Isnin, 17 Februari 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Berbanding Zaid Ibrahim, 1000 Kali Lebih Baik Undi Diberi Pada Herman Tino

Posted: 17 Feb 2014 01:43 AM PST

shahbudindotcom


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim akhirnya mengesahkan hasratnya bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihanraya kecil DUN Kajang pada 23 Mac depan. Setelah mendapat lampu hijau daripada isterinya dan menganggap penyertaannya dalam pilihanraya ini sebagai hadiah Valentine, Zaid juga tidak menyembunyikan hasrat sebenarnya ialah untuk menghalang Anwar daripada menjadi Menteri Besar Selangor.

Menurut Zaid, sekiranya beliau menang dan Anwar kalah, maka amanlah Pakatan Rakyat di negeri Selangor dan Khalid Ibrahim akan terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Dengan alasan sebegini, penyertaan Zaid dalam pilihanraya ini tidak lebih menunjukkan jiwanya yang celaru dan keliru. Selain tidak ada sesiapa yang memintanya menjadi pengaman dalam Pakatan Rakyat, impiannya untuk menang dan sekaligus memastikan kemaraan Anwar dapat disekat juga jauh panggang dari api. Walaupun memberi contoh sokongan hebat yang diterimanya semasa bertanding di Hulu Selangor tidak lama dulu, Zaid barangkali terlupa bahawa ketika itu beliau bertanding atast tiket PKR dan mendapat sokongan kuat daripada Anwar sendiri.

Kekeliruan dan kecelaruan jiwa Zaid ini sebenarnya boleh dilihat daripada sejarah perjalanan politiknya yang kacau-bilau. Zaid pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen Kota Bharu sebelum digantung kerana didakwa terlibat dalam politik wang. Beliau kemudian dijadikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri oleh Pak Lah dengan bertanggungjawab mengenai hal ehwal undang-undang.

Disebabkan tidak bersetuju dengan kes penahanan ISA dan mungkin merasakan Pakatan Rakyat mampu menumbangkan BN, beliau kemudian meletakkan jawatan dan menyertai PKR. Ketika pilihanraya kecil Hulu Selangor diadakan tidak lama selepas itu, Zaid dipilih sebagai calon mewakili PKR.

Walaupun kalah dengan kekurangan undi sebanyak 1725 dalam pilihanraya itu, Zaid mula merasakan beliau orang penting dalam PKR. Dalam pemilihan PKR selepas itu, beliau menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden dan berhadapan dengan Azmin Ali yang merupakan antara penggerak awal gerakan reformasi. Wujud tanggapan bahawa beliau bertanding jawatan nombor dua ketika itu dan Anwar pula sedang menghadapi kes liwat di mahkamah adalah bertujuan memastikan PKR berada dibawah terajunya suatu hari nanti.

Apabila hasratnya untuk menjadi orang nombor dua PKR tidak kesampaian dan tidak mendapat sokongan Anwar, Zaid lalu keluar dari PKR dan mengambil alih sebuah parti yang tidak dikenali dan menukarnya menjadi parti KITA.

Malangnya parti itu tidak mendapat sambutan, malah dipenuhi dengan krisis sesama sendiri yang akhirnya membuatkan Zaid sekali lagi meninggalkan parti yang ditubuhkannya sendiri.

Sejak tidak berparti dan seolah-olah menjadi "hantu raya tak bertuan", Zaid aktif dalam penerbitan buku dan penulisan di alam maya. Tulisannya seringkali kritikal terhadap kerajaan dan seolah-olah masih tersimpan keyakinan di dalam hatinya terhadap Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara dan memberi perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat.

Dengan sejarah yang tidak menentu ini, tidak ada sesiapa yang dapat memahami apa sebenarnya yang dimahu dan diperjuangkannya melalui politik. Dengan melompat dari satu wadah ke satu wadah apabila terkehel, akhirnya hasil perjuangannya tidak dirasai oleh sesiapa pun.

Dalam pilihanraya kecil Kajang ini, sekali ini terlihat jiwa keliru dan celaru Zaid. Pada 31 Januari lalu, beliau menulis di twitternya, "Saya akan turun ke Kajang untuk membantu Anwar Ibrahim."

Kemudian pada 2 Februari, beliau menulis lagi dengan memuji Anwar, "Anwar telah membuat keputussn tepat untuk menjadi MB. Harimau mesti berhadapan dengan singa baru selesa rakyat jelata."

Entah apa yang merasuknya untuk tiba-tiba berubah fikiran, bukan saja menjadi calon Bebas bahkan mahu menghalang Anwar daripada menjadi Menteri Besar Selangor yang pernah dipujinya sebagai keputusan tepat itu, tiada siapa yang tahu kecuali dirinya sendiri. Lebih menarik lagi, beliau juga mahu menjadi benteng paling hadapan mempertahankan kedudukan Khalid Ibrahim daripada diambil alih oleh Anwar Ibrahim. Ewah..ewahhh...

Dengan ketiga-tiga mereka berbinkan Ibrahim, pertelagahan ini seperti krisis adik-beradik berebutkan harta pusaka yang puncanya dicetuskan oleh seorang adik bernama Zaid saja layaknya.

Sahnya penyertaan Zaid dalam pilihanraya kecil Kajang ini bukan saja memungkinkan hubungan Anwar dan Khalid tidak lagi semesra dulu, tetapi juga bermakna sudah lima calon yang sudah menawarkan diri. Selain Anwar yang akan bertanding atas tiket PKR, mereka yang turut berhajat ialah ialah Nallakaruppan, penyanyi Herman Tino dan Yuktes Vijay, bekas pembantu kepada peguam Sivirasa.

BN pula bukan saja belum memutuskan calonnya, bahkan tiada kepastian lagi sama ada ada bertanding atau tidak.

Nalla menawarkan diri dan berharap BN tidak meletakkan calon lain, semata-mata bertanding atas dendam peribadi dengan hasrat untuk mendedahkan semua keburukan Anwar yang diketahuinya. Begitu juga dengan Yuktes, hasratnya bertanding Bebas tidak lain untuk mencaci dan memburuk-burukkan peribadi Anwar.

Sama seperti Nalla dan Yuktes yang mahu bertanding kerana ada dendam peribadi dengan Anwar, Zaid juga jika dilihat daripada perjalanan politiknya turut terlihat mempunyai unsur-unsur dendam peribadi yang mahu dilangsaikannya melalui pilihanraya kecil DUN Kajang ini.

Hanya Herman Tino, walaupun tidak mempunyai sejarah politik sebelum ini, terlihat mempunyai nawaitu politik yang lebih murni berbanding Zaid, Nalla dan Yuktes. Seperti menulis di twitternya, Herman Tino bertanding hanya ingin membawa politik damai dan menawarkan pemimpin yang pandai, bukan memandai-mandai, sebagai pilihan kepada pengundi Kajang.

Sejauh mana politik damai dan kepimpinannya yang pandai itu mahu diterjemahkan, biarlah pengundi Kajang sendiri membuat penilaian.

Oleh kerana Nalla dan Yuktes hanya bertanding atas sebab-sebab peribadi dan barangkali hanya pengundi gila saja yang akan memberi undi kepada kedua-dua mereka itu, manakala jika pun ada simpati di kalangan pengundi Kajang untuk mencampakkan serpihan undi kepada calon-calon Bebas dan tak bertuan yang lain, memberi undi kepada Herman Tino adalah 1000 kali lebih baik daripada memberikannya kepada Zaid Ibrahim.

Sekurang-kurangnya politik damai yang mahu dibawanya lebih menyejukkan hati berbanding Zaid yang ternyata keliru, celaru dan kacau-bilau sepanjang perjalanan yang telah dilaluinya.

Program Anwar Ibrahim di Kajang, hari ini

Posted: 17 Feb 2014 01:33 AM PST

KEADILAN DAILY

 

dsai_17feb


KAJANG : Berikut adalam jadual program Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang bagi hari Isnin, 17 Februari 2014.

5.00 – 7.00 petang
Sepetang bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim
Kediaman YB Dr Norlela Ariffin
Lot 11351 Jalan Melor 3, Fasa
Sungai Kantan, Kajang

7.30 malam
Solat Maghrib & Interaksi Bersama Jemaah
Surau An Nur, Taman Indah
Sungai Jerlok, Kajang

8.00 malam
Sambutan Tahun Baru Cina Wanita DAP Kebangsaan
Gelanggang Bola Keranjang
Kg Sungai Chua, Kajang

9.00 malam

Ceramah Perdana
Padang Pusat Komuniti
Kg Sungai Kantan, Kajang

Seseorang tak boleh didakwa kerana dedah penyelewengan sistem undi – Bersih

Posted: 17 Feb 2014 01:31 AM PST

MejarZaidiKEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah berkata, seseorang itu tidak boleh didakwa hanya kerana mendedahkan penyelewengan sistem pilihan raya di negara ini.

"Tentera atau pun apa sahaja pangkat, dia ialah seorang pengundi dan berhak bersuara bagi haknya sebagai rakyat Malaysia.

"Kerajaan tidak boleh mendakwa atas sebab dia seorang tentera.

"Dia berbuat begitu kerana sistem dakwat kekal ini tidak seperti yang dinyatakan oleh kerajaan," kata Maria Chin kepada Keadilandaily.

Katanya , tindakan yang dilakukan Mejar Zaidi adalah tepat untuk mendedahkan kebenaran tentang isu dakwat kekal yang gagal berfungsi dalam pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

7 Febrruari lali Mejar Zaidi didakwa di Mahkamah Tentera Diraja Malaysia (TUDM) atas tujuh tuduhan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur politik dan hasutan.

Lima daripada pertuduhan berkenaan di bawah Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972, sementara dua lagi membabitkan Seksyen 51 akta sama.

Isu Sistem Pendidikan Sekolah Carca Merba : Tahap Pendidikan Semakin Jatuh! Sampai Bila Guru & Murid Jadi Bahan Eksperimen?

Posted: 17 Feb 2014 01:22 AM PST

 

Isu PBS Sekolah


Isu Sistem Pendidikan Sekolah Carca Merba : Ikuti pendedahan ekslusif seorang YDP PIBG mengenai realiti sistem pendidikan Malaysia yang porak peranda sekarang ini…
" …….negara Jepun yang tewas dalam perang dunia kedua, bangkit menjadi negara maju dalam masa yang singkat. Begitu juga Korea yang musnah kerana perang saudara juga bangun dan telah mengalahkan Jepun dalam beberapa aspek! Negara kita Malaysia…masih terkial-kial mencari identiti dan solusi khasnya terhadap bidang pendidikan! …….."
Begitulah…..
Pendidikan Ungku Aziz 
Begitulah perbandingan yang cuba diselitkan oleh YDP PIBG ini saat menghantar pandangan dan isu permasalahan Sistem Pendidikan Sekolah di Malaysia.

Carca Merba. Bukan Berita Semasa yang kata, tetapi tokoh akademik negara, Prof Ungku Aziz….

Luahan YDP PIBG Yang Kecewa : Kemana Halatu Sistem Pendidikan Negara?

Ikuti apa yang cuba dikongsikan oleh rakan pembaca Berita Semasa melalui aduan yang disuarakan oleh seorang YDP PIBG seperti di bawah ini yang dirasakan masih tidak berkesudahan  :
Assalamualaikum,

Saya fikir ada benarnya fakta & di atas tadi, yang mana Malaysia masih lagi masih terkial-kial mencari identiti dan solusi khasnya terhadap bidang pendidikan!
  1. Selepas merdeka ada sekolah aliran Inggeris, sekolah tersebut dihapuskan dan dijadikan sekolah aliran Bahasa Kebangsaan, kerana konon nak memartabatkan bahasa Melayu…
  2. Kemudian tukar pulak Matematik Sains dlm Bahasa Inggeris (PPSMI)….kerana alasan istilah Sains banyak dalam bahasa Inggeris…
  3. Kemudian dihentikan PPSMI…tukar pulak MBMMBI….import guru dari India ajar bahasa Inggeris…..sebelum tu panggil peacecorps dari USA ajar BI…..apa yang berlaku dalam masa dua bulan, bukan murid kita yang mahir BI, tetapi mat salih tu yang pandai cakap melayu! Tukar menteri, maka bertukarlah polisi!
  4. Nama kementerian pun telah bertukar berapa kali. Mula-mula Kementerian Pelajaran, lepas tu tukar Kementerian Pendidikan, lepas tu tukar Kementerian Pelajaran semula! Yang terkini tukar balik kepada Kementerian Pendidikan!
  5. Banyaknya ringgit yang dibelanjakan untuk menukar-nukar tu tak dapatlah nak dihitung!
  6. Dulu diperkenal 6 anjakan pendidikan, bagai nak rak guru-guru diarah menghafal setiap ayat….kemudian tukar menteri baru, kena hafal pulak 5 polisi baru…..
  7. Sekarang ada pulak PPPM, diarah hafal pulak 3 gelombang, 5 aspirasi perubahan, 6 aspirasi murid, 11 anjakan….dan macam-macam lagi…
Ironinya bidang pendidikan negara semakin merudum! Apabila ranking pendikan Malaysia jatuh merudum, Kementerian Pendidikan Malaysia lebih mengambil sikap menyalahkan pelajar dan guru-guru (SEPERTI KLIK SINI) Sistem pentaksiran pula ditukar konon tidak mahu fokus kepada akademik semata-mata
  • Tambah 3 lagi aspek pentaksiran….sistem komputer pulak yang sepatutnya mempercepatkan proses menjadi lambat hingga guru-guru terpaksa berjaga ke 3 pagi…..kisah guru bangun jam 3 pagi ini telah menjadi bahan ketawa rakan-rakan guru dari negara jiran.
  • Tajuk liputan berita "SPPBS 2013 Sekolah Rendah Menengah Teruk! Lembab, Tak Selamat, Teknologi Lama, Membazir! Setuju?" (KLIK SINI)
  • Tajuk liputan berita "PBS Tingkatan 1 Online Tidak Berkesan & Lambat Kerana Sikap Guru Yang Suka Bertangguh!!" (SUMBER KLIK SINI)
Yang menyentuh hati ialah…hingga kini…kita masih terkial-kial mencari identiti dan solusi! Sedang negara jiran yang dulunya mundur, kini telah jauh di hadapan.

Vietnam umpamanya, ibarat pelari yang berjaya memintas laju tanpa menoleh lagi ke belakang! Produk pendidikan kita juga terkial-kial tidak menjadi…..murid-murid semakin tidak beradab, ajaran agama makin terpinggir daripada hidup mereka….di sekolah, masalah-masalah disiplin tidak berubah, bahkan semakin bertambah kronik! Peraturan-peraturan disiplin sekolah masih menggunapakai pekeliling tahun 50-an….

Denda Hukuman pelajar

 

Sistem Pendidikan Malaysia Hancur Angka Politik & Perniagaan?

Kalau diubahpun, ia diubah kepada yang lebih teruk dan tidak membantu membuat penambahbaikan…. Agaknya sistem pendidikan kita terlalu di "politik" kan serta di"business" kan…. Bila politik dan business mencampuri sebarang urusan…maka akan punah-ranahlah urusan itu!

Ini kerana politik dan business lebih menjurus kepada kepentingan diri, parti, kroni dan kompeni! Perlantikan orang-orang yang diamanahkan memegang kuasa akhirnya dipilih lebih berdasar kepada kroni berbanding kompetensi!

Masalah SPPBS

Maka kuasa diguna semahunya untuk menjaga kepentingan politik dan business tadi mengakibatkan berlaku side-effects yang memudaratkan! Itu belum belum kita bicara mengenai VLE FROG, Sistem Pengurusan Sekolah (SEPERTI ADUAN DI SINI) bagi mengantikan Sistem Emis dan APDM…kemana hala tuju masa depan Pendidikan Negara…sama-sama kita nilai…

Apa kata kalangan bekas pelajar, guru-guru dan ibubapa mengenai kupasan isu kali ini?

PRK Kajang: PKR Pelik Umno Sokong Zaid, Cabar Umno Hantar Calon

Posted: 17 Feb 2014 01:16 AM PST

Saifuddin Nasution.

 

KAJANG: Kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menyatakan sokongan kepada Datuk Zaid Ibrahim yang akan bertanding di atas tiket bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menimbulkan persoalan dan dilihat aneh oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Khairy telah memberikan sokongan secara segera kepada Zaid tanpa memikirkan bahawa beliau pernah bersama Pakatan Rakyat dan pernah menentang Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Hanya kerana Zaid buat pengumuman bertanding sebagai calon bebas, mahu menang di Kajang dengan 'tema' untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar...kan aneh tu?

"Ketua Pemuda Umno kemudian sokong bekas pemimpin Umno yang menyertai PKR, ternyata Khairy lupa terus sikap anti-Umno yang diambil oleh Zaid hanya kerana kempennya untuk menyerang Anwar," katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini, Isnin.

Saifuddin berkata persoalan juga timbul apakah Umno berada di belakang, di sebalik kesediaan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu untuk turun bertanding di Kajang.

Menurut beliau, adalah lebih baik jika Umno sendiri yang menghantar calonnya di Kajang daripada menyatakan sokongan kepada calon lain atau kepada Zaid yang jelas bertanding dengan misi bukan untuk kepentingan rakyat.

"Saya suka mencabar Ketua Pemuda Umno ini supaya Umno sendiri turun bertanding seperti mana Umno mengambil kerusi MCA di Kuantan dan Wangsa Maju pada pilihan raya lepas, jangan sokong, jangan hantar Zaid," katanya.

Dalam pada itu, beliau menganggap isu berkempen awal tidak lagi timbul apabila Khairy sendiri telah turun ke Kajang dan berkempen dari rumah ke rumah pada Ahad.
"Khairy juga sudah turun ke 25 buah rumah, PC (sidang media) di kedai mee bandung, saya tak fikir beliau makan angin di 25 buah rumah.
"Tak salah bila sesebuah parti politik itu memulakan gerak kerja sesuai dengan persiapan apabila sesebuah kerusi itu kosong," katanya sambil mengalu-alukan kunjungan Khairy ke Kajang.

Mangsa Banjir Beaufort Meningkat 2,418 Orang Setakat Tengah Hari

Posted: 17 Feb 2014 01:15 AM PST

MSTAR ONLINE


BEAUFORT: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di daerah ini meningkat kepada 2,418 orang setakat 12 tengah hari berbanding 2,391 mangsa pagi Isnin.

Menurut jurucakap bilik gerakan banjir Beaufort, mangsa yang terdiri daripada 709 keluarga itu ditempatkan di enam pusat pemindahan.

"Beberapa kawasan masih dinaiki air dan mereka diarahkan berpindah sejak 10 pagi terutama di kawasan Gadong," katanya.

Bagaimanapun jurucakap itu berkata paras air Sungai Padas menurun kepada 8.87 meter berbanding 9.20 meter pagi Isnin, namun masih melebihi paras bahaya pada 8.70m.

Di Tenom keadaan banjir pulih dan semua pusat pemindahan ditutup. - BERNAMA

Waythamoorthy Mohon Maaf Kepada Masyarakat Miskin India

Posted: 17 Feb 2014 01:11 AM PST

 

 
 
PETALING JAYA: Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waythamoorthy "dengan ikhlas memohon maaf" kepada masyarakat miskin India kerana "tidak dapat memenuhi program pembaharuan sosio-ekonomi" seperti dijanjikan di bawah memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani bersama kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Waythamoorthy yang meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada minggu lepas, dalam satu kenyataan berkata bahawa Hindraf tidak dapat memenuhi mana-mana janji yang dibuat mereka semasa pilihan raya lalu.

"Sebelum pilihan raya umum yang lepas, kita meminta masyarakat India untuk mengundi Barisan Nasional. Golongan miskin India memberi sokongan, dan BN menang tipis.

"Sekarang, 10 bulan selepas pilihan raya, Hindraf tidak dapat memenuhi mana-mana janji yang dibuat kepada golongan miskin India semasa pilihan raya lalu.

"Kita tahu ini akan mengecewakan ramai golongan miskin yang telah mempercayai kami dan mengundi Barisan Nasional dengan mengharapkan perubahan yang positif," kata Pengerusi Hindraf itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat berkata, perletakan jawatan Waythamoorthy adalah "mengecewakan" tetapi beliau menerima keputusan itu.

Waythamoorthy mendakwa dalam tempoh lapan bulan lepas, beliau telah cuba untuk bekerja dengan sabar dengan Perdana Menteri untuk melancarkan program-program seperti yang dinyatakan dalam perjanjian itu, tetapi mereka tidak mampu untuk melaksanakannya walau satu apa pun.

"Saya tidak membuat alasan untuk kegagalan kami, saya bertangungjawab atas kegagalan ini dan menerima kesannya. Saya memohon maaf kepada golongan miskin India di atas kegagalan ini. Saya harap mereka akan menerima permohonan maaf kami kerana kami mahu terus melangkah untuk terus berjuang demi keadilan, kesaksamaan dan maruah," katanya.

Isu Air: Rafizi Bidas Syabas Tidak Efisyen, Sering Salahkan Cuaca

Posted: 17 Feb 2014 01:09 AM PST





KAJANG: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Isnin membidas Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang menggunakan cuaca sebagai alasan berhubung isu bekalan air di Selangor.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab membekalkan air kepada berjuta-juta pengguna, Syabas perlu lebih efisyen dan berusaha melakukan penambahbaikan daripada berterusan memberi alasan.

"Alasan Syabas begitu mudah. Syabas tidak mahu lebih pro-aktif untuk bantu rakyat dan menyalahkan keadaan alam semulajadi.

"Syabas sepatutnya melakukan penambahbaikan untuk memenuhi keperluan pengguna," katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.

Ahli Parlimen Pandan ini berkata beliau difahamkan bahawa terdapat kaedah kimia atau kaedah pemprosesan lain yang boleh digunakan oleh Syabas untuk mengatasi masalah bekalan air yang berlaku di Selangor.

Katanya, syarikat tersebut hanya perlu mengeluarkan belanja yang 'lebih sedikit' untuk mengatasi masalah ini.

"Tak mahal mana, saya difahamkan (kos) hanya kira-kira setengah juta ringgit," katanya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa masalah seperti ini hanya berlaku di Selangor, tidak di negeri-negeri lain.

Kemelut air di Selangor berterusan apabila Loji rawatan air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi milik Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (Puncak Niaga), ditutup akibat kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat.

Penutupan menyebabkan banyak kawasan di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya mengalami gangguan bekalan air dan air terpaksa dicatu di beberapa kawasan, termasuklah kawasan Pandan.

Kandungan ammonia yang tinggi dikaitkan dengan cuaca semasa yang mengalami kemarau.

Paras ammonia yang dibenarkan di LRA adalah 1.50PPM (part per million).

Mengulas lanjut Rafizi berkata beliau akan bertemu dengan pegawai-pegawai Syabas untuk membincangkan perkara ini pada Rabu, selain membawanya ke Parlimen.

Beliau bagaimanapun berharap dapat mengadakan perbincangan dengan orang yang sepatutnya dan dapat memberi jaminan untuk menangani isu ini.

"Saya tak mahu berbincang dengan pegawai-pegawai yang hanya 'menurut perintah'.
"Ini masalah CEO yang perlu jawab," katanya.

Beliau turut membidas Syabas yang hanya menyediakan sembilan buah lori untuk membekalkan air kepada seluruh kawasan yang terjejas.

Sementara itu, Adun Bukit Lanjan Elizabeth Wong berkata Lembaga Urus Air Selangor (Luas) telah mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kimia mengenai kandungan ammonia di LRA.

"Satu surat akan dikeluarkan kepada Syarikat Perkhidmatan Air Negara (Span) untuk membenarkan loji memulakan semula operasi.

"Kita telah berbincang dengan doktor, untuk jangka masa pendek, asalkan air itu dididihkan, ia masih selamat digunakan," katanya.

PRK Kajang: Dapatkah Zaid buat kejutan?

Posted: 17 Feb 2014 01:04 AM PST

Kini Zaid muncul sebagai calon Bebas di PRK Kajang pada 23 Mac ini. Adakah beliau akan kehilangan wang pertaruhan seperti calon-calon Bebas dalam PRU tahun lepas?




PETALING JAYA: Hari penamaan calon PRK Kajang (11 Mac) akan berlangsung 22 hari lagi.
Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan pada 27 Januari lepas bagi memberi ruang kepada Anwar untuk bertanding.

Barisan Nasional (BN) belum mengumumkan siapa calonnya. Walaupun kerusi DUN Kajang milik MCA, Umno dikatakan turut mengintai kerusi yang ada 48 peratus pengundi Melayu itu.

Kerusi yang mempunyai 38,965 pengundi berdaftar mempunyai 48 peratus pengundi Melayu, 41 peratus pengundi Cina, 10 peratus pengundi India dan lain-lain kaum 1 peratus.

Pada PRU tahun lepas, seramai 87.9 peratus keluar mengundi dengan 541 undi rosak. Calon PKR, Lee Chin Cheh mendapat 19,571 undi manakala calon BN, Lee Ban Seng mendapat 12,747 undi, Calon Berjasa, Mohamad Ismail mendapat 1,014 undi. Manakala tiga orang calon Bebas, Mohd Iwan Jefrey Abdul Majid mendapat 249 undi, Ong Yan Foo mendapat 85 undi dan Mohd Khalid Kassim 83 undi. Lee menang dengan majoriti besar sebanyak 6,824 undi.

BN dijangka membuat pengumuman sama ada akan bertanding atau tidak dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang minggu ini.

Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, beberapa mesyuarat penting bakal diadakan pada minggu ini dan ketetapan mengenai perkara itu dijangka dibuat dalam tempoh terdekat oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, dari segi tempoh masa ia merupakan saat yang sesuai bagi pucuk kepemimpinan BN membuat satu ketetapan untuk memberikan satu kepastian muktamad kepada jentera parti di peringkat akar umbi yang kini berada dalam keadaan tidak menentu.

"Daripada maklum balas yang saya terima daripada Umno Bahagian Hulu Langat, mereka sudah bersedia menghadapi PRK ini. Mungkin dari segi pengesahan pucuk kepemimpinan BN , saya yakin akan datang dalam masa terdekat dan satu ketetapan akan dibuat pada minggu ini," katanya.

Jika BN mengekalkan status quo, maka MCA akan meletakkan calon menentang calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah disahkan sebagai calon pada 28 Januari walaupun SPR belum bermesyuarat menentapkan tarikh penamaan calon dan tarikh pembuangan undi.

MCA dikatakan menyenaraikan lima nama sebagai calon iaitu Naib Presiden MCA, Datuk Chew Mei Fun dan Ketua Pergerakan Pemuda MCA, Chong Sin Woon. Selain dua tokoh MCA Pusat itu, parti berkenaan turut menerima tiga lagi nama daripada MCA Bahagian Hulu Langat yang mahukan anak tempatan menjadi calon.

Mereka ialah Ketua Pemuda MCA Bahagian Hulu Langat, Pang Wai Hoong; Ketua Wanita MCA bahagian itu, Loh Lai Kuen dan bekas calon BN di kerusi DUN Kajang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Lee Ban Seng.

Politik liar

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim semalam mengumumkan secara rasmi akan bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bulan depan.

Keputusan itu katanya, demi memastikan usaha menyingkirkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan mengangkat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai kerajaan negeri tidak berjaya.

"Mandat dan kepercayaan rakyat terhadap Khalid jelas tidak boleh dikikis semata-mata kerana menjaga kepentingan Anwar dan jika Khalid perlu disingkir biarlah ia dilakukan melalui proses demokrasi seperti undi tidak percaya di dalam sidang DUN.

"Jadi atas pertimbangan membela prinsip politik yang sihat saya membuat keputusan untuk bertanding, dan lebih utama adalah untuk memastikan rancangan Anwar mahu menjadi menteri besar tidak berjaya," katanya dalam sidang media.

Beliau juga menyifatkan perbuatan Anwar sebagai "satu tindakan politik liar yang perlu dihalang dan tidak wajar direstui pengundi di Kajang."

Bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan (KITA) itu juga bertekad menggunakan sesi kempen untuk menjelaskan kepada rakyat akan kepentingan mempertahankan kepimpinan yang bertanggungjawab, malah mendakwa jika menang, beliau mampu menstabilkan keadaan politik di Selangor serta membawa pembangunan ke Kajang.

"Saya mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin dalam pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) yang boleh dijadikan landasan dalam merencana pembangunan di kawanan ini.

"Jadi, saya harap pengundi Kajang dapat membuat pilihan bijak dalam usaha menyelesaikan krisis Khalid-Azmin dan Anwar yang jelas memberi kesan kepada pembangunan negeri," katanya.

Ditanya peluang untuk menang, Zaid berkata, peluangnya tetap ada jika 'tiga pemimpin gergasi' BN iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak turun berkempen menentangnya dalam pilihan raya itu.

Dapatkah Zaid menarik undi orang Melayu jika MCA bertanding mewakili BN? Tindakan Zaid menentang Anwar dikatakan sebagai calon Bebas yang heavy weight. Apatah lagi beliau yang juga bekas ahli parlimen Kota Bharu itu pernah bertanding di atas tiket PKR dalam PRK Hulu Selangor pada Oktober 2010.

Beliau menyertai PKR pada 13 Jun 2009 selepas dari dipecat dari Umno. Beliau adalah menteri undang-undang yang berprinsip. Apabila Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar menggunakan ISA, maka beliau meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan ISA itu.

Dua anak Ibrahim

Sewaktu berkempen dalam PRK Hulu Selangor, masa lampau beliau dicerca sebagai kaki botol, berjudi, memiliki kuda lumba dan hidup mewah. Lantas beliau mengakuinya ketika beliau masih dalam Umno.

Malahan beliau meminta para menteri Umno tidak hipokrit, malah patut mengaku pernah terlibat. Kuda bernama 'Kelantan' bernilai $NZ135,000.00 miliknya cukup bagus dan kini dipelihara diKota Bharu, Kelantan.

Tentang hartanya, beliau mencabar para menteri turut mengisytiharkan harta masing-masing dan dibuat perbandingan.

Adakah Umno akan menggunakan isu yang sama menyerang Zaid? Nampaknya BN kena bekerja keras kerana terpaksa menyerang dua anak Ibrahim, Anwar dan Zaid dalam PRK Kajang ini.

Pada 16 Oktober 2010, Zaid mengumumkan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden dalam Pemilihan Parti pada tahun tersebut. Akan tetapi, pada 8 November 2010, gara-gara dakwaan bahawa pemilihan parti dicemari kecacatan dan tidak telus, Zaid mengumumkan penarikan dirinya daripada pertandingan jawatan timbalan presiden sambil meletak semua jawatannya dalam parti.

Pada 14 November, Zaid secara rasminya mengumumkan pengunduran diri dari Parti Keadilan Rakyat. Perletakan jawatannya sebagai ahli PKR diterima oleh parti serta-merta pada 22 November  (walaupun menyerahkan notis supaya beliau berundur secara rasmi pada 16 Disember), dan beliau meluahkan hasrat untuk menubuhkan parti baru menjelang pilihan raya umum ke-13.

Pada 13 Disember 2010, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), sebuah parti pembangkang kecil yang bertapak di Kelantan, mengumumkan penyertaan Zaid Ibrahim sebagai ahli parti, dengan harapan agar beliau memimpin dan merombak AKIM supaya menjadi parti politik yang berdaya maju untuk pilihan raya umum ke-13.

Parti itu juga menjelaskan bahawa Zaid sudah menyerahkan permohonan keahliannya untuk menyertai AKIM pada November 2010 selepas PKR menerima perletakan jawatan beliau.

Pada mesyuarat am tahunan parti ini pada 15 Disember 2010, Zaid dilantik sebagai presiden baru parti, menggantikan Zakaria Salleh. Pihak AKIM juga mengumumkan hasratnya untuk menukar nama parti menjadi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

Zaid juga mengumumkan bahawa KITA akan menjadi sebuah parti demokratik berbilang kaum yang terbuka kepada semua kaum di Malaysia, biarpun saiznya masih kecil, namun ia bermatlamat untuk meninggalkan impak dalam arena politik Malaysia dengan memberikan tumpuan kepada matlamat jangka panjang. Tetapi beliau tidak kekal lama dalam KITA dan terus keluar dari parti itu.

Kini Zaid muncul sebagai calon Bebas di PRK Kajang pada 23 Mac ini. Adakah beliau akan kehilangan wang pertaruhan seperti calon-calon Bebas dalam PRU tahun lepas iaitu Mohd Iwan Jefrey Abdul Majid mendapat 249 undi, Ong Yan Foo mendapat 85 undi dan Mohd Khalid Kassim 83 undi? Sama-samalah kita tunggu 23 Mac.

Benarkan SPRM siasat pejabat KM S’wak

Posted: 17 Feb 2014 12:57 AM PST

Siasatan tidak dapat diteruskan kerana pegawai SPRM sebelum ini dihalang masuk ke pejabat Ketua Menteri Sarawak




KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sarawak baru, Tan Sri Adenan Satem dinasihatkan supaya membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masuk menyiasat pejabat itu selepas dihalang Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar berkata, Adenan Satem perlu memberikan kerjasama kepada SPRM menyiasat fail serta dokumen yang ada di pejabat Ketua Menteri Sarawak mengaitkan skandal rasuah dan penyelewengan Taib Mahmud.

"Adakah Satem akan memberikan kerjasama kepada SPRM sebaik saja menjawat jawatan Ketua Menteri dan menyerahkan dokumen walaupun dipercayai sebahagian besarnya dihilangkan pihak tertentu," katanya di sini hari ini.

Katanya, ia penting ekoran siasatan dakwaan salah guna kuasa tidak dapat diteruskan kerana pegawai SPRM sebelum ini dihalang masuk ke pejabat Ketua Menteri Sarawak menyiasat harta kekayaan Taib Mahmud.

Mahfuz berkata, ini juga masa sesuai memandangkan Adenan juga dilaporkan tidak berhasrat mengugurkan mana-mana anggota Kabinet negeri yang terdahulu.

"Anggota kabinet sebahagian daripada saksi masalah berbangkit.

"Adakah Adenan akan terus mengekalkan budaya sama seperti mana mereka ini tidak pernah berani membantah Abdul Taib begitu juga tak berani membantah sebarang tindakan penyalahgunaan kuasa sepanjang zaman kepimpinan beliau," soalnya.

Pesuruhjaya PAS Kedah itu juga menasihati supaya SPRM, Pejabat Peguam Negara serta beberapa agensi siasatan bersikap telus memastikan Abdul Taib benar-benar bebas daripada sebarang salah laku sebelum mengemukakan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

"Ini sangat penting supaya YDPA ada maklumat cukup dan tak tersilap lantik orang yang boleh mencalarkan institusi di Raja," katanya.

Minggu lalu, Taib mengumumkan Adenan sebagai penggantinya apabila menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Tuan Yang Dipertua Tun Abang Muhammad Salahuddin berkuat kuasa 28 Februari depan.

Sekaligus menggantikan Abang Muhammad Salahuddin yang akan tamat tempoh sebagai TYT pada tarikh sama.

Adenan sebelum ini memegang jawatan Menteri Tugas-Tugas Khas Sarawak dan juga Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), juga mempunyai pertalian keluarga dengan Abdul Taib.

PRK Kajang: Umno jilat ludah sendiri

Posted: 17 Feb 2014 12:55 AM PST

Setiausaha Agung PKR turut mencabar Umno meletakkan calon di Kajang.




KAJANG:  Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution hari ini menyifatkan kempen Umno dalam PRK Kajang menunjukkan Umno terpaksa menjilat ludah sendiri.

Ini ekoran tindakan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang telah turut serta memulakan kempen PRK sebelum penamaan calon.

"Umno telah menjilat ludah sendiri.  Ini menunjukkan bahawa tidak salah memulakan kempen sebelum hari penamaan calon," kata Saifuddin dalam satu sidang media di Hotel Oriental Crystal di sini.

Selama seminggu Umno telah menghentam PKR ekoran tindakan calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah memulakan kempen sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan kekosongan kerusi DUN Kajang pada 5 Feb.

Merujuk kepada lawatan Khairy semalam, Saifuddin turut menuduh Umno sebagai menjadi dalang di sebalik keinginan bekas Presiden Parti Kita dan bekas naib presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding di dalam PRK Kajang.

"Adakah Umno di belakang Zaid? Jika benar Umno anak jantan sepatutnya Umno sendiri menamakan calon mereka.  Jangan baling batu sembunyi tangan," kata Saifuddin.

Zaid mengumumkan hasrat untuk bertanding dalam PRK pada 14 Februari.  Selain Zaid, Anwar telah mengumumkan untuk bertanding

Sementara itu dalam reaksi spontan Zaid mahu pengundi Kajang untuk membuat keputusan samada beliau mencalonkan dirinya dengan restu Umno.

"Saya menjangkakannya dari  PKR.  Mereka memang selalu mempersendakan pihak lain. Biar rakyat yang menentukannya," kata Zaid yang dihubungi untuk reaksi beliau berhubung tuduhan Saifuddin itu.

Semalam Khairy menyatakan penyertaan Datuk Zaid Ibrahim dalam PRK ini hanya akan memberi kesan kepada PKR dan BN tidak akan terjejas.

"Untuk BN persoalan siapa MB ialah krisis dalaman PKR. Zaid hanya menambahkan masalah untuk PKR yang dilihat rakyat sebagai masalah dalaman," kata Khairy semalam selepas melawat 25 rumah penduduk Kampung Sungai Kantan.

Sementara itu Saifuddin turut menafikan laporan akhbar Star dua hari lalu bahawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim enggan menandatangani    surat letak jawatan yang tidak bertarikh untuk memberikan laluan agar Anwar menjadi Menteri Besar.

"Itu semua karut.  Mereka tidak merujuk kepada saya, Anwar atau timbalan presiden Azmin Ali," kata Saifuddin.

A.Kadir Jasin Tempelak Najib: "Henti Jadi Santa Klaus Sebelum Negara Bankrap"!

Posted: 16 Feb 2014 10:29 PM PST

KELAB GREENBOC


Pemberian tunai Najib boleh bangkrapkan Malaysia, kata pakar kepada Dr Mahathir

 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus menghentikan pemberian tunai kepada golongan berpendapatan rendah kerana ia akan membangkrapkan Perbendaharaan, selain tidak mengurangkan jurang pendapatan antara orang Melayu dan Cina, kata wartawan veteran.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin mengatakan, ini adalah diantara rungutan dibuat kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menasihatkan pengadu supaya "menjerit" mengenai isu dan permasalahan jika mereka berasa Najib dan kerajaan perlu memberikan perhatian.

"Hentikan menjadi Santa Klaus. Duit bukan segala-galanya dan pemberian tunai akan bangkrapkan Perbendaharaan. Cari jalan yang lebih mampan untuk membantu golongan miskin dan merapatkan jurang pendapatan di antara yang miskin dan kaya di kalangan kaum berbeza," tulis Kadir dalam blognya, The Scribe semalam.

"Sama ada ia kebetulan atau lahir daripada polisinya, program dan proklamasi, jurang pendapatan nominal antara orang Melayu dan Cina semakin melebar sejak 2009 (tahun Mohd Najib menjadi PM), memadamkan keuntungan yang dibuat dalam dekad yang lalu," tambahnya.

Menurut Kadir, Najib harus menghentikan penggunaan dana awam untuk pemberian tunai dan kenaikan gaji yang tidak membantu produktiviti dan kemampanan.

"Penduduk luar bandar – penyokong kuat Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 2013 – lebih teruk sekarang berbanding pada 1957 jika dibandingkan dengan penduduk bandar," katanya dalam tulisan terbaru diblognya.

Kadir mengatakan, Umno harus ingat, kebanyakan daripada 88 kerusi Parlimen dimenangi di Semenanjung tahun lepas adalah di kawasan pedalaman.

Begitu juga kerusi dimenangi BN di Sarawak dan Sabah juga di kawasan pedalaman.

Semasa mengumumkan Bajet 2014, Najib mengatakan isi rumah dengan pendapatan RM3,000 ke bawah layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM650 sementara bagi yang bujang dan berpendapatan tidak lebih daripada RM2,000 akan menerima bantuan sebanyak RM300.

Sejumlah RM4.6 bilion diperuntukkan kepada 7.9 juta rakyat Malaysia menerima BR1M yang Najib mulakan tiga tahun lalu sebagai langkah untuk membantu 40% rakyat Malaysia.

Kadir yang memimpin New Straits Times dari 1988-2000 juga berkata, hanya 10% Bumiputera digajikan di dalam sektor pengurusan dan profesional pada 2012, menurun sedikit dari 2009.

Sejumlah 62% digajikan dalam sektor semi-mahir termasuk pemandu bas, dan selebihnya pekerjaan tidak mahir, katanya dan menambah kadar penggangguran anak muda sangat tinggi.

Bagi kumpulan umur 15 hingga 19, 25.7% adalah India, 15.6% (Melayu), 18.9% (Bumiputera bukan Melayu) dan 9.9% (Cina) yang mengganggur pada 2012.

Bagi kumpulan umur 20-24, 14.1% daripada penggangur adalah India, 9.9% Melayu, 13% Bumiputera bukan Melayu dan 7.1% Cina.

"Ini menjelaskan mengapa pengelibatan masyarakat India dalam jenayah tinggi," kata Kadir apabila mendedahkan kebanyakan komen datang daripada sesi tidak formal Perjumpaan Kedai Kopi (KKA) dengan ahli politik, ahli politik veteran, ahli ekonomi dan pemberita.

Beliau mendedahkan salah satu daripada sesi ini melibatkan Dr Mahathir di mana tiga ahli ekonomi Melayu "terdesak untuk didengari."

"Dr Mahathir menasihatkan mereka untuk 'menjerit" mengenai isu dan masalah yang mereka rasa PM dan kerajaan harus tahu dan ambil perhatian.

"Ini adalah vintage Dr Mahathir. Mesej 'jerit' itu adalah benar-benar Mahathir. Apabila kamu tidak mempunyai kuasa untuk bertindak, kamu jerit," tulis Kadir dalam blognya.

Wartawan veteran itu mengatakan, Dr Mahathir pernah memberitahunya, "apabila beliau di luar Umno dan tidak berkuasa, beliau menjerit untuk didengari".

"Daripada barisan yang beratur di pejabatnya, di Yayasan Kepimpinan Perdana, Proton dan Yayasan Albukhary, jelaslah walaupun beliau sudah tidak berkuasa, beliau masih lagi berpengaruh, mengadakan pertemuan Kabinet Rakyat dengan pelbagai golongan dalam masyarakat yang mempunyai sesuatu untuk diceritakan, nasihat untuk diminta, dan semangat untuk dikuatkan – seperti pemimpin veteran Wanita Umno yang dihalau di pejabat perdana menteri kerana datang tanpa membuat temujanji," tambahnya.

Kadir juga mengatakan, persoalan mengenai perubahan dalam kepimpinan politik sudah dibincangkan dalam siri-siri kedai kopi.

"Dalam satu jamuan makan malam makanan Yemen yang mahal, satu soalan timbul: Jika Mohd Najib letak jawatan (atau dipaksa berbuat demikian), siapa yang boleh menggantikannya?

"Jawapan tidak spontan. Saya terpaksa mengambil masa menggaru kepala sebelum mereka menyebut nama Muhyiddin Mohd Yassin. Ini kerana Muhyiddin sudah menyatakan beliau tidak berminat untuk jawatan itu dan sudah letih," katanya.

Kadir mengatakan mengikut hiraki, Muhyiddin seharusnya menjadi pengganti kerana beliau merupakan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.

"Akan tetapi seperti Mohd Najib, beliau tidak dipilih oleh ahli. Beliau hanya disokong untuk Majlis Tertinggi Umno.

"Pemimpin Umno yang paling kanan dan dipilih secara demokratik adalah Ahmad Zahid Hamidi yang menang naib presiden dengan jumlah undi tertinggi dalam pemilihan tahun lepas. Akan tetapi kebanyakan delegasi KKA tidak memikirkan beliau adalah pengganti pilihan.

"Pilihan adalah kepada Hishamuddin Hussein, naib presiden Umno ketiga dan adik saudara Mohd Najib," katanya. -TMI

TV3 didakwa ‘putar’ video lama bantuan banjir di Sabah

Posted: 16 Feb 2014 10:15 PM PST

Oleh : NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM : Stesyen televisyen swasta kawalan Umno, TV3 didakwa 'menipu' dalam satu laporan mengenai bantuan banjir di Crocker Range di Tenom Sabah menerusi berita Buletin Utama malam semalam.

Dalam laporan itu memaparkan Umno melalui Pemuda Umno Tenom merupakan antara pihak terawal yang menghantarkan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan itu.

TV3 kantoi
Bagaimanapun Kordinator Jingga 13, Fariz Musa mendakwa visual dipaparkan dalam laporan berita itu sebenarnya merupakan rakaman video lama bertarikh 29 Mei 2007.

"Perkara ini bukan saya sahaja sedar, tetapi ramai lain perasan mengenai perkara ini. Lebih jelas  bila TV3 cuba menutup dengan mengkaburkan tarikh video tersebut yang menyebabkan perasaan ingin tahu lagi dengan membuat carian tetapi kalau tak tutup tentulah lagi cepat kantoi.

"TV3 terus menjadi media propaganda Umno dengan sanggup menipu rakyat kononnya Umno menghantar bantuan kepada mangsa banjir berpunca empangan Padas terlampau penuh menyebabkan air deras di Crocker Range mengakibatkan banjir di Tenom," kata Fariz ketika dihubungi Selangor Kini, hari ini.

Kata Fariz, tiada sebab stesyen televisyen mengkaburkan bahagian laporan bantuan banjir yang sering dilakukan terhadap laporan kejadian jenayah dengan mengkaburkan bahagian wajah suspek.

Kata Fariz lagi, TV3 sepatutnya bertindak profesional dengan tidak membiarkan diri mereka dipergunakan pihak tertentu sesuka hati hingga menyebabkan kredibiliti stesyen televisyen itu semakin merudum di mata masyarakat umum.

Beliau juga mendakwa, penipuan ini bukan pertama kali apabila pada 2011, Jingga13 pernah membuat satu laporan polis terhadap laporan pembohongan TV3 berhubung isu murtad.

Semalam, isu TV3 didakwa menggunakan visual lama untuk laporan bantuan banjir ini menjadi perhatian ramai di laman sosial Facebook dengan pelbagai kecaman dan sindiran para pengguna laman sosial itu.

Rata-rata menganggap perkara ini sekiranya benar-benar berlaku, bukan sahaja memalukan malah satu penghinaan dan mempermainkan mangsa banjir di Tenom yang sedang mengharapkan bantuan dari semua pihak.

Sehingga kini masih belum ada sebarang penjelasan rasmi daripada agensi media itu berhubung perkara itu.EZY

BERSIH 2.0 lancar DART perjelas isu persempadanan semula pilihan raya

Posted: 16 Feb 2014 10:12 PM PST

Oleh: Mohd Ezli Mashut


KUALA LUMPUR: Rakyat dialu-alukan untuk datang ke pameran bergerak Pasukan Tindakan dan Penyelidikan Persempadanan (DART) bagi mempelajari isu persempadanan pilihan raya sebagai persediaan bagi kawasan pilihan raya masing-masing.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, berkata persempadanan  dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14.

maria chin bersihKata Maria persempadanan yang dilakukan sebelum ini, sebahagian besar tidak dicabar dan tidak mencerminkan kehendak rakyat.

"Perlembagaan Persekutuan; Jadual 13 membolehkan bantahan cadangan sempadan SPR daripada pemilih terjejas jika ada perwakilan seramai 100 atau lebih pemilih.

"Oleh itu kita perlu menggunakan peluang ini diberikan kepada kita jika kita mahu keputusan pilihan raya mencerminkan aspirasi rakyat, dan kita berpeluang menyetarakan padang permainan ini melalui DART," katanya dalam sidang media.

Maria berkata, projek itu akan bermula dengan pelancaran pada Sabtu ini di Johor Bahru, dan pelancaran peringkat Kebangsaan pada 9 Mac (Ahad) di Petaling Jaya, diikuti dengan lawatan di seluruh negara di bandar utama.

Manakala di Pulau Pinang, Projek DART akan diadakan pada 30 Mac ini.

Naib Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann, mesyuarat awam seluruh negara akan berfungsi untuk mengenal pasti kumpulan teras seramai lima hingga 10 sukarelawan yang berdedikasi untuk membentuk pasukan DART.

"Kumpulan teras ini akan mengatur dan memimpin perwakilan 100 pemilih di kawasan mereka.

"Pasukan teras juga dilatih dalam bengkel kerja DART, mereka diberi pengetahuan undang-undang dan pilihan raya serta peta yang diperlukan, untuk mengukuhkan bantahan," katanya.

Butiran penuh projek dan pameran bergerak DART boleh diperolehi dalam laman sesawang BERSIH 2.0 apabila projek ini dilancarkan pada 22 Februari 2014.EZY

Dakwaan sedia surat peletakan jawatan MB, The Star berbohong

Posted: 16 Feb 2014 10:10 PM PST

SELANGORKINI


SHAH ALAM: Laporan The Star kononnya pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah menyediakan surat peletakan jawatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, tidak benar.

Sebaliknya, Naib Presiden PKR, Tian Chua yang menyifatkannya sebagai pembohongan, percaya berita itu sebagai cubaan menutup kegagalan MCA meletakkan calon berwibawa untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

tianMengingatkan pembaca bahawa MCA sebagai pemilik The Star, beliau berkata, Presiden baru MCA mengalami tekanan untuk memastikan kerusi itu bukan ditandingi parti lain dalam BN.

"Ia isyarat jelas betapa MCA gagal mendapatkan kedudukan politik dan boleh dianggap sebagai kapal politik yang tenggelam," katanya pada kenyataan media, hari ini.

Laporan berita esklusif muka depan akhbar itu menyatakan kononnya Abdul Khalid enggan menandatangani surat peletakan jawatan itu yang bertarikh 23 Mac.

Berita yang memetik sumber  itu melaporkan kononnya keengganan itu bakal menjejaskan rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi menteri besar selepas memenangi PRK Kajang.- FZL

Gunung Kelud bawa rezeki

Posted: 16 Feb 2014 10:04 PM PST

ANTARAPOS.COM
  Post Pic

SIDOMULYO: Debu, lahar dan dan batu batan yang dihambur Gunung Kelud membawa kematian dan derita. Namun bagi sebilangan besar penduduk, kesan letusan gunung berapi itu, dianggap pembawa rezeki sekaligus mampu menyuburkan tanaman.

"Inilah rahmat di sebalik bencana," kata Imam Choiri, petani yang mengaut debu yang melitupi raya untuk digunakan sebagai baja di kebun sayur beberapa kilometer dari kawah gunung yang meletus itu. Choiri berkata penduduk percaya debu itu membantu menghalau serangga perosak dari tanaman.

Letusan setinggi dari gunung setinggi 1,731 meter di pulau Jawa lewat Khamis lalu itu adalah antara yang paling dramatik pernah melanda Indonesia sebelum ini, dengan debu dihamburkan sejauh 600 kilometer.

Empat mati termasuk warga emas berusia 97 tahun apabila atap rumahnya runtuh akibat bebanan dari debu dan serpihan gunung berapi. Lebih 100,000 orang dipindahkan ke pusat perlindungan sementara. 

Pemandu teksi disyaki bawa suspek bunuh pengasas AmBank dipenjara 14 tahun, 6 sebatan

Posted: 16 Feb 2014 09:59 PM PST

ANTARAPOS.COM
 
 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Pemandu teksi yang dipercayai membawa suspek pembunuhan pengasas kumpulan Ambank, Hussin Najadi, dihukum penjara 14 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan memiliki pistol dan peluru, tahun lalu.
 
Hakim Azwarnida Affandi, menjatuhkan hukuman itu terhadap Chew Siang Chee, 46, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. 
 
Azwarnida dalam penghakimannya, berkata pembelaan tertuduh bersifat penafian semata-mata dan hanya difikirkan kemudian. 
 
Tertuduh dihukum penjara 10 tahun dan empat sebatan bagi kesalahan memiliki sepucuk pistol jenis Walther Model PPK/S Cal. 9mm Kurz/380ACP bersama satu magazine Walther Cal. 9mm Kurz.
 
Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara empat tahun bagi tuduhan memiliki empat butir peluru hidup tanpa lesen.
 
Hukuman diperintah berjalan berasingan. 
 
Semua kesalahan didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37), yang memperuntukkan penjara maksimum 14 tahun dan sebat serta Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960, yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya. 
 
Pada 3 Oktober lepas, penarik kereta Koong Swee Kwan didakwa terhadap pertuduhan membunuh pengasas itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati.
 
Koong, 44, turut berdepan pertuduhan cubaan membunuh isteri mangsa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.
 
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta Tokong Cina Kuan Yin No. 4 Lorong Ceylon, Daerah Dang Wangi, di sini pada 1.30 tengah hari hingga 2 petang, 29 Julai lepas.
 
Dalam kejadian itu, Hussain, 75, maut manakala isterinya cedera parah setelah ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta sejurus keluar dari tokong berkenaan selepas berunding mengenai urusan perjanjian tanah.

Perkasa cadang DUN Selangor dibubarkan kerana kedudukan Khalid sebagai MB terancam

Posted: 16 Feb 2014 09:46 PM PST


THE MALAYSIAN INSIDER

 
Datuk Zulkifli Noordin berkata pembubaran DUN Selangor dapat menunjukkan Khalid Ibrahim secara demokrasi memberi mandat kepada rakyat Selangor untuk menentukan menteri besar mereka. – Gambar fail.Datuk Zulkifli Noordin berkata pembubaran DUN Selangor dapat menunjukkan Khalid Ibrahim secara demokrasi memberi mandat kepada rakyat Selangor untuk menentukan menteri besar mereka. – Gambar fail. 



Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, sebelum kedudukannya sebagai menteri besar diancam ahli partinya sendiri.

Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin berkata, Abdul Khalid harus membubarkan DUN Selangor sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada 11 Mac, sebelum disuruh menandatangani surat peletakan jawatan selepas calon PKR untuk PRK Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi kerusi DUN tersebut.

"Tan Sri sepatutnya sudah nampak mereka sedang menyediakan perangkap untuk membunuh karier politik Tan Sri sebagai Menteri Besar Selangor. Tan Sri penghalang kepada nafsu serakah mereka.
Tan Sri sekarang adalah satu-satunya pemimpin dalam PKR yang boleh menyaingi dan mengancam kedudukan mereka di dalan PKR.

"Mereka sudahpun 'checkmate' penyokong kuat Tan Sri. Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah dan anaknya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sudah dikancing mulut." katanya dalam blog beliau, Zul4kulim.

Beliau menambah, ahli partinya menarik sokongan kakitangan awam dengan menimbulkan kebencian di kalangan mereka, susulan isu pemecatan kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Zulkifli menambah, jika DUN Selangor dibubarkan, ini menunjukkan bahawa Abdul Khalid menghayati makna sebenar demokrasi dengan memberikan mandat kepada rakyat Selangor untuk menentukan menteri besar mereka.

PKR meletakkan Anwar untuk bertanding di DUN Kajang selepas penyandangnya Lee Chin Cheh melepaskan jawatan untuk memberikan laluan kepada ketua umum PKR itu menggantikannya.

Tindakan berkenaan menimbulkan kritikan pelbagai pihak, kerana Lee tidak mempunyai alasan kukuh melepaskan jawatan kurang setahun selepas beliau memenangi pilihan pengundi di Kajang.

Spekulasi timbul bahawa Abdul Khalid berkecil hati dengan pemimpin PKR seperti Rafizi Ramli yang mengatakan beliau tidak cukup kuat untuk memimpin cabaran serangan Umno di Selangor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 11 Mac sebagai hari penamaan calon, dan 23 Mac untuk tarikh pilihan raya di kerusi tersebut.

SPRM perlu siasat Taib Mahmud sebelum dilantik jadi Gabenor Sarawak, kata PAS

Posted: 16 Feb 2014 09:43 PM PST

OLEH DIYANA IBRAHIM


Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini menggesa Bakal Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem (gambar) memberi penjelasan adakah beliau bersedia untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata persoalan itu perlu dijawab Adenan, memandangkan sebelum ini SPRM dilaporkan gagal untuk menyiasat bekas ketua menteri Sarawak itu yang dikaitkan dengan banyak kes rasuah dan salah guna kuasa.

Selain itu, Mahfuz juga menggesa SPRM untuk turut membuat penjelasan secara terbuka kepada umum, adakah badan itu sudah melakukan dan melengkapkan kertas siastan ke atas Taib yang bakal dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sarawak yang baru?

"Saya hendak penjelasan daripada SPRM adakah mereka melakukan dan melengkapkan  sisatan  ke atas Taib Mahmud dan adakah kertas siasatan sudah dihantar ke Peguam Negara.

" Dan jika masih belum lengkap siasatan kerana masih tidak dapat memasuki pejabat ketua menteri, maka Datuk Satem perlu memberi penjelasan adakah beliau bersedia berkerjasama dengan SPRM bagi siasatan dilakukan termasuk menyerahkan dokumen berkait  walaupun saya percaya ia sudah tiada dihilangkan pihak tertentu,"katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur, hari ini.

KPN Sepatutnya Terlebih Dahulu Ambil Tindakan Ke Atas Nazri Aziz

Posted: 16 Feb 2014 09:39 PM PST

KELAB GREENBOC


 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran tegas kepada pihak yang cuba memainkan sentimen agama dengan membantah isi kandungan khutbah Jumaat tentang Hari Valentine agar menghentikan tindakan sedemikian, demikian lapor sebuah akhbar tempatan.

Menurutnya, pihak terbabit terutama bukan Islam tidak berhak mengeluarkan pendapat atau komen berhubung khutbah Jumaat yang dikhususkan untuk masyarakat Islam sahaja.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak teragak-agak mengambil tindakan keras terhadap pihak yang melampaui batas itu.

"Saya memberi amaran dan ingatan terakhir kepada pihak yang cuba menimbulkan kemarahan awam kerana perkara itu boleh mengancam keselamatan mereka," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri malam penghargaan masyarakat kepada PDRM di sini malam ini.

ULASAN GB

Jika demikian, KPN perlulah terlebih dahulu memberi amaran dan mengambil tindakan keras terhadap seorang menteri kabinet yang bernama Nazri Abd Aziz yang sebelum ini telah dilaporkan berkata:


"Why can't it be celebrated? I disagree...it is not a form of prayer," kata beliau.

"What is wrong with Valentines' day? People just want to express their love to one another.

"How different is it from other days, where we can do the same thing?" kata Nazri


Orang bukan Islam mengkrtik adalah kerana mereka tidak faham ajaran Islam, tetapi bagaimana pula seorang yang beragama Islam?

Justeru itu, pihak polis perlulah rasional dan adil di dalam tindakan mereka.

Saya 1,000 kali lebih baik jadi PM berbanding Anwar, kata Ibrahim Ali

Posted: 16 Feb 2014 06:18 PM PST

OLEH LOOI SUE-CHERN


Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyifatkan dirinya lebih sesuai sebagai perdana menteri berbanding Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap dalam program penyerahan pelantikan baru jawatankuasa kepimpinan Perkasa Pulau Pinang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain.Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyifatkan dirinya lebih sesuai sebagai perdana menteri berbanding Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap dalam program penyerahan pelantikan baru jawatankuasa kepimpinan Perkasa Pulau Pinang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain. 






























Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata beliau sebenarnya lebih layak untuk menjadi perdana menteri berbanding dengan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ibrahim menyifatkan beliau 1,000 kali lebih bagus daripada ketua umum PKR itu dari segi moral dan perangai serta boleh menjalankan tugas lebih baik daripada Anwar sebagai perdana menteri Malaysia.

"Sekiranya anda mahukan perdana menteri dan tidak suka dengan calon sedia ada, Ibrahim Ali juga boleh jadi perdana menteri," katanya dalam program penyerahan pelantikan baru jawatankuasa kepimpinan Perkasa negeri di Seamo-Rescam, di Pulau Pinang hari ini.

Ucapan presiden Perkasa itu ia disambut oleh gelak ketawa kira-kira 100 ahli Perkasa yang hadir dalam program tersebut.

Katanya lagi, antara beliau dan Anwar masing-masing mempunyai kelayakan sama rata dari segi pendidikan dan juga pengalaman berucap dalam pelbagai pentas tempatan dan antarabangsa.

"Jadi bermula esok, saya adalah bakal perdana menteri bukan Anwar. Saya hanya mahu berlawan dengan Anwar, yang lain saya tidak tidak kisah.

"Saya tahu saya lebih baik daripada beliau. Anwar menjadi popular ketika zaman mudanya kerana saya yang banyak menguruskan dan memberi publisiti kepadanya daripada belakang tabir pada tahun 1970an apabila ketika itu kami menjadi pemimpin pelajar," katanya.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga turut menyelar Anwar sambil menggelar pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu sebagai "berdarah munafik kelas pertama".

"Saya perlu berkata demikian demi kepentingan negara. Anwar merasakan dirinya seperti manusia luar biasa seolah-olah tiada siapa lagi yang boleh mencabarnya.

"Dari zaman belajar lagi sehingga sekarang beliau cuba mencari masalah dengan orang lain. Dia (Anwar) sudah mendapat semuanya namun masih tidak berpuas hati," katanya.

Selain itu, Ibrahim turut mendakwa beliau mengenali Anwar dari dalam dan luar namun pemimpin itu tidak berani mencari pasal dengannya kerana presiden Perkasa itu menyifatkan dirinya adalah seorang yang garang.

Kenyataan Ibrahim itu turut mengundang gelak tawa kepada hadirin dan beliau juga menambah Anwar lebih suka kepada mereka yang berdahi licin.

Beliau berkata, Perkasa sebagai pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) juga tidak kurang hebatnya kerana badan itu juga terkenal dan ramai yang ingin menjadi ahli.

Beliau berkata segala tuduhan dan "label" yang dilemparkan membantu menjadikan Perkasa sangat terkenal dan menggerunkan sejak ia ditubuhkan lima tahun lalu.

"Apabila kita mengkritik PR mereka menuduh kita alat Umno namun bila kita mengkritik BN, PR tak kata apa-apa.

"Pendirian kita tetap. Kita puji apa yang bagus dan menentang sekiranya tidak. Itulah tugas NGO. Jadi apa masalah sekiranya kami mempunyai hubungan baik dengan Umno.

"Sekiranya Perkasa Pulau Pinang ingin berkawan dengan PAS dan parti DAP, ia juga tidak mengapa," katanya.

Tambahnya lagi, agenda Perkasa hanya tertumpu kepada isu negara seperti mengekalkan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas kepada pembangunan dan keharmonian negara yang dinikmati oleh pelbagai kaum dan agama.

Beliau berkata, Perkasa tidak mempunyai persengketaan dengan sesiapa namun sekiranya ia berkaitan dengan Perlembagaan, pertubuhan itu sama sekali enggan bertoleransi.

"Kami tidak takut atau perlu meminta maaf kerana itu Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang memainkan peranan penting terutamanya menyentuh mengenai ketegangan kaum dan agama yang dipolitikkan," katanya

Kebencian dan keganasan kuasai Putrajaya, kata Anwar

Posted: 16 Feb 2014 06:04 PM PST

OLEH JENNIFER GOMEZ


Anwar Ibrahim bercakap di Gereja Holy Family Katolik di Kajang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 16 Februari, 2014. Anwar Ibrahim bercakap di Gereja Holy Family Katolik di Kajang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli.



Putrajaya membenarkan suara kebencian, keganasan dan kemusnahan menenggelamkan mesej cinta keamanan dan keharmonian, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perhimpunan di gereja hari ini.

Bercakap di Gereja Holy Family di Kajang, Anwar berkata pihak tertentu mengacau konflik agama dan kaum dalam insiden baru-baru ini, sementara penyebab masalah dilepaskan begitu sahaja sementara  yang tidak bersalah ditangkap seperti penjenayah.

"Mereka melempar bom ke dalam perkarangan gereja , tidak ada yang ditangkap, mereka menawarkan ganjaran kepada orang ramai untuk menampar orang lain, namun, tiada tindakan diambil oleh pihak polis.‎

"Dan mereka mengancam satu lagi kejadian 13 Mei dan sekali lagi orang-orang ini kebal daripada sebarang tindakan undang-undang," katanya disambut dengan tepukan.

Anwar berkata demikian pada perhimpunan yang dihadiri kira-kira 1,200 orang, bukan sahaja daripada masyarakat Kristian tetapi penganut agama lain termasuk Buddha, Sikh dan Islam.

Sesi bertemu masyarakat dianjurkan Pusat Pembaharuan, Demokrasi dan Inisiatif Masyarakat di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Edmund Santhara, yang juga pemimpin gereja Kajang.

Anwar memetik surah dari Al-Quran, berkata Islam bukan sahaja memerlukan toleransi sebagai standard minimum tetapi lebih daripada itu.

"Ungkapan al-Qur'an 'li ta'arafu' memerlukan standard lebih tinggi yang bermaksud mendekati dan mengenali antara satu sama lain.‎

"Justeru, ia bukan sahaja berkenaan tolak ansur terhadap perbezaan antara satu sama lain tetapi pemahaman dan penghayatan terhadap masyarakat lain," katanya.‎

Anwar juga memuji khutbah oleh pihak berkuasa Islam Jais di Selangor pada Jumaat lepas yang menyeru rakyat mempunyai sikap saling menghormati dan persefahaman dengan masyarakat lain.‎

Bagaimanapun, Anwar tidak setakat memetik ayat daripada Al-Quran malah turut memetik kata-kata daripada Bible dengan membacakan bab 14 daripada Kitab Roman: "You, then, why do you judge your brother or sister? Or why do you treat them with contempt? For we will all stand before God's judgment seat"‎

"As surely as I live,' says the Lord, 'every knee will bow before me ;every tongue will acknowledge God." Anwar membacakannya .

Beliau menambah dengan semua mesej yang disampaikan itu, orang ramai sepatutnya berhenti daripada membuat penghakiman ke atas satu sama lain.

Anwar juga menyebut bahawa beliau melawat Pope Francis pada Oktober tahun lepas, ketika beliau menghadiri dialog antara agama di kalangan orang Islam, Kristian dan ahli-ahli agama lain.

"Pope berkata beliau berdoa untuk keamanan dan untuk kebajikan orang Kristian dan orang Islam di Malaysia dan akan ada keharmonian agama di negara ini," katanya.‎

Menurut beliau, ujian kepimpinan adalah keupayaan untuk mengenepikan kepentingan partisan dan peribadi untuk kebaikan bersama.

Anwar bagaimanapun berkata, di samping menangani masalah sebenar yang dihadapi rakyat, Putrajaya menjalankan kempen media dengan mengatakan harga barangan tidak meningkat.

"Mereka kata ini semua angkara Anwar Ibrahim dan pembangkang, ia sengaja dibesar-besarkan tetapi anda semua pergi ke pasar dan kedai di Kajang dan anda tahu harga telah meningkat," katanya.‎

Beliau juga mengulas penghinaan kerajaan pemerintah yang menasihati rakyat "makan sesuatu jenis sayur-sayuran dan ikan beku", dengan alasan ia adalah alternatif yang lebih murah .

"Maksud saya di sini ialah kita tidak menghina rakyat dengan mengatakan perkara tanpa berfikir;  kita berurusan dengan kebajikan rakyat.

"Daripada cuba mengalahkan atau bercakap buruk pihak lain,  silalah beri penyelesaian yang mampu meringankan beban rakyat," katanya.

Elak demonstrasi Baling 1974, Anwar diminta kempen kawal kejatuhan harga getah

Posted: 16 Feb 2014 06:00 PM PST

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA


Demonstrasi Baling 1974 boleh berulang jika harga getah yang sedang jatuh teruk sekarang tidak dikawal segera, kerana para penoreh getah sedang berhadapan masalah berganda kerananya.

Ini kerana, ketika harga getah jatuh merudum, musim kemarau yang melanda negara pula menyebabkan susu getah hanya sedikit, dan dalam masa yang sama, kos sara hidup melonjak naik.

Daripada RM4.50 - 5.00 sekilo pada tahun 2011, kini harga getah sekerap hanya sekitar RM2.40 sekilo, menyebabkan hidup penoreh getah tradisional sangat tertekan.

Tekanan hidup ini dirasai dengan jelas khasnya oleh penoreh getah tradisi yang tinggal di pedalaman negeri seperti Terengganu dan Kedah.

Di Baling, Kedah tempat berlakunya demonstrasi 1974 kerana kemiskinan akibat kejatuhan harga komoditi itu, penduduknya mulai marah sekarang.

Pada 1974, penoreh getah di Baling, Kedah berdemonstrasi kerana tidak berpuas hati dengan kejatuhan harga komoditi itu pada tahap sangat rendah.

 Pada 1974, penoreh getah di Baling, Kedah berdemonstrasi apabila harga getah jatuh pada tahap sangat rendah, dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada masa it terlibat secara langsung dalam demonstrasi tersebut. – Gambar fail.  
Pada 1974, penoreh getah di Baling, Kedah berdemonstrasi apabila harga getah jatuh pada tahap sangat rendah, dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada masa it terlibat secara langsung dalam demonstrasi tersebut. – Gambar fail.  

Hero pada ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terlibat secara langsung dalam demonstrasi tersebut.

"Saya meminta Datuk Seri Anwar membawa isu ini sekali lagi ketika beliau berkempen di Kajang sekarang," kata Mazlan Aliman, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak) yang turut terasa dengan masalah kejatuhan harga komoditi ini.

Menurut Mazlan, Anak sudah menghantar memorandum kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Douglas Unggah Embas mengenainya sebaik sahaja harga getah mulai jatuh hampir setahun lalu.

"Kita mencadangkan agar subsidi diberikan kepada petani ini untuk sekurang-kurangnya melepaskan mereka dari paras kemiskinan," kata Mazlan kepada The Malaysian Insider.

Sebelum itu, Mazlan dan anak buahnya menjelajah seluruh negara bertemu dengan pekebun kecil getah bagi menilai masalah mereka akibat kejatuhan harga getah ini.

Menurut portal milik PAS, Harakahdaily, seorang penoreh getah dari Kampung Caruk Bemban, Kupang, Zakaria Abdul Wahab, 58, mencabar media massa di negara ini membuat tinjauan segera mengenai harga getah semasa yang makin jatuh merudum.

Harga semasa getah sekarang ialah RM2.30 sehingga RM2.70 sekilogram mengikut kawasan dan kemungkinan akan jatuh lagi.

Situasi itu katanya, membuatkan penoreh terpaksa mengikat perut sekali lagi ekoran harga barangan kian melambung berbanding pada 2009 dan 2010 di mana harga getah melonjak tinggi sehingga melegakan para penoreh.

Beliau bimbang, kejadian Baling 1974 akan berulang.

Di Setiu, Terengganu, harga getah sekerap hanyalah sekitar RM2.40 sekilo berbanding RM 4.50 - 5 sekilo dua tahun lalu.

Seorang aktivis masyarakat di Setiu, Dr Azman Ibrahim, ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, topik kejatuhan harga getah kini menjadi isu utama di kedai kopi di kawasan beliau itu.

"Sekarang musim panas, daun getah luruh, pohon getah kurang keluar susu. Harga getah sekerap sekilo RM2.40.

"Musim susu kurang sekarang, sebatang pohon getah kena toreh 3 hari baru cukup sekilo. Harga 3 kilo getah baru cukup utk beli sekilo ikan selayang.

"Maknanya sebatang pokok getah kena toreh sembilan hari, baru boleh beli sekilo ikan kelas paria macam ikan selayang!" tulis Dr Azman dalam Facebooknya.

Di Kuala Nerang, Kedah, pekebun getah sekitar Mukim Kurung Hitam, terpaksa merayu kerajaan supaya membantu pekebun kecil mengekalkan harga getah yang dikatakan semakin turun hingga membebankan keluarga pekebun, akhir-akhir ini.

Penoreh, Mohd Sobri Mohd Hassan, 44, dari Kampung Belukar berkata, nasib penoreh getah kini boleh dikatakan seperti pada era 80-an kerana walaupun harga getah sekarang sekitar RM2.60 sekilogram, tetapi kos kehidupan yang tinggi seperti tidak ada nilainya.

Bagi Jewe Jeman, 60, jika kerajaan tidak masuk campur dalam menentukan harga, sudah pasti harga getah turun lagi.

Katanya, selain harga getah semakin menurun, masalah kuantiti hasil yang semakin berkurangan juga turut menjadi masalah kepada penoreh terutamanya pada musim kemarau ini sebab daun getah akan luruh dan mengeluarkan pucuk hingga menjejaskan pengeluaran.

"Dulu, setiap 10 hari saya mampu memperoleh 100kg iaitu RM140 untuk kebun seluas 0.6 hektar, tetapi kini ia mampu menghasilkan 60kg sahaja," katanya sebagaimana dilaporkan akhbar Sinar Harian.

Ekoran dari kejatuhan harga itu, kerajaan diminta berbuat sesuatu bagi meringankan bebanan mereka.
Menurut Ahli Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Kewangan Majlis Profesor Negara, Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman, untuk mengelak penoreh getah daripada terus terhimpit kerana penurunan harga getah tersebut, kerajaan perlu memikirkan satu mekanisme khusus bagi membantu mereka.

"Kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk membantu mereka pada saya untuk tempoh ini... mungkin kerajaan boleh membantu dengan memberi bantuan khusus kepada mereka

"Mungkin model BR1M boleh dijadikan contoh," katanya.

Taib, Dr M, Tok Guru, Ku Li

Posted: 16 Feb 2014 05:51 PM PST



Rekod pemegang lama dalam jawatan, sukar dipecah 50-100 tahun lagi

Di Mesir mereka ada firaun (pharoahs), Hosni Mubarak, Anwar el- Sadat, Gamal Abdel Nasser dan sekarang Field Marshal Abdul Fattah el-Sisi yang saya jangka akan memerintah lama!

Di Amerika Congress telah meminda perlembagaan setelah Presiden Franklin Roosevelt dari Parti Demokratik yang amat popular itu kerana dasarnya yang radikal untuk rakyat biasa iaitu the New Deal memenangi Rumah Putih empat kali berturut-turut 1933-1945 dan kalau dia tidak meninggal dunia tahun 1945 akan memenangi pilihan raya  presiden seterusnya.

Kini Presiden Amerika Syarikat hanya boleh menduduki Rumah Putih selama lapan (8) tahun maksimum.

Di UK, Singapura dan kita pemegang jawatan perdana menteri serta menteri besar dan ketua menteri tidak ada had- bisa memanaskan kerusi empuk sehingga mati kalau parti mereka bersetuju atau mereka berundur secara sukarela seperti Dr Mahathir, Nik Aziz Nik Mat dan Taib Mahmud.

Dr Mahathir bersara sebagai PM selepas 22/23 tahun (1981-2003), Taib Mahmud berhenti sebagai Ketua Menteri Sarawak selepas 33 tahun (1981- 2014), Tok Guru Nik Aziz telah berkhidmat selama 23 tahun sebelum mengundur diri sebagai Menteri Besar Kelantan (1990 -2013). Sementara Tengku Razaleigh Hamzah masih MP Gua Musang 40 tahun berturut-turut dalam satu kawasan.

Nampaknya dia boleh die in office yakni dia bisa memegang jawatan sehingga meninggal dunia kalau itulah pilihannya. Lim Kit Siang juga lama dalam Parlimen tetapi di dalam beberapa kawasan di berbagai negeri.

Wan Mokhtar Ahmad memegang jawatan Menteri Besar Terengganu selama 25 tahun sehingga dikalahkan pada tahun 1999. Mereka ini, suka duka, manusia luar biasa- Speaking describes them as remarkable human beings!

Saya tidak jangka rekod mereka boleh dipecahkan selama 50-100 tahun lagi kecualilah Malaysia menjelma menjadi sebuah dictatorship, absolute monarchy atau sistem kepimpinannya ala Ayatollah di Iran.

Di Mesir tentera campur tangan dalam politik semenjak revolusi anti - monarki tahun 1952. Di negara kita agama, bahasa dan perkauman agenda, isu terpenting dalam politik dan pilihan raya.

Cerdik pandai dan penganalisis politik Barat -juga dua tiga kerat orang kita- menyangka Mohamad Morsi dari Ikhwanul Muslimun atau Muslim Brotherhood akan berkuasa berdekad lama seperti Hosni Mubarak.

Pemerintahan Morsi pendek kerana dia "diguling" oleh tentera dengan sokongan rakyat yang tidak mahunya memerintah seolah-olah dia khalifah. Kalaupun el-Sisi tidak lama berkuasa seperti Anwar el- Sadat dibunuh dan Hosni Mubarak penggantinya dilucut jawatan saya yakin penggantinya seorang jeneral yang lain.

Di negara kita setakat ini (57 tahun) tiada hujan politik tengah hari lagi di peringkat nasional- berapa lama lagi situasi ini akan berterusan?

Seperti kata P Ramlee:

Andainya (dia) dapat mengubah
Tetap ku terima...
Tapi tak berdaya
Ku sangka panas sampai kepetang
Rupanya hujan di tengah hari.

Itulah nasib yang dialami legenda dan ikon Melayu- P Ramlee. Nasib tragis ini bisa berlaku pada kita jika kerajaan dan Melayu Islam tidak berubah segera.

Ku Li mungkin tidak kesempatan jadi perdana menteri tetapi dia tercatat pemegang rekod MP terlama berkhidmat continuously without any break.

Dan nampaknya kata Speaking he would go on and on and on. Kalau pun Kit Siang tidak dapat jawatan yang diidaminya, timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri kepada Anwar Ibrahim dia seperti Ku Li MP lama berkhidmat dan nampaknya will go on and on from one state to another.

Saya kini sedang membaca buku terbaharu tentang Anwar. Tajuknya ANWAR IBRAHIM Evolution Of A Muslim Democrat... and Prime minister -in- waiting oleh Charles Allers, penerbitan Monsoon 2014.

Kononnya ramai manusia- dalam dan luar negara- mahu sangat Anwar menggantikan Najib sebelum atau selepas PRU14. Baca buku ini yang berharga RM49.90 mempunyai 335 muka surat. Sama dengan harga sepinggan nasi lemak dan secawan kopi/ teh di hotel 5 bintang  atau di restoran butik.

Kenapa di sana-sini nampaknya ramai rakyat semua bangsa, Cina terutamanya, amat benci kepada kerajaan sekarang? Saya tanya beberapa Tan Sri Cina dalam perayaan Tahun Baru Cina sebuah think tank kenapa mereka benci kerajaan- anda sudah kaya dan Tan Sri pula?

Jawab mereka dalam berbagai idiom tapi maksudnya sama sahaja: "because of crushed hopes"- kurang lebih kerana harapan mereka kepada Najib hancur berderai.

Maknanya selepas dapat betis mahu paha pula.

Beberapa Tan Sri Melayu merumuskan, "Melayu Islam dan Peribumi benci kepada kerajaan kerana terlampau sangat bertolak ansur- kera di hutan disusu dan anak di atas riba letih kelaparan dan dahaga." Seorang dua tetamu India senyum, geleng kepala sambil bermadah "Right, right. That's correct".

Diplomat asing kelihatan tercengang, senyum dan ketawa di antara mereka. 

Ringkasannya selagi perkauman, bahasa, agama dan pembahagian kekayaan negara dan ekonomi dan jurang perbezaan pendapatan di antara kaum terus menjadi isu besar dalam politik dan selagi kontrak sosial dikecam selama itulah polarisasi di antara kaum terus wujud dan keharmonian sebenar tidak akan terjalin.

Dulu mereka menerima kontrak sosial kerana Umno dan kerajaan kuat walaupun Pas pembangkang. Situasi telah bertukar, Umno tidak lagi kuat dan seperti ditegaskan oleh Jocelin Tan dalam komentarnya dalam The Star minggu lepas Umno is not going to Sarawak because it is busy fighting for its survival in Peninsular Malaysia. How true. Pas kini anggota ketiga dalam troika pembangkang.

Berbalik kepada buku Anwar Ibrahim. Buku ini mengisahkan  bekas aktivis pelajar dan Islam menjadi elitist, insider dan pemimpin kedua dalam kerajaan konservatif ke penjara; kini seorang outsider dan ketua pembangkang menunggu tanpa sabar lagi untuk menduduki Sri Perdana yang dibina semasa dia anggota kerajaan, kalau boleh sebelum PRU14 atau selewat-lewat selepasnya.

Apa pun politikus dan pemimpin Umno harus membacanya. Know thy enemy. Tidak rugi membaca walaupun begitu kita harus berwaspada tatkala membaca sebuah biografi seperti kata Mark Twain, "Biographies are but the clothes and buttons of the man- the biography of the man himself cannot be written". Maknanya sebuah biografi hanya pakaian dan butang seluar dan baju seseorang; cerita sebenar orang itu tidak bisa ditulis.

Gunung berapi: Penerbangan AirAsia terjejas

Posted: 16 Feb 2014 05:47 PM PST

Kelud Gunung Kelud. - Sumber foto The Jakarta Post
 

SUSULAN letupan gunung berapi Kelud, di Jawa Timur, Indonesia pada Jumaat, yang menyebabkan pemindahan penduduk dan penutupan lapangan terbang antarabangsa, beberapa penerbangan AirAsia dari Malaysia telah terjejas.
  
AirAsia dalam kenyataan hari ini berkata penerbangan ke dan dari Surabaya, Semarang dan Yogyakarta dibatalkan berikutan penutupan lapangan terbang.
  
"Debu akibat letusan gunung berapi menjejaskan kualiti udara kawasan persekitaran, menyebabkan jarak penglihatan terhad, sekali gus membahayakan keselamatan penumpang. Debu gunung berapi itu boleh mengancam keselamatan dan prestasi pesawat seperti menyebabkan kerosakan kekal pada enjin pesawat," kata kenyataan itu.
  
Menurut kenyataan itu, penerbangan AirAsia Malaysia yang terjejas ialah Kuala Lumpur ke Yogyakarta dan Kuala Lumpur ke Solo sementara penerbangan AirAsia Indonesia yang dibatalkan ialah Yogyakarta ke Jakarta; Yogyakarta ke Bali; Yogyakarta ke Kuala Lumpur; Yogyakarta ke Singapura dan Solo ke Kuala Lumpur.
  
Jumaat lepas, jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Nasional Indonesia Sutopo Purwo Nugroho dilaporkan berkata bencana itu telah menyebabkan tiga terkorban dan kira-kira 200,000 penduduk diarahkan segera berpindah.

Direktor-Jenderal Perhubungan Udara Kementerian Pengangkutan Indonesia Herry Bakti dilaporkan sebagai berkata: "Semua penerbangan ke lapangan terbang berkenaan dibatalkan, dan penerbangan lain termasuk beberapa penerbangan antara Australia dan Indonesia, dilencong ke laluan lain".
  
Sementara itu, Malaysia Airlines (MAS) berkata insiden letupan gunung berapi itu tidak menjejaskan operasinya.
  
"Penerbangan Malaysia Airlines ke dan dari Indonesia serta dari Australia dan New Zealand tidak terjejas setakat ini. Semua operasi berjalan seperti biasa dan mengikut jadual.
  
"Kami sedang memantau dengan teliti perkembangan dan akan memaklumkan kepada penumpang jika mana-mana penerbangan berjadual perlu diubah," kata MAS dalam jawapan e-mel kepada Bernama.
  
MAS berkata pada masa ini, ia mengadakan penerbangan ke Jakarta, Denpasar dan Medan di Indonesia.
  
Usaha untuk menghubungi Malindo Air tidak berhasil buat masa ini. - Bernama

Tiada ulasan: