RAKYAT MARHAEN |
- KPM cuba alih tumpuan kempen mansuh PBS
- Praktikkan Al-Quran Dalam Hidup Anak Muda - MB Kelantan
- Lim Kit Siang: It's Time For Moderates In Malaysia To Make A Stand
- Ambiga Sreenevasan: They Create Fear, We Must Response With Courage, When They Divide, We Must Unite
- Khalid Ibrahim: If You Give Us The Trust, We Deliver It To You
- Government crackdowns have spurred freedom of speech
- Corruption continues to plague Indonesian media despite total freedom of press
- Prestasi kebebasan akhbar Malaysia paling buruk dalam sejarah
- 'Malaysian reporters not ready to start revolution, too ignorant of their rights'
- Kecewa Noh Omar Tidak Mampu Sekolahkan Saya - Khalid Samad
- Aibnya Najib dakwa Malaysia 'demokrasi terbaik di dunia'
- Kerajaan, harga barang dan nasib rakyat
- Rasis: DAP ajak parti komponen BN kerjasama sekat Umno masuk Sarawak
- Zaman Najib & Rosmah: M'sia catat prestasi kebebasan akhbar paling buruk
- Letak jawatan mengejut: Saya buat apa yang perlu, kata bekas Adun Kajang
- PRK Dun Kajang: PSM tidak tanding
- PRK Dun Kajang medan ukur sokongan rakyat?
- Ganu Kite: 4 pelajar perempuan lahir anak luar nikah, 16 lagi mengandung MB arah siasatan segera
- PROMOSI HEBAT: TERIMA KASIH NAJIB..BERAS TURUN HARGA..!!!
- PAS masih "malu-malu" ?
- ANTARA MUHD IRFAN & AZLAN JOHAR, KHAIRAN EZUAN…SIAPA YANG BERBOHONG?
- Mengapa Umno takut sangat Anwar tanding di Kajang?
- Malaysia Kita: Misteri terowong larkin bakal terungkai
- Malaysia Kita: 'Mereka peminat atau pengganas?'
- Malaysia Kita: Balasan amalan dosa syirik
KPM cuba alih tumpuan kempen mansuh PBS Posted: 11 Feb 2014 09:14 PM PST SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan didakwa cuba mengalihkan tumpuan kempen memansuhkan sistem pendidikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan mengatakan tidak ada perancangan untuk mengguna pakai sistem pembelajaran kolej matrikulasi di peringkat sekolah menengah. Read More / Baca Lagi >>Ketua Gerak Kerja Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM), Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata, kenyataan itu sekadar mengalih tumpuan kempen mansuh PBS yang sebenar. "Sedangkan matlamat kempen tersebut diadakan kerana mendapati sistem PBS sudah terlambat untuk dibaiki. "Tindakan ini sangat memalukan kerana pihak yang mengeluarkan kenyataan itu tidak mengikuti perkembangan kehendak SGMM yang mahu PBS dimansuhkan serta-merta," katanya dalam satu kenyataan. Ahad lalu, Timbalan Menteri Pendidikan 1, Mary Yap Kain Ching berkata, banyak perkara perlu diambil kira jika mahu melaksanakan sistem itu. | |
Praktikkan Al-Quran Dalam Hidup Anak Muda - MB Kelantan Posted: 11 Feb 2014 09:10 PM PST | |
Lim Kit Siang: It's Time For Moderates In Malaysia To Make A Stand Posted: 11 Feb 2014 09:09 PM PST | |
Ambiga Sreenevasan: They Create Fear, We Must Response With Courage, When They Divide, We Must Unite Posted: 11 Feb 2014 09:08 PM PST | |
Khalid Ibrahim: If You Give Us The Trust, We Deliver It To You Posted: 11 Feb 2014 09:08 PM PST | |
Government crackdowns have spurred freedom of speech Posted: 11 Feb 2014 08:58 PM PST | |
Corruption continues to plague Indonesian media despite total freedom of press Posted: 11 Feb 2014 08:57 PM PST | |
Prestasi kebebasan akhbar Malaysia paling buruk dalam sejarah Posted: 11 Feb 2014 08:56 PM PST | |
'Malaysian reporters not ready to start revolution, too ignorant of their rights' Posted: 11 Feb 2014 08:54 PM PST | |
Kecewa Noh Omar Tidak Mampu Sekolahkan Saya - Khalid Samad Posted: 11 Feb 2014 08:52 PM PST Saya telah hadir ke 'Muzakarah Kalimah Allah' di studio MobTV malam kelmarin. Rakaman video berkenaan boleh ditonton melalui laman web MobTV: Muzakarah - Kalimah Allah : Dari Sudut Perundangan. Saya telah hadir tanpa sebarang syarat atau udang di sebalik batu, dengan penuh kesediaan untuk disekolahkan oleh Noh Omar. Malangnya beliau mengaku bahawa beliau tidak merupakan pakar dalam soal hukum Islam mahupun soal perlembagaan Negara. Dalam soal hukum Islam beliau mengesyorkan kita terima sama keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri dan dalam soal perlembagaan, beliau syorkan kita serahkan sahaja kepada pihak mahkamah. Read More / Baca Lagi >>Saya hairan dengan sikap beliau ini. Kalau Noh menganggap kita tidak layak membincang isu ini, mengapa dia cabar saya untuk berdebat? Kalau Noh anggap beliau tidak cukup pakar, mengapa beliau berkata beliau ingin sekolahkan saya? Maka kecewa teramatlah diri saya dalam soal ini kerana tidak bertambah ilmu saya walau sedikit pun setelah bermuzakarah lebih sejam bersamanya. Hanya yang terserlah adalah kecelaruan pemikiran yang biasa pada mana-mana pimpinan UMNO/BN. Mungkin bagi diri Noh, sememangnya beliau tidak mampu menilai dan memberi pandangan berhubung isu ini. Oleh itu beliau memilih jalan selamat dan tidak memberi sebarang komen terhadap hujjah yang telah saya kemukakan. Ayat Quran yang mempunyai makna dan maksud yang jelas ditepis dengan sekadar menyatakan, "kamu bukan ulama. Kenapa kamu tidak menjadi anggota Dewan Ulama PAS?" dan sebagainya. Sekadar itu sahajalah kemampuan dirinya sambil menyerang peribadi saya berhubung tauliah saya yang tidak dilanjutkan dan tuduhan kertas putih terhadap saya semasa saya ditahan ISA. PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH BUKAN ISLAM Hujjah saya bahawa kalimah Allah digunakan oleh masyarakat Arab Jahiliah sebelum, semasa dan selepas zaman Rasulullah (SAW) langsung tidak di'iya'kan atau ditolak. Kerana menurut beliau sendiri, beliau bukan pakar dan oleh itu beliau tidak tahu. Hujjah saya yang berlandaskan Ayat Al-Quran bahawa masyarakat Nasrani (Kristian) dan Yahudi sebelum, semasa dan selepas zaman Rasulullah (SAW) menggunakan kalimah Allah dan ianya langsung tidak dilarang oleh Ar-Rasul juga tidak dihiraukannya. Begitu juga di zaman para Sahabat, Tabiin dan Taba-Tabiin selepas wafatnya Rasulullah, termasuk zaman Bani Umayyah, Abasiah sehingga Othmaniah keadaannya terus begitu. | |
Aibnya Najib dakwa Malaysia 'demokrasi terbaik di dunia' Posted: 11 Feb 2014 08:46 PM PST KUALA LUMPUR: Sungguh mengaibkan! Dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Malaysia mempunyai 'demokrasi terbaik di dunia' tergugat apabila kedudukan kita dalam Indeks Kebebasan Media 2014 adalah paling corot dalam sejarah negara, malah lebih rendah daripada Myanmar, kata Lim Kit Siang. Menurut Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan, pada tahun lalu Malaysia telah pun terjerumus ke kedudukan tercorot, iaitu di tangga ke-145 daripada 179 buah negara dalam Indeks Kebebasan Media 2013 – pencapaian terburuk sejak indeks tahunan Reporters Without Borders (RSF) diperkenalkan pada tahun 2002. Pada tahun itu, katanya Malaysia terjunam 23 anak tangga, memandangkan negara ini diletakkan di tangga ke 122 pada tahun 2011/2012 Indeks Kebebasan Media. Menurutnya, dalam Indeks Kebebasan Media 2014 yang baru saja diterbitkan, Malaysia tersungkur lebih jauh ke bawah, iaitu di tangga ke-147 daripada 180 buah negara, iaitu dua anak tangga di belakang Myanmar yang kedudukannya meningkat ke tangga ke-145 setelah menduduki tangga ke-151 pada tahun lepas. Read More / Baca Lagi >> | |
Kerajaan, harga barang dan nasib rakyat Posted: 11 Feb 2014 08:44 PM PST Mior Isfandy Mior AzizanPasaran dibiarkan berkembang dengan tabiatnya. Sahabat Rasulullah mengadu kepada baginda perihal kenaikan harga. Mereka meminta baginda menetapkan dan menurunkan harga. Namun, Rasulullah enggan kerana bimbang akan berlaku zalim terhadap penjual. Bagaimanapun, ia bukanlah justifikasi untuk menafikan peranan kerajaan dalam mengawal harga di pasaran. Bahkan, Rasulullah, Sayyidina Umar Al-Khattab serta beberapa sahabat lain sentiasa memantau dan memberi nasihat kepada penjual dan pembeli agar sentiasa menjunjung prinsip keadilan dalam berurusniaga. Read More / Baca Lagi >> | |
Rasis: DAP ajak parti komponen BN kerjasama sekat Umno masuk Sarawak Posted: 11 Feb 2014 08:40 PM PST DAP Sarawak menggesa parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk berkerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR) supaya Umno tidak memasuki negeri itu. Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mahukan undang-undang diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memastikan Umno tidak cuba masuk ke Sarawak. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud agar "Sarawak untuk orang Sarawak" dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menyatakan "Umno tidak patut masuk Sarawak". "Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi sendiri berkata Umno akan menghormati 'acuan Sarawak'. "Jadi, jika ini yang ramai pihak mahukan, apa yang perlu dilakukan sekarang hanyalah untuk merasmikannya," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuching. Read More / Baca Lagi >> | |
Zaman Najib & Rosmah: M'sia catat prestasi kebebasan akhbar paling buruk Posted: 11 Feb 2014 08:18 PM PST Kedudukan Malaysia merosot ke tahap paling buruk dalam Indeks Kebebasan Akhbar terbaru yang dikeluarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF), Paris, hari ini. Malaysia kini berada di kedudukan 147 daripada 180 negara, merosot dua anak tangga lagi berbanding tahun sebelumnya (145). Kedudukan itu meletakkannya berada di bawah negara-negara lain yang kurang membangun seperti Bangladesh (146), Myanmar (145) dan Cambodia (144). RSF dalam laporan itu tidak menyatakan secara spesifik berhubung kemerosotan kedudukan Malaysia. Badan pemantau itu bagaimanapun menyatakan ia dibuat berdasarkan tinjauan dengan pelbagai pihak, termasuk aktivis NGO, wartawan sendiri, dan pakar undang-undang. Turut diambil kira, kes pencabulan terhadap kebebasan media seperti penapisan dan serangan terhadap wartawan. | |
Letak jawatan mengejut: Saya buat apa yang perlu, kata bekas Adun Kajang Posted: 11 Feb 2014 08:16 PM PST Lee Chin Cheh kelihatan tenang orangnya, hampir tidak menyedari kesan dilakukannya mampu menggemparkan negara apabila beliau secara tiba-tiba meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, dua minggu lalu. Enggan menyahut cerita-cerita yang berputar di media, ahli korporat dan peguam pindah hak itu berkata, kehidupannya berjalan seperti biasa. Pada ketika ini, kisah mengapa bekas Adun PKR penggal pertama itu meletak jawatan, menjadi cerita biasa di kalangan rakyat Malaysia. Sejak minggu lalu, bekas Adun berusia 43 tahun itu bersama Anwar berjumpa dengan masyarakat dan menjelaskan keputusannya, menekankan bahawa beliau tidak berdepan dengan sebarang permusuhan atau marah daripada pengundi. Malahan, katanya, maklum balas yang diterima amat positif. "Persoalan mengkhianat tidak timbul kerana saya bukan berhenti dan kemudian menyertai parti lain. "Saya meletak jawatan demi parti, untuk Pakatan dan bagi calon yang lebih baik," katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu temubual di firma guamannya di Petaling Jaya. Berkemeja belang biru dan putih serta berseluar panjang hitam, Lee menafikan dakwaan bahawa beliau berhenti kerana tidak mampu mengendalikan beban tugas atau dipaksa, atau dibayar untuk melepaskan kerusi itu. Read More / Baca Lagi >> | |
PRK Dun Kajang: PSM tidak tanding Posted: 11 Feb 2014 08:15 PM PST Parti Sosialis Malaysia (PSM) memutuskan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kerana menyifatkannya sebagai langkah tidak masuk akal. Pengerusinya, Dr Mohd Nasir Hashim, berkata keputusan itu diambil selepas ia dimuktamadkan dalam satu mesyuarat pada 6 Februari lalu. "PSM merasakan ini adalah keputusan yang paling baik boleh diambil pada masa ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PSM di Brickfields, Kuala Lumpur, hari ini. | |
PRK Dun Kajang medan ukur sokongan rakyat? Posted: 11 Feb 2014 08:13 PM PST Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac depan dilihat menjadi medan bagi parti pemerintah di Selangor iaitu parti Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) untuk mengukur sokongan pengundi terhadap parti masing-masing, kata penganalisis politik. Melihat perkembangan semasa serta beberapa insiden dan kemelut politik berlaku di Selangor, pengundi seharusnya sudah boleh membuka mata dan membuat penilaian serta menterjemahkannya di dalam peti undi. Bagi pilihan raya kecil ini, sejumlah 39,278 pemilih, yang hampir separuh terdiri daripada pengundi Melayu, 40% Cina dan 10% India, akan menentukan siapakah wakil rakyat pilihan mereka. PRK DUN Kajang ini boleh diibaratkan seperti kisah legenda si kerdil 'David' dan si gergasi 'Goliath". Sehingga berita ini ditulis, BN belum mengumumkan siapakah calonnya meskipun sudah kedengaran beberapa calon bebas yang menawarkan diri untuk berhadapan dengan Anwar, tokoh nombor satu pembangkang. Rakyat nilai kedua-dua parti Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat, berkata penilaian bukan sahaja terpakai kepada BN bahkan juga kepada kerajaan negeri pimpinan PKR dengan kerjasama PAS dan DAP, untuk mengukur sejauh mana sokongan rakyat kepada parti. Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, PRK DUN Kajang juga mampu menjadi penanda aras kepada kedua-dua parti untuk menilai sokongan pengundi muda dan atas pagar kepada mereka. "PRK sememangnya patut menjadi satu 'survey' kepada sokongan rakyat kepada BN atau Pakatan Rakyat sama ada ia meningkat atau berkurang, di samping mendedahkan trend pengundian rakyat di DUN itu," katanya. Isu kos sara hidup dan letak jawatan Sudah tentunya, parti politik yang bertanding PRK DUN Kajang akan menjadikan isu kos sara hidup dan peletakan jawatan Adun sebagai antara bahan kempen. Read More / Baca Lagi >> | |
Ganu Kite: 4 pelajar perempuan lahir anak luar nikah, 16 lagi mengandung MB arah siasatan segera Posted: 11 Feb 2014 04:48 PM PST MARANG: Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mengarahkan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Terengganu membuat siasatan menyeluruh dan mengemukakan laporan penuh kepadanya mengenai dakwaan 16 pelajar perempuan sebuah sekolah di Kuala Terengganu mengandung anak luar nikah manakala empat lagi dikatakan sudah melahirkan anak. Sambil menyifatkan kejadian itu serius jika benar, beliau berkata, kerajaan negeri tidak akan melindungi isu itu daripada pengetahuan umum termasuk pelajar terbabit jika melakukan perbuatan berkenaan. "Saya arahkan JPN membuat siasatan segera dan mengemukakan laporan penuh kepada saya. Kami akan siasat kalau kata ada 16 pelajar yang mengandung kerana nak pastikan maklumat itu betul atau tidak. "Saya juga mahu tahu siapa pelajar terbabit, latar belakang mereka dan sekolah mana terbabit serta dapatkan laporan daripada Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan," katanya selepas majlis penyerahan e-Book dan bantuan pakaian sekolah bagi Sekolah-Sekolah Rendah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Rawai di sini, semalam. Beliau diminta mengulas laporan akhbar semalam mengenai 16 pelajar perempuan berkenaan sebuah sekolah di Kuala Terengganu dikesan mengandung manakala empat sudah melahirkan anak hasil hubungan dengan teman lelaki mereka sejak setahun lalu. Akibat malu, pihak terbabit menyembunyikan kelahiran itu, tetapi terbongkar apabila rakan pelajar berkenaan mendedahkan kepada Ahli Jawatankuasa PIBG sekolah itu, baru-baru ini. | |
PROMOSI HEBAT: TERIMA KASIH NAJIB..BERAS TURUN HARGA..!!! Posted: 11 Feb 2014 03:52 PM PST Jutaan terima kasih dan pujiang melangit kepada Najib Razak kerana tindakan bijak pintar lagi cekap telah menyebabkan harga beras Super Tempatan kini dipasaran telah jatuh sebanyak 1sen untuk 10Kg. Dulu sebelum beliau menerjah beberapa hypermarket harganya RM24.00 sekampit 10Kg kini telah turun RM23.99 sen ... Jimat hebat dengan promosi hebat jua. Masa harga barang naik marah kerajaan bila turun tak puji kerajaan .. Ini tidak adil. Jadi bagi berlaku adil .. Jom Puji Kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak... Cayalah najib Razak .. Lu memang terer. Ooppss .. bukankah harga RM23.99sen masih dikira pelanggan kena bayar RM24.00 juga????? | |
Posted: 11 Feb 2014 03:43 PM PST Oleh Tok Pepijat Perkauman masih menjadi juadah bagi UMNO dan sekutunya untuk dihidangkan kepada rakyat Malaysia walaupun sudah hampir 60 tahun merdeka. Kini menjadi satu trend jika mana-mana rakyat Malaysia berbangsa Cina jika menghemtam dan membangkang kerajaan maka secara automatik dilabelkan sebagai "menghina Melayu,Islam dan Raja-Raja Melayu". Bermula dengan isu sumbat kangkung dalam "mulut" PMNajib hingga kes Teresa Kok,UMNO dan NGOnya begitu bersemangat "mengipas" nya agar bertambah "api perkauman". Bagaimana cara mengatasinya? Di sini peranan PAS amat besar untuk menimbus,memampuskan dan menyahkan hasutan UMNO dan NGOnya. Pimpinan PAS terutama pakar strateginya perlu memikirkan peranan PAS untuk ke hadapan dalam isu-isu ini. Politik Malaysia masih tidak "mengizinkan" orang Cina ke hadapan untuk mengetuai demostrasi maupun kempen menjatuhkan UMNO.Jika orang Cina memainkan peranan ini,ianya satu modal yang amat "besar" bakal diraih oleh UMNO.Percayalah. Read More / Baca Lagi >> | |
ANTARA MUHD IRFAN & AZLAN JOHAR, KHAIRAN EZUAN…SIAPA YANG BERBOHONG? Posted: 11 Feb 2014 03:41 PM PST "Ada sesuatu yang berlaku, tetapi saya tidak tahu apa yang berlaku dan siapa yang terlibat, tetapi apabila ada pemain dan pegawai sanggup mengangkat sumpah, perkara ini bukan perkara remeh." - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) digesa segera mengeluarkan hasil siasatan berhubung insiden dalam terowong yang membabitkan pasukan T-Team dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor Baharu pada 1 Februari lalu. Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata tindakan seorang pemain dan penolong jurulatih T-Team bersumpah Al-Quran di hadapan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said di Kuala Terengganu malam tadi dilihat sebagai sesuatu yang amat serius. Mereka mengangkat sumpah seperti yang disarankan Ahmad Said sebelum ini yang percaya langkah itu mampu merungkai perkara sebenar yang berlaku dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain. "Ada sesuatu yang berlaku, tetapi saya tidak tahu apa yang berlaku dan siapa yang terlibat, tetapi apabila ada pemain dan pegawai sanggup mengangkat sumpah, perkara ini bukan perkara remeh," kata Khairy semalam. Malam kelmarin, pemain T-Team Khairan Ezuan Razali dan penolong jurulatih Azlan Johar bersumpah di hadapan al-Quran bagi membuktikan kenyataan mereka bahawa Evaldo ditumbuk ketika di dalam terowong itu adalah benar. Upacara itu disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang sebelum ini meminta pemain dan pegawai T-Team yang beragama Islam bersumpah menggunakan al-Quran bagi membuktikan kebenaran. Mengulas majlis sumpah al-Quran malam kelmarin, Menteri Besar Terengganu, berkata beliau terharu kerana sebagai orang Islam kedua-dua mereka tahu risiko bersumpah dengan al-Quran jika mereka berbohong. "Soal itu (siapa pelaku) tidak penting kerana apa yang penting ialah kejadian tumbuk itu benar-benar berlaku. Itu yang penting," katanya. Sementara itu di Johor Bahru, sambil tangannya memegang kitab suci al-Quran, bekas pemain T-Team Irfan Abdul Ghani turut bersumpah bahawa kenyataannya berhubung kekecohan membabitkan T-Team dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Larkin minggu lepas adalah benar. "Saya bersumpah bahawa apa yang diperkatakan oleh saya adalah benar," kata anak jati Johor itu yang bermain dalam barisan pertahanan pasukan kelab dari Terengganu tersebut.Read More / Baca Lagi >> | |
Mengapa Umno takut sangat Anwar tanding di Kajang? Posted: 11 Feb 2014 03:35 PM PST Oleh RAYUSA KETUA Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak pernah sunyi daripada kutukan, kritikan, tohmahan, dan fitnah para pemimpin, serta penyokong kerajaan Umno-BN. Pada 19 Januari lalu, Anwar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Jepun, tetapi dihalang oleh pihak imigresen daripada memasuki "negara matahari terbit" itu. Beliau diminta menaiki penerbangan pulang yang pertama ke Malaysia jika tidak mahu menghadapi tindakan undang-undang. Walaupun isu tersebut dianggap telah selesai, permintaan akhbar pengampu nombor satu kerajaan Umno-BN, Utusan Malaysia agar Anwar mencontohi sikap pelakon filem lucah Jepun, Maria Ozawa yang tidak mempertikai apa-apa sewaktu dihalang memasuki Indonesia pada 2009 amat dikesali. Dalam tulisannya, kolumnis akhbar tersebut, Awang Selamat menyarankan agar Anwar menerima hakikat beliau dihalang memasuki Jepun daripada menyalahkan Putrajaya tanpa menyiasat punca sebenar. Awang menganggap Anwar masih suka menyalahkan pihak lain apabila menghadapi masalah. Katanya lagi, Anwar perlu mengetahui dan mematuhi peraturan terhadap pelawat atau pelancong yang diamalkan oleh kerajaan Jepun sebelum "membuat kecoh." Dalam satu kenyataan, Anwar meminta penjelasan Kementerian Luar Negara dan mempertikai peranan kementerian itu yang menyebabkan beliau dilarang memasuki Jepun. Namun begitu, Putrajaya menafikannya dan menganggap tuduhan Anwar itu tidak berasas. Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur kemudian mengesahkan bahawa Anwar memerlukan keizinan khas untuk memasuki Jepun kerana beliau pernah menjalani hukuman penjara. Jurucakap Kedutaan Jepun, Tomoko Nagai memberitahu, lawatan Anwar ke Jepun pada 2011 dan 2012 adalah menerusi keizinan khas itu. Walau bagaimanapun, kedatangannya yang terbaharu didapati tidak mengikut proses yang sama. Boleh diterima jika memang itu kesilapan Anwar. Namun begitu, mengapa mesti Awang mengambil Ozawa sebagai contoh? Apakah tiada individu atau tokoh lain yang lebih baik untuk dijadikan teladan? Katanya, Ozawa sedar serta memahami mengapa dia diharamkan dan langsung tidak menyalahkan kerajaan Indonesia. Read More / Baca Lagi >> | |
Malaysia Kita: Misteri terowong larkin bakal terungkai Posted: 11 Feb 2014 03:29 PM PST Kelana Jaya: Misteri insiden pergaduhan dalam terowong antara tiga kes membabitkan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) yang akan dibawa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke Jawatankuasa Tatatertib dalam masa terdekat ini. Perkara itu disahkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin bahawa surat pertuduhan kepada Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) akan dikeluarkan namun beliau enggan mendedahkan sama ada pertuduhan itu membabitkan pegawai atasan pasukan dari selatan tanah air itu. "Selain daripada insiden (terowong) di Stadium Larkin, kami juga akan membuat pertuduhan perlawanan antara Johor DT dengan Perak yang mana insiden kereta pengurus Perak dipecahkan. "Kami juga akan membawa kes kejadian (pergaduhan penyokong) di parkir (Stadium Darul Makmur) selepas perlawanan antara Pahang dengan Johor DT," katanya kepada pemberita pada sidang media, semalam. | |
Malaysia Kita: 'Mereka peminat atau pengganas?' Posted: 11 Feb 2014 03:26 PM PST BEKAS pemain kebangsaan, Khalid Ali tampil melontarkan pandangan mengenai isu kekecohan yang berlaku ketika Pahang menentang Johor Darul Takzim (Johor DT) pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan Jumaat lalu. Menurut Khalid, sudah tiba masanya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berbincang dengan pihak berkuasa bagi menghalang penyokong-penyokong bertopeng daripada memasuki dan berada di dalam kawasan stadium. "Saya tidak tahu pula semakin ramai Batman (penyokong bertopeng) datang ke stadium. Kadang-kadang saya terfikir mereka ini sebenarnya peminat atau pengganas? "Bagi saya, datang tengok bola tiada masalah tetapi jika ada perancangan untuk menghuru-harakan suasana bola sepak, ini satu perkara membimbangkan. "Kita tidak boleh salahkan FAM dalam hal ini kerana FAM telah sedaya upaya mengetatkan kawalan keselamatan sewaktu perlawanan berlangsung. "Jadi, saya berharap pihak berkuasa mula campur tangan dalam hal ini," kata Khalid ketika dihubungi Kosmo! semalam. Pada pertembungan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Jumaat lalu, kejayaan Pahang menewaskan Johor DT 3-2 dicemari dengan beberapa insiden panas membabitkan penyokong kedua-dua pasukan. Bagaimanapun, kekecohan yang tercetus di dalam mahupun di luar stadium itu dapat diselesaikan oleh pihak polis. Read More / Baca Lagi >> | |
Malaysia Kita: Balasan amalan dosa syirik Posted: 11 Feb 2014 03:24 PM PST Kuala Terengganu: Satu ketika dia ibarat primadona kerana berbekalkan batu mani gajah yang dijadikan tangkal, lebih 50 lelaki kaya dikikisnya sehingga memiliki wang simpanan lebih RM3 juta dalam tempoh cuma setahun. Bagaimanapun, kuasa amalan syirik itu hanya sementara kerana dia kini menderita pelbagai penyakit selepas isteri seorang lelaki bergelar Datuk yang menjadi mangsanya membalas dendam dengan turut mengenakan ilmu hitam ke atasnya. "Ada rakan memberitahu mengenai batu mani gajah dimiliki seorang bomoh tinggal di sempadan Siam (Thailand) yang dikatakan mampu membuatkan sesiapa saja tunduk dengan permintaan dan arahan kita. AZMAN (gambar kanan) memegang jenglot yang sering digunakan pengamal ilmu hitam. Gambar kiri, Haslinda. "Saya sanggup menjual diri bagi memperoleh RM8,000 sebagai bayaran untuk memiliki batu itu dan saya juga memandu beratus-ratus kilometer bersendirian untuk ke rumah bomoh itu dua tahun lalu," katanya. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan