Jumaat, 7 Februari 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


MSO DAKWA NASRUDDIN TANTAWI ADA BERSAMA umno

Posted: 07 Feb 2014 03:33 PM PST


Nasarudin Hasan, "kokok berderai tetapi ekor bergelumang tahi" – MSO



Bekas ketua pemuda Pas, Nasarudin Hasan menegaskan Pas tidak akan menyokong Anwar jadi MB Selangor. Nada Nasarudin mirip dengan nada bekas timbalannya Nik Abduh.

Kata Nasarudin Pas akan hulur bantuan kepada PKR dalam pilihan raya Kajang. Perkataan hulur itu, seakan PKR menagih simpati dan Pas kuat sangat. 

Saya nak pesan kepada Pas khasnya Nasarudin jangan tekabul sangat. Peliharalah sikit kata dan tunjukkan minda politik sihat. Abdul Hadi sudah menyatakan pendirian Pas dalam hal sama, untuk apa diulang lagi kerana ia boleh memanaskan hati dan telinga rakyat lain. Beliau juga kena sedar, siapalah belliau dalam hirearki Pas. Beliau hanya ahli jawatankuasa saja. 

Kalau abang2 kita naib presiden pun tidak bersuara kenapa kita harus galak mahu menjadi si jaguh yang kokok berderai tetapi ekor bergelumang dengan tahi.

Dalam politik perlu ada rezeb kemarahan dan kebendian. Jangan luahkan sampai habis. Mana tahu selepas ini Pas memerlukan bantuan Anwar. Semua itu tidak boleh dijangka.

Dan tentunya orang terkilan beliau mencemuh Anwar dalam masa sama Anwar masih berakan dengan Pas. 


Saya ada sekeping gambar beliau sedang dalam majlis 'orang-orang Umno', apakah hendak saya pamirkan gambar ini? Sedikit sebanyak gambar ini menjadikan orang kenal dan tahu siapa Nasarudin Hassan ini. Kenapa nadanya sumbang bila bercakap soal PKR. Wassalam Mso. – FB Mohd Sayuti Omar



Perpecahan dalaman Umno lebih jelas dalam masa dua bulan

Posted: 07 Feb 2014 05:50 AM PST

Perpecahan dalaman Umno lebih jelas dalam masa dua bulan

tamrin_ghafarKUALA LUMPUR 6 FEB: Perpecahan dalaman Umno akan bertambah kritikal dan lebih jelas dalam masa dua hingga tiga bulan lagi, kata Datuk Tamrin Abdul Ghafar.
Bekas ahli parlimen Batu Berendam itu berkata, ini kerana wakil rakyat BN tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Memang ada ahli Umno yang terkilan dengan kepimpinan Najib sekarang.

"Beberapa ahli parlimen Umno sendiri sudah mula merasakan BN mungkir janji dan manifesto. Minyak, tol dan barangan semuanya naik harga," kata Tamrin kepada Keadilandaily.

Tamrin yang juga bekas Pengerusi Mara berkata, beliau tidak hairan sekiranya wakil rakyat mengeluarkan sindiran sinis kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mencadangkan Datin Seri Rosmah Mansor dilantik ke jawatan Perdana Menteri.

najib n rosmahMalah sebelum ini, beberapa tokoh wartawan antaranya bekas Ketua Pengarang NST. Kadir Jasin yang secara sinis mencadangkan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor dilantik ke jawatan perdana menteri kerana peranannya mengambil tugas menteri-menteri kabinet.
Kritikan Kadir yang dibaca mewakili suara kepentingan Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan bekas Perdana Menteri itu sudah tidak percaya dengan kepimpinan Najib.

Kata Tamrin, rata-rata ahli parlimen Umno kini malu berhadapan dengan penyokong mereka, apatah lagi orang biasa apabila ditanyakan tentang manifesto BN dan janji Najib sebelum pilihan aya umum ke-13.


"Ini akan menambahkan tekanan kepada mereka untuk berhadapan dengan masyarakat," ujar Tamrin yang kni merupakan ahli Pas dan aktif berceramah diseluruh negara.


Tiada ulasan: