MIMPI SENJA |
- Macam ni punya orang pun ada ... Lepas gian pada patung
- Salahkah Anwar terus mengejar cita-cita jadi PM?
- PAS sokong Anwar di Kajang, soal MB Selangor tidak timbul, kata presiden
- PRK Kajang: Nallakaruppan Pula Nak Lawan Anwar
- Ahmad Maslan Hanya Menghodohkan Lagi Wajah UMNO
Macam ni punya orang pun ada ... Lepas gian pada patung Posted: 03 Feb 2014 09:18 PM PST BRASILIA: Seorang pencuri dirakamkan cuba mengadakan hubungan seks dengan patung peraga pakaian selepas memecah masuk sebuah pusat beli-belah di Jaragua, lapor media semalam. Aksi lelaki terbabit terdedah selepas pengawal keselamatan di pusat beli-belah itu menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan untuk mencari maklumat mengenai beberapa kejadian curi di situ. Melalui rakaman CCTV itu pengawal keselamatan melihat seorang lelaki mencuri beberapa pasang pakaian. Pada satu ketika lelaki terbabit dilihat menegakkan sebuah patung di dinding sebelum mencium 'payudara' dan melakukan aksi lucah. Lelaki itu yang menutup mukanya menggunakan kemeja-T dipakai kemudian memakai semula seluarnya sebelum beredar. Rakaman itu dimuat naik ke YouTube dan sudah dilihat beribu kali sehingga semalam. Suspek akhirnya ditahan selepas pihak berkuasa dimaklumkan dan mereka mengenal pasti lelaki terbabit apabila dia kembali ke situ. Pihak polis percaya suspek mencuri baju berkenaan untuk dijual bagi mendapatkan dadah. Sementara itu, pengurus pusat beli-belah berkenaan Ricardo Carvalho menganggap kejadian itu "terlalu pelik." "Bayangkan jika dia memecah masuk rumah orang, tidak mustahil dia melakukan perkara seperti itu terhadap seseorang," katanya dalam satu kenyataan. Suspek pula mendakwa dia memasuki pusat beli-belah itu kerana "tiada kerja lain." Bagaimanapun, dia enggan mengulas perbuatan lucahnya itu. -Agensi- MD |
Salahkah Anwar terus mengejar cita-cita jadi PM? Posted: 03 Feb 2014 08:14 PM PST Kejutan yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan kemungkinan besar menjadi menteri besar Selangor selepas itu, membuatkan orang ramai bercakap kembali mengenai cita-citanya mahu menjadi perdana menteri. Dalam PRU13 lalu, cita-cita Anwar itu tidak kesampaian berikutan jumlah kerusi yang dimenangi oleh PR hanyalah 89 berbanding BN sebanyak 133. Meskipun kekurangan bilangan kerusi tetapi dengan penguasaan undi popular sebanyak 51%, lantas menyebabkan Anwar menangguhkan persaraannya. Beliau barangkali meyakini peluang sebenarnya ialah pada PRU14. Meskipun tidak berjaya menggapai cita-cita ke Putrajaya, Anwar tetap penting dalam perjalanan politik negara. Beliau tidak tenggelam begitu sahaja. Berita mengenainya jarang tidak menarik perhatian ramai. Dengan berjawatan ketua pembangkang, beliau sering bercakap mengenai perpaduan, konsensus nasional, kritikannya terhadap Najib, teguran kepada kerajaan dan semuanya menjadi berita yang diperbualkan rakyat. Malah kejadian beliau dihalang memasuki Jepun juga menjadi bahan berita yang menarik dan ini membuktikan Anwar masih merupakan bahan berita menarik, di sebalik kegagalannya dalam PRU13 lalu. Jika Tun Dr Mahathir Mohamad sering dikatakan sebagai sumber berita yang menarik bagi akhbar dan media baru, Anwar mungkin berada di kedudukan kedua dalam perkara ini. Namun sejak berita mengenai kekosongan kerusi DUN Kajang dan diikuti dengan keputusan rasmi beliau bertanding di kerusi itu, Anwar kembali menjadi sorotan ramai. Beliau menjadi perhatian media dan berita mengenainya dikejar setiap saat oleh pencari berita, tidak kira yang memihak atau memperlekehnya. Beliau dilaporkan akan menjadi menteri besar Selangor dan akan menjadikan jawatan itu sebagai tangga untuk melangkah ke Putrajaya pula. Dr Mahathir sendiri mengakui hakikat itu dengan menyatakan keupayaan mentadbir negeri dengan baik akan dijadikan tiket bagi membuktikan kemampuannya mentadbir negara pula. Tambah Dr Mahathir, jawatan menteri besar Selangor hanyalah tangga untuk Anwar mengejar cita-citanya yang sebenar iaitu menjadi perdana menteri. Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin juga mengakui hakikat sama dengan membayangkan melalui jawatan menteri besar yang disandangnya, Anwar akan menjadi pencabar hebat untuk merampas kerusi perdana menteri yang kini disandang oleh Datuk Seri Najib Razak. Pada masa sama, menyedari bahawa jawatan menteri besar mungkin memberi kelebihan kepada Anwar dan Pakatan Rakyat dalam PRU14 nanti, usaha menghalangnya menduduki kerusi itu turut dibuat. Untuk BN menewaskan Anwar di Kajang, mungkin sesuatu yang mustahil berdasarkan mood dan kedudukan BN yang tidak popular ketika itu, lantas usaha menghasut mengenai kuasa Sultan Selangor pula dilakukan. Ahli akademik, peguam, pemimpin NGO dan peguam pencen tiba-tiba ghairah membuat tafsiran mengenai kuasa Sultan Selangor dalam melantik menteri besar. Semua memberi hujah yang cenderung untuk menghalang Anwar daripada menjadi menteri besar dengan memberi bayangan sultan ada hak menolak Anwar dan memilih calon yang disukai oleh baginda. Mereka yang memberi hujah dan pandangan ini bukan saja menampakkan warna yang jelas sebagai pro BN dan tidak mahu Anwar menjadi menteri besar dengan harapan sultan akan menerima bulat-bulat hujah dan tafsiran mereka tanpa menyedari bahawa sultan juga ada kebijaksanaan sendiri di samping baginda juga mempunyai penasihat yang cukup arif mengenai undang-undang serta perlembagaan negeri. Terlihat ketakutan yang amat sangat di kalangan sesetengah pihak kiranya Anwar berjaya menduduki kerusi menteri besar Selangor akan memudahkan lagi laluannya menuju Putrajaya. Menghalang Anwar daripada menjadi menteri besar sepatutnya dilakukan dengan usaha yang lebih keras bagi memastikan beliau tewas di Kajang dan bukannya dengan cuba menghasut sultan atau mengajar baginda mengenai tafsiran undang-undang dan perlembagaan negeri. Soal sama ada percaturan Anwar kali ini akan memudah atau menyulitkan lagi matlamatnya ke Putrajaya biarlah masa dan takdir Tuhan yang menentukan. Tetapi Anwar memang seorang yang tidak mudah putus asa serta mempunyai daya juang tinggi. Beberapa bekas menteri turut melahirkan kekaguman terhadap daya juang Anwar dan berkata, jika mereka yang dihadapkan dengan pelbagai cabaran dan dugaan seperti itu, sudah lama mengambil jalan berundur dan mengalah saja. Di sebalik pelbagai cabaran, dugaan serta masalah yang membelengunya, sumbangan beliau juga sebenarnya adalah besar. Anwar berjaya mewujudkan barisan pembangkang yang kuat melalui kesepakatan beberapa parti dan ini amat baik dalam sistem demokrasi. Kewujudan pembangkang yang kuat dan tidak berjaya dibentuk oleh mana-mana pemimpin sebelum ini menyumbang beberapa faedah yang bermanfaat kepada rakyat dan ini haruslah diakui sebagai sumbangan terbesarnya kepada rakyat dan negara. Melalui kekuatan pembangkang ini, kerajaan menjadi lebih bertanggungjawab dan tidak boleh lagi bertindak sesuka hati mentadbir negara. Tindakan kerajaan mewujudkan BR1M serta pelbagai bentuk bantuan lainnya, menukar pinjaman tabung PTPTN menjadi biasiswa dan lain-lainnya tidak lain adalah bertujuan menunjukkan kerajaan lebih prihatin kepada rakyat bawahan dan menyaingi janji yang dilakukan oleh pembangkang. Sekiranya kekuatan pembangkang ini berterusan dan politik kita menjadi sistem dua parti iaitu BN dan PR, nikmat yang diperolehi oleh rakyat tentu lebih berganda lagi. Sesiapa yang menjadi kerajaan akan berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat agar dalam pilihan raya yang seterusnya mereka terus diberikan sokongan. Mana-mana kerajaan yang tidak baik, tidak amanah dan tidak menunaikan janji pula boleh ditukar oleh rakyat dengan memberi peluang kepada parti lain pula menjadi kerajaan. Inilah sistem yang menjadi amalan di beberapa negara maju sekarang ini. Dalam konteks negara kita, walaupun pengejaran cita-cita Anwar menjadi perdana menteri tidak dinafikan mempunyai unsur untuk kepuasan peribadi dan matlamat yang dipendam sejak sekian lama tetapi memandangkan bersamanya turut berkembang suasana politik yang semakin matang, faedah untuk rakyat juga turut ada. Ini kerana Anwar dan Pakatan Rakyat, dalam usaha menarik sokongan, menjanjikan pelbagai faedah serta pembaharuan untuk rakyat dan negara jika mereka diberi kuasa. Kiranya janji-janji itu diyakini dapat ditunaikan dan pembaharuan yang dijanjikan juga boleh menjadi kenyataan, tidak mustahil mereka mampu mengungguli kuasa. Setelah kuasa diperolehi pula, sekiranya ia gagal ditunaikan, rakyat juga mempunyai pilihan untuk kembali menerima BN semula. Namun sekiranya mereka mampu menunaikan janji dan terbukti menggembirakan rakyat, sokongan akan terus diterima. Sistem dua parti dan kerajaan yang boleh bertukar ganti harus diakui lebih baik daripada membiarkan sesebuah kerajaan memerintah selama 50 atau 100 tahun tanpa hentinya. Inilah yang seharusnya difahami di sebalik Anwar terus berusaha mengejar cita-citanya. – shahbudindotcom.blogspot.com, 4 Februari, 2014.- TMI |
PAS sokong Anwar di Kajang, soal MB Selangor tidak timbul, kata presiden Posted: 03 Feb 2014 07:13 PM PST Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS malam tadi memutuskan akan membantu PKR dalam pilihan raya kecil di Kajang, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Abdul Hadi dalam satu kenyataan berkata, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dilantik mengetuai jentera pilihan raya PAS dalam pilihan raya kecil kali ini. Kenyataan Abdul Hadi melenyapkan semua desas desus dan kenyataan pemimpin muda PAS sebelum ini yang menimbulkan ura-ura parti Islam itu akan memboikot pilihan raya kecil itu. Selain itu, ia turut mengesahkan laporan media sebelum ini bahawa beliau tidak bersetuju Anwar menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Pilihan raya kecil ini akan diadakan berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang dari PKR, Lee Chin Cheh baru-baru ini. Abdul Khalid, pada satu sidang media minggu lalu memaklumkan PKR akan memilih ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon mereka. Keputusan Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS adalah antara korum mesyuarat yang berpengaruh dalam parti itu kerana ia disertai oleh hampir semua pimpinan utama dan dipengerusikan oleh Abdul Hadi sendiri. Mesyuarat itu diadakan jam 9.00 malam tadi di Pejabat Agung PAS. "Bersesuaian dengan semangat dalam Pakatan Rakyat maka PAS Pusat dan PAS Negeri Selangor akan membantu jentera pilihan raya PKR berdasarkan kepada keperluannya dalam menghadapi PRK ini," kata Abdul Hadi dalam kenyataannya. Selain itu, mesyuarat itu juga merakamkan kecaman terhadap hukuman gantung sampai mati yang diputuskan oleh Tribunal Jenayah Perang di Bangladesh terhadap mantan Menteri Pertanian (2001 - 2003) dan Menteri Industri (2003 - 2006) Bangladesh yang juga merupakan Ameer Jamaat Islami Bangladesh, Maulana Matiur Rahman Nizami. Beliau dikatakan dinafikan perbicaraan yang adil dan berdepan dengan berbagai ancaman ketika perbicaraan. Abdul Hadi berkata, PAS turut mendesak tribunal tidak sepatutnya menjadi penghukum politik kepada kerajaan yang terdesak, dan seharusnya mendengar kritikan badan guaman dan hak asasi manusia antarabangsa. - 4 Febuari, 2014.-TMI |
PRK Kajang: Nallakaruppan Pula Nak Lawan Anwar Posted: 03 Feb 2014 09:07 AM PST PETALING JAYA: Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang berkemungkinan menyaksikan seorang lagi kenalan rapat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan diri bertanding menentang Ketua Pembangkang itu. Senator Datuk S. Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Kebangsaan India Malaysia (MUIP) pada Isnin menyatakan minat untuk bertanding menentang Anwar dalam PRK itu nanti. Pengumuman rasmi mengenai hasratnya itu akan dibuat pada sidang media khas di pejabat MUIP petang Selasa. "Ya benar (mahu bertanding). Tunggu pengumuman esok (Selasa)," katanya ringkas ketika dihubungi mStar Online di sini. Sebelum ini bekas pembantu peguam bela Anwar, Yuktes Vijay turut menyatakan hasrat bertanding sebagai calon bebas pada PRK Kajang. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Rabu ini bagi menentukan tarikh penamaan calon dan hari pengundian. Kerusi DUN Kajang kosong selepas Adun kawasan itu, Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan pada 27 Januari lepas. Pakatan pembangkang menamakan Anwar sebagai calon mereka jika pilihan raya kecil diadakan. [mStar 4/2/14] |
Ahmad Maslan Hanya Menghodohkan Lagi Wajah UMNO Posted: 03 Feb 2014 05:39 AM PST Satu-satunya pemimpin dalam dunia, dari zaman kuno hingga dunia moden, yang mengaku dirinya seorang yang pandai sambil membanggakan pencapaian CGPA 3.85 ketika di universiti, Ahmad Maslan yang kini menjawat jawatan Ketua Penerangan UMNO dan Timbalan Menteri Kewangan, hari ini tampil dengan satu lagi "kecerdikannya" menjelang kempen pilihanraya kecil DUN Kajang yang bakal diadakan tidak lama lagi. Selepas mengadakan taklimat tertutup anjuran UMNO Hulu Langat, beliau memberitahu, kes liwat Anwar Ibrahim yang masih belum selesai di mahkamah dan video seks yang menyerupai Ketua Pembangkang itu akan menjadi bahan kempen utama sepanjang pilihanraya itu nanti. Menurut beliau, pengundi DUN Kajang perlu diingatkan bahawa pembangkang menawarkan seorang calon yang masih mempunyai beban kes di mahkamah dan tidak menjadi kesalahan untuk UMNO bercerita tentang peribadi calon pembangkang itu kerana kita mahu pengundi memilih calon yang benar-benar sesuai sebagai wakil rakyat mereka. Dengan awal-awal lagi sudah memberi signal akan membangkitkan dan menjaja cerita seks dan liwat mengenai Anwar Ibrahim yang bakal bertanding di DUN Kajang, ia tidak lain memperlihatkan UMNO dan BN benar-benar sudah kekeringan modal untuk menghadapi pilihanraya ini. Ini kerana isu seks dan liwat bukanlah lagi modal yang mendatangkan untung kepada UMNO, BN dan kerajaan memandangkan dalam kempen PRU 13 itu, isu tersebut sudah pun dimainkan semahu-mahunya dan hasilnya kemenangan BN berkurangan daripada 140 kerusi pada 2008 menjadi hanya 133 kerusi saja. Dalam masa yang sama, undi popular BN pula hanyalah 47 peratus berbanding pembangkang 5i peratus. Ini bermakna isu seks dan liwat yang melibatkan Anwar telah gagal mempengaruhi pengundi dan langsung tidak mendatangkan kesan untuk melemahkan kekuatan Anwar serta Pakatan Rakyat. Tambahan pula, dengan faktor pengundi Kajang yang sebahagiannya merupakan penduduk bandar, separa bandar dan terdedah kepada maklumat dunia baru, isu tersebut tidak lebih umpama lauk basi yang tidak akan dijamah oleh sesiapa, malah tercium baunya saja sudah dicampakkan ke dalam tong sampah. Dengan memainkan isu itu, bukan saja peluang BN untuk menang bertambah tipis, malah akan menyebabkan jumlah undi yang diperolehi juga terus merudum. Melalui CGPA 3.85 yang dimilikinya, Ahmad Maslan sepatutnya juga harus sedar bahawa kemenangan BN di banyak kerusi dalam pilihanraya umum lalu adalah atas sumbangan pengundi luar bandar dan kampung yang tidak terdedah kepada maklumat internet dan ia berbeza sama-sekali dengan pengundi Kajang. Bagi kebanyakan pengundi Kajang dan rakyat ketika ini, isu yang membelenggu mereka ialah berkenaan kenaikan harga barang dan beban kos hidup serta beberapa isu lain seperti kerajaan yang baik, pentadbiran yang telus, pemimpin yang berjiwa rakyat dan seumpamanya. Cerita lucah, seks dan liwat bukan makanan orang Kajang. Jika isu sebenar yang menjadi keperluan rakyat tidak ditangani dan dijelaskan dengan baik dan asyik bercakap soal seks dan liwat saja, rakyat akhirnya akan lebih membenci serta menjauhi UMNO, BN serta kerajaan. Dengan awal-awal sudah memberitahu bahawa cerita seks dan liwat akan menjadi modal kempen BN, maka sudah tentulah dapat dijangkakan bahawa kempen BN nanti akan meriah dengan suara-suara daripada NGO seperti TIBAI dan Umi Hafilda yang memang sejak dulu amat pakar bercerita tentang perkara-perkara lucah dan porno mengenai Anwar Ibrahim sedangkan sumbangan mereka juga dianggap gagal selama ini. Blogger dan pengendali laman sosial pro BN yang turut stim dengan cerita seks ini pastinya juga akan memainkan isu tersebut semahu-mahunya sepanjang kempen pilihanraya DUN Kajang nanti. Tidak mustahil juga, atas nama kempen pilihanraya akan diadakan tayangan terbuka video seks yang didakwa menyerupai Anwar itu. Di rumah-rumah pengundi pula, mungkin akan diposkan video yang sama untuk meracuni pemikiran pengundi. Akhirnya apa yang berlaku ialah semua orang hanya bercakap dan bercerita soal seks dan liwat sepanjang kempen itu. Orang yang menonton video seks juga jadi bertambah. Tidak akan ada lagi yang bercakap soal perjuangan UMNO, kebaikan kerajaan dan sebagainya. Yang difokuskan oleh jentera penerangan yang diketuai oleh Ahmad Maslan hanyalah seks dan liwat sedangkan pembangkang atau Pakatan Rakyat terus berkempen dengan menawarkan agenda perubahan, mendedahkan pembaziran dan keborosan pemimpin, kenaikan harga barang dan seumpamanya yang kelihatan relevan dengan keperluan rakyat serta pengundi. Bukan saja peluang kempen tidak digunakan untuk menerangkan asas perjuangan UMNO dan dasar-dasar kerajaan serta menangkis pelbagai tuduhan, malah dengan menjaja cerita seks dan lucah sendirinya menjadikan wajah UMNO dan kerajaan semakin kotor dan hodoh. UMNO dan kerajaan dianggap seolah-olah hanya tahu menjaja cerita berunsur seks dan lucah untuk menutup pelbagai kelemahan dan kepincangannya dan bukan menerangkan keadaan yang sebenarnya. Lagi pula kes liwat Anwar dalam proses mahkamah lagi dan biarlah mahkamah menentukan keadilannya manakala kes video seks pula sudah dinafikan melalui laporan polis. Berterusan menjajanya hanya akan menjadikan wajah UMNO dan kerajaan terus hodoh di mata pengundi. Daripada bertanding di DUN Kajang semata-mata bermodalkan cerita seks, lucah dan liwat sedangkan Pakatan Rakyat menawarkan Anwar Ibrahim bertanding di situ dengan cita-cita yang lebih membara, bukan saja untuk mengekalkan penguasaan di Selangor, bahkan untuk menawan Putrajaya dalam PRU 14, adalah lebih wajar BN memutuskan tidak meletakkan calonnya dalam pilihanraya kecil ini. Sekurang-kurangnya wajah hodoh UMNO dan kerajaan kerana "terlebih cerdiknya" Ahmad Maslan dapat dielakkan. (sH 02/02/2014) |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan