Selasa, 11 Februari 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


KuasaNya : Anak bermuka dua

Posted: 11 Feb 2014 08:50 PM PST


Three-dimensional scans show the child has two legs, two arms and one body, but above the neck. Pic: Daily MailSYDNEY: Sepasang suami isteri berkeras enggan menggugurkan kandungan mereka yang disahkan mempunyai dua muka dan dua otak.
Renee Young dan Simon Howie dari Tregear, di sini, dinasihatkan doktor supaya menggugurkan kandungan itu yang pada mulanya disangka kembar.
"Kami terkejut apabila imbasan ultrabunyi menunjukkan anak dikandung sebenarnya seorang saja, bukannya kembar," kata Renee.
Imbasan tiga dimensi menunjukkan bayi itu mempunyai sepasang kaki dan tangan selain satu badan dan semua organ dalaman sempurna termasuk jantung.
Doktor sebelum ini menasihatkan kandungan itu digugurkan bagi mengelak anak berkenaan menghadapi kesukaran kelak kerana dianggap pelik.
Sebaliknya pasangan itu tegas mahu membesarkan anak mereka dengan penuh kasih sayang dan dikelilingi orang yang menyayanginya.
Imbasan jelas menunjukkan dua muka bayi berkenaan masing-masing dengan mata, hidung dan mulut yang lengkap.
"Kandungan ini kini berusia 19 minggu dan sihat dengan degupan jantung serta otak yang kuat," kata Renee dalam rancangan A Current Affair - In Both Brains.
Keadaan itu dikenali sebagai kraniofasial hiperhidrosis adalah sejenis kes kembar siam ekstrem dan terlalu jarang dilihat, malah hanya 35 kes direkodkan setakat ini.
Tidak satu pun mampu hidup melepasi usia kanak-kanak.
Kemungkinan itu tidak menggugat semangat pasangan terbabit, malah mereka berazam membesarkan bayi itu bersama tujuh anak mereka.
"Keluarga kami sangat rapat dan kami percaya mampu melindungi bayi ini tidak kira apa pun kecacatannya.
"Pada kami menggugurkannya perbuatan tidak bermoral.
"Anak ini tiada bezanya dengan kanak-kanak yang mempunyai autisme atau sindrom Down.
"Bayi ini sihat dan membesar elok dalam kandungan. Tidak wajar ia digugurkan," kata Howie.
Sementara itu, pakar obstetrik Greg Kesby berkata, ini kali pertama dia melihat kes seumpama itu.- Agensi

Rapper Peranchis @ Pemenang MTV Europe Music Awards 2006 peluk Islam

Posted: 11 Feb 2014 09:55 AM PST


Lahir di Nicosia, Cyprus pada 30 Julai 1980, Diam's atau nama asalnya Mélanie Georgiades merupakan rapper Perancis yang terkenal.

Album pertamanya "Premier Mandat" diterbitkan pada tahun 1999 semasa usianya 19 tahun. Sepuluh tahun kemudian, lima album telah berjaya dihasilkannya.

Sekurang-kurangnya lapan anugerah muzik dimenanginay sejak tahun 2004 hingga 2007. Paling berjaya adalah ketika Diam's meraih MTV Europe Music Awards pada tahun 2006.

Namun, di puncak kerjayanya itu, Diam's mengalami kemurungan. "Di puncak kerjaya, saya mengalami kemurungan yang teruk. Saya telah berjumpa ramai ahli psikologi, tapi tidak ada seorang pun dari mereka yang boleh membantu saya, " kata Diam's.



Diam's mengaku mula mencari jawapan atas segala kekacauan jiwanya ketika melihat seorang rakan Muslimnya menunaikan solat. Sejak saat itu, dia mulai mempelajari Islam dengan membaca terjemahan kitab suci Al-Quran.

"Memeluk Islam adalah hasil renungan peribadi saya setelah mempelajari agama ini dan membaca Al-Quran," kata Diam 's yang memeluk Islam pada 2008.

Setelah masuk Islam Diam's memakai tudung dan lebih fokus pada kegiatan-kegiatan sosial. Diantaranya, membantu anak-anak yatim.

* Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber peribadirasulullah /bersamadakwah.com. #sumber

Tuduh "Langkah Kajang" sandiwara, Dr Mahathir takut kemaraan Pakatan

Posted: 11 Feb 2014 05:36 AM PST

mustapha kamil ayub iKUALA LUMPUR 11 FEB: Kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa 'Langkah Kajang' sehingga mendorong diadakan pilihan aya kecil sebagai sandiwara adalah bukti bekas Perdana Menteri itu takut dengan kemaraan Pakatan Rakyat di Selangor.
"Dengan adanya Anwar (di Selangor) menjadi kekuatan baru untuk KEADILAN dan Pakatan Rakyat selain membantu negeri ini dari sudut pentadbiran dan memantapkan ekonomi Selangor.
"Apatah lagi dengan rekod yang baik dan telus pentadbian Tan Sri Khalid Ibrahim melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dinikmati rakyat Selangor sebelum ini.
"Kenyataan Mahathir itu membayangkan ketakutan," kata Pengarah Latihan KEADILAN, Mustafa Kamil Ayub.
Dalam ceramah Anwar di Kajang sebelum ini difahamkan, kroni Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin antara individu yang paling bimbang dengan kehadiran Anwar negeri terkaya di Asia Tenggara ini.
Tambahnya, dengan kemenangan Anwar di DUN Kajang menumpulkan serangan politik dan mengecilkan pengaruh Umno-BN di Selangor.


Kata Mustafa, masyarakat tidak akan memberi kesan dengan dakwaan Mahathir kerana mereka kini bijak dan celik terhadap isu-isu politik.
"Rakyat juga semakin bijak menilai (kenyataan) Dr Mahathir.
"Pengundi Kajang tetap akan memberi sokongan terhadap Pakatan Rakyat," kata Mustafa kepada  = Keadilandaily

Tiada ulasan: