Selasa, 18 Februari 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Erra Fazira SAH Bercerai Talak Satu

Posted: 17 Feb 2014 09:22 PM PST


[Mstar] SHAH ALAM: Desas-desus mengenai keretakan rumah tangga pelakon Erra Fazira dan suaminya Engku Emran Engku Zainal Abdin terjawab apabila pasangan berkenaan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa.

Lafaz cerai dilakukan Engku Emran di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain kira-kira pukul 12.50 tengah hari.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 40, kelihatan tenang manakala Engku Emran, 39, sebak ketika melakukan lafaz tersebut.

Pasangan itu terdahulu tiba di mahkamah secara berasingan kira-kira pukul 11.45 pagi.

Erra ditemani pelakon Erma Fatima dan Datin Umie Aida.



Erra dan Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun.

Sebelum mengahwini Engku Emran, Erra juga pernah berkahwin dengan penyanyi Yusry Abdul Halim pada 15 Jun 2003 dan bercerai tiga tahun kemudian.

Hasil perkahwinan pertama itu mereka tidak mempunyai cahaya mata.-18/2/14


[Kemas Kini] Mohon Cerai Cara Baik Bukan Fasakh, Sebutan Kes 11 Mac

Posted: 17 Feb 2014 08:50 PM PST



[MK] Kes perceraian Nurul Izzah Anwar-Raja Ahmad Shahrir Iskandar yang dijadual di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini ditangguhkan kepada 11 Mac.

Normawaddah Ramli, peguam Nurul Izzah berkata, kedua-dua pihak masih berunding bagi menyelesaikan perkara itu dengan cara baik.

Nurul Izzah menyerahkan permohonannya bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Permohonan itu bukan tuntutan fasakh seperti dilaporkan pelbagai pelbagai media, sebaliknya permohonan cerai cara baik.

Difahamkan juga, cakap-cakap bahawa Nurul Izzah menarik balik permohonan cerainya bulan lalu tidak benar ekoran tiada permohonan sebegitu dibuat setakat ini. -18/2/14




Tiada ulasan: