Anak Sungai Derhaka |
- Betulke Tentera US kini di KB dan Ipoh untuk mencari MH370?.. Ini jawapannya...
- Raja Bomoh nak saman Anwar Ibrahim RM300 juta sebab tumpang populariti dia.. (Video Inside)
- Malaysia dah jadi 'Ma Lie sia'.. Media China selar Malaysia beri maklumat ‘bercanggah’ tentang MH370
- Ridhuan Tee pulak cari pasal dengan Raja Bomoh.. Dia pun nak kena tampar ke ni?
Betulke Tentera US kini di KB dan Ipoh untuk mencari MH370?.. Ini jawapannya... Posted: 17 Mar 2014 07:38 AM PDT Hari ini gambar di atas yang kononnya memperlihatkan Tentera US mula berada di Malaysia iaitu Kota Baharu, Kelantan dan juga Ipoh, Perak telah disebar di laman mikro Twitter oleh mamat yang memiliki akaun Twitter di atas.. Dan sebarannya talah disambung pula oleh beberapa buah Blog dan juga Facebook tanpa berfikir panjang dan mencari dulu sumber dari mana gambar itu diperolehi. Ada yang memandai mengaitkan gambar kehadiran tentera US di Malaysia ini dengan insiden kehilangan pesawat MH370, kononnya US telah mengerahkan tenteranya untuk menjalankan gerakan pencarian individu yang terlibat dengan kehilangan pesawat itu.. Memang benar Tentera US telah berada di Malaysia dan mereka itu adalah dari US Navy dan US Army.. Ni banyak lagi gambarnya.. siap ada watermark PDRM lagi.. Adakah mereka menjejakkan kaki mereka ke negara kita kerana operasi mencari MH370? Tak ada kena mengena langsung.. kerana gambar-gambar di atas telah dirakam pada Februari tahun 2012 lagi.. Kehadiran mereka ialah untuk menjalani sesi latihan bersama Pasukan Gerakan Khas (PGK) LATIHAN PASUKAN GERAKAN KHAS (PGK) BERSAMA US ARMY DAN US NAVY Latihan ini dijalankan bersama 'C' Company 1 Batalion 1 Special Forces Group yang berpengkalan di Pulau Okinawa Jepun dan beribu pejabat di Hawaii. Gandingan latihan bersama Pasukan Gerakan Khas (Unit Tindakan Khas) telah bermula sejak tahun 1996 sehingga kini. Latihan dijalankan 1 atau 2 kali setahun dengan US Army dan kadang kala terdapat juga latihan dengan US Navy dalam bidang penyelam tempur. Bertempat di Lapangan Terbang Unit Udara Ipoh, latihan yang berlangsung pada hari ini adalah bersama tentera US Army bermula pada 16 Januari dengan acara penerjunan persahabatan dan berakhir pada 17 Februari 2012. Kumpulan US Army ini diketuai oleh Major Stephen Taylor. Terdapat 40 operatif US dan 38 operatif PGK dalam latihan ini, manakala kumpulan sniper pula telah menjalankan latihan di LISRAM Pulau Langkawi selama dua minggu. Perkara-perkara yang didedahkan dalam latihan ini adalah:- 1) Kemahiran medan/teknik menembak 2) Kemahiran merancang dan mengendali serbuan bangunan 3) Kemahiran 'perubatan tempur' (Combat causality care) 4) Kemahiran letupan 5) Pertempuran dikawasan bandar (fighting in built up area-(FIBUA) 6) Perancangan operasi 7) Latihan Sniper Setelah latihan tamat, Pasukan Gerakan Khas (UTK) akan mengajar kemahiran pengiring rapat kepada pihak 'C' Company 1 Battalion, 1 Special Forces Group selama 3 hari (reciprocal training). Semasa latihan peringkat akhir, seramai 4 Pegawai FBI dari Los Angeles Field Office akan menjalakan latihan 'evidence collection'. Sebagai penghormatan, pada 15 Februari 2012, YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rashid, Pengarah Jabatan KDN/KA dan YDH Dato' Azizan bin Abd Aziz, Komander 69 Komando telah menerima anugerah Sayap Penerjunan Tentera US Kehormat yang telah berlangsung di Unit Udara Polis Ipoh, Perak. Sumber info dari ( SINI ).. tengoklah ada banyak lagi gambar Tentera US di Malaysia.. |
Raja Bomoh nak saman Anwar Ibrahim RM300 juta sebab tumpang populariti dia.. (Video Inside) Posted: 17 Mar 2014 01:35 AM PDT Rupa-rupanya tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaitkan nama 'Raja Bomoh' dalam satu ceramah politiknya di Kajang mengundang perasaan marah individu berkenaan. Datuk Ibrahim Mat Zin berkata, tindakan Anwar mahu meraih populariti dengan menggunakan namanya sewaktu berkempen sebagai tidak wajar. Malah Ibrahim turut mendakwa, Anwar sebagai "kacang yang lupakan kulit" kerana melupakan budi yang pernah diberikannya sebelum ini. "Saya tidak pernah kenal dia, tapi dia pernah makan budi saya. Masa dia jadi Menteri Pertanian dia datag ke Sungai Manik, Perak. Masa itu dia datang saya sponsor (taja) dia makan. Tapi manusia lupa kulit, tak tahu nak cakap la (jenis) lupa orang. Kita tak lupa dia (tapi) dia lupa kita" katanya. Beliau turut menjelaskan akan memfailkan saman malu terhadap Ahli parlimen Permatang Pauh itu kerana menggunakan nama dan popularitinya di dalam kempen dan ceramah pilihan raya. Saya Pernah Tolong Anwar Ibrahim – Raja Bomoh Kuala Lumpur – Tindakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang menggunakan isu 'Raja Bomoh' ketika berceramah di Kajang menimbulkan kemarahan Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin. Menurutnya tindakan tersebut tidak wajar kerana walaupun pilihan raya ini bagus namun jangan menggunakan namanya untuk meraih populariti. Ibrahim turut mendakwa, Anwar adalah jenis 'kacang yang lupakan kulit' kerana melupakan budi yang pernah diberikannya sebelum ini. "Saya tidak pernah kenal dia, tapi dia pernah makan budi saya. Masa dia jadi Menteri Pertanian dia datag ke Sungai Manik, Perak. Masa itu dia datang saya sponsor (taja) dia makan. Tapi manusia lupa kulit, tak tahu nak cakap la (jenis) lupa orang. Kita tak lupa dia (tapi) dia lupa kita" katanya. Beliau turut menjelaskan akan memfailkan saman malu terhadap ahli parlimen Permatang Pauh itu kerana menggunakan nama dan popularitinya di dalam kempen dan ceramah pilihan raya. "Anwar Ibrahim kalau dia lantang (bangkitkan lagi isu) saya akan sama malu, kerana dia menjual nama saya ketika (ceramah) pilihan raya kerana dia tidak ada modal. "Dia cakap dalam parlimen baru-baru ini, siasat siapa Ibrahim Mat Zin. Jadi dia nak siasat saya, siasat diri sendiri dulu, jangan tuduh orang bukan-bukan. Saya buat khurafat, yang dia lanyak bontot orang tu? "Khalwat (liwat) kot belakang lagi dahsyat, malukan negara. Timbalan perdana menteri (bekas) lanyak kot belakang.. Merosakkan imej timbalan perdana menteri (bekas) liwat belakang. Menurutnya Anwar sepatutnya menjaga aib dan masalah sendiri, sebelum sibuk dengan isu orang lain. "Saya akan saman Anwar sebanyak RM300 juta, kalau dia main-mainkan saya. Biadap.. Kamu hakim agama ke? " tegasnya lagi. Ketua Umum PKR itu sebelum ini menggesa agar siasatan segera dijalankan terhadap bomoh yang melakukan upacara itu di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kononnya untuk membantu menjejak kehilangan pesawat MH370. "Saya nak tahu siapa yang suruh, siapa yang membayar mereka, siapa yang membenarkan? Apakah ini bomoh '1Malaysia'? "Mana pergi Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)? Mana pergi menteri yang membiarkan perkara itu berlaku? "Bila bomoh buat sebegitu, panggil pula media antarabangsa (buat liputan), tak malukah kita? Ini (perbuatan) syirik," katanya ~ Suara TV Kah.. kah.. kah... Habis semua dia belasah.. Anwar tumpang populariti dia?? Errr... kita anggap betul sajalah apa yang dia kata tu... karang tak pasal-pasal kena tampar pulak... ha..ha..ha... |
Malaysia dah jadi 'Ma Lie sia'.. Media China selar Malaysia beri maklumat ‘bercanggah’ tentang MH370 Posted: 16 Mar 2014 11:30 PM PDT Kerana maklumat tentang MH370 yang dibekalkan langsung tak konsisten sebuah akhbar Hong Kong telah menggantikan nama Malaysia dengan Ma 'Lie' sia... Aku kurang pasti apa maksudnya tapi ada yang terjemahkannya sebagai Malaysia penipu besar.. tapi walauapapun terjemahan yang sebenar ianya tetap mencalarkan imej Malaysia. Tambahan pula gambar Najib turut diletakkan disebelah perkataan 'Lie' itu.. sudah pasti maksudnya ialah Najib pembohong... ha..ha..ha... Selain itu kebanyakkan media Utama negara China turut membidas pentadbiran Najib yang memberikan maklumat yang langsung tidak konsisten dalam isu MH370 ini.. China mengkritik Malaysia lagi berhubung maklumat bercanggah yang diberikan berhubung kehilangan pesawat MH370, dengan media tempatan dan pengguna sosial media semakin skeptikal ketika misi mencari dan menyelamat masuk hari ke-10. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Sabtu mengumumkan bahawa kehilangan pesawat Malaysia Airlines mungkin 'sengaja' dan pesawat itu terbang beberapa jam lagi selepas meninggalkan laluan asalnya untuk ke Beijing. Dalam editorialnya, akhbar China Daily mempersoalkan mengapa pengumuman dari Kuala Lumpr itu hanya datang selepas lebih seminggu pesawat itu lesap dan tertanya-tanya sama ada Malaysia berkongsi semua maklumat yang dikumpul, atau tidak. "Percanggahan dan maklumat sedikit demi sedikit yang diberikan oleh kerajaan dan Malaysia Airlines menyukarkan usaha mencari dan keseluruhan insiden itu jadi lebih misteri," tulis akhbar itu. "Apa lagi yang Malaysia tahu tetapi belum dikongsi dengan dunia," katanya. Dua pertiga daripada penumpang pesawat itu adalah warganegara Malaysia, dan Beijing bersikap kritikal terhadap perkongsian maklumat daripada Malaysia – kekhuatiran yang semakin meningkat kerana bimbang pesawat itu mungkin dirampas. "Adalah amat penting sebarang kekeliruan yang mungkin dieksploitasi oleh perampas atau pengganas dikenal pasti secepat mungkin kerana kita perlu mencari perancangan tindak balas," lapor China Daily. Ketua fakulti Pengajian Cina Kontemporari di Universiti Nottingham, Yao Shujie yang menulis di akhbar Global Times di China berkata, Malaysia "hilang autoriti dan kredibiliti" kerana maklum balasnya yang kelam-kabut. "Kekurangan kekuatan dan pengalaman mengendalikan insiden itu menyebabkan kerajaan Malaysia tidak berdaya dan kepenatan dengan menafikan pelbagai khabar angin. "Jika misi mencari itu terus tidak membawa hasil walaupun selepas mengikut maklumat baru, lebih baik Malaysia serahkan kuasa perintahnya kepada operasi menyelamat antarabangsa," tulis Yao. Kehilangan pesawat itu kekal menjadi topik paling hangat didebatkan di jaringan sosial, dengan kebanyakan pengguna Sina Weibo, iaitu laman sosial China mirip Twitter, melaungkan kebimbangan selepas maklumat berkenaan diberikan oleh kerajaan Malaysia. "Mengapa baru sekarang mereka sahkan ia mungkin dirampas?" "Malaysia, apa lagi yang anda sembunyikan," tulis seorang pengguna Sina Weibo pagi ini ketika mengulas perkembangan terbaru yang didedahkan Malaysia. Posting lain ialah:"Saya semakin kecewa dengan Malaysia dan kerajaan mereka yang tidak boleh dipercayai. Saya tidak merancang pergi ke sana pada masa depan." Minggu lalu, salah satu mesej yang tersebar luas ialah posting yang tertulis:"Vietnam terus menemui sesuatu. Malaysia Airlines asyik menafikan. China masih terus menghantar pasukan penyelamat." Hari ini, mesej terbaru yang tersebar luas di internet ialah:"Malaysia menyampaikan maklumat tidak benar sepanjang minggu. Vietnam dapat penemuan tidak berguna. China memberikan berita bernilai minggu ini." – AFP Sekarang.. hampir seluruh dunia sudah hilang kepercayaan dengan cara pentadbiran Najib menangani krisis MH370 ini.. Kalau aku yang kutuk, macai mungkin akan berkata.. "Apa saja yang Najib buat, semuanya tak kena dimata penyokong PR ni... Tapi ini dunia yang kutuk Najib.. sebab dia lemah dan lembab dalam menangani krisis ni.. Tapi aku tak hairan... krisis banjir pun tunggang langgang Najib handle.. inikan pulak krisis yang melibatkan dunia... |
Ridhuan Tee pulak cari pasal dengan Raja Bomoh.. Dia pun nak kena tampar ke ni? Posted: 16 Mar 2014 09:09 PM PDT Baru-baru ni, Bomoh 1Malaysia dah mengamuk bila ritualnya di KLIA telah dikritik dan dipersendakan oleh ribuan rakyat Malaysia.. Kemarahannya itu dilepaskan kepada Khairi kerana Khairy turut mempertikaikan ritual yang mendapat publisiti dari media-media hampir seluruh dunia termasuk dari dunia ke tiga. Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno, di dalam akaun Twitternya sebelum ini menyifatkan upacara ritual, Raja Bomoh itu sebagai memalukan. Beliau turut berkata tindakan perlu diambil terhadap bomoh "tikar terbang" tersebut, "Seseorang perlu menangkap bomoh permaidani ajaib itu. Ia memalukan," katanya. Rentetan dari itu Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin menyelar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai budak hingusan yang kurang ajar dan biadab. Video Raja Bomoh maki hamun Khairy tu silalah lihat di ( SINI ) Kini bukan saja Khairy yang perlu ditampar oleh Raja Bomoh tu.. nampaknya Ridhuan Tee juga mungkin akan ditampar atau dihantar ke alam ghaib oleh Raja Bomoh atau Bomoh 1 Malaysia ni.. Pendakwah bebas, Dr Ridhuan Tee Abdullah hari ini menyifatkan perlakukan raja bomoh dalam usahanya mencari pesawat hilang Malaysia Airlines MH370 hanya akan lebih menyesatkan umat Islam jika ada yang terpedaya dengan upacara ritualnya itu. Beliau berkata, jika upacara sedemikian berlaku ketika zamannya hendak memeluk Islam suatu masa dahulu pasti hajatnya itu tidak kesampaian. "Kebimbangan saya, jika ditakdirkan bomoh itulah yang menjumpai MH370 itu nanti, semakin ramailah umat Islam yang akan percayai kepada bomoh daripada menumpahkan ketaatan kepada Allah. "Jika ditakdirkan saya melihat perbuatan umat Islam dalam mencari MH370 sebegini, sudah tentu saya tidak jadi memeluk Islam," katanya menerusi satu artikel dalam akhbar Sinar Harian hari ini. Melayu, MH370 & bomoh MENGGUNAKAN bomoh dan sihir mencari MH370 telah menjadi bahan ketawa dunia. Rakyat Malaysia di luar negara, termasuk anak-anak saya yang berada di Iskandariah, Mesir, amat malu dengan kejadian ini. Kita sering mendakwa, kita adalah negara Islam contoh. Hari ini, kita sedang ditertawakan kerana percaya kepada perkara-perkara khurafat, tahyul dan tidak masuk akal. Persoalannya siapakah yang memanggil bomoh tersebut? Apakah orang tersebut pernah menggunakan khidmat bomoh? Apakah tujuan khidmat bomoh itu digunakan? Jika benarlah 'kesaktian' bomoh tersebut, buatlah di tempat tertutup, bukanlah tempat terbuka sebegitu, hingga menjadi perhatian dunia, dengan alat lucu seperti teropong buluh, tikar, kelapa, labu sayung dan lain-lain. Kejadian ini mengingatkan saya kenapa ajaran sesat berleluasa? Walaupun tidak masuk akal, tetapi ramai yang mempercayainya, terutama kalangan orang Melayu. Bayangkan bagaimana kita boleh mempercayai ada orang mengakui diri dia tuhan, Imam Mahdi, Rasul dan sebagainya. Pengikut Ayah Pin mempercayai Ayah Pin boleh hidup di alam langit. Begitu juga pengikut Harun yang percaya Harun boleh menjadi tuhan. Ini tidak termasuk orang Jawa yang mengakui Imam Mahdi. Jika ditanya orang kafir sekalipun, walaupun mereka sudah syirik, mereka tidak akan mempercayai perkara tersebut. Dalam isu kehilangan MH370, paling kurang, mereka tampil bermeditasi dan berdoa mengikut cara masing-masing. Penampilan mereka tidak pelik. Ilmu-ilmu ini hanya dimiliki oleh ALLAH SWT dalam firmanNya yang bermaksud, "Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain daripada ALLAH yang tidak mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu jadilah engkau daripada kalangan orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu). (Surah Yunus: 106) Selain itu, Islam juga melarang umatnya daripada menggunakan sihir kerana Rasulullah SAW bersabda, "Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan. Golongan sahabat bertanya, "Apakah tujuh perkara itu? Jawab Baginda, "Mensyirikkan ALLAH, melakukan sihir, membunuh orang tanpa hak, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan zina". (Hadis riwayat Bukhari) Perlu diingat, umat Islam perlu berhati-hati menggunakan khidmat bomoh supaya tidak terjebak dalam amalan syirik yang akan menjejaskan akidah. Setiap daripada kita diwajibkan berusaha dan berikhtiar serta seterusnya bertawakal kepada-Nya kerana ALLAH saja yang Maha Berkuasa terhadap segala sesuatu. Saya amat bersyukur ramai kalangan kita yang melakukan solat hajat dan berdoa kepada ALLAH SWT, mohon petunjuk. Jika di darat tunjukkanlah, jika di laut, timbulkanlah, jika di udara, turunkanlah. Inilah yang sepatutnya dilakukan. Serahkan semua kepada Yang Maha Esa dan Maha Kuasa. Kepada orang bukan Islam, ingin saya jelaskan di sini perbuatan berbomoh seperti dilakukan ini bukan sumber daripada ajaran Islam, meskipun ada yang mendakwa ia akan mengikut kaedah Islam. Pandanglah agama Islam daripada sumber agama Islam itu sendiri, bukan daripada perbuatan orang Islam. Ketika saya memeluk Islam pun dahulu, saya mengkaji Islam dan mendalami Islam. Jika ditakdirkan saya melihat perbuatan umat Islam dalam mencari MH370 sebegini, sudah tentu saya tidak jadi memeluk Islam. Kebimbangan saya, jika ditakdirkan bomoh itulah yang akan dapat memberi petunjuk dan menjumpai MH370 itu nanti, semakin ramailah umat Islam yang akan percayai kepada bomoh daripada menumpahkan ketaatan sepenuhnya kepada ALLAH SWT. Justeru, apa jua yang berlaku dalam pencarian MH370, kita berikhtiar, selebihnya kita serahkan kepada ALLAH SWT, yang lebih mengetahui hikmah semua kejadian ini ~ Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan