DUNIACACAMARBA |
- Lelaki Nodai Anjing Peliharaan Teman Wanita
- Lelaki Jual Anak 4 Bulan untuk Sertai Pertandingan Bakat
- Pemuja Syaitan Mengaku Pembunuh Bersiri
- Gila, Guru Terima Ugutan Rogol daripada Murid Tahun 3!
- Jerat Laman Sosial: Remaja Diperkosa Lebih Lima Lelaki
- Remaja Lelaki Diliwat Bapa Saudara
Lelaki Nodai Anjing Peliharaan Teman Wanita Posted: 16 Feb 2014 08:43 PM PST
[HM] England: Seorang lelaki ditahan selepas didakwa melakukan seks luar tabii dengan anjing peliharaan teman wanitanya. Perbuatannya itu terbongkar selepas wanita berkenaan memeriksa telefon bimbit lelaki itu. Wayne Bryson, 19, mengaku melakukan perbuatan itu dengan anjing teman wanitanya baka Staffordshire. Dia tidak dapat menjelaskan sebab berbuat demikian ketika disoal polis tetapi mengaku melakukannya sekali saja. Menurut sumber, Bryson juga mengaku memiliki ganja untuk kegunaan peribadi. Bryson juga diikat jamin dengan syarat dia tidak ditinggalkan bersendirian dengan haiwan.- Agensi/15/2/14 | ||
Lelaki Jual Anak 4 Bulan untuk Sertai Pertandingan Bakat Posted: 16 Feb 2014 08:37 PM PST [HM] Guizhou: Seorang lelaki, Zhou dipenjara lima tahun selepas menjual anaknya semata-mata untuk mendapatkan wang bagi membolehkan dia menyertai satu pertandingan bakat. Zhou menyertai pertunjukan bakat tahun lalu tetapi gagal memasuki pusingan akhir selepas menghabiskan wang untuk membayar yuran penyertaan dan kos pengangkutan. Lelaki itu yang amat gemar menyanyi tetapi tidak mempunyai modal, akhirnya mengambil keputusan menjual anaknya, supaya dia boleh menyertai lebih banyak pertandingan nyanyian. Dia mengiklankan di Internet mengenai hasrat untuk menjual anaknya berusia empat bulan, kononnya isterinya sudah meninggalkan mereka dan tidak berupaya membesarkan kanak-kanak itu bersendirian. Seorang wanita bersetuju membelinya dan dia menjual bayi itu dengan harga 10,000 yuan (RM5,400). Apabila isterinya menyedari anak mereka hilang, dia membuat laporan polis dan Zhou ditangkap selepas soal siasat. - Agensi/17/2/14 Lanjut di sini. P/s: Gila! | ||
Pemuja Syaitan Mengaku Pembunuh Bersiri Posted: 16 Feb 2014 08:32 PM PST [HM] Seorang wanita pemuja syaitan yang dikenakan tuduhan membunuh bersama suaminya mengakui dia pembunuh bersiri. Akhbar tempatan, Daily Item melaporkan, Miranda Barbour, 19, mengaku bersalah membunuh Troy LaFerrara di Port Trevorton pada 11 November. Dia juga mengaku membunuh ramai lagi di Alaska, Texas, Carolina Utara dan California sejak enam tahun lalu. "Apabila jumlah yang saya bunuh mencecah 22 orang, saya berhenti mengira," kata Miranda. Dia mendedahkan kekejamannya kepada media dalam temu bual menerusi telefon di Penjara Northumberland County baru-baru ini dan berkata, "Saya boleh tunjukkan tempat mereka berada." Katanya, dia sedia mengaku salah atas tuduhan membunuh LaFerrara. La Ferrara dibunuh selepas bersetuju mengadakan seks dengan bayaran AS$100 (RM330) selepas mereka berkenalan melalui laman Craiglist. Miranda didakwa menikam LaFerrara 20 kali sementara suaminya, Elytte Barbour, 22, menjerut leher mangsa dengan tali. Miranda memberitahu media, dia mengaku melakukan jenayah berkenaan kerana mahu berhenti hidup berpura-pura tetapi tidak menyesal dengan perbuatannya itu kerana baginya, dia hanya membunuh "penjahat." "Sudah tiba masa saya luahkan semuanya. Saya tidak peduli sama ada orang ramai mahu mempercayai saya atau tidak yang penting saya mahu meluahkannya," katanya. Dia pernah dicabul saudaranya ketika berumur empat tahun menyertai kumpulan pemuja syaitan di Alaska pada usia 13 tahun sebelum mula membunuh. Katanya, dia pernah dua kali hamil dan menggugurkan satu daripadanya. Ketua polis Sunbury Steve Mazzeo berkata, pihak berkuasa memandang serius pengakuan Miranda. "Kami meneliti rakaman pengakuannya dan saya tidak mahu mengesahkan atau menyangkal apa-apa buat masa ini," katanya dalam satu kenyataan, semalam. -17/2/14 Sambung di sini. | ||
Gila, Guru Terima Ugutan Rogol daripada Murid Tahun 3! Posted: 16 Feb 2014 06:46 PM PST [Mstar] MELAKA: Seorang guru di Kedah mendakwa menerima ugutan rogol daripada seorang murid Tahun Tiga. Murid lelaki dari SK Lanai menghubungi guru wanita itu dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbunyi: "Cikgu, tunggu saya akan rogol anda, tidak lama lagi." Rakan kepada guru tersebut yang menghubungi pejabat The Star di sini berkata, ugutan dari murid tersebut amat mengejutkan sekolah di Kupang yang terletak kira-kira 6km dari bandar Baling dan seluruh negeri itu. "Dia (guru) trauma kerana anak muridnya berani membuat ugutan seperti itu," kata rakan mangsa, guru berusia 29 tahun dari Alor Gajah di sini yang kini mengajar di sekolah terbabit. Murid lelaki itu didakwa bertindak mengancam guru tersebut kerana ingin mempertahankan seorang rakannya yang tidak dilantik sebagai ketua kelas. Guru berusia 39 tahun itu berada di rumahnya di Bandar Putri Jaya, Sungai Petani, ketika menerima ugutan tersebut kira-kira pukul 10.30 malam, 13 Februari lalu. Beliau yang dalam keadaan ketakutan meminta suaminya untuk memeriksa siapa yang menghubunginya dan mendapati panggilan itu dibuat oleh seorang kanak-kanak lelaki. Suaminya turut menghubungi nombor tersebut semula dengan menggunakan telefon awam dan seorang lelaki dipercayai berusia sekitar 30-an menjawab panggilan itu. Lelaki itu kemudiannya mengaku anak saudaranya telah menggunakan telefon bimbit miliknya. Dia turut memberitahu akan menghukum kanak-kanak lelaki itu dan melaporkan perkara tersebut kepada ibu bapanya. Guru itu membuat laporan polis di ibu pejabat polis Kuala Muda pada 14 Februari lalu. Perkara itu disahkan oleh seorang pegawai kanan polis. Ketika dihubungi, seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai pembantu kanan di sekolah rendah itu berkata, mereka telah meminta ibu bapa kanak-kanak lelaki itu datang ke sekolah tersebut hari ini (Isnin). "Kita ingin mengenal pasti apa yang mendorong kanak-kanak itu untuk membuat ancaman tersebut kepada gurunya dan sama ada kanak-kanak itu memerlukan bantuan psikiatri," katanya. Kanak-kanak lelaki itu turut diberitahu tidak hadir ke sekolah pada Ahad. -17/2/14 P/s: GILA!!! | ||
Jerat Laman Sosial: Remaja Diperkosa Lebih Lima Lelaki Posted: 16 Feb 2014 06:09 PM PST [SH] TUMPAT - Seorang remaja berusia 17 tahun dirogol seorang kenalan yang dikenali di laman sosial selepas diajak keluar dan dibawa ke rumah lelaki tersebut di Kampung Geting di sini. Lebih malang, remaja itu juga turut dirogol bergilir-gilir lebih lima lelaki merupakan rakan teman lelakinya yang baru dikenali di laman sosial itu. Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip berkata, remaja terbabit mengenali lelaki itu yang dikenali Edi sejak awal Februari ini menerusi laman sosial. Bagaimanapun, katanya pada Jumaat lalu, remaja terbabit telah keluar dari rumahnya pada jam 11.30 malam di Kampung Pulau Panjang, Pengkalan Chepa, Kota Bharu setelah dijemput Edi. "Edi membawa mangsa pulang ke rumahnya di Kampung Geting menaiki motosikal. "Setibanya di rumah tersebut, Edi telah menarik tangan mangsa masuk ke dalam bilik lalu merogolnya," katanya. Menurutnya, remaja terbabit mendengar suara orang di dalam rumah tetapi Edi memberitahu itu suara abangnya. "Kemudian beberapa lelaki telah masuk dan merogol mangsa bergilir-gilir. "Dua daripada mereka mencekik leher mangsa apabila mangsa cuba melepaskan diri," katanya. Zaharudin berkata, keesokan paginya Edi menghantar mangsa pulang ke rumah di Pangkalan Chepa. Katanya, susulan daripada laporan diterima, polis menjalankan siasatan dan menahan lima suspek berusia 16 tahun hingga 20 tahun dan direman tujuh hari berakhir 22 Februari ini. "Manakala lima lagi suspek termasuk Edi sedang diburu polis. "Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya. -17/2/14 | ||
Remaja Lelaki Diliwat Bapa Saudara Posted: 16 Feb 2014 06:07 PM PST [SH] SABAK BERNAM – Hasrat seorang pelajar tingkatan satu menziarahi neneknya yang tinggal berhampiran bertukar detik hitam apabila dia diliwat bapa saudaranya sendiri di sebuah bilik tingkat atas rumah terbabit, kelmarin. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu, remaja lelaki tersebut dipercayai datang ke rumah neneknya untuk berjumpa wanita berkenaan. Bagaimanapun, katanya, sebaik sahaja sampai di rumah itu, nenek mangsa tiada di rumah sebaliknya yang ada hanya suspek dianggarkan berusia 30-an bersama-sama seorang lagi abang dan kakak iparnya di ruang tamu rumah berkenaan. "Mangsa sempat duduk di ruang tamu rumah itu kira-kira lima minit sebelum suspek mula memasang jerat dengan menyuruh mangsa naik ke biliknya di tingkat atas untuk mengambil pengecas telefon bimbit," katanya kepada Sinar Harian. Noor Mushar memberitahu, semasa berada di dalam bilik itu, mangsa kemudiannya dikejutkan dengan kehadiran suspek yang masuk ke dalam bilik dan kemudiannya bertindak menutup pintu dan menolak sofa untuk menyendal pintu dari dalam. "Suspek yang gagal mengawal nafsunya itu terus menindih dan membuka seluar mangsa sebelum bertindak memegang kemaluan walaupun ketika itu mangsa menendang dada suspek dan cuba melarikan, diri tetapi sempat ditarik oleh suspek dan dicampak ke atas katil. "Suspek kemudiannya meniarapkan remaja itu dan kemudiannya meliwat mangsa sebelum mangsa akhirnya bertindak ganas dengan menendang suspek hingga menyebabkan bapa saudaranya itu terjatuh," katanya. Katanya, berang dengan tindakan terkutuk bapa saudaranya itu, mangsa yang sempat memakai seluar terus menuruni tangga bawah rumah berkenaan. "Ketika dia menuruni tangga, seorang lagi bapa saudaranya dan isteri yang berada di ruang tamu rumah mengesyaki sesuatu apabila melihat mangsa melarikan diri dalam keadaan tergesa-gesa lalu memaklumkan kepada ibu mangsa. "Kedua-dua pasangan suami isteri itu bisu, dan hanya memaklumkan kepada ibu mangsa melalui kiriman mesej menerusi laman sosial Facebook," katanya. Beliau berkata, ibu mangsa terus mencari anaknya itu dan membawa mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam. "Pasukan forensik polis juga telah dipanggil ke tempat kejadian dan mangsa dihantar ke Hospital Klang untuk pemeriksaan doktor," katanya. -17/2/14 P/s: Budak baru berusia 13 tahun berani melawan orang yang meliwatnya. Seperti yang ditulis di atas, budak ini menendang bapa saudaranya dan melarikan diri. Hairan bin ajaib pemuda gagah perkasa, tinggi lampai menyerah punggung tanpa melawan kepada lelaki warga emas yang mempunyai masalah tulang belakang. Di mana logiknya drama pemuda ini? |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan