Selasa, 18 Februari 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Bisnes MLM Double Stemcell SCAM & Penipu? Semakan Bank Negara, Hai-O Securitiesnya Haram!

Posted: 18 Feb 2014 07:11 AM PST

  S

double stem cell


Bisnes MLM Double Stemcell SCAM & Penipu? : Ubat yang berkajian pun satu penyakit satu sahaja fungsi ubatnya. Jikalau sakit jantung, makan ubat sakit jantung. Kencing manis, makan ubat kencing manis. tetapi dengan produk MLM, satu produk boleh rawat pelbagai penyakit.

Hebat, geleng kepala Pakar Bedah Neuro, Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah seperti yang beliau (KECAM DI SINI) melihat situasi yang di berlaku di Malaysia hari ini dengan lambakan produk MLM yang ada….

Jikalau disingkap semula sejarah di China, kalau-kalau ada yang masih ingat lagi di China sekitar tahun 1998 berlaku rusuhan yang bandar-bandar besar di China, semuanya angkara isu syarikat-syarikat MLM yang buat "pyramid-selling" – downline cari downline cari downline, dapat komisen up and up and up. Akhirnya…apa jadi?

Bisnes MLM : Beza Kawalan Negara China VS Malaysia?

China haramkan terus semua MLM, walau pun kemudiannya "direct-selling" dibenarkan pada tahun 2003. Itu pun disebabkan China mahu join WTO dan syarikat MLM lintah-darat kebanyakannya pulak semua datang daripada US, terpaksa jugalah China mengalah pasal isu ini.

Rakyat China sehingga ke hari ini cukup gerun dan ketakutan untuk buat skim piramid. Walaupun pasaran ada lebih 1 billion umat :
"a really huge market – piramid sheme almost zero!"
Siapa sahaja buat skim piramid di China, dapat tangkap dan sabit kesalahan, hukumannya tembak sampai mati – very simple? Ya….begitulah penghabisan riwayat kalangan yang cuba mengaut keuntungan hasil penipuan ke atas rakyat China sendiri.

Dan…bagaimana pula dengan di Malaysia?

Bisnes MLM Double Stemcell SCAM & Penipu. Satu Lagi Skim Piramid?

Jikalau sistem perniagaan ada syarat menaja orang, dan setiap ahli yang join ada syarat yang sama (duplikasi), maka ianya jadi "pyramid-selling" apabila jumlah ahli meningkat secara eksponensial dan crash/collapse akhirnya akan berlaku bila bilangan ahli sudah mencapai peringkat tepu. Dan terbaru, rakan pembaca Berita Semasa berkongsi satu lagi skim MLm yang terbaru yang sedang hangat & semakin ramai yang terjerut dengan skim MLM ini.
Masih ingat lagi AC Mizal yang penipu itu (SEPERTI DI SINI)?
Semak satu persatu gambar-gambar di bawah ini isu melibatkan Bisnes MLM Double Stemcell SCAM & Penipu ini….
Apabila bercakap mengenai MLM, Berita semasa sedih sangat terutamanya ramai bangsa melayu yang mudah terpengaruh. Pokok pangkalnya nak kaya cepat katanya. Kononnya niat suci, kongsikan pemakanan sihat sambil berbisnes dengan dijual pada harga yang sangat-sangat tidak munasabah, semuanya disebabkan skim piramidnya. Sedangkan sebenarnya produk kesihatan yang diiklankan itu tiada faedahnya melainkan sama seperti air minuman berperisa buah-buahan.
  1. Penyumbang terbesar hutang kad kredit ialah MLM yang jatuh bankrap muda-muda lagi. MLM ini memang perosak masyarakat. maaf bercakap.
  2. Dek kerana mahu mengaut keuntungan, sanggup menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan downline, dan mempengaruhi orang ramai termausklah dnegan cara menipu dan memburukkkan orang lain.
  3. Ambil kesempatan pada orang baik dan lurus
Bisnes MLM ini adalah budaya yang dibawa dari US yang mana kita tengok seperti dalam movie Stockbroker di Wallstreet/Telemarketing yang aggresif buat jualan tanpa hati perut tanpa peduli soal moral/halal haram untuk capai sasaran (mungkin bagus juga anda tonton sendiri filem Wolves of Wall Street)

Kebanyakannya produk MLM akan dinaikkan harga kepada 200%-300% daripada harga sebenar, Bukannya nak bagi orang sihat sebenarnya tetapi lebih kepada bisnes untuk bayar kalangan downline dan agen.

Orang yang join MLM ini, biasa yang Berita Semasa perhatikan:
  1. Tayang kereta & pegi melancong sahaja
  2. Tetapi belum pernah, Berita semasa tengok orang MLM tayang kereta sekali geran, rumah sekali geran? Tunjuk bayaran cukai kepada LHDN
  3. Hakikatnya ramai yang terpengaruh dengan MLM ini sebab mahu jadi kaya dengan cepat. Sebenarnya tiada jalan cepat untuk jadi kaya melainkan dengan kerja kuat berniaga produk sendiri, bukan produk orang lain. Jikalau jual produk orang lain, memang sampai ke sudah pun tidak akan kaya, yang kaya hanya 2, 3 kerat sahaja.
Contohnya di bawah ini kalangan jutawan Bisnes MLM Double Stemcell SCAM & Penipu mendapatkan kemewahan & kereta mewah :

Nasihat Berita Semasa : Bisnes MLM Hai-O, Sila Tinggal Tinggalkan. Tidak Rugi Tanpa Hai-O

Akhir sekali, Berita Semasa ingin nasihatkan kepada semua, bukannya kalau boleh tetapi lebih baik tinggal Hai-O. Mengapa?
  1. Mlm terlampau lampau
  2. Berdasarkan semakan Berita Semasa dalam senarai bank negara, Hai-o adalah syarikat yang punya securities (finance) yang non syariah compliance. Maksudnya? Securitiesnya haram.
  3. Hai-O turut jual samsu. Medicated samsu yang orang ramai minum masa Chinese New Year, Deepavali dan lain-lain perayaan bukan islam. Profit samsu adalah sangat besar dan accumulated dalam group business.
Jadi renung-renungkan. Pilihan di tangan anda

P/S : Berita Semasa tidak kecam semua MLM, tetapi disebabkan mekanisme MLM inilah ramai yang menindas dan menipu orang ramai atas kehendak mahu mencapai kemewahan dnegan cara mudah dan cepat.

Demo bantah kenyataan biadab Kassim Ahmad

Posted: 18 Feb 2014 07:01 AM PST

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Perak menggesa Mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan kenyataan balas dan menyatakan pendirian terhadap kenyataan terbaru Kasim Ahmad yang disifatkan sebagai menghina Islam.

Timbalan ketuanya Akmal Kamarudin berkata, kenyataan Kassim Ahmad bahawa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng kerana mengikut satu sistem "kasta paderi" yang dipanggil ulama, umat Islam seperti mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW dengan syahadah kedua dan rambut bukanlah aurat wanita, suatu yang serius.

Malah penganjuran "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian" itu, mencalar imej Majlis Fatwa yang sebelum ini memfatwakan mereka yang terlibat dengan fahaman anti hadis adalah murtad.

Malah buku 'Hadis Satu Penilaian Semula', 'Hadis Jawapan Kepada Pengkritik', yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad, juga telah diharamkan kerana fahaman dalam buku tersebut menyeleweng dari ajaran Islam.

"Pemuda PAS Perak menyeru kepada seluruh ummat Islam supaya turut serta dalam bantahan secara aman di Masjid Negeri, Ipoh pada 21 Februari 2014 bermula selepas solat Jumaat sebagai membantah sikap pihak berkuasa yang hanya menjadi penonton setia kepada kebiadapan Kasim Ahmad," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut kesal kerana seminar tersebut dirasmikan seorang Mantan Perdana Menteri yang beragama Islam.

Seminar yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana kelmarin itu dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ini jelas menunjukkan bahawa Umno bukanlah pejuang Islam yang sebenar," jelasnya.

Selain itu beliau mendesak pihak kerajaan menggunakan kuasa yang ada untuk mengambil tindakan terhadap Kasim Ahmad atas ucapan beliau yang menghina Islam.

Pada masa sama Kasim Ahmad katanya, perlu membuat permohonan maaf kepada seluruh umat Islam di atas keceluparan ucapan beliau, dalam tempoh 3 hari.

PAS, kebudayaan, pemuda dan konsert; dari mulut Muhaimin Sulam (Bahagian 1)

Posted: 18 Feb 2014 06:57 AM PST


muhaiminsulam4 





muhaiminsulam5



TIDAK sukar untuk mencari Dr Muhaimin Sulam jika anda hadir ke program-program PAS. 

Berambut panjang serta berjanggut dan sering pula mengenakan baju kemeja. Namun, tentulah bukan sekadar luaran – beliau juga pernah menghasilkan buku bertajuk 'Aku Melayu di Kota Inggeris', catatan pengembaraannya ketika melanjutkan pelajaran Doktor Falsafah di Swansea.

Dalam PAS, beliau memegang jawatan Pengerusi Lajnah Kesenian dan Kebudayaan PAS, selain Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Nama beliau muncul di tengah-tengah kehangatan pemilihan dalam Muktamar PAS ke-59 tahun lalu. 

Sebagai tulang belakang Karnival 'PAS for All' sempena muktamar, beliau menerima kritikan termasuk ahli-ahli PAS sendiri, serta menjadi peluru Umno menyerang Parti itu.

Semuanya kerana persembahan kumpulan muzik heavy metal yang dilihat keras pada pandangan mereka. Sehinggakan seorang perwakilan Kedah membangkitkannya dalam muktamar, mengatakan ia bukan budaya PAS. Jadi, apakah budaya dan di mana letakknya dalam politik PAS?

Roketkini sempat berbual-bual dengannya Disember lalu, di sebuah restoran masakan Indonesia di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Boleh saudara jelaskan takrifan seni dan hiburan dalam Islam?

Seni berakar daripada kebudayaan. Maka saya pergi kepada kebudayaan dulu. Menurut tafsiran Sosiologis Indonesia, Profesor Dr Kuncoro Ningrat, kebudayaan ada tiga tahap. Pertama, pemikiran atau gagasan, kedua ialah sistem yang dilahirkan daripadai pemikiran atau gagasan itu, dan ketiga adalah aktiviti kesenian.

Jadi kesenian ini adalah aktiviti yang diterjemahkan daripada sistem kehidupan dalam masyarakat, yang dibentuk oleh kepercayaan, pemikiran, idea dan falsafah – tahap pertama kebudayaan yang disebut tadi.

Kesenian itu juga sebahagian daripada manifestasi untuk lahirkan kegembiraan, dan itulah yang disebut sebagai hiburan. Ia adalah fitrah, sebagai manusia kita perlukan hiburan. Jadi jenis macam mana yang boleh memberi faedah kepada masyarakat? Hiburan yang berasaskan kepada sistem kehidupan yang lahir daripada falsafah dan pemikiran itu sendiri.

Jadi takrifan hiburan yang berdasarkan Islam itu adalah yang berakarkan kepada falsafah Islam-lah?

Ya betul. Jika Islam itu ditafsirkan dengan betul, maknanya kesenian itu pun akan jadi kesenian Islam, walau pun kita tak namakannya sebagai 'Kesenian Islam' – tapi ia adalah kesenian Islam.

Misalnya sistem pemikiran masyarakat Melayu ada dua – agama (Islam) dan budaya (Melayu). Bagaimana kedua-duanya menterjemahkan kesenian?

Apabila Islam datang ke nusantara, ia telah mengubah sistem pemikiran dan budaya masyarakat pada ketika itu, dan wujudkan tafsiran baru kepada masyarakat Melayu khususnya. Perkara ini ada disebut Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas. Contohnya, Islam telah mempersembahkan satu sistem bahasa Melayu yang kuat, dengan tulisan jawi, kosa kata – ia sumbangan Islam yang tak dapat dinafikan.

Bahasa ini sebenarnya berhubung rapat dengan akidah, sebab itu isu kalimah 'Allah' ini ada dikaitkan dengan hujah bahasa sendiri.

Zulkifli Mohamad dalam tulisannya menggambarkan, bahawa tiada pertentangan di antara kebudayaan Melayu dan kebudayaan Islam, kerana Islam berjaya wujudkan satu budaya baru dalam masyarakat Melayu di nusantara.

Contohnya dalam sistem politik, kehadiran Islam menukarkan tanggapan raja sebagai bayangan Tuhan, kepada raja sebagai pemegang amanah pemerintahan.

Cabang seni yang diminati?

Minat saya lebih kepada kesusasteraan. Ketika zaman saya, kerajaan beri ruang kepada sastera dalam sistem pendidikan – ada aliran sastera, berbanding dengan sekarang, di mana sastera tidak diberi ruang sewajarnya.

Jadi saya adalah generasi yang berkesempatan untuk belajar sastera dalam pendidikan formal. ada belajar sastera Indonesia dan Malaysia. Kemudian minat itu dikembangkan ke bidang seni lukis pula.

Faktor utama yang membangkitkan minat saya adalah guru. Saya ada guru yang hebat, iaitu Cikgu Naimah Ali mengajar sastera dan Cikgu Zainol yang mengajar seni lukis. Pada masa itu, saya fikir nak jadi pelukis, nak jadi sasterawan, bukan doktor atau pensyarah. Tambahan pula, saya fikirkan sasterawan dan pelukis sangat diperlukan pada masa itu, pada penghujung tahun 80-an.

Kemudian saya cuba menulis, bermula sedikit demi sedikit. Aktiviti penulisan mempertemukan saya dengan kumpulan-kumpulan kesenian lain. Saya kembangkan seni, supaya ia tidak berada pada takat yang sama sahaja. Ruang dihidupkan.  Alhamdulillah, kini rakan-rakan meliputi pelbagai bidang – daripda penulisan, muzik sehingga filem.

Antara tokoh-tokoh yang dikagumi dan memberi pengaruh?

Kalau seni lukis, (Pablo) Picasso tentunya. Saya pernah melawat galerinya di Sepanyol. Kemudian, pelukis-pelukis lama yang hebat, antaranya Micheangelo. Kalau pelukis Malaysia, Latiff Mohidin-lah.

Ketika masih di tingkatan dua, saya pernah menghantar komik kepada penerbit Gila-gila, Creative Enterprise, tapi tak diterima. Cuma nak beritahu saya memang minat, walau pun tanpa latar belakang.

Peranan saudara sebagai Pengerusi Lajnah Kesenian dan Kebudayaan PAS?

Lajnah ini baru tiga tahun ditubuhkan, atas kesedaran bahawa golongan budayawan dan seniman ini adalah segmen yang tertinggal dalam kerangka politik PAS. Selain itu, ramai juga khalayak ini yang memang sudah bersama-sama PAS. Maka ada faktor menolak dan menarik.

Peranan utama ialah kita nak adakan sebanyak mungkin hubungan dengan mereka. Untuk itu, pendekatannya berbeza dengan golongan-golongan lain. Kita juga terus berusaha untuk mengembangkan hubungan kita dengan seniman dan budayawan ini.

Kita juga ada ikatan longgar dengan beberapa kumpulan, antaranya Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Kumpulan Kartunis Independen (KKI) dan Seni untuk Perubahan (Super) yang diketuai Ito (Blues Gang) serta Kawan Selebriti yang diketuai penyanyi, Aishah.

Lajnah ini turut adakan perjumpaan dengan kerajaan Selangor untuk berbincang soal kebudayaan dan keseniaan di negeri itu.

Saudara juga dahulu mengetuai Jawatankuasa Kebudayaan dalam Dewan Pemuda PAS. Apa yang dibuat ketika itu?

Ketika itu juga, ia masih baru ditubuhkan. Batu tanda ketika saya pegang jawatankuasa itu adalah Konsert Blues Gang di Taman Melewar, pada 2004. Ia membuktikan bahawa muzik dan 'live band' ini tiada masalah dalam PAS.

Adakah konsert itu menerima kritikan, seperti mana Karnival Muktamar PAS ke-59 baru-baru ini?

Tidak seperti Karnival Muktamar. Mungkin pada masa itu, media terutama media sosial belum meluas. Media yang buat liputan ketika itu cuma Harakah, New Straits Times dan China Press.

Berkenaan hubungan seni hiburan dengan PAS – Dewan Pemuda PAS dilihat sangat tidak mesra dengan hiburan, protes konsert misalnya. Ia menjauhkan anak muda dengan PAS sendiri. Komen saudara?

Pada saya, kami dalam Lajnah buat kerja kami. Jika Pemuda ada idea mereka, nak tentang tu, biar mereka buat. Kami ada prinsip sendiri. Mungkin ada jurang antara kami dan Pemuda yang perlu kami sama-sama selesaikan.

Pada anak muda, imej konservatif itu memang sinonim dengan Pemuda PAS.

Itu cabaran kepada kami lah untuk buat penerangan tentang program-program kesenian ini, pada masa sama terus pergiatkan penganjuran program itu sendiri.

Kami sememangnya berbincang untuk rapatkan jurang ini. Kami sudah minta Dewan Ulamak PAS Pusat untuk anjurkan wacana tentang kebudayaan, dan menjemput tokoh-tokoh yang berkemampuan untuk membincangkannya.

Agenda seni budaya, Syiah dan kerjasama PAS – UMNO: Daripada mulut Muhaimin Sulam (bahagian 2)

Posted: 18 Feb 2014 06:51 AM PST


muhaiminsulam2


Keseluruhannya, ia dikongkong dalam kerangka kapitalis. Melayu yang jadi pelakon, tetapi yang menguasai industri adalah kapitalis. Seniman adalah insan yang hebat, tetapi kerana kongkongan sistem yang terlalu kuat, mereka jadi pekerja selama-lamanya. Apabila terlalu terarah kepada material, rasa kebajikan terhadap mereka akan hilang.
Sambungan daripada PAS, kebudayaan, pemuda dan konsert; dari mulut Muhaimin Sulam

Apa agenda yang akan dibawa jika PAS diberi kedudukan menjaga seni budaya dalam Kerajaan Pusat Pakatan Rakyat.

Pertamanya, kita nak angkat martabat seni budaya ke arah membina masyarakat berbudaya dan bertamadun. Kurangkan hedonisme, yang tidak bertujuan ke arah itu. Namun, pastinya kita tidak secara automatik cuba tukar semua. Perlu realistik.

Pengisian tetap sama dengan sedia ada. Kita bukan nak ubah seniman jadi ustaz. Tetapi fungsinya – daripada pisau yang memotong, kepada pisau yang membentuk.

Tidak kurang pentingnya juga soal kebajikan artis dan seniman. Kita sendiri lihat, seniman hebat pada penghujung usia hidup mereka daif. Kita semua tahu kisah P Ramlee, R Azmi dengan tragedinya dan terbaru seniwati Latifah Omar. Mereka tiada takaful dan insurans sendiri apabila susah terpaksa bergantung kepada duit simpanan semata-mata.

Lagu dan filem mereka diulang tayang, tapi mereka tidak dapat royalti. Sedangkan, mereka sebenarnya yang menanam hasil pemikiran dan idea yang besar.

Apa yang pincang dalam hal seni budaya pada masa ini?

Tidak seperti di barat, Hollywood misalnya – walaupun sistem yang sama, namun kerana tamadun modennya lebih awal, artis dan seniman mampu bangunkan kekuatannya sendiri. Kalau seniman kita itu hidup di sana, mereka akan dapat peluang yang lebih cerah. Di sana, ada nilai-nilai Islam dan seniman mendapat manfaatnya. Di sana, sistem sokongan yang baik membuatkan mereka tidak boleh menganiaya sesama mereka.

Kenapa Yuna semakin berjaya di Amerika Syarikat? Pertama, tentulah bakatnya. Tetapi, di sini juga ramai berbakat, tetapi peluang yang ada tidak sama.

Apa benda sebenarnya bising-bising tentang Syiah ni?

Di dalam PAS, kita berpegang kepada kata-kata Presiden kita, Datuk Seri Abdul Hadi Awang – bahawa isu Sunni – Syiah dibikin musuh politik kita, untuk kita lupakan isu nasional seperti GST, kenaikan harga barang dan sebagainya. Ini adalah isu lebih seribu tahun dahulu. Seperti kenyataan Presiden, ia adalah mainan politik dunia dan sentiasa digunakan untuk menjadikan orang Islam lupa tentang matlamat membebaskan Baitul Maqdis.

Terlalu banyak maklumat, tidak tahu yang mana satu benar sehingga ia jadi kacau. Adakah kita perlu fahamkan masyarakat tentang Syiah?

Ya, usaha itu perlu dibuat, tetapi kita kena bijak agar tidak menenggelamkan isu lain yang lebih rapat dengan rakyat, seperti rasuah dan penyelewengan. Kita kena jelaskan bab Sunni – Syiah ini dengan bijaksana, ia bukanlah hal yang boleh diselesaikan di media semata-mata, tetapi oleh pakar dan ulama.

Jika ditanya 'Apakah itu Syiah', apa jawapan?

Kalau boleh saya kutip kata-kata Imam Shafie – Sunni mazhabku, Syiah sahabatku. Imam Shafie ada kata begitu, kalau tidak silap saya.

Jadi, jelaslah kan?

Jelas, tiada masalah. Golongan ekstrim ada dalam kedua-duanya – Sunni dan Syiah. Ia tidak boleh dikaitkan dengan mazhab dan kelompok. Seperti Katolik dan Protestan. Mana-mana agama ada yang jadi ekstrim, jadi kita tidak boleh generalisasikan mereka kepada satu kelompok sahaja. Jadi tak perlu kita buang masa (sehingga bergaduh), ini hal 1,000 tahun lalu.

PAS, UMNO dan kerajaan Perpaduan. Macam hantu, ia timbul pada masa tertentu, namun ada kalanya perlu dijawab. Bagaimanakah hubungan antara PAS dan UMNO dan di mana letaknya DAP – sebagai rakan – dalam perhubungan PAS – UMNO?

Asasnya begini – sebagai parti politik, kita boleh bekerjasama (dengan UMNO) dalam isu yang tidak bermasalah. Kalau ada pun perhubungan, ia adalah personal dan untuk isu setempat. Misalnya, orang PAS kena akui, Perdana Menteri daripada UMNO. Jadi, apabila Menteri Besar Kelantan jumpa PM, ia hanya hubungan antara pentadbiran negeri dan pusat.

Namun tidak dapat dinafikan, ia akan jadi pandangan politik. Dan pandangan politik adalah suatu benda yang pelik, dia boleh cipta persepsi. Ambil satu objek berwarna merah, ada yang boleh kata, "tak, itu warna biru'.

Seperti di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen DAP dan MCA berkawan. Tapi dalam konteks politik, mereka berlawan. Jadi, tak ada masalah. Cuma ahli politik sempit yang akan lihat perhubungan adalah hal yang tidak baik kepada Pakatan Rakyat.
muhaiminsulam3 

Isu ini sering dimainkan dan tidak dinafikan wujud hubungan politik. Misalnya, pemimpin yang berjumpa senyap-senyap, macam Hasan Ali. Ada rakan dalam Pakatan Rakyat yang rasa tersinggung.

PAS adalah parti besar. Yang buat kerja secara 'lone ranger', tidak berasaskan keputusan parti, dia akhirnya akan ditolak – macam Hasan Ali. Melainkan jika tindakannya atas kapasiti parti, berasaskan keputusan parti, Insyallah selamat.

Pada muktamar terbaru lalu, ramai tokoh digelar kumpulan 'Erdogan' menang dalam pelbagai jawatan. Tetapi jawatan lantikan, seperti Pesuruhjaya Negeri, diberi kepada tokoh dalam kumpulan 'Ulama'.

Bagi yang tidak terbabit secara langsung, dia akan nampak politik ini seperti ada satu acuan sahaja, pada hal ia pelbagai. Ada satu, dua, pelbagai cara, dan itulah yang melengkapkan parti politik. Kalau ada satu (jenis) kepala sahaja, memang senang – senang bungkus!

Maka inilah kebijaksanaan Presiden. Dia lantik – pinjam bahasa masyarakat – kelompok bukan-Erdogan. Agar ada kepelbagaian dan keseimbangan. Seperti Ilmu Fekah – apabila hukum terlalu longgar, akan ada kaedah untuk longgarkan; apabila ketat sangat, ada kaedah melonggarkan.

Macam inilah, kalau nak tengok daripada segi penampilan, kalau semuanya berkopiah berserban, orang yang 'fesyen'nya tak sama susah nak masuk. Macam saya dengan rambut panjang, ini pun satu kelebihan juga (ketawa). Bukanlah tentang rambut itu sendiri, tetapi setidak-tidaknya ia beri gambaran – orang yang berbeza juga boleh diterima. Kepelbagaian sebegini yang sukar didapati dalam parti lain.

Macam kita makanlah, ada pedas, ada manis. Kalau tak ada, tak sedap! -Roketkini.com

Fitnah perisik Singapura: Guan Eng heret Utusan, NST dan Perkasa ke mahkamah

Posted: 18 Feb 2014 06:42 AM PST


lge cheruk tokun



KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tetap setia kepada negara dan tidak akan sekali-kali membocorkan rahsia negara seperti yang difitnah pihak yang diheret ke mahkamah.

Ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, beliau menegaskan bahawa fitnah yang mengatakan beliau seorang perisik Singapura dan pengkhianat memberi kesan amat buruk kepada dirinya.

Guan Eng menafi soalan peguam Perkasa kononnya tuduhan yang disiarkan defendan dalam kes saman fitnah itu tidak memberi kesan buruk malah menambahkan popularitinya.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengheret Perkasa bersama enam lagi defendan termasuk New Straits Times Press (M) Sdn Bhd dan Utusan Melayu (M) Bhd ke mahkamah kerana memfitnah kononnya beliau membocorkan rahsia negara kepada kerajaan Singapura dalam suatu pertemuan di negara jiran itu pada Ogos 2011.

Guan Eng turut menjelaskan bahawa beliau bukan seorang menteri kerajaan pusat dan tidak mempunyai akses kepada sebarang 'rahsia negara'.

Tuduhan yang dibuat Ruslan Kassim daripada Perkasa yang kemudian disiarkan New Sunday Times dan Mingguan Malaysia kononnya Guan Eng menemui pemimpin PAP Singapura bersama Datuk Mohamad Azman Yahya dan Datuk Seri Kalimullah Hassan juga telah dinafikan oleh kedua-dua ahli perniagaan terbabit.

Beliau dalam keterangannya juga menambah bahawa Ruslan adalah seorang ahli UMNO, manakala News Straits Times dan Utusan Malaysia juga dimiliki oleh UMNO.

Menurutnya lagi, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Abdul Aziz Ishak telah membuat kenyataan di mahkamah sebelum ini bahawa Utusan Malaysia dimiliki oleh UMNO, oleh itu ia tidak memberi laporan politik yang adil malah mempromosi aspirasi parti kerajaan.

Saman fitnah itu Guan Eng menuntut ganti rugi sebanyak RM15 juta itu dan perbicaraan di hadapan Hakim Noor Bee Ariffin akan disambung esok. – Roketkini.com

DAP akan pastikan Anwar menang majoriti lebih besar pada PRK Kajang – Lim Kit Siang

Posted: 18 Feb 2014 06:40 AM PST


lks kanak2



KAJANG: DAP berikrar akan memastikan calon Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh kemenangan dengan majoriti lebih besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, 23 Mac ini.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Wanita DAP Kebangsaan di Gelanggang Bola Keranjang, Kampung Sungai Chua, Kajang, semalam.

Katanya, kemenangan Ketua Umum PKR itu bukan saja penting untuk Selangor, malah merupakan permulaan ke arah masa depan Malaysia yang lebih baik.

"Kita tidak mahu sekadar memperoleh kemenangan, tapi mahu memastikan Anwar mencapai keputusan cemerlang iaitu dengan majoriti lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Mei lalu.

"PRK Kajang dan kemenangan Anwar merupakan permulaan kepada perubahan perpaduan untuk semua moderat Malaysia menolak sepenuhnya kumpulan pelampau yang cuba memecahkan kehidupan kita bersama.

"Marilah kita bersatu padu menolak ektremis dengan memastikan kemenangan beliau. Sayang Malaysia, selamatkan Malaysia," kata Kit Siang disambut tepukan hadirin.

Ahli Parlimen DAP Gelang Patah itu juga memberi jaminan bahawa Anwar sebagai seorang yang teguh dengan agenda perubahan tentunya tidak akan sesekali mengenepikan permasalahan penduduk Kajang.

Jelasnya, beliau yakin Kajang akan bertambah maju dan berdaya saing selepas ini jika Anwar diberi mandat sebagai wakil rakyat.

"Saya percaya dan cukup yakin, sebagai seorang pemimpin berkaliber, Anwar apabila dipilih sebagai wakil rakyat, Kajang akan menjadi lebih popular berbanding hanya dikenali dengan satay.

"Kemenangan Anwar dan PR adalah kemenangan bagi semua rakyat yang cintakan keharmonian, keamanan dan kemakmuran.

"Kami tidak mahu kerajaan kangkung dan Perdana Menteri kangkung, luar nampak cantik tapi dalam kosong," ujarnya.

Sehubungan itu, Kit Siang turut menyatakan, Kajang juga bukan tempat asing untuk pimpinan pembangkang kerana ramai antara mereka yang pernah satu ketika menetap di sini akibat kezaliman kerajaan UMNO.

"Kajang adalah tempat yang begitu bersejarah, kalau saudara saudari masih ingat, Guan Eng satu masa pernah tinggal di sini buat sementara waktu iaitu di Penjara Kajang," katanya mengenang pengorbanan besar Ketua Menteri Pulau Pinang itu membela rakyat sehingga sanggup terpenjara. -Roketkini.com

Surat kepada Dr Kasim Ahmad - Muhaimin Sulam

Posted: 18 Feb 2014 06:36 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


Saya menulis surat ini kepada Tuan doktor selepas saya membaca beberapa petikan daripada kenyataan Tuan di akhbar dan media internet. Entah mimpi apa tiba-tiba Tuan kembali bersuara setelah sekian lama bagai diam bertapa.

Rasanya sudah lama Tuan tidak bersuara. Kali terakhir kita bertemu kira-kira enam tahun lalu di Permatang Pauh.

Sewaktu Tuan duduk bersendirian, saya memberanikan diri untuk berteman bicara dengan tuan. Tidak mengapa jika Tuan tidak mengingati saya. Itu tidak penting.

Yang penting waktu itu, Tuan menyebut bahawa tuan tidak menolak hadis kecuali hadis palsu. Sayapun setuju. Tuan juga menyebut bahawa Tuan tidak anti hadis.

Bahkan Tuan menyebutkan bahawa perlunya al-Quran dijadikan rujukan. Itupun tiadalah siapa yang ingin menyangkalnya.

Di penghujung bicara kita waktu itu, Tuan sangat menghargai kepimpinan Fadzil Mohd Noor. Akupun teruja mendengarnya. Walaupun dalam masa yang sama Tuan juga menghargai kepimpinan Dr Mahathir Muhamad.

Tuan berasa cukup jelek dengan politik Umno. Waktu itu. Saya hanya mencatatkan semua itu dalam kertas otak saya.

Betapa saya sangat menghargai keintelektualan Tuan dalam bidang kesusasteraan dan politik tidaklah saya berani pada bidang keagamaan khususnya yang melibatkan persoalan aqidah dan syariah.

Meski kita mempunyai jalur yang sama dalam sastera namun persoalan agama yang Tuan nyatakan adalah suatu yang sukar dan saya memilih tidak bersama Tuan.

Saat orang Melayu mendewa-dewakan Hang Tuah bagai wira mereka, tiba-tiba Tuan dengan berani menongkah arus dan menukilkan bahawa lelaki tampan itu sebenarnya pengkhianat dan tidak layak dianggap sebagai wira.

Wira yang menegakkan keadilan adalah Hang Jebat yang beratus tahun mati sebagai penderhaka. Mati penuh kehinaan.

Hidup Tuan penuh pemberontakan seperti hidupnya Hang Jebat. Malangnya Tuan lupa akan adab susila orang Melayu yang penuh berbudi. Melayu tidak akan hidup dengan nafas revolusi Bolshevik atau amuk Jebat derhaka. Melayu ada caranya yang tersendiri.

Saya bukanlah ulama yang boleh mengatur ayat al Quran dan hadis (yang tentunya yang shahih) untuk menentang hujah Tuan. Saya hanya orang Melayu yang ingin hidup pada lingkungan Islam yang indah dan harmoni.

Jika kelompok ulama seperti kasta paderi, tentu kelompok pemikir seperti Tuan berkeinginan membina kasta tersendiri yang belum tahu apa istilahnya.

Bukan semua ulama akan menjurus kepada kebaikan. Sebab itu Imam Ghazali membahagikan ulama kepada dua; ulama baik dan ulama jahat. Sewaktu dulupun, Tuan pernah menjadi pejuang kelas bawahan.

Tetapi tidak wajar untuk Tuan menghukum kelas bourjuis semua sebagai "mustakbirin" dan kelas proletariat sebagai "mustaafin". Kejahatan itu bukan terletak pada kelas atau ilmunya. Memang ada ulama tinggi ilmunya tetapi hidungnya panjang seperti Pinocchio atau "musang berjanggut" dalam filem P. Ramlee.

Bagaimanapun, menganggap ulama sebagai suatu kelompok elit dalam agama merupakan kekeliruan yang nyata.

Tuan akan menjadi menjadi fokus nasional. Nama Tuan semakin kerap dalam media massa hingga memungkinkan orang kita lupa tentang kenaikan harga barangan, ketegangan antara agama dan kaum dan timbunan permasalahan nasional, rasuah, hutang negara yang membimbangkan, ketirisan dan kegagalan kerajaan memerintah.

Orang Melayu akan mengamuk semacam Jebat bila agama dan bangsa mereka dilihat dihina. Barangkali elok saya peringatkan kembali puisi Usman Awang, "maruah dan agama dihina jangan, hebat amuknya tak kenal lawan".

Pada umumnya,kenyataan Tuan itu satu penghinaan. Kebijaksanaan orang Melayu akan tenggelam. Orang Melayu akan turun berdemonstrasi, mengecam dan menghukum Tuan hingga stamina orang Melayu lemah untuk menentang syaitan besar yang sedang bertakhta menyusun skrip buat sandiwara yang tidak berkesudahan.

Kerana itu, saya mencadangkan pada rakan-rakan saya yang marah pada Tuan; jalan yang paling mulia menentang Dr Kasim Ahmad, jangan dirampas saxophone dari mulutnya tapi bawalah tali gambus keramat kalian!

Harap Tuan memahaminya dan kembali ke pangkuan jalan al Rahman. Amin

Abim sambut cabaran debat Kassim Ahmad

Posted: 18 Feb 2014 06:19 AM PST

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini menyahut cabaran debat yang dilontarkan pemikir kontroversi Kassim Ahmad seperti yang dilaporkan media semalam.

Naib presidennya Hasri Harun berkata, pada pasa sama Kassim Ahmad juga perlu bersedia mengubah serta berhenti mengeluarkan pandangan tidak berasas mengenai Rasullulah S.A.W , ulama', dan tradisi keilmuan Islam.

"Selagi perkara ini tidak disiasat oleh pihak berkuasa agama, pandangan yang diutarakan termasuk menyatakan rambut itu bukan aurat serta mempertikai syahadah kenabian telah memperlihat seolah-olah mendapat "endorsement" dari pihak kerajaan.

"Jika terbukti dan diputuskan idea dan pemikiran Kasim Ahmad bercanggah dengan Islam maka beliau perlu berhenti menyebarkan pandangan beliau dan bertaubat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Hasri berkata Abim pada 28 Jun 1986 pernah mengadakan muzakarah bersama Kassim Ahmad di Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya.

Menerusi dialog tersebut katanya, anggota panel Abim yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden ABIM (pada ketika itu) Dr Abdul Halim El-Muhammady telah menjawab satu persatu dakwaan kontroversi yang dilontarkan oleh beliau yang secara jelas bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

"Sepanjang dialog tersebut, beliau (Kassim Ahmad) gagal menjawab serta mengemukakan hujah di atas setiap persoalan yang dikemukakan," kata beliau lagi.

Dalam pada itu, Abim juga telah menerbitkan sebuah buku bertajuk "Islam dan Al-Hadith : Dialog Bersama Kassim Ahmad – Satu Analisis ke atas usaha-usaha merosakkan peribadi dan autoriti Rasulullah S.A.W." cetakan 1991 dan 1995.

Buku tersebut telah membentangkan hujah dari segi metadologi, sumber autoriti, dan sejarah pengumpulan Hadis serta beberapa sudut lain bagi menolak buku beliau "Hadis: Satu Penilaian Semula".

Tambah beliau, sikap angkuh Kassim AHmad telah mencerminkan kerendahan nilai diri sendiri memandangkan tiada perkara yang memalukan nilai intelektual seseorang yang dijulang tinggi dalam masyarakat, apabila seorang sarjana itu tidak meraikan pandangan pihak lain dalam siri dialog.

"Justeru, perdebatan dengan individu sebegini sememangnya tidak akan memberi apa-apa makna atau mencapai sebarang tujuan yang positif dalam mencari kebenaran.

Beliau juga mendesak kerajaan khususnya Jabatan Agama memainkan peranan untuk mengambil tindakan sepertimana yang dilakukan ke atas ajaran sesat lain dalam negara kerana pemikiran beliau secara jelas berlawanan dengan prinsip ajaran Islam.

Semalam Kassim Ahmad yang dilihat sebagai tokoh pemikiran anti hadis, mencabar pihak yang tidak bersetuju dengan pandangannya dalam "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian" untuk berdebat.

Dalam seminar di Putrajaya Ahad lalu itu, Kassim mendakwa bahawa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng kerana mengikut satu sistem "kasta paderi" yang dipanggil ulama, umat Islam seperti mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW dengan syahadah kedua dan rambut bukanlah aurat wanita.

Ops Banjir: PAS tubuh Rangkaian Radio Amatur

Posted: 18 Feb 2014 06:16 AM PST



WAN NORDIN WAN YAACOB 


KUALA LUMPUR: PAS telah melancarkan penubuhan Rangkaian Radio Amatur (RRA) dalam melancarkan lagi operasi bantuan banjir di beberapa daerah terjejas di Sabah.

Rangkaian RRA ini bertujuan untuk melancarkan komunikasi semasa kecemasan dan bencana alam seperti yang sedang dihadapi kini.

Pengerusi Pusat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Alam Malaysia (MEDM) PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, pelancaran itu dibuat pada 18 Februari sebaik anggota MEDM tiba di sana bagi menyelaraskan misi bantuan banjir yang berpengkalan di Beuford.

"Kita sedia maklum beberapa daerah di sini antaranya Keningau, Tenom mengalami masalah komunikasi, justeru perkara yang asanya kita bentuk adalah jaringan komunikasi.

"Masih ramai mangsa yang terputus hubungan, dan kita memerlukan perkembangan semasa mereka dalam misi bantuan ini," ujarnya kepada Harakah pada 18 Februari lalu.

Beliau berlepas ke Beuford pada 17 Februari bersama Timbalannya, Husin Ismail serta Pengarang Logistik, Affandi Mohamed serta Pengarah Komunikasi, Zulkifli Mohd Akin.

"Saya telah mengadakan mesyuarat dengan Badan Perhubungan PAS Sabah yang diketuai Pesuruhjayanya, Aminuddin Aling dan kita telah merencanakan beberapa pelan tindakan untuk membantu mangsa di sini.

"Sebelum ini kerja bantuan dilakukan oleh Pemuda PAS Sabah yang dikepalai pengarah operasi, Lahirul Latigu dan Unit Amal," katanya.

PAS Pusat menyusul kemudian untuk memperkemaskan lagi operasi bantuan mangsa banjir dengan saluran bantuan yang lebih besar termasuk dana yang disediakan oleh Harakah.

Ditanya mengenai keadaan mangsa banjir, Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS berkata, setakat ini lebih 3000 mangsa banjir berada di beberapa buah pusat pemindahan.

PAS antara pihak yang paling awal memberi bantuan, sebelum jabatan kerajaan menyusul kemudian, katanya.

Menurut Salahuddin, misi bantuan banjir ini akan berterusan sehingga pasca banjir termasuk untuk membantu mangsa kembali ke rumah masing-masing.

Sultan S'gor larang kerabat Diraja terlibat PRK Kajang

Posted: 18 Feb 2014 06:14 AM PST

HARAKAHDAILY 


SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melarang semua kerabat Diraja Selangor daripada campur tangan, melibatkan diri atau membiarkan mana-mana pihak menggunakan kedudukan mereka untuk kepentingan mana-mana parti politik dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang.
  
Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Muhamad Munir Bani berkata baginda juga berharap semua parti dan ahli politik tidak mengaitkan pihak istana dalam kempen pilihan raya kecil itu.
  
"Titah larangan ini dikeluarkan berikutan terdapatnya laporan akhbar sama ada di media cetak atau media elektronik beserta gambar pemimpin parti tertentu bersama dengan ahli Kerabat Diraja Selangor dengan komen yang mempamerkan kononnya penglibatan ahli Kerabat Diraja Selangor dalam kempen pilihan raya berkenaan.
  
"Titah ini dikeluarkan bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif rakyat mengenai penglibatan pihak istana dalam arena politik yang seharusnya tidak berlaku dan perlu dielakkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhamad Munir berkata baginda sultan turut menegaskan bahawa pihak istana akan kekal sebagai satu institusi bebas yang tidak condong kepada mana-mana parti politik dan hanya berlandaskan kepada peruntukan undang-undang serta kuasa yang termaktub di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan undang-undang yang berkaitan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mac untuk penamaan calon dan pengundian pada 23 Mac bagi pilihan raya kecil itu.

Kerusi Dun Kajang kosong selepas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan pada 27 Jan lepas. – Bernama

Dinar: Bekas Pengarah KGT mohon maaf di mahkamah

Posted: 18 Feb 2014 06:12 AM PST

RIZAL TAHIR 


KOTA BHARU: Dakwaan kononnya Dinar yang dikeluarkan di Kelantan tiada ciri-ciri Islamik kini terjawab apabila bekas Pengarah Eksekutif Kelantan Golden Trade (KGT), Nik Mahani Mohamed membuat pengakuan maaf di mahkamah hari ini.

Permohonan maaf secara bertulis itu diserahkan peguamnya, Mohamed Zaini Mazlan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Kes itu dibicarakan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Kenyataan permohonan maaf itu antara lain menyebut "Dengan suci hati menyatakan bahawa saya amat menyesali pemberitaan yang diterbitkan Utusan Malaysia bertarikh 25 Jun 2012 yang dianggap telah disalah tafsir dari konteks sebenar".

Beliau juga memohon maaf kepada KGT terhadap sebarang kesulitan, terjejas reputasi dan apa-apa kerugian yang dialami akibat pemberitaan tersebut.

Sebelum ini Nik Mahani dilaporkan membuat tiga laporan polis terhadap apa yang didakwa berlaku salah laku membabitkan seorang pegawai kanan KGT.

Beliau juga dilapor mengatakan Dinar dikeluarkan KGT tiada ciri-ciri Islam. Berita tersebut disiarkan Utusan pada 25 Jun 2012 dengan tajuk "Dinar KGT Didakwa Tiada Ciri Islam".

Peguam plaintif, Zainal Abidin Mustaffa ketika ditemui berkata, defendan keempat tersebut dikehendaki menyiarkan permohonan maaf dalam salah sebuah akhbar tempatan dalam masa dua minggu.

Mahkamah juga memutuskan defendan terbabit perlu membayar kos sebanyak RM10,000.

Tiga lagi turut dinamakan sebagai defendan kes berkenaan iaitu Utusan Melayu sebagai defendan pertama, Saifulizan Muhamad (kedua) dan Azran Fitri Rahim (ketiga). Ketiga-tiga defendan tersebut diwakili peguam M Reza Hassan.

Sebelum itu peguam ketiga-tiga defendan meminta menangguhkan prosiding hari ini bagi merujuk kes tersebut kepada pihak Lembaga Pengarah Utusan Melayu di Kuala Lumpur.

M Reza berkata, pihaknya perlu memaklumkan perkara itu kepada pihak tertinggi Utusan Malaysia sama ada ingin meneruskan pembelaan atau meminta maaf.

Perbicaraan kes tersebut bersambung esok.

Kami tidak sahkan laporan mesyuarat Guan Eng di Singapura, kata wartawan di mahkamah

Posted: 18 Feb 2014 06:06 AM PST

OLEH JENNIFER GOMEZ


Wartawan daripada New Straits Times Press (NSTP) dan Utusan Malaysia memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini tuduhan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) membocorkan rahsia kepada Singapura diragui selepas majikan mereka memohon maaf ke atas artikel tersebut.

Mereka juga mengakui tidak cuba menghubungi Lim dan ahli perniagaan Datuk Mohamad Azman Yahya atau Datuk Seri Kalimullah Hassan untuk mengesahkan tuduhan yang terkandung dalam kenyataan akhbar oleh kumpulan pendesak Melayu, Perkasa pada Oktober 2011 lalu.

Wartawan Berita Harian, Mohd Azis Ngah mengakui tidak cuba mengesahkan maklumat tersebut dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua penerangan Perkasa, Ruslan Kassim sebelum mengeluarkan artikel tersebut kerana tiada arahan daripada ketua pengarang.

"Kami selalunya mendapat kenyataan akhbar daripada Ruslan dan kami percayakannya," kata beliau semasa disoal peguam Lim, Americk Singh Sidhu.

Saksi tersebut juga mengakui Umno mempunyai kepentingan dalam kumpulan NSTP.

Americk: Anda bersetuju laporan dalam akhbar di bawah kumpulan NST menyokong BN?
Mohd Azis: Ya, ia adalah polisi kita menyokong kerajaan yang memerintah.

Americk: Setuju anda tidak cuba menghubungi Datuk Seri Kalimullah, Datuk Azman Yahya atau Lim Guan Eng sebelum artikel itu diterbitkan?
Mohd Azis: Setuju.

Americk: Oleh itu laporan anda tidak seimbang?
Mohd Azis: Setuju.

Americk: Adakah anda menyedari bahawa tuduhan terhadap Lim Guan Eng boleh dilihat sebagai pengkhianatan, satu kesalahan yang serius yang membawa hukuman mati?
Mohd Azis: Ya.

Mohd Azis memberi keterangan terhadap saman fitnah Lim ke atas Perkasa dan dua akhbar harian berbahasa Melayu ekoran tuduhan oleh Ruslan mengatakan Lim membocorkan rahsia negara kepada parti pemerintah Singapura, PAP, pada 2011.

Lim menyaman Ruslan, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, NSTP dan bekas ketua pengarang kumpulan, Datuk Syed Nadzri Syed Harun, ketua pengarang kumpulan Mingguan Malaysia, Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd, sebanyak RM15 juta atas dakwaan tersebut.

Penolong pengarang Utusan Malaysia, Mohd Khuzairi Ismail juga memberi keterangan hari ini mengatakan permohonan maaf yang disiarkan dalam media menyebabkan berita pembocoran rahsia oleh Lim kepada Singapura tidak tepat.

Beliau juga memberi keterangan tidak cuba untuk menghubungi tiga personaliti yang terlibat dalam laporan itu.

Beliau juga mengakui amalan biasa mengesahkan laporan tidak dipatuhi memandangkan ketua menteri tersebut tidak akan memberi komen kepada Utusan Malaysia.

Americk: Adakah anda cuba menghubungi Datuk Kalimullah selepas itu?
Mohd Khuzairi: Tiada.

Americk: Adakah anda cuba menghubungi Datuk Azman Yahya?
Mohd Khuzairi: Tiada.

Saksi itu juga memberi keterangan tidak cuba menghubungi pejabat ketua menteri Pulau Pinang untuk mengesahkan laporan itu.

Semasa soal balas oleh peguam Liew Teck Huat yang mewakili pihak akhbar, Mohd Khuzairi memberi alasan tidak menghubungi ketiga-tiga individu tersebut memandangkan mereka tidak akan bercakap dengan Utusan Malaysia.

Liew: Mengapa anda tidak menghubungi Ruslan untuk mendapatkan penjelasan kenyataan akhbarnya?

Mohd Khuzairi: Kerana saya mempercayai beliau sebagai sumber, beliau adalah seorang ahli politik yang sentiasa memberikan kenyataan media kepada Utusan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin bersambung pada 23 April. –

Perkasa Selangor gesa Tony Pua dikenakan tindakan kenyataan di Facebook

Posted: 18 Feb 2014 06:02 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

 
Perkasa Selangor menggesa siasatan dan tindakan dikenakan terhadap pengerusi DAP Selangor Tony Pua (gambar) atas kenyataan yang didakwa berbaur sindiran di Facebook terhadap keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan melarang umat Islam menyambut Hari Kekasih baru-baru ini.

Yang Dipertuanya Abu Bakar Yahya berkata kenyataan Pua itu boleh mencetuskan kemarahan dan seolah-olah satu cubaan provokasi terhadap umat Islam di negara ini.

"Setelah membaca dalam blog dan Facebook, tindakan ini jika benar seperti yang dimaksudkan oleh pihak yang terlibat, ia merupakan satu penghinaan kepada umat Islam.

"Kami tidak boleh berdiam diri kerana ini boleh menggugat keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini terutamanya agama Islam," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini.

Melalui laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini, Pua membuat kenyataan yang didakwa menyentuh larangan pihak berkuasa agama Islam di negara ini yang mengisytiharkan sambutan Hari Kekasih sebagai haram.

Abu Bakar berkata pihaknya juga kesal dengan kenyataan Pua yang seolah-olah mempersenda peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Kami berharap Pua tidak campur tangan dalam hal agama kami dan kami tidak pernah menghina malah menghormati agama lain. Negara kita sudah merdeka berpuluh tahun kenapa tiada masalah sebelum ini." soal beliau. – Bernama

Kata-kata ‘pengusiran’ dan ‘rasis’ Umno-BN punca sentimen keluar Malaysia, kata Bumburing

Posted: 18 Feb 2014 05:58 AM PST

OLEH MD IZWAN


Datuk Seri Wilfred Bumburing (gambar) menyalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai punca wujud sentimen penduduk Sabah dan Sarawak meninggalkan Malaysia.

Bekas timbalan ketua menteri Sabah itu mendakwa parti pemerintah tidak menjaga sensitiviti rakyat Malaysia Timur dengan kenyataan-kenyataan berbentuk ugutan.

"Pemimpin Umno-BN perlu disalahkan atas kekecewaan rakyat Sabah dan Sarawak kerana sikap mereka yang sering mengusir rakyat keluar dari Malaysia jika tidak berpuas hati dengan kerajaan," kata Bumburing dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga mengecam kenyataan pemimpin Umno yang mengatakan Malaysia eksklusif untuk orang Melayu sahaja seolah-olah rakyat di Sabah dan Sarawak bukan sebahagian daripada Malaysia.

"Terdapat juga kenyataan mengatakan Malaysia hanya untuk orang Melayu.

"Jadi tidak bolehlah menyalahkan pihak yang mempunyai sentimen untuk keluar dari Malaysia kerana mereka yang mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab ini," katanya.

Baru-baru ini, seorang ahli akademik mendedahkan wujud peningkatan kecenderungan luar biasa bagi penduduk Sabah dan Sarawak untuk meninggalkan Malaysia.

Profesor Universiti Monash Malaysia, Profesor Dr James Chin berkata ia kerana berasa negara berusia 50 tahun ini tidak memberi sebarang faedah kepada mereka.

Wilfred bagaimanapun berkata cadangan meninggalkan Malaysia bukan suatu langkah baik waktu ini memandangkan Sabah masih berdepan dengan masalah pendatang asing tanpa izin.

"Idea berpisah dengan Malaysia bukan pilihan terbaik dan tidak praktikal ketika ini.

"Tuntutan kerajaan Sulu ke atas Sabah masih lagi timbul dan terdapat juga banyak pendatang tanpa izin di Sabah yang menjadi 'ancaman dalaman' dalam negeri," kata pengasas parti Angkatan Perubahan Sabah tersebut menjelaskan risiko yang bakal dihadapi Sabah jika berpisah dari Malaysia.

Bumburing juga mendesak kerajaan pusat supaya mengagihkan hasil bumi yang disumbangkan oleh negeri Timur secara lebih adil, memandangkan pembangunan di Sabah dan Sarawak masih ketinggalan jauh.

"Rakyat Sabah dan Sarawak sudah sedar mereka masih ketinggalan daripada penduduk semenanjung dan tidak menerima pulangan yang adil daripada untung alam semula jadi khususnya minyak," katanya lagi.

Di samping itu, Bumburing turut menggesa kerajaan pusat supaya membanteras dan mengambil tindakan tegas ke atas kumpulan esktrem perkauman terutamanya di Semenanjung Malaysia.

"Malaysia sering digambarkan sebagai negara sederhana, tetapi sekarang wujud kumpulan ekstrem agama dan perkauman yang banyak memalukan negara," katanya lagi.

"Kerajaan perlu tangani isu penting, isu yang menyebabkan tekanan kaum dan agama ini mesti ditangani segera."

Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura membentuk Malaysia, namun Singapura tersingkir pada 1965.

Ketika ini hampir 25% kerusi Parlimen terletak di Malaysia Timur.

Sabah dan Sarawak dianggap sebagai "deposit tetap" parti pemerintah BN.

Rahim Noor Terlopong Bila Ditanya "Tan Sri Tahu Tahaluf Siyasi, Halfu Al-Fudul?"

Posted: 17 Feb 2014 11:49 PM PST

KELAB GREENBOC


Rahim Noor teruk 'dikerjakan' oleh Hanipa

PULAU PINANG: Perbicaraan kes saman fitnah Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu ke atas Utusan berhubung berita yang disiarkan pada 27 dan 28 Ogos 2011 semakin panas apabila saksi Utusan, Tan Sri Rahim Noor, mantan Ketua Polis Negara disoal balas bertalu-talu oleh peguam Mohamad Sabu, Mohamed Hanipa Maidin.

Di dalam keterangannya semalam, Rahim Noor menyatakan secara panjang tentang sejarah ideologi komunis di mana Hanipa bangun membantah dengan menyatakan beliau bukan sebagai saksi pakar. Beliau menyatakan bahawa menurut pandangan beliau Mat Indera adalah seorang komunis.

Beliau bagaimanapun mengakui beliau tidak pernah menemui sebarang bukti bahawa Mat Indera ada memegang kad keahlian Parti Komunis Malaya (PKM). Beliau juga menyatakan bahawa komunis mempunyai perancangan besar untuk menegakkan negara komunis di seluruh dunia. Beliau juga mengakui negara ini dijajah oleh British meskipun Utusan cuba mengambil pendirian bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British

Apabila tiba giliran beliau disoal balas oleh Hanipa, peguam Mat Sabu itu memulakan soalan beliau dengan bertanya kepada Rahim Noor adakah dia sedar Mat Indera adalah seorang guru agama dan tahu berbahasa arab dan beliau mengakui perkara tersebut. Hanipa juga bertanya.

Hanipa: Maaf saya bertanya Tan Sri, apakah tahap pendidikan agama Tan Sri?

Rahim: Saya tidak belajar tinggi agama, hanya sekolah pondok.

Hanipa: Pondok mana dan sampai tahap mana Tan Sri?

Rahim: Pondok di Melaka sampai darjah 3 kalau tidak silap..pondok tu pun dah tak ada lagi.


Hakim: Sekolah pondok ke sekolah agama sebelah petang?

Rahim: Sekolah agama petang..

Hakim: Itu bukan sekolah pondok!


Hanipa: Jadi Tan Sri saya kata sekarang ini situasinya Mat Indera adalah seorang guru agama, ada pendidikan tinggi agama, tahu bahasa arab dan Tan Sri pula pendidikan agama yang rendah, setuju dengan saya kefahaman agama Islam Mat Indera lebih baik dari Tan Sri?

Rahim: Setuju


Hanipa: Tan Sri tahu tak tahaluf siyasi..di mana orang Islam boleh bekerjsama dengan mana mana pihak termasuk bukan Islam bagi menentang musuh yang lebih teruk.. saya kata ini adalah tindakan yang Mat Indera ambil..dalam keadaan semua pertubuhan politik diharamkan British kecuali Umno maka Mat Indera bekerjsama dengan PKM untuk lawan penjajah British yang jajah tanah Melayu..setuju Tan Sri?

Rahim: Tidak setuju.

Hanipa: Saya kata Tan Sri tidak setuju sebab Tan Sri sendiri tidak mempunyai pendidikan tinggi agama seperti Mat Indera... Tan Sri tahu halfu al-Fudul ?

Rahim: Saya tidak tahu.


Hanipa: Halfu al Fudul adalah perjanjian antara pelbagai qabilah arab jahiliyyah Mekah bagi menentang musuh yang sama dan Nabi Muhammad s.a.w menyaksikan perjanjian itu dan Nabi kata jika ia berlaku lagi di zaman selepas Baginda menjadi Nabi maka Nabi juga akan sokong perjanjian itu ..tahu tak Tan Sri?

Rahim: Itu saya tak tahu.

Hanipa juga bertanya kepada Rahim mengapa beliau secara panjang menyatakan tentang grand design Komunis tetapi tidak pula menyatakan grand design British.

Hanipa menyoal "adakah Tan Sri fikir Mat Indera tidak tahu grand design penjajah British yang jajah tanah air kita, rampas khazanah negara kita, perkenal undang undang mereka ganti undang undang Islam, perkenal budaya mereka dan sebagainya?"

Tersentak dengan soalan itu beliau menjawab ini satu yang baru bagi beliau dan beliau akhirnya menjawab dengan sekali lagi bercakap tentang Komunis tetapi tidak langsung menjawab soalan Hanipa.

Hanipa juga membawa perhatian Rahim tentang buku "Pengukir Nama Johor" terbitan Yayasan Warisan Johor di mana kata kata pengantarnya ditulis oleh Tan Sri Abdul Ghani Othman, mantan Menteri Besar Johor. Hanipa bertanya.

Hanipa: Tan Sri ada baca buku ini?

Rahim: Ya, ada.

Hanipa: Adakah Tan Sri tahu bahawa buku ini disemak oleh jawatankuasa antaranya pakar sejarah seperti Prof. Datuk Dr Ramlah Adam dan Prof. Datuk Abu Bakar A. Hamid

Rahim: Ya, saya tahu.

Hanipa: Tan Sri sila lihat muka surat 108 di mana salah seorang tokoh pengukir nama Johor adalah Mat Indera, saya bacakan Tan Sri "di negeri Johor terdapat seorang pejuang bangsa dan negara yang telah diberi imej buruk oleh penjajah Inggeris. Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan." Soalan saya Tan Sri , jika dilihat kepada buku ini jelas bahawa penjajah Inggeris lah yang mempengaruhi pemikiran rakyat Malaysia bahawa Mat Indera adalah pengganas komunis dan minta maaf salah seorang rakyat malaysia yang dipengaruhi Inggeris itu adalah kamu Tan Sri?

Rahim: Saya tidak setuju.

Hanipa: Tan Sri katakanlah anggapan Tan Sri bahawa Mat Indera adalah komunis adalah benar, maka tidakkah ini bermaksud Kerajaan Johor atau Manteri Besar Johor sendiri iktiraf komunis melayu ini sebagai tokoh kemerdekaan ataupun Tan Sri mungkin anggapan Tan Sri salah maka sebab itulah Mat Indera bukan seorang Komunis dan sebab itu jugalah Mat Indera diiktiraf sebagai pengukir nama Johor.

Rahim: The truth lies somewhere in the middle..

Rahim juga dilihat sukar nak menjawab apabila Hanipa menyoal mana lebih mulia rakyat Tanah Melayu yang bekerja dengan penjajah British, yang jadi tali barut atau spy British dan yang jaga kepentingan British dengan Mat Indera yang berkerjsama dengan PKM seperti Chin Peng, Rashid Maidin , Abdullah C.D yang juga rakyat Malaysia dan menentang orang luar yang datang jajah Tanah Malayu iaitu British.

Rahim juga bersetuju teknik soal siasat yang dijalankan oleh British ke atas Mat Indera menyerupai teknik siasatan di bawah ISA dan apabila Hanipa bertanya adakah Mat Indera ditumbuk ketika dalam penjara saksi menjawab dia tidak pasti.

Sementara itu semasa menyoal Ketua Pengarang Utusan, Datuk Aziz Ishak, Hanipa telah merujuk kepada dokumen defendan sendiri iaitu keratan artikel dari Utusan Malaysia pada tahun 1983 di mana di dalam artikel tersebut pengarang itu telah gunakan istilah penjajah Inggeris dan juga dinyatakan di dalam artikel tersebut bahawa rakan Mat Indera bernama Cikgu Sabran yang menguruskan mayat Mat Indera memberitahu keadaan mayat itu berwarna kekuningan dan berbau wangi. Pengarang itu sendiri di akhir artikel tersebut menulis seperti berikut "beliau telah pergi dan dalam konteks ini siapakah beliau sebenarnya seorang pengganas komunis atau Nasionalis tulen Melayu?

Perbicaraan kes akan bersambung hari ini. Mat Sabu diwakili pasukan peguam Mohamed Hanipa Maidin, Aminuddin Zulkifli dan Nasar Khan manakala Utusan diwakili peguam Datuk Firuz Huseein, Datuk Hafarizam Harun dan Abu Bakar.

Selangor mampu beri air percuma kepada penduduk Kuala Lumpur, Putrajaya, kata Khalid Ibrahim

Posted: 17 Feb 2014 11:30 PM PST

OLEH SHERIDAN MAHAVERA


























Kerajaan negeri Selangor mampu untuk memberikan air percuma kepada penduduk Putrajaya dan Kuala Lumpur sekiranya kerajaan pusat membenarkan mereka melaksanakan program  penstrukturan air mereka, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar).

Menurut menteri besar Selangor penggal kedua itu, penstrukturan air kerajaan negeri akan melibatkan pengambilalihan empat syarikat swasta yang akan membenarkan dana RM2 bilion diperlukan untuk memberikan 20 meter padu air bagi setiap rumah di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Ini sebahagian daripada tawaran kami untuk mendapatkan sokongan penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Sebahagian daripada program penstrukturan kami," kata Abdul Khalid selepas menghadiri seminar air dan tenaga di Kuala Lumpur hari ini.

Polis akan panggil TMJ

Posted: 17 Feb 2014 10:17 PM PST

MALAYSIAKINI


 
 
 
Polis akan memanggil Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi merakamkan percakapannya berhubung insiden kekecohan perlawanan bola sepak antara pasukan T-Team dan Johor Daru Ta'azim (JDT), 1 Februari lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, TMJ antara beberapa individu yang akan dipanggil berhubung insiden di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin itu.

"Kita akan rakam percakapan beberapa individu terlebih dahulu sebelum rakam percakapan TMJ," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata demeikian selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Surat Penghargaan kepada Pengguna Jalan Raya Berhemah dan Kontinjen Daerah/Terbaik Ops Selamat 4/2014 di KL Sentral, semalam.

Kekecohan perlawanan yang dinamakan 'insiden terowong Larkin' itu berlaku apabila pemain import T-Team, Evaldo Rodriguez dan jurulatih kecergasan, Stefano Impagiazzo mendakwa dikasari di terowong menuju ke bilik persalinan itu selepas tamat separuh masa pertama perlawanan.

T-Team membuat laporan polis berhubung insiden itu pada keesokan hari selepas pulang ke Terengganu sementara Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berbuat demikian kemudiannya.

MP: Kalau membazir, BN tak payah bertanding

Posted: 17 Feb 2014 10:13 PM PST

MALAYSIAKINI






Dakwaan bahawa pilihan raya kecil DUN Kajang satu pembaziran menyebabkan Ahli Parlimen Shah Alam mencabar BN supaya tidak meletakkan calon dan memberikan laluan mudah PKR menang tanpa sebarang perebutan kerusi.

Khalid Samad berkata Pakatan Rakyat yakin calon mereka akan menang seperti dalam pilihan raya umum ke-13 lalu sekalipun meletakkan calon yang kurang dikenali sebelum ini iaitu Lee Chin Cheh.

"Ada orang kata PRK (ini) membazir, tapi apabila Lee Chin Cheh letak jawatan dia tak payah bayar apa-apa. Percuma.

"Belanja hanya perlu apabila ada pertandingan. BN akan letak calon bertanding dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru ada belanja dikeluarkan.

"Mudah saja kepada BN, tak payah letak calon. Tak payah BN buang masa dan buang duit rakyat," katanya ketika berucap dalam ceramah pilihan raya kecil DUN Kajang malam di Padang Pusat Komuniti Kampung Sungai Kantan.

Bagaimanapun, jika BN masih mahu bertanding boleh mencadangkan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menentang Anwar di Kajang.

Di samping itu, kata Khalid, BN boleh mengetengahkan dua lagi nama pemimpin Umno iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Noh Omar.

"Kalau hendak bertanding juga, letaklah Noh Omar MP Tanjung Karang, boleh kita hilangkan deposit dia.

"Kalau tidak pun letaklah Najib biar kita hantar dia balik pergi Pekan.

"Kalau tidak pun, letaklah Tun Mahathir, kawan tu teringin juga nak bertanding," katanya disambut sorakan hampir 200 pengunjung yang hadir di ceramah itu

Anwar: Kerja TPM bukan periksa harga barang

Posted: 17 Feb 2014 10:09 PM PST

MALAYSIAKINI


 
 
 
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang datang ke Kajang dengan memeriksa harga barang baru-baru ini, dianggapnya sebagai "berkempen".

"Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri) pun datang, dia (Muhyiddin) datang pantau harga barang, hang ni aku nak tanya Muhyidin hang kerja apa?

"Kerja TPM bukan periksa harga barang. Kawal dasar turun harga barang bukan pergi periksa di kedai.

"Menteri kewangan umum naik 35 sen. TPM datang periksa di kedai nak pastikan jangan naik 35 sen," kata Anwar dalam ceramahnya di Padang Pusat Komuniti Kampung Sungai Kantan malam tadi.

Anwar berkata demikian bagi mengulas Suruhanjaya Pilihan Raya yang hanya melihat beliau sahaja yang berkempen di Kajang sedangkan Muhyiddin dan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai juga didakwanya berbuat demikian.

Dalam ceramahnya juga, Anwar turut 'tersasul' dengan memberi gambaran bahawa akan menjadi menteri besar Selangor jika menang dalam pilihan raya kecil DUN Kajang.

Hal demikian menyebabkan kira-kira 200 hadirin yang hadir ramai yang terkejut bagaimanapun Anwar dengan segera cepat membetulkan kenyataan dan meneruskan ceramahnya.

Ketika itu, Anwar mengulas bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa takut bila mengetahui beliau akan bertanding di DUN itu.

"Bila Anwar mari Kajang, Dr Mahathir tengah tidur, bangun kata hah tak boleh! Tak boleh!

"Dia takut sungguh. Kena tanya sebab apa dia takut. Pada hal MB Selangor sahaja... Padahal (bertanding) Selangor sahaja," katanya memperbetul ayatnya sebelum itu.

PRK Kajang : Herman Tino Promosi Dirinya di Twitter

Posted: 17 Feb 2014 09:59 PM PST

alt
 
RAKYAT NEWS
 
 
PETALING JAYA - Penyanyi dangdut, Herman Tino telah menyatakan minat untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang, memulakannya dengan hashtag #Herman4Kajang di Twitter.
 
Herman, atau nama sebenarnya Masrum Tamsi yang mengungguli carta pada era 1980-an dengan rentak dangdut telah mencipta #Herman4Kajang bagi mengukur reaksi orang ramai mengenai hasratnya untuk bertanding kerusi itu.
 
Herman berkata, beliau hanya akan bertanding jika rakyat di Kajang memberikan lampu hijau kepadanya.
 
"Saya akan menunggu isyarat dalam talian daripada pengundi di Kajang dalam masa 10 hari akan datang sebelum membuat keputusan muktamad. Saya mestilah mendapatkan kebenaran pengundi di sana kerana saya tinggal di tempat lain iaitu di Tanjung Karang," kata Herman.
 
Beliau adalah antara lima calon yang setakat ini telah menyatakan minat untuk bertanding di kerusi DUN Kajang yang mana PKR telah mencalonkan ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Mereka yang lain adalah bekas pemimpin PKR Datuk Zaid Ibrahim, bekas sekutu Anwar, Datuk S. Nallakaruppan dan peguam Yuktes Vijay.
Barisan Nasional masih belum secara rasmi menamakan calonnya.
 
"Saya mahu bertanding di Kajang sebagai tanda protes terhadap percubaan Anwar untuk mengambil alih jawatan menteri besar," katanya
 
Herman berkata, sebagai anak Selangor, beliau tidak mahu melihat negeri itu menjadi mangsa permainan politik.
 
"Sudah tiba masanya kita mengatakan tidak kepada pembulian politik. Kita perlukan pemimpin yang berpandangan jauh yang membuat perancangan bagi kepentingan orang ramai, bukannya seseorang yang melakukannya untuk kepentingan politik peribadi," katanya.
 
Herman berkata beliau menentang sebarang percubaan untuk menggantikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
 
"Saya pasti ramai di Selangor berkongsi sentimen yang sama untuk menghalang Anwar, yang merupakan orang luar yang berhasrat mendapatkan jawatan menteri besar," katanya.
 
Herman telah bertanding sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Tanjung Karang dalam pilihan raya umum dan disingkirkan dari Umno tahun lepas.

Kes Cerai Nurul Izzah Ditangguh 11 Mac depan

Posted: 17 Feb 2014 09:56 PM PST

Rakyat News
 
 Safiq Yaacob


KUALA LUMPUR - Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini menangguhkan tuntutan perceraian yang difailkan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar  kepada 11 Mac depan.

Peguam Nurul Izzah, Normawaddah Ramli berkata, setakat ini kedua-dua pihak masih berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan masalah penceraian tersebut.

"Kita cuba untuk selesaikan kes ini secara baik, itu sahaja lah.

"Kita masih lagi dalam proses perbincangan dan cuba selesaikan kes ini secara baik dan ianya masih dalam proses," katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur di sini hari ini.

Nurul Izzah bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah dan hanya diwakili peguam, sebaliknya hanya suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar hadir pagi ini bagi mendengar sebutan semula kes tuntutan tersebut.

Raja Ahmad Shahrir tiba berseorangan dengan berpakaian kot kemas kira-kira jam 10.30 pagi dan terus memasuki kamar Mahkamah Rendah Syariah 1.

Kedua-dua pihak kemudian melakukan perbincangan di dalam kamar hakim sebelum keluar kira-kira 15 minit kemudian.

Raja Ahmad Shahrir enggan memberikan sebarang komen dan bergegas ke keretanya dan cuba mengelakkan diri daripada wartawan.

Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)  membuat tuntutan fasakh bagi membatalkan perkahwinannya pada akhir Disember tahun lalu.

Notis tuntutan tersebut diterima suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 35, pada 16 Januari lepas.

Nurul Izzah, 33, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, 35, telah berkahwin pada 9 Mei 2003.

Pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata.

Erra Fazira Sah Bercerai Talak Satu

Posted: 17 Feb 2014 09:54 PM PST

alt
 
RAKYAT NEWS
 
 
Pelakon popular, Erra Fazira sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, sebentar tadi. 
 
Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik. 
 
Erra dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 5. 
 
Sebelum ini, terdapat dakwaan mengatakan perkahwinan pasangan terbabit goyah namun Erra sering menafikan dan mengelak daripada berjumpa dengan wartawan. 
 
Penyanyi lagu Yang Terindah Hanya Sementara itu turut meminta supaya fitnah membabitkan rumah tangga mereka dihentikan serta merta.
 
Terdahulu, terdapat gosip mendakwa Erra Fazira dan Engku Emran telah berpisah secara sah pada penghujung Oktober 2012 namun di rahsiakan oleh mereka.
 
"Minta maaf, buat masa ini tiada sebarang kenyataan dan penjelasan untuk Erra berikan kepada umum mengenai gossip ini. Gossip hanya tinggal gossip sahaja"
 
"Jika ada fakta yang mahu Erra kongsikan bersama peminat & umum, Erra pasti akan memberitahu secara langsung kepada anda & rakan media semua," katanya

Kepincangan PKR mungkin jadi modal MCA

Posted: 17 Feb 2014 09:46 PM PST


 Lee Chee Leong Lee Chee Leong


KUALA LUMPUR - Isu dalaman PKR mungkin menjadi salah satu bahan kempen untuk MCA pada PRK Dun Kajang.

Naib Presiden MCA, Datuk Lee Chee Leong berkata, BN lebih menumpukan gerak kerja dalam memberi penerangan kepada rakyat tentang usaha-usaha yang telah dilakukan kerajaan.

"Mungkin kita akan sentuh isu (dalaman PKR) itu, dan jelaskan kepada rakyat kenapa ia berlaku.

"Namun, kami (BN) lebih berminat untuk menerangkan kepada rakyat, apakah perkhidmatan yang BN mampu berikan dan sudah lakukan, " katanya, semalam.

Bagaimanapun, Chee Leong berkata pihaknya akan mula berkempen selepas hari penamaan calon pada 11 Mac depan seperti yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengosongan kerusi Dun Kajang oleh Lee Chin Cheh dikatakan berpunca daripada masalah dalaman PKR.

Penganalisis berpendapat, jika rakyat jelas mengenai kepincangan yang berlaku mungkin mampu menggugat keselesaan calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Chee Leong, strategi yang digunakan pembangkang yang menyalahkan kerajaan BN dalam isu kenaikan sara hidup boleh memakan diri mereka semula.

"Banyak isu berbangkit di Selangor masih belum diselesaikan, antaranya isu air.

"Mereka selalu kata BN naikkan itu ini, tapi banyak kenaikan yang dibuat oleh pentadbiran PR di Selangor seperti kenaikan cukai perniagaan, naikkan elaun exco yang tertinggi pernah berlaku.

"Jadi, banyak perkara yang boleh kita jelaskan kepada rakyat, " katanya.

Kes tuntutan fasakh Nurul Izzah didengar hari ini

Posted: 17 Feb 2014 09:45 PM PST


Nurul Izzah Nurul Izzah


SHAH ALAM - Suami Ahli Parlimen Lembah Pantai, Raja Ahmad Shahrir Iskandar tiba di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, hari ini bagi menghadiri sebutan kes tuntutan fasakh isterinya, Nurul Izzah Anwar untuk berpisah.

Memetik laporan The Malaysian Insider, sebutan semula kes tuntutan fasakh Nurul Izzah, 34, ke atas suaminya Raja Ahmad Shahrir, 35, di hadapan Hakim Syarie, Ab Malek Awang selepas sebutan kali pertama pada 22 Januari lalu.

Anak perempuan sulung ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan perceraian di bawah Fasakh (untuk membatalkan perkahwinan itu) pada akhir Disember melalui petisyen di Mahkamah Syariah.

Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 52 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 1984.

Laporan itu mendakwa, suaminya, Raja Ahmad Shahrir dipercayai sudah menerima petisyen itu pada 16 Januari lalu, meminta penangguhan dua minggu berhubung perkara itu bagi menyediakan kesnya.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir berkahwin pada 9 Mei 2003.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata, seorang puteri berumur tujuh tahun dan putera empat tahun.

Kewujudan golongan anti hadis satu yang mengaibkan

Posted: 17 Feb 2014 09:13 PM PST


Dr Zaharuddin Abd Rahman Dr Zaharuddin Abd Rahman


KERAJAAN Malaysia dan ahli politik mesti mengecam ajaran sesat yang menolak keperluan kepada hadis, menolak kesahihan hadis sekaligus menolak baginda nabi Muhammad SAW sebagai pentafsir ayat-ayat mujmal dan ringkas dalam al-Quran.

Menolak hadis bererti menolak al-Quran kerana ALLAH memerintahkan nabi menjelaskan al-Quran kepada manusia. Penjelasan nabi datang dalam bentuk hadis dan sunnahnya.  Lihat ayat dari surah An-Nahl ayat ke 44 dan 64. Antaranya firman ALLAH:

وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ إِلاَّ رِجَالاً نُّوحِي إِلَيْهِمْ فَاسْأَلُواْ أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

Ertinya : Dan KAMI tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang KAMI beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui ( An-Nahl : 44)

Juga firman ALLAH:

بِالْبَيِّنَاتِ وَالزُّبُرِ وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Ertinya : keterangan-keterangan (mukjizat) dan kitab-kitab. Dan KAMI turunkan kepadamu al- Quran, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan. ( An-Nahl : 64)
 
Nabi jadi ikutan melalui hadisnya

Al-Quran mengarahkan kita menturuti Nabi dan mengambilnya sebagai ikutan sebagaimana disebut oleh ALLAH di dalam surah Al-Ahzab ayat ke-21:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Ertinya : Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) ALLAH dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak berzikir kepada ALLAH. ( Al-Ahzab : 21)

Tiba-tiba golongan anti hadis di Malaysia berkata hadis patut ditolak, sedangkan tanpa hadis nabi dan perincian kehidupannya tiada siapa mampu mengambilnya sebagai ikutan.   

Taati Rasulullah bererti hadis sampai

ALLAH turut menwajibkan kita mentaati RasulNYA, sebagaimana termaktub arahan ini di dalam al-Quran, contohnya ayat surah Al-Nisa 13:

تِلْكَ حُدُودُ اللّهِ وَمَن يُطِعِ اللّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Ertinya : (Hukum-hukum tersebut) itu adalah ketentuan-ketentuan dari ALLAH. Barang siapa taat kepada ALLAH dan Rasul-NYA, nescaya ALLAH memasukkannya ke dalam surga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar.

Mentaati Rasul bererti hadis Rasulullah akan dijadikan oleh ALLAH untuk sampai kepada manusia bagi cabaran manusia yang beriman untuk mentaatinya dan ia adalah termasuk di dalam erti mentaati ALLAH.

Jelas, sesiapa menolak hadis adalah juga menolak al-Quran. Mereka yang berkepercayaan begini boleh membawa kepada murtad.

Sesiapa yang meragui kewujudan hadith lambat laun tentunya akan meragui al-Quran kerana al-Quran disampaikan oleh Rasulullah kepada sahabat-sahabatnya. Melalui kaedah dan metod yang hampir sama juga pelbagai hadis sampai kepada kita. Iaitu melalui hafazan para sahabat dan penulisan kemudiannya dan diturunkan dari generasi ke generasi. Demikian juga hadis, bezanya hanyalah jumlah yang meriwayatkan hadith tidak seramai al-Quran.

Namun apabila telah ALLAH janji menjaga al-Quran dari penyelewengan sebagaimana disebut dalam surah Al-Hijr ayat ke-9, maka amat mesti pula ALLAH menjaga penjelas kepada maksud al-Quran iaitu Rasulullah dan hadis-hadisnya.

Hasil dari itu, jika kerajaan sebelum dan ketika ini bersungguh-sungguh mengambil tindakan terhadap Syiah, kumpulan anti hadis ini adalah sama menyeleweng dan berbahaya. Maka wajiblah pihak berkuasa agama dan ahli politik mengambil tindakan dan bukan diberi muka pihak anti hadis berprogram di Yayasan Kepimpinan Perdana kelmarin yang dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri.

Ini satu yang mengaibkan Malaysia. Syiah ada negara seperti Iran namun kita bertegas mengambil tindakan, namun kumpulan sesat anti hadis langsung tiada negara hatta daerah di dunia ini yang menyokongnya, malangnya tindakan tidak cukup tegas pula.

Semoga umat Islam terpelihara dari doktrin sesat anti hadis yang dibawa oleh Kassim Ahmad dan pengikutnya. Inilah antara punca yang menjadikan umat Islam semakin lemah dan semakin mudah terjejas pegangannya.


DR. ZAHARUDDIN ABD RAHMAN
Presiden
Multaqa Asatizah & Duat ( Murshid)

Tiada ulasan: