Selasa, 18 Februari 2014

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Pemuja Aliran Atheist: Keturunan Iblis Laknatullah?

Posted: 18 Feb 2014 07:45 AM PST

Punca kesesatan dan kekafiran Iblis laknatullah di sisi Allah adalah sikapnya yang keterlaluan di dalam menggungulkan logik di atas wahyu.

Ketika Allah memerintahkannya untuk sujud kepada Adam, dipertikaikannya perintah itu melalui satu persoalan yang diajukannya kepada Allah: Apakah dia perlu sujud kepada Adam yang diciptakan daripada tanah yang busuk, padahal dirinya diciptakan daripada api? Dengan sikapnya itu, Allah pun menjadikannya sebagai makhluk yang tersesat dari jalan yang lurus, sehingga ke Hari Kiamat.

Iktibar yang boleh kita petik daripada huraian di atas adalah, hendaklah kita umat Islam berpada-pada dalam menggunakan akal yang dikurniakan oleh Allah, khususnya apabila berinteraksi dengan wahyu Allah yang disampaikan menerusi Rasul pilihannya, Nabi Muhammad shallallahu 'alaiahi wasallam (al-Qur'an dan al-Sunnah yang sahih).

Justeru apabila sampai kepada kita perkhabaran daripada al-Qur'an dan al-Sunnah yang sahih yang dilihat 'bercanggah' dengan logik akal kita, hendaklah kita segera menundukkan akal kepadanya dengan menyerahkannya kepada Allah.

Ketahuilah perbezaan kita dengan orang bukan Islam adalah terletak kepada satu prinsip: "Sami'na wa atho'na...." (kami dengar dan kami taat).

Via cikgu arie

Keputusan Perlawanan Piala FA

Posted: 18 Feb 2014 07:19 AM PST

Kelantan, JDT, Pahang mengulangi kemaraan ke separuh akhir.

:: PKNS FC 3-3 Kelantan (agg 5-6)
:: Kedah 0-2 JDT (agg 1-5)
:: Pahang 2-1 PDRM (agg 3-2)
:: Sarawak 2-2 Felda Utd* (agg 2-2, *away goal)

Siapa admin page pantai timur murtad?

Posted: 18 Feb 2014 06:56 AM PST

Adakah betul?

Boleh sesiapa tentukan?

Dr Mahathir pertahan Kassim Ahmad, sindir pihak buat laporan polis

Posted: 18 Feb 2014 05:47 AM PST

Harris Hardy Hakim

GOMBAK: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan kenyataan yang dibuat intelektual kontroversi, Dr Kassim Ahmad yang dianggap anti hadis.

Dr Mahathir berkata Kassim sering dilabel anti hadis kerana pihak yang menuduhnya gagal berhujah dengannya mengenai isu agama.

"Dia dilabelkan sebagai anti hadis sebab orang tidak boleh jawab apa yang kata.Kita lihat di sini label digunakan sebagai alat untuk mematahkan pendapat orang lain." katanya selepas Majlis Pelancaran Kursi Keamanan Global Tun Mahathir di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini hari ini.

Katanya, sama seperti Kassim beliau juga sering dilabel dengan berbagai gelaran selepas hujahnya tidak diterima pihak tertentu.

"Saya juga dilabel sebagai anti cina, dituduh rasis dan macam-macam. Jadi walaupun saya berkata benda yang benar, saya tetap dianggap rasis," katanya.

Tegas Dr Mahthir, beliau tidak menganggap Kassim sebagai seoarang yang anti hadis dan sebaliknya beliau sama seperti mana-mana orang Islam yang lain.

Mengulas laporan polis yang dibuat oleh beberapa pihak terhadap Dr Kassim, Dr Mahathir berkata perkara tersebut sudah menjadi amalan biasa di negara ini.

"Dia boleh repot. Dalam negara kita kalau tak bersetuju boleh buat repot polis.

"Orang marah sikit pada kita repot polis, orang cubit kita pun repot polis. Mesti kena ada undang-undang anticubit lepas ini.

"Tapi kita bercakap mengenai kebebasan bersuara," katanya lagi.

Kassim dalam satu seminar yang diadakan di Putrajaya pada Ahad dilaporkan antaranya mengkritik "kasta paderi" yang dipanggil ulama, pendewaan terhadap Nabi Muhammad dan berkata rambut bukan aurat wanita.

Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian turut dihadiri oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semalam Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (ASWAJA), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan PAS mengecam kenyataan Kassim itu.

Sementara Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyahut cabaran debat yang dikemukakan oleh Kassim dan mendakwa pihak pernah berdialog dengan intelektual Melayu itu pada tahun 1986.

Kenyataan IKRAM Berkaitan Dengan Kenyataan Kasim Ahmad

Posted: 17 Feb 2014 11:30 PM PST

Mus'ab Nasihah

18 Rabi'ul Akhir 1435 Hijrah bersamaan 18 Februari 2014

Kassim Ahmad, seorang pemikir yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu dengan idea penolakan terhadap hadis sebagai sebahagian daripada sumber rujukan utama umat Islam telah sekali lagi mencetus kontroversi apabila sebuah seminar tentang pemikiran beliau telah dianjurkan baru-baru ini pada 15 dan 16 Februari bertempat di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya.

Seminar ini telah mendapat banyak reaksi dan maklum balas daripada masyarakat dan pertubuhan-pertubuhan yang sensitif dengan isu umat Islam. Sebagai mewakili sebahagian daripada golongan mahasiswa Islam di Malaysia, Ikram Siswa juga amat memandang serius terhadap penganjuran seminar ini dan mengikuti perkembangan aliran ini dengan teliti. Sebagai mahasiswa yang telah diasuh dengan nilai-nilai ilmu dan intelektual yang tinggi, Ikram Siswa mengakui bahawa seminar, wacana dan perbincangan ilmiah merupakan antara medium perkembangan ilmu dan percambahan idea yang baik dan berkesan.

Namun begitu, perkembangan ilmu ini tidak mungkin akan berlaku jika medium -medium yang digunakan ini tidak disertai dengan tokoh-tokoh atau sarjana-sarjana yang benar-benar ahli dalam bidang yang dibincangkan, dalam hal ini, tokoh atau sarjana dalam bidang hadis.

Tambahan pula, diskusi tersebut adalah tentang status penerimaan hadis yang diterima sejak berkurun lama sebagai salah satu daripada sumber-sumber hukum Islam, sudah pasti apa-apa pandangan yang bertentangan dengan apa yang telah dipegang umat Islam sejak sekian lama ini sangat dipandang serius oleh masyarakat.

Setelah meneliti hujah-hujah yang dikemukakan oleh Kassim Ahmad dan pendokong-pendokong aliran beliau, Ikram Siswa dengan yakin menyatakan bahawa hujah-hujah yang diguna pakai oleh beliau adalah tidak kukuh serta tidak boleh dijadikan sandaran dan sama sekali bertentangan dengan displin ilmu yang diterima pakai oleh ahli cerdik pandai.

Jika ditelusuri sejarah penurunan Al-Quran, pengumpulannya, penulisannya, penyimpanannya sehinggalah sampai kepada kita hari ini, kita akan mendapati bahawa ianya telah melalui satu disiplin ilmu yang sangat ketat dan teliti oleh orang-orang yang cukup amanah dan berkredibiliti. Setiap ayat yang hendak ditulis ketika pengumpulannya di zaman saiyidina Abu Bakar
hendaklah didatangkan dengan dua orang saksi yang adil dan dipercayai malah diperakui kesaksiannya.

Begitu juga dengan hadis. Keprihatinan tokoh-tokoh ilmu dalam menjaga keaslian ilmu hadis telah mencambahkan pelbagai disiplin perbincangan ilmu sehingga terbitlah ilmu al-jarh wa at-ta'dil iaitu satu susunan ilmu tentang penelitian ke atas keperibadian, keilmuan dan akhlak setiap yang meriwayatkan hadis. Malah berdasarkan ilmu ini, pandangan masyarakat terhadap setiap yang menyampaikan hadis itu turut diambil kira. Setiap hadis yang sampai kepada kita ada kaedah penentuan keasliannya, bukan ditolak atau diterima pakai sewenang-wenangnya.

Inilah kehebatan tradisi keilmuan Islam yang sangat teliti, peka dan cermat sehingga telah mengembangkan lagi disiplin-disiplin ilmu yang lebih luas dan berkualiti yang telah diwarisi umat sejak temurun dan juga diakui oleh tokoh-tokoh dan sarjana-sarjana bukan Islam. Sungguh ironi bagaimana seseorang itu boleh menolak hadis tetapi menerima al-Quran sedangkan banyak ayat dalam al-Quran sendiri yang menyeru umat Islam supaya mentaati dan mencontohi Nabi Muhammad s.a.w.

Oleh yang demikian, Ikram Siswa menyeru masyarakat Malaysia supaya:

1. Menolak idea pemikiran yang dibawa oleh Kasim Ahmad dan menegaskan bahawa
Hadis merupakan sebahagian daripada sumber utama rujukan umat Islam bersama-sama dengan al-Quran berdasarkan hujah-hujah yang kuat disertai dengan disiplin ilmu yang jelas dan diterima ahli bijak pandai.

2. Mematuhi fatwa yang telah dibuat di peringkat pusat atau negeri-negeri berkenaan kesesatan pemikiran golongan anti hadis yang antaranya termasuklah Kassim Ahmad.

(Sila rujuk fatwa tersebut di sini http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-mengenai-kumpulan-anti-hadis-0 dan http://www.e-fatwa.gov.my/senarai-fatwa-negeri?title=kassim&group_nid=All&field_status_penwartaann_value_many_to_one=All&field_tarikh_keputusan_neg_value%5Bvalue%5D%5Bdate%5D=3. Menyeru badan-badan agama dan pertubuhan-pertubuhan Islam untuk bersama-sama berganding bahu dalam menangani pemikiran ini melalui pendekatan pembudayaan ilmu yang sahih dan jelas yakni hujah bertemu dengan hujah seperti menganjurkan program-program kesedaran kepada masyarakat tentang kecelaruan pemikiran Kassim Ahmad dan golongan yang menolak hadis dan sebagainya. Malah adalah sangat baik jika sebuah dialog dapat diadakan antara sarjana-sarjana hadis dengan Kassim Ahmad sendiri kerana ianya mampu membantu menjelaskan kepada masyarakat tentang yang
manakah pandangan yang benar dan yang manakah pandangan yang salah.

4. Menyeru kepada masyarakat terutamanya golongan mahasiswa untuk meneliti dan mendalami agama Islam melalui displin ilmu yang benar, bukan hanya bergantung kepada logik akal semata-mata.

Marwan bin Abdullah
Presiden IKRAM Siswa Nasional

http://www.ikramsiswa.com/archives/118
Like·Comment·Share
2 people like this.

TUJUH KEUTAMAAN SETEMPAT KAJANG YANG BAKAL DIBERI PERHATIAN KHUSUS

Posted: 17 Feb 2014 10:01 PM PST

TUJUH KEUTAMAAN SETEMPAT KAJANG YANG BAKAL DIBERI PERHATIAN KHUSUS

Saya berpeluang mendekati penduduk di Kajang sejak beberapa minggu lalu untuk mendengar sendiri masalah

dan harapan mereka. KEADILAN juga telah membuat satu kajiselidik dengan pengundi berdaftar di Kajang untuk

mengenalpasti isu-isu setempat yang wajar mendapat pembelaan.

Saya berpuashati bila mana maklumbalas yang saya dapati semasa bersua muka dengan penduduk disahkan oleh

kajiselidik yang dijalankan.

Dapatan utama dari pengalaman saya berinteraksi dengan penduduk menunjukkan bahawa tiga perkara utama yang

memerlukan perhatian segera di Kajang adalah soal keselamatan penduduk akibat jenayah yang makin meningkat,

masalah kesesakan trafik dan soal kebersihan setempat serta kesihatan.

Ini bertepatan dengan kajiselidik yang menyenaraikan keutamaan isu-isu setempat seperti berikut (% menunjukkan

jumlah responden yang bersetuju ia isu yang paling utama untuk diberi perhatian):

1. Keselamatan dan jenayah – 42%

2. Kesesakan trafik – 38%

3. Pengurusan sampah dan kebersihan – 30%

4. Masalah sosial – 20%

5. Bantuan kepada keluarga berpendapatan rendah – 16%

6. Pengurusan gerai penjaja dan peniaga kecil – 12%

7. Perkhidmatan Majlis Perbandaran Kajang – 11%

Saya akan terus mendekati penduduk Kajang untuk berbincang mengenai harapan dan kaedah yang boleh digunakan

untuk menyelesaikan isu setempat ini. Saya yakin bahawa jalan yang terbaik ialah dengan melibatkan masyarakat

setempat dengan memberdayakan mereka menguruskan hal ehwal masyarakat setempat.

Saya juga telah berbincang dengan Institut Rakyat supaya satu kajian perbandingan khusus dibuat serta merta untuk

mengkaji amalan terbaik (best practices) yang digunapakai di tempat-tempat lain dalam menangani beberapa masalah

yang perlu diberikan keutamaan di Kajang. Hasil dari kajian itu akan dibentangkan dan dibincangkan bersama

penduduk supaya kita dapat menggembleng tenaga semua pihak untuk menjadikan Kajang selamat, bersih dan

lancar.

Sudah tentu isu-isu nasional yang mendesak seperti kenaikan harga barang, peluang pekerjaan, perumahan yang

diluar kemampuan rakyat dan gaji yang tidak meningkat memerlukan pembelaan berterusan.

Saya berharap usaha yang berterusan untuk menyelesaikan tujuh keutamaan setempat yang saya gariskan akan

melonjakkan Kajang sebagai salah sebuah bandar satelit terbaik di negara ini.

ANWAR IBRAHIM

18 Februari 2014

AMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP KENYATAAN BIADAP DR KASSIM AHMAD

Posted: 17 Feb 2014 05:47 PM PST

AMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP KENYATAAN BIADAP DR KASSIM AHMAD

(17 Februari 2014)

Tidak ada umat Islam yang tidak marah apabila Dr Kassim Ahmad menyentuh sensitiviti agama Islam apabila mendakwa umat Islam terlalu mendewakan Nabi Muhammad SAW dengan syahadah kedua serta rambut bukanlah aurat wanita. Beliau turut menyentuh bahawa golongan ulama' telah diseleweng melalui amalan "kasta paderi" di mana mereka (golongan ulama') melantik diri sendiri sebagai pentafsir agama kepada umat Islam.

Program anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana dan bertempat di Putrajaya dengan menampilkan Dr Kassim Ahmad, individu yang dilabel sebagai anti hadis dan menjulang personaliti tersebut ke kedudukan tertinggi. Entah apa jasanya sehingga pemikiran beliau diseminar kan dan diwacanakan dengan beliau sendiri dijemput memberikan ulasan. Agak menghairankan bagaimana program sebegini boleh mendapat kelulusan, mendapat tempat teristimewa di kawasan Putrajaya dalam keadaan program agama yang lain diburu dan dipantau ketat. Mengapa tiada tindakan sebelum program dijalankan bagi memastikan tiada pandangan yang pelik dan mengelirukan umat Islam dilontarkan ketengah masyarakat.

Pastinya kenyataan Dr Kassim mengundang kemarahan jutaan umat Islam di negara malah di seluruh dunia. Nabi Muhammad SAW adalah insan kesayangan Allah SWT, kecintaan umatnya pada hari ini sehingga disambut kelahirannya setiap tahun. Mencintai Rasulullah SAW adalah ibadah, menjamin syafaat baginda, serta mendapat kecintaan juga daripada Allah SWT. Rasulullah SAW adalah insan maksum yang boleh dicintai dan diagungkan, kerana ia sebahagian daripada rukun Iman dan syahadah umat Islam. Mengguris peribadi Rasulullah SAW bererti mengisytiharkan perang ke atas umat Islam.

Beliau juga gagal memahami bahawa para ulama' adalah pewaris Nabi SAW. Ketiadaan Nabi SAW menjadikan para ulama' sebagai galang ganti yang memberi tunjuk ajar kepada masyarakat. Memusuhi ulama' (yang benar) bererti juga memusuhi Islam dan memusuhi Rasulullah SAW. Apakah kerana beliau gagal menempatkan diri be rsama para ulama' maka para ulama' pula perlu dibenci?

Selain itu, saya menganggap Dr Kassim terlalu dangkal soal hukum asas berkaitan agama Islam. Rambut menjadi topik perbincangan dengan kenyataan bahawa rambut bukanlah aurat wanita. Elok juga beliau menyatakan di manakah bahagian wanita yang dianggap sebagai aurat dan bukan aurat, dan saya kira ribuan ulama' dan cendikiawan Islam bangkit untuk 'sekolahkan' beliau dengan ilmu asas Islam.

Saya amat bersetuju agar tindakan keras diambil terhadap penganjur manakala Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan hukum yang jelas terhadap kenyataan Dr Kassim Ahmad. Masyarakat perlu dijernihkan pemikiran daripada kenyataan songsang sebegini manakala beliau sendiri perlu diberikan status supaya masyarakat tidak terkeliru dan terus berpegang dengan ajaran Islam sebenar sebagaimana difahami dan diajarkan oleh agama Islam.

DR RIDUAN MOHD NOR
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

JANGAN HANYA KERAJAAN NEGERI, KITA JUGA PERLU BERUBAH

Posted: 17 Feb 2014 05:14 PM PST

Mohammad Agus Yusoff

JANGAN HANYA KERAJAAN NEGERI, KITA JUGA PERLU BERUBAH

Kadang-kadang saya hairan melihat gelagat kawan-kawan memberi reaksi kepada posting saya pada Ahad lepas. Posting saya mudah sahaja: (i) Saya menyatakan saya memahami tindakan yang dibuat oleh kerajaan negeri kepada senarai tuntutan yang saya berikan kepada kerajaan negeri pada tahun lepas; (ii) Saya mendapat kerjasama yang baik dari kerajaan negeri kepada setiap pertanyaan yang saya ajukan dan saya berpuas hati; (iii) Saya nyatakan kerajaan negeri juga perlu memberi jawapan yang sama kepada rakyat supaya rakyat memahami tindakan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri; (iv) Saya mencadangkan supaya kerajaan negeri meningkatkan pengurusan media dan maklumat supaya jurang komunikasi dengan rakyat dapat dirapatkan.

Selain itu, saya angkatkan aduan guru YIK tentang masalah yang mereka hadapi. Saya katakan juga saya telah mendapat penjelasan daripada pihak berwajib dan saya berpuas hati. Maka, sekarang ini jika guru YIK masih tidak berpuas hati, tampillah memberi komen di wall saya ini. Nanti, saya akan angkatkan lagi kes ini ke pengetahuan MB dan TMB. Tapi semuanya tidak berani, sebaliknya meng'inbox'kan saya dengan pelbagai lagi aduan tentang YIK. Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi menulis hal ini di wall saya kerana guru-guru YIK apabila saya minta mereka menyatakan pengalaman masing-masing, ramai yang tidak berani.

Apabila saya membuat posting yang sedemikian, reaksi kawan-kawan pelbagai. Ada yang marah kerana saya hanya mengkritik kerajaan negeri, ada yang kata saya takut kepada kerajaan pusat dan pelbagai lagi andaian. Ada pula yang kata saya jadi penasihat kerajaan negeri dengan elaun RM7k sebulan. Ada yang kata saya mengugut kerajaan negeri untuk mengaut keuntungan. Tidak mengapalah!

Yang men'apakan' saya ialah lain yang saya posting, lain yang kawan-kawan faham. Mengapa sampai begitu sekali terpesong fahamannya? Apakah kerana ketaksuban pada parti atau buta untuk melihat realiti? Saya tidak faham.

Yang saya faham ialah membuat fitnah itu salah. Dalam kita mencari kebenaran, sucikan perjuangan dengan mengelakkan fitnah. In Sha Allah, hidup kita selamat dunia akhirat.

Rakan-rakan, salam perjuangan.

Ust Abdullah Bukhari berkongsi

Posted: 17 Feb 2014 03:46 PM PST

Ust Abdullah Bukhari berkongsi:

MENGAPA PERLU TAAT, PATUH PADA "KASTA PADERI" PARA DOKTOR PERUBATAN?" SEMUA ORANG SEPATUTNYA DIBERI KEBEBASAN MEMILIH UBAT SENDIRI UTK SAKIT YG DIHIDAPI...

Si Tua yg menolak Hadith & ulama..berkata KASTA PADERI menyebabkan ulama dipandang maksum..itu hanya andaian beliau yg dangkal lagi jahil. Saya yg mendalami agama sedar dan faham hanya Rasul yg maksum. Kita hormat ulama secara kritis..bukan puja spt Nabi atau tuhan.

Ini bahana apabila si Tua itu melihat Islam dari kerangka Kristian. Seumpama mengadili pertandingan bola dgn teknik kiraan ping pong...

Tradisi keilmuan Islam yg tulen melahirkan tradisi ilmu yg progressif shg terhasilnya berbagai karya Islam yg saintifik spt usul Hadith dan sbgnya.

Masalahnya si Tua itu menolak Hadith tanpa mendalaminya...adilkah jika dikata kari itu bahaya utk kesihatan & tidak sedap dimakan HANYA berdasarkan rasa org yg tidak minat kari?? Adalah lbh adil jika dirasa sendiri kari itu lalu DINILAI secara adil..

Jika kenyataan KASTA PADERI yg disebut oleh si Tua itu diguna pakai, jgn Hairan jika suatu hari nanti KHIDMAT PAKAR PERUBATAN yg menghabiskan masa bertahun menuntut ilmu perubatan Akan disanggah hanya oleh seorang bomoh kg yg bertaraf Darjah 6 tahap pendidikannya...alasannya semua berhak memilih ubat utk sakitnya sendiri...

ADUHAI KASSIM! BERTAUBATLAH!

AMBIL TINDAKAN TERHADAP ANTI HADITH

Posted: 17 Feb 2014 03:41 PM PST

Multaqa Asatizah & Du'at (MURSHID)

Kerajaan Malaysia dan ahli politik MESTI mengecam ajaran sesat yang menolak keperluan kepada hadith, menolak kesahihan hadith sekaligus menolak baginda nabi Muhammad salla allahu 'alaihi wasallam sebagai pentafsir ayat-ayat mujmal dan ringkas dalam Al-Quran.

Menolak hadith beerti menolak Al-Quran kerana Allah memerintahkan nabi menjelaskan Al-Quran kepada manusia. Penjelasan nabi datang dalam bentuk hadith dan sunnahnya. Lihat ayat dari surah an-Nahl ayat ke 44 dan 64. Antaranya firman Allah

وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ إِلاَّ رِجَالاً نُّوحِي إِلَيْهِمْ فَاسْأَلُواْ أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
Ertinya : Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui ( An-Nahl : 44)

Juga firman Allah

بِالْبَيِّنَاتِ وَالزُّبُرِ وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Ertinya : keterangan-keterangan (mukjizat) dan kitab-kitab. Dan Kami turunkan kepadamu Al Qur'an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan. ( An-Nahl : 64)

NABI JADI IKUTAN MELALUI HADITHNYA

Al-Quran mengarahkan kita menturuti Nabi dan mengambilnya sebagai ikutan sebagaimana disebut oleh Allah di dalam surah Al-Ahzab ayat ke-21,

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Ertinya : Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak berzikir kepada Allah.. ( Al-ahzab : 21)

Tiba-tiba golongan anti hadith di Malaysia berkata hadith patut ditolak, sedangkan tanpa hadith nabi dan perincian kehidupannya tiada siapa mampu mengambilnya sebagai ikutan.

TAATI RASULULLAH BEERTI HADITH SAMPAI

Allah turut menwajibkan kita mentaati RasulNya, sebagaimana termaktub arahan ini di dalam Al-Quran, contohnya ayat surah Al-Nisa 13

تِلْكَ حُدُودُ اللّهِ وَمَن يُطِعِ اللّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Ertinya : (Hukum-hukum tersebut) itu adalah ketentuan-ketentuan dari Allah. Barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam surga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar.

Mentaati Rasul beerti hadith Rasulullah akan dijadikan oleh Allah untuk sampai kepada manusia bagi cabaran manusia yang beriman untuk mentaatinya dan ia adalah termasuk di dalam erti mentaati Allah.

Jelas, sesiapa menolak hadith adalah juga menolak Al-Quran. mereka yang berkepercayaan begini BOLEH membawa kepada murtad.

Sesiapa yang meragui kewujudan hadith lambat laun tentunya akan meragui Al-Quran kerana Al-Quran disampaikan oleh Rasulullah kepada sahabat-sahabatnya. Melalui kaedah dan metod yang hampir sama juga pelbagai hadith sampai kepada kita. Iaitulah melalui hafazan para sahabat dan penulisan kemudiannya dan diturunkan dari generasi ke generasi. Demikian juga hadith, bezanya hanyalah jumlah yang meriwayatkan hadith tidak seramai Al-Quran.

Namun apabila telah Allah janji menjaga Al-Quran dari penyelewengan sebagaimana disebut dalam surah al-Hijr ayat ke 9, maka amat mesti pula Allah menjaga penjelas kepada maksud Al-Quran iaitu Rasulullah dan hadith-hadtihnya.

Hasil dari itu, jika kerajaan sebelum dan ketika ini bersungguh-sungguh mengambil tindakan terhadap Syiah, kumpulan anti hadith ini adalah sama menyeleweng dan berbahaya. Maka wajiblah pihak berkuasa agama dan ahli politik mengambil tindakan dan bukan diberi muka pihak anti hadith berprogram di Yayasan Kepimpinan Perdana kelmarin yang dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri. Ini satu yang mengaibkan Malaysia. Syiah ada Negara seperti Iran namun kita bertegas mengambil tindakan, namun kumpulan sesat anti hadith langsung tiada Negara hatta daerah di dunia ini yang menyokongnya, malangnya tindakan tidak cukup tegas pula.

Semoga umat Islam terpelihara dari doktrin sesat anti hadith yang dibawah oleh Kassim Ahmad dan pengikutnya. Inilah antara punca yang menjadikan umat Islam semakin lemah dan semakin mudah terjejas pegangannya.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Presiden

Pertubuhan Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID)

Menolak Dakwaan Kassim Ahmad

Posted: 17 Feb 2014 03:38 PM PST

Penolakan secara pukal Sunnah dan Hadith Nabi di atas alasan ianya bukan dari Tuhan merupakan penafian terhadap isi kandungan AlQuran yang banyak menyeru kepada mentaati, mengikuti tauladan dan mencontohi Nabi Muhammad SAW dalam segenap kehidupan Muslim. Ini jelas mempamerkan kegersangan si penutur tentang tradisi AlQuran itu sendiri yang telah diwarisi semenjak AlQuran itu diturunkan di Mekah lagi. ia juga menonjolkan kejahilan sang penolak Sunnah kepada persoalan tradisi keilmuan Islam samada di zaman periwayatan lisan pada awalnya mahupun di zaman penulisan ilmu. Ini merupakan salah satu dari akibat menafikan peranan autoriti dan metodologi yang sahih dan diperakui zaman berzaman di dalam menyikapi AlQuran dan agama Islam itu sendiri.

Penerimaan autoriti berteraskan metod yang sahih dalam tradisi keilmuan Islam tidak akan mewujudkan kelompok kepaderian seperti yang didakwa. Malah sepanjang sejarah Islam tidak wujud konotasi institusi mahupun kerangka pengamalan kepaderian seperti zaman kegelapan Kristian Eropah. Apa yang wujud ialah penerimaan autoriti dan metodologi yang sahih telah melahirkan ramai sarjanawan, cerdik pandai dan tokoh-tokoh ilmu dari pelbagai bangsa di dalam segenap bidang keilmuan berkaitan AlQuran dan Hadith. Malah sistem periwayatan Hadith dan Sunnah serta penjagaan dan penyelidikannya merupakan sesuatu yang unik yang bertujuan demi menjaga ketulenan agama yang tidak terdapat dalam tradisi keilmuan agama agama lain. Tidak keterlaluan jika dikatakan yang terhasil dari tradisi keilmuan Islam juga adalah jutaan koleksi kajian ilmiah, penyelidikan, kesarjanaan dan juga ratusan ribu jilid karya-karya agung di perpustakaan yang bukan hanya diiktiraf oleh kaum Muslimin sahaja nilai keilmuannya, malah oleh mereka yang bukan Islam. Malah Sunnah dan Hadith yang disikapi sebagai sumber epistemologi ilmu yang primier bersama AlQuran telah menjadi dinamo kepada revolusi ilmu di dalam sejarah umat Islam sehingga hari ini.

Penolakan secara tidak bermetod terhadap Hadith dan Sunnah serta segala yang berkaitan dengannya hanyalah usaha menghancurkan peradaban keilmuan Islam yang telah terbina selama lebih seribu empat ratus tahun lamanya. Bahkan ianya juga merupakan satu pukulan untuk mencacatkan wajah dan nilai substantif Islam itu sendiri seraya menafikan lebih dari separuh kandungan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sepertimana yang diwarisi dari para Sahabat, Tabiin selepas mereka dan juga Tabi' Tabi'in yang mengikuti metod yang sahih yang mereka pelajari dari Nabi Muhammad SAW itu sendiri.

Dr Maszlee Malik
UIAM

Tiada ulasan: