RAKYAT MARHAEN |
- PRK Dun Kajang: Isu ekonomi, ketegangan agama jadi modal kempen Anwar
- Pengajaran dari Tun Dr Ismail.
- Bosnia protesters attack presidency building
- Bosnia rocked by third day of anti-government unrest
- Aleppo: From commercial hub to war zone
- Hang Tuah Mall: Pak Ali The Legend
- Dr. Dzulkefly Ahmad: We Are On The Right Move, On The Trajectory To Win Putrajaya
- Dr. Dzulkefly Ahmad: Apakah PAS Akan Menjadi Penghalang Utama?
- Ambiga Sreenevasan: Participating In An Election, Are We Endorsing A Corrupt Electoral System?
- Rafizi Ramli: Having These Objectives Achieved, We Will Move Closer To Putrajaya
- Rafizi Ramli: Can We Guarantee That Everything Would be Resolved After Kajang Move?
- Rafizi Ramli: What Will Happen To Najib?
- Rafizi Ramli: How Anwar Would Have Done Thing Differently?
- Rafizi Ramli: Failure Of Najib To Wrest Selangor Is A Failure To Maintain Supremacy of UMNO
- Tony Pua: If We Were To Lose Kajang, It Would Be A Masive Blow To Pakatan Rakyat
- Dr. Dzulkefly Ahmad: After Kajang, We Should Consolidate And Come Out Stronger
- Tony Pua: We Have 55 Days Of Non-Stop Onslaught From Barisan Nasional
- Ambiga Sreenevasan: Very Concerned That There Are People Trying To Destabilize Selangor & Penang
- Ambiga Sreenevasan: TS Khalid Ibrahim Has Shown Tremendous Grace In This Episode
- Isu PKNS: Khalid tidak sebut tentang Azmin, kata Anwar
- Insurans kenderaan naik: Jaga hak rakyat, bukan utama kroni..!!
- Ingat kepincangan Umno negeri sebelum dedah kelemahan Anwar
- PRK Dun Kajang: Jentera wanita PKR perlu bergerak agresif, bantu tingkat undi golongan terbabit
- Pasca PRU13: Jangan api-apikan sensitiviti kaum dan agama
- Anwar: Isu pekerja PKNS tak ganggu PRK Dun Kajang
PRK Dun Kajang: Isu ekonomi, ketegangan agama jadi modal kempen Anwar Posted: 07 Feb 2014 04:31 PM PST Kenaikan kos sara hidup selain polemik ketegangan kaum dan agama terus menjadi intipati utama dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi Pakatan Rakyat (PR) yang berlangsung malam tadi di Dataran Prima Saujana, Kajang. Biarpun masuk hari ketiga ceramah diadakan, kempen PRK itu tetap mendapat sambutan daripada penduduk Kajang yang hadir, dan tumpuan sudah tentu diberikan kepada calon PR bagi kerusi DUN tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua umum PKR itu dalam ucapannya menegaskan peningkatan kos sara hidup boleh dipulihkan sekiranya kerajaan persekutuan menghentikan keuntungan kepada syarikat yang dimonopoli oleh kroni-kroni pemimpin Barisan Nasional (BN). Malah, sesetengah juga dilihat bersorak dan mengiyakan setiap kali Anwar, yang juga merupakan ahli Parlimen Permatang Pauh itu, berhujah. Selain itu, Anwar menyelar tindakan badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang menawarkan ganjaran wang kepada sesiapa yang dapat menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dari DAP. Anwar turut menyelar perbuatan lebih kurang 50 orang daripada NGO Islam itu yang bertindak menyembelih ayam dan melumurkan darah kepada kain rentang yang terdapat wajah pemimpin Cina DAP dan PKR. Read More / Baca Lagi >> |
Pengajaran dari Tun Dr Ismail. Posted: 07 Feb 2014 03:26 PM PST An honest man is not neccessarily a nice man- Tun Dr Ismail. Bila kita tengok suatu kumpulan Melayu menyembelih ayam dan menyimbah darah keatas beberapa potret MP bukan Melayu kita sedih. Apa sudah jadi kepada bangsa Melayu? Sudah lah miskin, laku perangai pun miskin. Ini agak nya, kebenaran dalam pengamatan pendita Zaaba bahawa orang Melayu pada hitung panjang nya miskin dalam serba serbi. Miskin wang Ringgit tidak terperi, ditambah miskin pula dalam laku perangai. Bagaimana perlakuan sedemikian menegakkan maruah bangsa Melayu, pemimpin Melayu dan Raja2 Melayu? Maruah Melayu macam mana yang tercemar dan tercalar? Takkan lah Melayu seperti ini yang kaya raya, gagah perkasa memerlukan kaedah samseng dan samseng2 untuk mempertahankan harga diri dan maruah mereka? Sembelihlah ayam, itik atau unta sekali pun, keadaan orang Melayu tidak akan berubah. Seperti saya sebut dalam artikel yang lalu, lama sangat sudah kita memekik ketuanan Melayu sana sini- tapi kita yang tuan duduk rumah setinggan, rumah pprt, rumah kos rendah. Yang pendatang duduk rumah besar, pangsapuri ratusan ribu ringgit bahkan jutaan ringgit. Maruah Melayu, pemimpin Melayu tidak pula dianggap tercalar. Maruah raja Melayu saya tidak hendak sebut, sebab semua mereka kaya raya. Ramai Melayu tidak faham- taat kita kepada kerajaan adalah taat bersyarat. Its always a qualified loyalty and allegiance. Mereka yang cetek akal tidak faham konsep bertaat setia. Demang lebar Daun semasa berbaiah dengan Seri Teri Buana dahulu pun, mesyaratkan taat setia anak cucu dia. Selagi pemerintah(ketika itu Raja lah) tidak menganiayai anak buah Mr. Demang, maka mereka taat. Tapi jika dianiayai dan dizalimi, taat itu batal. Mr Demang nyata lebih farsighted dari budak2 yang balik dari Amerika dan England yang turut memekik Malay supremacy sana sini. Nabi kita pun ada sebut supaya memuliakan raja dan membesarkan akan dia- kerana raja itu bayangan Allah dimuka bumi dengan syarat dia berlaku adil. Dalam semua kes, ketaatan kita mesyaratkan pemerinatahan yang adil. Saya cukup benci mendengar pengakuan orang melayu, mereka tidak akan sanggup menyebelahi bansga lain . Ini pemikiran Nazi Germany. Jahat mana pun Melayu, kita mesti sokong. Sebab itu saya kata orang macam ini adalah calon terbaik untuk samseng Melayu masuk kerumah mereka, tidor dengan isteri dan anak perempuan mereka, mereka sedia menyebelahi perbuatan samseng Melayu tersebut, sebab, apa pun, mereka itu Melayu. Hidup Melayu!. Read More / Baca Lagi >> |
Bosnia protesters attack presidency building Posted: 07 Feb 2014 03:15 PM PST |
Bosnia rocked by third day of anti-government unrest Posted: 07 Feb 2014 03:14 PM PST |
Aleppo: From commercial hub to war zone Posted: 07 Feb 2014 03:13 PM PST |
Hang Tuah Mall: Pak Ali The Legend Posted: 07 Feb 2014 03:06 PM PST |
Dr. Dzulkefly Ahmad: We Are On The Right Move, On The Trajectory To Win Putrajaya Posted: 07 Feb 2014 02:59 PM PST |
Dr. Dzulkefly Ahmad: Apakah PAS Akan Menjadi Penghalang Utama? Posted: 07 Feb 2014 02:58 PM PST |
Ambiga Sreenevasan: Participating In An Election, Are We Endorsing A Corrupt Electoral System? Posted: 07 Feb 2014 02:58 PM PST |
Rafizi Ramli: Having These Objectives Achieved, We Will Move Closer To Putrajaya Posted: 07 Feb 2014 02:56 PM PST |
Rafizi Ramli: Can We Guarantee That Everything Would be Resolved After Kajang Move? Posted: 07 Feb 2014 02:54 PM PST |
Rafizi Ramli: What Will Happen To Najib? Posted: 07 Feb 2014 02:53 PM PST |
Rafizi Ramli: How Anwar Would Have Done Thing Differently? Posted: 07 Feb 2014 02:52 PM PST |
Rafizi Ramli: Failure Of Najib To Wrest Selangor Is A Failure To Maintain Supremacy of UMNO Posted: 07 Feb 2014 02:51 PM PST |
Tony Pua: If We Were To Lose Kajang, It Would Be A Masive Blow To Pakatan Rakyat Posted: 07 Feb 2014 02:49 PM PST |
Dr. Dzulkefly Ahmad: After Kajang, We Should Consolidate And Come Out Stronger Posted: 07 Feb 2014 02:48 PM PST |
Tony Pua: We Have 55 Days Of Non-Stop Onslaught From Barisan Nasional Posted: 07 Feb 2014 02:47 PM PST |
Ambiga Sreenevasan: Very Concerned That There Are People Trying To Destabilize Selangor & Penang Posted: 07 Feb 2014 02:46 PM PST |
Ambiga Sreenevasan: TS Khalid Ibrahim Has Shown Tremendous Grace In This Episode Posted: 07 Feb 2014 02:45 PM PST |
Isu PKNS: Khalid tidak sebut tentang Azmin, kata Anwar Posted: 07 Feb 2014 07:59 AM PST Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam konflik mengaitkan menteri besar Selangor itu dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berhubung isu pemecatan 22 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings (PHSB) Sdn Bhd. Anwar berkata, kenyataan Abdul Khalid itu langsung tidak menyebut nama Azmin sebagai pemimpin yang terlibat dalam pengambilan pekerja kontrak PKNS. Ketua umum PKR itu juga menyifatkan bahawa ia adalah permainan media pro Umno yang suka melagakan Abdul Khalid dan Azmin. "Dan saya percaya ini semua adalah permainan media seperti TV3, dan kita PKR akan tetap dengan fakta sebenar," katanya kepada media selepas menghadiri program minum petang bersama penduduk di Taman Delima, Kajang hari ini. Terdahulu, Azmin mengecam Abdul Khalid kerana menggunakan PKNS sebagai senjata politik bagi melawan musuh politiknya. Read More / Baca Lagi >> |
Insurans kenderaan naik: Jaga hak rakyat, bukan utama kroni..!! Posted: 07 Feb 2014 07:20 AM PST Namum perkara tersebut terus menjadi persoalan apabila sebelum kelulusan kadar kenaikan tersebut ia langsung tidak dimaklumkan kepada rakyat serta pengguna kenderaan. Berkata kepada Harakahdaily, Dr Rosli Yaakop menjelaskan walaupun rakyat hanya membayar insurans kenderaan pada setiap tahun tetapi sebagai pengguna tindakan tidak memaklumkan kepada mereka berhubung cadangan kenaikan tarif adalah suatu yang tidak wajar. Jelasnya, kerajaan mahupun BNM perlu mendapat maklum balas dari rakyat terlebih dahulu mengenai cadangan kenaikan tarif dan ia perlu diputuskan berdasarkan pandangan rakyat sebelum keputusan kelulusan itu diperolehi. "Perkara ini telah lama berlaku, apabila berlakunya kenaikan tarif insurans kenderaan ia hanya dilaporakn dalam akhbar dan itu pun setelah mendapat kelulusan. "Bagi saya kerajaan dan BNM perlu mencari mekanisma di mana sebelum cadangan kenaikan tarif dilakukan, rakyat perlu dimaklumkan agar mendapat maklum balas daripada mereka. "Pandangan rakyat perlu diambil kira, dan mereka tidak perlu dibebankan demi kepentingan syarikat insurans dalam negara ini," jelas beliau yang merupakan pakar ekonomi. Read More / Baca Lagi >> |
Ingat kepincangan Umno negeri sebelum dedah kelemahan Anwar Posted: 07 Feb 2014 07:19 AM PST Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Cabang Permatang Pauh, Amir Ghazali (gambar) berkata, pihaknya bersedia mendedahkan "Diari Jambu" Umno Pulau Pinang khususnya Umno Bahagian Permatang Pauh yang dikepalai Zaidi sepanjang kempen PRK Kajang nanti. Amir menyifatkan kenyataan Zaidi umpama bola tanggung untuk Pakatan Rakyat negeri. Antara isu yang bakal dibawa NGO Pulau Pinang pada kempen PRK Dun Kajang adalah tindakan pemimpin Umno negeri menggadai tanah milik orang Melayu di negeri tersebut. Antaranya, jelas beliau adalah isu penjualan tanah orang Melayu seluas 362 hektar di Kampung Terang, Balik Pulau oleh sebuah syarikat yang dimiliki pemimpin Umno negeri. Syarikat tersebut, ujarnya memperolehi keuntungan 'atas angin' berjumlah RM5.5 juta hasil penjualan tanah tersebut kepada pihak ketiga dengan harga RM13.5 juta. "Zaidi kena jelaskan terlebih dahulu penyelewengan syarikat milik pemimpin Umno ini sebelum berhasrat mendedahkan kelemahan Anwar di Kajang kelak, " saran beliau. Antara NGO negeri yang akan membantu kempen Pakatan Rakyat di Kajang adalah Bara, Turun, Ragas, Jingga 13, Hapus dan Langgar. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Dun Kajang: Jentera wanita PKR perlu bergerak agresif, bantu tingkat undi golongan terbabit Posted: 07 Feb 2014 07:17 AM PST SHAH ALAM, 7 FEB: Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) wanita Parti Keadilan Rakyat(PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Haniza Talha mahu jenteranya bergerak secara agresif sebaik tempoh kempen bermula dan bertemu pengundi wanita bertujuan meningkatkan undi golongan itu. Beliau berkata, tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang melewatkan tarikh pengundian adalah peluang kepada jentera untuk berkenalan dengan seberapa ramai pengundi. Katanya, jentera wanita sudah bersedia berdepan dengan cabaran getir dan kritikan seterusnya akan mengejutkan pihak lawan dengan masa lebih lama dan stamina yang tinggi. "Pelancaran jentera wanita pilihan raya yang dilancarkan malam ini menggambarkan komitmen bersama dalam memenangkan calon. Langkah SPR mengumumkan tarikh mengundi memberikan kemenangan moral bahawa Barisan Nasional (BN) tidak bersedia meletakkan calon. "Oleh sebab itu SPR umumkan tarikh lebih lewat dan ini tidak pernah berlaku dalam sejarah apabila PRK ambil masa yang lama bagi penamaan calon. "Namun, ia baik untuk kita. Kita sasarkan majoriti lebih ramai kali ini dengan kemenangan lebih 10,000 majoriti," katanya dalam sidang media selepas pelancaran jentera, di Kajang, semalam. Read More / Baca Lagi >> |
Pasca PRU13: Jangan api-apikan sensitiviti kaum dan agama Posted: 07 Feb 2014 07:15 AM PST Di Pulau Pinang, ujarnya rentetan daripada isu penggunaan kalimah Allah berlaku provokasi molotov cocktail di gereja dan kain rentang 'Jesus Anak Allah' menimbulkan ketegangan. Sebelum ini, di Shah Alam terdapat pihak tertentu mengheret kepala lembu dan membuang kepala babi di masjid. Tambahnya, terkini respons sebuah NGO terhadap seorang ahli politik dilihat keterlaluan yang boleh menyemarakkan api perkauman. Justeru, ujarnya Dewan Ulamak PAS Pusat menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan tegas segera serta penyiasatan yang adil tanpa memilih bulu terhadap mana-mana pihak yang mengapi-apikan sensitiviti perkauman dan agama di negara ini. Read More / Baca Lagi >> |
Anwar: Isu pekerja PKNS tak ganggu PRK Dun Kajang Posted: 07 Feb 2014 07:10 AM PST Isu penamatan perkhidmatan pekerja kontrak anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak akan mengganggu kempen pilihan raya kecil (PRK) Kajang kerana ia bukan isu politik, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Read More / Baca Lagi >>Katanya, setelah mendapat penjelasan dari pihak terlibat termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan wakil kakitangan kontrak itu Dr Alif Aiman Abdullah, beliau menganggap isu itu tiada kena mengena dengan perseteruan Khalid dengan pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali. "Saya periksa semua media terrmasuk TV3 dan mendapati Tan Sri (Khalid) tidak pernah menyebut atau merujuk kepada Azmin. Ini soal pentadbiran korporat," kata Anwar kepada media di Kajang hari ini. Menurut beliau, isu antara Khalid dan Azmin dimainkan oleh media Umno semata. Anwar berkata, beliau akan berbincang dengan semua yang terlibat bagi mencari penyelesaian yang baik. "Kerana kena waspada mainan media Umno. Yang kata Tan Sri Khalid serang (Azmin) tidak ada. Jangan beri reaksi kepada media fitnah." |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan