nanti, baru dia tahu. Ibrahim turut mengatakan, keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Khairy sebagai ahli kabinet adalah merupakan satu keputusan yang salah. "Kalau perkara ini melarat, saya akan buat memorandum untuk berjumpa dengan (Perdana Menteri) Najib bersama semua ahli silat kita seramai 500 ribu orang. "Dia budak baru, dia ingat saya baru setahun jagung?. Orang kampung dia bolehlah dia gempar di Rembau, kena bodoh. Ibrahim Mat Zin, dia (Khairy) jangan gempar. Beliau turut menyifatkan Khairy sebagai seorang menteri yang gila, kerana sering bergaduh dengan semua orang. - 14/3/14 |
[PANAS] Raja Bomoh Ugut SAMAN Sesiapa Tuduh Ritualnya Langgar Syariat Islam Posted: 13 Mar 2014 08:06 PM PDT [TMI] Salah seorang bomoh yang melakukan upacara ritual untuk bantu usaha mengesan pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing sejak Sabtu akan memfailkan saman terhadap mana-mana pihak yang mendakwa perbuatannya itu bercanggah dengan syariat Islam. Ibrahim Mat Zin mendakwa upacara yang dilakukannya pada Isnin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, menggunakan ayat suci Al-Quran dan berlandaskan syariat Islam. "Penggunaan barang itu hanya sebagai simbolik atau petua yang diturunkan oleh orang tua dan bukannya untuk dipuja. "Saya harap orang ramai tidak mudah menuduh saya terpesong daripada ajaran Islam dan tindakan mahkamah akan diambil kepada mereka yang degil," katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, hari ini. Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa kerajaan memberi kebenaran kepada bomoh itu untuk membantu mengesan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH370 pada Isnin. Beliau berkata, amat mustahil untuk kerajaan membenarkan upacara yang bertentangan dengan agama Islam dan khurafat itu untuk dilakukan. Katanya, dakwaan yang mengaitkan bomoh yang terkenal di kalangan VIP itu dengan Umno sepatutnya tidak timbul. Shahidan berkata, tidak semestinya bomoh yang dilaporkan memakai lencana 1Malaysia itu merupakan pengikut Umno dan dibayar oleh parti itu. "Tidak, saya tidak percaya ia arahan daripada kerajaan. Tidak ada, kerana ia amat bertentangan dengan ajaran agama Islam," katanya. Ibrahim atau juga dikenali sebagai Raja Bomoh melakukan upacara untuk mencari di mana pesawat MH370 di KLIA pada Isnin. Pada hari pertama, Ibrahim dan pembantunya datang dengan sangkar dan teropong buluh untuk mencari pesawat itu manakala hari kedua beliau datang dengan buah kelapa dan "tikar terbang". Ia dilakukan di tengah-tengah kesibukan KLIA dan menerima kecaman pelbagai pihak. - Hasbulah Awang Chik/14 Mac, 2014. P/s: Kita tunggu respons JAKIM dan pihak yang berkenaan. |
[PANAS] Amerika Dakwa Malaysia Beri Data MH370 Terbang 4 Jam Selepas Hilang, Mengapa Malaysia NAFI? Posted: 13 Mar 2014 07:54 PM PDT [TMI] Bukti pesawat MH370 terbang selama empat jam lagi selepas hilang pada Sabtu datang daripada data yang dikongsi oleh pihak berkuasa Malaysia dan bukan pembuat enjin Rolls Royce, lapor Washington Post, hari ini. Dengan "maklumat terbaru" belum dipastikan ini, jurucakap White House, Jay Carney berkata pihak berkuasa akan memperluaskan pencarian Boeing 777-200ER ke Lautan Hindi, melebarkan kawasan pencarian beratus kilometer ke barat. Pegawai pentadbiran Barack Obama kemudiannya berkata, maklumat terbaru adalah mengenai enjin pesawat terus hidup empat jam selepas hilang daripada radar awal pagi Sabtu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Terdapat 239 orang dalam pesawat tersebut. Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) berkata, data menunjukkan enjin pesawat terus hidup empat jam selepas komunikasi terputus diterima daripada Pusat Komunikasi dan Pelaporan Sistem, Pesawat (ACARS), kemungkinan pesawat menghubungi melalui radio atau isyarat satelit. Pegawai kanan itu berkata, pihak berkuasa Malaysia yang memberikan data tersebut kepada AS. Akhbar The Wall Street Journal yang pertama melaporkan penyiasat AS mengesyaki enjin pesawat MH370 yang hilang itu terus hidup empat jam sebelum ia tiba ke lokasi yang belum dapat dipastikan. Akhbar itu kemudian membetulkan laporannya dan berkata ia berdasarkan kepada data satelit, bukan isyarat daripada sistem pemantau yang dipasang di enjin Rolls-Royce pesawat itu. Putrajaya menafikan laporan awal itu. Perkembangan itu datang ketika kerajaan Malaysia mengakui ada perkembangan sedikit dalam menyelesaikan misteri pesawat yang lesap itu. Pegawai AS hari ini berkata, mereka tidak tahu arah pesawat itu terbang – atau sama ada ia hanya membuat bulatan – sepanjang kira-kira empat jam penerbangan itu atau sama ada mereka memang berada di udara atau tidak. Tetapi, tambahan waktu penerbangan itu mungkin membolehkan pesawat itu berada di Lautan Hindi, menyebabkan pegawai AS mempertimbangkan meluaskan pencarian ke kawasan itu. Seorang pegawai yang bercakap dengan syarat nama dirahsiakan itu berkata butiran terperinci siasatan berkenaan akan dibincangkan, kata akhbar itu. Pada sidang akhbar semalam, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan ketua eksekutif Malaysia Airlines menolak beberapa siri petunjuk yang menyebabkan spekulasi berleluasa mengenai nasib pesawat MH370, yang hilang sejak seminggu lalu. Pegawai Malaysia menggambarkan kejadian itu sebagai misteri penerbangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dan ia masih kekal tidak diketahui sama ada pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berada di daratan atau lautan, timur atau barat Malaysia, atau di tempat yang lebih jauh. Di Washington, Carney memberitahu media bahawa Amerika Syarikat berada dalam kedudukan yang tidak boleh membuat sebarang kesimpulan. Bagaimanapun, katanya:"Saya difahamkan berdasarkan kepada beberapa maklumat baru yang tidak semestinya konklusif – tetapi maklumat baru – kawasan pencarian akan diluaskan ke Lautan Hindi." Operasi mencari di Lautan Hindi, laut ketiga terbesar di dunia dengan kedalaman hampir 12,8000 kaki, akan memberikan cabaran besar. "AS mendapatkan khidmat nasihat daripada rakan antarabangsa mengenai aset yang bersesuaian untuk dihantar, kata Carney di Rumah Putih, semalam. Ketika ditanya lanjut, Carney berkata, secebis maklumat mungkin boleh membawa kepada kemungkinan yang membawa kepada kawasan pencarian baru di Lautan Hindi tetapi beliau tidak mempunyai butir terperinci maklumat berkenaan. Menambah kepada kekeliruan, jurucakap Pentagon, Leftenan Kolonel Jefferey Pool, berkata Jabatan Pertahanan tidak mempunyai sebab untuk pecaya pesawat itu terhempas di Lautan Hindi. Beliau berkata, aset Tentera Laut AS menyertai operasi mencari menggunakan pentunjuk daripada hasil siasatan kerajaan Malaysia. Katanya, beliau tidak tahu mengenai maklumat baru yang dikatakan oleh Carney. Hishammuddin, yang juga pemangku menteri pengangkutan berkata:"Kita melihat kepada semua petunjuk. Dalam kebanyakan kes, hakikatnya semua kes, kita tidak menjumpai apa-apa yang positif. "Tanpa serpihan, rasanya seperti kita tiada perkembangan," katanya. – 14 Mac, 2014. |
Amerika Ada Petunjuk MH370 Hilang di Lautan Hindi Posted: 13 Mar 2014 05:51 PM PDT [TMI] Amerika Syarikat (AS) mendedahkan mempunyai "petunjuk" pesawat MH370 mungkin terhempas di Lautan Hindi dan sedang menggerakkan kapal USS Kidd ke kawasan tersebut untuk mencarinya, lapor stesen televisyen ABC News awal hari ini. Pegawai kanan Pentagon memberitahu stesen televisyen AS itu pihaknya memerlukan masa 24 jam untuk menggerakkan kapalnya ke kawasan itu. "Kami ada petunjuk pesawat itu terhempas di Lautan Hindi," kata pegawai kanan berkenaan dipetik berkata mengenai pencarian pesawat Malaysia Airlines yang hilang pada Sabtu. Pegawai itu berkata, mereka ada petunjuk pesawat itu terbang empat atau lima jam selepas hilang daripada radar dan mereka percaya ia terhempas ke dalam laut. Tetapi pihak berkuasa Malaysia menolak teori itu semalam dengan kedua-dua Malaysia Airlines dan Rolls Royce berkata, data mengenai enjin berakhir pada 1:07 pagi pada Sabtu, kira-kira 20 minit sebelum hilang daripada sistem radar awam. AS mempunyai pangkalan tentera di Diego Garcia yang terletak di Lautan Hindi. Tindakan AS dilakukan beberapa jam selepas pegawai tertinggi Malaysia berkata mereka memperluaskan misi mencari dan menyelamat ke Laut Andaman dan meminta bantuan India untuk mencari Boeing 777-200ER dan 239 penumpangnya yang hilang. Penyiasat juga berkata pegawai AS memberikan sebab untuk terus mencari di kawasan perairan di sebelah barat Malaysia, lebih jauh daripada laluan pesawat Malaysia Airlines itu. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata "tumpuan utama pencarian adalah Laut China Selatan" di sebelah timur Malaysia yang merupakan laluan pesawat dari Kuala Lumpur ke Beijing itu. Tetapi misi pencarian diperluaskan awal minggu ini ke kawasan perairan sebelah barat Malaysia selepas radar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merekodkan pesawat berpatah balik ke semenanjung Malaysia ke arah Laut Andaman. Tetapi sehingga kini masih belum disahkan sama ada pesawat yang dikesan itu merupakan MH370 yang hilang pada 8 Mac. "Kita sedang bekerjasama rapat dengan FAA dan NTSB tentang isu kemungkinan patah balik itu," kata Hishammuddin, merujuk kepada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS. Dalam sidang media pada Khamis, Hishammuddin menafikan laporan awal rakaman satelit dari China yang menunjukkan objek di Laut China Selatan yang berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat MH370. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang membuat tinjauan ke kawasan berkenaan kemudian mendapati laporan itu tidak benar. Kedutaan China juga kemudiannya memaklumkan imej satelit itu dikeluarkan tanpa kebenaran serta tidak menunjukkan serpihan daripada MH370. Malaysia turut menyangkal dakwaan media asing bahawa pesawat MH370 yang masih hilang, terbang untuk beberapa jam selepas lenyap daripada radar pada awal pagi 8 Mac, yang menyarankan kemungkinan adanya cubaan rampasan. Sambil menyatakan laporan-laporan itu tidak tepat, Hishammuddin berkata, transmisi terakhir daripada pesawat itu adalah pada 1.07 pagi dan ia menunjukkan bahawa semuanya normal. The Wall Street Journal melaporkan pegawai mencegah keganasan AS sedang memeriksa sama ada MH370 "secara sengaja mengubah haluan" daripada laluan yang dirancang dengan "hasrat untuk menggunakannya kemudian bagi tujuan lain." Laporan itu juga dipetik sebagai menyatakan bahawa transponder pesawat itu sengaja ditutup untuk mengelak daripada dikesan radar. Hishammuddin berkata, berikutan laporan mengenai dakwaan itu, MAS bertanya kepada Rolls Royce dan Boeing Company secara khusus mengenai data itu, dan syarikat itu berkata laporan itu tidak tepat. Hishammuddin berkata, isu itu juga tidak pernah dibangkitkan oleh pasukan Rolls Royce dan Boeing, yang berada di Kuala Lumpur sejak Ahad lalu untuk membantu penyiasatan itu. Pesawat itu, yang menuju ke Beijing, dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang setelah sejam berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi, 8 Mac. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Pada hari keenam semalam, misi mencari pesawat hilang itu masih gagal menemuinya walaupun muncul sedikit harapan apabila satelit China merakamkan imejan kemungkinan serpihan pesawat itu di Laut China Selatan. – 14 Mac, 2014. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan