Ahad, 23 Mac 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


PKR menang PRK Kajang tapi majoriti merosot.. sebab...

Posted: 23 Mar 2014 05:35 AM PDT


Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada pilihan raya kecil DUN itu yang diumumkan hari ini.

Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Kajang, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman mengumumkan di sini hari ini, calon PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mendapat 16,741 undi dengan majoriti 5,379 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun yang mendapat 11,362 undi.

Kemenangan Dr. Wan Azizah bagaimanapun menyaksikan kemerosotan majoriti sebanyak 1,445 undi berbanding yang diperolehi calon PKR, Lee Chin Cheh yang memperoleh majoriti sebanyak 6,824 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, PRK hari ini hanya menyaksikan sejumlah 28,314 atau 72 peratus daripada 39,278 pengundi di DUN Kajang keluar mengundi sebaik sahaja 16 pusat pengundian ditutup pada pukul 5 petang tadi.

Jumlah tersebut, katanya, menurun sebanyak 16 peratus berbanding sewaktu PRU-13 iaitu 87.9 peratus daripada jumlah keseluruhan 39,728 pengundi.

Kat atas tu laporan dari Utusan... kat bawah ni video pengumumannya..


Sebab utama majoriti merosot ialah peratusan keluar mengundi yang hanya 72 peratus, lebih rendah dari angka 87 peratus yang direkodkan dalam pilihan raya umum 5 Mei tahun lalu.

Menurun sebanyak 16% berbanding 88.4% pada Pilihan Raya Umum ke-13 menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Lagipun ini adalah PRK bukannya PRU, jadi macam biasalah.. pengundi luarpun tak ramai yang balik dan penyokong PR pun ramai juga rasanya yang tak keluar mengundi sebab yakin akan menang...

Dan paling menarik kali ini ialah PKR secara tidak rasmi berjaya menang atau mengurangkan majoriti empat kawasan kubu kuat Umno sebelum ini.

Menurut Fahmi Fadzil, PKR merampas daerah mengundi Sg Sekamat dengan 45 undi (sebelum ini tewas dengan 239 undi) dan juga daerah mengundi Taman Delima dengan 3 undi (sebelum ini tewas dengan 123 undi).

"Di Sg Kantan dulu kita kalah 420 undi tetapi sekarang berkurang kepada 225 manakala di Daerah Mengundi Batu 10 Cheras (157) sekarang berkurang kepada 151," kata beliau.

Objek dikesan satelit China gagal temui dalam Operasi mencari MH370 ..

Posted: 22 Mar 2014 11:30 PM PDT


Misi pencarian MH370 di selatan Lautan Hindi gagal menemui objek yang imejnya dicerap oleh satelit China, meskipun operasi semalam meliputi lokasi objek itu dikesan.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa) dalam kenyataannya di Kuala Lumpur hari ini, berkata Amsa menggunakan maklumat yang disalur oleh China itu untuk memeta plot pencarian.

Kenyataan itu berkata, hari ini, pencarian dibahagikan kepada dua, dalam kawasan yang sama meliputi keluasan 59,000 kilometer persegi, kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth.

Sebanyak lapan pesawat dikerah melaksanakan operasi hari ini termasuk empat pesawat awam iaitu dua Bombardier Global Express serta sebuah Gulfstream 5 dan Airbus 319.

Satu daripada pesawat awam terbabit berlepas dari Perth kira-kira 9 pagi, manakala tiga lagi dijadual berlepas antara jam 11 pagi hingga tengah hari.

Menurut kenyataan itu, pesawat P8 Poseidon milik tentera udara Amerika Syarikat berlepas pada jam 11 pagi, manakala sebuah P3 Orion milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) berlepas pada 11.45 pagi.

"Sebuah lagi P3 Orion RAAF akan menyusul pada 2 petang," kata kenyataan itu yang menambah P3 Orion milik tentera udara New Zealand akan berlepas pada 4 petang.

Kenyataan itu juga menyebut kapal tentera laut Australia HMAS Success turut menjalankan aktiviti pencarian hari ini.

"Sebanyak 20 sukarelawan Perkhidmatan Kecemasan Negeri (SES) dari Australia Barat ditugaskan sebagai peninjau bagi pesawat awam hari ini dengan lima orang bagi setiap pesawat, selain seorang Penyelaras Misi Penerbangan Aerorescue," kata kenyatan itu.

Dua pesawat tentera dari China Ilyushin Il-76 tiba di Pangkalan Pearce RAAF dan Amsa dimaklumkan pesawat terbabit sedia untuk dikerah esok. - Bernama

Makcik UMNO naik angin di Kajang.. (Video Inside)

Posted: 22 Mar 2014 09:32 PM PDT


Kalau dua minggu lepas PR dan BN bertarung dengan kata-kata dan propaganda, hari ini pertarungan sebenar bagi kedua-dua pihak yang bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang sudah bermula tepat jam 8:00 pagi tadi sebaik pusat pengundian dibuka.

Awal-awal lagi penyokong kedua belah pihak memenuhui sekitar 18 pusat pengundian. Masing-masing datang untuk memujuk dan merayu para pengundi sebelum mereka melangkah masuk ke bilik pengundian.

Gelagat biasa di pusat pengundian turut dilaporkan terjadi. Penyokong kedua belah pihak yang bukan saja dari Kajang tetapi dari luar dengan teknik dan cara tersendiri melakukan apa saja untuk memastikan calon idaman mereka dipilih.


Keadaan pagi ini dijangka menjadi lebih panas, ditambah dengan suasana yang hangat sekarang ini.


Bagaimana pun khabarnya polis telah meletakkan pasukan kesalamatan memadai untuk mengawal keadaan.

Belum ada laporan kejadian serius berlaku, melainkan kekecohan dan juga sumpah seranah dari kedua belah pihak. Budaya 'samseng' nampaknya menjadi budaya pilihan raya yang menyeronokkan.

Menyaksikan kepada gambar yang sempat dirakam dan diletakkan dalam facebook, twiter dan sebagainya menunjukkan penyokong BN lebih agresif.


Mungkin mereka merasakan pihak berkuasa seperti polis berada di sebelah mereka menjadikan mereka 'angin semacam'.


Sementara itu rata-rata penyokong Pakatan Rakyat mengambil pendekatan serdahana dan lunak bagi mengelakkan berlaku ketegangan.

Semua pihak harus waspada dan harus berusaha mengelakkan berlaku pertempuran sehingga boleh memungkinkan polis bertidak keras.

Satu perkara yang hendak didedahkan disini dua hari lepas ada laporan dari pihak tertentu mengarahkan media-massa agar memberi laporan tentang tindakan kasar pihak PKR.

Dari laporan awal menerusi facebook, twitter dan juga portal, menggambarkan tentangan dari kedua belah pihak sengit.

Rasa selesa di pihak PKR sebelum ini mungkin berubah apabila saat penentuan telah tiba.

Apakah ramalan sesetengah pihak yang memberi kedudukan selesa kepada Wan Azizah hingga memperolehi majoriti hingga 7,000 menjadi kenyataan?... laporan oleh MSO

 

Bila macai nak sebar propaganda tapi tak buat research.. Inilah hasilnya..

Posted: 22 Mar 2014 04:00 PM PDT


Kurang pasti pula aku siapa yang mula menyiarkan dan menyebarkan surat terbuka yang kononnya adalah surat dari Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim buat semua penngundi di DUN Kajang..

Yang jelasnya apa yang terdedah ialah penulis surat ini tak buat research dulu sebelum menulis surat terbuka menggunakan nama Tan Sri Khalid ini..

Mungkin kerana kekangan waktu agaknya... maklumlah dah nak mengundi ni dia tak sempat nak buat research.. baca dulu apa yang ditulis..

__________________________________________________________

Hari ini, keputusan yang saya buat tidak perlu lagi berdasarkan desakan rakan-rakan yang gilakan kuasa tetapi biarlah rakyat yang menjadi keutamaan dan rujukan saya. Saya sanggup ditekan oleh rakan-rakan parti dan hilang jawatan daripada melihat kesengsaraan rakyat Selangor.

Saya berharap, dengan perjanjian projek Langat 2 yang telah saya tanda tangan baru-baru ini mampu menebus dosa akibat kegagalan yang telah saya lakukan sebelum ini. Negeri Selangor bukan milik saya dan bukan juga milik pemimpin parti yang lain, tetapi ianya adalah milik rakyat.

Mungkin anda tidak sedar yang hari ini terlalu ramai yang mahu menjadi ketua pemerintah di bumi kaya ini. Bumi Selangor yang penuh dengan industri adalah antara penyumbang ekonomi kepada Malaysia.

Saya sedar secara dalaman juga ada yang mendesak agar saya lepaskan jawatan sebagai Menteri Besar kerana sikap saya yang terlalu mementingkan tadbir urus negari berbanding parti.

Jawapan saya mudah, Selangor bukan untuk Pakatan Rakyat mahupun untuk Barisan Nasional tetapi Selangor adalah hak milik watan Selangor. Jangan permainkan hak mereka kerana kepentingan peribadi.

Menolak bukan beerti menentang, tetapi pilihan harus dibuat untuk kesejahteraan bersama.

Saudara/saudari sekalian....

23 Mac 2014 bukan soal PR menang atau BN menang, tetapi ianya jauh daripada itu. Bukan saya mahu PR kalah dalam PRK ini, tetapi kekalahan PR barangkali boleh menyelamatkan amanah Rakyat Selangor selama ini.

Saya tidak pasti sejauh mana rakyat Selangor sedar yang selama ini YB Azmin Ali yang sentiasa bermusuh dengan saya kerana beliau tidak diberi tempat dalam pentadbiran negeri Selangor.

Pada saya, politikus bukanlah pentadbir yang baik kerana kepentingan parti menjadi keutamaan mereka berbanding rakyat.

Saya bersyukur apabila DSAI tidak lagi calon pada PRK Kajang. Bukan kerana saya suka beliau dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun, tetapi paling tidak desakan untuk saya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar tidaklah begitu kuat.

Namun beliau mengambil jalan dengan meletakkan Kak Wan sebagai calon PRK Kajang seperti tiada bezanya. Suara Kak Wan adalah bisikan DSAI.

Rakyat Kajang yang saya kasihi...

Pilihan ditangan kita, apa guna jika PR menang tetapi amanah yang diberi nanti akan terus dikhianati. Bukan saya bermaksud untuk menangkan BN, tetapi jika itu jalanya untuk kita menyelamatkan bumi bertuah ini pilihan yang terbaik harus difikirkan semasak-masaknya.

Sekali lagi saya ingatkan, suara rakyat adalah suara keramat dan amanah rakyat amanah hikmat.

Janganlah kita membenarkan tangan-tangan ghaib untuk hancurkan harapan masa depan anak dan cucu kita. Ketepi kan sementara soal politik murahan sebaliknya utamakanlah kesejahteraan syumul negeri Selangor tercinta.

Demi Selangor...

[KHALID IBRAHIM]

___________________________________________________


Sebab apa aku kata yang tulis surat ini nampak terdesak kerana kekangan masa??

Sebabnya ialah penulis yang menggambarkan dirinya sebagai Tan Sri Khalid menggelar Datuk Seri Wan Azizah sebagai 'Kak Wan'.

Memang benar majoriti penyokong PR, PKR khasnya memanggil Datuk Seri Wan Azizah sebagai 'Kak Wan' kerana gelaran ini nampak lebih mesra..

Tetapi gelaran itu digunakan oleh majoriti penyokong PR yang usianya lebih muda dari Datuk Seri Wan Azizah..

Yang lebih tua.. maksud aku yang berusia lebih dari Datuk Seri Wan Azizah tak ada yang panggil Datuk Seri Wan Azizah dengan gelaran 'Kak Wan', mereka memanggilnya dengan gelaran 'Datuk Seri'..

Dalam hal ini Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim berusia 68 kerana tarikh lahirnya ialah 14 Disember 1946.

Manakala  Datuk Seri Wan Azizah yang dilahirkan pada 3 Disember 1952 berusia 62 tahunmuda lima tahun dari Tan Sri Khalid...

Takkan Tan Sri Khalid nak panggil Datuk Seri Wan Azizah dengan gelaran 'Kak Wan' kot??

Nasihat aku buat macai yang menulis dan menyebarka surat terbuka di atas tu.. lain kali sebelum menulis buatlah research dulu..

Kalau malas nak buat research.. pergi saja dekat belakang pentas ceramah PR.. dengar betul-betul pasal gelaran tu...

Tiada ulasan: