MIMPI SENJA |
- Sarikata penuh video kontroversi Teresa Kok ONEderful-Malaysia
- Naib Presiden PKR: Laporan The Star tentang Khalid Ibrahim tidak berasas
- Cita-cita DSAI jadi MB Selangor mungkin tak kesampaian, Khalid enggan letak jawatan
- Maksiat malam Hari Kekasih
- Langkah Kajang.....Ketakutan Sangat Umno Terhadap DSAI ..!!!
- PRK Kajang : Zaid Ibrahim akan tentang Anwar Ibrahim di Kajang
- Nasi Lemak MAS masih "telanjang" .... MAS tolong jawab sat
- MyWatch persoal sumber KM Melaka bayar RM200,000 untuk nombor plat kenderaan
Sarikata penuh video kontroversi Teresa Kok ONEderful-Malaysia Posted: 14 Feb 2014 11:28 PM PST
KUALA LUMPUR: Suara rasmi DAP, Roketkini.com sejak semalam meyiarkan sarikata penuh, video ONEderful-Malaysia yang diterbitkan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok. Menurut laporan di web itu, tindakan tersebut bagi mengelak salah faham masyarakat terhadap isi kandungannya yang didakwa disiar tidak lengkap oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia. Menurut mereka, Utusan telah dengan baik hati menyiarkan sari kata Bahasa Malaysia bagi sebahagian video ONEderful-Malaysia tersebut. "Namun begitu Utusan Malaysia nampaknya telah barangkali cuai untuk menyertakan transkrip penuh video terbabit. "Di sini kami siarkan sarikata lengkap video kontroversi tersebut untuk pertimbangan khalayak umum. "Bahagian yang bergaris bawah adalah bahagian yang tidak diterjemahkan oleh Utusan Malaysia," lapor portal itu. Video penuh kontroversi itu mengundang banyak reaksi, termasuk aksi menyembelih ayam dan tawaran menempeleng Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu dengan imbuhan tunai sehingga RM1,200. Berikut terjemahan sarikata penuh versi Bahasa Melayu, menurut laporan portal itu. TERESA KOK: Tuan-tuan dan puan-puan. Selamat datang ke program tilik nasib Tahun Baru Cina istimewa kami, ONEderful Malaysia! Saya nak beritahu anda, tahun Kuda pada tahun ini adalah benar-benar hebat. Selain daripada Bintang Tuah yang biasa, Bintang Malang dan Bintang Bergaduh, terdapat juga Bintang Kenaikan Harga Perumahan, Bintang Kenaikan Harga Petrol, Bintang Kenaikan Harga Utiliti dan dua bintang sangat luar biasa iaitu Bintang Harga Betul-betul Naik dan juga Kesemua Harga Barang Naik. Kesemua bintang ini bersama-sama membentuk satu Tahun Kuda yang amat jarang berlaku dan sangat hebat. Hari ini, kami amat berbesar hati untuk menjemput tiga tetamu berprestij untuk menyertai kami dan berkongsi dengan kami nasib Tahun Kuda yang sangat hebat. Pertama sekali, saya ingin memperkenalkan orang yang suka menjadi pak turut orang yang memberi manfaat kepadanya dan juga suka menangis, Pakcik Wai. Oops maaf, sepatutnya Abang Wai . ABANG WAI: Panggil saja saya abang Wai. TERESA: Seterusnya Puan Jit, pakar dalam batu-batu dan permata, fesyen dan perkiraan feng shui. Dan akhir sekali, Master Yan Yan, yang merupakan pakar dalam perhubungan, feng shui untuk susunan isi rumah dan pelancongan. Setiap warganegara mengadu bahawa "wang untuk berbelanja tidak mencukupi". Anda semua ada sebarang komen? MASTER YAN YAN: Anda semua perlu sedar dan dengar cakap saya! Mengapa mata wang Ringgit Malaysia merosot. Ma Bai, Ma Bai… Ertinya nasib juga hilang! PUAN JIT: Kita perlu memanggilnya Ringgit Ringgit, bunyi Ring, Ring, Ring, Ring, Ring, (cincin) saya suka cincin. Sebenarnya, negara kita sangat bagus. Namun, tidak mudah menyara keluarga sekarang. Oleh itu, isteri perlu bijak menyimpan. Contohnya, jika suami anda memberikan anda RM100 untuk membeli barangan runcit di pasar, anda hanya perlu menghabiskan RM30, maka anda boleh menyimpan RM70 dan simpan dalam poket anda. Akhirnya, ""Jimat, Jimat" yang berterusan, lama-lama… Master Yan Yan & Abang Wai: Akan menjadi gunung! PUAN JIT: Kreatif sedikit, menjadi BERLIAN! Menurut Feng Shui, jika anda memakai banyak berlian ia akan meningkatkan kekayaan anda. Semakin besar saiz karat semakin baik nasib anda. TERESA: Apakah nasihat anda bagi mereka yang ingin melancong tahun ini? MASTER YAN YAN: Dengar sini. Tahun Melawat Malaysia, ke mana kita harus pergi? Sudah tentu melancong ke Malaysia! Adakah anda tahu? Baru-baru ini Malaysia telah 'dianugerahkan' tempat keenam negara yang paling berbahaya di dunia dan merupakan satu-satunya negara dari Asia. ABANG WAI: Bagus untuk menuju ke utara atau selatan tahun ini. Jadi, jika anda ingin melakukan perjalanan sila tunduk kepada lanun Selatan dan Utara (lebuh raya). Tinggalkan wang anda kepada mereka, mereka akan memastikan keselamatan anda sepanjang perjalanan ke destinasi anda. MASTER YAN YAN: Ataupun anda boleh melancong ke Melaka dan melawat Jonker Street, tetapi perlu cepat. Kerana ia akan hilang tidak lama lagi. Ataupun, anda boleh melancong ke Sabah untuk melihat lanun, siap dengan bonus pertunjukan penculikan dan adegan tembak menembak. Persembahan secara langsung, pastinya sangat menarik. Ataupun, mari kita pergi lebih jauh ke Johor untuk melihat lukisan mural ""Berhati-hati! Perompak ada berdekatan". Pemandangan yang sangat cantik. ABANG WAI: Sudah hilang, Sudah hilang. MASTER YAN YAN: Tengok! Itulah sebabnya anda perlu pergi lebih awal! Sedihnya sekarang sudah hilang! TERESA: Hidup di Malaysia sangat tidak selamat sekarang ini. Saya percaya penonton ingin tahu apa yang boleh dilakukan untuk memastikan keselamatan mereka? ABANG WAI: Ini bukan tahun yang baik untuk melangkah keluar dari rumah anda. Oleh itu jangan keluar jika tidak perlu. Jika anda benar-benar perlu keluar pastikan tidak memakai pakaian yang terlalu 'Bersih'. Bagaimana pula dengan warna? Pakai lebih banyak baju berwarna merah, elakkan memakai baju dan seluar berwarna kuning. Kuning mungkin menyebabkan anda dibawa ke mahkamah. Jika lebih serius, ia akan menyebabkan kemudaratan dan kecederaan kepada badan. MASTER YAN YAN: Ia merupakan satu tahun yang amat bertuah untuk anda semua! Bagi ahli perniagaan, saya akan memperkenalkan kepada anda semua maskot keamanan iaitu gril besi! Biar saya beritahu anda, dengan gril besi ini anda akan bebas daripada gangguan seperti ah long, samseng dan perompak. Langsung tiada masalah! Tiada masalah. PUAN JIT: Puan-puan, anda perlu membeli beg berjenama. Semakin berjenama, mahal, dan lebih besar beg itu lebih baik. Anda kemudiannya boleh menggunakan beg sebagai perisai diri daripada tetakan parang. Oh, jangan bimbang! Beg anda dibuat daripada kulit asli. Ia boleh menyelamatkan nyawa anda. Itulah sebabnya saya suka membeli beg tangan berjenama mahal untuk mempertahankan diri dan keselamatan. ABANG WAI: Maaf, saya telah salah faham dengan kamu. PUAN JIT: Tidak apa. TERESA: Bagaimana pula anak-anak kita yang masih bersekolah? Ada apa-apa tip untuk mereka? ABANG WAI: Bintang Pengajian bagi tahun ini baik untuk mereka yang bersekolah. Anda tidak perlu kisah dengan pendidikan Cina atau Tamil. Satu Malaysia, Satu Bahasa! TERESA: Saya mendengar taraf pendidikan tinggi kita jatuh mendadak berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. MASTER YAN YAN: Biar saya beritahu anda. Taraf kolej dan universiti-universiti kita adalah hebat terutama Universiti Malaya. Setiap pelajar di sana tinggi dan mempunyai fizikal yang kuat. Selain itu, semua orang mempunyai nama yang boleh anda panggil kuat dan tegap! Tambahan, universiti kita berada di tempat ke-167 di dunia. Apa maksudnya? PUAN JIT, MASTER YAN YAN & ABANG WAI Malaysia Boleh! SOALAN PENONTON: Apa-apa tip untuk pengajaran kepada anak-anak yang nakal? PUAN JIT: Baiklah, biar saya menjawab soalan ini. Anak-anak kecil yang nakal pada satu masa nanti mahu anda untuk keluar ke jalanraya dan mendesak supaya anda turun, anda tidak perlu bimbang kerana ia hanya berlaku sekali dalam lima tahun. Apabila mereka nakal, hanya berikan mereka beberapa gula-gula untuk memanjakan mereka. Mereka kemudian akan taat dan diam. Tetapi jika anda masih tidak dapat menutup mulut mereka, maka sebenarnya lebih mudah jika kita pergi ke Daerah Gangnam dan mencari Puan Gangnam menari untuk kita. Kemudian semuanya akan selesai. ABANG WAI: Atau anda boleh baca mantera ini "Steady, jangan lembik" PUAN JIT & MASTER YAN YAN: Diamlah! TERESA: Untuk majikan dan pekerja, adakah anda mempunyai apa-apa nasihat yang baik dari segi pengurusan dan pelaburan kewangan? MASTER YAN YAN: Ini adalah soalan yang baik, anda semua perlu dengar! Bagi mereka yang ingin melabur dalam hartanah, jangan hanya melihat hartanah tempatan. Berdasarkan pengiraan saya, Bintang Harta muncul di arah Barat Laut. Anda boleh mempertimbangkan hartanah di New York, Manhattan. Rumah di sana mempunyai feng shui yang sangat baik dan sangat murah juga. Apartmen tujuh bilik hanya berharga RM100 juta. Murah sangat, kan. PUAN JIT: Saya telah membeli beberapa untuk anak saya juga. MASTER YAN YAN: Pilihan yang baik! TERESA: Ya, penonton ini. SOALAN PENONTON: Tahun Kuda ini, jika saya ingin memulakan perniagaan tetapi hanya mempunyai modal yang terhad, apa yang boleh saya lakukan? PUAN JIT: Anda tidak mempunyai wang dan masih mahu memulakan perniagaan? ""Jual Cina!" TERESA: ""Jual Cina"? Bagaimana untuk menjual? ABANG WAI: Jika anda ingin ""Jual Cina", anda perlu menyertai pertubuhan itu, bayaran masuk adalah RM25 sahaja. Selepas itu anda boleh menjadi ""pengkhianat". MASTER YAN YAN: Selepas menjadi ""pengkhianat", anda pasti akan naik sangat cepat dalam kedua-dua aspek kedudukan dan kekayaan serta tidak perlu bekerja keras juga. PUAN JIT: Pelaburan modal yang sangat kecil, tiada risiko, dan dengan ganjaran yang tinggi. Apa lagi yang lebih baik daripada ""Menjual Cina"? TERESA: Bagaimana dengan penonton ini, ada soalan? PENONTON 3: Ada nasihat untuk mereka yang masih bujang atau sudah berkahwin? PUAN JIT: Biar saya jawab. Apabila bercakap tentang hubungan, biar saya beritahu, anda mesti meletakkan kuda yang besar di tempat-tempat tertu, .. tempat temu janji, dewan perkahwinan dan bilik tidur. Bukan kuda emas atau kuda kayu, tapi kuda yang dibuat dengan paku dan skru. MASTER YAN YAN & ABANG WAI: Ahhh.. LO-SI-MA (Kuda yang dibuat dengan paku dan skru) PUAN JIT: Ia membantu memperbaiki keintiman dalam perhubungan dengan pasangan. Anda tengok betapa sayangnya suami saya kepada saya, baru anda tahu… (Penonton membaling sampah kepada panelis) MASTER YAN YAN: Pakai pakaian dalam yang cantik, cipta suasana yang romantik, dan pakai pakaian yang cantik-cantik, aiyaa dengarlah cakap saya. TERESA: Kita sudah berada di akhir rancangan. Saya ingin mengucapkan terima kasih semua tetamu kami kerana meluangkan masa anda untuk menghadiri rancangan kita hari ini. PUAN JIT: Apa-apalah! MASTER YAN YAN: Anda mesti bijak, dengar cakap saya. MASTER YAN YAN & ABANG WAI: Yes yes yes! PENONTON: No No No! ABANG WAI: Steady, jangan lembik. Steady, jangan lembik. PUAN JIT: Diamlah kau! TERESA: Pada tahun baharu ini, saya, Teresa Kok, akan bekerja lebih keras dan meletakkan lebih banyak usaha untuk menjadi suara rakyat dan terus berkhidmat kepada rakyat! Saya bersedia untuk melawan semua ketidakadilan, rasuah dan ketetapan yang tidak demokratik! PUAN JIT: Saya, Puan Jit dalam Tahun Kuda ini ingin anda semua mendapat banyak wang. MASTER YAN YAN: Saya berharap semua pekerja mendapat kenaikan pangkat, kenaikan gaji dan mendapatkan lebih banyak kekayaan! ABANG WAI: Saya berharap orang yang sedang jatuh cinta berkahwin tidak lama lagi dan mempunyai penghujung yang bahagia! SEMUA: Kami berharap anda semua mempunyai Tahun Baharu Kuda yang "ONEderful"! Video penuh boleh ditonton di sini. |
Naib Presiden PKR: Laporan The Star tentang Khalid Ibrahim tidak berasas Posted: 14 Feb 2014 10:19 PM PST Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang berkata laporan akhbar milik MCA, The Star yang melaporkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan menandatangani surat peletakan jawatan bagi membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan menteri besar Selangor sebagai tidak berasas. Katanya, fokus PKR dan Pakatan Rakyat (PR) pada ketika ini adalah untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan soal siapa menteri besar Selangor tidak timbul. "Laporan itu tiada asas. Sekarang ini fokus kami hendak menang PRK Kajang dan semua pihak termasuk Abdul Khalid bekerjasama untuk menjayakannya," kata Chua yang lebih dikenali sebagai Tian Chua kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur. "Tidak betul, tiada isu tentang surat letak jawatan. Isu menteri besar Selangor akan dibincang nanti (selepas PRK)," katanya. Hari ini, The Star melaporkan Abdul Khalid enggan menandatangani surat peletakan jawatan bagi memberikan laluan kepada Anwar untuk menjadi menteri besar Selangor menerusi pelan "Langkah Kajang". Menurut The Star, berdasarkan sumber peringkat tertinggi PKR, Abdul Khalid dijadualkan perlu menandatangani surat peletakan jawatan yang disediakan oleh kepimpinan parti bertarikh 23 Mac, hari sama dengan hari pengundian bagi PRK DUN Kajang. Surat peletakan jawatan sulit itu merupakan sebahagian daripada pelan becita-cita tinggi untuk memberi laluan kepada Anwar memimpin Selangor selepas menang PRK Kajang. "Beliau merasakan dipermainkan oleh Anwar," lapor The Star memetik sumber kerajaan negeri yang turut mengatakan Abdul Khalid sudah menyatakan hasratnya untuk tidak berundur kepada Sultan Selangor semasa pertemuan mingguan pada Rabu. Menurut laporan akhbar itu, Abdul Khalid kini berdepan cabaran untuk mengekalkan sokongan Pakatan Rakyat (PR) Selangor terutamanya daripada DAP. Laporan itu menyatakan Abdul Khalid berkecil hati dengan pemimpin PKR seperti Rafizi Ramli yang mengatakan beliau tidak cukup kuat untuk memimpin cabaran serangan Umno di Selangor. Kerusi DUN Kajang kosong selepas Lee chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan secara mengejut. Lee, 42, merupakan seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun. Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi, berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi. Komposisi pengundi di Kajang membentuk 49% Melayu, 40% Cina, 10% India dan 0.91% lain-lain. PR sudah mengumumkan Anwar sebagai calon mereka bagi PRK Kajang manakala BN masih lagi belum berbuat demikian. Tetapi, spekulasi mengatakan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun bakal diletakkan untuk melawan Anwar. -TMI |
Cita-cita DSAI jadi MB Selangor mungkin tak kesampaian, Khalid enggan letak jawatan Posted: 14 Feb 2014 08:49 PM PST Cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor menerusi pelan hebatnya mungkin tidak akan kesampaian. Ia berikutan penyandang jawatan itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan meletak jawatan. Berdasarkan sumber peringkat tertinggi, Abdul Khalid dijadualkan perlu menandatangani surat perletakan jawatan yang disediakan oleh kepimpinan PKR. Bagaimanapun difahamkan Abdul Khalid enggan berbuat demikian. Surat perletakawan jawatan sulit itu merupakan sebahagian daripada pelan becita-cita tinggi untuk memberi laluan kepada Anwar memimpin Selangor. Surat itu dipercayai bertarikh 23 Mac iaitu tarikh hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. Surat bertarikh tersebut dibuat dengan jangkaan Anwar akan memenangi PRK Kajang dan menyertai DUN Selangor. Sumber kerajaan negeri turut memaklumkan The Star bahawa Abdul Khalid menasihatkan Istana Selangor bahawa beliau tidak akan meletak jawatan. "Beliau rasa seperti dipermain-mainkan oleh Anwar," katanya sumber berkenaan. Abdul Khalid juga dikatakan sudah menerangkan kepada Sultan Selangor mengenai situasi politik di Selangor dalam pertemuan mingguannya pada Rabu lalu. Difahamkan Sultan Selangor yang mahir mengenai Perlembagaan Negeri, dijangka tidak mengganggu hal politik namun akan mematuhi sepenuhnya semua undang-undang negeri. Sejak Abdul Khalid menghadap sultan, beliau diperhatikan kini sentiasa berada dalam keadaan 'angin baik' dan selalu tersenyum. Pemerhati berkata keadaan rambutnya sering dilihat sebagai 'pengukur angin' - kini dilihat sentiada kemas dan rapi serta kelihatan ceria. Walau bagaimanapun, Abdul Khalid perlu menghadapi 'pertempuran sengit' dalam usaha mengekalkan kedudukannya. Difahamkan DAP menggesa supaya diadakan mesyuarat khas Pakatan Rakyat pada minggu depan. Seorang pemimpin senior DAP dikatakan memaklumkan kepada PKR bahawa jika parti itu gagal menguruskan Abdul Khalid, parti itu akan mula memberikan tekanan kepadanya. Abdul Khalid dilaporkan kehilangan sokongan DAP Selangor berikutan isu rampas Bible. Bagaimanapun tidak semua Adun DAP akan memberi tekanan terhadap Abdul Khalid kerana sekumpulan Adun parti itu yang diketuai oleh pemimpin kuat mereka akan terus memberi sokongan kepadanya. Menurut sumber, Abdul Khalid kecewa dengan kenyataan daripada pemimpin partinya selepas Anwar dinamakan sebagai calon PRK Kadang. Antaranya kenyataan oleh Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli iaitu individu yang dikatakan menjadi tulang belakang kepada PRK Kajang pernah dilaporkan berkata bahawa beiau yakin Anwar mampu melakukan sesuatu yang lebih baik di Selangor. Mohd Rafizi berkata Abdul Khalid ada seorang teknokrat dan tidak mempunyai pengalaman untuk menguruskan isu perkauman dan agama. Malah kenyataan Anwar sendiri mengenai pelannya di Selangor turut tidak menyenangkan Abdul Khalid sebagai penyandang kerusi Menteri Besar. Baru-baru ini orang di sekeliling Abdul Khalid mengkritik cadangan Anwar untuk melibatkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dalam program pembangunan luar bandar Selangor. Anwar menyatakan cadangan itu ketika berceramah di Kajang pada Rabu lalu. Ia dilihat sebagai keputusan yang bertentangan dengan pendirian parti dan Pakatan Rakyat memandangkan kontroversi yang dikaitkan dengan Mat Taib, sebagai bekas pemimpin Umno. Anwar dan Mat Taib pernah berada dalam pasukan yang sama pada 1996 ketika pemilihan UMNO-15/2/2014 - mStar |
Posted: 14 Feb 2014 07:51 PM PST ALOR SETAR - Dua lelaki dari Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor, Perak, ditahan bersama pasangan masing-masing kerana disyaki berkhalwat di dua hotel bajet berasingan, di sini malam kelmarin. Serbuan sempena Operasi Kekasih (Ops Kekasih) yang dilakukan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) itu memberi tumpuan di hotel-hotel bajet sekitar bandaraya Alor Setar menjelang Hari Kekasih. Dalam serbuan pertama di sebuah hotel bajet Jalan Lengcong Barat, Tandop, dekat sini, lelaki berusia 31 tahun dari Langkawi yang juga suami orang itu ditahan dengan mengambil masa kira-kira 40 minit sebelum membuka pintu bilik. Hasil pemeriksaan penguatkuasa mendapati pasangannya wanita berusia 30 tahun menyembunyikan diri di dalam bilik air. Penolong Pengarah Undang-undang Syariah Jaik, Sheikh Mohd Roshidi Mohammad berkata, lelaki yang mempunyai dua anak itu memberi alasan tidak melakukan apa-apa perbuatan salah. "Mereka memberi alasan bertemu untuk berkongsi masalah peribadi selepas saling mengenali empat tahun lalu. "Ketika diserbu pasang itu berpakaian lengkap dan turut memberi alasan sedang tidur ketika pintu bilik diketuk. Hasil siasatan mendapati mereka tidak mempunyai sebarang hubungan yang sah," katanya Sementara itu, dalam satu lagi serbuan di sebuah hotel di Jalan Putra, di sini, Jaik menahan seorang wanita berasal dari Sungai Tiang, Pendang, bersama kekasihnya yang berasal dari Pulau Pangkor. Ketika diserbu pasangan berkenaan enggan bekerjasama kepada pihak berkuasa dengan memberi pelbagai alasan supaya mereka dilepaskan. Pasang terbabit turut memberi alasan akan berkahwin dalam masa terdekat bagi mengelak daripada ditahan. Wanita yang bekerja di sebuah hospital swasta dan pasangannya itu, bagaimanapun akur dan menurut perintah penguat kuasa. Mereka dipercayai mendaftar masuk hotel berkenaan beberapa jam sebelum serbuan dilakukan. Kekasih pasar raya dicekup Dalam serbuan berlainan, seorang lelaki memberi alasan untuk menumpang tandas di rumah kekasihnya ketika diserbu penguatkuasa Jaik di sebuah rumah flat, Jalan Kuala Sungai, dekat sini. Pasangan itu yang juga pekerja sebuah pasar raya besar ditahan dalam keadaan mencurigakan apabila pihak berkuasa mendapati pintu gril dan pintu utama rumah berkenaan dalam keadaan berkunci. Selepas pintu rumah diketuk kira-kira lima minit, seorang wanita berusia awal 20-an membuka pintu. Manakala pasangannya keluar daripada bilik air dalam berseluar jeans tanpa memakai baju. Hasil soal siasat mendapati mereka tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah. Operasi kurangkan gejala maksiat Dalam operasi bermula jam 12 tengah malam hingga jam 4 pagi itu, Jaik berjaya menahan empat pasangan yang masing-masing tidak mempunyai hubungan yang sah. Operasi yang dianggotai 38 penguatkuasa termasuk anggota Rela Rakan Persatuan Komunikasi dan Keselamatan Melayu Kedah (KMK) memperlihatkan usaha membanteras gejala maksiat pada malam perayaan tertentu berhasil. Sheikh Mohd Roshidi berkata, selain serbuan di hotel-hotel bajet yang menjadi sarang maksiat, pihaknya turut menerima aduan dan maklumat orang awam mengenai aktiviti tidak bermoral di rumah kediaman. "Hasil operasi malam ini kita mendapati gejala maksiat di sekitar bandar raya ini semakin berkurangan berbanding tahun-tahun lalu. "Ini adalah kesan daripada pemantauan dan serbuan yang dilakukan pihak kami dari semasa ke semasa. Bagaimanapun kita akan terus membuat pemantauan supaya kegiatan tidak bermoral diperangi habis-habisan," katanya. Menurut beliau, pada operasi yang sama tahun lalu pihaknya berjaya menahan 10 pasangan yang turut membabitkan operasi di hotel-hotel bajet. Beliau berkata, kesemua empat pasangan yang ditahan dalam Ops Kekasih itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Alor Setar untuk diambil keterangan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Jaik untuk siasatan lanjut. "Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 9 (1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988. Hukuman denda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya jika didapati bersalah," katanya.lam |
Langkah Kajang.....Ketakutan Sangat Umno Terhadap DSAI ..!!! Posted: 14 Feb 2014 06:02 AM PST Amaran Ketua Pengarah psychiatry. Mereka yang lemah fikiran, dan pening bila baca artikel seperti ini dinasihatkan makan panadol banyak2 atau untuk segera selesai segala macam penyakit- disarankan minum paraquat. Terutamanya kepada orang Melayu: kenapa UMNO takut sangat Anwar jadi MB Selangor? Anwar itu bangsanya Melayu dan agama nya Islam. Jika dia jadi MB pemimpin negeri Selangor ialah Melayu. Oh—Anwar nanti akan jadi boneka DAP. Ini satu kenyataan yang tak boleh disokong oleh akal. Kurang kah keMelayuan Anwar dengan keMelayuan pemimpin UMNO yang semua nya ada rakan konsgi Cina dan bukan Melayu dalam perniagaan mereka? UMNO tidak dpat terima bahawa orang Melayu semakin ramai menolak UMNO sebab mereka tahu, menolak UMNO tidak bererti mereka menghilangkan keMelayuan mereka. Jika Anwar jadi MB apa masaalah nya? jika Anwar tidak berguna bukankah itu menguntungkan UMNO dan BN? Jika Anwar itu laknatullah seperti yang disebut oleh Adnan Mansor, bukankah ini untung kepada UMNO? Bayangkan ini- seorang seperti Adnan Mansor yang mempunyai latar belakang yang mencurigakan boleh melaknattullah kan Anwar!. Adnan Mansor sepatutnya bersyukur kerana mencapai kejayaan yang tinggi sejak bermula sebagai tukang jual carpet. Tentunya Anwar tidak jadi ancaman kepada kesejahteraan dan hayat UMNO. Lagipun, jika kita boleh meletakkan masa depan kita lama dalam tangan BN, apa yang hendak kita takut meletakkan masa depan selama 5 tahun dalam tangan Anwar dan PR? Kalau kita hendak main politik, kita mainlah sebaiknya. Anwar ada political skills untuk mengimbangi komplot jahat yang sentiasa berligar dalam kepala BN. Kita hendak bermain a game of power- jadi lakukan sesuatu untuk mengukuhkan kuasa yang ada. Itu pun matlamat politik- mendapatkan kuasa memerintah. BN melakukan apa sahaja untuk kekalkan kuasa yang mereka ada. Kebebasan yang sama mesti diberikan kepada Pakatan rakyat. Anwar melakukan langkah Kajang ini, makna dia tahu bagaimana main power game ini. Menjadikan Selangor model pengurusan PR- mungkin bukan suatu penerangan yang menarik sangat. Ianya akan menjadi kenyataan jika pemimpin negeri menanam etika kerja yang baru dan nilai2 pro kemajuan. Yang paling penting, ia memerlukan pemimpin yang tegas dan berani serta tidak takut melakukan perubahan. Cabaran untuk rakyat Selangor ialah membentuk Selangor menjadi sebuah negeri yang ditadbir dengan baik. Ini tugas suatu creative minority yang membentuk cabaran tersebut dan memikirkan respon2 untuk menyahut cabaran tersebut. Cabaran untuk Anwar bila dia jadi MB ialah menyediakan alat kelengakapan untuk menjawab cabaran dan agenda menjadikan Selangor model sebuah negeri yang ditadbir lebih baik dari negeri2 yang ditadbir oleh BN. Ini memerlukan antara nya kerajaan negeri yang baik yang dianggotai oleh barisan pemimpin yang berkualiti tinggi. Bukan nya rahsia bahawa rahsia sebuah kerajaan yang baik ialah anggota kerajaan yang baik- pimpinan politik klas satu, jentera pengkerajaan klas pertama, dan rakyat yang disedarkan. Kerana itu, saya tidak nyata, motif membawa kembali pemimpin2 seperti Mat Taib dan yang sewaktu dengan nya, merupakan suatu stateji yang baik. Untungnya, hendak menjadikan Selangor model bagaimana pengkerajaan yang baik boleh berjaya, tidak lah sukar sangat. hanya perlu lakukan yang berlawanan dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan BN. Model BN ialah sebuah bad model- kepimpinan politik yang opportunis, rasuah, yang menjalankan dasar2 yang kabur meguntungkan sebahagian masyarakat. Negara ini sedang menuju kepada kehancuran kerana kita ada leadership yang disebut dalam istilah Perancis- fainéant leadership. Fainéant tidak sama dengan elegant silence. Fainéant erti nya- do nothing. Itu yang sebenarnya jenis kerajaan yang kita ada dibawah Najib. Negara musnah dibawah fainéant leadership Najib. Kita ada a-do-nothing Leadership. Apa Najib buat mengenai perkelahian agama? Tidak ada apa2. Apa dia buat untuk menyekat ketegangan kaum? Do nothing. Apa dia buat untuk mengurangkan perbelanjaan yang membazir? Do nothing. Apa dia buat untuk memerangi rasuah? Do nothing. Jadi leadership dia boleh dideskripsi sebagai fainéant (fay-nay-yon) leadership- do nothing leadership. Jika BN menyediakan pimpinan yang koro, Anwar mesti menyediakan bakat yang terbaik untuk mengurus Selangor. Jika kualiti jentera pentadbiran dalam negeri perintah BN hanya setakat boleh-lah, Anwar dan PR mesti menyediakan jentera pentadbiran yang kelas 1. Yang menyebabkan UMNO dan BN cemas dan ketakutan, ialah cabaran2 ini semua adalah keberangkalian yang boleh dicapai diberi pimpinan politik yang inginkan itu semua. Sekali gus, ia akan menjadi penanda perbandingan dan rakyat akan melihat bahawa ada masa depan yang lebih baik bukan dibawah BN. peningkatan kesedaran rakyat inilah yang amat ditakuti oleh UMNO dan BN. sakmongkol AK47 |
PRK Kajang : Zaid Ibrahim akan tentang Anwar Ibrahim di Kajang Posted: 14 Feb 2014 02:19 AM PST KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim pada Jumaat berkata beliau 'tertarik' untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang sebagai calon bebas. Zaid berkata mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil itu akan membolehkan beliau menangani pelbagai isu-isu politik dan ekonomi yang melanda negara. "Menulis di dalam blog ini amat seronok tetapi ia lebih baik untuk bercakap dengan individu sebenar secara bersemuka, mendengar luahan mereka, sudah tentu makan sate bersama mereka. "Berbual dengan pengundi Kajang turut menguji penerimaan beberapa idea saya, seterusnya ia boleh digunakan sebagai maklum balas kepada pembuat dasar," katanya dalam blognya. (www.zaid.my). Zaid meninggalkan PKR pada 2011 dan menubuhkan parti Kita. - mStar 14/2/14 |
Nasi Lemak MAS masih "telanjang" .... MAS tolong jawab sat Posted: 14 Feb 2014 01:42 AM PST Sejak MAS menjelaskan bahawa "nasi lemak telanjang" adalah satu kesilapan teknikal, maka bolehkah penumpang kini mengharapkan set lengkap hidangan popular itu dalam penerbangan syarikat penerbangan nasional itu? Nampaknya tidak begitu, berdasarkan pengalaman aktivis sosial Josh Hong, yang menaiki pesawat MAS dari Jakarta ke Kuala Lumpur pagi ini [14/2/14] dan mendapati tiada kacang tanah dan ikan bilis dalam hidangan nasi lemak. "Sejuk di udara kerana masih telanjang!" bunyi foto kapsyen hidangan yang disiarkan di laman sosial Facebook beliau. Hidangan ini mempunyai nasi lemak, separuh telur rebus, dan ada sambal bercampur dengan udang, tetapi gambar itu sukar untuk menentukan apa lagi yang telah dihidangkan bersamanya. - malaysiakini" Malaysia Airlines jawab kritikan 'nasi lemak telanjang' Chef Wan1/2/2014 Chef Wan tidak berpuas hati dengan hidangan nasi lemak di dalam penerbangan MAS KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Malaysia Airlines menjawab komen Chef Wan yang menganggap nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi sebagai 'telanjang'. Gambar yang dimuatkan di akaun Instagram turut menerima pelbagai reaksi di media sosial. Dalam kenyataan Malaysia Airlines kepada Astro AWANI, syarikat penerbangan nasional itu akan terus mempertingkat mutu makanan mereka. "Malaysia Airlines ingin berterima kasih kepada Chef Wan atas komen beliau tentang nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi dalam penerbangan ke Bangkok. "Kami menghargai segala maklum balas dan akan mengambil tindakan segera untuk mempertingkatkan mutu makanan di dalam penerbangan kami," kata Malaysia Airlines. Pada 29 Januari, Chef Wan telah memuatnaik gambar nasi lemak yang dihidangkan di kelas ekonomi. Gambar yang dimuatnaik di akaun Instagram milik Datuk Chef Wan. Sumber Instagram.com/ChefWan58 Datuk Muzamir macamana ni? |
MyWatch persoal sumber KM Melaka bayar RM200,000 untuk nombor plat kenderaan Posted: 13 Feb 2014 11:19 PM PST Pertubuhan pemantau jenayah MyWatch menuntut penjelasan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berhubung pembelian tujuh nombor plat kenderaan MCM yang merujuk kepada (Malacca Chief Minister) bernilai RM200,000. Pengerusi MyWatch, R Sanjeevan mendakwa, pihaknya diberikan dokumen keputusan bidaan nombor berkenaan yang turut tertera nama "Idris Bin Haron" yang mempunyai nama seperti ketua menteri Melaka itu dengan bidaan RM20,000 bagi nombor plat MCM 11. Antara nombor plat lain yang dibida adalah MCM 2 hingga MCM 11.Sanjeevan berkata, nombor plate MCM 10 dibida pada harga RM15,510 oleh individu bernama "Fadilah Binti Abdullah" yang kebetulan mempunyai nama yang sama seperti isteri Idris. Manakala nombor pendaftaran MCM 2, MCM 3, MCM 4, MCM 5, dan MCM 7 dibida oleh setiausaha politik dan setiausaha sulit Idris. Katanya, nama pembida MCM 3 bernilai RM55,100 "Rosli bin Hasan" juga kebetulan mempunyai nama sama seperti setiausaha sulit Idris. Percubaan The Malaysia Insider untuk mendapatkan pengesahan Idris dan Pejabat Ketua Menteri Melaka berhubung perkara ini bagaimanapun masih belum berhasil. - 14 Febuari, 2014. -TMI |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan