RAKYAT MARHAEN |
- Kenapa kejar juruterbang TUDM yang jujur dan lepaskan jerung besar yang rasuah, soal DAP
- Letak Jawatan: Laporan The Star tentang Khalid Ibrahim tidak berasas - Tian
- Kuasai ICT untuk menang Pilihan Raya Sarawak - Nizar
- KiniFocus: Economic woes threaten race relations
- BicaraKini: Demo sembelih ayam ibarat brek kepada semua provokasi....
- Tampar: Juham cadang Zahid diberi 'tuisyen percuma'
- PRK Dun Kajang: Kempen MCA paling lambat dalam sejarah
- Dendam terhadap Anwar Ibrahim tidak pernah padam dan mereka membuat rakyat faham apa itu UMNO....
- Jais perlu terus anjur perpaduan dengan bukan Islam – Anwar
- Taib Mahmud boleh jadi TYT S'wak sepanjang hayat....
- Janji kerajaan 47% BN terhadap golongan minoriti dimungkiri sekali lagi, kata penganalisis
- Malaysia Kita: Maksiat malam Hari Kekasih
- Malaysia Kita: "Ayam Vietnam" cakar dan gigit..!!
- Kajang: MCA’s big test?
- PRK Dun Kajang: Aura Mat Taib bantu kempen Pakatan
- PRK Dun Kajang: Kempen Anwar berterusan, Syed Mokhtar diserang monopoli gula
- Dakwat Tidak Kekal: Mejar Zaidi, terpaksa bayar harga mahal kerana bercakap benar dan jujur
- Anwar: Who was PM during Ops Lalang?
- Bantah TPPA mulls boycott of talks
- TGHA: PERANAN MUSLIMAT DALAM PERJUANGAN
- Benarkah perpaduan negara hari ini semakin rapuh?
- KALAU TAK MENIPU & MEMBELIT Bukan UMNO Namanya!!!
- 10 SEBAB KENAPA PBS PERLU DIMANSUHKAN
- Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Bestari Kualiti Teruk & Lembap! Apa Respon Guru Kepada KPM?
- Myanmar Hina Suara Umat Islam Bantah Kekejaman Rohingya
Kenapa kejar juruterbang TUDM yang jujur dan lepaskan jerung besar yang rasuah, soal DAP Posted: 14 Feb 2014 08:50 PM PST Pemimpin DAP, Lim Kit Siang hari ini mempersoalkan tindakan Putrajaya mendakwa juruterbang Mejar Zaidi Ahmad kerana mengadu mengenai dakwat kekal Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sementara membiaran sahaja "jerung besar yang rasuah, mencuri ratusan juta ringgit hartanah dan kekayaan, berlagak bebas tanpa hukuman dan menikmati imuniti". Beliau berkata, kerajaan sepatutnya malu kerana berkelakuan jahat dan sempit terhadap juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membuat laporan polis terhadap dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya pada 5 Mei lalu. "Mengapa pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak degil dan tidak bertimbang rasa sehingga mereka lebih memilih mendakwa Zaidi menggunakan undang-undang ketenteraan yang berusia 40 tahun. "Penggunaan Akta Angkatan Tentera 1972 terhadap Zaidi menunjukkan pemimpin ketenteraan tidak ada pendirian dan mengambil perintah daripada pemimpin politik," kata ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan, hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
Letak Jawatan: Laporan The Star tentang Khalid Ibrahim tidak berasas - Tian Posted: 14 Feb 2014 08:48 PM PST Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang berkata laporan akhbar milik MCA, The Star yang melaporkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan menandatangani surat peletakan jawatan bagi membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan menteri besar Selangor sebagai tidak berasas. Katanya, fokus PKR dan Pakatan Rakyat (PR) pada ketika ini adalah untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan soal siapa menteri besar Selangor tidak timbul. "Laporan itu tiada asas. Sekarang ini fokus kami hendak menang PRK Kajang dan semua pihak termasuk Abdul Khalid bekerjasama untuk menjayakannya," kata Chua yang lebih dikenali sebagai Tian Chua kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur. Hari ini, The Star melaporkan Abdul Khalid enggan menandatangani surat peletakan jawatan bagi memberikan laluan kepada Anwar untuk menjadi menteri besar Selangor menerusi pelan "Langkah Kajang". Menurut The Star, berdasarkan sumber peringkat tertinggi PKR, Abdul Khalid dijadualkan perlu menandatangani surat peletakan jawatan yang disediakan oleh kepimpinan parti bertarikh 23 Mac, hari sama dengan hari pengundian bagi PRK DUN Kajang. Surat peletakan jawatan sulit itu merupakan sebahagian daripada pelan becita-cita tinggi untuk memberi laluan kepada Anwar memimpin Selangor selepas menang PRK Kajang. Read More / Baca Lagi >> |
Kuasai ICT untuk menang Pilihan Raya Sarawak - Nizar Posted: 14 Feb 2014 08:44 PM PST KUCHING: Penguasaan ICT dan penggunaannya secara strategik, penting untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di Sarawak, kata Pengerusi Lajnah ICT PAS Pusat, Datuk Sri Mohammad Nizar Jamaluddin. Berucap merasmikan Konvensyen ICT PAS Sarawak hari ini beliau berkata, Pilihan Raya Umum ke-13 lalu membuktikan betapa ICT memainkan peranan besar dalam menarik sokongan kepada Pakatan Rakyat khususnya di kawasan bandar. "ICT berjaya menembusi maklumat kepada pengundi bandar, menyebabkan mereka dapat memberikan undi yang sangat baik kepada PAS dan pakatan rakyat. "Salah satu perkara yang menyebabkan mrreka beralih daripada menyokong BN kepada PR adalah kerana mendapat maklumat sebenar daripada usaha-usaha pendokong kita melalui internet," katanya kepada lebih 80 peserta yang hadir hari ini. Menurut Mohammad Nizar, berbeza dengan Umno, penggunaan ICT oleh bloger dan cybertroopers mereka lebih kepada menyebarkan fitnah dan bersifat lucah. Mereka juga katanya, sering memainkan isu-isu agama dan perkauman semata-mata untuk kepentingan politik mereka. Read More / Baca Lagi >> |
KiniFocus: Economic woes threaten race relations Posted: 14 Feb 2014 07:19 PM PST |
BicaraKini: Demo sembelih ayam ibarat brek kepada semua provokasi.... Posted: 14 Feb 2014 07:19 PM PST |
Tampar: Juham cadang Zahid diberi 'tuisyen percuma' Posted: 14 Feb 2014 07:15 PM PST KUALA LUMPUR: Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia, menyarankan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diberi tuisyen percuma tentang peruntukan Seksyen 503 Kanun Keseksaan. Pengarahnya, Norazmir Zakaria berkata kenyataan bahawa tidak salah menawarkan penampar kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok seperti yang dibuat NGO pro Umno hanya menyerlahkan kedangkalan menteri Umno itu. "Adalah sangat tidak munasabah dan cukup dangkal bagi seorang menteri kanan yang menjaga soal keselamatan negara bila mengatakan hanya jika tawaran membunuh YB Teresa dikeluarkan oleh NGO terbabit, barulah ianya dikira sebagai suatu kesalahan. "Jika sebegitu sekali jahilnya Zahid tentang undang-undang, maka Juham merasakan adalah sangat wajar sekiranya Penasihat Undang-Undang KDN atau Penasihat Undang-Undang Umno memberi 'tuisyen percuma' bagi 'menyekolahkan' Zahid," katanya dalam satu kenyataan. Menurut beliau lagi, dalam isu ini juga, memperlihatkan agensi penguatkuasa seperti berat sebelah dan double standard lebih-lebih lagi jika ianya berkait dengan Umno. "Ini membenarkan sangkaan selama ini bahawa di Malaysia wujud dua set undang-undang yang berbeza dari segi penguatkuasaannya iaitu untuk pemimpin Umno BNdan seluruh suku sakat serta penyokongnya dan satu set lagi untuk rakyat biasa terutama yang tidak menyokong Umno BN," jelas beliau lagi. Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa Seksyen 503 memperuntukkan bahawa perbuatan melakukan intimidasi jenayah adalah suatu kesalahan jenayah dan ianya boleh dihukum di bawah Seksyen 506 kanun yang sama iaitu penjara sehingga selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Dun Kajang: Kempen MCA paling lambat dalam sejarah Posted: 14 Feb 2014 07:11 PM PST Menurutnya, sepanjang episod penglibatannya dalam sejarah menghadapi PRK sebelum ini, PRK Dun Kajang pada pengamatannya menyaksikan MCA benar-benar lambat dalam memalu gendang perang terhadap calon lawan. "Dalam sejarah PRK yang pernah saya alami sebelum ini, PRK Dun Kajanglah yang menyaksikan ketidaksediaan MCA dalam memenangi kerusi tersebut. "...bagi saya PRK Dun Kajanglah paling lambat dirasai...sebab dari segi kesediaannya kita belum nampak lagi, kalau kita lihat 'pihak sebelah sana' (Anwar) mereka bukan main lagi," katanya yang juga bekas Menteri Pengangkutan. Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Tee Keat berpandangan, perkara itu berlaku berkemungkinan dek kerana sikap pemimpin tertinggi MCA sekarang yang dilihat lebih sibuk untuk "membuat keputusan baru bagi menyertai Kabinet". |
Dendam terhadap Anwar Ibrahim tidak pernah padam dan mereka membuat rakyat faham apa itu UMNO.... Posted: 14 Feb 2014 06:33 PM PST Dendam bekas rakan-rakan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada tokoh pembangkang itu tidak pernah padam. Bekas orang kuat Anwar seperti Datuk Ibrahim Ali, Ezam Mohd Noor, Zahid Mat Arip, Datuk Zulkifli Nordin, Ng Lum Yong, Abdul Ghani Haron, S Gobalakrishnan serta Datuk S Nallakarupan. Mereka merupakan bekas penggerak utama PKR sejak ditubuhkan pada 1998. Ezam adalah ketua Pemuda pertama; Zahid (naib ketua); Ng (pengasas). Begitu jugadengan Nallakarupan dan merupakan Zulkifli yang pernah menjadi peguam dalam kes liwat 1. Sebaik Anwar dipecat serta dipenjarakan, mereka menjelajah ke seluruh negara memberitahu rakyat bahawa bekas timbalan perdana menteri itu tidak bersalah dan konpirasi jahat Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan perdana menteri waktu itu. Mereka melawan Dr Mahathir melakukan apa sahaja untuk menumbangkan Dr Mahathir dan BN. Ezam dan Abdul Ghani pernah dipenjarakan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA pada 2001. Bagaimanapun, seorang demi seorang meninggalkan Anwar. Ezam, Zahid, Abdul Ghani menyertai Umno manakala Nalla menjadi senator BN. Ringkasnya, mereka menjadi penentang Anwar dan menggunakan pelbagai platform untuk menjatuhkan bekas pemimpin pujaan mereka sebelum ini. Kawan sudah menjadi lawan. Ezam sudah lama mengadakan siri jelajah melawan Anwar. Dalam setiap pilihan raya kecil, bekas setiausaha politik itu tampil membantu calon BN melawan Pakatan Rakyat. Kawan jadi lawan Read More / Baca Lagi >> |
Jais perlu terus anjur perpaduan dengan bukan Islam – Anwar Posted: 14 Feb 2014 06:23 PM PST KAJANG 15 FEB: Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) perlu terus menganjurkan isu perpaduan antara umat Islan dan bukan Islam melalui khutbah Jumaat. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, berkata teks khutbah yang baik menyentuh soal akhlak muslim dan kemanusiaan. "(Jais) siapkan khutbah yang baik, menyentuh soal akhlak muslim dan kemanusiaan. Saya terpaksa puji. Ini permulaan baik," katanya yang bersolat di Masjid Sungai Sekamat. Anwar juga menyatakan beliau dipelawa memberi ucapan di sebuah gereja di Kajang dan bersedia berhadapan kontroversi mengenai perkara itu. "Kebimbangan Islam ialah Kristian nak kelirukan. Kita kena tegas, jangan izinkan…(tapi) kalau cara kita ini sombong, baling batu, hina, siapa yang minat kepada Islam? Dakwah itu keenam melalui hikmah. "Ahad, saya diminta gereja Kajang. Nanti habislah media serang. Dulu masa dalam Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia), saya pernah datang gereja, masa menteri dulu pun pernah. "Beberapa bulan lalu, pergi jumpa Pope pun kena. Lepas ini media Umno mesti serang saya habis-habisan. "Saya anggap itu penghormatan sebab panggil saya. Kalau nak dia dengar (mengenai Islam), kena hormat dia," katanya sambil menegaskan Islam tetap agama rasmi di Selangor. "…tapi orang Kristian, Buddha tak terjejas," katanya. |
Taib Mahmud boleh jadi TYT S'wak sepanjang hayat.... Posted: 14 Feb 2014 06:20 PM PST Walaupun pemerintahan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai ketua menteri Sarawak selama 33 tahun akan berakhir hujung bulan ini, namun pengaruh politiknya masih jauh daripada berakhir. Jika Taib dilantik sebagai yang dipertua negeri, tiada had masa selama mana beliau boleh memegang jawatan itu - selagi tempoh penggal empat tahun - diperbaharui berulang kali oleh ketua menteri (KM) Sarawak, dengan restu Yang di-Pertuan Agong. Dalam kes ini, nampaknya pentingnya KM seorang yang disenangi Taib secara peribadi, dan pemilihan bekas adik iparnya, Adenan Satem, sebagai KM baru boleh menjamin Taib memegang jawatan yang dipertua negeri sepanjang hayat. Tun Ahmad Zaidi Adruce menjadi yang dipertua negeri Sarawak kelima selama 15 tahun sehingga meninggal dunia pada 2001. Taib, yang kini beruaia 78 tahun mungkin mengikuti jejak langkahnya. "Walaupun terdapat budi bicara Yang di-Pertuan Agong (dalam pelantikan yang dipertua negeri) selepas berunding dengan ketua menteri, namun amalannya ialah seri paduka hanya melakukan apa yang ahli-ahli politik - di pusat (persekutuan) dan negeri - kata," tegas pakar perlembagaan, Aziz Bari kepada Malaysiakini. "Selepas 33 tahun Taib menerajui Sarawak, beliau boleh melakukan perkara yang sama dari tempat yang berbeza," katanya. Ini bermakna Taib mungkin kebal daripada pendakwaan sekiranya pihak berkuasa membuat keputusan untuk bertindak terhadap dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadap orang kuat Sarawak itu. Beliau kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Abdul Aziz juga berkata, Taib akan menjadi lebih kuat sebagai yang dipertua negeri berbanding dengan bapa saudaranya, Tun Abdul Rahman Ya'kub, yang juga mengambil alih jawatan yang dipertua negeri selepas melepaskan jawatan ketua menteri kepada Taib pada 1981. Walaupun mempengaruhi pentadbiran negeri sebagai yang dipertua negeri selama empat tahun, didahului dengan sebelas tahun sebagai ketua menteri, Abdul Rahman akhirnya bersara pada 1986, atas alasan kesihatan. Read More / Baca Lagi >> |
Janji kerajaan 47% BN terhadap golongan minoriti dimungkiri sekali lagi, kata penganalisis Posted: 14 Feb 2014 06:18 PM PST Beberapa penganalisis yang ditemuramah The Malaysian Insider berkata, ini adalah salah satu pengajaran daripada peletakan jawatan P Waytha Moorthy daripada pentadbiran Najib dan ketidakupayaan Putrajaya untuk mengotakan perjanjian 10 perkara dengan golongan Kristian berkenaan Bible Melayu dan kalimah Allah. Walaupun mereka bersetuju bahawa pemimpin Hindraf (Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu) perlu turut dipersalahkan kerana langkah terburu-buru menandatangani perjanjian dengan Putrajaya beberapa hari sebelum pilihan raya 5 Mei dan menerima jawatan timbalan menteri selepas kemenangan Barisan Nasional (BN), ia jelas merupakan janji yang dimungkiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata, selain masyarakat India, kumpulan minoriti yang lain terutamanya di Malaysia Timur, juga memantau perkembangan perjanjian Hindraf dengan Najib. Hindraf berkata, Putrajaya sengaja "berlengah-lengah" bagi menyempurnakan janji untuk membantu masyarakat India Malaysia yang miskin sebagai balasan terhadap sokongan dalam pilihan raya. Waytha sendiri, berdiam diri dalam isu peletakan jawatannya dan tidak menjawab panggilan daripada media. Read More / Baca Lagi >> |
Malaysia Kita: Maksiat malam Hari Kekasih Posted: 14 Feb 2014 06:15 PM PST Seorang lelaki berasal dari Pulau Langkawi (kiri) bersama pasangannya (duduk, kanan) ditahan di oleh penguatkuasa Jaik dalam Ops Kekasih, semalam. ALOR SETAR - Dua lelaki dari Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor, Perak, ditahan bersama pasangan masing-masing kerana disyaki berkhalwat di dua hotel bajet berasingan, di sini malam kelmarin.Serbuan sempena Operasi Kekasih (Ops Kekasih) yang dilakukan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) itu memberi tumpuan di hotel-hotel bajet sekitar bandaraya Alor Setar menjelang Hari Kekasih. Dalam serbuan pertama di sebuah hotel bajet Jalan Lengcong Barat, Tandop, dekat sini, lelaki berusia 31 tahun dari Langkawi yang juga suami orang itu ditahan dengan mengambil masa kira-kira 40 minit sebelum membuka pintu bilik. Hasil pemeriksaan penguatkuasa mendapati pasangannya wanita berusia 30 tahun menyembunyikan diri di dalam bilik air. Penolong Pengarah Undang-undang Syariah Jaik, Sheikh Mohd Roshidi Mohammad berkata, lelaki yang mempunyai dua anak itu memberi alasan tidak melakukan apa-apa perbuatan salah. "Mereka memberi alasan bertemu untuk berkongsi masalah peribadi selepas saling mengenali empat tahun lalu. "Ketika diserbu pasang itu berpakaian lengkap dan turut memberi alasan sedang tidur ketika pintu bilik diketuk. Hasil siasatan mendapati mereka tidak mempunyai sebarang hubungan yang sah," katanya Sementara itu, dalam satu lagi serbuan di sebuah hotel di Jalan Putra, di sini, Jaik menahan seorang wanita berasal dari Sungai Tiang, Pendang, bersama kekasihnya yang berasal dari Pulau Pangkor. Ketika diserbu pasangan berkenaan enggan bekerjasama kepada pihak berkuasa dengan memberi pelbagai alasan supaya mereka dilepaskan. |
Malaysia Kita: "Ayam Vietnam" cakar dan gigit..!! Posted: 14 Feb 2014 04:55 PM PST Ipoh: Dua anggota polis berdepan saat cemas apabila diserang dan cuba digigit sekumpulan pelacur warga Vietnam sebaik sebuah pusat hiburan di Bangunan Perdagangan Casuarina, di sini, diserbu, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 7.40 malam, anggota polis bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, membuat serbuan ke atas puast hiburan itu dalam Ops Noda. Sumber polis berkata, kumpulan wanita berusia 20-an itu pada mulanya cuba melarikan diri sebelum bertindak agresif sebaik menyedari premis berkenaan dikepung polis. "Beberapa wanita menerpa ke arah anggota polis sebelum mencakar tangan salah seorang dari anggota terbabit hingga luka, dan seorang lagi wanita cuba menggigit seorang lagi anggota polis namun sempat dihalang. ANTARA pelacur Vietnam ditahan. Gambar atas, anggota polis memeriksa pelacur. "Bagaimanapun, semua wanita itu berjaya ditahan," kata sumber itu. |
Posted: 14 Feb 2014 04:52 PM PST Who knows, perhaps with Liow contesting, a few Chinese may want to give him a chance to prove his mettle. According to the Chinese political observers, Liow has to go for the jugular or else he will be deemed as cowardly. Thus there is no choice for the Bentong MP. If MCA were to put any other candidate, it will only show MCA as throwing that said chosen candidate to be mauled at the ballot box and will definitely be mocked by the Chinese voters. Although there is some talk that Umno may field a candidate in Kajang this time around, many Chinese is of the view that MCA will not give up the seat as it will be a slap in the face for MCA, free of charge at that. MCA had already given up its Wangsa Maju and Gelang Patah seats to Umno in last year's general election and to do so a third time will only confirm MCA as weak, powerless and unable to stand its ground in BN. Who knows, perhaps with Liow contesting, a few Chinese may want to give him a chance to prove his mettle as he is the newly elected MCA leader. None the less, it is highly likely that although Liow may garner some Chinese votes, PKR's Anwar Ibrahim can win by a bigger majority than the previous PKR man if Pakatan Rakyat knows which issues to focus on during the election campaign. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Dun Kajang: Aura Mat Taib bantu kempen Pakatan Posted: 14 Feb 2014 04:49 PM PST Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mempunyai kelebihan tersendiri dalam membantu kempen Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memenangi PRK Kajang. Beliau yang pernah menerajui negeri ini dan mempunyai ilmu dalam selok-belok pentadbiran dilihat sebagai satu kelebihan dalam usaha menarik pengundi. Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, dengan pengalaman luas menerajui Selangor, Muhammad mampu membantu pentadbiran kerajaan negeri jika diperlukan. "Saya yakin dengan penyertaannya dalam Pas tahun lalu, beliau mampu membawa pengaruh dengan lebih signifikan atas dasar 'orang lama. "Selain itu, beliau juga mampu mempengaruhi orang muda," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Anwar kelmarin menyatakan akan membawa masuk bekas veteran Umno berkenaan ke dalam pentadbiran Selangor sekiranya memenangi PRK Kajang. Menurutnya, Muhammad mempunyai kepakaran dalam program desa dan luar bandar selain dapat membantu dalam pentadbiran Selangor. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Dun Kajang: Kempen Anwar berterusan, Syed Mokhtar diserang monopoli gula Posted: 14 Feb 2014 04:46 PM PST Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan "kempennya" bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan serangan terhadap monopoli gula Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang dikatakan sebagai punca peningkatan kos sara hidup. Ketua pembangkang itu berkata, beliau tidak menyerang ahli perniagaan terkemuka itu atas dasar peribadi tetapi kerana kos sara hidup melibatkan kepentingan rakyat. "Syed Mokhtar kekayaan puluh bilion ringgit. Saya bukan benci dia. Saya tidak suka monopoli gula dikuasai sorang, rakyat terpaksa bayar," katanya ketika berceramah di hadapan lebih 200 penyokong Pakatan Rakyat (PR) di Taman Impian Murni di Kajang, malam tadi. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bagaimanapun mengakui tidak semua harga barangan mampu dikawal kerajaan memerintah. "Masalah kita di Kajang apa, masalah ekonomi, kehidupan. "Saya akui, ada kerajaan mana-mana pun tidak boleh kawal. Harga minyak, gula contohnya, tidak boleh naik," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Dakwat Tidak Kekal: Mejar Zaidi, terpaksa bayar harga mahal kerana bercakap benar dan jujur Posted: 14 Feb 2014 04:45 PM PST Apabila Mejar Zaidi Ahmad membuat laporan polis selepas dakwat kekal di jarinya hilang sebaik sahaja dibasuh beberapa jam selepas membuang undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sama sekali tidak menyangka beliau bakal berhadapan dengan tindakan mahkamah dan seterusnya dipenjarakan sekurang-kurangnya dua tahun. Beliau kini dihadapkan di Mahkamah Tentera dengan beberapa tuduhan melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera Malaysia, membuat kenyataan kepada media tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan, dan menghantar dua kiriman pesanan ringkas (SMS) yang bersifat politik. Juruterbang jet pejuang berusia 45 tahun yang sudah berkhidmat selama 25 tahun itu terkejut apabila mendapati dirinya bergelut dengan masalah dan bukannya pembekal dakwat serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang seharusnya. dipertanggungjawabkan. Beliau didakwa pada 7 Februari di Mahkamah Tentera di Kuala Lumpur. Kes itu akan didengar enam panel anggota pada 8 April. Di samping itu, beliau juga dibekukan daripada menjalankan tugas sebagai juruterbang dan terpaksa bertugas di jabatan am. Bagaimanapun, Zaidi berkata sebagai seorang Islam, beliau berasa perlu untuk membuat laporan itu. "Bagi saya, adalah haram bagi seorang Islam bersubahat dalam hal penipuan. Apatah lagi jika ia melibatkan sesuatu yang penting kerana seperti pilihan raya yang bertujuan bagi memilih para pemimpin tertinggi negara. "Sebagai seorang kakitangan kerajaan yang gaji datang daripada wang pembayar cukai, saya mempunyai tugas memberitahu rakyat perkara benar bahawa dakwat itu sebenarnya tidak kekal," katanya. "Saya tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik. Saya hanya bertindak demi kebenaran." Isterinya Shafinah Abdul Hamid dan juruteknik TUDM juga membuat laporan polis berhubung dakwat kekal bersama-sama Zaidi. "Seperti yang saya katakan, sebagai seorang Islam saya perlu bercakap benar walaupun saya akan menghadapi tindakan (daripada pegawai atasan saya). Hukuman di akhirat lebih buruk jika saya berbohong berbanding mana-mana hukuman di dunia ini. "Saya yakin bahawa Allah akan membantu orang yang benar," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Anwar: Who was PM during Ops Lalang? Posted: 14 Feb 2014 04:38 PM PST |
Bantah TPPA mulls boycott of talks Posted: 14 Feb 2014 04:37 PM PST |
TGHA: PERANAN MUSLIMAT DALAM PERJUANGAN Posted: 14 Feb 2014 04:35 PM PST |
Benarkah perpaduan negara hari ini semakin rapuh? Posted: 14 Feb 2014 04:35 PM PST |
KALAU TAK MENIPU & MEMBELIT Bukan UMNO Namanya!!! Posted: 14 Feb 2014 05:24 AM PST |
10 SEBAB KENAPA PBS PERLU DIMANSUHKAN Posted: 14 Feb 2014 04:30 AM PST Oleh: Cikgu Veteran Read More / Baca Lagi >>Sejak diperkenalkan tiga tahun yang lalu, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menimbulkan pelbagai polemik terutamanya dalam kalangan guru. Hal ini kerana merekalah pihak yang paling terbeban dengan pelaksanaan sistem ini. Sehingga kini masih banyak perkara yang berbangkit dan tidak selesai. Malah suara dan pandangan para sering ditolak ke tepi dan setiap kelemahan sistem ini tidak diselesaikan dengan sewajarnya. Oleh itu, ada 10 sebab UTAMA Mengapa PBS jadi dasar caca-marba dan WAJIB DIMANSUHKAN: PERTAMA: Arahan berbeza antara KPM, JPN, PPD dan sekolah dan guru. Masalah ini dihadapi tiga tahun berturut-turut tanpa ada penambahbaikkan daripada pihak KPM. *Alasan KPM - Kecairan maklumat. KEDUA: Pemahaman berbeza antara JU Kebangsaan, JU Negeri, JU Sekolah dan guru-guru. *Tiga tahun juga tiada perubahan. KETIGA: Penggubalan soalan berbeza antara negeri-negeri, daerah-daerah dan sekolah-sekolah. *Terdapat pula jualan BUKU EVIDEN untuk PBS sedang ia menyalahi sistem PBS ini. KEEMPAT: Pelaksanaan PEPERIKSAAN DALAMAN bagi membuat penilaian kepada murid dan PBS tidak berfungsi. *Peperiksaan awal, pertengahan dan akhir tahun tetap dijalankan. KELIMA: Pemarkahan yang berbeza mengikut suka hati guru tanpa ada rujukan penilaian. Contoh: Ada guru mahu pelajar memberikan tiga contoh, manakala ada yang lain cukup satu contoh sahaja. |
Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Bestari Kualiti Teruk & Lembap! Apa Respon Guru Kepada KPM? Posted: 14 Feb 2014 04:25 AM PST Masalah Sistem pengurusan Sekolah (SPS) Login : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan sekitar 100,000 sekolah di seluruh Malaysia untuk siapkan data pada 15 Februari 2014. Hari ini sudah menginjak hari Jumaat bersamaan 14 Februari 2014, masalah Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) tidak berkesudahan. Akibatnya….. Akibat tidak tahan dengan server Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang disediakan kepada kalangan guru melahirkan rasa marah dan kecewa. Seperti di bawah ini…. Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) : Aduan Guru?Bagi Berita Semasa sendiri, Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) tiada salahnya. Tetapi, kalangan yang menyediakan prasarana & jariangan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) inilah yang harus bertanggungjawab. Read More / Baca Lagi >> |
Myanmar Hina Suara Umat Islam Bantah Kekejaman Rohingya Posted: 14 Feb 2014 04:16 AM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan