WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Bantah SPPBS, guru himpun di Putrajaya 22 Februari ini
- Bekas pemimpin Semangat 46 bertemu bincang kedudukan Najib?
- KENAPA KAJANG KE PUTRAJAYA?
- FLIP FLOP! Menjelang demonstrasi guru, Muhyiddin umum sistem penilaian pelajar dikaji semula
- DAP: Everyone loves Malaysia, only a few are traitors
- Shafee ada kepentingan dalam kes Anwar – Latheefa Koya
Bantah SPPBS, guru himpun di Putrajaya 22 Februari ini Posted: 11 Feb 2014 07:09 AM PST Bantah SPPBS, guru himpun di Putrajaya 22 Februari iniPUTRAJAYA 11 FEB: Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) akan mengadakan himpunan di hadapan Kementerian Pendidikan di Putrajaya pada hari Sabtu, 22 Februari ini membantah pelaksanaan Sistem Pentaksiran Pelajar Berasaskan Sekolah (SPPBS).Ketua kumpulan kerja SGMM, Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata bantahan yang dinamakan #Himpunan222MansuhPBS turut mengalu-alukan sokongan warga pendidik dan ibu bapa dari seluruh negara. "Kami mengadakannya pada Sabtu bagi memberi lebih ramai guru peluang menyertainya dan tidak lupa menjalankan tanggungjawab ini," katanya yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah di Pahang. Difahamkan himpunan tersebut turut mendapat sokongan Solidarti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) dan Badan Mobilisasi Rakyat Dewan Pemuda Pas Pusat. Dalam pada itu, Izzat membantah kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan 1, Mary Yap bahawa SGMM mahukan SPPBS ditukar kepada sistem matrikulasi. "Tindakan Mary Yap ini sangat memalukan kerana tidak mengikuti perkembangan kehendak SGMM yang mahu PBS dimansuhkan serta-merta. "Jika beliau tidak tahu isu, lebih baik dapatkan nasihat pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia) sebelum mengeluarkan kenyataan yang memalukan diri," kata Izzat dalam kenyataan. Izzat berkata, Mary Yap dilihat cuba mengalih perhatian supaya tumpuan SGMM dalam kempen mansuhkan PBS disalah erti. "Sebagai Timbalan Menteri, beliau jangan menipu rakyat dengan memanipulasi cerita yang tidak pernah disebut oleh SGMM. "Saya malu ada Timbalan Menteri yang suka putar belit dan cuba mengada-adakan cerita. "Sekali lagi, jika beliau mahu tahu perkara sebenar, sila tunggu Himpunan 222 pada 22 Februari ini," tegasnya. |
Bekas pemimpin Semangat 46 bertemu bincang kedudukan Najib? Posted: 11 Feb 2014 07:05 AM PST Bekas pemimpin Semangat 46 bertemu bincang kedudukan Najib?KUALA LUMPUR 11 FEB: Sebuah pertemuan bekas pemimpin dan ahli parti Semangat 46 akan diadakan di ibu negara pada hari Ahad, 23 Februari ini bagi membincangkan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Keadilandaily difahamkan, pertemuan semula bekas pemimpin dan ahli parti Semangat 46 itu akan turut dihadiri ahli parlimen Gua Musang yang juga bekas Presiden parti itu, Tengku Razaleigh Hamzah. Pertemuan tersebut juga dikatakan bagi membincangkan peranan kem bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam politik tanahair sejak kebelakangan ini. Namun. sumber yang memaklumkan Keadilandaily tidak memberitahu lokasi sebenar pertemuan tersebut di Kuala Lumpur. |
Posted: 11 Feb 2014 04:49 AM PST |
FLIP FLOP! Menjelang demonstrasi guru, Muhyiddin umum sistem penilaian pelajar dikaji semula Posted: 11 Feb 2014 03:15 AM PST FLIP FLOP! Menjelang demonstrasi guru, Muhyiddin umum sistem penilaian pelajar dikaji semula Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sekali lagi "flip-flop" apabila Kementerian Pendidikan memutuskan untuk mengkaji semula Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) secara menyeluruh hari ini seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar). Muhyiddin yang juga menteri pelajaran mengumumkan perkara itu pada selepas mendapat reaksi buruk dari golongan guru yang mengancam untuk mengadakan demonstrasi hujung bulan ini. Katanya keputusan itu adalah bagi menangani segala permasalahan yang dibangkitkan guru berkaitan PBS."Sebelum ini, guru mengadu mengalami masalah untuk memasukkan data berkaitan pelajar ke dalam sistem berkomputer PBS. "Sehubungan itu kita menangguhkan pelaksanaan aspek itu sehingga April tahun ini. "Hari ini kita buat keputusan untuk kaji semula pelaksanaan PBS secara menyeluruh," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini. Terdahulu, Muhyiddin mengadakan perbincangan lebih sejam dengan guru SMK Presint 8(1) bagi mendengar sendiri permasalahan mereka. Kumpulan pendesak guru merancang untuk mengadakan bantahan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 22 Februari bagi mendesak Putrajaya menghentikan program penilaian tiga tahun pelajar. Bantahan yang jarang diadakan dari bidang perguruan itu menunjukkan rasa tidak puas hati warga pendidik yang semakin tinggi terhadap sistem PBS, kata jurucakap Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM). Himpunan ini dirancang juga biar pun berulang kali jaminan diberikan Putrajaya bahawa PBS satu keperluan kepada pembaharuan sistem pendidikan kebangsaan dan penambahbaikan kepada sistem akan diselesaikan April ini. Ketua kumpulan kerja SGMM, Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata bantahan #himpunan222kpmputrajaya akan diadakan pada 22 Februari di hadapan KPM di Putrajaya. "Kami mengadakannya pada Sabtu bagi memberi lebih banyak guru peluang menyertainya dan tidak lupa menjalankan tanggungjawab ini," katanya yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah di Pahang. - TMI Scroll For More Headlines |
DAP: Everyone loves Malaysia, only a few are traitors Posted: 11 Feb 2014 02:52 AM PST |
Shafee ada kepentingan dalam kes Anwar – Latheefa Koya Posted: 11 Feb 2014 01:22 AM PST Shafee ada kepentingan dalam kes Anwar – Latheefa KoyaPUTRAJAYA 11 FEB: Biro Guaman & Undang-undang KEADILAN, Latheefa Koya berkata, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempunyai kepentingan peribadi dalam kes rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tingi Kuala Lumpur yang memutuskan melepas dan membebaskan Anwar .Kata Latheefa, Shafee antara individu yang hadir ketika Saiful Bukhari Azlan bertemu Datuk Seri Najib Razak di kediaman Perdana Menteri itu. "Adalah jelas Shafee mempunyai kepentingan peribadi dalam kes ini," kata Latheefa. Malah kata Latheefaa, Shafee pernah bertindak sebagai penasihat kepada Tun Dr Mahathir sewaktu pemecatan Anwar pada 1998. Tindakan Shafee adalah pelanggaran etika profesional peguam seperti terkandung dalam peraturan Profesion Guaman (Amalan dan Etika) 1978. Selain diketahui rapat dan pernah mewakili beberapa pemimpin Umno dalam kes mahkamah terdahulu, Shafee turut melakukan kesalahan serius sebelum ini apabila tidak membuat laporan tentang tuduhan yang ditimbulkannya terhadap Peguam Negara. Shafee gagal melaporkan salahlaku Peguam Negara Tan Sri Gani Patail berhubung kes Pulau Batu Putih dan kes mata lebam Anwar seperti disebut dalam afidavid bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan