Khamis, 27 Februari 2014

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


NOTIS: Blogger PRIA MALAYA Bersara Dari Dunia Politik

Posted: 27 Feb 2014 03:55 PM PST

Assalamualaikum...
Bismillah.....


1. Saya, admin 'Pria Malaya' (owner blog Ruang Bicara Pria Malaya) dengan ini mengumumkan persaraan sepenuhnya dari dunia politik maya. Ini bermakna, admin akan berhenti dari menulis/berblog buat selamanya.

2. Tujuan admin berhenti ini bukanlah kerana alasan takut, sesal, diugut, malas atau sebagainya, tetapi lebih kepada faktor kerjaya dan urusan peribadi admin. Tak perlulah admin ceritakan. :) Apapun untuk makluman, admin masih lagi tegar megikuti perkembangan semasa politik tanah air, malah admin masih lagi pendokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat setakat ini, insyaAllah.

3. Pada rakan-rakan seperjuangan, terima kasih atas sokongan, perhatian, perkongsian, dan penghargaan kalian selama ini terhadap admin. Teruskan perjuangan anda diluar sana dengan amanah dan hikmah, serta lillah. Semoga Allah memandang mulia usaha dan perjuangan kita, aminn....

4. Pada rakan-rakan admin dari Barisan Nasional, khususnya para pemimpin dan penyokong Umno, admin ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan jika ada entry/post admin selama ini yang tidak berupa fakta, tersalah maklumat, mengaib atau 'tertuduh' dan sebagainya. Mohon juga sahabat blogger dari BN yang mengenali diri ini menyampaikan permohonan maaf admin kepada tokoh dan pemimpin-pemimpin utama anda, boleh?

5. Untuk akhirnya, admin punyai dua option terhadap 'nasib' blog (RBPM) ini, sama ada admin hapuskan/tutup blog ini begitu sahaja, atau admin buka kepada sesiapa yang berhajat untuk menyambung/memilikinya dengan cara membeli atau membidanya. Jika tiada dalam tempoh dua minggu dari sekarang, admin akan hapuskan blog ini. Jika ada, sila email atau PM admin di FB/fanpage.

Akhir kalam, terima kasih dan minta maaf sekali lagi. Semoga Allah memberi kita taufik dan hidayah-Nya. Assalamualaikum.

Saudaramu,
Pria Malaya
Jumaat, 28/2/2014
7.45 a.m

Tiada ulasan: