MIMPI SENJA |
- Anak perempuan Zahid Hamidi nak tanding di Kajang
- Balai Polis Bukit Tengah dibaling bahan letupan
- 'Pallada' kapal klasik Rusia dijangka tiba di Pulau Pinang pada Khamis 27 Feb - 28/2 & 2/3 dibuka kepada orang ramai
- Bantahan terhadap konsert "Planet UEPE MUSIC Fest" di Sg Petani
Anak perempuan Zahid Hamidi nak tanding di Kajang Posted: 07 Feb 2014 09:12 PM PST Anak perempuan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) menyatakan hasrat untuk bertanding pada Pilihanraya Kecil (PRK) Kajang ketika Barisan Nasional (BN) masih buntu untuk menamakan calon. Nurul Hidayah Ahmad Zahid yang dipetik daripada laporan Sinar Harian hari ini, mengakui mempunyai hasrat itu, bagaimanapun ia masih di peringkat perbincangan. "Hasrat itu ada, saya percaya mereka yang rasa dirinya layak juga berhasrat perkara yang sama," kata Nurul Hidayah. Anak naib presiden Umno yang popular itu menyerahkan keputusan penuh kepada parti untuk membuat keputusan sama ada mahu meletakkannya sebagai calon ataupun tidak. "Apa-apa pun, saya serahkan kepada pucuk pimpinan parti," katanya. Nurul yang juga menetap di Kajang mahu menunggu keputusan calon diumumkan dan enggan mengeluarkan kenyataan lebih lanjut mengenai perkara tersebut bagi mengelak ada pihak yang terguris hati. "Saya tidak mahu ada pihak terguris hati, jadi saya tidak komen lebih lanjut. "Lainlah jika memang sudah diumum saya calon itu," katanya. PRK Kajang diadakan berikutan penyandang kerusi itu, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding. Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi, berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu mengumumkan tarikh PRK Kajang akan diadakan pada 23 Mac 2014, manakala hari penamaan calon pula pada 11 Mac 2014. Komposisi pengundi di Kajang membentuk 49% Melayu, 40% Cina, 10% India dan 0.91% lain-lain. – 8 Februari, 2014. - TMI |
Balai Polis Bukit Tengah dibaling bahan letupan Posted: 07 Feb 2014 07:58 PM PST Sebahagian kawasan pintu masuk dan pos pengawal di Balai Polis Bukit Tengah, rosak selepas beberapa suspek yang tidak dikenali melontar sejumlah bahan letupan dipercayai mercun awal hari ini. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, ACP Nasir Salleh berkata dalam kejadian 4.50 pagi itu, empat anggota polis yang sedang bertugas tidak mengalami sebarang kecederaan. "Dua anggota berada dalam balai polis manakala dua lagi sedang membuat rondaan di kawasan balai. Mereka hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian pintu masuk balai. "Mereka bergegas melihat kawasan kejadian dan mendapati beberapa cermin tingkap dan siling di pintu masuk balai polis itu pecah, manakala pos pengawal berhampiran pagar juga rosak akibat letupan berkenaan," katanya kepada pemberita hari ini. Katanya kerugian akibat kejadian itu dianggarkan antara RM10,000 hingga RM15,000. "Berdasarkan siasatan awal, beberapa suspek yang dipercayai menaiki motosikal membaling mercun bola yang diikat dalam jumlah yang banyak ke arah pintu hadapan balai berkenaan dan melarikan diri sebaik berbuat demikian. Kejadian itu berlaku dengan pantas, kata Nasir. Setakat ini, polis belum mengetahui motif sebenar kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan. "Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di balai berkenaan, tetapi kita akan mendapatkan rakaman CCTV yang terdapat di kawasan berhampiran bagi mengenal pasti suspek terlibat," katanya. Beliau berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 5 Akta Bahan-bahan Hakisan dan Letupan. Orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian berkenaan diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), DSP Aziz Ahmad di talian 04-5382222 atau mana-mana balai polis berdekatan. – Bernama, 8 Februari, 2014.- |
Posted: 07 Feb 2014 04:11 AM PST KUALA LUMPUR: The classic three-mast Guinness book nominee as the world fastest (18 knots) Russian sailing ship "Pallada" is conducting its 125th anniversary tour around the world has left the port of Incheon city in South Korea and is now set for Malaysia Feb to Penang. The ship carries 90 cadets from the Russian Far Eastern State Technical Fisheries University. The current trip started in January 2014 in Vladivostok, the Harbour at Russia's Pacific Coast. During the present trip "Pallada" will cover thousands miles and visit 4 countries of the Asia Pacific. They are South Korea, Malaysia, Singapore and Brunei. While staying in Penang the crew will grant honors to the grave of the sailors of the Russian cruiser "Zhemchug" ("The Pearl") sunk by the German cruiser "Emden" on October 28, 1914 in Georgetown bay during the 1st World War military operations here. "Pallada" was constructed in 1989 and since then has kept sailing for 25 years. Several thousands Russian and foreign cadets from Holland, Vietnam, Mexico, Arab countries conducted their training on its board. The vessel usually makes 5-6 voyages per year. She is proud of vast geography of calls: Japan, China, South Korea, Vietnam, Singapore, Australia, USA and many other countries. "Pallada" has gained honorable international reputation by its participation in different international regattas and sailing festivals in Europe, America, Australia and Asia, where she always was awarded top prizes. Within the framework of the program of activities during the stay of "Pallada" in Penang it is settled that on Thursday morning February 27, the Russian sailing ship "Pallada" is due to arrive to Gorgetown. The vessel will be opened for public on Friday February 28 from 10 am to 5 pm and on Sunday March 2 from 10 am till noon. The public and guests of Malaysia are warmly invited to visit this impressive voyager and to get acquainted with its crew and Maritime Museum on board highlighting the past and the present of the Russian Navy. - Bernama" |
Bantahan terhadap konsert "Planet UEPE MUSIC Fest" di Sg Petani Posted: 07 Feb 2014 12:19 AM PST |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan