DUNIACACAMARBA |
- MB Selangor DERMA Keseluruhan Kenaikan Gajinya kepada TAWAS
- Penjenayah Panas Dibaca Ayat Kursi, Tidak Jadi Rogol Jururawat
- Seks Pelik, Telur Rebus Tersekat di dalam Kemaluan Wanita
- Lanjutan Kes Seks untuk Markah di Singapura
- Alasan Lelaki Melakukan Seks dengan Kambing...
- Hamil 8 Bulan Masih Mampu Sertai Pertandingan Larian
- Remaja "Dijual" untuk 2 Beg Beras
- Patung Barbie Hidup Ukraine Dakwa Tidak Lagi Makan dan Minum
- [PANAS] Kempen Anti-Syiah JEJAS Ekonomi, Menteri Minta BANTUAN PAS Pulih Hubungan dengan Iran
- Saya TIDAK Akan Minta MAAF Kepada Azmin - Hishamuddin Rais
- Selepas 16 tahun, Banduan Reman PALING Lama di Malaysia Akhirnya BEBAS
- [PANAS] Anwar SOKONG Dasar Air di Selangor
- Mizz Nina Tekad Berhenti Menyanyi
MB Selangor DERMA Keseluruhan Kenaikan Gajinya kepada TAWAS Posted: 03 Mar 2014 12:53 AM PST RM 15,074.85 Sebulan, Ikhlas daripada MB kepada TAWAS. [Selangorku] SHAH ALAM 1 MAC : Walaupun menerima kenaikan gaji hampir seratus peratus, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil keputusan menyumbang kesemua kenaikan itu kepada Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS). Memetik laporan Malaysian Insider, seorang pegawai di Pejabat Menteri Besar mengesahkan perkara itu dan berkata jumlah yang disumbangkan Khalid ialah sebanyak RM 15,074.85. "Betul, beliau sumbangkan kenaikan gaji menteri besar kepada tabung Tawas," kata pegawai berkenaan. Semalam, beberapa pengendali laman Facebook mula berkongsi gambar satu surat rasmi bertarikh 28 Januari 2014 yang ditandatangani Abdul Khalid kepada Pegawai Kewangan Selangor, Datuk Noordin Sulaiman. "Saya dengan ini menyumbang semua wang kenaikan gaji tersebut sebanyak RM 15,074.85 ke dalam Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) melalui potongan gaji saya bermula bulan Januari 2014 dan seterusnya," kata surat rasmi berkenaan. Surat itu turut menyatakan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 8 Januari 2014 hanya meluluskan pemotongan sebanyak RM 4,250 sahaja daripada keseluruhan RM 29,250 gaji Menteri Besar. Walaupun begitu, Abdul Khalid dengan suka rela ingin menyerahkan kesemua kenaikan gaji kepada TAWAS dan sekadar menerima gaji asalnya sebelum ini iaitu RM 14,175.15. Pendedahan ini mendapat pelbagai reaksi positif daripada orang ramai di Facebook, antaranya di laman Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat. "Tan Sri Abdul Khalid ialah pemimpin terbaik. Bila masa PKR hendak buang Tan Sri Khalid. Tolong jangan fitnah," kata HairiReallyme. "Jadi janganlah tukar MB. Kekalkan Tan Sri Abdul Khalid. Pemimpin macam mana kita mahu lagi," kata seorang lagi, Rashyad Afham Feroz. Pada sidang DUN November lepas, Dewan Undangan Negeri Selangor meluluskan kenaikan gaji Menteri Besar, anggota Exco, Speaker, Timbalan Speaker dan kesemua Adun yang mula diterima Januari 2014. -Lizawati Madfa | ||
Penjenayah Panas Dibaca Ayat Kursi, Tidak Jadi Rogol Jururawat Posted: 02 Mar 2014 11:30 PM PST [HM] "Dia (penjenayah) menjerit kepanasan apabila saya membaca ayat Kursi. Malah, penjenayah itu tidak meneruskan niatnya untuk merogol saya biarpun pakaian ditanggalkannya," kata seorang jururawat mahu dikenali sebagai Intan, 21. Intan berkata demikian ketika menceritakan detik cemas dia cuba dirogol seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh berusia lewat 30-an yang memecah masuk rumahnya di Kampung Baru, di sini, pada jam 5.45 petang, Selasa lalu. Dalam kejadian itu, biarpun tidak merogol mangsanya, suspek dilapor merampas wang tunai RM50 selain beberapa barangan berharga lain dianggarkan bernilai RM300 sebelum melarikan diri. Menceritakan semula kejadian itu, Intan berkata, dia yang tidur di ruang tamu terjaga apabila mendengar ada orang membuka pintu rumahnya. "Saya terkejut apabila melihat seorang lelaki warga Bangladesh yang tidak dikenali sudah berada di depan pintu rumah. Saya segera berlari untuk masuk ke dalam bilik namun dihalang," katanya ketika dihubungi, semalam. Menurut Intan, penjenayah itu mengeluarkan pisau sebelum mendakwa dirinya anggota polis selain memintanya supaya mendiamkan diri. "Saya tahu dia bukan polis kerana bahasa digunakan seperti warga Bangladesh. Dia (penjenayah) memeluk dan mula mencium saya. Saya terpaksa mendiamkan diri kerana bimbang dicederakan," katanya. Menurutnya, penjenayah terbabit meminta wang tunai dan barang kemas daripadanya. "Belum pun sempat berbuat apa-apa, dia (penjenayah) menolak saya ke katil dan mula menanggalkan pakaian dan seluar saya. "Ketika itu, saya berulang-kali merayu supaya dikasihani namun suspek terus menindih badan saya kerana mahu merogol. "Pada mulanya ada sedikit pergelutan namun saya tidak berdaya melawan kudratnya apatah bimbang dicederakan kerana dia (suspek) bersenjata," katanya. Intan berkata, dia yang kebuntuan akhirnya mengambil keputusan untuk membaca ayat Kursi dengan kuat selain berniat di dalam hati untuk menyerahkan nasibnya kepada Allah. "Apabila saya baca ayat Kursi, dia (penjenayah) bagaikan kepanasan dan menjerit-jerit mendakwa 'panas'. Penjenayah itu tidak jadi untuk merogol saya. "Penjenayah itu berubah fikiran, dia (suspek)menggunakan tali pinggang dan tudung mengikat kaki serta tangan saya," katanya memberitahu, suspek melarikan diri selepas merampas wang tunai RM50 dan beberapa barangan berharga lain. Katanya, dia yang membuka ikatan di tangan dan kakinya itu tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK). - 3/3/14 | ||
Seks Pelik, Telur Rebus Tersekat di dalam Kemaluan Wanita Posted: 02 Mar 2014 10:42 PM PST [HM] Shanghai: Seorang wanita terpaksa mendapatkan khidmat doktor untuk mengeluarkan telur rebus yang tersekat di kemaluannya selepas melakukan tabiat pelik bersama suaminya ketika mengadakan seks dengan suaminya. Doktor di Shanghai berjaya mengeluarkan telur rebus itu baru-baru ini. Suami wanita berkenaan berkata, dia memasukkan telur rebus yang telah dikopek kulitnya itu ke dalam kemaluan isterinya untuk mencuba sesuatu yang baru ketika mengadakan seks. Namun, tidak lama selepas itu, isterinya mengadu mengalami sensasi yang luar biasa di bahagian berkenaan. Pasangan dalam lingkungan usia 20-an itu berkata, mereka cuba mengeluarkannya menggunakan penyepit dan sudu, apabila usaha itu gagal, wanita itu cuba mengeluarkannya dengan melompat -lompat tetapi gagal juga. Dr Guo Xinxin daripada jabatan sakit puan hospital berkenaan berkata, pasangan itu mengambil risiko yang tinggi. "Apabila sudah berada dalam kemaluan, ia mengandungi campuran bakteria yang rumit dan telur rebus itu akan mereput. Pasangan harus berhati-hati tetapi jika mereka mempunyai masalah seperti itu, mereka harus cepat mendapatkan rawatan di hospital," katanya. -2/3/14/Agensi | ||
Lanjutan Kes Seks untuk Markah di Singapura Posted: 02 Mar 2014 10:39 PM PST Profesor 'Tidak Bertepuk Sebelah Tangan' [HM] Singapura: Mahkamah Tinggi Singapura membatalkan sabitan terhadap seorang profesor undang-undang yang dipenjarakan atas tuduhan meminta khidmat seks dan hadiah daripada penuntutnya sebagai pertukaran untuk mendapat gred yang baik. Bekas profesor undang-undang Universiti Nasional Singapura (NUS), Tey Tsun Hang, 42, dipenjarakan lima bulan tahun lalu selepas didapati bersalah terhadap enam tuduhan rasuah oleh mahkamah daerah berikutan hubungannya dengan Darinne Ko pada 2010. Mahkamah daerah memutuskan bahawa dia mengeksploitasi penuntut perempuan terbabit dengan meminta khidmat seks dan pelbagai hadiah, termasuk kemeja berjenama dan pen edisi khas daripada Ko. Bagaimanapun, peguam Tey, Peter Low semalam berkata, hakim mahkamah tinggi Woo Bih Li "membenarkan rayuan dan membatalkan sabitan" berkenaan - lima bulan selepas dia selesai menjalani hukuman penjara. "Mahkamah mendapati perkara pokok dalam kes ini tidak berlaku begitu saja. "Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi dan ketika itu Ko mencintai Tey," katanya. Low berkata, dia gembira Tey dibebaskan daripada semua enam tuduhan rasuah yang dikenakan terhadapnya. NUS yang tahun lalu mengumumkan sudah menamatkan perkhidmatannya di universiti berkenaan. Semalam NUS berkata, Tey boleh "memohon petisyen agar jawatannya dikembalikan" di universiti itu. Bagaimanapun, dia masih tertakluk dengan sebarang tindakan yang bertentangan dengan tatakelakuan kakitangan NUS. Jika Tey ingin kembali bertugas di NUS, pihak universiti terlebih dulu perlu melantik jawatankuasa inkuiri bagi memastikan sama ada dia benar-benar bersalah dalam sebarang salah laku. Jika dia didapati bersalah, maka sekatan akan dikuatkuasakan.- 2/3/14/ AFP | ||
Alasan Lelaki Melakukan Seks dengan Kambing... Posted: 02 Mar 2014 10:36 PM PST
[HM] Abuja: Seorang penduduk kampung di Nigeria ditahan kerana berasmara dengan kambingnya tetapi tetap berkeras mengatakan dia tidak bersalah kerana sudah meminta kebenaran terlebih dulu daripada haiwan itu. Menurut laporan media semalam, Malam Kamisu Baranda diserahkan kepada polis oleh ketua kampung di Dutse sebelum direman. Lelaki berusia 20 tahun itu mengakui berasmara dengan kambing sebanyak 10 kali sebelum ini. Alasan Baranda? Dia mengulangi perbuatan itu kerana haiwan berkenaan benar-benar memuaskan nafsunya sehingga dia tidak berminat menjalin hubungan cinta dengan wanita. Baranda berkata, dia membawa kambing berkenaan ke hutan berhampiran kediamannya untuk mengelak daripada rasa malu ketika melakukan perbuatan itu. Katanya, dia hanya berasmara dengan kambingnya sendiri, selain turut meminta kebenaran daripada haiwan itu sebelum berasmara. Dia juga mendakwa tidak faham mengapa berasmara dengan haiwan adalah satu kesalahan. Baranda memberitahu jika dia tahu perbuatannya itu salah, dia tidak akan melakukan demikian. Ketua majistret Dutse kemudian mengarahkan Baranda dipenjara dua minggu atas kesalahan itu.- 2/3/14/ Agensi P/s: Gila seks!!! | ||
Hamil 8 Bulan Masih Mampu Sertai Pertandingan Larian Posted: 02 Mar 2014 10:32 PM PST
[HM] Beijing: Sarat hamil tidak menghalang Xu Yunyun mengambil bahagian dalam pertandingan larian di Beijing, baru-baru ini. Xu, pelari amatur berusia 28 tahun itu kini hamil lapan bulan dan percaya aktiviti itu mampu memudahkannya bersalin nanti. "Saya pelari yang bersemangat dan tiada sebab untuk saya tidak boleh meneruskan aktiviti ini hanya kerana saya hamil. "Saya berlari mengikut kesesuaian dan tidak memaksa diri," katanya. Menurut Xu, dia diberitahu bahawa senaman ialah cara terbaik bagi memastikan bayi yang dikandung sihat. Bakal ibu itu menjadikan Paula Radcliffe yang berlari dua kali sehari pada lima bulan pertama kehamilannya pada 2006 sebagai inspirasi utamanya. Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Kemanusiaan AS pula berkata, wanita yang aktif berlari boleh mengambil bahagian dalam sukan lumba lari ketika hamil. -2/3/14/ Agensi | ||
Remaja "Dijual" untuk 2 Beg Beras Posted: 02 Mar 2014 10:29 PM PST [HM] Abuja: Seorang remaja dijual pada harga AS$120 (RM393) sebagai pertukaran untuk membeli dua beg beras. Kejadian berlaku apabila seorang lelaki yang tidak mempunyai wang ingin membeli beras dari sebuah kedai. Selepas diberitahu harga dua beg beras, lelaki itu berkata dia akan mengambil beras itu tetapi tidak mempunyai wang untuk membayarnya. Dia sebaliknya meninggalkan remaja yang mengikutnya sebagai cagaran sehingga dia berjaya mendapatkan wang untuk membayar beras itu. Bagaimanapun, lelaki itu tidak muncul lagi di kedai berkenaan. Seorang paderi tempatan menemui remaja 15 tahun itu menangis di kedai berkenaan sambil menceritakan dia diculik dan dijual untuk dua beg beras. - 2/3/14- Agensi | ||
Patung Barbie Hidup Ukraine Dakwa Tidak Lagi Makan dan Minum Posted: 02 Mar 2014 10:25 PM PST
[HM] Kiev: Model Ukraine Valeria Lukyanova yang mencipta kontroversi sebagai 'patung Barbie hidup' mendakwa dia tidak lagi makan atau minum sebaliknya menggelar dirinya 'Breatharian' yang hanya memerlukan udara. Walaupun ada yang mendakwa dia melakukan pembedahan plastik selain menggunakan Photoshop untuk kelihatan seperti anak patung, namun mungkin juga susuk tubuhnya yang terlalu kurus adalah disebabkan tidak makan sehingga berminggu-minggu lamanya. Model berusia 23 tahun itu mendakwa kini mengamalkan 'Breatharianism' apabila melatih dirinya mendapat khasiat daripada cahaya dan udara. "Malah sejak beberapa minggu ini saya tidak rasa lapar langsung dan berharap ini peringkat terakhir sebelum saya betul-betul mampu hidup hanya berbekalkan cahaya dan udara," katanya. Breatharianism adalah fahaman yang mempercayai makanan dan air tidak perlu untuk kehidupan, sebaliknya seseorang didakwa boleh hidup dengan menyerap 'makanan mikro-kosmik.' Amalan itu dilihat berbahaya malah ada pengikutnya dilaporkan mati kelaparan. Ini bukan kali pertama Valeria membuat kenyataan pelik. Sebelum ini dia pernah mendakwa berasal dari planet lain, mungkin Zuhrah, namun mengakui dia sendiri tidak pasti planet asalnya. Berikutan itu, Valeria mendakwa mampu bercakap dengan makhluk asing selain mampu mengembara merentasi masa. Valeria yang menyasarkan untuk menjadi 'wanita paling sempurna di Internet' juga mengaku mendapat rawatan pakar psikiatrik kerana sering mendengar suara halus. Walaupun ada pengguna YouTube, Tumblr dan laman sosial, Valeria mendapat sokongan kuat suaminya yang juga bertindak sebagai pengurusnya.- 3/3/14/Agensi | ||
[PANAS] Kempen Anti-Syiah JEJAS Ekonomi, Menteri Minta BANTUAN PAS Pulih Hubungan dengan Iran Posted: 02 Mar 2014 09:56 PM PST
[TMI] Kempen anti Syiah secara agresif kerajaan Malaysia sejak hujung tahun lalu menjejaskan ekonomi negara sehingga kerajaan kerugian jutaan ringgit selepas Iran yang mempunyai majoriti penganut mazhab tersebut bertindak balas, menyebabkan seorang menteri menghubungi pemimpin PAS, minta bantuan bagi memulihkan hubungan, kata satu sumber. Pengerusi Biro Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi mengesahkan perkara itu tetapi enggan menamakan menteri yang menghubunginya. "Memang benar ada menteri hubungi saya untuk meminta bantuan itu," kata Syed Azman kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi. Syed Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Adun Batu Burok berkata, Malaysia mengalami kerugian besar apabila Iran bertindak balas terhadap kempen anti Syiah di Malaysia yang diterajui oleh Umno sebelum ini. "Petronas mengalami kerugian paling banyak apabila usaha cari galinya di Iran menerima halangan daripada kerajaan Iran sedangkan pada waktu sama syarikat Amerika Syarikat (AS) termasuk Esso dan Conoco sudah mula masuk ke negara itu," katanya. AS dan negara-negara Eropah mula menjalinkan semula hubungan dengan Iran selepas Hassan Rouhani yang lebih liberal mengambil alih kepimpinan daripada Mahmoud Ahmadinejad. Sebagai pengerusi Biro Antarabangsa PAS, Syed Azman mempunyai hubungan rapat dengan majoriti pemimpin gerakan Islam di dunia termasuk dari Iran. Selain beliau, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Mohamad Sabu juga mempunyai hubungan dengan pemimpin Iran dalam arena politik antarabangsa. Selain Petronas, turut rugi adalah industri minyak sawit apabila Iran mencari alternatif lain selain Malaysia. Pada Januari hingga November 2013 sahaja, Iran mengimport 671,384 tan minyak sawit dari Malaysia. Ia menjadikan negara itu antara pengimport utama minyak sawit Malaysia. Susulan kempen anti Syiah Umno yang dimulakan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penggulungannya semasa perhimpunan parti itu tahun lalu dan disambut beberapa pihak lain, Iran mula menyekat dan mengurangkan import minyak sawit dari Malaysia. Perhimpunan Agung Umno 2013 juga meluluskan usul menjadikan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai tafsiran kepada Islam Malaysia dan fahaman Syiah disifatkan sebagai ajaran sesat dan terkeluar daripada Islam. Penghujung tahun lalu, Ahli Parlimen dari Baghdad, Iraq, Syeikh Jalaluddin Asy-Shoghir, dalam satu ucapannya berkata, kerajaan Malaysia merupakan kerajaan pertama di dunia yang secara rasmi mengkafirkan Syiah. Katanya, tindakan ini dilaksanakan dengan cara yang amat buruk, namun Kementerian Luar Iraq tidak mengambil tindakan balas berkaitan isu tersebut. "Kerajaan Malaysia sanggup mengkafirkan majoriti rakyat Iraq biarpun Kedutaan Malaysia tidak diarahkan untuk tampil diberi teguran secara lembut. "Syarikat Malaysia sedang bergembira dengan meraih pelbagai projek di Iraq dan banyak peluang perniagaan dianugerahkan secara istimewa kepada kerajaan Malaysia. "Saya tidak tahu bagaimana kerajaan Malaysia boleh sampai ke tahap diplomasi yang hancur seperti ini dan melakukan pelanggaran akidah. Di mana Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)? Sama ada ini sebuah sikap yang ekstrem atau tidak, tindakan pengkafiran bakal menjurus kepada pembunuhan," katanya dalam rakaman video di Youtube yang tersebar luas. Pensyarah Jabatan Hubungan Antarabangsa Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, berkata Malaysia harus mencontohi negara Islam di Timur Tengah dalam menguruskan perbezaan mazhab, iaitu penganut mazhab Sunni tidak pernah mendakwa kumpulan Syiah di negara mereka terkeluar daripada Islam. Mohamad berpendapat, jika Malaysia tidak berhati-hati dalam perkara ini, imej negara akan terjejas dan pendukung hak asasi manusia akan menuduh Malaysia tidak mengamalkan toleransi sesama umat Islam. Pada 2004, Malaysia di bawah pimpinan Tun Abdullah Badawi menandatangani perjanjian Amman Message di Jordan. Amman Message merupakan inisiatif daripada pemerintah Jordan pada ketika itu yang memperkenalkan satu deklarasi bagi menjelaskan kepelbagaian mazhab dalam Islam seperti Sunni, Syiah, Ibadi dan Thairi. "Sesiapa pun yang mengamalkan satu daripada empat mazhab Sunni seperti (Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali), dua daripada mazhab Syiah (Jaafari dan Zaydi) serta mazhab Ibadi dan Thahiri adalah Muslim. Menggelar mereka orang yang kafir dan sesat adalah sangat mustahil," kata perjanjian tersebut. – Zulkifli Sulong/ 3 Mac, 2014. | ||
Saya TIDAK Akan Minta MAAF Kepada Azmin - Hishamuddin Rais Posted: 02 Mar 2014 09:50 PM PST [Mstar] PETALING JAYA: Aktivis Hishamuddin Rais tidak akan meminta maaf kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali berhubung tulisan yang dimuatkan dalam salah satu kolum akhbar Suara Keadilan. "Tidak, saya tidak akan meminta maaf. Jika saya katakan hujan basah, adakah ia satu perkara yang boleh disaman? Adakah saya menyatakan yang benar atau sebaliknya?," katanya kepada 'The Star Online'. Azmin dilaporkan telah mengesahkan permulaan prosiding undang-undang terhadap dua editor akhbar Suara Keadilan dan Hishamuddin terhadap apa yang didakwanya sebagai artikel fitnah. Kedua-dua editor Najib Hashim dan Zulkiflee Anwar Haque (Zunar) bertindak balas dan menyiarkan permohonan maaf dalam akhbar edisi minggu lepas. Artikel perdebatan itu telah diterbitkan dalam akhbar Suara Keadilan pada 11 Februari. Hishamuddin merupakan kolumnis tetap untuk akhbar tersebut. Minggu lepas, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata parti itu telah memilih lima anggota untuk jawatankuasa mencari fakta yang diketuai oleh Ketua Penerangan Dr Md Nor Manuty untuk berjumpa dengan pasukan editorial penerbitan itu. -RASHVINJEET S. BEDI/ 3/3/14 Artikel kontroversi itu boleh dibaca di sini. | ||
Selepas 16 tahun, Banduan Reman PALING Lama di Malaysia Akhirnya BEBAS Posted: 02 Mar 2014 09:46 PM PST [TMI] Selama 16 tahun, Johari (bukan nama sebenar) meringkuk di dalam penjara sebagai banduan reman dan sementara menunggu hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya, atas tuduhan mengedar dadah di Malaysia. Akhirnya, pada Selasa lalu (25 Februari), Mahkamah Rayuan membebaskannya selepas melalui proses perundangan panjang dan penuh berliku. Peguamnya, Karpal Singh, berkata Johari kini dianggap orang yang paling lama dipenjarakan di Malaysia sebelum disabit kesalahan. Pada 4 Januari, 1998, Johari dan seorang lagi ditangkap polis di Gelugor, Pulau Pinang, kerana memiliki 35kg ganja, dan sejak itu dia direman kerana tuduhan ke atasnya tidak boleh diberikan jaminan. Seorang lagi yang ditangkap bersamanya didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada Mei 2000. Johari dijatuhkan hukuman mati sebanyak dua kali, pertama pada Mei 2004 dan kedua pada Januari 2011, oleh Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang. Karpal berkata, selepas disabit kesalahan, Johari ditempatkan sebagai tahanan menunggu hukuman mati di antara 2004 dan 2010. Hukuman ini diketepikan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2010, dan perbicaraan semula diarahkan. Pada Januari 2010, sekali lagi, Johari dijatuhkan hukuman mati, tetapi minggu lalu, Mahkamah Rayuan membebaskannya atas alasan teknikal. Karpal berkata, perbicaraan semula memerlukan anak guamnya dikenakan tuduhan di mahkamah majistret telebih dahulu sebelum perbicaraan tuduhan pengedaran dadah boleh dilakukan di Mahkamah Tinggi. "Mereka mengulangi semua prosedur dan membekalkan dokumen kepada si tertuduh seolah-olah Johari dihadapkan tuduhan baru," katanya. Namun, katanya, pihak pendakwa memulakan perbicaraan di Mahkamah Tinggi. Kini, Johari bebas, tetapi dia masih dihantui hari-harinya di penjara Perlis itu. Mana tidaknya, dia ditahan sebegitu lama. "Mereka yang ditahan teruk menghadapi tekanan kerana menunggu hukuman mati. Ia mematahkan anda. "Anda tidak akan keluar sebagai orang yang sama, walaupun didapati tidak bersalah atau diampunkan. Semuanya terlambat. Selagi belum kena, anda tidak akan tahu perasaan ini," kata lelaki berusia 41 tahun itu kepada The Malaysian Insider di Pulau Pinang, Sabtu lalu. Johari berkata, apa yang dilaluinya tidak boleh dibayangkan orang lain, dan dia kehilangan beberapa tahun daripada hayatnya, dikurung bersendirian di dalam sebuah bilik yang tiada kemudahan ketika berusaha untuk bebas daripada tuduhan yang membawa kepada hukuman mati mandatori. "Tidak ada televisyen, tetapi ada masanya banduan diberi peluang baca akhbar. Teman saya hanyalah sebuah walkman yang dibelikan keluarga saya. "Bila anggota keluarga menziarahi saya, kami diberikan masa 30 minit berbual, namun sentuhan fizikal dihalang oleh sebuah skrin. Ia tidak dibenarkan walaupun pada Hari Raya," katanya. Johari kelihatan masih diselubungi pengalamannya di penjara, seolah-olah masih belum reda daripada kejutan kesan apa yang berlaku. Tetapi beliau dengan tegas dan jelas mahu hukuman mati dimansuhkan, kerana setiap insan perlu diberi peluang kedua. Dia masih ingat ketakutannya di dalam penjara, dan bagaimana beberapa rakan banduan akan dibawa keluar, tidak kembali lagi, dan hanya mampu berdoa. "Tidak ada pengampunan jika dijatuhkan hukuman mati. Janganlah lakukannya. Manusia tidak boleh membuat undang-undang untuk membunuh manusia lain," katanya, dan menambah bahawa Lembaga Pengampunan lembap dalam memberikan satu lagi peluang hidup kepada banduan hukuman mati. Adik Johari, yang hanya mahu dikenali sebagai Johan, 39, berkata ibu bapa mereka amat terkesan dengan apa yang berlaku ke atas anak sulung mereka, dan beberapa kali menyerah kalah. Mereka tidak arif tentang undang-undang, dan hanya bergantung kepada Karpal dan anaknya Jagdeep Singh Deo, sepanjang perbicaraan. Jagdeep, kini Exco kerajaan Pulau Pinang dan sudah berhenti menjadi peguam. "Kami amat gembira Johari kembali ke pangkuan kami. Jika semua ini tidak berlaku, dia mungkin sudah berkahwin dan sudah ada dua anak. "Keluarga kami mengharungi kesusahan ini bersama. Kami perlu menghadapi pandangan masyarakat. Manusia tidak cepat memaafkan atau memahami bila dapat tahu ada penjenayah di kalangan keluarga anda," kata Johan. Mengenai masa depan Johari, Johan berkata, abangnya kini perlu menyesuaikan diri dengan dunia luar yang banyak berubah sepanjang 16 tahun. "Saya akan mengambil selangkah demi selangkah. Mungkin saya boleh mulakan perniagaan. Dengan usia saya dan rekod saya yang dicemari, saya tidak fikir ada yang mahu ambil saya bekerja," kata Johari. Karpal berkata, Johari mungkin menempa sejarah sebagai orang yang paling lama dipenjara sebelum dibebaskan daripada tuduhan. Beliau terkilan dengan perjalanan kes Johari - ke Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan untuk perbicaraan semula, dan dijatuhkan hukuman mati untuk kali kedua. "Satu perbicaraan sudah memadai. Saya juga hairan," kata Karpal, yang menulis kepada peguam negara untuk meminda tuduhan ke atas Johari kepada tuduhan memiliki dadah, yang membawa kepada hukuman penjara, namun permohonannya ditolak. Karpal, yang berjuang untuk memansuhkan hukuman mati, berkata hakim boleh menggunakan budi bicara di dalam kes tertentu. "Hakim juga mendapat tekanan kerana hukuman mati mandatori," katanya, dan mencadangkan mahkamah diberi kuasa menggunakan budi bicara dalam menjatuhkan hukuman mati atau tempoh penjara berdasarkan fakta kes. - V ANBALAGAN DAN LOOI SUE-CHERN/3 Mac, 2014. | ||
[PANAS] Anwar SOKONG Dasar Air di Selangor Posted: 02 Mar 2014 09:35 PM PST Anwar: Dakwaan Gaduh dengan MB Cuma Rekaan [MK] Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau menyokong sepenuhnya kerjasama antara kerajaan negeri Selangor dan kerajaan persekutuan dalam isu penstrukturan semula air. Justeru Anwar menolak tanggapan bahawa beliau bermasam muka dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan tidak tahu menahu kandungan Memorandum persefahaman (MOU) yang dimeterai Selasa lalu. "Saya sokong sepenuhnya dasar (itu). Saya terlibat, cuma bila orang tanya mengenai MOU, saya kata memang tak tengok MOU. "Saya bukan Umno, (saya) kena tengok dulu (MOU) itu," kata beliau dalam ceramah di Taman Saga Emas, Kajang semalam. Selasa lalu, Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mewakili kerajaan pusat manakala kerajaan negeri Selangor diwakili Khalid menandatangani MOU itu di Putarajaya, disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata, ia satu perkara luar biasa apabila Anwar tidak mengetahui mengenai MOU itu memandangkan beliau penasihat ekonomi Selangor. Anwar berkata beliau telah pun diberi taklimat MOU itu semalam oleh pegawai yang dihantar Khalid. Anwar yang baru pulang dari Jepun semalam sekali lagi menafikan tidak diberi sebarang maklumat mengenai hal penstrukturan semula itu. "Khalid hantar pegawai beliau untuk menerangkan kepada saya untuk mengemaskini maklumat isu ini (air) sepanjang masa. "Cubaan kata kami bergaduh hanya rekaan," kata beliau. - 3/3/14 Berkaitan: Anwar Sokong Perjanjian Air, Pinda Jika Bebankan Rakyat [TMI] Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beliau tidak menentang perjanjian persefahaman (MoU) di antara kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) dan kerajaan negeri Selangor berhubung perjanjian konsesi air tetapi perlu menyemak secara terperinci perjanjian itu. Ketua pembangkang itu berkata soal untuk meminda atau pun tidak kandungan MoU itu sekiranya beliau menjadi menteri besar Selangor bergantung sepenuhnya kepada kepentingan rakyat. "Saya terlibat di peringkat awal rundingan dan saya bersetuju rundingan perjanjian dengan kerajaan persekutuan. "Selagi saya belum baca MoU, ruang untuk saya komen terbatas. Ada perjanjian mutlak dan ada yang boleh dikaji semula," katanya dalam satu majlis Dialog Anak Muda di Seremban, Negeri Sembilan hari ini. Kerajaan negeri Selangor menandatangani perjanjian MoU dengan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air berhubung pemilikan konsesi air di Selangor pada Khamis. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyaksikan upacara menandatangani MoU berkenaan antara Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Maximus Ongkili di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Anwar berkata oleh kerana Pilihan Raya Kecil Kajang diadakan pada 23 Mac ini maka kerajaan persekutuan bersungguh-sungguh untuk segera memeterai MoU Langat 2. Katanya, jika MoU yang ditandatangani Khalid itu sememangnya memberi faedah kepada rakyat Selangor maka tiada keperluan untuk dipinda tetapi jika sebaliknya, satu kajian semula akan dilakukan. "Masalah air enam tahun berlarutan tetapi kerana Anwar bertanding di Kajang, cepat-cepat diselesaikan. Kalau tidak, ingat nak selesai? Tidak. Kajang sememangnya membantu. "Muhyiddin dan Khalid dah nyatakan tetapi jika ia mempertahankan kepentingan rakyat Selangor maka tiada sebab untuk dipinda tetapi jika tidak menguntungkan dan bercanggah dengan dasar Pakatan Rakyat (PR) mungkin kita akan kaji semula," katanya. Muhyiddin dan Khalid bersetuju bahawa MoU air itu tidak boleh diubah meskipun Anwar dilantik menjadi menteri besar Selangor. Khalid semalam berkata Putrajaya dan kerajaan negeri melihat MoU itu sebagai satu perjanjian yang mengikat antara dua pihak untuk melaksanakan apa yang dipersetujui. Katanya, baik kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan melihat usaha sama tersebut lebih besar daripada sekadar perjanjian kerana ia memerlukan komitmen kedua-dua belah pihak. Mengulas mengenai dakwaan pelbagai pihak yang mendakwa Khalid tidak memaklumkan kepada Anwar berhubung MoU berkenaan, ketua umum PKR itu berkata beberapa prinsip dasar dalam MoU itu sudah diketahui dan tiada keperluan untuk memaklumkan semua butiran dengan segera. Katanya, keputusan kerajaan persekutuan yang hanya memberi notis satu hari kepada kerajaan negeri Selangor untuk menandatangani MoU berkenaan sebagai luar biasa dan tidak pernah dibuat oleh mana-mana negara. "Perjanjian terperinci tidak perlu dimaklum semua. Sudah tentu saya patut dimaklumkan tetapi beberapa prinsip dasar memang diketahui berhubung isu jaminan harga air untuk rakyat dan penguasaan aset Langat 2. "Bila MoU yang dibuat agak mengejut kerana notis diberi kerajaan persekutuan cukup suntuk. Saya percaya ini sebab Kajang. "Bagi menandatangi MoU berbilion ringgit dan notis satu hari diberikan, belum pernah berlaku dalam sejarah dunia walaupun rundingannya awal," katanya. Perjanjian antara kerajaan negeri dan Putrajaya ditandatangani pada Rabu lalu bagi pengambilalihan aset air negeri dan pembinaan loji rawatan air. Baik Khalid mahupun Muhyiddin menegaskan perjanjian itu bukan seperti usahasama yang biasa kerana ia bersifat tetap dan tidak boleh dipinda. Bagaimanapun ia tidak persetujui oleh pakar perundangan. Peguam, Syahredzan Johan menegaskan ia bukan dokumen yang mengikat secara sah di sisi undang-undang dan menyatakan pihak yang menandatangani mungkin masih di peringkat perbincangan. Katanya, ia hanya mencerminkan niat pihak tertentu untuk bekerjasama ke arah matlamat yang sama. Merujuk kepada perjanjian antara Selangor dengan Putrajaya, Syahredzan berkata ia tidak terikat secara sah di sisi undang-undang, maka ia boleh terbatal. – Hasbullah Awang Chik | ||
Mizz Nina Tekad Berhenti Menyanyi Posted: 02 Mar 2014 07:16 PM PST [Mstar] PETALING JAYA: Penyanyi Mizz Nina nekad membuat keputusan untuk berhenti daripada melibatkan diri dalam bidang nyanyian. Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman berkata, dia berbuat demikian kerana ingin menjadi seorang wanita Islam yang lebih baik dan langsung tidang menyesal dengan keputusan tersebut. "Saya buat keputusan ini bukan kerana mengikut kesesuaian imej semata-mata tetapi ia lebih melibatkan tentang kepercayaan saya terhadap Islam. "Alhamdulillah, tidak berat sebenarnya membuat keputusan ini. Lagipun, dalam dunia seni, banyak lagi perkara yang boleh saya lakukan sebagai contoh membaca puisi atau melibatkan diri dalam pengacaraan," katanya. Tambah isteri kepada vokalis Hujan, Noh Salleh itu, dia juga telah membatalkan hasratnya untuk melancarkan album muzik pop terbaharunya dan bersyukur kerana langsung tidak berasa menyesal dengan keputusan yang dilakukan itu. Mizz Nina dan suaminya, Noh Salleh. Dalam pada itu, sebagai langkah pertama di bidang pengacaraan, Mizz Nina bakal muncul di televisyen bagi mengacarakan sebuah program kanak-kanak berbentuk keagamaan tidak lama lagi. "Saya tidak boleh beritahu lagi judul program tersebut kerana ia akan diberitahu pada majlis pelancarannya. "Apa yang saya boleh katakan saya mengendalikan program tersebut dalam bahasa Inggeris dan ia lebih memaparkan mengenai akademik kanak-kanak," ujarnya. Sementara itu, Mizz Nina turut berkata, dia akan menghentikan pengeluaran pakaian di bawah jenama miliknya iaitu Mizz Demeanor dan hanya akan fokus kepada jenama pakaian muslimah yang baharu ditubuhkan iaitu Madeena. "Apa yang saya lihat, sejak menubuhkan Madeena, para peminat lebih teruja dengan rekaan terbaharu jenama ini berbanding Mizz Demeanor. "Kerana itu saya membuat keputusan untuk tidak lagi mengeluarkan pakaian di bawah label Mizz Demeanor. Lagipun menerusi Madeena, saya dapat mengembangkan label ini dengan pengeluaran pelbagai produk halal," tuturnya. - 3/3/14 |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan