Kelab Greenboc |
Ahmad Maslan Kena Tibai Setiap Penjuru, Dalam Islam Beliau Perlu Dikenakan Hukuman Sebat! Posted: 04 Feb 2014 12:31 AM PST SPR selar Ahmad Maslan mahu jadikan isu Liwat II bahan kempen di Kajang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menyelar kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang mahu membabitkan kes rayuan Liwat II Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan video seks seorang lelaki menyerupainya sebagai modal kempen Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang tidak lama lagi. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, yang menganggap perbuatan itu menyalahi peraturan pilihan raya, berkata SPR akan memantau tempoh berkempen selain meminta tiada sebarang unsur provokasi dilakukan sepanjang tempoh itu. "Perkara itu belum pun lagi berlaku tetapi kita ada peraturan. Fitnah, pembohongan, memalukan dan mengaibkan tidak dibenarkan. Kita akan pantau. "Perkara ini saya lihat lebih kepada serangan peribadi dan ia tidak dibenarkan," katanya kepada The Malaysian Insider. Semalam, Ahmad, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata pengundi di Kajang perlu diingatkan bahawa calon PKR adalah seorang yang dibebani kes mahkamah yang belum selesai. Katanya, Anwar tidak boleh menghalang sesiapa jua yang mahu menggunakan kontroversi berkenaan sebagai modal berkempen kerana kes liwat pemimpin pembangkang itu belum selesai. "Persepsi terhadap beliau masih ada tentunya sebab dia belum disahkan Mahkamah Rayuan dan selepas itu belum lagi disahkan di Mahkamah Persekutuan. "Jadi, dia tak boleh menghalang sesiapa untuk bercerita bahawa dia adalah seorang yang masih lagi mempunyai kes di mahkamah," katanya dilapor Malaysiakini. Ahmad menyeru jentera pilihan raya Umno melipat gandakan usaha bagi mendedahkan wajah sebenar Anwar. "Kes video belum selesai, kes liwat belum selesai. Jadi, lepas itu pergi ke masjid, orang masjid pun dengar, orang masjid pun fikir, dia ini dah lepas. Tak betul. Dia ini belum lepas. Saya sebut ini tentang fakta. "Masuklah dalam Malaysiakini, The Malaysian Insider ke, kalau nak highlight apa yang saya sebut ini benar," katanya seperti dilapor Malaysiakini. Dalam mengulas kenyataan Ahmad, Abdul Aziz menggesa semua pemimpin politik agar menasihatkan pengikutnya agar tidak melakukan sebarang bentuk provokasi. Katanya, apa yang lebih membimbangkan adalah apabila penyokong parti politik cendrung melanggar peraturan pilihan raya yang telah ditetapkan pada hari penamaan calon. "Kami boleh memberikan kawalan tetapi parti politik perlu memberikan kerjasama untuk menasihati pengikut mereka. "Kebanyakan mereka ini, cakap lain, buat lain. Semasa hari penamaan calon diingatkan adalah dilarang memberikan ceramah politik dan menggunakan pembesar suara," katanya yang meminta segala bentuk keganasan yang pernah berlaku dalam PRK sebelum ini tidak diulangi. Sebelum ini, Naib Presiden PKR N. Surendran mendesak SPR mengutuk kempen Umno itu selain meminta Najib memberikan penjelasan berhubung kenyataan Ahmad. Katanya, Abdul Aziz perlu lebih pro aktif dalam mempertahankan integriti proses pilihan raya. "Kegagalan SPR berbuat demikian membuktikan mereka 'tidak bertaring' dan cenderung menyebelahi BN," kata Ahli Parlimen Padang Serai itu. Sementara itu, Abdul Aziz berkata SPR akan mengkaji bentuk perundangan yang dapat menghalang mana-mana wakil rakyat meletak jawatan tanpa alasan munasabah. Katanya, seseorang wakil rakyat yang dipilih rakyat perlu bersedia untuk berkhidmat dalam tempoh lima tahun dan bukan sewenang-wenangnya menyalahgunakan sistem demokrasi. "Mereka ini jika disahkan sakit tenat, tidak mengapa. Ini telah menyalahgunakan kebebasan. Sewajarnya mereka harus bersedia untuk tempoh lima tahun. "PRK bukan sahaja merugikan pihak tertentu tetapi juga media, jabatan kerajaan dan anggota polis," katanya yang mengesahkan PRK Kajang akan diadakan setelah penyandang kerusi itu memaklumkan kepada Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh. Sebelum ini, PKR menyifatkan PRK Kajang sebagai satu mekanisme pengukuhan Pakatan Rakyat (PR) walaupun terpaksa membelanjakan wang untuk menjalankan pilihan raya. -TMI
ULASAN GB Rata-rata pemimpin UMNO jahil mengenai hukum Islam. Itu sebab mereka gemar memfitnah malah berbangga dengan fitnah yang mereka lakukan. Yang paling pandai dalam agama pun di kalangan mereka iaitu Jamil Khir telah menghalang kes Qazaf yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari dibicarakan di Mahkamah Syariah. Dan kebanyakan mereka berbangga bergambar dengan Raja Blogger Seks yang merupakan pemfitnah tegar yang mereka bela, papagomo namanya: Dan tidak hairan Ahmad Maslan juga gemar dengan fitnah seks dan liwat kerana beliau dikenali sebagai amat mesra dengan papagomo. Kita ingin beritahu kepada menteri-menteri termasuk sekalian blogger pro-UMNO yang memfitnah tentang qazaf itu bahawa mereka mungkin terlepas sebatan di dunia, tetapi ingatlah wahai mereka bahawa sebatan itu akan tetap terlaksana di "sana". |
UMCEDEL Ramal Anwar Menang Besar, PAS Selangor Setuju Bantu Anwar Posted: 03 Feb 2014 04:45 PM PST Umcedel jangka Anwar menang majoriti besar di Kajang Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) menjangkakan calon PKR dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu memperolehi majoriti yang lebih besar berbanding PRU13 lalu. Pengarah Umcedel, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, berkata isu dalaman yang berlaku dalam PKR tidak akan mempengaruhi undi kepada ketua umum PKR itu. Katanya, kehadiran pemimpin itu sebagai calon di DUN Kajang adalah penyelesaian kemelut isu terbabit. "Isu krisis dalaman parti itu tidak memberi kesan kepada pengundi di Kajang, malah beliau akan menang dengan majoriti yang besar. "Mengikut kajian sejak 1999, pilihan raya adalah perkara yang ditunggu rakyat, tidak ada soal tidak suka atau sebaliknya," katanya seperti dilaporkan oleh Selangorkini. Anwar diumumkan menjadi calon DUN Kajang oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lim Chin Cheh meletak jawatan. Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 Mei tahun lalu, PKR menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas. Peletakan jawatan Lee Chin Cheh menimbulkan kegelisahan di kalangan penyokong Pakatan namun selepas penjelasan diberikan, sokongan kepada Anwar semakin padu. Redzuan bersetuju masalah dalaman PKR perlu diselesaikan dengana segera, sebaiknya sebelum PRU ke-14 menjelang. -TMI
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan