Isnin, 17 Februari 2014

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Husam Musa Menang Saman

Posted: 17 Feb 2014 03:15 AM PST

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan akhbar New Straits Times (NST) agar membayar RM350,000 kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa kerana memfitnahnya.

Hakim Datuk Su Geok Yiam, dalam perintahnya hari ini mengarahkan pembayaran itu sebagai gantirugi am, teladan dan kerosakan teruk akibat berita yang dilaporkan oleh akhbar itu.

Hakim juga memerintahkan kos sebanyak RM10,000 bagi bicara taksiran ganti rugi hari ini dan faedah dari tarikh pemfailan tindakan ini di mahkamah.

Pada 12 April 2013, mahkamah memberikan kemenangan kepada Husam dalam kes ini dan hari ini adalah hari penentuan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh defendan.

Dalam kes ini, NST menyiarkan satu berita yang didakwa memfitnah Husam pada 2008 lalu ketika beliau masih exco kerajaan negeri Kelantan.

Ekoran itu, Husam memfailkan saman terhadap dua lagi defendan dan NST adalah defendan ketiga.

Defendan pertama dan kedua sudah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Husam sebelum ini.

Husam diwakil peguam Mohd Yunus Shariff manakala NST diwakili peguam Rishwant Singh.

Budaya Politik Ajaran Umno

Posted: 16 Feb 2014 09:02 PM PST

Rakyat dipergunakan demi kepentingan politik perut pemimpin umno.

Apa saja teguran bukan nak didengar tapi habuk pun tak dilayan.

Kesian.

Tiada ulasan: