Isnin, 17 Mac 2014

Tempayan Retak

Tempayan Retak


Tak Ada Hujah Kuat Untuk Sabitkan Kapten Kapal

Posted: 16 Mar 2014 03:08 PM PDT


Saya pernah menulis pasal pemikiran luar kotak dan tak salah untuk membuat penelitian kepada semua yang ada di dalam kapal terbang MH370 terutama kepada krunya. Tulisan saya "Blogger UMNO mula menyerang Pakatan Rakyat dalam Isu Kehilangan MH370" hanya tak setuju apabila persoalan penyiasatan dijurus kepada sentimen kepartian yang akhirnya menyebatkan kita tidak menentu dalam membuat sesuatu tuduhan.

Walaupun tidak menolak Kapten Zaharie Ahmad Shah mempunyai 'saham' yang besar kepada kemungkinan kejadian kehilangan atas beberapa faktor iaitu dia kapten, dia pakar dan dia sangat berminat kepada penerbangan dengan memiliki simulator sendiri semuanya boleh memberikan alasan untuk penyiasatan.


Tapi bila diambil kira pula dengan beberapa faktor sampingan seperti dia sebenarnya sepatutnya bercuti tetapi dipanggil untuk ke Beijing dan meminggalkan peralatan simulator secara terdedah adalah menunjukkan dia bukan merancang secara terperinci untuk kejadian pada 8 Mac 2014, 1.30 pagi.

Perkara ini telah disahkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengesahkan juruterbang dan pembantu tidak meminta untuk penerbangan bersama ke Beijing dan 
beliau yang juga menteri pertahanan bagaimanapun berkata, polis menggeledah rumah juruterbang yang mempunyai simulator penerbangan dan rumah pembantu juruterbang itu semalam tidak menunjukkan bukti yang diperlukan. Peralatan Simulator diambil untuk siasatan lanjut.

Serangan bahawa Kapten Zaharie Ahmad Shah seorang aktivis parti PKR adalah suatu tindakan yang dikira jahat dan atas kepentingan politik kebetulan adanya PRK Kajang dan PRK Balingian.

Saya setuju dengan tulisan Aspan Alias, pengendalian kehilangan MH370 jangan dibuat seperti mengedalikan kes politik. Sepetutnya rakyat Malaysia tanpa kira kaum agama dan parti politik harus bersama "merasai" atas kejadian kehilangan MH370 ini.

Pihak kerajaan juga diharap menberikan maklumat yang benar dan jujur agar rakyat tidak tertanya-tanya untuk mendapat harapan!

##
Maklumat tambahan:

Kapten Zaharie adalah seorang pilot yang sangat-sangat berpengalaman dalam MAS. Beliau telah terbang lebih 18 ribu jam sepanjang berkhidmat dengan MAS. Beliau seorang yang sangat mahir selok belok pesawat Boeing dan segenap penerbangan MAS. Kapten Zaharie juga memiliki satu kemahiran yang sangat unik berbanding pilot lain dalam MAS kerana dia mampu mendaratkan sebuah pesawat Boeing dilandasan yang pendek daripada landasan yang sepatutnya. Kapten Zaharie pernah mendaratkan Boeing bersaiz besar di Lapangan Terbang Kuala Terengganu satu masa dahulu.

Tiada ulasan: