Tempayan Retak |
PRK Kajang: Pengundi Melayu Meningkat, Pengundi Cina Menurun 7 peratus Posted: 23 Mar 2014 08:29 AM PDT DS Wan Azizah yang mewakili PKR berjaya mengekalkan kemenangan Dun Kajang dengan majoriti 5,379 undi. PKR mendapat 16,741 undi manakala BN pula mendapat 11,362 undi daripada 28,314 atau 72 peratus yang keluar mengundi pada pilihan raya kecil hari ini. Sebelum ini pada 5 Mei tahun lalu peratus keluar mengundi ialah 87 peratus. PKR telah berjaya menguasai undi di kebanyakan saluran 5, 6 dan 7 yang merupakan saluran undi golongan muda dan kemenangan ini juga, dikatakan lebih baik kerana berjaya meningkatkan undi Melayu, selain berjaya memenangi dua kawasan Melayu yang dahulunya dimenangi BN. Analisis awal yang sempat saya buat ada peningkatan undi Cina kepada calon MCA Datin Paduka Chew Mei Fun kira-kira 25 peratus berbanding antara 17 dan 18 peratus pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu. Peratus keluar mengundi yang kurang iaitu 15% iaitu kira-kira 5,899 pengundi tidak datang mengundi membuatkan analisis secara tepat mungkin tidak diperolehi. Apakah pengundi Cina sudah beralih arah? Suatu post-mortem yang lebih detail harus dilakukan. |
Objek dikesan satelit China juga tidak ditemui, sekali lagi kita seolah-olah tertipu! Posted: 22 Mar 2014 10:29 PM PDT Misi pencarian MH370 di selatan Lautan Hindi berdasarkan satu objek yang dikesan oleh satelit China berukuran 22.5 meter panjang dan 13 meter lebar juga tidak dijumpai. Sebelum ini satelit Australia memaparkan 2 objek dan misi pencarian juga dikatakan gagal menemui dengan beberapa faktor antaranya cuaca yang tidak baik dan pihak Australia telah membuat satu kenyataan mungkin objek itu sudah tenggelam. Ini membuatkan Malaysia telah meminta bantuan peralatan daripada US untuk pengesan laut dalam yang dikatakan dalamnya lebih daripada 4 x KLCC.Kalau kita belajar tentang fizik, tentang obit, tentang hukum kepler kita mesti tahu tentang pengorbitan satelit yang mana kalau paling dekat dengan bumi satu pusingan mengambil masa 90 jam. Saya juga difahamkan gambar yang ditunjuk oleh pihak Australia itu diambil 16 Mac yang lalu. Berita yang dikeluarkan oleh bernama hari menyatakan tentang kegagalan misi pencarian ini. Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam kenyataannya di Kuala Lumpur hari ini, berkata AMSA menggunakan maklumat yang disalur oleh China itu untuk memeta plot pencarian. Hari ini, pencarian dibahagikan kepada dua, dalam kawasan yang sama meliputi keluasan 59,000 kilometer persegi, kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth, kata kenyataan itu. Sebanyak lapan pesawat dikerah melaksanakan operasi hari ini termasuk empat pesawat awam iaitu dua Bombardier Global Express serta sebuah Gulfstream 5 dan Airbus 319. Satu daripada pesawat awam terbabit berlepas dari Perth kira-kira 9 pagi, manakala tiga lagi dijadual berlepas antara pukul 11 pagi hingga tengah hari. Menurut kenyataan itu pesawat P8 Poseidon milik tentera udara Amerika Syarikat berlepas pada pukul 11 pagi, manakala sebuah P3 Orion milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) berlepas pada 11.45 pagi. "Sebuah lagi P3 Orion RAAF akan menyusul pada 2 petang," kata kenyataan itu yang menambah P3 Orion milik tentera udara New Zealand akan berlepas pada 4 petang. Kenyataan itu juga menyebut kapal tentera laut Australia HMAS Success turut menjalankan aktiviti pencarian hari ini. "Sebanyak 20 sukarelawan Perkhidmatan Kecemasan Negeri (SES) dari Australia Barat ditugas sebagai peninjau bagi pesawat awam hari ini dengan lima orang bagi setiap pesawat, selain seorang Penyelaras Misi Penerbangan Aerorescue," kata kenyatan itu. Dua pesawat tentera dari China Ilyushin Il-76 sudah tiba di Pangkalan Pearce RAAF dan AMSA dimaklumkan pesawat terbabit sedia untuk dikerah esok" Sebelum ini ada pakar menyebut serpihan baru ini mungkin sayap MH370. Kita juga disebut tentang kos untuk pencarian ini adalah 10 juta, itu bergantung berapa kerap penerbangan dibuat. Dalam beberapa hal kita seolah-olah 'tertipu' dengan maklumat yang diberikan dan akhirnya kita hampa. Memang kita faham pencarian MH370 bukan perkara yang mudah kerana maklumat sedia ada tidak memberikan sebarang pertunjuk kepada kita di mana sebenarnya MH370. MH370 memberikan kepada satu tanggapan baru bahawa dunia canggih sebenarnya gagal. Dulu kita digemburkan kononnya satelit boleh melihat sepucuk pistol kerana kecanggihan teknologi, tapi hari ini kita tahu bahawa itu adalah omong-omong kosong dan tidak pratikal pada realiti sebenar, Kita juga sedar bahawa negara kita cukup lemah dengan keselamatan sedangkan kita telah diberi info kononnya sebahagian besar wang negara telah dibelanjakan kearah itu. Rakyat Malaysia perlu sedar dan Insaf untuk demi masa depan negara, siapa yang harus diketengahkan! |
You are subscribed to email updates from Tempayan Retak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan