Ahad, 23 Mac 2014

.

.


Pertarungan sebenar di Kajang bermula

Posted: 22 Mar 2014 07:49 PM PDT

LANGSUNG KAJNAG                                                                      

[kemaskini] 
5:00 petang semua 15 pusat pengundian ditutup. Pengiraan undi di pusat pengundian bermula jam 6:00 petang. Sekitar jam 6:45 gambaran keputusan awal akan sudah diketahui.

4:33 petang. Seperti dijangkakan peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Kajang agak lemah berbanding dengan peratus keluar mengundi semasa pilihan raya umum lalu. Peratus keluar mengundi setakat jam 3:50 petang tadi sekitar 60.85%, dimana peningkatannya sekitar kira-kira 20%. Peratus jam 12:00 tengah hari mencatatkan 40.81% yang keluar mengundi. 

Adalah dijangka peratus keluar mengundi dengan tempoh mengundi hanya tinggal satu jam setengah lagi disekitar 78% saja mungkin tidak mencecah 80%.


Kerendahan peratus ini menyebabkan sasaran atau telahan awal oleh para penganalisa politik yang meletakkan calon PKR Dr Wan Azizah Ismail menang besar hingga mencecah 7,000 bakal meleset.


Faktor menjadi hambatan ialah kerana calon dan pilihan raya kecil itu sendiri tidak memberi apa-apa signifiken apabila calon awalnya, Anwar Ibrahim gagal bertanding. 



Sambil meletakkan kipas atas kepala, Wan Azizah tersenyum.
Kalau dua minggu lepas PR dan BN bertarung dengan kata-kata dan propaganda, hari ini pertarungan sebenar bagi kedua-dua pihak yang bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang sudah bermula tepat jam 8:00 pagi tadi sebaik pusat pengundian dibuka.

Awal-awal lagi penyokong kedua belah pihak memenuhui sekitar 18 pusat pengundian. Masing-masing datang untuk memujuk dan merayu para pengundi sebelum mereka melangkah masuk ke bilik pengundian.

Beberapa anggota polis mengawal keadaan penyokong BN.
Gelagat biasa di pusat pengundian turut dilaporkan terjadi. Penyokong kedua belah pihak yang bukan saja dari Kajang tetapi dari luar dengan teknik dan cara tersendiri melakukan apa saja untuk memastikan calon idaman mereka dipilih.

Keadaan pagi ini dijangka menjadi lebih panas, ditambah dengan suasana yang hangat sekarang ini. Bagaimana pun khabarnya polis telah meletakkan pasukan kesalamatan memadai untuk mengawal keadaan. Belum ada laporan kejadian serius berlaku, melainkan kekecohan dan juga sumpah seranah dari kedua belah pihak. Budaya 'samseng' nampaknya menjadi budaya pilihan raya yang menyeronokkan.
Penyokong muda BN semacam nak terkam saja.

Menyaksikan kepada gambar yang sempat dirakam dan diletakkan dalam facebook, twiter dan sebagainya menunjukkan penyokong BN lebih agresif. Mungkin mereka merasakan pihak berkuasa seperti polis berada di sebelah mereka menjadikan mereka 'angin semacam'.

Ini pula keadaan di sebelah penyokong PKR.
Sementara itu rata-rata penyokong Pakatan Rakyat mengambil pendekatan serdahana dan lunak bagi mengelakkan berlaku ketegangan. Semua pihak harus waspada dan harus berusaha mengelakkan berlaku pertempuran sehingga boleh memungkinkan polis bertidak keras. Satu perkara yang hendak didedahkan disini dua hari lepas ada laporan dari pihak tertentu mengarahkan media-massa agar memberi laporan tentang tindakan kasar pihak PKR.

Untuk bahan haluan mata para pembaca blog Merah Tinta saya telah mencuplikan beberapa foto dari twitter Adun Hulu Klang, Saari Sungip. Saari nampaknya awal-awal lagi sudah berada di Kajang untuk membantu Dr Wan Azizah.

Dari laporan awal menerusi facebook, twitter dan juga portal, menggambarkan tentangan dari kedua belah pihak sengit. Rasa selesa di pihak PKR sebelum ini mungkin berubah apabila saat penentuan telah tiba.

Saari Sungip (tengah) turut membantu Dr Wan Azizah. 
Apakah ramalan sesetengah pihak yang memberi kedudukan selesa kepada Wan Azizah hingga memperolehi majoriti hingga 7,000 menjadi kenyataan?

Sehingga ketika ini saya masih belum mahu memberi kredit tinggi kepada PKR, sehinggalah menjelang jam 12:00 tengah hari apabila peratus keluar mengundi diketahui. SPR akan mengumumkan peratus keluar mengundi dari masa ke sesama. [wm.kl.10:35 am 23/03/14]

Kegagalan mencari pesawat MH 370 kurangkan undi calon BN

Posted: 22 Mar 2014 07:08 AM PDT

UALASAN MALAM                                                                          

Kegagalan untuk menjelaskan secara tuntas berhubung kehilangan pesawar Mas, MH 370 yang hilang 15 hari lalu sedikit sebanyak memberi kesan kepada calon BN dalam pilihan raya Kajang besok. Pengundi yang celik maklumat tidak akan teragak-agak untuk tidak memberi undi kepada calon BN, Chew Mei Fun sebagai denda kepada kelemahan dan kegagalan kerajaan UBN mengesan pesawat tersebut.

Pengundi Kajang khasnya yang bermaklumat sama pendapat dengan kebanyakan orang awam lain yang kesal dengan cara Malaysia menangani kehilangan persawat yang membawa 239 penumpang bersama 12 anak kapal itu. Mereka bukan tidak dapat menerima takdir Allah tetapi cara musibah itu diuruskan menimbul keraguan dan tanda tanya.

Apa-apa yang terdedah di sebalik kejadian itu menceritakan kelemahan kerajaan dalam berberapa aspek yang tidak sewajarnya berlaku kepada sebuah negara yang diwar-warkan maju dalam serba serbi terutamanya pemilikan peralatan pertahanan.

Begitu juga kecenderongan untuk meletakkan kesalahan kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah berhubung kehilangan pesawat itu kerana beliau dikatakan ahli PKR, sudah pasti menimbulkan kebencian dan kemarahan kepada kerajaan dan calon BN akan menerima kesannya.

Langkah untuk mengaitkan Zaharie dengan PKR dilihat perbuatan untuk menambahkan keburukan kepada Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dan sekaligus sebagai propaganda kempen BN di Kajang. Walaupun kegiatan itu bukan dari arahan UBN tetapi para pendokongnya, pemain cyber telah melakukan kekejian melampau ke atas Anwar berhubung kehilangan pesawat itu.

Penjelasan pihak Mas mengenai reputasi Kapten Zaharie serta penjelasan pihak pakar forensik yang menyiasat simulator milik Zaharie oleh FBI tetapi tidak menemui apa-apa kesan negatif dan mencurigakan terhadap simulator itu telah memberi mata kepada calon PKR, Dr Wan Azizah Ismail. Kegagalan untuk memburukkan Zaharie akan menjadikan pengundi celik maklumat marah kepada UBN dan menyebabkan undi mereka akan masuk ke peti PKR.

Sudah amat mustahil kalau UBN ingin menggunakan kehilangan pesawat itu sebagai modal untuk merubah mood pengundi di Kajang kerana masa sudah terlewat. Sehingga malam ini pesawat itu masih tidak diketahui nasibnya. Objek yang ditemui oleh penguasa China di lautan juga belum disahkan sebagai serpihan Mas.

Dengan masa sudah suntuk dan UBN masih belum ada apa-apa kejutan untuk Kajang besok menjadikan calon mereka tertekan. Dakwaan Mei Fun kononnya pihak PKR membuat sebaran palsu mengenai dirinya untuk berhenti menjadi timbalan menteri kerana takut didakwa atau pun pernah melakukan kekerasan kepada amahnya berbangsa Indonesia, adalah ilusi beliau sahaja dimana ia sebagai propaganda kempen murahan.

Menuduh pihak PKR yang menyebarkan fitnah itu menunjukkan calon UBN itu sangat terdesak.

Apa yang didakwa itu mungkin ia juga adalah kerja-kerja dakyah dilakukan oleh agensi kempen Mei Fun untuk menarik simpati disaat-saat akhir. Perlawan di Kajang bukan perlawanan propagada tetapi ia adalah ujian kepada realiti selera dan penilaian rakyat terhadap kerajaan selepas hampir 10 tahun membentuk kerajaan. Kajang dipilih bukan saja kerana ia ada untuk merealisasikan agenda peribadi Anwar, tetapi sebagai testimoni kepada politik semasa. [wm.kl.10:40 pm 22/03/14]

Tiada ulasan: