Kelab Greenboc |
- [EDISI KARUT] Akhbar TheStar Milik MCA Reka Cerita MB Selangor Enggan Letak Jawatan
- [BERGAMBAR] Asrama Maahad Tahfiz Terbakar, 17 Pelajar Tinggal Sehelai Sepinggang
- Sembelih Ayam Banyak-banyak, Lagi Mudah Anwar Menang
- MCM 11 - "Macam Tu" Ke Ketua Menteri Melaka?
[EDISI KARUT] Akhbar TheStar Milik MCA Reka Cerita MB Selangor Enggan Letak Jawatan Posted: 14 Feb 2014 11:50 PM PST Naib Presiden PKR: Laporan The Star tentang Khalid Ibrahim tidak berasas Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang berkata laporan akhbar milik MCA, The Star yang melaporkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan menandatangani surat peletakan jawatan bagi membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan menteri besar Selangor sebagai tidak berasas. Katanya, fokus PKR dan Pakatan Rakyat (PR) pada ketika ini adalah untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan soal siapa menteri besar Selangor tidak timbul. "Laporan itu tiada asas. Sekarang ini fokus kami hendak menang PRK Kajang dan semua pihak termasuk Abdul Khalid bekerjasama untuk menjayakannya," kata Chua yang lebih dikenali sebagai Tian Chua kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur. "Tidak betul, tiada isu tentang surat letak jawatan. Isu menteri besar Selangor akan dibincang nanti (selepas PRK)," katanya. Hari ini, The Star melaporkan Abdul Khalid enggan menandatangani surat peletakan jawatan bagi memberikan laluan kepada Anwar untuk menjadi menteri besar Selangor menerusi pelan "Langkah Kajang". Menurut The Star, berdasarkan sumber peringkat tertinggi PKR, Abdul Khalid dijadualkan perlu menandatangani surat peletakan jawatan yang disediakan oleh kepimpinan parti bertarikh 23 Mac, hari sama dengan hari pengundian bagi PRK DUN Kajang. Surat peletakan jawatan sulit itu merupakan sebahagian daripada pelan becita-cita tinggi untuk memberi laluan kepada Anwar memimpin Selangor selepas menang PRK Kajang. "Beliau merasakan dipermainkan oleh Anwar," lapor The Star memetik sumber kerajaan negeri yang turut mengatakan Abdul Khalid sudah menyatakan hasratnya untuk tidak berundur kepada Sultan Selangor semasa pertemuan mingguan pada Rabu. Menurut laporan akhbar itu, Abdul Khalid kini berdepan cabaran untuk mengekalkan sokongan Pakatan Rakyat (PR) Selangor terutamanya daripada DAP. Laporan itu menyatakan Abdul Khalid berkecil hati dengan pemimpin PKR seperti Rafizi Ramli yang mengatakan beliau tidak cukup kuat untuk memimpin cabaran serangan Umno di Selangor. Kerusi DUN Kajang kosong selepas Lee chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan secara mengejut. Lee, 42, merupakan seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun. Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi, berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi. Komposisi pengundi di Kajang membentuk 49% Melayu, 40% Cina, 10% India dan 0.91% lain-lain. PR sudah mengumumkan Anwar sebagai calon mereka bagi PRK Kajang manakala BN masih lagi belum berbuat demikian. Tetapi, spekulasi mengatakan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun bakal diletakkan untuk melawan Anwar. -TMI |
[BERGAMBAR] Asrama Maahad Tahfiz Terbakar, 17 Pelajar Tinggal Sehelai Sepinggang Posted: 14 Feb 2014 09:43 PM PST Kuantan -Tujuh belas pelajar Maahad Tahfiz Muhammadiah Bukit Rangin, di sini, tinggal sehelai sepinggang apabila bangunan madrasah yang menempatkan asrama mereka musnah dalam kebakaran, malam kelmarin. Kejadian kira-kira 10 malam itu dipercayai bermula dari setor di tingkat atas yang turut menempatkan pejabat, surau, dua bilik asrama. Ketika kejadian, semua pelajar terbabit sedang mengikuti kuliah agama di balai Islam di Permatanag Badak, di sini. Kebakaran menyebabkan tingkat atas bangunan dua tingkat itu hangus, termasuk memusnahkan barangan peribadi pelajar terbabit. Anggota Bomba dan Penyelamat dari balai Indera Mahkota, Bukit Ubi dan Taman Tas berjaya memadamkan kebakaran kira-kira setengah jam kemudian dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. Warden asrama, Zamroni Husaini, 22, berkata ketika kejadian dia sedang tidur di sebuah bilik di tingkat bawah. "Tiba-tiba saya terasa bahang panas dan apabila tersedar saya lihat api sudah marak. "Saya berlari keluar tanpa dapat menyelamatkan apa-apa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Katanya, dia kemudian menghubungi bomba memaklumkan kejadian berkenaan. "Syukur ketika kejadian pelajar tidak berada di sini kerana mereka menghadiri kuliah di tempat lain," katanya. -HM
|
Sembelih Ayam Banyak-banyak, Lagi Mudah Anwar Menang Posted: 14 Feb 2014 05:28 PM PST Isu sembelih ayam kempen percuma kepada Anwar SHAH ALAM – Penganalisis politik berpandangan tindakan sekumpulan NGO Melayu yang bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang sebagai bantahan hanya memberi kempen tambahan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang PRK Dun Kajang pada 23 Mac ini. Menurut pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, laporan media berhubung perkara itu secara tidak langsung mempromosikan Anwar. "… pada pengamatan saya kontroversi yang tercetus ini telah memberi banyak kelebihan kepada Anwar. "Ianya secara tidak langsung telah memberi kempen percuma kepada Anwar, mereka seolah-olah membantu kempen PKR secara tidak sedar, ini kerana harus diingat masyarakat di Kajang berada dalam kategori bandar yang sentiasa terdedah dengan perkembangan terkini negara, mereka dengar dan mereka tahu," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini. PRK Dun Kajang akan diadakan pada 23 Mac ini, susulan tindakan penyandangnya Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Adun di kerusi tersebut, ekoran itu Anwar dinamakan sebagai calon untuk mengisi kekosongan kerusi tersebut. Terbaru MCA mengumumkan bahawa calonnya akan bertanding di kerusi tersebut bagi menentang Ketua Umum PKR itu. Untuk rekod, kontroversi 'sembelihan ayam' baru-baru ini dilakukan oleh sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka "Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia" telah bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR. Kain rentang itu memuatkan wajah Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dari DAP dan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon dari PKR. – SH |
MCM 11 - "Macam Tu" Ke Ketua Menteri Melaka? Posted: 14 Feb 2014 06:30 AM PST MyWatch persoal sumber KM Melaka bayar RM200,000 untuk nombor plat kenderaan Pertubuhan pemantau jenayah MyWatch menuntut penjelasan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (gambar) berhubung pembelian tujuh nombor plat kenderaan MCM yang merujuk kepada (Malacca Chief Minister) bernilai RM200,000. Pengerusi MyWatch, R Sanjeevan mendakwa, pihaknya diberikan dokumen keputusan bidaan nombor berkenaan yang turut tertera nama "Idris Bin Haron" yang mempunyai nama seperti ketua menteri Melaka itu dengan bidaan RM20,000 bagi nombor plat MCM 11. Antara nombor plat lain yang dibida adalah MCM 2 hingga MCM 11. Sanjeevan berkata, nombor plate MCM 10 dibida pada harga RM15,510 oleh individu bernama "Fadilah Binti Abdullah" yang kebetulan mempunyai nama yang sama seperti isteri Idris. Manakala nombor pendaftaran MCM 2, MCM 3, MCM 4, MCM 5, dan MCM 7 dibida oleh setiausaha politik dan setiausaha sulit Idris. Katanya, nama pembida MCM 3 bernilai RM55,100 "Rosli bin Hasan" juga kebetulan mempunyai nama sama seperti setiausaha sulit Idris. Percubaan The Malaysia Insider untuk mendapatkan pengesahan Idris dan Pejabat Ketua Menteri Melaka berhubung perkara ini bagaimanapun masih belum berhasil. -TMI
ULASAN GB Sekalipun Idris Haron menafikan penggunakan dana awam untuk membida plat MCM 2 hingga MC 11, namun langkah beliau untuk menggunakan nama isterinya, setiausaha politik dan setiausa sulitnya amat jelas amat tidak beretika. Perkara pertama ialah tiba-tiba beliau melenting dengan membuat penafian beliau membeli nombor plat kenderaan menggunakan dana awam sedangkan MyWatch baru "mempersoalkan" dari mana sumber kewangan beliau dapat apabila membuat bidaan nombor-nombor plat berkenaan? Kedua, tiba-tiba juga beliau menyatakan beliau masih "siuman". Tiada siapa pun menuduhnya tidak siuman (gila) - tetapi beliau semacam begitu "terasa" sangat yang langkahnya itu sebagai tidak siuman. Ketiga untuk tujuan apa nombor plat banyak-banyak itu di bida? Dari MCM 2 hingga MCM 11 - sepuluh plat semua sekali yang kesemuanya bernilai RM200,000? Keempat, sehingga ke penghujungnya beliau masih tidak menjelaskan sumbe rkawangan dari mana? Dari poket sendiri? Jika benar kenapa perlu guna nama setiausaha-setiausaha? Ia mengulangi kehidupan membazir dan penyalahgunaan penjawat awam yang diamalkan oleh bekas ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam sebelum ini. Dan memang pun corak pentadbiran Idris Haron 2 x 5 sahaja dengan Mohd Ali Rustam. Gambar di bawah ini mungkin menjelaskannya dengan lebih baik: Bukan kita nak mengaibkan Idris Haron tetapi hukum kebenaran dan keadilan mendedahkan wajah sebenarnya... beliau yang mengaibkan dirinya sendiri! Dan jika demikianlah Idris Haron, maka tidak mustahil beliau bakal di"alirustam"kan pada pilihanraya akan datang nanti. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan