. |
Konsert FFMA adalah petaka buat Malaysia Posted: 17 Mar 2014 02:42 AM PDT ULASAN ISU
Kejadian seperti itu sedikit sebanyak mencalarkan kesucian negara ini yang dianggap Islam dan mengambil pendekatan 'wasstiyah' dalam soal pentadbiran, pengamalan agama dan juga melayan kepentingan-kepentingan agama lain. Nasib baiklah tanda tanya dan sejuta persoalan membelenggu kepala rakyat negara dan dunia juga, berhubung kehilangan pesawat itu, menjadi berita kematian remaja secara pecuma itu berlalu begitu sahaja. Ia tidak dilihat penting dan membawa apa-apa kesan kepada negara kita. Bahkan saya percaya mereka yang ternanti-nanti bagaikan nak gila terhadap pesawat berkenaan, sedikitpun tidak peduli dan terasa dengan kejadian itu. Beginilah sikap dan sifat masyarakat kita, mudah lupa pada sesuatu keadaan bila keadaan lain lebih mendominasi. Misalnya kita lupa bersyukur sewaktu musim hujan tiba yang memberikan banyak hujan sebaliknya akan menjadi marah dan berang bila kemarau dan keputusan air. Walhal kita patut bingkas dan menerima apa juga keadaan, ia sama penting dan sama nilai. Kejadian di Bukit Jalil itu tidak perlu dibiarkan begitu saja. Bukan tidak pernah berlaku kematian diacara sedemikian, ada, tetapi sebab musababnya berbeza dengan apa yang berlaku di stadium Nasional Bukit Jalil itu. Kematian sebelum ini kerana sesak nafas akibat berlaku kesesakan melampau. Tetapi apa yang berlaku di stadium Nasional Bukit Jalil itu ia disebabkan dadah. Dadah sudah bebas dibawa ke tempat-tempat terbuka dan sehingga menjadikan manusia maut kerananya. Tidak dinafikan penggunaan dadah sudah meluas dalam acara-acara pesta syaitan sebegitu. Dalam perlumbaan haram, konsert dan sebagainya, ia didorong dan 'digilababikan' oleh dadah. Dalam kelab-kelab malam, disko, sukan dan sebagainya. Keberanian remaja membuat pertujukan ekrobotik dengan motosikal di jalan-jalan raya ianya didalang oleh dadah. Perkara ini sudah lama berlaku dan meragut banyak nyawa namun ia dibiarkan tanpa ada pengawalan khas terhadapnya. Apabila ia sudah dibawa secara berani dan menyebabkan kematian, penggunaan dadah di kalangan anak muda atau pun pengamal hiburan begitu sudah sampai ke tahap kritikal. Jangan apabila pintu Neraka terbuka ia akan turut sama menarik masuk kita yang kurang berodsa. Justeru sudah sampai masanya kalau kawalan ketat terhadap mana-mana konsert atau segala aktiviti 'tanpa Tuhan' di kalangan remaja. Gerakan sepadu di antara semua agensi keselamatan, Polis, Majlis-majlis Agama, Kastam, Imigresen dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan sebagainya hendaklah digembelingkan. Polis terutamanya unit Anti Dadah mungkin boleh diperbesarkan untuk membenteras dadah. Ura-ura untuk menubuhkan pasukan polis Syariah, boleh dibatalkan dan diganti dengan unit pembesaran anti dadah. Kita berbangga dengan kejayaan Polis dalam Operasi Cantas yang digerakan untuk membenteras geng haram dan samseng. Tetapi dalam soal dadah polis masih gagal secata total. Kemasukan dadah ke negara ini tanpa henti-hentinya seolah-olah negara kita tidak berpintu dan bertingkat manakala Polis pula seakan berdiri bagaikan patung sahaja. Khasnya untuk membenteras kejadian seperti berlaku di stadium Nasional Bukit Jalil itu, polis perlu mengetatkan kawalan. Polis jangan sahaja percaya kepada jaminan keselmatan oleh pihak penganjur semata-mata. Sebaikanya konsert sebegitu diharamkan di negara ini. Apabila ia melibatkan penyertaan peringkat dunia maka berbagai-bagai unsurlah yang disonglap masuk ke negara ini dan mempengaruhi remaja kita. Barang kali cadangan untuk menjadikan negara ini sebagai hub hiburan kerana ingin menarik pelancung perlu dikaji kembali. Kematian enam remaja itu boleh dijadikan titik mula untuk membendung kebebasan berhiburan di negara ini. Kematian enam remaja dan penangkapan 29 individu berhubung kejadian itu tidak boleh berhenti setakat itu saja. Pastikan ada orang bertanggungjawab dan bawa mereka ke muka pengadilan. Mereka perlu di hukum dan dikenakan tanggungjawab atas apa yang berlaku itu. Pihak kerajaan juga perlu mendedahkan pihak manakah menjadi penganjur acara syaitan itu? Bagi mereka yang kesal, kecea dan melihat konsert itu merbahaya kepada anak bangsa hendaklah membantahkan bukan sahaja setakat menyerah memorandum atau membuat kenyataan akhbar tetapi harus bertindak secara fikizkal seperti berdemo ataupun mengambil tindakan perundangan. Perhati dan telitilah dari mana-mana ruang undang-undang yang ada baik sivil, jenayah atau agama untuk membuat tindakan perundangan. [wm.kl.5:34 pm 17/03/14] | ||||||||
Separuh perjalanan Azizah dijangka menang besar Posted: 16 Mar 2014 10:19 PM PDT TINJAU KAJANG Kempen pilihan raya kecil N 25 DUN Kajang sudah berlalu hampir separuh. Ia bermula sebaik selesai proses penamaan calon pada 11 Mach dan akan berakhir menjelang tengah malam hari mengundi 23 Mac. Kegiatan kempen kedua-dua pihak, PR dan BN berjalan seperti biasa walaupun pilihan raya berkenaan seakan terganggu dek kehilangan pesawat MH 370 yang membawa 239 penumpang sampai ke saat ini masih belum terjawab.
Selain faktor kehilangan pesawat MH 370 itu, pilihan raya itu juga menjadi dingin apabila calon awal yang digembar gemburkan akan diturunkan oleh PR (PKR) menerusi projek apa dinamakan Kajang Move tidak menjadi kenyataan. Kekosongan kerusi berkenaan adalah untuk membolehkan Anwar Ibrahim bertanding bagi dilantik menjadi Menteri Besar Selangor. Bagaimana pun malang, Anwar tidak boleh bertanding kerana terhalang oleh undang-undang apabila Mahkamah Rayuan menjatuhi hukum penjara lima tahun ke atasnya bersabit tuduhan meliwat pembacuh kopinya. Penghalangan terhadap Anwar itu sebagai konspirasi untuk mengagalkan projek Kajang Move?
Sebelum ini Umno cuba menginding dan mahukan kerusi berkenaan atas alasan peratus pengundi di Kajang lebih kepada Melayu, Melayu 48.48% manakala China 40.46%. Lagi pun calon MCA dalam pilihan raya lalu tewas dengan jumlah undi yang besar mencecah 7,000. Apabila MCA berkeras mahukan kerusi itu ditandingi oleh calon mereka, menyebabkan sesetengah orang Umno menjadi lemah atau pun tidak berminat untuk ikut sama berkempen. Mereka merasakan menjadi alat kepada MCA. Sikap sesetengah pemimpin Umno dan NGO yang menyerang orang Cina menyebabkan wujud perasaan membenci MCA dari kalangan orang Umno. Begitu juga ejekan dan pertikaian dibuat oleh Utusan Malaysia, akhbar lidah Umno yang menyalahkan orang Cina atas kegagalan BN mendapat majoriti di parlimen dalam pilihan ke-13 lalu, menyebabkan orang Umno ikut sama membenci MCA. Angin perkauman yang ditiupkan oleh media PB itu ikut mempengaruhi orang Umno di Kajang. Walaupun sesetengah pemimpin Umno menunjukkan komitmen mereka di Kajang, seperti Ahmad Maslan sebagai tanda permaufakatan dalam BN, itu hanya formaliti sahaja. Ketidak seriusan pemimpin Umno ini juga tergabar daripada kenyataan Naib Presiden Umno Zahid Hamidi yang tidak mahu Kajang dijadikan longgokan projek semasa pilihan raya ini. Selain itu kedinginan dari kalagan orang Cina untuk sokong MCA juga disebabkan MCA sendiri juga menyedari yang mereka sukar untuk menang. MCA juga sedang dilambung masalah ekoran perebutan kepimpinan di dalam parti berkenaan. Masalah kem-kem bekas presiden dengan kem presiden hari ini belum dapat dilendikkan lagi. Senario ini menyebabkan orang Cina sendiri tidak 'gemas' dengan MCA. Calon juga memberi faktor sampingan. Che Meh Fun tidak selayaknya untuk berdepan dengan Dr Wan Azizah. Bukan saja kalau diukur dari budi dan jasa kepada masyarakat dalam kerjaya politik masing-masing, tetapi dari segi kesempurnaan seorang wanita juga Wan Azizah jauh lebih unggul dan sempurna berbanding dengan Meh Fun. Wan Azizah terbukti berjaya menjadi seorang isteri yang baik dan ibu yang berjaya mendidik anak-anaknya. Berbeza dengan Meh Fun, beliau bukan saja tidak ada anak, suami pun belum ada. Sebagai pemimpin, latar belakang ini sangat penting. Hari ini orang memilih pemimpin bukan saja kerana kamu didokong oleh parti dan pemimpin, tetapi orang memilih sejauh mana kemampuan dan kebolehan kamu sebagai pemimpin. Kurang meriah Secara umumnya pilihan raya kecil Kajang dingin, tidak hangat dan kurang meriah. Hakikat ini diperhatikan kepada pemasangan poster dan bahan-bahan kempen lain. Dalam tinjauan rengkas saya dua hari lepas ke lokasi terpilih, kerancakan atau perang poster tidak begitu hebat. Tidak banyak bendera dan bahan kempen dinaikkan. Kalau pun ada ialah banting wajah calon. Bendera yang dipasang tinggi di atas pokok dan bangunan yang menggambarkan kesungguhan dan semangat tinggi berpilihan raya, tidak berlaku di Kajang. Sungguh pun begitu aktivti kempen berjalan seperti biasa dan pekerja parti tidak mengambil siap sambil lewat. Terutamanya di pihak PKR, calonnya berkempen siang dan malam. Berbagai program diaturkan. Demikian juga dengan ceramah umum. Stadium Mni Kajang menjadi medan perang utama kepada PKR. Sepanjang hari dan malam program ceramah diadakan meliputi semua kawasan peti undi. Sambutan terhadap ceramah PKR menggalakan berbanding dengan ceramah BN. Ada antara 200 hingga 1500 yang hadir di ceramah Pakatan Rakyat. BN langsung tidak berani ngadakan ceramah terbuka sebaliknya menujumpukan cramah berkelompok dan kunjungan rumah ke rumah kerana majlisnya tidak mendapat sambutan. Seorang ahli MT Umno yang turut berkempen di Kajang mengakui pihaknya sukar untuk merampas kerusi Kajang. "Kita tidak berfikir untuk rampas kerusi N 25 Kajang, untuk menurunkan undi yang diperolehi calon PKR sebelum ini pun sukar," katanya. "Bagi kami kalau wang deposit Mei Fun selamat sudah kira ok." tambahnya. Apabila ditinjau mengenai sikap pengundi, rata-rata berpendapat sikap atau sokongan orang Cina kepada Pakatan Rakyat masih tidak berubah. Dalam pilihan raya lalu kira-kira 60% hingga 75% sokongan masyarakat Cina kepada PKR. Manakala kira-kira 30% hingga 35% sokongan pengundi Melayu. Bagaimana pun hari ini sokongan China dikatakan meningkat sampai 80% demikian juga ada peningkatan undi Melayu. Katanya sokongan Melayu meningkat antara 10% hingga 15 % menjadi hampir 50%. Faktor yang menolak Melayu menyokong calon Pakatan Rakyat, ialah kerana faktor calon dan kedua kerana kedegilan MCA yang enggan berkompromi mengenai calon. Ada bisik-bisik di bawah orang Umno akan memberi signal kepada MCA bahawa Kajang untuk masa akan datang perlu diberikan kepada orang Melayu. Untuk tujuan itu mereka membuat kesimpulan pilihan raya Kajang perlu dikalahkan dengan teruk. Sentimen Melayu di Kajang juga tersentuh apabila beberapa bekas tokoh Umno turut mengambil bahagian berkempen di Kajang. Antara mereka ialah bekas MB Selangor Muhammad Mohd Taib, bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Sharif Omar, bekas Exco Pemuda Umno Tamrin Ghafar dan bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan Dr Zayadi Awang Nuh. Mereka hampir setiap malam turun ke Kajang dan berceramah untuk membantu Dr Wan Azizah. Mereka ini dapat mengajak orang-orang Umno yang mana mereka dahulu adalah rakan sewadah dengan mereka. Turut membantu Dr Wan Azizah ialah rakan daripada Pas dan DAP. Beberapa pemimpin Pas turut berkubu di Kajang. Walaupun timbul rasa skeptikal di kalangan segelitri anak-anak muda Pas mengenai tujuan pilihan raya itu, tetapi kehadiran Naib Presiden Pas, Husam Musa, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dan timbalannya, Dr Rani Osman dan Abdul Khalid Samad berjaya memberi penjelasan kepada orang Pas khasnya, kenapa pilihan raya itu penting menang. Sedikit memusykilkan saya apabila mengenangkan penglibatan pemimpin Pas dalam pilihan raya Kajang ini tampak tidak begitu serius. Sepanjang saya menijau kempen pilihan raya atau hadir majlis pra-kempen sebelum penamaan calon tidak ada pemimpin Dewan Pemuda Pas yang mengambil bahagian? Ini berbeza dengan DAP di mana hampir seluruh pemimpin mereka turun, kecuali Karpal Singh. Boleh jadi juga saya tidak terjumpa dengan mereka. Tidak terjumpa bermakna mereka tidak hadir? Saya tidak berani untuk meramalkan berapa majoriti yang akan dipunggut oleh Dr Wan Azizah. Tetapi saya suka turunkan butir-butir yang menjadi sebutan popular. PKR telah meletakkan sasaran untuk meraih 10,000 majoriti. Sasaran ini lebih munasabah daripada untuk menghilangkan wang deposit Chew Mei Fun. Di kalangan orang Cina (kaki judi), membuat pertaruhan Azizah akan menang 10,000 undi. Saya tegaskan ramalan kaki judi tidak boleh dipakai sama sekali. Haram. Saya tidak memandang begitu jauh. Pertama di Kajang, Dr Wan Azizah perlu menang untuk menjaga maruah PKR dan Pakatan Rakyat keseluruhannya. Sekiranya beliau berhajat untuk jadi MB Selangor, wajar kemenangan itu dengan undi yang besar. Undi besar menjadi indokator beliau diingini mengambil alih kepimpinan di Selangor. Hanya di sini dengan melihat perkembangan setakat ini saya berani menyatakan Dr Azizah akan menang sekitar 3,500 hingga 5,000 undi sahaja. Besar kecil majoriti yang bakal diraihnya nanti bergantung kepada berapa banyak jumlah yang keluar mengundi. Kehilangan MH 370 dan sehingga ia tidak ditemui sehingga 23 Mac, maka undi Azizah akan bertambah dan tidak mustahil kemucaknya sebanyak 8,500 undi. [wm.kl.12:41 pm 17/03/14] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan