Khamis, 27 Februari 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Red Bean Army bermaharajalela

Posted: 27 Feb 2014 07:50 PM PST



Red Bean Army bermaharajalela jika tiada tindakan
KUALA LUMPUR  - Red Bean Army (RBA) akan menjadi parasit yang boleh menjejaskan kestabilan dan perpaduan rakyat jika tiada sebarang tindakan tegas dikenakan terhadap tentera siber propembangkang itu.
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman berkata, pendedahan pihak berkuasa yang menyatakan adalah sukar untuk mengenal pasti dalang di sebalik RBA hanya memberi ruang kepada mereka untuk bertindak melampau.
"Apabila polis beritahu susah nak kesan siapa RBA sebenarnya, itu beri jalan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab melancarkan lebih banyak propaganda jahat untuk runtuhkan negara.
"Sudah sampai masanya pihak berkuasa negara cari alternatif yang lebih berkesan untuk mencari mereka yang terlibat dalam RBA sekali gus mengenakan tindakan tegas," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan sumber polis memberitahu identiti individu di sebalik RBA masih belum dikenal pasti kerana kumpulan itu sering menggunakan pelbagai nama samaran dan akaun laman sosial palsu.
RBA terkenal dengan propaganda dan perbuatan kurang ajar mereka menyerang pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) dan kerajaan, semasa, sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Turut senada ialah Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Senator Datuk Syed Ibrahim Kader yang berkata, kemudahan dan kebebasan penggunaan Internet di negara ini seharusnya tidak disalah guna untuk tujuan merosakkan negara.
Beliau berkata, masyarakat tidak seharusnya menyokong semua propaganda jahat RBA kerana mereka secara jelas mahu menjejaskan kestabilan negara.
"Takkan kita mahu jadi seperti China yang melaksanakan polisi sekatan Internet. Jika itu dilakukan di negara ini, pasti ramai yang tidak puas hati," katanya. 
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=125882:red-bean-army-bermaharajalela-jika-tiada-tindakan&Itemid=2#ixzz2uaKVCaUM
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter


Mahkamah arah Papa Gomo bayar RM800 ribu pada DSAI

Posted: 27 Feb 2014 07:03 PM PST



Penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris (gambar) atau Papa Gomo diarahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membayar RM800,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ganti rugi kerana memfitnah ketua pembangkang itu.
Hakim Rosilah Yop dalam penghakimannya turut mengatakan Wan Muhammad Azri adalah pemilik blog Papa Gomo. – 28 Februari, 2014.
MENYUSUL LAGI

BR1M terdedah penyelewengan, kelam-kabut

Posted: 27 Feb 2014 03:06 AM PST

(Basyar Ab Kadir)
Azan_IsmailKUALA LUMPUR 27 FEB: Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail mendesak satu laporan terperinci dibuat kerajaan mengenai pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)
Azan menjangkakan banyak penyelewengan berlaku kerana masih belum ada laporan terperinci walaupun pemberian tersebut sudah masuk kali ketiga.
"BR1M sudah masuk pemberian kali ketiga.
"Kita desak laporan khas dan terperinci BR1M mengenai statistik pemberian, pembahagian mengikut negeri, jumlah penerima mengikut kaum, pembahagian kelas sosial dan sebagainya.
"Saya syak banyak penyelewengan yang berlaku kerana tidak ada laporan dikeluarkan," kata Azan kepada Keadilandaily.
Beliau pada masa yang sama turut menyifatkan kerajaan Umno-kerana masih dalam keadaan huru-hara berhubung sistem pengurusan pemberian BR1M.
"Sebelum ini ada yang kata mendedah 1.92 juta isi rumah. Kemudian bertukar 3.2 juta. Kemudian ada yang membuat rayuan dan ada yang dilanjutkan permohonan," kata Azan yang juga Adun Bandar, Terengganu
"Kita ada dengar banyak kelemahan dalam pemberian BR1M. Ada yang bagi no IC tipu bertujuan untuk dapat dua kali.
"Ada yang tidak memohon, tetapi dapat. Ada yang dapat tetapi jumlahnya kurang daripada yang dijanjikan.
"Ini menunjukkan huru-haranya cara mengendalikan pemberian BR1M.
"Kalau kali pertama pemberian boleh dikira belum ada pengalaman. Tetapi sudah tiga kali pemberian BR1M," kata Azan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=59670

Tiada ulasan: