Selasa, 11 Mac 2014

Biaqpila

Biaqpila


INILAH PUNCANYA ULTRAMAN TEWAS ITU HARI...

Posted: 11 Mar 2014 10:02 AM PDT

MH370 HILANG: 8 PEMUDA DAKWA DENGAR LETUPAN KUAT

Posted: 11 Mar 2014 05:54 AM PDT

Marang: Lapan pemuda mendakwa terdengar bunyi yang kuat dari arah Timur Laut Pulau Kapas, Marang pada hari kehilangan pesawat MH370.

Kesemua pemuda itu mendakwa terdengar bunyi letupan yang agak luar biasa dan menakutkan ketika berehat di sebuah wakaf di Kampung Pantai Seberang Marang, Marang kira-kira jam 1.20 pagi pada Sabtu lalu.

Alias Salleh, 36, berkata, sebaik mendengar letupan itu, dia bersama tujuh rakannya bergegas ke tepi laut untuk meninjau dan mencari punca letupan berkenaan tetapi tidak menemui sebarang kejadian pelik.

"Dalam keadaan tertanya-tanya, masing-masing mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah dan mengabaikan bunyi misteri tersebut.

LOKASI yang dipercayai bunyi letupan kuat pada hari kehilangan pesawat MH370. FOTO Tg Syamim Tg Ismail

"Bagaimanapun, saya mula mengesyaki bunyi misteri itu mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat itu sejurus menerima berita berhubung insiden berkenaan yang disiarkan di dalam media elektronik secara meluas kira-kira jam 11 pagi, hari yang sama sebelum membuat laporan di Balai Polis Marang pada jam 10.28 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa yang dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung bunyi misteri itu dan menyerahkan laporan itu kepada Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya.

"Sehingga kini, kita serahkan kepada Bukit Aman untuk tindakan susulan dan hanya menunggu arahan selanjutnya.

"Ini kerana pengadu mendakwa hanya terdengar bunyi letupan tetapi tidak nampak sebarang objek," katanya.

Dalam pada itu, dua kaki pancing mendakwa turut melihat cahaya lampu putih yang berkelip dipercayai dari sebuah pesawat yang terbang rendah pada awal pagi Sabtu lalu di Pantai Tok Jembal, Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Zaidi Mohamad, 49, berkata, dia melihat lampu putih yang berkelip ketika memancing bersama rakannya, Mohd Jasmin Mokhtar, 46, di pantai berkenaan kira-kira jam 2.30 pagi sebelum ia hilang.

Katanya, lebih pelik lagi, 10 minit kemudian, Zaidi mendakwa turut melihat cahaya terang berwarna kuning bentuk bulat selama kira-kira setengah jam pada jarak kira-kira 10 batu nautika dari kedudukan tempat dia memancing.

HM



ADA KUMPULAN DAKWA RAMPAS PESAWAT MH370

Posted: 10 Mar 2014 10:53 PM PDT

Kumpulan China dakwa rampas MH370

Sepang: Kenyataan kumpulan menggelar diri mereka daripada Chinese Martyrs' Brigade yang mengaku bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat MH370 sedang disiasat walaupun ia diragui.

Pihak China dan media negara itu yang menerima kenyataan berkenaan juga menolaknya kerana menganggap ia sebagai palsu untuk membangkitkan ketegangan etnik di negara berkenaan.


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata China menghantar pasukan khas ke Malaysia bagi membantu negara merungkai misteri kehilangan pesawat, khususnya dalam tiga aspek.

Ia merangkumi usaha mencari dan menyelamat, pasport palsu dan memastikan kebajikan keluarga warga China yang dibawa ke Malaysia.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, pasukan khas terbabit akan berada di Malaysia untuk tempoh tertentu bagi membantu siasatan kehilangan pesawat MH370.

"Pasukan ini adalah wakil kementerian yang berkepentingan dan mewakili Parti Komunis China. Ini adalah hasil perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatnya dari Republik China dua hari lalu.

Elak buat andaian

"Menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat bukan mudah dan ia perlu digerakkan secepat mungkin. Tiada gunanya kita bincang perkara lain jika belum menemui pesawat.

Saya menggesa media tidak membuat andaian kerana ia boleh menjejaskan operasi, selain kita tidak mahu tersebarnya berita palsu yang boleh mengguris perasaan ahli keluarga penumpang pesawat," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

Hishammuddin juga menafikan dakwaan bahawa Kerajaan China kurang berpuasa hati kerana Malaysia lambat bertindak menangani isu kehilangan pesawat.

Mengenai dua penumpang misteri MH370, Hishammuddin berkata, kerajaan hanya akan mendedahkan gambar mereka menggunakan pasport curi selepas siasatan selesai.

"Kita mendapat bantuan Polis Antarabangsa (INTERPOL), di mana mereka sudah diberikan akses untuk mendapatkan maklumat seperti biometrik, latar belakang, jantina, tarikh lahir dan cap jari. Justeru, kita minta mereka diberi masa untuk melakukan siasatan terperinci," katanya.

Sementara itu, Azharuddin berkata siasatan lebih terperinci berhubung dua penumpang misteri terbabit dijalankan oleh pasukan penyiasat khas merangkumi pakar bidang berkenaan.

"Ini termasuk meneliti rakaman video penumpang yang dikenal pasti dan sebarang maklumat hanya boleh didedahkan selepas itu.

"Mengenai lima bagasi yang dibawa keluar daripada MH370 selepas pemiliknya tidak menaiki penerbangan, saya tegaskan DCA mengesahkan tiada bahan terlarang yang ditemui padanya," katanya.

BHarian


Tiada ulasan: